Anda di halaman 1dari 24

T.

-anskrip Wawancara Bersama Special Constable (B)


Encik Mokhtar Bin Harun Tentang Pengalaman Beliau
Padit Zaman Darurat Di Daerah Kuala Langat
Dari Tahun 1948-1960.

Oleh

Norabihusin Kaswar 2003291847


Wan Zahari Sulong

2003291822

Projek dimajukan kepada Fakulti Pengurusan Maklumat,


Universiti Teknologi Mara, Puncak Perdana bagi memenuhi
keperluan kursus IMR 603 - Dokumentasi Sejarah Lisan

'
0
)

'I
~

J
/

"

-<

'

/""\.

b ~

PENGHARGAAN

Alhamdullilah, bersyukur kami kehadrat Illahi kerana dengan limpah kumia dan

...

innnayah.:.Nya dapatlah kami m~njayakan projek pendokumentasian sejarah lisan sebagi


keperluan kursus IMR 603: Dokumentasi Sejarah Lisan.
Kami berterima kasih kepada Encik Mohd Nazir Ahmad, pensyarah kami bagi kursus ini
dftas segala tunjuk ajar dan pandua yang diberikan oleh beliau kepada kami. Juga diatas
kesabaran beliau mendidik kami sepanjang semester ini, kami ucapkan ribuan terima
kasih.
Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada Yang Berbahgia Encik
Mokhtar Bin Harun diatas kesudian beliau untuk terlibat sama dalam projek ini dan juga
diatas kerjasam semasa kami menjalan kajian dan temubual mengenai pengalaman beliau

ketika bertugas sebagai anggota polis pada zaman darurat di daerah Kuala Langat. Segala
kerjasama beliau amatlah dihargai.
Seterusnya, tidak lupa juga kami ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
sekelas kami yang banyak membantu secara langsung atau tidak langsung dalam us<:iha
. kami menyiapkan projek ini.
Akhir kata, selain sebagai salah satu keperluan kursus IMR 603: Dokumentasi
Sejarah Lisan , adalah diharapkan project ini akan menjadi satu bahan informasi sejarah
untuk tatapan kita dan generasi akan datang. Semoga pengalaman dan pengetahuan yang
dikongsi oleh Encik Mokhtar Harun dapat dikongsi dan menjadi panduan serta ingatan
kepada kita semua. T erima Kasih dan semoga Allah merahmati kita semua.

Ikhlas dari kami:


Norabihusin Bin Kaswar

(2003291847)

Wan Zahari Bin Sulong

(2003291822)

Ijazah Sarjana Mtt'da Pengajian Maklumat (kep) Pengurusan Rekod, Fakulti Pengurusan
Maklumat, Kampus Puncak Perdana, UiTM Shah Alam

lSI KANDUNGAN

Penghargaan
. Pengenalan

Wawancara A wal

10

Tanskrip Wawancara

13

Lampiran
Interview log
List of questionnaires
Letter of consent
Photographs and other supporting document

PENGENALAN
DARURAT DI TANAH MELAYU (1948-1960)
Perkembangan Fahaman Komunis Di Rantau Asia Tenggara
Secara amnya, Tanah Melayu serta Singapura khususnya merupakan satu agenda Soviet
Union untuk menyebarluaskan fahaman komunis ke seluruh dunia. Lenin percaya rantau
Asia Tenggara merupakan wilayah yang sesuai untuk menyuburkan fahaman komunis.
Fphaman komunis merupakan satu ideologi politik-ekonomi yang mementingkan
pemusatan kuasa di tangan pemerintah dengan memiliknegarakan segala bentuk punca
pengeluaran.

