Anda di halaman 1dari 17

PEMARKAHAN

HSA3043 ASIA TENGGARA ABAD KE 20


SEMESTER 1 SESI 2019/2020

Tugasan Individu

Bincangkan kepentingan aktiviti Komunis di rantau Asia Tenggara terhadap


perkembangan dasar Barat di Asia Tenggara selepas Perang Dunia Kedua sehingga
1990.

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO. MATRIK PROGRAM


RAJA NUR HANNANI BINTI RAJA D20171078619 ISMP SEJARAH
KAMARRUDIN (AT-32)

PENSYARAH:
PROFESOR MADYA DR. AHMAD ZAINUDIN BIN HUSIN

Pengenalan
Penulisan ini membincangkan tentang kepentingan aktiviti komunis di rantau Asia
Tenggara terhadap perkembangan dasar Barat di Asia Tenggara selepas Perang dunia
kedua sehingga tahun 1990. Dalam hal ini, ia turut membincangkan bagaimana
bermulanya perkembangan ideologi Komunis dan penubuhan Comintern yang
mempengaruhi perkembangan dan penularan ideologi Komunis. Disamping itu, ia
turut menghuraikan bagaimana berlaku persaingan pengaruh antara ideologi Komunis
dengan kuasa Barat terutamanya terhadap dasar kapitalisme dan imperialisme yang
didukungi oleh kuasa Barat tersebut.1
Nyatanya, Komunis mendapati dasar tersebut telah menindas dan menghalangi
kebebasan rakyat. Ini jelas menunjukkan bagaimana aktiviti Komunis melalui Parti-
parti telah bergerak melalui kegiatan parti politik secara sulit. Dalam tempoh tersebut,
ada diantara mereka yang mengambil kesempatan melakukan hasutan terhadap buruh
misalnya melalui kesatuan sekerja untuk melakukan tunjuk perasaan dan pemogokan
bagi mendapatkan sokongan dan menyebarkan lagi pengaruh dalam kalangan rakyat.
Rantau Asia Tenggara tidak terlepas daripada menerima pengaruh Komunalisme
terutamanya selepas Perang Dunia Kedua antara tahun 1939 sehingga tahun 1945.
Gerakan Komunis yang berlaku kebanyakkan adalah disebabkan oleh kebangkitan
golongan yang mempunyai semangat Comintern.2 Hal ini disebabkan perasaan tidak
puas hati rakyat terhadap golongan pemerintah. Selepas Perang Dunia Kedua 1945,
pelbagai usaha dilakukan untuk mengukuhkan kedudukan.
Perkembangan selepas Perang Dunia Kedua banyak mempengaruhi dasar Barat di
Asia Tenggara. Kejayaan Komunis menguasai China,Perang Korea dan Perang
Vietnam telah memberi kesan lansung kepada sikap Barat di rantau ini. Tahun 1945
seehingga tahun 1970 yang merupakan era dekolonisasi,kuasa Barat di Asia Tenggara
memperlihatkan satu demi satu negara-negara di Asia Tenggara memperoleh
kemerdekaan. Kemunculan negara-negara merdeka ini juga telah mempengaruhi
dasar Barat di rantau ini sehingga tahun 1970.3 Ini secara tidak lansung menunjukkan
perkembangan dasar Barat di Asia Tenggara antara tahun 1945 sehingga tahun
1970.Aspek yang cuba dihuraikan ialah bagaimana kuasa Barat mengendalikan
masalah-masalah yang timbul di rantau ini ekoran perkembangan di China,Korea dan
Vietnam.Bagaimana kemerdekaan negara-negara di Asia Tenggara berjaya

1
Richard Mason and Abu Talib Ahmad,Reflections On Southest Asian History Since 1945,(Pulau Pinang : Universiti
Sains Malaysia,2006),109.
2
Ibid.hlm 110.
3
Ibid,hlm 111.
dieksploitasi oleh Barat untuk menentang kemaraan pengaruh dan aktiviti komunis di
rantau ini.

