Anda di halaman 1dari 24

Transkrip wawancara dengan Encik Abas Bin Udin

Mengenai Peristiwa Pertempuran Dengan Pengganas


Komunis Di Hutan Karak, Pahang Darul Makmur
Pada Tahun 1952

Oleh

Mohd Nurul Hafiz Bin Ibrahim

2003490471

Mohd Rizam Bin Kamsin

2003291289

Projek ini dimajukan kepada


Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara,
Kampus Puncak Perdana, Shah Alam
bagi memenuhi keperluan kursus
.

,.

IMR603-Sejarah Lisan

Transkrip wawancara dengan Encik Abas Bin Udin


Mengenai Peristiwa Pertempuran DenganPengganas
Komunis Di Hutan Karak, Pahang Darul Makmur
Pada Tahun 1952

Oleh

Mohd Nurul Hafiz Bin Ibrahim

2003490471

Mohd Rizam Bin Kamsin

2003291289

. ISI
..-....~UNGAN

Transkrip wawancara bersama Abas Bin Udin Mengenai Peristiwa pertempuran dengan penggai 1as
Komunis Di hutan Karak, Pahang pada tahun 1952

ISI KANDUNGAN
1.

PRAKATA~----------------- i-iii

2.

PENGHARGAAN_____________________________1

3.

PENDAHULUAN____________________________~PEMBERONTAKAN KOMUNIS Dl MALAYA._________ 2-27

4.

TRANSKRIP TEMURAMAH---~------28-100

5.

INTERVIEW LOG_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __

6.

LAMPIRAN
6.1 BIOGRAFI TUAN HAJI KASSIM._ _ _ _ _ _ _101-103
6.2 SENARAI SOALAN_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __
SOALAN ORIENTASI_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _104-407
SOALAN COMMON

108-110

SOALAN SPECIFIC

111-113

6.3SURAT-SURAT & GAMBAR-GAMBAR.__________


6.41NDEX._ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __

Transkrip wawancara bersama Abas Bin Udin Mengenai Peristfwa perternpuran dengan pengganas
Kornunis Di hutan Karak, Pahang pada tahun 1952

PRA KATA
Sejarah Lisan(IMR 603) merupakan salah satu matapelajaran yang akan
memberikan pendedahan kepada pelajar terhadap kepentingan Sejar Lisan itu
sendiri khususnya, terutamanya di dalam aspek pendokumentasian, proces dan
prosedur dalam rnenjalankan projek sejarah lisan serta aspek pengurusan dan
penyimpanan terhadap koleksi sejarah lisan.

Di zaman yang serba mencabar ini, pelbagai kemodenan yang suclahpun


melampaui sejarah dan minda manusia. Di kala kita disenangi dengan segala
kemewahan, asal usul kita, sedikit sebanyak sudahpun pupus dari ingatan.
Namun di sini, kita secara tidak sengaja telahpun diberi tanggungjawab untuk
menjaga dan mengekalkan kesejagatan dan kesepaduan individu, agama dan
tanah air. Mungkin sesetengah generasi zaman sekarang kurang pengetahuan
dan kesedaran tentang bertapa pentingnya sejarah. Jadi, Sejarah Lisanmemberi
impak yang besar dalam penjejakan pengalaman yang begitu mahal untuk dibeli
dan begitu susah untuk dicari ganti. Bagaimanapun, kita harus sedar bahawa
tiada yang dahulu, tiadalah yang sekarang. Oleh itu, Sejarah Lisan menyingkap
seribu satu keperitan tokoh-tokoh Negara di dalam mewujudkan sebuah Negara
yang harmoni aman dan merdeka dari semua penjajahan serantau.

Dalam menyiapkan projek Sejarah lisan ini, pelbagai pengalaman sukaduka dan pahit manis yang kami telah fatui. Namun berkat kesabaran dan
kesungguhan dalam memastikan

ke~a

kursus ini dapat disiapkan mengikut

keperluan kursus serta perlu diserahkan untuk penilaiaan pensyarah dalam


masa yang ditetapkan, Segala dugaan dan cabaran yang kami hadapi dapat
diatasi dengan jayanya.

