Anda di halaman 1dari 24

Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Abdullah bin

Hussin mengenai Zaman Darurat di Gambang, Kuantan,


Pahangpada Tahun 1951-1952

Oleh

Azleena Azharuddin

2002337946

Hamidatul Akma Harun

2002337907

Projek dimajukan kepada Fakulti Pengurusan Maklumat,


Universiti Teknologi Mara, Puncak Perdana bagi
memenuhi keperluan kursus IMR 603 - Sejarah Lisan
Semester 04- (Jun 2004 -Okt 2004)

Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Abdullah bin


Russin mengenai Zaman Darurat di Gambang, Kuantan,
Pahang pada Tahun 1951-1952

Oleh

Azleena Azharuddin

200233 7946

Hamidatul Akma Harun

2002337907

Projek dimajukan kepada Fakulti Pengurusan Maklumat,


Universiti Teknologi Mara, Puncak Perdana bagi
memenuhi keperluan kursus IMR 603 - Sejarah Lisan
Semester 04- (Jun 2004- Okt 2004)

PENGHARGAAN
Dengan

nama ALL4.H yang Maha

Pemurah

lagi

A1aha

Penyayang.

Alhamdulil/ah, kami rasa bersyukur ke hadrat ALL4.H s, w,t, akhirnya transkrip


wawancara ini dapat disiapkan dengan sebaik mungkin dan mencapai tujuan ianya
ditranskripkan.

Di samping itu kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.
Mohd. Nazir bin Ahmad yang banyak mengajar dan membantu kami dalam menyiapkan
transkrip ini. Kami juga ingin mengucap ribuan terima kasih kepada tokoh Tuan Haji
Abdullah bin Hussin yang Ielah sudi ditemuramah dan memberi segala maklumat yang
kami perlukan bagi menjayakan projek transkrip wawancara ini.

Akhir kala, semoga transkrip ini dapat memberi marifaat kepada semua pihak
terutamanya kepada mereka yang ingin memahami dengan lebih /anjut mengenai zaman
darurat di Negara kita. Semoga kita semua tidak akan lupa pada asal-usul Negara yang
pernah dijajah oleh penjajah yang tidak berperikel1l!nusiaan.

Wassalam.

lsi Kandungan
mukasurat

Perkara
Penghargaan
1. Pengenalan

1.1 Sejarah asal-usul zaman darurat

1.2 Strategi-strategi Parti Komunis Malaya (PKM)

1.3 Sebab-sebab PKM melancarkan pemberontakan

1.4 Langkah-langkah membanteras

1.5 Perkembangan sosio-ekonomi zaman darurat

i.6 Faktor-faktor kegagalan PKM

1-?Penutup

2. Transkrip

10-66

3. Lampiran
3.1 Latar belakang tokoh

67

3.2 Soalan-soalan wawancara

68

3.3 Perjanjian mengenai sejarah lisan

85

3.4Indeks

86

3.5 Gambat tokoh

88

3.6 Surat penghargaan tokoh

89

3.7 Surat kebenaran

90

Kaiian Latar Belakang


1. Pengenalan
1.1 Sejarah asal-usul zaman Darurat di Tanah Melayu 1948 - 1960
Zaman Darurat merupakan satu titik hitam dalam sejarah Semenanjung Tanah
Melayu di mana berlakunya peperangan terbuka di antara pihak kerajaan dengan Parti
Komunis Malaya (PKM) yang turut melibatkan semua lapisan rakyat Tanah Melayu.
Banyak penyelidikan dan kajian telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji tempatan dan
luar negeri mengenai zaman Darurat di Tanah Melayu yang berlaku selama dua bela.S
tahun iaitu 1948 hingga 1960. Mer~ka yang dilahirkan sClepas penub~ Malaysia, 1963
tidak terlibat secara langsung dalam zaman Darurat dapat mengetahui sejarah ringkas
zaman Darurat di Tanah Melayu yang telah berlaku 52 tahun dahulu melalui kajian yang
dijalankan.