Aktiviti Komunis di Rantau Asia Tenggara

Selepas tamatnya Perang dunia kedua pada tahun 1945,Asia Tenggara mengalami
proses dekolonisasi. Perang dingin yang berlaku pada zaman dekolonisasi ini telah
menjadikan Asia Tenggara sebagai medan persaingan antara Blok Komunis yang
diketuai oleh Soviet Union dan Blok bukan Komunis iaitu Kapitalis yang dipimpin
oleh Amerika Syarikat untuk meluaskan pengaruh ideologi mereka.4
Komunisme merujuk kepada suatu fahaman politik di mana rakyat mempunyai
kuasa mutlak untuk mentadbir negara dan segala produk keluaran negara menjadi
milik bersama. Pengasas komunisme ialah Karl Max yang berjuang bersama-sama
Friedrich dan mereka telah mengistiharkan manifesto komunis. Manifesto tersebut
bertujuan untuk menentang sistem kapitalisme yang dilihat sebagai sistem yang
menindas masyarakat bawahan. Sebaliknya komunis adalah suatu sistem ekonomi
yang bermatlamatkan untuk membantu golongan bawahan seperti petani. 5 Sistem
sosial komunisme merupakan sistem sosial tanpa kerajaan, harta dan golongan kelas
masyarakat. Karl Max menggunakan istilah ‘Komunisme Suci’ yang mana dasar yang
dibuat adalah secara demokratik. Iaitu dengan membenarkan setiap ahli dalam
masyarakat mengambil bahagian dalam setiap keputusan politik, ekonomi dan sosial
negara. Berdasarkan ideologi ini umumnya semua kekayaan negara dimiliki sama rata
oleh rakyat.
Kejadian dan keamatan aktiviti Komunis di Asia Tenggara telah berubah dari
negara ke negara. Walau bagaimanapun, tiada kawasan yang terlepas daripada
pengaruh mereka. Komunisme mula diperkenalkan ke rantau ini pada akhir abad ke-
19 sebagai teori politik yang mana dengan sengaja menjejaskan intelektual di Asia
Tenggara dengan cara yang sama seperti yang telah mempengaruhi rakan-rakan
mereka di Barat.6Parti komunis di negara-negara Asia Tenggara telah diaturkan pada
selang waktu antara dua peperangan dunia ketika mereka juga bergabung dengan
gerakan Komunis antarabangsa,iaitu Cominterm.Sekitar tahun 1920 sehingga 1930
ramai orang Asia menerima pendidikan dan latihan revolusioner di
4
Sacks, Milton. "The Strategy of Communism in Southeast Asia." Pacific Affairs 23, no. 3 (1950): 227-47
5
Mark Sandle. (2012). Communism. United Kingdom: Pearson Education Limited. Hlm. 2-5.
6
Ibid.Hlm 5.
Soviet,Rusia.Kemuculan mereka selepas Perang dunia Kedua adalah untuk
melebarkan pengaruh politik.Pemimpin-pemimpin Komunis dilihat berusaha berjuang
dengan matlamat untuk memperoleh kemerdekaan untuk negara. Dalam hal ini,kuasa
Barat misalnya Amerika telah mengamalkan ideologi demokrasi yang mana jelas
berbeza dengan Soviet Union yang mengamalkan ideologi sosialisme. Sikap Soviet
Union dan Amerika sentiasa berlumba-lumba untuk menjadi kuasa yang paling besar
antara mereka berdua sama ada dari segi ekonomi,senjata ,mahupun teknologi. Asia
tengara yang merujuk kepada kawasan yang merangkumi kawasan Indochina dan
kepulauan sekitarnya yang berada di tengah- tengah garisan khatulistiwa. Asia
Tenggara seringkali terlibat dalam pelbagai ketidakkestabilan alam luarnya. Oleh itu
mereka senang tertunduk kepada kuasa lain terutamanya kuasa besar seperti
Amerika.7
Aktiviti atau ideologi Komunis terutamanya berkaitan dasar kapitalisme dan
imperialisme oleh Barat dilihat berkembang dan menular di kawasan ini antaranya
seperti Filipina. Filipina antara negara di Asia Tenggara yang menerima pengaruh
komunalisme terutamanya selepas berlakunya Perang Dunia Kedua antara 1939
sehingga tahun 1945. Gerakan komunis yang berlaku di Filipina adalah disebabkan
oleh kebangkitan golongan petani yang mempunyai semangat cominterm. Hal ini
disebabkan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap golongan pemerintah dan
penjajah Filipina. Selepas Perang Dunia Kedua 1945, pengaruh komunis mencapai
kemuncak apabila wujudnya kumpulan komunis yang terpenting dalam
memperjuangkan agendanya dengan melakukan pelbagai aktiviti penentangan di
Filipina. Semasa pemerintahan Presiden Marco, Filipina dalam keadaan yang tidak
stabil. Situasi ini telah mendorong penubuhan Partido Kommunista ng Pilipinas
(PKP). PKP membawa ideologi komunis dengan mencari peluang untuk
mempengaruhi golongan petani dan rakyat Filipina. Pertubuhan ini diasaskan oleh
Crisanto Evangelista.8
Dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukannya, PKP bergabung pula dengan
pertubuhan Aguman Ding Maldang Talapegobra (Persatuan Buruh dan Petani) atau
singkatannya ialah AMT yang diketuai oleh Pedro Abad Santos. Matlamat ATM juga
adalah sama iaitu untuk membantu memperbaiki nasib golongan buruh dan petani.
Akhirnya kedua-dua gerakan ini bergabung dengan mengukuhkan pergerakan
7
Hindley, Donald. "Communism in South-East Asia." The Australian Quarterly 32, no. 3 (1960): 113-116.
doi:10.2307/20633644.
8
Ibid 116.
komunis Filipina di bawah satu nama pergerakan iaitu PKP. Jepun menganggap PKP
sebagai sebuah pertubuhan yang perlu diberikan perhatian serius. Untuk
menghapuskan PKP, Jepun melaksanakan pelbagai strategi. Hal ini kerana PKP
adalah sebuah gerakan yang dipengaruhi dengan komunis yang dimusuhi oleh pihak
Jepun. Akhirnya pada 25 januari 1946, pihak Jepun berjaya menangkap Pedro Abas
Santos. Rentetan daripada kejayaan tersebut, Jepun berjaya menangkap pemimpin
PKP yang lain antaranya Crisanto Evangelista dan Guillermo Capadocia. Dalam masa
yang sama juga, Jepun berjaya menahan pemimpin lain seperti Agapito del Rosario
dan Dr. Angel Ancajas.
Penangkapan pemimpin PKP telah memberi tamparan hebat kepada parti
komunis tersebut. Namun keadaan mula berubah apabila Dr. Vicent Lava berjaya
melarikan diri dan telah mengambil alih kepimpinan PKP. Pada tahun 1947 di bawah
kepimpinan Lava, kepimpinan PKP telah disusun semula dan Lava dilantik sebagai
ketua PKP. Pergerakan komunis bermula apabila pihak PKP mengeluarkan surat
edaran kepada masyarakat di Pampanga bagi tujuan untuk membentuk pasukan
tentera. Ketenteraan pasukan ini memulakan operasi di kawasan Luzon Tengah.9
Salah satu kumpulan tersebut dipimpin oleh seorang wanita yang bernama Felipi
Culala iaitu ketua pertubuhan Komunis ng mga Magubukid sa Pilipinas (KPMP) di
Pampanga. Seterusnya pasukan KPMP telah menyerang Jepun di Mandili, Candaba
pada 13 Mac 1948. Peristiwa yang berlaku telah mengorbankan sebanyak 30
kematian. Peristiwa kekurangan bekalan makanan di bandar besar dan wilayah yang
dikuasai oleh Jepun menyebabkan berlakunya penentangan. Hal ini berlaku kerana
pihak PKP dan pergerakan agrarian di Luzon Tengah bergabung dan seterusnya
membentuk satu organisasi militer ketenteraan yang kuat di Filipina yang dikenali
sebagai pergerakan komunis Hukbalahap.10
Dapatlah dirumuskan bahawa perkembangan aktiviti komunis yang berlaku di
Filipina pada mulanya bertujuan menuntut kemerdekaan daripada pihak penjajah.11
Kekejaman yang dilakukan oleh penjajah memaksa rakyat Filipina menubuhkan
pertubuhan sendiri bagi menentang pihak Jepun. Namun selepas kekalahan pihak
Jepun, pergerakan komunis Hukbalahap terutamanya lebih kepada penentangan
kepada pihak pemerintahan republik Filipina. Kemunculan gerakan