Pelaksanaan ideologi ini biasanya dijalankan oleh sebuah parti politik tunggal yang
menguasai pemertntahan iaitu parti politik yang menganut fahaman komunis. Fahaman
komunis IJlUla diperkembangkan ke Tanah Melayu pada pertengahan pertama abad ke-

~-

Akibat pergolakan yang berlaku di antara parti Kuomintang di bawah pimpinan

Chiang Kai Shek dan Parti Komunis Cina (PKC) yang dipimpin oleh Mao Tse Tung,
'

Parti Komunis Nanyang (PKN) telah ditubuhkan bagi menyelaraskan segala kegiatan
komunis di Asia Tenggara. PKN mempunyai dua organisasi massa iaitu Kesatuan Sekerja
Umum Nanyang dan Liga Belia Komunis yang berfungsi untuk mempengamhi kesatuan
sekerja dan buruh. Kcmuncak kepada kegiatan tersebut satu tunjuk perasaan telah
dilancarkan pada bulan Mac 1928 yang telah mengakibatkan pertempuran dengan pihak
berkuasa. Ekoran daripada tunjuk perasaan tersebut, kerajaan Inggeris telah bertindak
mengharamkan Kesatuan Sekerja Umum Nanyang.

Page 1

Pembentukan Parti Komunis Malaya

Menjelang tahun 1930, Cqmmintem (Communist International) telah mengambil


keputusan untuk memperhebatkan pergerakan mereka bagi mengembangkan kegiatan
komunis di Tanah Melayu dan pada 30 April 1930 parti Komunis Malaya telah
ditubuhkan. Serentak dengan penubuhan PKM, Kesatuan Sekerja Umum Malaya telah
ditubuhkan bagi menggantikan Kesatuan Seketja Umum Nanyang yang telah diharamkan
oleh pemerintah Inggeris. PKM mempunyai pejabat di Singapura dan terletak di bawah
pengawasan Commintem dan tidak lagi di bawah PKC.

Sepanjang tahun 1930, anasir-anasir komunis telah menjalankan kegiatan mereka dengan
menyerap masuk dan meracuni pemikiran ahli-ahli kesatuan buruh dan belia-belia.

Mereka telah menanamkan bibit kebencian dan perasaan anti-pemerintah di kalangan


kaum buruh dan belia. Kemelesetan ekonomi yang melanda dunia telah memantapkan
lagi pengaruh komunis. Beberapa siri mogok secara besar-besaran telah dilancarkan
kerana pihak majikan tidak sanggup menaikkan gaji akibat masalah ekonomi. Menjelang
tahun 1936-1937 beberapa mogok telah diadakan di ladang getah di Negeri Sembilan dan
Selangor. Pekerja di Batu Arang juga turut mengadakan mogok hingga mencetuskan
pertempuran dengan pihak polis. Akibat tindakan pantas pihak polis, ramai anggota
pertubuhan buruh telah ditangkap dan dipenjarakan oleh pemerintah.

Walau

bagaimanapun, apabila Jepun menyerang tanah Melayu, gerakan komunis di Tanah


Melayu kian mendapat pengaruh. Tindakan Inggeris membebaskan semua tahanan
komunis yang dipenjarakan dengan tujuan untuk menjalin hubungan bagi menentang
Jepun telah memberi nafas'baru bagi pergerakan komunis.
Page2

~elepas . Jepun

menyerah kalah dan sebelum kedatangan pemerintah lnggeris ke Tanah

Melayu, MPAJA mengambil kesempatan ini u:iltuk keluar dari.hutan bagi melucutkan
senjata tentera Jepun. Selama lebih kurang empat belas hari sebelum tegaknya
Pentadbiran Tentera lflggeris, PKM telah bertindak menawan beberapa buah balai polis.
Mereka telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam dengan melakukan
kekejaman dan pembunuhan ke atas orang Melayu yang mereka anggap telah menjadi
alat dan tali barut tentera Jepun sewaktu Jepun menguasai Tanah Melayu. Di beberapa
daerah, pertempuran kaum meletus, misalnya di Batu Pahat manakala negeri-negeri lain
juga turut diserang oleh MPAJA bagi menunjukkan kekuasaannya. Oleh sebab terdapat
hanya sebilangan kecil sahaja tentera Inggeris, Lau Yew, Pengerusi Jawatankuasa Pusat
Perang

telah

merancang

untuk

mengambil

alih

kuasa

Walaubagaimanapun disebabkan perancangan tindakan

dilaksanakan, hasrat tersebut tidak dapat diteruskan.