Transkrip wawancara bersama Abas Bin Udin Mengenai Peristiwa pertempuran dengan pengganas
Komunis Di hutan Karak, Pahang pada tahun 1952

Terdapat banyak pengalaman dan kenangan yang kami alami semasa


menyiapkan tugasan ini. Antara pengalaman pertama yang kami hadapi ialah
semasa di dalam pemilihan tajuk untuk tugasan ini, oleh kerana telah ramai
pesara Polis yang mempunyai pengalaman semasa darurat, tragedi 13 Mei dan
konfrantasi meninggal dunia ini agak menyukarkan kami untuk mencari subjek
yang tepat dan betul dalam menyiapakan tugasan ini. Kami kemudian telah
berkunjung ke muzium tentera pada mulanya tetapi ianya telah ditutup dengan
perasaan hampa kami pulang. Kami tidak kenai erti putus asa kemudian kami
cuba mencari kenalan ayah yang megatakan bahawa dia merupakan anak
saudara kepada Samsiah Fakih atau Khamsiah Fakih pada mula saya dan
Rizam berasa gembira kerana mungkin bekas ketua komunis kami dapat
menjadikan sebagai orang yang akan ditemuramah malangnya kamai tidak
mendapat restu daripada Khamsiah Fakih. Atas pekara itu kamai tidak berputus
asa kemudian kenalan ayah saya tersebut mengatakan bahawa ayahnya
seorang bekas anggota polis. Dengan hati yang riang kami meyambut berita
terse but.

Selepas mendapat serba sedikit maklumat tentang subjek yang telah


dipilih iaitu Encik Abas Bin Udin kami dengan sendirinya telah pergi ke rumahnya
untuk mendapatkan serba sedikit maklumat mengenai pengalaman beliau
semasa di dalam perkhidmatan Polis. Pada mulanya beliau agak tidak
memahami akan kedatangan kami ini tetapi setalah kami menerangkan satu
persatu barulah Encik Abas bin Udin menyetujui akan sesi temuramah
dijalankan. Kami telah menetapkan hari pada 4 Novermber 2004.

11

Transkrip wawancara bersama Abas Bin Udin Mengenai Peristiwa pertempuran de.1gan pengganas
Komunis Di hutan Karak, Pahang pada tahun 1952

Pada hari yang telah ditetap, maka kami

bertolak dengan memandu

kereta dari Shah Alam kira'-kira pukul 11 pagi kemudian kami sampai di pedas
dalam pukul 2.00 petang kami disambut dengan baik oleh Encik Abas bin Udin
sekeluarga. Kemudian sesi temuramah

be~alan dari

pukul 2.30 petang hingga ke

8.30 malam kami hanya berehat dua kali iaitu pada waktu sembahyang Asar dan
Maghrib. Sesi temuramah ini memakan masa yang lama adalah kerana Encik
Abas sesekala terlupa akan sesuatu pekara sehingga kami terpaksa menunggu.
Kami berhenti beberapa kali untuk minum kerana simpati tehadap encik Abas bin
Udin kerana keuzurannya kerana bercakap terlalu lama.kemudian kami
dihidangkan dengan makan malam ala masakan Negeri Sembilan sungguh
menye.lerakan kerana seharian tidak bertemu dengan nasi. Berkatsabar dan
kesungguh yang ditunjukkan oleh kami dan Encik Abas bin Udin maka kami
dapat menyudahkan sesi rakaman temuramah.

Selepas selesai sesi rakaman tersebut kami telah memberikan sedikit


cenderahati kepada Encik Abas bin Udin serta isterinya Puan Oara binti Buyung
kerana atas kesudian ditemuramah. Kami bertolak dari Pedas Negeri Sembilan
kira-kira pukul ~ malam dan kemudian sampai semula di Puncak Perdana
kira-kira pukul 11.45 malam Qsuatu pe~alanan yang memenatkan tetapi
menyeronokkan. Kami berharap semua pembaca dapat mengambil segala
maklumat yang penting didalam transkrip ini. Sekian.

MOHO NURUL HAFIZ IBRAHIM


MOHO RIZAM KAMSIN
Oktober 2004

111

....