9
George McT.Kahin,SouthestAsia:ATestament,(NewYork:Routlegde Curzon,2003),54.
10
Jesus B. Lava. (2002). Memoirs of a Communist: Dr. Jesus B. Lava. Philippines: Anvil Publishing Inc. Hlm. 12-14.
11
Ibid.hlm 55.
Hukbalahap,Tentera Pembebasan Rakyat dan Tentera Rakyat Baru telah membawa
kebangkitan rakyat Filipina untuk menentang sistem kapitalisme barat yang dianggap
tidak adil dan membebankan rakyat khussnya golongan pertengahan. Justeru
kemunculan ideologi komunisme di Filipina merupakan salah satu cara untuk
menghapuskan sistem ekonomi kapitalisme. Kesan daripada pemberontakan ini telah
menyebabkan berlakunya beberapa masalah dari segi ekonomi mahupun sosial.
Akhirnya perjuangan komunis sedikit demi sedikit dapat dibanteras oleh Presiden
Filipina ketika itu. Kesannya, kejayaan Kerajaan Filipina berjaya melemahkan
pergerakan komunis tersebut.
Pada tahun 1954 Perang Dingin turut membawa kepada kemerdekaan tidak
lengkap kepada Vietnam. Ia menyebabkan negara ini dijadikan medan persaingan
antara blok anti Komunis dan pro-Komunis. Vietnam Utara merupakan negara pro-
Komunis dan Vietnam Selatan sebagai negara anti-Komunis. Perang Vietnam II atau
Perang penyatuan Vietnam 1960-1975 merupakan elemen memperkuatkan
kebergantungan mereka kepada kuasa besar iaitu Amerika Syarikat, Soviet Union dan
China.12
Gerakan kemerdekaan Vietnam yang merupakan manifestasi dari sikap anti
dominasi asing sebenarnya telah lama wujud semasa Vietnam dikuasai oleh kerajaan
Tiongkok. Kemudian sikap itu diruncing dengan politik kolonial Perancis yang kaku
dan tidak berperikemanusian kerana melaksanakan politik asimilasi tanpa memberi
peluang kepada rakyat Vietnam ke arah berkerajaan sendiri. Sikap kaku dan tidak
bertoleransi kolonial Perancis ini menguatkan lagi perasaan rakyat Vietnam untuk
memperjuangkan kemerdekaan. Di Vietnam perjuangan melawan Perancis secara
besar-besaran dipelopori oleh dua parti politik yang sukar untuk bersatu, iatu parti
nasionalisme dan parti komunisme.

Pada 3 Februari 1930, setelah kelompok-kelompok komunis disatukan oleh Ho


Chi Min, maka wujudlah parti komunis Vietnam yang membawa kemajuan besar
kepada perjalanan kemerdekaan negara Vietnam. Gerakan komunis ini berjaya
mengukuhkan posisi mereka ke dalam posisi penting dalam memimpin rakyat untuk
berjuang melawan penjajah. Pergerakan kemerdekaan Vietnam melibatkan parti
komunis dan melalui aktiviti komunis ini segala kegiatan dan jaringan-jaringan
gerakan komunisme seluruh dunia dirancangkan. Kubu komunis yang dibina oleh
12
Pike, Douglas. "Communist vs. Communist in Southeast Asia." International Security 4, no. 1 (1979): 20-
38. https://www.muse.jhu.edu/article/446442.
Lenin pada tahun 1919, merupakan kubu yang sangat penting dan banyak memberi
bantuan kepada gerakan komunis untuk memperjuangkan kemerdekaan. Hal ini sesuai
dengan kebijaksanaan Lenin iaitu mewajibkan semua negara komunis ketika itu untuk
membantu gerakan kemerdekaan di Vietnam. Selain itu, Lenin turut mengarahkan
negara-negara komunis untuk melakukan revolusi di negara-negara bukan komunis.
Hal ini bertujuan untuk mewujudkan negara komunis yang kuat dan besar.13

