Anda di halaman 1dari 35

Keganasan komunis dan darurat yang berlaku dari tahun 1948-1960 tidak dapat dipisahkan

daripada pengkajian dan penghayatan dalam memahami perkembangan negara kita

Malaysia. Apakah yang anda fahami mengenai dua perkataan tersebut sebagai seorang
rakyat atau warganegara? Lebih-lebih lagi sebagai warganegara yang telah didedahkan
dengan pengajian kenegaraan ini? Sebagai jawapannya, sila baca dan hayati sepenuhnya
penulisan ini yang bermula dari latar belakang perkembangan ideologi komunis dan
terjejasnya kelancaran proses mencapai kemerdekaan akibat daripada berlaku darurat.
Masyarakat Cina1 yang tinggal di Tanah Melayu amat prihatin dan sensitif terhadap apa
yang berlaku di tanah besar China. Keadaan sedemikian berlaku kerana ramai yang
berpendirian bahawa Tanah Melayu hanya sebagai tempat sementara untuk mencari rezeki
dan kuatnya ikatan hubungan kekeluargaan dengan tanah air mereka. Hal ini juga
disebabkan oleh proses migrasi yang berterusan menyebabkan ramai dari kalangan mereka
yang baru datang menyebarkan berita atau memberi pandangan apa yang sedang berlaku
di sana. Dengan itu, apa yang berlaku di tanah besar China menarik perhatian mereka yang
tinggal di sini dan sering pula menjadi ikutan.
Kemunculan ideologi dan pengaruh komunis2 di Tanah Melayu dapat di kesan pada tahun
1921 atau 1922. Sebelum ini, pengaruh nasionalis Parti Kuomintang (KMT) pimpinan Dr.
Sun Yat Sen telah bertapak sejak tahun 1911 serentak dengan kejayaan membentuk
sebuah republik di China. KMT telah mewujudkan cawangan-cawangan partinya. Lebih awal
dari itu, masyarakat Cina telahpun mempunyai kesedaran politik dan cita-cita revolusioner
melalui Persatuan Kemuafakatan Pusat (Chung Ho Tang) yang ditubuhkan pada 1904 di
Tanah Melayu dan Singapura. Pada tahun 1906, Dr. Sun Yat Sen sendiri pula menubuhkan
Persatuan Perikatan (Tung Meng Huim) yang mempunyai matlamat yang sama.
Kemunculan awal ideologi komunis dapat dikesan melalui beberapa penerbitan komunis
dalam bahasa Cina yang tersebar, antaranya ialah
(a)

Berita mengenai negeri China dan Rusia yang dihantar terus dari Canton.

(b)

Berita propaganda mengenai buruh dan wanita yang diterbitkan di Canton.

(c)

Risalah kaedah mengajar ideologi komunis di Rusia dan China serta manifesto

Parti Komunis Amerika.

(d)

Buku bertajuk Komunis dan Negara China karangan Tsz Yan.

(e)

Risalah komunis yang bertajuk Parintis (Pioneer).

Bahan bacaan ini hanya sebagai bukti terhadap adanya penyebaran ideologi komunis.
Namun dari segi sokongan dan pengaruhnya masih boleh diperdebatkan. Ini kerana
sehingga tahun 1924 belum ada usaha dari Parti Komunis China (PKC) untuk
mengembangkan sayap ke sini. PKC mula menjalin hubungan dengan masyarakat Cina di
Tanah Melayu pada 1925 melalui usaha Alimin dan Tan Melaka. Mereka ialah dua orang
tokoh utama Parti Komunis Indonesia yang telah mendesak PKC supaya menghantar wakil
dan mengembangkan ideologi komunis di kalangan puak yang radikal dan revolusioner.
Usaha mereka terbatas kepada orang Cina sahaja setelah orang Melayu tidak menunjukkan
minat untuk turut serta.

Pada peringkat awal, Singapura dijadikan pangkalan penyebaran pengaruh. Parti Komunis
Nanyang (South Seas Communist Party PKN) yang ditubuhkan di Singapura ditugaskan
untuk mengawasi dan menyelaras perkembangan komunis di Asia Tenggara (kecuali
Burma). Ahli-ahlinya terdiri daripada kalangan pihak sayap kiri yang menganggotai KMT.
Bagi menggerakkan organisasi, PKN mempunyai dua badan massa iaitu Kesatuan Sekerja
Umum Nanyang (Nanyang General Labour Union) dan Liga Belia Komunis (Communist
Youth League). Melalui kedua-dua badan ini, komunis telah dapat meresap masuk ke dalam
pertubuhan pekerja dan juga belia. Akibatnya kesatuan sekerja telah lantang dan sering
berbalah dengan pihak pengurusan atas alasan eksploitasi buruh. Justeru itu, sering berlaku
siri-siri pemogokan yang sesetengahnya berakhir dengan pertempuran dengan pihak polis.
Kejadian sebegini banyak berlaku pada tahun 1927 dan 1928. Sebagai tindak balas,
selepas peristiwa rusuhan yang dikenali Peristiwa Kereta Air pada Mac 1928 di Singapura,
kerajaan telah mengharamkan Kesatuan Sekerja Umum Nanyang dan ramai pemimpinnya
ditahan atau dihantar pulang ke China. Di sana mereka menerima tekanan pula oleh pihak
KMT. Di samping itu, kerajaan juga membuat tangkapan atau tekanan terhadap penyokong
dan pihak yang disyaki anggota komunis atau penyokongnya.
6.2.2

Pergerakan Berorganisasi

Pengharaman ke atas kesatuan sekerja dan penangkapan pemimpinnya tidak mematikan

perjuangan dan penyebaran ideologi komunis. Ini kerana Liga Belia masih dapat bergerak
walaupun ada tekanan dan halangan. Dengan ini pengaruh komunis tidak berjaya disekat,
malahan bertambah mantap. Bagi meneruskan perjuangan, akhirnya komunis memerlukan
sebuah parti yang boleh menggerakkan perancangannya. Parti Komunis Malaya (PKM)
berjaya ditubuhkan pada 30 April 1930 dengan Fu Ta Ching menjadi Setiausaha Agungnya
yang pertama. Kelahiran PKM turut sama melahirkan kembali kesatuan sekerja dan diberi

nama Kesatuan Sekerja Umum Malaya (Malayan General Labour Union). Sekali lagi fokus
komunis ialah pekerja dan kaum buruh yang dikatakan sering tertindas oleh majikan. Dalam
tempuh setahun, PKM mengaku telah mempunyai ahli seramai 1500 orang, 50 anggota
wanita yang aktif, 10,000 anggota kesatuan sekerja yang dikuasai dan 200 orang anggota
Liga Anti-Imperialis.
Melalui pertubuhan yang berorganisasi ini, PKM bukan sahaja memberi tumpuan kepada
orang Cina yang ramai menganggotai kesatuan sekerja dan pertubuhan buruh, malahan
cuba mengembangkan pengaruh kepada seluruh masyarakat Tanah Melayu. Ini sejajar
dengan hasrat mereka untuk menubuhkan sebuah republik komunis Tanah Melayu. Bagi
tujuan tersebut, sokongan orang Melayu dan bangsa lain amat diperlukan. Namun usaha ini
sekali lagi gagal apabila orang Melayu tidak dapat menerima ideologi komunis3. Dengan itu
kekallah PKM sebagai parti yang mirip kecinaan kerana keseluruhan pemimpin dan ahlinya
terdiri daripada orang Cina.
Sokongan terhadap PKM semakin meningkat apabila Jepun menyerang Manchuria pada
1931. Atas semangat kenegerian, mereka telah mengeksploitasi sentimen ini untuk meraih
sokongan dengan menganjurkan beberapa siri tunjuk perasaan dan rusuhan anti-Jepun.
Apabila ada masyarakat Cina menubuhkan Tabung Bantuan Perang dan Persatuan Tentera
Pembebasan Nasional (National Salvation Army Association), PKM memberi sokongan yang
akhirnya berjaya mempergunakan mereka pula. Melalui eksploitasi semangat bencikan
Jepun, pertubuhan ini telah ditukar nama menjadi Liga Anti-Imperialis Malaya (The Malayan
Anti-Imperialist League). Tindakan-tindakan sedemikian menyebabkan ramai daripada
pemimpin mereka ditangkap termasuklah Setiausaha Agung dan Joseph Ducroix, ejen
Comintern di Singapura.
PKM berjaya berkembang dan mendapat sokongan kerana keadaan semasa itu. Antaranya
ialah berlaku kemelesetan pada tahun 1929 hingga awal 1930an, peristiwa serangan Jepun
ke atas Manchuria pada 1931 dan diikuti dengan serangan dan penaklukan Jepun ke atas
China pada tahun 1937. Seterusnya sikap majikan yang tidak mesra pekerja atau dalam
kata lain lebih menekan dan mengeksploitasi tenaga pekerja. Meskipun setelah ekonomi
pulih, majikan masih enggan memberi layanan sepatutnya terutama dalam soal kenaikan
gaji. Keadaan ini memudahkan komunis menghasut untuk melakukan pemogokan di ladang
getah, lombong bijih dan arang batu. Seperti di Singapura, terdapat juga pemogokan di
Selangor dan Negeri Sembilan yang berakhir dengan pertempuran.