Secara rasminya, zaman Darurat di Tanah Melayu bermula pada tahun


pertengahan 1948 dan berakhir pada tahun Julai 1960. Tetapi pada hakikatnya, sebelum
.

tahun 1948 beberapa peristiwa kacau-bilau telahpun

dilan~kan

oleh pengganas-

pengganas komunis. Begitu juga, kekerapan dan ketegangan pertempuran kerajaankomunis telahpun reda lebih kurang pada penghujung tahun 1954.

Pembunuhan tiga orang Eropah di Sungai Siput, Perak oleh komunis pada 16 Jun
1948 telah membawa kepa.da pengisytiharan Darurat oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir
Edward Gent di beberapa kawasan di Perak dan Johor. Pada 18 Jun 1948, setelah
keganasan PKM menjadi-jadi, Darurat telah diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu

apabila PKM melancarkan pemberontakan bersenjata. Seterusnya, PKM diharamkan


secara rasmi pada 23 Julai 1948.

1.2 Strategi-strategi Parti Komunis Malaya (PKM)

Strategi-strategi PKM untuk mengambil alih kuasa di Tanah Melayu diusahak:an


melalui tiga peringkat. Peringkat pertama, PKM bergiat untuk melumpuhkan ekonomi
Tanah Melayu dengan memusnahkan eStet-estet getah dan lombong-lombong bijih timah,
dua industri penting Tanah Melayu. Peringkat kedua, menawan dan menguasai kawasankawasan dan bandar-bandar terpencil bagi digunakan sebagai markas untuk menyerang
pihak kerajaan. Peringkat terakhir, dari markas-markas tersebut PKM akan cuba
menghalau serta mengusir pihak British dari Tanah Melayu dan kemudiannya menguasai
seluruh Tanah Melayu. Justeru itu, sebuah kerajaan Republik Komunis Tanah Melayu

akan dibentukkan untuk memerintah Semenanjung Tanah Melayu. Dalam pemberontakan


bersenjatanya, PKM menggunakan taktik-taktik perang gerila di mana pengganaspengganas komunis beroperasi melalui unit-unit yang kecil di antarac~w~ hingg~ 400
orang dengan menggunakan senjata-senjata yang berjaya disorokkan semasa pendudukan
Jepun yang telah dibekalkan oleh tentera British. PKM juga telah menubuhkan satu unit
bekalan dan pengintipan awam iaitu Min Yuen. Min Yuen memainkan dua peranan
penting iaitu mendapatkan bekalan makanan dan perubatan serta memperolehi maklumatmaklumat mengenai kegiatan-kegiatan kerajaan dalam usahanya menentang PKM. PKM
telah melancarkan serangan-serangan yang hebat ke atas estet-estet getah, lombonglombong bijih timah, balai-balai polis dan orang awam antara tahun-tahun 1948-1951.

Kejayaan paling besar PKM ialah pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry
Gurney di jalan ke Bukit Fraser pada 6 Oktober 1951.

1.3 Sebab-sebab PKM melancarkan pemberontakan bersenjata

Terdapat banyak faktor yang mendorong PKM melancarkan pemberontakan


bersenjata pada tahun 1948. Salah satu faktor ialah kegagalan polisi perdamaian Barisan
Bersatu di mana PKM telah gagal mencapai cita-citanya melalui cara-cara perlembagaan
atau perdamaian di antara tahun-tahun 1945-1948. Dalam tempoh tersebut, PKM melalui
kesatuan-kesatuan seke:tja yang dikuasainya telah menlancarkan pemogokan bagi
.... :-

melemahkan dan menjatuhkan kerajaan British di Tanah Melayu. Menjelang tahun 1947,
pengaruh PKM ke atas gerakan buruh telah merosot dan oleh yang demikian,

P~

terpaksa menggunakan cara kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan British di Tanah