di

tersebut

Tanah
lambat

Melayu.
untuk

Menjelang 12 September 1945 lebih ramai tentera Inggeris dan India tiba dan
Pentadbiran Tentera Inggeris (BMA) telah ditubuhkan. Langkah pertama yang dilakukan
oleh BMA adalah bertindak membubarkan pasukan MPAJA pada 1 Disember 1945.
Dianggarkan terdapat tujuh ribu orang anggota MPAJA. Sebagai ganjaran BMA telah
bersetuju untuk memberikan wang sebanyak tiga ratus lima puluh ringgit setiap seorang
dan juga berusaha untuk mendapatkan pekerjaan bagi mereka. Walaupun banyak senjata
telah diserahkan kepada BMA, sejumlah besar senjata masih disembunyikan oleh PKM.
Sebenamya ini merupakan sebahagian strategi PKM untuk merampas semula Tanah
Melayu dari tangan Inggeris. PKM tidak bemiat untuk bekerjasama atau tunduk kepada

Page 3

pemerintah Inggeris, malah mereka menganggap British sebagai batu perighalang terbesar
dalam mencapai matlamat PKM untuk menegakkan sebuah Republik Komunis Malaya.
Ini terbukti melalui langkah I>KM memperkuatkan tenteranya menjadi lebih sepuluh ribu
orang sebaik sahajtl Jepun menyerah kalah. Daripada jumlah tersebut, hanya enam ribu
orang diisytiharkan sebagai tentera MPAJA yang dibubarkan sementara lebih empat ribu
lagi ialab tentera PKM yang masih lengkap bersenjata. Menyedari bahawa Inggeris tidak
akan memberi ruang kepada pihak komunis untuk memperkembang ideologi dan juga
kekuatan mereka, PKM telah merancang beberapa strategi untuk meraih sokongan
daripada orang ramai. Walaupun British telah kembali berkuasa di Tanah Melayu, identiti
PKM sebagai sebuah parti politik masih lagi sah dari segi undang-undang sehinggalah
pengharamannya pada tahun

1948.

Taraf ini memberikannya peluang

untuk

mempengaruhi beberapa pertubuhan tertentu dengan ideology mereka.

Selepas pengisytiharan Malayan Union pada Januari 1946, PKM cuba menyusup masuk
ke dalam pertubuhan PUTERA-AMCJA dengan harapan pertubuhan ini akan berkongsi
bahu dengannya demi mencapai matlamat PKM untuk mewujudkan sebuah negara
komunis. (Jabungan ini telah cuba mendapatkan konsesi daripada kerajaan tetapi gagal.
Kegagalan PKM mendapat konsesi tersebut telah mendorong PKM menukar strategi
perjuangan mereka. PKM telah mula memperguna kesatuan sekerja ke arah kegiatan
bercorak militan dengan menganjurkan mogok dan menghasut pekerja supaya
mencetuskan kekacauan di seluruh negara. Penentangan berterusan orang Melayu
terhadap Malayan Union telah menyebabkan kerajaan Inggeris bertolak ansur. Akhirnya,
Malayan Union dibubarkan dan sebagai gantinya, Persekutuan Tanah Melayu telah

Page 4

ditubuhkan dan ia merupakan satu tamparan yang hebat kepada perjuangan PKM.
Menyedari bahawa kedudukan PKM semakin terancam dan Selaras dengan keputusan
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PKM pada bulan Mac 1948, PKM telah mengeluarkan
tiga arahan yang menjurus ke arah persiapan untuk melancarkan pemberontakan atau
perjuangan bersenjata. Menjelang Jun 1948 keadaan semakin gawat dan tegang. Dalam
satu sidang akhbar yang diadakan pada 13 Jun 1948, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Edward
Gent menjelaskan sekurang-kurangnya tiga betas kejadian serius telah tercetus di seluruh
negara. Tiga hari selepas sidang akhbar tersebut, tiga orang peladang Inggeris di Perak
telah dibunuh oleh sekumpulan orang bersenjata.