Faktor keempat ialah PKM berjayanya dipulihkan dengan munculnya tokoh baru dalam
memimpin parti. Pada tahun 1935, atas usaha Loi Teck seorang anggota komunis yang
berasal dari wilayah Annam telah berjaya menyusun kembali jentera dan disiplin parti.
Melaluinya, usaha menubuhkan beberapa organisasi tempatan dan sel-sel dalam parti telah
dapat diwujudkan. Tumpuan mereka masih lagi kepada kaum buruh dan para pekerja.
Kemuncak kejayaan Loi Teck ialah apabila dilantik menjadi Setiausaha Agung parti pada
tahun 1939.
Faktor kelima ialah PKM sekali lagi berusaha membuka pintu dan bekerja keras menarik
kaum lain menjadi anggotanya. Keadaan ini sejajar dengan perkembangan semasa bila
mana puak-puak radikal telah muncul di kalangan orang Melayu. Meskipun tidak ada bukti
jelas yang mereka menyertai PKM, namun arah tuju perjuangan hampir sama iaitu
menghalau penjajah dari bumi Tanah Melayu. Walaupun tidak berjaya mendapat sokongan
dari orang Melayu, PKM melalui kerjasama dengan pihak bukan komunis telah berjaya
menempatkan diri dalam Barisan Bersatu Pergerakan Pembebasan Nasional (National
Salvation Movement) yang di tubuh khas bagi menentang imperialis Jepun. Melalui
pertubuhan ini, PKM berjaya mempertingkatkan lagi kekuatannya.
Faktor seterusnya ialah faktor semasa yang memerlukan wujudnya kerjasama antara PKM
dengan kerajaan. Keadaan ini berlaku kerana suasana politik semasa itu. Akibat daripada
meletusnya Perang Dunia Kedua (PDK) pada tahun 1939 di Eropah, telah menjadikan
komunis Rusia sebagai angkatan bersekutu kepada Inggeris. Penglibatan Jepun pula dalam
peperangan itu di sebelah Asia sekali lagi memaksa kerajaan mencari jalan untuk berbaikbaik dengan PKM. Dengan itu, kelihatan seperti PKM dan kerajaan saling memerlukan.
Kerajaan perlukan PKM untuk sama-sama mempertahankan Tanah Melayu yang akan
diserang oleh Jepun, dan PKM memerlukan pengiktirafan kerajaan demi untuk
mengesahkan kewujudan dan perjuangan mereka. Oleh yang demikian, apabila adanya
arahan dari pihak komunis antarabangsa, PKM telah akur dan memberi sokongan kepada
kerajaan.
6.3

PKM DALAM ZAMAN JEPUN

Penglibatan Jepun dalam PDK dan slogan Asia Untuk Asia banyak memberi manfaat
kepada PKM. Ini dapat di lihat melalui beberapa peristiwa yang berlaku. Setelah berjaya
mendapat pemimpin yang berdedikasi, PKM pula berpeluang bekerjasama dengan
kerajaan. Melalui perjanjian yang ditandatangani pada 8 Disember 1940, PKM menerima
tawaran untuk bekerjasama bagi menentang Jepun. Sebagai ganjaran, kerajaan akan

melatih rekrut-rekrut baru pilihan PKM dalam peperangan secara gerila atau gerakan bawah
tanah. Intisari lain perjanjian ini ialah
(a)

Kerajaan akan membebaskan semua anggota PKM yang ditangkap dan

ditahan pada 15 Disember 1941.

(b)

PKM akan menyatukan semua rakyat bagi menentang Jepun dan

mempertahankan Tanah Melayu bersama British.

(c)

Membasmi semua gerombolan sayap kelima (Fifth Colummiist); ejen musuh

dan pembelot.
(d)

Semua anggota parti dan rakyat akan dilengkapi dengan senjata untuk

menentang kemaraan Jepun.

(e)

Menubuh pasukan gerakan bawah tanah bagi menentang Jepun melalui

keganasan.
Sama ada perjanjian ini membawa kerjasama sepenuhnya ataupun ada muslihat lain dapat
di lihat secara tidak langsung melalui perbincangan seterusnya. Sebagai memenuhi
perjanjian, PKM berjaya mengumpul 200 orang pemuda Cina yang terpilih untuk dihantar ke
Singapura dan dilatih di Sekolah Latihan Khas 101 (101 Special Training School). Kumpulan
inilah yang kemudiannya menjadi pemangkin (nucleus) kepada Kumpulan Tentera AntiJepun Rakyat Tanah Melayu (Malayan Peoples Anti-Japanese Army MPAJA). Isi
kandungan lain perjanjian telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat PKM pada 21
Disember 1941 setelah anggota mereka dibebaskan oleh kerajaan pada 15 Disember4.
Kekuatan dan kecekapan Jepun berperang tidak mampu diatasi oleh kerajaan dan pasukan
PKM. Setelah mendarat di Kota Bahru, Kelantan, pada 8 Disember dan mengalahkan
pertahanan kerajaan di Jitra, Kedah, menjadikan arah mara mereka ke selatan melalui dua
laluan semakin mudah. Akhirnya Jepun sampai ke Singapura pada 8 Februari dan berjaya
menakluki Tanah Melayu dan Singapura pada 15 Februari 1942. Kemenangan Jepun hanya
memberi kekalahan kepada kerajaan dan tidak PKM. Melalui cawangan militannya iaitu
MPAJA, komunis semakin mendapat perhatian dan sokongan masyarakat Cina. Kelompok
yang memberi sokongan kuat ialah mereka yang teraniaya oleh keganasan Jepun dan
terpaksa melarikan diri ke pinggir-pinggir hutan untuk meneruskan kehidupan.
Sepanjang tempoh tiga tahun penjajahan Jepun, MPAJA telah berjaya menambahkan
keanggotaan mereka menjadi seramai 7000 orang. Sokongan ini tidak mengambil kira lagi
pihak yang memberi sokongan dan simpati. Dalam usaha menentang Jepun, didapati
MPAJA sering mengelak daripada mencetuskan peperangan secara berhadapan atau

terbuka bagi mengelakkan kemalangan jiwa dan kerugian logistik. Tumpuan diberikan
kepada pengumpulan maklumat dan membuat serang hendap. Bagi pihak PKM pula
mereka meneruskan usaha memantapkan organisasi dan merekrut ahli bagi menentang
Jepun dan kemudiannya sebagai persiapan menghadapi Inggeris apabila mereka kembali
semula.
PKM dan MPAJA mendapat rangsangan baru di akhir penjajahan Jepun apabila kerajaan
melancarkan perang gerila melalui Pasukan 136 (Force 136)5 yang mula beroperasi pada
Mei 1943. Pada peringkat ini, operasi mereka hanya tertumpu kepada usaha untuk
mendapat dan mengumpulkan maklumat. Pihak pemerintah Force 136 di Colombo begitu
bangga dengan maklumat dan perjuangan yang telah dibuat oleh MPAJA. Sebagai satu
tindakan susulan hasil daripada perundingan dengan Loi Teck dan Chin Peng (pemimpin
PKM negeri Perak), pihak kerajaan dan Force 136 telah bersetuju untuk melatih gerila
MPAJA dan memberi bantuan makanan serta peralatan logistik. Melihat kepada
perkembangan semasa, Pemerintah British Asia Tenggara (The British South East Asia
Command) menetapkan supaya dapat menduduki kembali Tanah Melayu menjelang bulan
November 1945.
Dengan kehadiran Force 136, MPAJA banyak melakukan serangan ke atas Jepun. Keadaan
ini bukan sahaja memperkuatkan kekuatan mereka malah telah menambahkan lagi
pengalaman anggotanya dari segi teknik dan taktik peperangan gerila. Setiap kejayaan
dalam serangan akan menambahkan lagi nama baik dan sokongan masyarakat kepada
MPAJA, terutama daripada kalangan yang amat bencikan Jepun. Oleh yang demikian,
penjajahan Jepun telah dapat memantapkan lagi organisasi PKM dan cawangan militannya,
MPAJA. Namun satu keadaan baru telah muncul apabila keanggotaannya dimonopoli oleh
orang Cina (terlalu sedikit militan Melayu yang terlibat dalam MPAJA setelah pendudukan
Jepun) dan pihak yang dikatakan menjadi tali barut Jepun ialah orang Melayu. Sebenarnya
mereka ini ditugaskan oleh Jepun untuk menjadi polis ataupun polis rahsianya yang dikenali
sebagai kempetai. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kehidupan yang susah dan
berlakunya penindasan, maka ramai juga yang sanggup menjadi perisik upahan demi
sesuap nasi atau jaminan kehidupan semasa. Inilah kemudiannya memberikan satu kesan
yang buruk kepada Tanah Melayu setelah Jepun menyerah kalah.

6.4

SEBELUM PERISTIWA DARURAT

6.4.1

Pengalaman Zaman Kekosongan

PKM dan MPAJA mendapat banyak pengalaman yang berguna dan membantunya semasa
zaman Jepun. Kekalahan Jepun akibat daripada serangan bom atom di Hiroshima pada 6
Ogos dan serangan di Nagasaki pada 9 Ogos 1945 menyebabkan berlakunya zaman
kekosongan di Tanah Melayu apabila tentera Jepun menyerah kalah dan pentadbiran
Inggeris belum lagi sampai kerana peperangan ditamatkan dalam masa yang tidak dijangka.
Melihat kepada keadaan yang sedemikian PKM dan MPAJA telah merayakan kemenangan.
Gerila yang berpangkalan di hutan telah keluar ke bandar-bandar bagi merayakan
kemenangan. Mereka juga bertindak menawan beberapa balai polis dan melakukan
kekejaman membunuh orang Melayu bagi membalas dendam terhadap mereka yang
dianggap bersubahat dengan Jepun. Akhirnya berlaku tindak balas yang menyebabkan
terjadinya rusuhan kaum di beberapa tempat di Tanah Melayu seperti di Kampong Bekor,
Manong, Kuala Kangsar dan Sungai Maniak di Perak serta di Batu Pahat, Johor5. Suasana
ini berlangsung kira kira dua minggu. Peristiwa inilah yang telah menyebabkan imej PKM
tercemar di kalangan orang Melayu yang akhirnya tidak mendapat sokongan mereka.
Keadaan ini menyebabkan mereka berbelah bagi sama ada untuk menentang kedatangan
semula Inggeris atau memberikan kerjasama. Akhirnya, PKM memutuskan untuk
bekerjasama dan meneruskan perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu melalui saluran
perlembagaan atau politik.
Ketibaan Pentadbiran Tentera British (BMA) pada September 1945 telah diterima semula
oleh PKM dan penduduk. Tugas utama BMA ialah untuk memulihkan kembali keamanan
dan ketenteraman rakyat. Bagi tujuan itu, BMA telah meminta pasukan MPAJA yang
dianggarkan seramai 10,000 orang dibubarkan pada 1 Disember 1945. Mereka diberi
ganjaran WANG sebanyak RM300 seorang tanpa mengira pangkat dan dijanjikan untuk
dibantu mendapatkan pekerjaan bagi memulakan penghidupan baru. Ramai yang bersetuju
menyerah diri dan banyak senjata serta peralatan logistik yang dibekalkan oleh kerajaan
semasa Jepun diserah kembali. Namun begitu masih ramai juga yang tidak mahu menyerah
diri dan banyak juga peralatan ketenteraan mereka yang masih tersimpan di dalam hutan.
Kumpulan ini adalah pasukan rahsia PKM yang tidak pernah terlibat dengan sebarang
kerjasama. Hal keadaan ini haruslah difahami kerana PKM mempunyai muslihat tersendiri
sejak mereka bekerjasama pada tahun 1940 lagi.
Pembubaran MPAJA tidak bermakna PKM telah memutuskan hubungan mereka sesama
sendiri. Kelompok ini masih disatukan melalui Persatuan Bekas Tentera Anti-Jepun Rakyat
Tanah Melayu (MPAJA Ex-Comrades Association). Matlamatnya ialah bagi menjaga

kebajikan ahli dan dalam masa yang sama untuk terus meletakkan mereka di bawah
pengawasan dan pengaruh parti.
6.4.2

Zaman Malayan Union dan Pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu

Pelaksanaan Malayan Union bermakna kerajaan mahu meneruskan cengkamannya

terhadap Tanah Melayu dalam bentuk penjajahan yang lebih nyata. Ini bermakna kerajaan
akan mengetepikan PKM yang mengharapkan untuk berkongsi kuasa memerintah. Inilah
harapan mereka semasa memberi kerjasama awal dan menerima kedatangan semula
kerajaan.