Melayu. Seterusnya, perubahan pucuk pimpinan dan krisis dalam PKM turut
mengakibatkan pemberontakan komunis. Setiausaha PKM, Lai Teck yang didapati
menjadi ejen Jepun dan British telah menghilangkan diri dengan .wang parti pada bulan
Mac 1947 menyebabkan ahli-ahli PKM. tergoncang keyakinan mereka. Untuk
memulihkan semangat peijuangan komunis, pemimpin baru, Chin Peng berpendapat
perlunya dasar yang lebih aktif dan dramatik untuk menggerakkan PKM ke hadapan
supaya kerajaan British dapat dijatuhkan dan kerajaan komunis ditubuhkan.

Selain itu, PKM juga dipengaruhi oleh pihak luar seperti Kongres Pemuda
Komunis Asia di Calcutta pada bulan Februari 1948 yang mengarahkan parti-parti
komunis .untuk melancarkan pemberontakan bersenjata demi mencapai matlamat masingmasing. Kemudiannya, PKM juga telah digesa oleh Parti Komunis China untuk

memulakan revolusi di Tanah Melayu. Seterusnya, kejayaan-kejayaan pihak komunis di


negara China, Greece dan Indo-China telah memberi inspirasi kepada PKM untuk
melancarkan pemberontakan di Tanah Melayu yang pada pendapat mereka boleh beJjaya.

1.4 Langkah-langkah ke arab membanteras pemberontakan bersenjata PKM

Untuk mengatasi pemberontakan bersenjata PKM, kerajaan British di Tanah


Melayu telah. mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya. Pertama, Darurat telah
diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu dan pertubuhan PKM telah diharamkan. Di bawah
Peraturan-peraturan Darurat 1949, kerajaari boleh menahan sesiapa yang disyaki terlibat
dengan kegiatan komunis tanpa bicara. Selain itu, perintah berkuru.Iig dan pemeriksaan
tanpa waran serta pengawalan pergerakan lalulintas dan makanan dijalankan untuk
melemahkan PKM. Kerajaan juga memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan di
mana semua penduduk Tanah Melayu yang berumul\ 12 t'ahun ke atas mesti mendaftarkan
diri dan membawa kad pengenal~ untuk memudahkan pengesanan anasir-anasir
komunis. Ini menyebabkan ramai pemimpin komunis melarikan diri ke hutan akibat takut
diberkas oleh pihak kerajaan. _

Kedua, Rancangan Briggs telah dilaksanakan oleh Pengarah Gerakan yang baru
iaitu Leftenan-Jeneral Sir Harold Briggs di negeri Johor pada 1 Jun 1950 dan seterusnya
di seluruh Tanah Melayu. Rancangan Briggs bertujuan menempatkan semula setinggansetinggan Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan ke kampung-kampung
bam untuk melindungi mereka yang dipaksa membantu PKM dan lebih penting bagi
menghapuskan sistem bekalan komunis. Menjelang tahun 1952, seramaK400 000 orang
setinggan Cina telah ditempatkan semula di lebih kurat}.g 4\)0 buah kampung bam.

Penempatan semula ini telah berjaya melemabkan PKM yang terpaksa keluar dari hutan
dan bertempur dengan tentera kerajaan. Ini telah memudahkan usaha-usaha kerajaan
untuk menghapuskan pemberontakan komunis.