Perisytiharan Darurat

Akibat peristiwa pembunuhan tersebut, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah


mengisytiharkan darurat di Perak dan Johor. Menjelang 16 Jun 1948, Sir Edward Gent
telah mengisytiharkan darurat bagi seluruh Tanah Melayu menerusi kuatkuasa undangundang BMA. Pengisytiharan darurat ini memberi kuasa yang luas kepada kerajaan dtm
membolehkan kerajaan mengenakan hukuman yang berat kepada meraka yang membantu
pengganas komunis, termasuk hukuman mati bagi mereka yang membawa senjata api.
Bagi memastikan pergerakan komunis dapat dihapuskan, kerajaan Tanah Melayu dan
Singapura telah mengharamkan PKM pada 23 Julai 1948. Di samping itu, tindakan
kerajaan Inggeris menguatkuasakan undang-undang baru pada Mei 1948 adalah bertujuan
untuk menyekat Kesatuan Sekerja daripada dipengaruhi oleh komunis. Pengisytiharan
darurat ini memperlihatkan kesungguhan kerajaan memerangi komunis. Bagi menentang
PKM, kerajaan Inggeris telah menambah bilangan tentera dan polis di Semenanjung.
Page 5

Pasukan Askar Melayu diperbesarkan, begitujuga pasukan polis. Kerajaan lnggeris juga
telah menubuhkan pasukan Polis Khas dan menjelang 26 Jun 1948, seramai dua puluh
empat orang telah direkrut dalam tempoh tiga bulan dan ia meningkat kepada tiga puluh
ribu pada penghuj'ilng tahun tersebut bagi menolong mengawal ladang getah dan
lombong-lombong agar tidak dimusnahkan oleh PKM. Kerajaan juga telah membawa
masuk tentera dari luar seperti dari Fiji, Kenya, Australia dan Nepal untuk menentang
keganasan komunis.

Peranan Pasukan Polis Semasa Darurat

Oleh kerana masalah pemberontak adalah masalah dalam negeri, Polis Persekutuan
Tanah Melayu diberikan tanggungjawab untuk mengawalnya. Di kemuncak kebangkitan
komunis (1950), Pasukan Polis dengan kekuatan seratus enam puluh satu ribu dua ratus
Iapan puluh satu (lft.l-;281) orang yang terdiri daripada tiga puluh satu ribu satu ratus
enam puluh empat (3_!.J-64) anggota polis tetap, empat puluh empat ribu satu ratus tujuh
bel as~ 17) polis khas dan Iapan puluh enam ribu

(~0)

polis bantuan merupakan

pasukan keselamatan yang terbesar kerana angkatan tentera hanya mempunyai sepuluh
batalion infantri (dua batalion Tentera British, lima batalion Tentera Gurkha dan tiga
batalion Askar Melayu). Pasukan Polis bertindak dan memainkan peranan utama dalam
merancang strategi

untuk menentang komunis.

Pasukan

Polis memburu

dan

menghapuskan komunis di hutan, di desa dan juga di bandar. Dalam usaha menjayakan
gerakaQ menentang komunis, Cawangan Khas (Special Branch) selaku badan perisikan
utama negara telah bertindak dengan tangkas dan cekap. Pihak polis juga memainkan
peranan yang penting daiam menjayakan perang saraf terhadap komunis. Peranan
Page 6

pasukan polis dalam masa darurat adalah amat jelas jika dilihat pada jumlah anggotanya
yang terkorban iaitu

s~ramai

satu ribu tiga ratus empat puluh

enamr~rang

berbanding dengan pasukan keselamatan yang lain hanya lima ratus sembilan belas~

....

orang sabaja. Setelah merasakaq dirinya bagitu lemah PKM mengundurkan saki baki
tenteranya ke kawasan sempadan persekutuan Tanah Melayu - Thailand. Dari sana PKM
berusaha mengumpulkan dan memulihkan semula kekuatannya semasa bersemaraknya
konfrantasi Indonesia, komunis mengambil kesempatan untuk memulihkan kekuatannya
dengan merekrut orang-orang baru dan menghantar kader-kademya menjalani latihan di
Indonesia. Setelah merasakan dirinya telah kembali kuat dan ditambah pula dengan
perkembangan yang semakin menggalakkan di Indochina berikutan dengan kejayaan
demi kejayaan puak Vietcong, PKM dengan semangat baru telah melancarkan
pemberontakan bersenjatanya yang kedua pada tahun 1968, dan ini diikuti kemudiannya