Tindakan

sedemikian

telah

menyebabkan

PKM

memperkukuhkan

lagi

kedudukannya dalam arena politik tanah air.

Melalui strategi bandar dari model Revolusi Rusia tahun 1917 dan usaha menguasai
pertubuhan buruh, PKM melancarkan gerakannya sebagai sebuah parti politik yang sah.
Dengan pemulihan kesatuan-kesatuan sekerja yang digabungkan di bawah Kesatuan
Sekerja Umum (General Labour Union), PKM memainkan semula peranan lama mereka.
Dari strategi pentadbiran pula, PKM mengguna serampang dua mata dengan meletakkan
Loi Teck dan Chin Peng sebagai pemerintah gerakan bawah tanah, Liew Yit sebagai ketua
jawatankuasa politik, dan Lau Yew mengetuai jawatankuasa tentera yang menguruskan
pentadbiran di ibu pejabat parti Kuala Lumpur. Dalam masa yang sama, PKM meneruskan
perhubungan dengan BMA. Dengan ini usaha tetap diteruskan bagi mendapat sokongan
masyarakat menerusi organisasi depannya Malayan Democratic Union (MDU) yang
ditubuhkan pada 21 Disember 1945. Dengan kerjasama organisasi politik lain dan kesatuan
sekerja, PKM telah memperkukuhkan badan utamanya Barisan Bersatu untuk menuntut
kemerdekaan. PKM mengharapkan BMA akan berkompromi dengan tuntutan mereka
setelah menghentikan perjuangan secara militan bagi menegakkan Republik Komunis Tanah
Melayu.
Apabila dilancarkan kertas putih mengenai Malayan Union (MU) pada bulan Januari 1946,
MDU menerimanya kerana ada syarat longgar mengenai kewarganegaraan tetapi
mendesak

kerajaan

memasukkan

sama

Singapura.

Apabila

kerajaan

terpaksa

menangguhkan MU atas desakan orang Melayu dan tidak menerima cadangan MDU serta
tidak membawa mereka dalam perundingan perlembagaan baru, PKM bertindak dengan
mencadangkan di tubuh satu Barisan Bersatu Baru bersama-sama Parti Kebangsaan
Melayu Malaya (PKMM) dan Dewan Perniagaan Cina bagi menentang kerajaan. Hasilnya
tertubuhlah Majlis Tindakan Bersama (Council of Joint Action) pada 14 Disember 1946 yang
kemudiannya diberi nama Pan Malayan Council of Joint Action (PMCJA). Tujuan PMCJA

adalah berunding dengan kerajaan mengenai isu memasukkan Singapura, taraf kerakyatan
dan hak menubuhkan kerajaan sendiri.
PMCJA kemudiannya bergabung dengan PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) yang
kemudiannya membentuk gabungan PMCJA-PUTERA. PUTERA adalah hasil daripada
gabungan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Angkatan Pemuda Insaf (API) yang
bergabung dengan PKMM yang keluar dari PMCJA. Atas faktor kewangan, akhirnya
PUTERA terpaksa bergabung semula dengan PMCJA. Dalam gabungan ini, peranan PKM
ialah meresapkan ideologi mereka untuk membentuk sebuah negara merdeka berideologi
komunis. Tamparan hebat pada gabungan ini apabila kerajaan menolak Cadangan
Perlembagaan Rakyat yang mereka kemukakan pada bulan Oktober 1947 agar Tanah
Melayu diperintah secara demokrasi. Kegagalan ini merupakan kegagalan strategi komunis
untuk mendapat kuasa memerintah negeri ini.
PKM terpaksa mengambil strategi kedua iaitu menggunakan pertubuhan buruh dan
kesatuan sekerja yang berada di bawah gabungan Pan Malayan Federation of Trade Unions
(PMFTU). Mereka telah mendalangi beberapa pemogokan di Tanah Melayu dan Singapura
dengan menghasut pekerja membuat tuntutan kepada majikan yang kebanyakannya orang
Eropah. Kerajaan pula bertindak balas dengan mengawal dan membuat sekatan terhadap
kesatuan-kesatuan dan menuduh PKM menjadi dalang dan penggeraknya. Atas
kekecewaan tidak dapat bergerak bebas lagi dan tidak mahu ditangkap, seramai kira-kira
3,000 anggota komunis terpaksa melarikan diri ke hutan. Mereka telah melancarkan
tindakan propaganda, intimidasi (ugutan) fizikal, pemerasan, kekacauan atau gangguan,
penganiayaan (sabotaj) dan pembunuhan. Perang gerila di hutan juga dilancarkan.
Tindakan ini dibuat atas arahan komunis antarabangsa yang bersidang di Culcutta pada 19
25 Februari 1948 dan sebelumnya di Prague pada 1947 dan di London pada awal 1948,
yang menetapkan supaya mencetuskan revolusi bagi menentang kezaliman imperialis dan
golongan reaksioner di setiap negeri di Asia.
Satu lagi faktor yang menggerakkan tindakan revolusi ialah pertukaran pucuk pimpinan PKM
dari Loi Teck kepada Chin Peng pada bulan March 1947. Pada masa itu beliau ialah
Pengerusi PKM negeri Perak yang bersikap militan kerana peranannya dalam perang gerila
semasa Jepun dan bersama Force 136. Satu lagi faktor ialah pengisytiharan Persekutuan
Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 yang merupakan satu tamparan hebat dan kekalahan
kepada perjuangan golongan kiri yang menjadi dokongan PKM.

Sebagai memenuhi arahan yang ditetapkan di Culcutta, Chin Peng telah mengadakan
mesyuarat Jawatankuasa Kerja di Singapura pada 21 March 1948. Keputusannya
difahamkan ialah menubuhkan Republik Soviet Komunis Tanah Melayu secara keganasan
dan

bersenjata.

Tarikh

pelancaran

pemberontakan

akan

ditentukan

berdasarkan

perkembangan dan peristiwa semasa. Namun usaha-usaha awal telah dijalankan

sebagaimana yang dinyatakan dalam perbincangan di atas. Menjelang bulan Jun 1948,
keadaan menjadi semakin tegang. Tindakan mogok dan ancaman keselamatan semakin
serius. Dilaporkan dalam satu sidang akhbar Pesuruhjaya Tinggi Sir Edward Gent pada 13
Jun menyatakan telah berlaku sepuluh kejadian pembunuhan dan tiga kes serangan ke atas
pengurus ladang getah di seluruh negara dalam beberapa hari ini. Dianggarkan dari bulan
Oktober 1945 hingga Disember 1947, sebanyak 191 kejadian pembunuhan berlaku dan
dalam masa enam bulan pertama tahun 1948, sebanyak 107 kejadian lagi. Kejadian begini
berterusan. Pada 16 Jun, tiga orang peladang Inggeris telah dibunuh di Sungai Siput, Perak.
Atas desakan tuan punya ladang dan juga lombong-lombong yang menjadi tumpuan utama
gerakan komunis menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi mengisytiharkan darurat6 ke seluruh
negara pada hari yang sama berpandukan undang-undang BMA (Essential Regulation
Proclamation). Apabila Rang Undang-undang Peraturan Darurat (Emergency Regulation
Bill) diluluskan oleh Sidang Majlis Perundangan (Legislative Council) pada 5 Julai 1948,
undang-undang BMA di atas telah dibatalkan.

6.5

PERISTIWA DARURAT8

6.5.1

Kempen Awal

Undang-undang darurat memberi banyak kuasa kepada kerajaan. Pada 23 Julai 1948
kerajaan mengharamkan PKM dan membuat tangkapan besar-besaran terhadap ahli,
penyokong dan pihak yang bersimpati dengannya. Tidak kurang daripada 1000 orang
berjaya ditangkap dan kerajaan mengenakan hukuman mati kepada mereka yang
menyalahgunakan senjata api. Dalam tangkapan besar-besaran itu, tertangkap sama Liew
Pit yang menjadi wakil Jawatankuasa Pusat PKM. Keadaan ini menyebabkan bertambah
ramai ahli PKM melarikan diri ke hutan dan bermulalah perjuangan bersenjata secara rasmi
apabila PKM mengisytiharkan Perang Pembebasan Anti-British.
Dalam keadaan tidak menduga yang kerajaan akan bertindak sebegitu keras dan persiapan
yang masih belum lengkap, PKM masih lagi berjaya menghimpunkan kembali anggotaanggota MPAJA. Dengan kekuatan seramai kira-kira 12,000 orang, PKM berjaya

membentuk sebanyak lapan rejimen yang dinamakan Tentera Rakyat Anti-British (Malayan
People Anti-British Army MPABA). Nama ini ditukarkan menjadi Tentera Pembebasan
National Malaya (MRLA) pada bulan Februari 1948. Bagi mendekatkan mereka dengan
rakyat, PKM membentuk sel-sel yang dikenali sebagai Min Yuen di kalangan anggota
komunis. Mereka akan bertugas menjadi ejen untuk mendapatkan bekalan makanan, rekrut
baru dan juga maklumat dari rakyat. Perkara ini amat perlu kepada perjuangan kerana
kuasa darurat memperuntukkan banyak kuasa dan kelebihan bagi kerajaan bertindak.
Mengikut peraturan darurat, kerajaan diberi kuasa:
(a)
(b)

Menahan sesiapa sahaja yang disyaki tanpa bicara dalam tempoh dua tahun.
Melarang sebarang penulisan, penerbitan dan penjualannya, atau melarang

menyebarkan mana-mana dokumen, poster, sepanduk yang pada pandangan polis

menimbulkan suasana menghasut.
(c)

Kerajaan boleh menduduki atau menggunakan mana-mana bangunan atau

kenderaan bagi tujuan menjaga keamanan.