Langkah yang ketiga ialah penubuhan Majlis Perang Persekutuan dan


Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja Perang di peringkat daerah dan negeri melalui Araban
No. 1 bertarikh 16 April 1950. Majlis Perang Persekutuan dianggotai pegawai-pegawai
atasan, polis, tentera udara dan darat bertujuan merancang dasar perang umum manakala
Jawatankuasa Keija Perang peringkat negeri dan daerah berperanan mengkoordinasikan
iancangan-rancangan operasi dalam menentang pengganas-pengganas ~omunis.
'"

Langkah kerajaan seterusnya ialah perluasan pasukan tentera di mana mata-mata

khas Melayu seramal24 00~ orang telah dilatih dengan segera untuk mengawasi ladang,
lombong dan kawasan-kawasan terpencil. Pasukan Polis Persekutuan diperbesarkan
menjadi '6:7 000 orang menjelang tahun 1952. Antara tahun-tahun 1951-53, sejumlah 2)0.,
000- 350 000 Pengawal Kampung (Home_ Guards) telah diwujudkan untuk membantu
memperkukuhkan perf:ahanan menentang revolusi bersenjata PKM. Dalam pada itu,
sebany~k

23) batalion askar telah dihantar dari Britain dan negara-negara Komanwei

untuk membantu dalam serangan yang lebih agresif terhadap komunis di hutan. Dalam
pada itu, pada tahun 1951, kerajaan Tanah Melayu telah mengadakan langkah
pengerahan masuk tentera ke atas rakyatnya yang sihat dan kuat untuk bersama-sama
beijuang menentang pengganas-pengganas komunis. Menurut rancangan pengerahan,
mereka yang dikerah diwajibkan melaporkan diri di antara tujuh hingga sepuluh hari di
kern latihan dan seterusnya akan dihantar ke pusat latihan selama tiga bulan untuk latihan

ketenteraan asas. Namun demikian, rancangan pengerahan tidak berjaya kerana tidak
mendapat sambutan baik rakyat terutamanya kaum Cina. Tambahan dalam kekuatan
tentera telah berjaya melemahkan dan melumpuhkan gerila-gerila komunis sama ada
dalam bentuk serang balas atau mempertahankan keselamatan negara.

Salah satu langkah penting ialah perang saraf atau perang psikologi yang
digunakan oleh Jeneral Sir Gerald Templer yang menjadi Pesuruhjaya Tinggi
Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Januari 1952. Dalam . menjalankan perang
psikologi, Jenera! .Templer berharap dapat memenangi hati dan fikiran_ rakyat untuk
bekerjasama dengan kerajaan dalam usahanya menghapuskan

komuni~-komunis.

Antara

langkah-langkah perang psikologi yang telah dijalankan ialah pindaan peraturanperaturan kewarganegaraan yang membolehkan lebih ramai orang bukan Melayu menjadi
warganegara dan proses pilihanraya majlis-majlis tempatan bagi mewujudkan rasa
tanggung-jawab rakyat terhadap negara mereka dan membawa mereka ke arah
berkerajaan sendiri. Dengan itu, rakyat digalakkan untuk memberi maklumat-maklumat
untuk membolchkan penangkapan gerila-gerila komunis selain daripada mendapat hadiah
wang tunai yang diberikan kerajaan. Hadiah wang tunai yang paling tinggi ditawarkan
ialah ~250 000 untuk penangkapan Chin Peng. Gerila-gerila komunis juga digesa
menyerah diri melalui risalah-risalah yang digugurkan dari udara ke dalam hutan di mana
mereka akan diampunkan dan dibantu menyesuaikan diri semula dalam penghidupan
baru mereka. Kemudiannya, Jeneral Templer telah mewujudkan kawasan-kawasan putih
dan hitam di mana kawasan-kawasan putih yang bebas daripada kegiatan komunis
dilonggarkan peraturan-peraturan darurat manakala kawasan-kawasan hitam yang masih

aktif komunis diperketatkan lagi kawalannya Dengan itu, betjayalah perang psikologi
Templer dalam menentang pemberontakan bersenjata komunis menjelang tahun 1955.