Transkrip wawancara bersama Abas Bin Udin Mengenai Peristiwa pertempuran dengan pengganas
Komunis Di hutan Karak, Pahang pada tahun 1952

PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirrahim ...
Terlebih dahulu kami ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T
kerana dengan berkat keizinan dan limpah rahmatNya dapat kami menyiapkan
tugasan yang diamanahkan. Tanpa restu dan keredhaanNya, pasti tugasan ini
tidak dapat diisiapkan dengan jayanya.
Pertama sekali jutaan terima kasih diucapkkan kepada En. Nazir Bin
Ahmad

yang merupakan pensyarah Sejarah

Lisan

(IMR 603),

Fakulti

Pengurusan Maklurnat yang banyak mempengaruhi kami dalam menyiapkan


tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar dan garis panduan daripada beliau di sepanjang
kami menyiapkan tugasan ini, sudah pasti tugasan ini tidak dapat disiapkan
dengan sempurnanya. Kami berbesar hati dan amat berbangga kerana dapat
sama:-sama belajar dari permulaan tugasan sehinggalah tugasan ini disiapkan
dengan jayanya seperti yang dikehendaki.
Tidak dilupakan kepada Encik Abas bin Udin yang merupakan insan yang
dipilih untuk menyempurnakan tugasan ini dengan berkongsi pengalaman dan
kepayahan dalam bidang kepolisan pada zaman dahulu.

Ke~asama

dan

komitmen yang baik yang beliau telah berikan kepada kami disepanjang tugasan
ini di jalankan telah banyak membantu kami didalam sesi wawancara yang telah
diadakan. Layanan baik dan mesra yang diberikan oleh

Transkrip wawancara bersama Abas Bin Udin Mengerl8i Paristiwa pertempuran -clengan pengganas
Komunis Di hutan Karak, Pahang pada tahun 1952

pihak keluarga beliau turut membantu kami dalam memudahkan perkongsian


maklumat yang dikehendaki di dalam tugasan ini dengan jayanya. Tanpa jasa
baik beliau, pasti segala maklumat yang kami ingin dapatkan sukar diperolehi.
Di samping itu juga, tidak dilupa kepada rakan-rakan seperjuanagan yang
turut serta dalam menyumbangkan idea dan pendapat yang berguna sepanjang
kami menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan dan pendapat daripada mereka
sudah pasti tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan sempurnanya.
Akhir sekali jutaan dan ribuan terima kasih kepada semua pihak sama ada
yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam membantu kami menyiapkan
tugasan ini.

Sekian terima kasih

PENDAHULUAN

Transkrip wawancara bersama Abas Bin Udin Mengenai Peristiwa pertempuran degan pengganas Komunis
Di hutan Karak, Pahang pada tahun 1952

PENGENALAN
PEMBERONTAKAN KOMUNIS Dl MALAYSIA

ldeologi komunis tiba di Tanah Melayu pada tahun 1920-an terutamanya


di sekitar tahun 1925. ldeologi ini teiah tersebar luas di kalangan orang-orang
Gina di Tanah Melayu. Hasilnya Liga Selia Komunis telah ditubuhkan di
Singapura pada tahun 1926. Pada tahun 1927, Parti Komunis Nanyang
ditubuhkan dan parti ini telah dicadangkan supaya disusun semula pada tahun
berikutnya. Akibatnya satu persidangan Komunis telah diadakan di Singapura
pada 6 April 1930 dan hasilnya lahirlah PKM yang beribu pejabat di Singapura.
Matlamat PKM ialah menggulingkan Kerajaan British dan menubuhkan Republik
Komunis Malaya di Tanah Melayu. Selain itu, PKM juga diarah untuk menyelia
gerakan komunis di Thailand dan Indonesia. Sejak ditubuhkan, PKM terpaksa
menjalankan kegiatan secara sulit kerana parti ini diharamkan disebabkan
kegiatan anti-British dianggap mengganggu ketenteraman awam. Kegiatan antiBritish telah diberhentikan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Sebaliknya, PKM telah

beke~asama

dengan British untuk menentang Jepun di

Tanah Melayu. Anggota PKM telah melarikan diri ke dalam hutan untuk
menubuhkan MPAJA. Apabila Jepun menyerah kalah dan British kembali ke
Tanah Melayu, PKM menuntut supaya mereka diberi hak dalam pentadbiran.
Oleh sebab mengenang jasa PKM bekerjasama dengan British menentang
Jepun, PKM akhirnya diterima sebagai parti yang sah.