(d)

Membuat kawalan ke atas semua laluan jalan raya.

(e)

Menyurai sebarang bentuk perhimpunan.

(f)

Menguatkuasakan perintah berkurung.

(g)

Menangkap sesiapa sahaja yang disyaki tanpa waran.

(h)

Mengenakan hukuman mati kepada mereka yang menyalahgunakan senjata

api.
(i)

Menghukum mana-mana individu yang sengaja membuat laporan palsu kepada

polis.
(j)

Merampas sebarang perniagaan yang keuntungannya disalurkan kepada

perjuangan komunis.
(k)

Menangkap semua penduduk yang kawasannya disyaki sebagai tempat menyalur

sumber makanan, tenaga dan maklumat keselamatan kepada komunis.

(l)

Kerajaan boleh mengguna sebarang kekerasan terhadap rakyat yang tidak patuh

dengan arahan penggunaan senjata api atau bagi tujuan untuk menangkapnya.
(m)

Memindahkan rakyat yang menggunakan atau menduduki tanah kerajaan.

Melihat kepada keadaan di atas, kelihatan PKM sedang berjuang menentang kerajaan
Inggeris dan juga sebahagian besar rakyat yang telah dikepung dengan undang-undang
darurat yang menyekat pergerakan mereka. Sebagai satu tindakan susulan agar perjuangan
menubuhkan negara komunis di Tanah Melayu mencapai matlamatnya, simpati, sokongan,
bantuan dan penyertaan orang Melayu amat diperlukan. Kesilapan masa lalu mahu

diperbetulkan dengan mendekati kembali orang Melayu. Untuk tujuan itu, satu rejimen khas
untuk orang Melayu ditubuhkan. Ia dinamakan Rejimen Kesepuluh yang beroperasi di Lubuk
Kawah, Temerloh, Pahang. Angka sepuluh itu diambil dari tarikh 10 Zulhijah (Hari Raya
Korban) sempena dengan tarikh penubuhannya. Rejimen ini diletakkan di bawah pimpinan
Abdullah C.D., dan Rashid Maidin.
6.5.2

Tindakan Awal Kerajaan

PKM melancarkan operasi secara gerila. Mereka membuat gangguan, sabotaj dan
keganasan, ugutan atau percubaan membunuh kepada penduduk ladang, pekerja lombong
dan penduduk di kawasan terpencil. PKM juga sering melakukan serang hendap ke atas
pusat kawalan kecil keselamatan mahupun semasa pasukan keselamatan menjalankan
tugas rondaan. Operasi mereka adalah di kawasan terpilih tetapi menyeluruh. Di samping
membuat

gangguan

kepada

penduduk

dan

kerajaan,

PKM

meneruskan

usaha

mendapatkan sokongan, makanan, logistik, tenaga dan maklumat. Sebagai tindak balas
terhadap operasi yang dilancarkan oleh PKM, kerajaan telah melancarkan beberapa
tindakan mencegah, membendung dan mengawal agar ideologi dan pengaruh komunis
dapat disekat dan tidak berkembang.
1.

Memperkuatkan Pasukan Keselamatan

Keganasan yang dilakukan oleh PKM perlu dibendung bagi mengembalikan keyakinan
rakyat. Pasukan keselamatan perlu diperkemas dan ditambah keanggotaan serta
peralatannya. Ini sejajar dengan dasar keselamatan pada masa itu sebagai dasar bertahan
kerana masalah kekurangan kekuatan anggota, kelengkapan logistik dan persenjataan. Bagi
menambahkan kemampuan, kecekapan dan moral anggota polis yang seramai kira-kira
10,000 orang pada masa itu, mereka hanya dikerah menjalankan tugas untuk
mempertahankan kawasan bandar atau kampung sahaja daripada diserang oleh komunis.
Manakala pasukan tentera infantri yang sebanyak 10 batalion ditugaskan memburu musuh
di pinggir atau dalam hutan. Ini bertujuan untuk menyekat jaringan perhubungan dan
komunikasi serta memusnahkan pangkalan yang telah diwujudkan. Dalam masa yang sama
untuk menghalang kewujudan pangkalan baru.
Bagi memenuhi keperluan tugas ini, kerajaan telah menambahkan kekuatan pasukan polis
dan juga tentera. Pada akhir tahun 1949, kekuatan polis telah meningkat menjadi seramai
47,000 orang. Dari jumlah tersebut seramai 17,000 adalah anggota polis biasa (termasuk
3500 EPC) manakala baki 30,000 adalah pasukan Polis Khas (Special Constable SC)

yang dibentuk pada 26 Jun 1948. Pasukan tentera juga ditambah dan diperbesarkan
kekuatan. Sebanyak tiga batalion Pasukan Pengawal telah dibawa dari England untuk
memperkuatkan kawalan keselamatan. Sehingga pada tahun 1950, dianggarkan seramai
32,000 orang tentera telah ditugaskan di Tanah Melayu dan Singapura bagi tujuan tersebut.
Selain daripada menambahkan kekuatan dari segi jumlah anggota keselamatan, kerajaan
juga berusaha mempertingkatkan banyak perkara dalam tugas keselamatan. Antaranya
ialah meningkatkan kualiti kecekapan anggota. Tempoh latihan anggota rekrut telah
ditambah dari enam bulan kepada lapan bulan bagi polis biasa. Ini bertujuan untuk
membolehkan mereka mendapat latihan yang secukupnya berkaitan taktik melawan musuh
secara perang gerila. Sistem perhubungan wayarles diperluaskan. Di samping itu, balai
polis, pondok dan pos-pos baru diperbanyakkan di seluruh negara.
Satu lagi perkara penting dalam mempertingkatkan kekuatan pasukan keselamatan ialah
terbentuknya Pasukan Sempadan (Frontier Force) yang bertugas bagi mengawal sempadan
Tanah Melayu-Thailand. Tugas utama pasukan ini ialah untuk mengawal sempadan
daripada menjadi tempat penyeludupan senjata dan mengawal penduduk daripada memberi
kerjasama dengan komunis. Sebagai tindakan susulan, kerajaan telah mengadakan
perjanjian dengan kerajaan Thailand bagi kerjasama menentang musuh bersama komunis.
Kedua-dua kerajaan telah bersetuju membenarkan pasukan polis masuk ke kawasan jiran
bagi tujuan memburu komunis sehingga ke tempat yang dihadkan. Perkara yang tidak
kurang juga pentingnya dalam menangani komunis ialah tindakan kerajaan melaksanakan
rancangan Pendaftaran Kebangsaan bermula pada bulan September 1948. Rancangan ini
telah dilakukan dalam tempoh dua tahun dengan mencapai kejayaan. Dengan ini gerakan
gerila komunis peringkat pertama telah dapat dikawal.
Keupayaan kerajaan mengawal tindakan keganasan PKM bukanlah terletak semata-mata
kepada faktor kekuatan pasukan keselamatan. Ia berkait rapat dengan tindakan komunis itu
sendiri juga. Tindakan keganasan yang mereka lakukan terhadap masyarakat di ladang,
lombong atau di kampung terpencil telah menyebabkan perjuangan mereka dibenci dan
ditakuti. Lebih-lebih lagi tumpuan mereka ialah kepada orang Melayu dan majoriti anggota
PKM pula terdiri daripada kaum Cina. Sentimen ini telah mengurangkan sokongan kepada
mereka yang hanya mendapat sokongan satu kaum sahaja. Walau bagaimanapun sentimen
ini juga berbalas apabila pasukan keselamatan mengambil tindakan yang keras terhadap
penduduk yang disyaki dan tidak dapat memberi kerjasama yang memuaskan kepada
kerajaan. Wujud juga sentimen anti-kekerasan yang dilaksanakan oleh kerajaan,
terutamanya terhadap orang Cina di pinggir hutan atau kawasan pendalaman. Misalnya

antara bulan Jun 1948 hingga Disember tahun yang sama, seramai 5097 orang telah
ditahan tanpa bicara atau pertuduhan yang jelas. Kerajaan juga telah memusnahkan
perkampungan Kachau di Selangor dan Pulai di pendalaman Kelantan kerana mereka tidak
memberi kerjasama kepada pasukan keselamatan. Secara kebetulan pula majoriti anggota
pasukan keselamatan terdiri daripada kalangan orang Melayu. Jadilah keadaannya orang
Cina membenci kerajaan, dan orang Melayu membenci komunis. Namun begitu, tindakan
kerajaan memperkuatkan pasukan polis bagi mengawal bandar dan kampung serta tindakan
tentera yang sentiasa memburu anggota komunis di pinggir dan di dalam hutan telah
menjadikan kedudukan mereka semakin terancam dan terputus hubungan dengan massa.
Dengan itu, PKM terpaksa mengurangkan gerakan keganasan mereka.
2.

Rancangan Briggs

Leftenan General Sir Harold Briggs ialah Pengarah Gerakan Tanah Melayu yang dilantik
pada bulan April 1950. Beliau berpendapat bahawa komunis tidak boleh dihapuskan selagi
adanya sokongan rakyat kerana gerakan PKM melibatkan ideologi dan kepercayaan.
Baginya gerakan ketenteraan semata-mata tidak akan mampu mengatasi keganasan selagi
mereka mendapat sokongan rakyat dari segi tenaga, makanan, logistik dan maklumat
pergerakan pasukan keselamatan. Untuk itu beliau telah memperkenalkannya Rancangan
Briggs bagi mengawal sokongan massa dan memutuskan hubungan mereka dengan
komunis. Rancangan ini merupakan satu usaha bersepadu pasukan keselamatan
meneruskan pemburuan dan memusnahkan komunis dan dalam masa yang sama rakyat
dimenangi hati dan perasaan mereka (to win the hearts and minds of the people) untuk
memberi sokongan dan kepercayaan kepada kerajaan. Untuk itu beberapa langkah yang
telah dilaksanakan seperti memperkenalkan rancangan kampung baru, memperkukuhkan
bidang perisikan dan beberapa rancangan lain yang akan dibincangkan seterusnya.
(a)

Memperkenalkan Rancangan Kampung Baru

Konsep ini ialah menempatkan penduduk Cina yang tinggal bertaburan di pinggir-pinggir
hutan atau perkampungan ke satu kawasan yang boleh dikawal. Ia dilaksanakan melalui
undang-undang

penempatan

dalam

Peraturan

Darurat

(Emergency

Regulations).