1.5 Perkembangan sosio-ekonomi zaman Darurat

Ketika zaman Darurat 1940-an dan awal 1950-an, kehidupan di bandar-bandar


besar terutamanya tidak tetjejas di mana berbagai-bagai hiburan dan pertandingan sukan
telah dijalankan. Misalnya, joget, pertunjukan bangsawan, cabaret dan opera Cina telah
dinikmati

penduduk-penduduk

bandar-bandar

besar

pada

masa

itu

manakala

pertandihgan-pertandingan sukan seperti bola sepak, ragbi, hoki, kriket, badminton dan
olahraga telah disertai orang ramai terutamanya pelajar-pelajar sekolah dan orang dewasa
dengan penuh semangat dan penuh kegembiraan. Dalam arena badminton pula, ahli-ahli
sukan negara kita telah mencapai kejayaan gemilang dengan memenangi Piala Thomas
pada masa itu. Begitu juga dalam sukan hoki, pada tahun 1956 negara kita telah layak ke
peringkat Sukan Olimpik di Melbourne, Australia. Selain daripada itu, dalam sukan
angkat berat, dalam British Empire Games di Auckland, peserta-peserta angkat berat
negara telah memenangi dua pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa
Kejayaan dalam arena sukan antarabangsa menunjukkan rakyat Tanah Melayu tidak
memberi perhatian yang berat kepada petjuangan komunis. Yang menghairankan ialah
tiada terdapat apa-apa insiden yang tidak diingini berlaku dalam mensabotaj
perkembangan sukan negara ketika itu oleh agen-agen komunis. Namun demikian,
Darurat telah melambatkan pembangunan kerana kerajaan British Tanah Melayu terpaksa
membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk mematahkan revolusi bersenjata PKM yang
sepatutnya digunakan untuk pembangunan infrastruktur negara.

1.6 Faktor-faktor kegagalan PKM merampas kuasa

Pada 31 Julai

1960~

kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengisytiharkan

tamatnya Darurat yang membawa maks\l<l kegagalan PKM dalam pemberontakan


bersenjatanya. Kegagalan PKM dalam merampas kuasa disebabkan keberkesanan
langkah-langkah offensif kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dalam menangani PKM
seperti perkembangan pasukan bersenja~ rancangan

Briggs~

Majlis Perang Persekutuan

dan perang psikologi Templer. Selain itu, PKMjuga kekurangan sokongan meluas rakyat

Tanah Melayu terhadap cita-cita PKM terutamanya daripada kaum bukan Cina kerana
ideologi komunis yang anti-agama dan ketiadaan bantuan dari negara-negara komunis
lain seperti Russia dan negara China. Seterusnya, taktik-taktik PKM dalam
menggulingkan kerajaan seperti serangan pukul lari ke atas pelombong, peladang, balai
polis, jalan keretapi dan orang awam menyebabkan penderitaan dan kesusahan telah
menimbulkan perasaan benci terhadap PKM. Dengan itu, menjelang tahun 1954
pemberontakan bersenjata PKM sudah tertekan dan kelihatan kegagalan PKM yan&; mulai
merosot dan lumpuh. Kegagalan PKM ialah kemenangan kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu.

1.7Penutup
Pasukan Polis bertindak dan memainkan peranan utama dalam merancang strategi
untuk menentang komunis. Pasukan Polis memburu dan menghapuskan komunis di
hutan, di desa dan juga di bandar. Dalam usaha menjayakan gerakan menentang komunis,
Cawangan Khas (Special Branch) selaku badan perisikan utama negara telah bertindak
dengan tangkas dan cekap. Pihak polis juga memainkan peranan yang penting dalam
menjayakan perang saraf terhadap komunis. Peranan pasukan polis dalam masa darurat
adalah amat jelas jika dilihat pada jumlah anggotanya yang terkorban iaitu seramai l ,346
berbanding dengan pasukan keselamatan yang htin hanya 519

~haja;-

Setelah merasakan

dirinya bagitu lemah PKM mengundurkan saki baki tenteranya ke kawasan sempadan
persekutUan Tanah Melayu - Thailand. Dari sana PKM berusaha mengumpulkan dan
memulihkan semula kekuatannya.