Apabila Jepun kalah, pasukan nasionalis melawan pasukan kolonial Perancis


pada Perang Indochina Pertama yang dimulai pada tahun 1945 hingga 1954. Perancis
mengalami kekalahan besar dengan Dien Bien Phu dan dalam waktu yang singkat itu
Perancis berusaha untuk mengeluarkan tenteranya dari Vietnam. Perang Vietnam
merupakan salah satu perang terdahsyat yang diikuti oleh Amerika kerana kehilangan
58 ribu bala tenteranya. Jumlah korban perang Vietnam secara keseluruhan termasuk
rakyat vietnam, tentara vietkong dan lain-lain mencapai lebih daripada 1 juta orang.
Sejarah perang ini telah bermula pada 2 September 1945 di Hanoi, Ho Chi Minh secara
umum mendeklarasikan kemerdekaan Vietnam.14

Keputusan Perancis untuk memulihkan kekuasaan kolonial di Vietnam


menyebabkan keadaan di Vietnam menjadi semakin parah. Pada tahun 1946, setelah
Perancis membangunkan semula pemerintahan kolonial mereka di Vietnam, para
nasionalis Cina telah bersetuju mengembalikan pasukan Cina dari Vietnam. Hal ini
menyebabkan, Viet Minh menambah serangan mereka terhadap Perancis dan
menyerang juga di bahagian Selatan dan Utara Vietnam. Ketika berjaya
mempertahankan kota dibawah kekuasaan Perancis, peraturan di pedalaman kian
bertambah kerana Viet Minh.

Pada 20 November 1953, kolonial Perancis telah menempatkan sebanyak


16,000 orang tenteranya di Bien Phu, iaitu sebuah lembah pegunungan di sepanjang
perbatasan Vietnam Utara dan Laos Utara. Hal ini bertujuan untuk mengawasi dan
mengawal daerah di perbatasan antara kedua-dua Negara antara Vietnam Utara dan
Laos Utara. Perkara ini dianggap penting kerana Viet Minh melakukan pergerakan
komunis yang dilengkapi dengan persenjataan di Laos, Pathet Lao. Tentera Perancis
percaya bahawa Lembah Dien Bien Phu yang memiliki panjang 19 kilometer dan lebar

13
Clive J.Christie,Southest Asia in The Twentieth Century,(New York :I.B Tauris,1998),76.
14
Ibid.hlm 77.
13 kilometer, akan selamat dari serangan Viet Minh. Namun pada minggu-minggu dan
bulan-bulan berikutnya, pasukan Vietnam dibawah pimpinan Jeneral Giap,
menyiapkan penyerangan ke Dien Bien Phu. Dengan bantuan lebih dari 200,000 orang
kuli pengangkut barang, Viet Minh mengatur pengangkutan berat ke gunung-gunung
yang mengelilingi lembah Dien Bien Phu.

Pada tahun 1954, Viet Minh memulakan serangan terhadap pasukan Perancis
di Dien Bien Phu. Pada 7 Mei 1954, mereka berjaya menawan pusat komando Perancis
dan 9,500 anggota pasukan kolonial Perancis juga ditangkap. Ini merupakan kekalahan
paling buruk dalam sejarah pasukan kolonial Perancis kerana lebih 20,000 orang Viet
Minh dan lebih dari 3,000 orang Perancis terbunuh dalam pertempuran di Dien Bien
Phu. Perang antara Viet Minh dengan Perancis yang berlangsung selama sembilan
tahun telah menyebabkan korban jiwa yang sangat besar iaitu, melebihi dari satu juta,
200,000 hingga 300,000 orang Viet Minh dan lebih dari 95,000 anggota pasukan
kolonial Perancis telah terkorban.15

Setelah konflik senjata pecah di Haiphong pada akhir 1946, berlangsunglah


perang gerila selama 8 tahun antara Viet Minh yang dipimpin komunis di satu pihak
dan Perancis serta sekutunya nasionalis di pihak lain. Setelah Perancis kalah di Dien
Bien Phu pada Mei 1954, Perancis dan Inggeris, China, Uni Soviet, dan Amerika
Serikat, serta pemerintah Viet Minh dan Bao Dai bertemu di Geneva, Swiss, untuk
mengadakan perundingan damai.

Pada 29 Julai 1954, Persetujuan Penghentian Permusuhan telah ditandatangani


oleh Perancis dan Republik Demokratik Vietnam. Pada masa ini, pemerintahan
kolonial Perancis di Vietnam telah pun berakhir. Melalui Persetujuan Genewa, iaitu
kesepakatan dengan 6 bab dan 47 pasal, mengakui kemerdekaan penuh Kamboja, Laos
dan Vietnam. Pembahagian Vietnam menjadi dua (utara dan selatan) dengan batas
garis lintang 17° LU, Perancis dan Republik Vietnam Selatan menarik pasukan yang
ada di Utara dan Republik Demokrasi Vietnam harus pula menarik pasukan dari
seluruh Vietnam, Republik Demokrasi Vietnam yang menguasai daerah Utara diakui
secara de facto dan untuk penyatuan Vietnam akan diadakan semula pada bulan Julai
1956.

15
Ibid,hlm 78.
Kesepakatan yang dipersetujui di Geneva pada tahun 1954 telah berjaya
mewujudkan sebuah badan yang bernama International Control Committe, yang
dibentuk untuk melaksanakan proses Pilihan Raya secara demokrasi untuk menyatukan
kedua-dua Vietnam. Vietnam Selatan menolak proses tersebut dan Amerika Syarikat
menyokongnya, sedangkan Vietnam Utara lebih memilih untuk bersatu melalui
kekuatan ketenteraan melalui proses politik. Hal inilah yang memulakan berlakunya
Perang Vietnam yang berlangsung selama 20 tahun.