Pemindahan dan penempatan semula ini telah dilakukan secara besar-besaran dan segera
di seluruh negara. Penempatan semula ini melibatkan lebih 650,000 penduduk dengan
ditempatkan ke 600 petempatan baru yang dikenali sebagai Kampung Baru. Petempatan ini
telah memakan masa selama empat tahun dengan belanja AS$44.3 juta. Selain diberi

kawalan, kampung ini diberi kemudahan asas kawasan perumahan dan kemudahan sosial
yang diperlukan.
Selain daripada mengumpulkan penduduk yang bertaburan di pinggir hutan, kerajaan juga
mengumpulkan pekerja ladang dan lombong yang berselerak di kawasan baru yang mudah
diberi kawalan atau perlindungan di tempat mereka bekerja. Misalnya, di kawasan ladang,
mereka dikumpulkan dekat dengan kawasan jalan laluan utama masuk ke ladang dan tidak
jauh dari kawasan pentadbiran. Manakala pekerja lombong pula mereka di tempatkan dekat
dengan bandar atau pekan yang tidak jauh dari kawasaan lombong mereka. Dengan
petempatan yang sebegini, menyebabkan perhubungan antara mereka dengan ejen,
penyokong atau komunis sendiri dapat dikurangkan dan akhirnya terputus sama sekali
kemudiannya.
(b)

Memperkukuhkan Bidang Perisikan

Dalam situasi berperang atau melawan gerila, perisikan merupakan alat terpenting bagi
menangani musuh. Pada awal zaman darurat, badan perisikan Malayan Security Service
(MSS) amat kecil dan kekurangan kakitangan. Ia juga sering bercanggah peranan dengan
Jabatan Siasatan Jenayah (CID). Dengan itu, badan ini telah dibubarkan kemudiannya.
Semua tugas perisikan dan siasatan diserahkan kepada CID. Namun CID lebih banyak
memberi tumpuan kepada tugas siasatan dan membasmi jenayah. Bagi menangani
masalah ini, Pengarah Gerakan telah melantik Guy C. Madoc mengetuai badan perisikan
yang dinamakan Cawangan Khas (Special Branch SB). Badan ini telah dijadikan
sebahagian daripada pasukan polis yang tugasnya mengumpul, mengklasifikasikan, menilai
dan menyebarkan maklumat komunis dan hal-hal keselamatan kepada pihak berkenaan.
(c)

Menubuhkan Pasukan Kawalan Keselamatan Tambahan

Selain daripada menubuhkan pasukan SC, kerajaan juga telah menubuhkan Pasukan
Kawalan Kampong (Home Guard). Pasukan yang diletakkan dibawah kawalan Angkatan
Tentera ini berperanan menjaga keselamatan penduduk dan harta benda di kampung
daripada pencerobohan dan gangguan komunis. Dengan cara ini sesebuah kampung akan
mempunyai pasukan yang akan mempertahankan penduduknya dari gangguan atau
serangan komunis sementara menanti bantuan dari balai polis berdekatan atau ketibaan
pasukan tentera. Kerajaan juga menubuhkan satu sistem kawalan khas yang dinamakan
Jawatankuasa Eksekutif Perang (War Executive Committees) yang melibatkan banyak
jabatan kerajaan dari peringkat pusat sehingga ke peringkat daerah. Penempatan

jawatankuasa ini sehingga ke peringkat yang terendah bagi memudahkan menempatkan

pasukan keselamatan di sesuatu tempat dan kawasan. Jawatankuasa ini juga dapat
mengintegrasikan pelbagai jabatan awam dengan tentera dan polis bagi membendung dan
memerangai komunis.
(d)

Mengistiharkan Kawasan Hitam atau Putih

Penempatan penduduk ke kampung-kampung baru dan gerakan ketenteraan yang

berterusan telah memutuskan perhubungan antara PKM dengan para penyokongnya.
Dengan ini PKM telah mengubah strategi operasi atau corak perjuangan mereka. Mulai
daripada bulan Ogos 1950 mereka telah mengurangkan tindakan mengganggu penduduk
dan serangan ke atas pasukan keselamatan. PKM juga telah menyusun kembali gerakan
mereka setelah bertambahnya ahli baru. Kejadian ini berpunca daripada ramainya pemuda
Cina melarikan diri ke dalam hutan kerana tidak mahu turut serta dalam program kerahan
tenaga setelah kerajaan melancarkan Skim Kerahan Tenaga pada 21 November 1950. Ada
juga yang melarikan diri balik ke negeri China. Bagi PKM, kehadiran anggota baru sedikit
sebanyak telah memberi tambahan kekuatan tenaga, tetapi mereka masih lagi kekurangan
peralatan dan persenjataan.
Sebagai satu usaha, PKM telah melancarkan sekali lagi serangan besar-besaran bagi
menggagalkan Rancangan Briggs, terutamanya petempatan Kampung Baru. Serangan ini
dilakukan pada bulan Februari hingga Ogos 1951. Tumpuan mereka ialah orang kampung,
balai dan pondok polis terpencil serta pasukan tentera yang membuat rondaan. Tindakan
serangan hendap dan keganasan terhadap rakyat menambahkan lagi jurang antara mereka
dengan penduduk. PKM mula merasa kecewa setelah orang Cina sendiri semakin
merenggangkan diri daripada memberi sokongan dan bantuan.
Seterusnya PKM telah mengaturkan strategi baru dengan mendekatkan diri kepada
masyarakat Orang Asli dan hanya mengganggu pasukan keselamatan sahaja. Tindakan ini
juga tidak berapa berjaya kerana tidak banyak bantuan yang dapat diberikan oleh Orang
Asli, dan kerajaan juga telah bertindak pantas memintas perhubungan mereka dengan
Orang Asli. Pasukan keselamatan juga telah ditempatkan di perkampungan Orang Asli bagi
memberi perlindungan dan mengambil hati mereka. Meskipun pada tempuh ini merupakan
musim menurun dalam perjuangan, namun PKM telah mencapai kemenangan moral
setelah berjaya membuat satu serangan hendap dan dapat membunuh Sir Henry Gurney,
Pesuruhjaya Tinggi British di Bukit Frazer pada 6 Oktober 1951. Kejadian ini juga sebaliknya
menjadikan mereka mendapat tekanan lebih besar lagi daripada pasukan keselamatan.

Dalam keadaan yang tertekan kerana kurangnya bantuan dan sokongan serta Arahan
Oktober 1951 (October Directive) yang mengarahkan tidak melakukan keganasan telah
menyebabkan kegiatan mereka semakin berkurangan. Operasi di kawasan selatan Tanah
Melayu terus berkurangan dan diberhentikan. Keadaan ini membolehkan kerajaan dan
pasukan keselamatan membuat penumpuan kepada kawasan tertentu setelah adanya
kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Putih. Melaka telah diisytiharkan sebagai
kawasan pertama mendapat taraf Kawasan Putih bagi seluruh negerinya pada 3 September
1953. Oleh itu, pasukan keselamatan telah dapat memberi tumpuan kepada kawasan di
bawah pemerintahan Setiausaha Agung PKM Chin Peng dan Jawatankuasa Pusatnya.
Gerakan besar-besar yang dilancarkan di negeri Pahang, telah memaksa Chin Peng dan
kumpulan serta pasukan di bawahnya yang berpusat di Mentakab melarikan diri ke
sempadan Tanah Melayu-Thailand di kawasan Kroh-Betong. Pengunduran diri ini dituruti
sama oleh rejimen lain termasuklah Rejimen Kesepuluh.
(a)

Pengiktirafan Politik dan Pentadbiran

Kerajaan juga melihat ideologi dan perjuangan komunis mesti diatasi dengan cara politik,
selain daripada operasi ketenteraan dan jentera pentadbiran. Pada masa ini sentimen
perkauman begitu meluas. Rasa marah orang Melayu terhadap orang Cina dan komunis
begitu menebal. Keadaannya seolah-olah disebutkan Cina sahaja tergambarlah kekejaman
komunis dan disebut pula komunis, itulah orang Cina. Keadaan begini jika dibiarkan akan
menambahkan lagi kerenggangan perhubungan antara kaum. Untuk itu kaum imigran mesti
ditarik perhatian mereka supaya merasakan Tanah Melayu ialah negara mereka. Bagi
menjayakan rancangan ini, beberapa program dilaksanakan yang antaranya ialah
(i)

Melalui penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, hak kewarganegaraan telah

diperluaskan kepada kaum imigran yang telah tinggal berterusan selama lapan tahun dan
boleh berbahasa Melayu atau Inggeris serta sanggup memberi ketaatan kepada Tanah
Melayu.
(ii)

Orang bukan Melayu digalakkan menubuhkan parti politik mereka sendiri. Melalui

sokongan kerajaan, parti bagi orang Cina ditubuhkan dengan diberi nama Malayan Cinese
Association (MCA) pada bulan Februari 1949. Manakala orang India telah menubuhkan
Malayan Indian Congress (MIC) terlebih awal lagi.
Tanah Melayu akan diberi taraf bekerajaan sendiri sebelum mencapai kemerdekaan. Justeru
itu beberapa langkah awal telah dibuat seperti menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan
Kaum (Communities Liaison Committee) pada tahun 1949, memperkenalkan Sistem Ahli

(Membership System) pada tahun 1951, memperkenalkan pilihanraya peringkat bandaran di

negeri-negeri dan memerdekakan Tanah Melayu dalam masa yang terdekat
1.

Rundingan Baling9

Akibat tekanan daripada pelbagai penjuru oleh kerajaan, PKM merasakan corak dan cara
perjuangan harus disesuaikan kembali pada tahun 1955. Perjuangan bersenjata dan
kekerasan tidak lagi praktikal kerana pasukan keselamatan telah diperbesar dan
diperlengkapkan, para penyokong dan yang memberi simpati telah dikawal serta
sebahagian besar rakyat telahpun selesa dengan sistem dan peraturan yang kerajaan
laksanakan.