Terdapat banyak gangguan sepanJang melakukan rakaman ini seperti suara


kanak-kanak, jiran, keluarga, cucu-cucu, kereta , motosikal, ayam, angsa dan bunyi
angm.

2.0 TRANSKRIPWAWANCARA
TAPE 1 SIDE A

Assalarnualaikum. Berikut adalah rakaman wawancara sejarah lisan mengena1


pengalarnan dan penglibatan Tuan Haji Abdullah bin Hussin yang menentang serangan
pihak komunis pada Zaman Darurat di Gambang, Kuantan, Pahang pada tahun 1951
hingga 1952. Beliau merupakan seorang tokoh yang beijasa kepada Negara dan telah
dianugerahkan sijil penghargaan oleh Kerajaan Malaysia.
Rakaman ini dijalankan di kediaman beliau yang beralamat, Lot 9, Jalan Jambu Laut,
Kampung Batu Delima, 52000 Kuala Lumpur pada 3 September 2004, jam 10.30 pagi.
Wawancara ini dikendalikan oleh Azleena binti Azharuddin dan Hamidatul Akma binti
Harun yang merupakan pelajar Sarjana Muda Pengurusan Sistem MaklWJlat, Universiti
Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Terdapat beberapa gangguan
ketika kami melaksanakan rakaman ini. Contoh gangguan adalah bunyi ambulan,
kenderaan lain dan suara jiran.
Dengan segala honnatnya kita mulakan rakaman ini.
AA: Assalamualaikum Tuan Haji.
AH: Waalaikumsalam WarahmatulAllahiwabarakatu

AA: Siapakah nama penuh Tuan Haji?


AH: Nama saya Abdullah bin Hussin

AA: Bilakah Tuan Haji dilahir~n?.


AH: Saya Iahit 1952.)3ulan 11

AA: Dimanakah Tuan Haji dilahirkan


AH: Di Selangor

AA: Berapakah umur Tuan Haji sekarang ini?


AH: Umur sekarang tujuhpuluh Iapan.

10

AA: Sudah berapa lama Tuan Haji menetap di sini?


AH: Dua puluh tujuh tahun.

AA: Berapa ramaikah adik-beradik Tuan Haji?


AH: Adik-beradik, empat. Dua lelaki dan dua perempuan

AA: Tuan Haji anak ke berapa?


AH: Saya anak yang pertama

AA: Apakah nama ibu bapa Tuan Haji?


AH: Nama bapa, Hussin. Nama ibu, Rakibah.

AA: Berapakah bilangan anak Tuan Haji?


AH: Anak enam. Empat lelaki, dua perempuan.

AA: Siapakah nama isteri Tuan Haji?


AH: Nama isteri, Khalijah binti Ahmad.

AA: Bilakah Tuan Haji berkahwin denga.-teri Tuan Haji?


AH: Berkahwin dengan isteri tahup 1951

AA: Boleh Tuan Haji ceritakan sejarah pendidikan Tuan Haji?


AH: Sejarah pendidikan saya, masa itu Sekolah Rendah Melayu
Kampung Batu sampai ke darjah lima. Tidak dapat
diteruskan kerana tentera Jepun sudah masuk ke Tanah Melayu.

AA: Apakah pekerjaan Tuan Haji sebelum menjadi polis?


AH: Pekeijaan saya selepas tentera Jepun masuk ke Tanah Melayu saya pergi
ke Melaka dan bekerja di satu gudang percetakan namanya Kesten Press.
Saya belajar di situ sebagai perentis selama dua tahun saya balik ke Kuala
Lumpur dan saya dapat keija namanya, Percetakan Malayan Printers. Lepas
(selepas) tu (itu) saya pilih lain kerja masa tu (itu) dapat di gudang nama dia
Willkinson Process. Lepas (selepas) tu (itu), saya berkeija lebih dua tahun