Pada tahun 1970, perang semakin teruk dan tersebar sehingga ke Laos dan
Kamboja. Pada tahun tersebut telah dicadangkan proses perdamaian namun proses
tersebut gagal. Perundingan perdamaian dicadangkan lagi pada 27 Januari 1975, antara
Vietnam Utara, Vietnam Selatan dan Amerika Serikat. Hasil dari rundingan yang telah
disepakati, telah menyebabkan berlaku gencatan senjata di seluruh daerah perang di
Vietnam. Kesepakatan perdamaian itu ditandatangani pada 31 Januari 1973 dan
dikenali dengan nama The Paris Accords dan pada tahun yang sama juga Amerika
telah mengeluarkan tenteranya dari Vietnam.

Pada tahun 1975, keadaan aman di Vietnam tidak bertahan lama dan mereka
mulai melanggar kesepakatan aman yang dihasilkan dalam The Paris Accords. Hal ini
berlaku kerana Vietnam Utara dengan kekuatan komunis Selatan memulakan serangan
untuk menguasai negara Vietnam Selatan. Pada 21 April 1975, Presiden Nguyen van
Thieu mengundurkan diri dan terbang ke Taiwan. Beberapa minggu kemudian, iaitu 30
April 1975, pasukan Vietnam Utara telah berjaya menduduki Saigon dan berakhirnya
perang yang telah berlangsung selama tiga puluh tahun.