Lagipun,

pada

peringkat

negara

sekeliling

dan

antarabangsa

telah

memperlihatkan satu kompromi atau usaha damai antara perjuangan komunis dengan
demokrasi. Misalnya di Indochina dan di Korea telah diadakan gencatan senjata pada tahun
1951 dan 1953 lagi. Perjuangan pemberontakan Huk di Filipina telah ditewaskan pada tahun
1954, dan pemimpin utama komunis Russia Khruschev telah menyarankan supaya
diwujudkan suasana aman damai (peaceful coexistence), dan komunis China telah
menyuarakan tidak akan membantu lagi perjuangan PKM semasa Sidang Bandung tahun
1955. Semua ini telah mempengaruhi arah tuju dan perjuangan PKM.
Satu lagi peristiwa dalam negeri yang mengubahkan pendirian mereka ialah Pilihanraya
Umum Persekutuan Tanah Melayu pada Julai 1955. Bagi menyelamatkan maruah daripada
gagal dalam perjuangan bersenjata, PKM merasakan perlu bagi mereka untuk turut serta
dalam pilihanraya tersebut. Dengan ini mereka telah menawarkan untuk mengadakan
perundingan dengan pemimpin-pemimpin politik. Dalam keadaan kesibukan mengadakan
pilihanraya, tidak dapat diaturkan sebarang pertemuan. Lagipun, setiap pertemuan dengan
PKM harus mendapat kelulusan pihak kerajaan. Setelah Tunku Abdul Rahman (Tunku)
dilantik menjadi Ketua Menteri pada 31 Julai 1955, beliau telah mendapat kebenaran
kerajaan bagi memberi pengampunan kepada PKM yang menyerahkan diri mulai 9
September 1955. Namun tawaran ini tidak menarik perhatian anggota PKM yang mana
mereka mahu keluar dari hutan dengan cara yang lebih terhormat.
Sehubungan itu, satu perundingan yang dikenali sebagai Rundingan Baling telah
berlangsung selama dua hari pada 28 dan 29 Disember 1955. Rundingan ini telah diadakan
di Dewan Persidangan di pekan Baling, Kedah. Persidangan pertama berlangsung pada jam
1415. Wakil kerajaan diketuai oleh Tunku dengan ditemani oleh David Marshall (Ketua
Menteri Singapura) dan Tan Cheng Lok. Manakala PKM diketuai oleh Chin Peng dan
dibantu oleh Chen Tien (menjadi penghubung PKM dalam menjayakan pertemuan

perundingan) dan Abdul Rashid Maidin. Dari apa yang digambarkan oleh Tunku bahawa
Chin Peng tidak bersedia menerima syarat menyerah diri dan meletakkan senjata. Meskipun
Tunku memberinya peluang untuk tidak tergesa-gesa memberi jawapan, namun beliau terus
bertegas tidak dapat menerima tawaran tersebut dalam pertemuan kedua pada esoknya.
Bagi pihak Tunku pula, beliau tidak dapat menerima tuntutan PKM untuk menyerah diri dan
meletakkan senjata tanpa syarat dan dibenarkan partinya bergerak sebagai parti politik yang
sah.
Oleh kerana terdapat perbezaan matlamat dan cita-cita perjuangan, maka perundingan itu
berakhir dengan tidak mendapat sebarang keputusan yang jelas dan dianggap gagal. Bagi
Tunku, pengampunan yang diberi sebagai jalan penyelesaian kepada perjuangan PKM yang
menakut-nakutkan dan keganasan pada rakyat bukannya cara terbaik untuk menghalau
penjajah. Ini disebabkan penjajah telah bersetuju untuk memberikan kemerdekaan dan
beliau dalam tempoh yang terdekat akan berangkat ke London bagi merundingkan tarikh
dan syarat kemerdekaan. Kebebasan bergerak bermakna memudahkan PKM mendampingi
rakyat bagi mengembangkan ideologi komunis yang telah ditolak oleh hampir keseluruhan
rakyat. Chin Peng pula melihatkan pengampunan sebagai satu kegagalan dalam
perjuangannya menghalau penjajah yang selama ini diperjuangkannya. Mereka lebih
mengharapkan perundingan ini untuk mendapatkan kerjasama pemimpin politik bagi samasama menghalau penjajah. Mereka mempunyai hasrat atau matlamat yang tersembunyi,
iaitu setelah berjaya menghalau penjajah, mudahlah bagi mereka mengambil semula negara
ini kerana mereka mempunyai kekuatan ketenteraan dan para pendokong perjuangan.
Semasa perundingan berlangsung, kawalan keselamatan diperketatkan bagi menjamin tidak
berlakunya sebarang kejadian buruk. Pihak keselamatan dan PKM telah bersetuju
mengadakan genjatan senjata bagi membolehkan pihak PKM keluar mengiring dan
memerhati perkembangan perbincangan. Apa yang menariknya perbincangan ini telah
berjalan dengan suasana tenteram tanpa sebarang gangguan. Pihak PKM yang mengiringi
wakil mereka telah dibenarkan berjalan-jalan di pekan Baling dan membeli keperluan
makanan di pasar. Ini kerana Chin Peng meminta penyediaan makanan untuk mereka
disediakan sendiri selain daripada makanan dalam tin kegunaan tentera yang disediakan
untuk mereka.
Kegagalan rundingan ini telah diduga. Pihak kerajaan sebenarnya tidak begitu merestui
rancangan Tunku memberi pengampunan dan mengadakan perundingan. Atas usaha yang
telah dibuat, Tunku berjaya mendapat kebenaran mengadakan perbincangan itu bagi
sekurang-kurangnya untuk melihat dan menilai perjuangan sebenar PKM. Selain pihak

kerajaan, akhbar-akhbar diseluruh dunia turut tidak yakin dengan hasil perundingan itu nanti.
Bagi mereka Tunku seperti memperjudikan nasib negara dan masa depan politiknya apabila
mengadakan perundingan tersebut. Memang tepatlah seperti apa yang diduga.
PKM tidak berputus asa. Ada usaha untuk mengadakan rundingan kedua setelah Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan. Usaha ini ditolak oleh Tunku kerana yakin negara akan
dapat mengatasi masalah komunis. Setelah gagal dengan usaha ini, bermakna untuk
meneruskan perjuangan melalui saluran politik yang sah telah tertutup. Untuk meneruskan
perjuangan dengan kekerasan pula telah tidak berkemampuan setelah ramai anggota
terkorban dan kurangnya sokongan daripada rakyat. Dengan itu, Chin Peng telah
mengarahkan para anggota dan penyokongnya di hutan supaya mengelakkan diri daripada
bertembung dan bertempur dengan pasukan keselamatan. Tujuannya bagi mengelakkan
anggota yang terlatih daripada terkorban dan dalam masa yang sama dapat menyusun
strategi dan mempertingkatkan lagi latihan. Dalam masa yang sama PKM berusaha untuk
memanjangkan lagi suasana darurat yang boleh melambatkan proses pembangunan dan
menyusahkan rakyat setelah banyak peruntukan disalurkan kepada pasukan keselamatan.
Bagi komunis, apabila negara menjadi lemah dan mundur, mudahlah rancangan jangka
panjang mereka dapat dilaksanakan melalui kaedah pengeksploitasian isu semasa10
6.6

KESAN DARURAT KEPADA KEMERDEKAAN

Persekutuan Tanah Melayu terus mengalami perkembangan politik dan juga perjuangan
komunis. Pejuang kemerdekaan melalui saluran politik berusaha meyakinkan pihak
pemerintah yang rakyat negeri ini telah mula bersatu melalui permuafakatan. Bagi PKM
pula, percubaan untuk menghalang proses kemerdekaan melalui keganasan telah tidak
berjaya. Namun ikhtiar masih diteruskan dengan menumpang dan mengembangkan
pengaruh ideologi politik melalui parti politik berhaluan kiri seperti Parti Front Sosialis, Parti
Rakyat, Parti Buruh, Parti Progresif Rakyat dan Parti Pemuda Sosialis. Dengan ini dapat di
lihat PKM dan darurat telah menjadi penghalang kepada kelancaran proses kemerdekaan
dan dalam masa yang sama telah memperkuatkan usaha untuk mendapatkan kemerdekaan
tersebut.

Banyak kesan yang dapat di lihat daripada peristiwa pemberontakan PKM dan perlaksanaan
darurat. Antaranya ialah
1.

Ketegangan Hubungan antara Kaum

Peristiwa darurat telah melukakan kembali hati dan perasaan penduduk yang berbilang
bangsa di Tanah Melayu yang mulai pulih selepas penjajahan Jepun. Ini disebabkan
berlakunya beberapa peristiwa yang sengaja atau tidak dapat dielakkan daripada berlaku
sepanjang masa darurat tersebut. Antaranya ialah:
(a)

Prasangka Perkauman Memuncak

Keadaan ini memperlihatkan satu suasana tegang antara orang Cina dengan orang Melayu.
Kejadian pertama telah berlaku semasa zaman kekosongan dan diikuti pula peristiwa
pemberontakan komunis ini. Sekali lagi dua bangsa yang mempunyai sejarah pergaduhan
dihadapkan oleh suasana baru. Walaupun perjuangan komunis untuk memerdekakan Tanah
Melayu, tetapi mereka terpaksa berhadapan dengan pasukan keselamatan penjajah yang
terdiri daripada kalangan orang Melayu yang menganggapkan kerja mereka sebagai
perjuangan mempertahankan tanah air daripada jatuh ke tangan komunis. Maka
berjuanglah dua bangsa ini bagi matlamat yang berlainan, meskipun pada akhirnya menuju
cita-cita yang satu, iaitu kedaulatan tanah air.
Dalam perjuangan ini, daripada apa yang telah direkodkan, PKM telah kehilangan nyawa
seramai 6,710 orang, tercedera dalam pertempuran seramai 2,819 orang, ditawan seramai
1,286 orang dan kehilangan anggota yang menyerah diri seramai 2,702 orang. Dari jumlah
ini sebahagian besarnya ialah orang Cina. Di pihak pasukan keselamatan pula, anggota
pasukan polis biasa yang terkorban dalam pertempuran ialah 511 orang manakala 701
orang lagi tercedera; Polis Khas: terkorban seramai 593 dan cedera 746 orang; Pasukan
Polis Tambahan: terkorban seramai 242 orang dan cedera 154 orang. Pasukan Angkatan
Tentera pula kehilangan nyawa dalam pertempuran atau diserang hendap seramai 519
orang dan 959 orang lagi tercedera. Hampir keseluruhan mereka yang terlibat ialah orang
Melayu. Di samping kedua-dua pihak yang terlibat secara terus, ada pihak lain yang
mengalami nasib sama, iaitu orang awam atau rakyat jelata. Seramai 2,473 orang telah
terkorban, 1,385 orang tercedera, dan 818 orang lagi dilaporkan hilang tanpa dikesan akibat
kekejaman dan keganasan komunis. Mereka menerima nasib malang ini akibat daripada
tidak memberi kerjasama atau tidak mampu lagi untuk bekerjasama dengan PKM.
(b)

Petempatan yang Berasingan

Sejarah telah menyaksikan penjajah telah mengasing penduduk di sini. Peristiwa darurat
sekali lagi menyaksikan kejadian yang sama apabila konsep kampung baru diperkenalkan.