Transkrip wawancara bersama Abas Bin Udin Mengenai Peristiwa pe1tempuran degan penggana& Komunis
Di hutan Karak, Pahang pada tahun 1952

KAJIAN BAHAN

Darurat di Tanah Melayu (1948-1960)

Secara rasminya, zaman Darurat di Tanah Melayu bermula pada bulan


Jun 1948 dan berakhir pada Julai 1960. Darurat di Tanah Melayu sebenamya
merupakan peperangan diantara pihak kerajaan dan pihak British dengan Parti
Komunis Malaya (PKM) termasuk semua lapisan rakyat Tanah Melayu akibat
kekejaman pihak komunis. Pihak komunis telah bertindak membunuh pemilik
ladang, lombong dan anggota keselamatan seperti yang berlaku di Bukit Kepong
sebelum Darurat diistiharkan lagi. Pada tahun 1951 Sir Henry Gurney,
pesuruhjaya Tinggi Persekutuan turut dibunuh dalam satu serangan hendap.

Pihak kerajaan memperkenalkan beberapa langkah seperti penggunaan


kad pengenalan, penempatan semula (kampung baru) dan pengistiharan
kawasan-kawasan hitam (di mana terdapat banyak aktiviti komunis), bagi
menumpaskan pihak komunis. Penduduk di kawasan hitam akan menghadapi
sekatan seperti tempoh berkurung di waktu malam, sementara di kawasan di
mana komunis telah dilumpuhkan, sekatan tersebut akan ditarik kembali. lni
menggalakkan penduduk untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk
menentang komunis.

Transkrip wawancara bersan.a Abas Bin Udin Mengenai Peristiwa pertempuran degan pengganas Komunis
Di hutan Karak, Pahang pada tahun 1952

Pada 18 Disembar 1955, Ketua Menteri Tunku Abdul Rahman Putra AIHaj bertemu dengan Chin Peng, ketua kanan komunis Malaya di Baling. Tunku
Abdul Rahman Putra AI-Haj menolak permintaan Chin Peng untuk menghalalkan
parti komunis dan pertempuran dengan komunis berterusan sehingga Julai 1960
apabila Darurat diistiharkan tamat.

Transkrip wawancara bersama Abas Bin Udin Mengenai Peristiwa pertempuran degan pengganas Komunis
Di hutan Karak, Pahang pada tahun 1952

1.1 Sejarah asal-usul zaman Darurat di Tanah Melayu 1948 - 1960

Zaman Darurat merupakan satu titik hitam dalam sejarah Semenanjung


Tanah Melayu di mana berlakunya peperangan terbuka di antara pihak kerajaan
dengan Parti Komunis .Malaya (PKM) yang turut melibatkan semua lapisan
rakyat Tanah Melayu. Banyak penyelidikan dan kajian telah dijalaokan oleh
pengkaji-pengkaji tempatan dan luar negeri mengenai zaman Darurat di Tanah
Melayu yang berlaku selama dua belas tahun iaitu 1948 hingga 1960. Namun
demikian, walaupun tetdapat begitu banyak kajian, yang menyedihkan ialah di
~alangan .

generasi muda hari ini, terutamanya mereka yang dilahirkan selepas

penubuhan Malaysia, 1963 yang tidak terlibat secara langsung dalam zaman
Darurat hanya rnempunyai idea kabur tentang peristiwa tersebut. Berikut adalah
sejarah ringkas zaman Darurat di Tanah Melayu yang telah berlaku 52 tahun
dahulu.

Secara rasminya, zaman Darurat di Tanah Melayu bermula pada tahun


pertengahan 1948 dan berakhir pada tahun Julai 1960. Tetapi pada hakikatnya,
sebelum tahun 1948 beberapa peristiwa kacau-bilau telahpun dilancarkan oleh
pengganas-pengganas komunis. Begitu juga, kekerapan dan ketegangan
pertempuran kerajaan-komunis telahpun reda lebih kurang pada penghujung
tahun 1954.