Pada 2 Julai 1976, Saigon dikuasai sepenuhnya oleh Vietnam Utara dan
kereta-kereta kebal Vietnam Utara telah memasuki Kota Saigon sebagai tanda
kemenangan. Pemerintahan tentera dibentuk dan Vietnam diproklamasikan sebagai
Republik Sosialis Vietnam dengan ibu kota di Hanoi. Nama Saigon telah ditukar
menjadi Ho Chi Minh dan setelah bersatunya Vietnam Utara dan Selatan, pada 2 Julai
1976, Vietnam telah menjadi negara komunis sehingga kini. Selain itu, pembangunan
semula ekonomi telah dibentangkan oleh Kongres Parti Komunis Vietnam Kali ke-6,
iaitu pada bulan Disember 1986. Program Renovasi (pembaharuan) Vietnam yang
dikenal dengan “Doi Moi” dengan sasaran program utamanya adalah dalam aspek
ekonomi. Sejak mulai dicadangkan program-program pembangunan Vietnam, Program
Renovasi "Doi Moi", telah dijadikan sebagai program pembangunan Lima Tahun
negara Vietnam.
Kehadiran ideologi komunis di Tanah Melayu, sememangnya tidak disenangi
oleh kerajaan British. Menyedari situasi sedemikian, komunis mula bergerak secara
rahsia, agar tindakan mereka tidak dapat dikesan oleh pemerintah, sehingga
penubuhan PKM pada penghujung April 1930, dilakukan di luar pengetahuan British,
tanpa mengikut saluran undang-undang pertubuhan. Keadaan ini menambahkan lagi
ketegangan antara kedua-dua pihak dengan tindakan PKM yang bergerak secara
haram tanpa dapat dikawal oleh kerajaan.
Namun keadaan sebaliknya berlaku di Britain, Parti Komunis Great Britain,
bergerak sebagai sebuah pertubuhan politik yang sah dan bertanding pilihan raya
umum di negara tersebut. Pada 1945, kerajaan Parti Buruh yang diketuai oleh 229
Clement R. Attlee telah memenangi pilihan raya. Parti Komunis Great Britain segera
menyertai Parti Buruh bagi membentuk kerajaan. Lai Tek, dilihat cuba mengambil
langkah yang sama dengan pendekatan bekerjasama dengan kerajaan British,
terutamanya setelah merasakan kedudukan mereka terancam dengan dasar perluasan
kuasa Jepun. Bagaimanapun, suasana politik telah berubah setelah tercetusnya Perang
Dunia Kedua. PKM didapati berpeluang untuk berada bersama dalam kerajaan
dengan melalui hubungan kerjasama dengan British. Kesempatan itu terhasil setelah
meletusnya Perang Dunia Kedua, 1941-1945. Dengan kemaraan pantas tentera Jepun
dan kemungkinan jatuhnya Tanah Melayu ke tangan kuasa fasis tersebut. Tawaran
diajukan oleh PKM kepada British, untuk membentuk kerjasama ketenteraan bagi
menentang Jepun.16
Matlamat Lai Tek sememangnya berjaya dengan menggunakan saat genting
tersebut. PKM akhirnya bukan sahaja berjaya membentuk kerjasama ketenteraan
dengan British, malah parti tersebut turut diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan
politik yang sah oleh British. Malah, ketika awal era pasca perang, sewaktu peralihan
kuasa pemerintahan, PKM diberi kuasa untuk menguruskan pentadbiran di Tanah
Melayu. Ketika pemerintahan BMA, wakil daripada PKM turut dilantik dalam Majlis
Penasihat Negeri, hampir di setiap negeri Melayu. Bagaimanapun, matlamat komunis
untuk bergerak lebih jauh dalam kerajaan yang memerintah tidak tercapai, akibat
provokasi, hasutan dan mogok yang mereka lakukan terhadap British, adalah jelas
menunjukkan hasrat mereka sebenar untuk menggulingkan kerajaan yang memerintah
16
Gene Z. Hanrahan, The Communist Struggle in Malaya, Kuala Lumpur: Universiti Malaya of Press, 1970,43.
dan menubuhkan sebuah negara republik komunis, seperti yang diwar-warkan dalam
manifesto parti tersebut. Dalam pada itu, situasi politik dunia turut berubah dengan
berakhirnya Perang Dunia Kedua.
Permusuhan antara blok komunis dengan Amerika Syarikat dan sekutunya Britain
serta negara-negara Eropah barat yang lain semakin meruncing. Keadaan ini 230
menyebabkan hubungan PKM dengan kerajaan British turut terjejas. Golongan
komunis menggerakkan pelbagai tuntutan kaum pekerja terhadap pihak majikan dan
kerajaan British, sehingga menimbulkan ketegangan yang semakin meruncing antara
kedua-dua pihak. British sedar bahawa ideologi komunis sedang berkembang di
peringkat antarabangsa dan di Tanah Melayu, sememangnya amat bertentangan
dengan amalan ekonomi kapitalis British, yang mengaut sebanyak mungkin
keuntungan. Keadaan ini tentu akan menjejaskan perkembangan ekonomi Britain dan
kuasa politik mereka di negara ini.
Oleh itu, kerajaan British terpaksa mengambil tindakan bagi menyekat ideologi
komunis daripada terus berkembang dan menular terhadap penduduk. Tindakan tegas
dilakukan melalui penguatkuasaan undang-undang, penangkapan serta pengusiran
terhadap pemimpin-pemimpin dan aktivis komunis pulang ke negara asal mereka.
Jepun ternyata telah menyatukan Britain berideologi kapitalisme dengan PKM yang
menganuti komunisme. British mendapati hanya PKM memiliki kekuatan kerana
memiliki organisasinya yang lebih tersusun, jumlah anggota yang ramai serta
mendapat sokongan penduduk. PKM diharap satu-satunya organisasi yang dapat
membantu British memberi tentangan bersenjata secara berkesan terhadap
pendudukan Jepun, setelah kerajaan kolonial tersebut kehilangan sokongan daripada
Indian National Army (INA), yang berpaling tadah menyokong Jepun. Kerjasama
dengan pihak British menjadikan organisasi PKM semakin kuat setelah mendapat
bantuan kewangan, senjata, menyusun organisasi sayap tenteranya MPAJA di
samping mereka diberi latihan ketenteraan. Malah PKM diberi kesempatan mengurus
tadbir negara untuk seketika. Namun segalanya itu tidak berkekalan. Kedua-dua pihak
memiliki matlamat politik yang bertentangan. Mereka menjadi rakan karib 231 untuk
seketika atas keperluan yang terdesak sahaja. Ketika British di ambang kekalahan
perang, British bukan sahaja menerima tawaran PKM untuk bekerjasama dalam
ketenteraan, tetapi juga menerima syarat-syarat yang diletakkan oleh PKM.
Sebelum Perang Dunia Kedua meletus, PKM dianggap sebagai sebuah
pertubuhan haram, disebabkan penubuhannya tidak mengikut Undang-Undang
Pertubuhan 1928. Bagaimanapun, dengan pengguguran pengharaman tersebut kini
bererti, PKM menjadi sebuah pertubuhan politik yang sah dari sudut undang-undang.
Keadaan ini membolehkan kerajaan British berurusan secara telus dengan parti
komunis tersebut selama lebih empat tahun sehinggalah tertubuhnya kerajaan
Malayan Union pada 1 April 1946 dan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948, telah
meranapkan impian PKM untuk memerintah Tanah Melayu atau sekurang-kurangnya
untuk berkongsi kuasa pemerintahan dengan British. Tujuannya untuk menyerang
kedudukan tentera Jepun dalam usaha membantu Kerajaan Britain menawan semula
Tanah Melayu di bawah Operasi Zipper. Oleh itu, adalah jelas menunjukkan, pasukan
bersenjata PKM sememangnya diwujudkan oleh British untuk setelah pasukan itu
diberi latihan dan persenjataan serta pelbagai keperluan lain, bagi menyayingi
tindakan Jepun yang berjaya mempengaruhi INA yang terdiri daripada tentera India-
British serta beberapa parti kiri orang Melayu seperti KMM yang bersifat anti-British
untuk bekerjasama menyebelahi mereka. Ketika pendudukan Jepun, sekitar tahun
1943 hingga 1944.17
British berusaha menghubungi PKM bagi meninjau keperluan dan kekuatan
pasukan tersebut. Dengan itu, dua buah perjanjian ditandatangani antara SEAC bagi
mewakili kerajaan Britain yang diwakili oleh Force 136 dengan PKM yang diwakili
oleh pasukan gerila bersenjatanya iaitu MPAJA. Melalui perjanjian tersebut, PKM
memperoleh 232 kelebihan dengan mendapat pelbagai keperluan yang
membolehkannya mengukuhkan kekuatan organisasi mereka dengan menerima
pelbagai kemudahan daripada British. Bagaimanapun, daripada sudut lain, perjanjian
tersebut merupakan suatu kejayaan besar kepada British. British berjaya mengikat