Dari jumlah 600 petempatan kampung baru tersebut, hanya sembilan peratus sahaja
petempatan untuk orang Melayu dan empat peratus untuk orang India serta satu peratus
untuk lain-lain kaum. Apa yang menebalkan permusuhan ini ialah dari segi kemudahan asas
dan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan. Penduduk kampung baru yang hampir 500
petempatannya didiami oleh orang orang Cina mendapat semua kemudahan yang
diperlukan. Manakala kampung Melayu tradisi yang berhampiran diabaikan oleh kerajaan.
Ini menyebabkan orang Melayu terasa pihak mereka yang sentiasa memberi sokongan dan
berkorban membantu kerajaan dalam menangani komunis diabaikan, sedangkan pihak yang
membantu ataupun menjadi tali barut komunis diberi layanan yang baik. Ini belum
mengambil kira perasaan mereka yang kehilangan keluarga yang terkorban dalam tugas
pasukan keselamatan atau dibunuh oleh komunis. Semua ini telah menebalkan perasaan
perkauman orang Melayu.
(c)

Ketaatsetiaan yang Dipertikaikan

Rasa marah dan kecewa orang Melayu terhadap orang Cina ditambah lagi akibat sikap yang
ditunjukkan oleh belia-belia Cina dan India yang tidak menyahut seruan kerajaan dalam
menentang komunis melalui Skim Kerahan Tenaga yang dilancarkan pada 21 November
1950. Skim ini telah mewajibkan penduduk yang berusia 20-30 tahun mendaftarkan diri
menjadi anggota pasukan keselamatan. Apa yang berlaku antara bulan Februari hingga
Ogos 1951 telah menyaksikan tidak kurang dari 10,000 pemuda dan belia Cina telah
melarikan diri ke negeri China dan tidak kurang juga yang masuk hutan menyertai PKM. Hal
yang sama dapat di lihat kepada pemuda India apabila dalam tempuh yang sama jumlah
penumpang kapal ke India sentiasa meningkat. Hal inilah yang menimbulkan rasa kecewa
orang Melayu dan juga kerajaan terhadap sikap mereka ke atas sikap mereka terhadap
negeri ini yang hanya sekadar tempat untuk mencari kekayaan semata-mata. Walau
bagaimanapun, ada juga pemuda Cina yang berjiwa patriotik apabila seramai 200 orang
telah menyahut seruan berkhidmat dalam pasukan keselamatan, terutamanya pasukan
polis. Angka ini adalah dari akhir tahun 1949 hingga tahun 1951.
(d)

Hak Kewarganegaraan dan Berpolitik

Kewarganegaraan merupakan isu yang sensitif. Ia adalah hak mutlak rakyat asal atau
pribumi sesebuah negeri. Memberi kerakyatan yang membawa kepada persamaan taraf
terhadap kaum imigran, merupakan satu pengorbanan yang semestinya diberi timbal balas.
Setelah orang Cina diberikan hak kewarganegaraan, sekali lagi kerajaan menunjukkan sikap
kasih kepada mereka dengan mendorongkan penubuhan MCA bagi menghilangkan

prasangka atau prejudis Cina itu Komunis, dan Komunis itu Cina. Setelah kedua-dua ini
diberi, rasa kasih mereka terhadap negeri ini masih lagi berbelah bagi sebagaimana yang
diterangkan pada perenggan di atas. Rasa kecewa orang Melayu sekali lagi terasa setelah
adanya orang-orang Cina di Pulau Pinang dan Melaka yang mahu terus menjadi
warganegara Kerajaan Queen dan tidak mahu mencapai kemerdekaan bersama. Walau
bagaimanapun, kelahiran MCA telah membawa satu kesan baik kemudiannya apabila
pemimpin parti ini dapat duduk bersama dengan pemimpin nasionalis Melayu dalam Komiti
Perhubungan Kaum yang akhirnya dapat menubuhkan gabungan parti-parti dalam
PERIKATAN.
2.

Peruntukan Keselamatan yang Meningkat

Darurat telah menyaksikan kerajaan membelanjakan sejumlah peruntukan yang besar bagi
menangani pemberontakan komunis. Antara perkara yang ditumpukan ialah pembesaran
dan menambah kekuatan pasukan keselamatan. Dalam tempoh darurat, jumlah anggota
Pasukan polis diperkuatkan menjadi sejumlah 75,281 anggota dengan 31,164 orang
pasukan Polis Biasa dan 44,117 orang Polis Khas. Seramai 86,000 orang lagi berkhidmat
sebagai Polis Bantuan. Manakala Angkatan Tentera juga diperbesarkan dari empat kepada
enam batalion Askar Melayu. Kerajaan juga telah menambah kekuatan menjadi dua batalion
Tentera British, lima batalion Tentera Gurka dan penambahan satu skuadron Tentera Udara.
Kekuatan pasukan keselamatan diperkuatkan lagi apabila kerajaan membawa masuk
tentera Komanwel dari Australia, New Zealand dan Fiji. Kerajaan dikatakan pernah
berbelanja antara $250,000.00 ke $300,000.00 sehari bagi tujuan keselamatan memerangi
komunis. Untuk tujuan pertahanan, dianggarkan sebanyak $136,239,000.00 telah
dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan. Ini tidak mengambil kira lagi perbelanjaan
membina petempatan di kampung baru dan lain-lain perbelanjaan yang ditanggung oleh
pelbagai jabatan dan agensi yang sama-sama turut membantu melumpuhkan kegiatan
komunis

setelah

operasi

keselamatan

bukanlah

satu-satunya

jalan

muktamad

menghancurkan gerakan komunis. Secara keseluruhan, kira-kira $721.9 juta yang

dibelanjakan telah merugikan kerajaan dan negara dalam dalam usaha mencapai
kemerdekaan.
3.

Ekonomi Negara Hampir Lumpuh

Keganasan dan pembunuhan yang dilakukan oleh gerila komunis serta tindak balas
pasukan keselamatan menjejaskan ekonomi negara. Akibat daripada ancaman dan
gangguan komunis, banyak ladang getah dan lombong tidak dapat beroperasi dengan

sempurna kerana pekerja menjadi takut. Komunis juga mengganggu mereka yang bercucuk
tanam di tepi kampung atau pinggir hutan. Ini juga menjejaskan hasil sayuran dan tanaman.
Apabila kerajaan melancarkan tindak balas memburu mereka, perintah berkurung terpaksa
dilaksanakan. Sekali lagi para pekerja dan petani tidak dapat bekerja. Dengan ini hasil
negara kian merosot dan kekurangan barang makanan kian meningkat. Bukan sahaja
negara mengalami defisit, misalnya pada tahun 1953 sebanyak $1.46 juta malahan catuan
makanan terpaksa dilakukan.
Catuan ini berpunca daripada kekurangan beras apabila orang Melayu tidak dapat
mengusahakan sawah padi dan berhuma dipinggir hutan. Misalnya pada tahun 1948,
kawasan tanaman padi ialah seluas 95,757 ekar. Keadaan ini telah berkurangan menjadi
67,465 ekar pada tahun 1951. Begitu juga dengan tanaman sayuran dan hasil pertanian lain
tidak dapat ditambah atau dikeluarkan apabila petempatan berpindah ke kampung baru.
Mereka terpaksa meninggalkan tanaman yang diusahakan kerana berpindah. Keadaan
yang sama terjadi kepada usaha penternakan. Bagi orang Melayu, bersawah padi sering
beriringan dengan memelihara kerbau ataupun lembu. Pada zaman ini penternakan turut
juga terjejas setelah penduduk lebih mengutamakan keselamatan diri dan keluarga daripada
menambahkan pendapatan sampingan.
4.

Hubungan Baik

Rahmat tersembunyi di sebalik keganasan komunis ialah wujudnya perhubungan yang baik
antara para pekerja dan majikan. Para majikan mula merasakan kesan darurat ialah
penguasaan pihak kominis terhadap kesatuan sekerja. Hal ini terjadi kerana sikap mereka
yang mengabai dan tidak prihatin kepada pekerja yang telah memberi sumbangan kepada
industri mereka dan juga ekonomi negara. Akibat seringnya berlaku krisis dan pemogokan
pekerja, akhirnya mereka juga yang mengalami kerugian. Keadaan semakin tertekan
setelah ramai pekerja hilang pekerjaan setelah ditangkap kerana terlibat dan bersimpati
dengan komunis. Pekerja juga sering tidak dapat hadir bekerja kerana gangguan atau
perintah berkurung. Kehilangan dan ketidakhadiran pekerja mahir tentu sahaja merugikan
para majikan. Dengan itu, apabila suasana darurat telah beransur pulih, hubungan antara
majikan-pekerja juga turut pulih sama. Majikan amat mengharapkan suasana baik ini
supaya pekerja tidak lagi diresapi oleh anasir-anasir komunis.
Selain pekerja-majikan mendapat rahmat, parti politik yang bersemangat nasionalis kanan
juga mendapat keuntungan setelah diwujudkan usaha menyatukan kaum-kaum yang ada.
Misalnya, UMNO begitu lantang memperjuangkan kebajikan orang Melayu dan mengajak