Transkrip wawancara bersama Abas Bin Udin Mengenai Peristiwa pertempuran degan pengganas Komunis
Di hutan Karak, Pahang pada tahun 1952

Pembunuhan tiga orang Eropah di Sungai Siput, Perak oleh komunis


pada 16 Jun 1948 telah membawa kepada pengisytiharan Darurat oleh
Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent di beberapa kawasan di Perak dan
Johor. Pada 18 Jun 1948, setelah keganasan PKM menjadi-jadi, Darurat telah
diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu apabila PKM melancarkan pemberontakan
bersenjata. Seterusnya, PKM diharamkan secara rasmi pada 23 Julai 1948.

Transkrip wawancara bersama Abas Bin Udin Mengenai Peristiwa pertempuran degan pengganas Komunis
Di hutan Karak, Pahang pada tahun 1952

1.2 Strategi-strategi Parti Komunis Malaya (PKM)

Strategi-strategi PKM untuk mengambilalih kuasa di Tanah Melayu


diusahakan melalui tiga peringkat. Peringkat pertama, PKM bergiat untuk
melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu dengan memusnahkan estet-estet getah
dan lombong-lombong bijih timah, dua industri penting Tanah Melayu. Peringkat
kedua,

menawan dan menguasai kawasan-kawasan dan bandar-bandar

terpencil bagi digunakan sebagai markas untuk menyerang pihak kerajaan.


Peringkat terakhir, dari markas-markas tersebut PKM akan cuba menghalau
serta mengusir pihak British dari Tanah Melayu dan kemudiannya menguasai
seluruh Tanah Melayu.

Justeru itu, sebuah kerajaan Republik Komunis Tanah Melayu akan


dibentukkan

untuk

memerintah

Semenanjung

Tanah

Melayu.

Dalam

pemberontakan bersenjatanya, PKM menggunakan taktik-taktik perang gerila di


mana pengganas-pengganas komunis beroperasi melalui unit-unit yang kecil di
antara 200 hinooa 400 orang dengan menggunakan senjata-senjata yang
berjaya disorokkan semasa pendudukan Jepun yang telah dibekalkan oleh
tentera British. PKM juga telah menubuhkan satu unit bekalan dan pengintipan
awam iaitu Min Yuen. Min Yuen memainkan dua peranan penting iaitu
mendapatkan bekalan makanan dan perubatan serta memperolehi maklumatmaklumat mengenai kegiatan-kegiatan kerajaan dalam usahanya menentang
PKM.

Transkrip wawancara bersama Abas Bin Udin Mengenai Peristiwa pertempuran degan pengganas Komunis
Di hutan Karak, Pahang pada tahun 1952

1.3 Sebab-sebab PKM melancarkan pemberontakan bersenjata


Mengapakah PKM melancarkan pemberontakan bersenjata terbuka?
Terdapat banyak faktor yang mendorong PKM melancarkan pemberontakan
bersenjata pada tahun 1948. Salah satu faktor ialah kegagalan polisi perdamaian
Barisan Bersatu di mana PKM telah gagal mencapai cita-citanya melalui caracara perlembagaan atau perdamaian di antara tahun-tahun 1945-1948. Dalam
tempoh tersebut, PKM melalui kesatuan-kesatuan

seke~a

yang dikuasainya

telah menlancarkan pemogokan bagi melemahkan dan menjatuhkan kerajaan


British di Tanah Melayu.

Menjelang tahun 1947, pengaruh PKM ke atas gerakan buruh telah


merosot dan oleh yang demikian, PKM terpaksa menggunakan cara kekerasan
untuk menjatuhkan kerajaan British di Tanah Melayu. Seterusnya, perubahan
pucuk pimpinan dan krisis dalam PKM turut mengakibatkan pemberontakan
komunis. Setiausaha PKM, Lai Teck yang didapati menjadi ejen Jepun dan
British telah menghilangkan diri dengan wang parti pada bulan Mac 1947
menyebabkan ahli-ahli PKM tergoncang keyakinan mereka. Untuk memulihkan
semangat perjuangan komunis, pemimpin baru, Chin Peng berpendapat
perlunya dasar yang lebih aktif dan dramatik untuk menggerakkan PKM ke
hadapan supaya kerajaan British dapat dijatuhkan dan kerajaan komunis
ditubuhkan.