oleh Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) dalam tahun 1969. Oleh kerana
berlakunya pergeseran sesama sendiri, Parti Komunis Malaya kemudiannya berpecah
kepada tiga iaitu PKM asal dua Parti Komunis Marxist Leninst dan tiga Parti Komunis
Malaya Kumpulan Revolusi. Gugatan komunis kali kedua ini tidak kurang hebatnya.
Mereka bukan sahaja menghebatkan peperangan gerila di hutan Semenanjung, Sabah dan
Sarawak, tetapi juga bertindak dengan ganas dengan membunuh pegawai-pegawai polis
dan tentera termasuklah membunuh Ketua Polis Negara Tan Sri. Abd. Rahman Hashim
dan Ketua Polis Perak Tan Sri Khoo Chong Kong. Mereka juga melakukan sabotaj
dengan mengebom Tugu Negara dan cuba menggagalkan projek Lebuh Raya Timur
Barat dengan memusnahkan kelengkapan pembinaan bemilai kira-kira sepuluh juta
ringgit. Kegagalan masa lalu belum mematikan semangat saki baki PKM dan PKKU

Page 7

untuk terns memberontak. Di samping penekanan perjuangan secara ketenteraan, mereka


juga meneruskan strategi barisan bawah tanah dan juga barisan bersenjata. Mereka juga
berusaha untuk meningkatkan sokongan orang Melayu kerana mereka telah sedar bahawa
tanpa sokongan orang Melayu perjuangan mereka tidak akan berjaya: Justeru itu mereka
menubuhkan sebuah parti yang dinamakan Parti Persaudaraan (PAPERI) yang tujuannya
untuk menarik sokongan dan simpati orang-orang Melayu. Bihi PAPERI gagal untuk
mempengaruhi orang-orang Melayu PKM menubuhkan pula Parti Revolusi Nasionalis
Melayu Malaya yang berteraskan kepada konsep NASAKOM yang kononnya
bermatlamat mahu menyatukan semua tenaga komunis, nasionalis dan agama ke arah
menubuhkan apa yang dikatakannya kerajaan Campuran Demokratik. Namun percubaan
komunis di Semenanjung, Sabah dan Sarawak kali ini turut digagalkan. Pasukan Polis
dan Tentera memainkan peranan utama untuk memerangi komunis di seluruh pelusuk

tanah air sama ada di belantara, di desa dan di Bandar-Bandar. Dengan tindakan
ketenteraan yang berkesan pasukan keselamatan telah berjaya membunuh gerila-gerila
komunis di hutan dan banyak juga yang tertangkap atau menyerah diri akibat tidak
tertahan oleh tekanan pasukan keselamatan. Di samping itu pasukan keselarnatan juga
(menerusi tindakan Cawangan Khas) berjaya mernusnahkan rangkaian barisan bawah
tanah kornunis dan barisan bersatu yang bergerak di bandar-bandar dan di desa-desa. Ini
bermakna pasukan polis yang bertanggungjawab untuk rnenghadapi pernberontakan
dalarn negeri dengan dibantu oleh tentera berjaya rnenyelamatkan negara dari jatuh ke
tangan kornunis. Kini komunis di negara kita telah lernah tetapi mereka berusaha untuk
rneneruskan perjuangan rnereka dengan strategi baru yang dikenali dengan nama
'kernbali kepada massa'. Parti Kornunis Malaya Marxist-Lennist dan Parti Kornunis

Page 8

Malaya Kumpulan Revolusioner telah bersatu pada tahun 1984 dan membentuk parti
baru - Parti Komunis Malaysia. Ini bennakna, ada tiga buah parti komunis di Malaysia:
PKM pimpinan Chin Peng, Parti Komunis Malaysia dan Pertubuhan Komunis Sarawak.