mereka bersatu bagi menentang komunis dan berusaha untuk mencapai kemerdekaan.
Antara yang diperjuangkan ialah supaya lebih ramai pegawai-pegawai Melayu dilantik ke
jawatan dan pangkat yang sewajarnya bagi menggantikan pegawai Inggeris yang telah
tamat perkhidmatan. Turut sama diperjuangkan ialah menuntut supaya Kerajaan British
memberi bantuan peruntukan sebanyak 10,000,000 juta pound atau kira-kira $85 juta bagi
memajukan bidang pertanian dan ekonomi orang Melayu dalam tempoh lima ke sepuluh
tahun. Walau bagaimanapun perkara ini tidak disentuh dengan mendalam dalam ruang ini
kerana telah dibincangkan dengan ringkas di atas dan juga dalan perbincangan tajuk lain.
Namun begitu, harus juga diingatkan, bagi parti yang bersifat nasionalis kiri11, pada musim
ini menghadapi nasib yang hampir sama dengan PKM setelah pergerakan serta aktiviti
disekat dan pemimpinnya pula dipenjarakan atas alasan mengancam keselamatan negara.
Satu lagi perkara yang tidak kurang penting ialah terujinya kefahaman tentang Islam kepada
orang Melayu. Orang Melayu yang sinonim dengan Islam telah berjaya mempertahankan
akidah mereka apabila menolak bulat-bulat fahaman komunis yang tidak mempercayai
wujudnya Tuhan. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh komunis seperti menyamar diri
sebagai orang Islam oleh Chong Yin Nam dengan nama Haji Hashim untuk mempengaruhi
orang Melayu, namun masih tidak berjaya memikat hati nurani mereka supaya berpihak
kepada komunis. Sebaliknya beliau turut terbunuh kemudiannya. Begitu juga dengan
penonjolan tiga tokoh komunis Melayu iaitu Abdullah C.D., Rashid Maidin dan Musa Ahmad
tidak banyak membawa kesan. Mereka ini sendiri dikatakan lebih mengamalkan prinsip
Islam didahului, barulah Komunis, sekurang-kurang pada perkara yang melibatkan hal
makan dan minum.

6.7

KESIMPULAN

Darurat tidak pernah menghalang cita-cita utama sebahagian besar rakyat yang mahukan
kemerdekaan. Peluang ke arah kemerdekaan terus terbuka cerah setelah kerajaan
menyedari dan mengambil pendekatan bahawa keganasan komunis tidak wajar diatasi
dengan kekerasan bersenjata semata-mata. Strategi yang melibatkan semua organisasi dan
jabatan kerajaan serta memenangi hati dan pemikiran rakyat telah membuka peluang yang
lebih cerah dan meluas kepada mereka untuk sama-sama terlibat dalam membanteras
komunis dan dalam masa yang sama memperjuangkan cita-cita asal untuk mencapai
kemerdekaan.
Pembanterasan komunis mula menampakkan kejayaan setelah orang Melayu menyahut
seruan pemimpin dan kerajaan dengan melibatkan diri dalam pasukan keselamatan. Mereka
turut sama membuat pertahanan sendiri di kawasan petempatan masing-masing. Bagi
orang bukan Melayu pula (terutamanya orang Cina) telah menunjukkan sikap bekerjasama
dengan tidak membantah apabila dipindahkan. Maka perjuangan keganasan komunis dapat
direda dan dikurangkan. Sebagai tindak balas, PKM melancarkan beberapa gerakan intensif
yang semuanya berakhir dengan kegagalan. Ini semua kerana sokongan awal yang mereka
jangka dan harapkan tidak kecapaian. Akhirnya telah memaksa pemimpin PKM meminta
pemimpin parti politk utama negara pada masa itu (Tunku) supaya mengadakan
perundingan. Namun kerana sikap tidak menerima kenyataan sebagai pihak yang mahu
berunding dan sedang berada dalam keadaan hampir kalah, perundingan berakhir tanpa
penyelesaian dan gagal.
Apa yang terserlah daripada kegagalan perundingan tersebut ialah arah tuju perjuangan dan
sikap mahu mengambil kesempatan dan sentiasa mahu memperkudakan orang lain bagi
kepentingan mereka (komunis). Digambarkan kemudiannya mereka berunding lebih kepada
mengajak Tunku bermuafakat bersama-sama menentang penjajah mengikut cara mereka

dengan membenarkan mereka turut sama terlibat dalam politik. Setelah berjaya menghalau
penjajah, mereka menyimpan hasrat awal untuk menjatuhkan sekutu mereka pula yang
dianggap lebih mudah dilakukan berbanding dengan menghalau penjajah secara
bersendirian. Taktik ini telah diperlihat dari sejarah awal perjuangan mereka yang selalu
menggunakan pertubuhan buruh dan para pekerja. Apa yang berlaku sebenarnya, setelah
wujud krisis yang memanjang antara pekerja dan majikan, mereka mengaut keuntungan
dengan mendesak pemimpin dan pekerja melarikan diri untuk mengelak daripada ditangkap.
Akhirnya kesatuan sekerja ditekan dan majikan menjadi lumpuh, sedangkan mereka telah
mendapat pemimpin dan anggota yang akan berjuang bersama. Jika berlaku keadaan huru
hara, itulah yang menjadi harapan mereka supaya mudah lagi proses mempengaruhi
dengan meracuni pemikiran rakyat yang lebih ramai.
Namun, daripada apa yang diperlihatkan dalam tempoh darurat, PKM tersalah perhitungan.
Mungkin kerana terlalu kagum dengan kejayaan Komunis di Russia dan China, mereka
menyangka akan turut sama mencapai kejayaan di Tanah Melayu. Mereka sebenarnya
melakukan salah perhitungan dari segi masyarakat dan agama anutan penduduk setempat.
Meskipun pada awalnya, mereka mendapat sokongan daripada kalangan masyarakat Cina,
tetapi setelah dikenakan sekatan oleh kerajaan dan dipaksa supaya menentang komunis,
ramai yang melarikan diri balik ke negeri China. Mereka tidak mahu terlibat kerana
bertentangan dengan hasrat asal ke Tanah Melayu untuk mencari kesenangan yang tidak
tercapai di tanah air sendiri, bukannya untuk menempah kesusahan yang sama atau lebih
teruk lagi. Seperkara lagi, orang Melayu yang beragama Islam tidak akan menerima
sebarang bentuk kekejaman dan kezaliman. Lebih-lebih lagi jika tidak percaya pula kepada
Tuhan12. Apa yang berlaku sebelum ini, orang Melayu mengambil tindakan kekerasan
kerana mempertahankan hak mereka atau hak Raja dan agama mereka. Sedangkan
komunis pula mengajak orang Melayu merampas hak mereka sendiri. Tambahan pula
komunis yang mengajak mereka berjuang itu adalah lebih buruk dan lebih teruk lagi
daripada penjajah yang sedia ada. Sekurang-kurangnya penjajah tidak melakukan
kezaliman secara terang-terang dan masih menghormati orang Melayu dan agama Islam.
Oleh itu, kegagalan mendapatkan sokongan orang Melayu bermakna separuh daripada
perjuangan telah gagal.
Seperkara lagi daripada peristiwa darurat ini telah menjadikan orang Melayu terus bersatu
setelah mereka memperlihatkan semangat itu semasa menentang Malayan Union. Malayan
Union berjaya ditumbangkan melalui usaha yang dilakukan oleh UMNO. Kewujudan
Persekutuan Tanah Melayu memberikan pertambahan keyakinan yang negara ini akan
mencapai kemerdekaan juga akhirnya. Jadi tidaklah timbul usaha untuk mencapai

kemerdekaan melalui cara lain seperti yang diperjuangkan oleh komunis. Secara mudahnya,
perjuangan yang berhaluan kiri kurang mendapat sambutan rakyat, terutamanya orang
Melayu, apatah lagi perjuangan PKM bercorak keganasan dan melakukan pembunuhan.
Dengan peluang-peluang yang diberikan oleh kerajaan terhadap orang Melayu dan seluruh
rakyat sama-sama memikul tanggungjawab terhadap negara ini, perjuangan komunis
semakin ditolak dan tidak lagi mendapat sokongan yang diharapkan.
Tamparan menjadi lebih hebat kepada PKM setelah gagal dalam Perundingan Baling. Tunku
pula mencapai kejayaan besar dalam perundingan di London. Tarikh kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 diumumkan ke seluruh negara
sekembalinya Tunku dan rombongan dari London pada pertengahan bulan Februari 1956.
Ternyatalah apa yang mereka cuba perjuangkan selama ini telahpun dicapai oleh Tunku
melalui saluran parti dan politik serta berunding, bukannya konfrontasi dan keganasan.
Negara kian berada diambang kemerdekaan dan perjuangan PKM kian pudar, lebih-lebih
lagi setelah pemimpin dan pusat perjuangan mereka telah menumpang di negara orang lain
iaitu Thailand.
Sebuah demi sebuah kawasan putih diisytiharkan menjelang tarikh kemerdekaan. Tugas
membanteras komunis semakin mudah setelah kawasan hitam semakin mengecil. Dengan
tumpuan operasi yang berterusan diperhebatkan, PKM semakin tidak bermaya. Atas
semangat kemerdekaan, sekali lagi Tunku mengisytiharkan pengampunan pada 31 Ogos
untuk selama lapan bulan. Hasilnya seramai lebih 130 orang menyerah diri mulai dari 1
September hingga 31 Disember 1957. Setelah negara mencapai kemerdekaan, gerakan
ketenteraan terus diperhebatkan di negeri Pahang dan Perak yang masih mempunyai saki
baki komunis. Dalam keadaan yang terdesak, setelah strategi merapatkan diri dengan
golongan massa juga gagal, akhirnya Chin Peng dan pemimpin utama lain tidak ada pilihan
selain daripada menetap terus di selatan Thailand sebagai tempat persembunyian. Sebelum
darurat diisytiharkan tamat pada 19 April 1960 di Parlimen yang berkuatkuasa pada 31 Julai
kemudiannya, PKM dianggarkan hanya mempunyai kekuatan antara 400 ke 500 orang
anggota sahaja yang sebahagian besarnya telah diarahkan supaya meletakkan senjata dan
kembali hidup bersama masyarakat sama ada di Tanah Melayu atau di selatan Thai.
Perjuangan selama 12 tahun satu bulan dan 15 hari telah berakhir dengan sia-sia dari segi
perjuangan bersenjata mahupun politik. Namun kerana komunis itu merupakan ideologi,
kegagalan kali ini tidak bermakna terputus sudah perjuangan. Oleh kerana organisasi masih
belum musnah, tenaga kerja masih ada dan simpati orang ramai belum lagi luput
sepenuhnya, perjuangan mereka belumlah dianggap selesai. Jadilah perjuangan mereka
seperti agenda perjuangan yang belum selesa

Anda mungkin juga menyukai