Selain itu, PKM juga dipengaruhi oleh pihak luar seperti Kongres Pemuda
Komunis Asia di Calcutta pada bulan Februari 1948 yang mengarahkan parti-

Transkrip wawancara bersama Ab~s 3in Udin Mengenai Peristiwa pertempuran degan pengganas Komunis
D1 hutan Karak, Pahang pada tahun 1952

PKM telah melancarkan serangan-serangan yang hebat ke atas estetestet getah, lombong-lombong bijih timah, balai-balai polis dan orang awam
antara tahun-tahun 1948-1951 . Kejayaan paling besar PKM ialah pembunuhan
Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney di jalan ke Bukit Fraser pada 6
Oktober 1951.

Transkrip wawancara bersama Abas Bin Udin Mengenai Peristiwa pertempuran degan pengganas Komunis
Di hutan Karak, Pahang pacta tahun 1952

parti komunis untuk melancarkan pemberontakan bersenjata demi mencapai


matlamat masing-masing. Kemudiannya, PKM juga telah digesa oleh Parti
Komunis China untuk memulakan revolusi di Tanah Melayu. Seterusnya,
kejayaan-kejayaan pihak komunis di negara China, Greece dan Indo-China telah
memberi inspirasi kepada PKM untuk melancarkan pemberontakan di Tanah
Melayu yang pada pendapat mereka akan berjaya.

10

Transkrip wawancara bersama Abas Bin Udin Mengenai P<Jristiwa pertempuran degan pengganas Komunis
Di hutan Karak, Pahang pada tahun 1952

1.4 Langkah-langkah ke arah membenteras pemberontakan bersenjata PKM

Untuk mengatasi pemberontakan bersenjata PKM, kerajaan British di


Tanah Melayu telah mengambil beberapa Jangkah untuk mengatasinya.
Pertama, Darurat telah diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu dan pertubuhan
PKM telah diharamkan. Di bawah Peraturan-peraturan Darurat 1949, kerajaan
boleh menahan sesiapa yang disyaki terlibat dengan kegiatan komunis tanpa
bicara. Selain itu, perintah berkurung dan pemeriksaan tanpa waran serta
pengawalan pergerakan lalulintas dan makanan dijalankan untuk melemahkan
PKM. Kerajaan juga memperkenalkan sistem pcndaftaran kebangsaan di mana
semua penduduk Tanah Melayu yang berumur 12 tahun ke atas mesti
mendaftarkan

diri dan membawa

kad

pengenalan

untuk memudahkan

pengesanan anasir-anasir komunis. lni menyebabkan ramai pemimpin komunis


melarikan diri ke hutan akibat takut diberkas oleh pihak kerajaan.

Kedua, Rancangan Briggs telah dilaksanakan oleh Pengarah Gerakan


yang baru iaitu Leftenan-Jeneral Sir Harold Briggs di negeri Johor pada 1 Jun
1950 dan seterusnya di seluruh Tanah Melayu. Rancangan Briggs bertujuan
menempatkan semul$ setin~JQan-setinggan Gina dari kawasan-kawasan terpencil
yang. bertat>uran ~e kampung-kampung baru untuk melindungi mereka yang
dipaksa memb~ntu PKM dan lebih penting bagi menghapuskan sistem bekalan
komunis. MenjelartS) tahun 1952, seramai 400 000 orang setinggan Gina telah
ditempatkatf'semufa di lebih kurang 400 buah kampung baru.

11

Transkrip wawancara bersama Abas Bin Udin Mengenai Peristiwa pertempuran degan pengganas Komunis
Di hutan Karak, Pahang pada tahun 1952

Penempatan semula ini telah berjaya melemahkan PKM yang terpaksa


keluar dari hutan dan bertempur dengan tentera kerajaan. lni telah memudahkan
usaha.,usaha kerajaan untuk menghapuskan pemberontakan komunis.

Langkah yang ketiga ialah penubuhan Majlis Perang Persekutuan dan


Jawatankuasa-jawatankuasa_ Kerja Perang di peringkat daerah dan negeri
melalui Arahan No. 1 bertarikh 16 April 1950. Majlis Perang Persekutuan
dianggotai pegawai-pegawai atasan, polis, tentera udara dan darat bertujuan
merancang dasar perang umum manakala Jawatankuasa Kerja Perang
peringkat negeri dan daerah berperanan mengkoordinasikan rancanganrancangan operasi dalam menentang pengganas-pengganas komunis.