Page 9

VlJ&W&IJ!J &IJJ&
&W&I1

WAWANCARA AWAL
SEJARAH PENGLIBATAN TOKOH SEMASA DARURAT

Encik Mokhtar Bin Harun atau lebih dikenali sebagai Wak Mokhtar dilahirkan di Meru
Klang pada 1 Januari 1924. Beliau mengalami tiga era penting dalam sejarah negara kita
iaitu era pendudukan Jepun (1942-1945), darurat (1948-1960) dan pra serta paska
Merdeka. Namun, pengalaman pada zaman darurat iaitu penentangan komunis adalah
menjadi tumpuan kami kerana ketika itu, Wak Mokhtar merupakan seorang anggota
polis. Beliau merupakan salah sorang anggota pasukan 'special constable '(Konstabal
Khas). 'Special constable'

merupakan salah sebuah pasukan yang secara langsung

bertempur dengan komunis. Pada ketika itu special constable ditugaskan pengawal pospos kawalan dikawasan-kawasan yang dikenali sebagai kawasan hitam iaitu kawasan
yang menghadapi ancaman komunis yang tinggi.

Selain itu Wak Mokhtar sendiri mempunyai pelbagai pengalaman ketika bertempur
dengan anggota komunis semasa bertugas sama ada ketika bertugas di pos-pos kawalan
mahupun ketika bertugas di hutan menyertai operasi menjejak dan menghapuskan
pengganas komunis.

Page 10

BIODATATOKOH

1. Nama : Encik Mokhtar Bin Harun

2. Nama Panggilan: Wak Mokhtar


3. Tempat Lahir: Meru, Klang
4. Tarikh Lahir: 1 Januari 1924

5. Umur: 80 tahun
6. Pekerjaan Dahulu: Polis
7. Pekerjaan Sekarang: Pesara
8. Alamat: Batu 23 % Lorong Haji Nor, Kampung Kanchung Darat, 42700 Banting,
Selangor.
9. Nama Ibu: Sitiah Bt. Haji Sukor
10. Nama Bapa: Harun B. Junustari
11. Adik Beradik: Osman B. Harun
Jalal B. Harun
12. Pendidikan: Sekolah Kanchung Darat (Darjah 5)
.. 13. Agama: Islam
14. Bangsa (keturunan): Melayu Jawa
15. Status: Berkahwin (1955)
16. Isteri: (Meninggal)

Page II

17. Anak: 6 orang


)>

Razali Mokhtar

)>

Amin_Mokhtar

)>

Aziz Mokhtar

)>

Arrifin Mokhtar

)>

Khalid Mokhtar

)>

Siti Amy Mokhtar

18. Pengalaman Berkaitan tajuk:


)>

Pendudukan Jepun

)>

Pemberontakan/Keganasan Komunis

)>

Darurat

)>

Merdeka

Tajuk temubual: Transkrip Wawancara Bersama Special Constable (B) Encik


Mokhtar Bin Harun Tentang Pegalaman Beliau Pada Zaman Darurat
Di Daerah Kuala Langat Dari Tahun 1948-1960.

NOTA: Di dalam tape ini terdapat sedikit ganguan daripada kenderaan


bermotor, btinyi ayam, bunyi budak menagis dan bunyi bising orang
bercakap dan bising persekitaran

Page 12

u~~~~[Ri~[p

W&W&~&~

JMR 603 Dokumentasi Sejarah Lisan

TRANSKRIP WAWANCARA SEJARAH LISAN


TAPE 1: SIDE A
Berikut adalah rakaman wawancara sejarah lisan mengenai zaman darurat di Daerah
KualaLangat dengan yang berbahagia En. Mokhtar bin Harun yang merupakan seorang
bekas Special Constable pada zaman darurat. Rakaman ini dijalankan di rumah beliau
yang beralamat batu 23 %, Lorong Haji Nor, Kampung Kanchong Darat,

4~700

Banting,

Selangor, pada tiga belas haribulan Japan tahun dua ribu empat (13.8.2004) jam empat
petang. Wawancara ini dikendalikan oleh saya sendiri Norabihusin bin Kaswar dan Wan
Zahari bin Sulong. Dengan segala hormatnya kita mulakan rakaman ini.

NK

: Assalamualaikum warabmatull@i wabaraka.tu' pakcik.


Pakcik

NK

: Boleh kita mulakan wawancara kita pada petang ini.


Pakcik

NK

: Di Klang, Meru.

: Siapakah nama ibubapa pakcik?


Pakcik

NK

: Tahun dua puluh lima.( 1925)

: Dimanakah pakcik dilahirkan?