PKM dan kini PKM kini tertakluk kepada arahan yang dikeluarkan oleh SEAC,
dengan menerima arahan daripada pegawai Force 136 yang mewakili kerajaan Britain
sebagai Commander in Chief. PKM juga bersedia membubarkan pasukan MPAJA dan
memulangkan semula senjata yang diterima kepada British sebaik peperangan
berakhir. Malah, kegagalan PKM mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu
daripada kerajaan Britain dengan menjadikan negara ini sebuah negara republik
komunis sebaik tamatnya perang amat berkaitan dengan perjanjian yang telah
dipersetujui dan ditandatangani oleh keduadua pihak sebelum itu. Walaupun
perjanjian tersebut menjadikan PKM sebuah organisasi yang dilindungi daripada
sudut perundangan oleh kerajaan British. Sebarang tindakan kejam dan menyalahi
17
Ibid,hlm 43.
undang-undang yang dilakukan oleh anggota PKM ketika era pendudukan Jepun dan
zaman peralihan kuasa antara PKM dan British sehingga 12 September 1945,
dianggap sebagai tindakan yang sah.18
Oleh itu, tidak ada sebarang tindakan perundangan yang boleh diambil terhadap
mereka seperti mana yang diambil terhadap ramai pemimpin tentera Jepun yang
didakwa di mahkamah antarabangsa sebagai penjenayah perang. Bagaimanapun,
konflik kembali tercetus semula setelah PKM menerbitkan dan mengusulkan gagasan
Lapan Prinsip (Eight Principles). Gagasan tersebut jelas menunjukkan hasrat dan cita-
cita sebenar PKM yang mahu agar British keluar dengan seberapa segera daripada
negara ini. PKM mahu menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah negara baru ‘New
Malaya’. Sebuah negara yang mengamalkan sistem 233 demokrasi seperti yang
diamalkan oleh Soviet Union. Oleh itu, British diminta agar mematuhi deklarasi
Persidangan San Francisco. Deklarasi tersebut telah memutuskan agar negara-negara
kolonialis hendaklah memberi kemerdekaan terhadap negara tanah jajahan mereka.
Bagaimanapun, gagasan Lapan Prinsip yang diutarakan oleh PKM itu menimbulkan
rasa kurang senang kerajaan Britain.
Sejak itu, konflik mula tercetus antara kedua-dua pihak. Mogok demi mogok
dalam kalangan pekerja dianjurkan oleh PKM bagi menyatakan ketidakadilan
kerajaan British pekerja. PKM dengan lantang mengkritik pentadbiran BMA dengan
menuntut hak kebebasan bersuara, berpersatuan dan kebebasan membuat penerbitan,
di sebalik usaha meluaskan lagi propaganda dan pengaruh mereka terhadap penduduk.
British dengan tegas bertindak terhadap tuntutan PKM tersebut. Ramai yang
menyertai mogok ditangkap dan dipenjarakan yang cedera dan mati ditembak,
termasuk anggota MPAJA. Beberapa akhbar Cina yang pro-komunis yang mengkritik
dasar-dasar kerajaan British juga diarah tutup. Pekerja-pekerja dan editornya turut
ditangkap dan dihukum penjara sehingga beberapa tahun. Semuanya berlaku dengan
pantas, sekitar bulan Oktober hingga November 1945, sebaik sahaja kerajaan British
menguasai semula Tanah Melayu. Keadaan tersebut menyebabkan PKM berasa
sangat tidak berpuas hati terhadap layanan kerajaan British terhadap mereka, hingga
terdapat cadangan daripada pemimpin PKM, mahu parti tersebut menarik semula
sokongan mereka terhadap kerajaan British. Bagaimanapun, bagi menghormati jasa
PKM membantu kerajaan Britain menawan semula Tanah Melayu dan Singapura
daripada Jepun. Pada 1 Disember 1945, semua anggota dan pemimpin MPAJA di
18
Ibid,hlm 44.
setiap daerah dan negeri-negeri Melayu telah diberi penghormatan, seiring dengan
pembubaran pasukan tersebut 234 sebagaimana yang diputuskan dalam perjanjian
sebelum itu. Pemimpin Rejimen Pembebasan MPAJA, dijemput ke Singapura untuk
diraikan dan menerima pingat kebesaran. Mereka juga dijemput untuk menyertai
Perarakan Kemenangan (Victory Parade) di London pada Jun 1946.
Bagaimanapun, ternyata fahaman komunis yang dianuti oleh pemimpin MPAJA
itu tidak luntur walaupun diberi penghormatan yang cukup besar oleh Kerajaan
Britain. Sekembalinya mereka ke Tanah Melayu, ternyata ideologi komunis yang
mereka anuti semakin kuat. PKM merasakan bahawa kini mereka telah mendapat
sokongan antarabangsa. Dengan itu, tentangan mereka terhadap kerajaan British di
Tanah Melayu semakin kuat. PKM mendominasikan tindakan mogok pekerja
terutamanya di sektor perladangan, perbadanan pelabuhan, perlombongan, peniaga-
peniaga kecil, pengangkutan awam dan majlis perbandaran. PKM menguasai
kebanyakan kepimpinan kesatuan sekerja di setiap negeri dan pusat.
Tindakan komunis telah mencapai satu tahap berbahaya kepada ekonomi negara
dan kekuasaan British. Jika tidak dibendung ekonomi negara akan terjejas. Kesatuan-
Kesatuan Majikan telah mendesak kerajaan British supaya mengambil tindakan lebih
tegas terhadap pekerja-pekerja yang dipengaruhi oleh komunis. Kerajaan British
terpaksa mengambil langkah tegas bagi membendung pengaruh komunis dalam
kesatuan-kesatuan sekerja. Ramai pemimpin kesatuan telah ditangkap. Mereka yang
didapati bersalah dihantar pulang ke negara asal mereka. Pada 6 Mac 1947, Chin Peng
mengambil alih kepimpinan PKM daripada Lai Tek setelah gagal muncul dalam dan
dituduh mengkhianati perjuangan PKM. Kegagalan tuntutan PKM terhadap kerajaan
terutamanya cadangan Perlembagaan Rakyat oleh PUTERA-AMCJA, serta beberapa
tekanan lain oleh kerajaan British dengan memperkenalkan undang-undang kesatuan
sekerja yang baru, bertujuan 235 menyekat kegiatan PKM yang mengancam
keselamatan dan ekonomi negara. Dalam keadaan yang terdesak dan kekecewaan
terhadap tuntutan yang tidak diterima oleh kerajaan British, dengan segera PKM
melancarkan pemberontakan bersenjata terhadap Kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu. Oleh sebab pemberontakan bersenjata PKM didapati amat serius, kerana
dilihat mahu menggulingkan kerajaan yang memerintah secara kekerasan melalui
pembunuhan, merosakkan harta benda dan memudaratkan ekonomi negara. Dengan
itu, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu terpaksa mengisytiharkan Undang-Undang
Darurat pada 16 Jun 1948 dan pada 23 Jun 1948. Dengan itu, PKM dan beberapa parti
berhaluan kiri yang didapati menyokong kegiatan PKM, diharamkan oleh kerajaan
British. Dengan kuasa undang-undang tersebut membolehkan kerajaan British
bertindak secara langsung terhadap anggota dan parti tersebut. Dengan itu, ramai
daripada kalangan anggota parti tersebut telah ditangkap dan dipenjarakan.
Sebahagian mereka ditembak mati dalam serbuan-serbuan dan pertempuran yang
berlaku antara kedua-dua pihak. Ramai juga daripada kalangan pemimpin dan
anggota PKM diusir keluar dari Tanah Melayu. Bagaimanapun, dengan pengharaman
ke atas PKM pada 23 Jun 1948, bukanlah bererti berakhirnya organisasi dan
perjuangan parti tersebut. PKM terus bergerak sebagai sebuah pertubuhan haram,
sebagaimana yang berlaku ke atas parti tersebut ketika era sebelum berlakunya Perang
Dunia Kedua. British mengharamkan parti tersebut lanjutan daripada tindak balas
PKM dengan mengisytiharkan perang secara rasmi terhadap kerajaan British secara
rasmi pada pada 20 Jun 1948. Oleh itu, rumusan kajian mendapati, hubungan
kerjasama antara PKM dan British, yang berlangsung selama sekitar empat tahun
setengah daripada Disember 1941 hingga Jun 1946, hanyalah berjalan bersandarkan
atas kepentingan, desakan dan muslihat antara kedua-dua pihak.19
Ternyata, kedua-dua kuasa politik itu memiliki 236 strategi bagi memenangi
ideologi dan kepentingan politik masing-masing. Akhirnya, British menggunakan
kekuatan mereka sebagai pemerintah bagi menghalang gelombang kebangkitan
komunis tempatan dan juga antarabangsa yang menjadi satu ancaman besar kepada
sistem kapitalisme kuasa Barat tersebut di Tanah Melayu dan Singapura ketika itu.