Langkah kerajaan seterusnya ialah perluasan pasukan tentera di mana


mata-mata khas Melayu seramai 24 000 orang telah dilatih dengan segera untuk
mengawasi ladang,. lombong dan kawasan-ka\vasarr tetp::rteil Pasukan Polis
Persek~tuan

diperbesarkan menjadi 67 000 orang menjetang tahun: f952. Antara

tahun-tahun 1951-53, sejumlah 250 000- 350 000 Pengawal Kampung (Home
Guards) telah diwujudkan untuk membantu memperkukuhkan pertahanan
menentang revolusi bersenjata PKM.

12

Transkrip wawancara bersama Abas Bin.Udin Mengenai Peristiwa pertempuran Jegan.pengganas Komunis
Di hutan Karak, Pahang pada tahun 1952

Dalam pada itu, sebanyak 23 batalion askar telah dihantar dari Britain dan
negara-negara Komanwel untuk membantu dalam serangan yang lebih agresif
terhadap komunis di hutan. Daiam pada itu, pada tahun 1951, kerajaan Tanah
Melayu telah mengadakan langkah pengerahan masuk tentera ke atas rakyatnya
yang sihat dan kuat untuk bersama-sama berjuang menentang pengganaspengganas komunis. Menurut rancangan pengerahan, mereka yang dikerah
diwajibkan melaporkan diri di antara tujuh hingga sepuluh hari di kern latihan dan
seterusnya akan dihantar ke pusat latihan selama tiga bulan untuk latihan
ketenteraan asas.

Namun demikian, rancangan pengerahan tidak

be~aya

kerana tidak

rnendapat sambutan baik rakyat terutamanya kaum Cina. Tambahan dalam


kekuatan tentera telah
komunis

sama

ada

be~aya

dalam

melemahkan dan melumpuhkan gerila-gerila


bentuk serangbalas

atau

mempertahankan

keselamatan negara.

Salah satu langkah penting ialah perang saraf atau perang psikologi yang
digunakan oleh JeneraI Sir Gerald Tem pier yang menjadi Pesuruhjaya Tinggi
Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Januari 1952. Dalam menjalankan
perang psikologi, JeneraI Templer berharap dapat memenangi hati dan fikiran
rakyat untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam usahanya menghapuskan
komunis-komunis.

13

Transkrip wawancara bersama Abas Bin Udin Mengenai Peristiwa pertempuran degan pengganas Komunis
Di hutan Karak, Pahang pada tahun 1952

Antara langkah-langkah perang psikologi yang telah dijalankan ialah


pindaan peraturan-peraturan kewarganegaraan yang membolehkan lebih ramai
orang bukan Melayu menjadi warganegara dan proses pilihanraya majlis-majlis
tempatan bagi mewujudkan rasa tangQung-jawab rakyat terhadap negara
mereka dan membawa mereka ke arah berkerajaan sendiri.

Dengan itu, rakyat digalakkan untuk memberi maklumat-maklumat untuk


membolehkan penangkapan gerila-gerila komunis selain daripada mendapat
hadiah wang tunai yang diberikan kerajaan. Hadiah wang tunai yang paling tinggi
ditawarkan ialah $250 000 untuk penangkapan Chin Peng. Gerila-gerila komunis
juga digesa menyerah diri melalui risalah-risalah yang digugurkan dari udara ke
dalam hutan di mana mereka akan diampunkan dan dibantu menyesuaikan diri
semula dalam penghidupan baru mereka.

Kemudiannya, Jeneral Templer telah mewujudkan kawasan-kawasan


putih dan hitam di mana kawasan-kawasan putih yang bebas daripada kegiatan
komunis dilonggarkan peraturan-peraturan darurat manakala kawasan-kawasan
hitam yang masih aktif komunis diperketatkan lagi kawalannya. Dengan itu,
berjayalah

perang

psikologi

Templer dalam

menentang

pemberontakan

bersenjata komunis menjelang tahun 1955.

14

Anda mungkin juga menyukai