Pakcik

NK

: Umur pakcik sekarang cukup-cukup masuk Iapan puluh tahun

: Bilakah pakcik dilahirkan?


Pakcik

NK

: Nama saya Mokhtar bin Harun

: Berapakah umur pakcik sekarang?


Pakcik

NK

: Boleh.

: SiapaKah nama sebenar pakcik?


Pakcik

NK

: Waalaikumussalam.

: 'lbubapa pakcik, ibu Sitiah binti Haji Sukur, ayah Harun bin Junustari.

: Berapakah bilangan adik-beradik pakcik?

Page 13

IMR 603 Dokumentasi Sejarah Lisan


: Adik-beradik pakcik yang seayah seibu, tiga.

Pakcik

: Dimanakah pakcik mendapat pendidikan awa)?


: Pendidikan awal di Kanchong Darat.

Pakcik

NK

: Apalath tahap tertinggi pendidikan pakcik?


: Dulu, darjah lima.

Pakcik

NK

: Apakah perkerjaan pertama pakcik?


Pakcik

. NK

: Perkerjaan pakcik pertama menoreh getah.

: Berapakah usia pakcik ketika mula berkerja?


Pakcik

: Berkerja usia pakcik, umur lebih kurang dalam enam belas tahun.
(terbatuk)

NK

: Bilakah pakcik berkahwin?


Pakcik

: Pakcik kahwin tahun lima puluh lima.(1955)

NK

: Siapakah nama isteri pakcik?


Pakcik

NK

: Berapakah-bilangan anak pakcik?


Pakcik

NK

: Bilangan anak pakcik sekarang ada tujuh.

: Bilakah pakcik melibatkan diri dalam polis?


Pakcik

NK

: Aminah binti Mohammad Salleh.

: Pakcik melibatkan diri, tahun empat puluh sembilan (1949)

: Berapa lamakab pakcik berkhidmat sebagai anggota polis?


Pakcik

: Masanya dari tahun sembilan belas empat puluh sembilan (1949)


sampai hingga tahun _lima puluh sembilan (1959).

NK

: Dimanakah tempat berakhirnya pakcik bertugas sebagai polis?


Pakcik

: Di Klang

Page 14

IMR 603-Dokumentasi Sejarah Lisan

NK

: Bilakah pakcik bersara .dari angkatan polis?


Pakcik

NK

: Tahun _ (berfikir sekejap) lima puluh sembilan. (1959)

: Apakah pangkat pakcik semasa bersara?


Pakcik

..... : Semasa bersara pangkat pakcik first class [kelas pertama] Barsi
[merujuk kepada kelas pangkat dalam Special Constable]

NK.

: Adakah pak~ik p~nab m.enerim.a a.ugerab sebelnm ini?


Pakcik

NK

: Apakah perkerjaan pakcik sekarang?


Pakcik

WZS

: Tiada

: Sekarang perkeijaan pakcik tinggal duduk sahajalah, kira bersaralah

: Sekarang kita beralih kepada soalan-soalan umum. Bolehkah


pakcik beritabu, bilakah darprat mula-mula diisytiharkan?
Pakcik

: Darurat mula diisytiharkan yang pakcik tahu daripada seribu sembilan

ratus empat puluh _ sembilan (1949) lah mula disytiharkan.


WZS

Bagaimanakah

berita

tentang

darurat

pada

ketika

itu

disebarkan?
Pakcik

: Disebarkan dengan orang awam _ sebab orang awampun ditarik untuk


menjaga kampung, jadi Home Guard [pengawal kampung] (ketawa)

WZS

: Cara dia beritahu itu, melalui surat khabar ke?


Pakcik

: Ya melalui surat khabar, melalui itu ini semualah. Cerita-cerita tapi


dulu _ susah hendak dengar TV, hendak dengar radio itu, memang
susah payah masa itu jam [ketika itu]. _ _ balai polis itupun,
radiopun di apa _ dihadkan. Letak sahaja daripada warta berita, habis
warta berita tidak boleh tengok itulah ini semua _ bukan ada apa nama
bukan ada curent [api elektrik] di sana sini, tidak ada. Semua pakai
lampu gasoline. [minyak tanah]

Page 15

Anda mungkin juga menyukai