Kesimpulan
Sejajar dengan perkembangan ideologi komunis di Soviet Union, fahaman komunis
kemudiannya berkembang ke China, Eropah, Amerika Syarikat, termasuk di Britain
serta di beberapa buah negara tanah jajahannya. Sekitar tahun 1945 rantau Asia
Tenggara, turut merasai kemasukan ideologi tersebut. Umumnya, fahaman komunis
adalah memperjuangkan golongan proletariet yang ditindas oleh penguasaan ekonomi
golongan borjuis-kapitalis. Oleh itu, komunisme dengan tegasnya menentang sistem
imperialis-kapitalis yang diamalkan oleh beberapa buah negara barat. Justeru itu, di

19
Ibid,hlm 44
Asia Tenggara, penularan komunisme didapati mengancam penguasaan ekonomi dan
politik Barat, antaranya seperti melalui tindakan kaum buruh yang mereka kuasai
hampir sepenuhnya.
Justeru itu,aktiviti komunisme yang telah menular di rantau Asia tenggara telah
banyak mempengaruhi perkembangan dasar barat.Penularan ideologi
komunis,misalnya di Filipina,Vietnam,Indonesia,Tanah Melayu dan sebagainya
banyak memperlihatkan usaha pihak Komunis dalam menentang dasar yang telah
dibawa oleh pihak Barat.Berakhirnya Perang Dunia Kedua memperlihatkan satu demi
satu negara-negara Asia Tenggara memperoleh kemerdekaan daripada penjajah Barat.
Kemerdekaan negara-negara ini menjuruskan mereka memilih pendekatan dasar luar
masing-masing sama ada ‘memihak’ atau ‘berkecuali’. Kemerdekaan era ini wujud
dalam kerangka Perang Dingin yang tidak memberikan kedaulatan mutlak kepada
rantau ini sebaliknya menjadikannya terus terikat dengan negara-negara kuasa besar
atas nama Komanwel atau Program Bantuan. Keadaan ini menjerumuskan rantau Asia
Tenggara ke dalam persaingan ideologi pro-Komunis dan anti-Komunis. Negara-
negara berkecuali pula dilabelkan golongan pro-Barat sebagai pro-Komunis kerana
mereka menjalinkan hubungan dengan negara tersebut.

Bibliografi
Clive J.Christie,Southest Asia in The Twentieth Century,New York :I.B Tauris,1998.
George McT.Kahin,SouthestAsia:ATestament,NewYork:Routlegde Curzon,2003.
Gene Z. Hanrahan, The Communist Struggle in Malaya, Kuala Lumpur: Universiti
Malaya of Press, 1970.
Hindley, D. (1960). Communism in South-East Asia. The Australian Quarterly, 32(3),
113-116. doi:10.2307/20633644.
Jesus B. Lava. (2002). Memoirs of a Communist: Dr. Jesus B. Lava. Philippines:
Anvil Publishing Inc.
Pike, Douglas. "Communist vs. Communist in Southeast Asia." International
Security 4, no. 1 (1979): 20-38. https://www.muse.jhu.edu/article/446442.
Richard Mason and Abu Talib Ahmad,Reflections On Southest Asian History Since
1945,Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia,2006.
Sacks, M. (1950). The Strategy of Communism in Southeast Asia. Pacific
Affairs, 23(3), 227-247. doi:10.2307/3035095.

Anda mungkin juga menyukai