11

lebih sampai ke tahun empat puluh Iapan, darurat pun diisyhtiharkan di


Tanah Melayu saya pilih sebagai pasukan polis khas iaitu
SC (Special Constabel). Saya minta di Balai Polis Kepong, Kuala Lumpur.
Selepas itu saya dah (suda.hl masuk special branch special polis constabel
selama tiga tahun, tahw1195 ~ bulan April, saya pergi minta polis biasa di
polis depoh. Temuduga masa Itu saya terus diterima menjadi polis. Sehingga

daripada bulan empat bulan April Iapan puluh satu saya berlatih sebagai
polis biasa selama setahun sampai bulan dua belas lima puluh satu saya
tamat latihan dan saya dapat af$an bertukar ke Pahang iaitu Kuantan. Bila
sampai di Pahang Kuantan saya ditukarkan ke balai luar, balai kecil iaitu di
Gambang, Kuantan. Ditugaskan di Balai Polis Gambang,

s~lama

setahun

lebih saya di Gambang.

AA:

Apakah faktor-faktor yang mendorong Tuan Haji menjadi polis?


AH: Saya sudah lama minat dengan pasukan polis tetapi tiap-tiap saya
temuduga saya tak (tidak) dapat diterima awal-awal tapi pado/l95"1)bulan
empattu (itu) saya dapat sebagai polis biasa

AA: Berapakah umur Tuan Haji ketika menjadi polis?


AH: Umur masa dalam polis meningkat dua pl.lluh lima tahun.

AA: Adakah di kalangan keluarga Tuan Haji yang menjadi polis?


AH: Masa itu tak de (tiada).

AA: Adakah di antara anak-anak Tuan Haji yang mengikut jejak Tuan Haji
sebagai seorang anggota polis?
AH: Tak ada (tiada)

AA: Berapakah gaji yang diterima semasa menjadi polis?


AH: Masa menjadi polis tahun lima puluh satu saya terima
seratus lima belas ringgit satu bulan.

12

AA:

Adakah Tuan Haji menerima sebarang anugerah semasa berkhidmat


sebagai polis?
AH: Ada surat kepujian aje (sahaja)

AA: Bolehkah Tuan Haji ceritakan pengalaman pahit semasa menjadi polis?
AH: Masa tahun lima puluh satu yang paling pahit masa itu
komunis menentang Kerajaan Tanah Melayu iaitu British dinamak:an Parti
Komunis Malaya dia menyerang tiap-tiap balai polis di mana saja.

AA: Bagaimana pula dengan kenangan manis Tuan Haji semasa menjadi polis?
AH: Kenangan manis saya masa polis saya rasa
memang satu tugas yang saya minati itula saya rasa dalam polis.

AA: Apakah hobi Tuan Haji pada waktu lapang?


AH: Hobi saya waktu lapang saya suka minat sukan,
kalau masa saya rehat ataupun tugas saya, saya main bola dan badminton.

AA: Apakah cita-cita Tuan Haji semasa di bangku sekolah?


AH: Masa di bangku sekolah saya cita-cita saya nak: (hendak:) menjadi seorang
guru. Tapi niat yang itu tidak dapat kerana Jepun sudah datang ke Tanah
Melayu selama tiga tahun Iapan bulan saya sudah tidak: terima menjadi guru
umur yang sudah lanjut lebih.

AA: Semasa zaman persekolahan Tuan Haji siapakah yang banyak membantu
Tuan Haji dalam bidang pendidikan?
AH: Yang banyak sekali yang membantu saya dalam bidang pendidikan arwah
nenek saya Hajah Maimunah.

13

AA: Saya difahamkan Tuan Haji telah ditukarkan di Gambang Kuantan, Pahang
setelah menjalani latihan di Kuala Lumpur. &lehkah Tuan Haji ceritakan
jawatan Tuan Haji dan tugas-tugas Tuan Haji ketika itu.
AH: Masa saya sebagai polis biasa saya bertugas di Balai Polis Gambang,
menjalani tugas biasa meronda mengikut jadual dan membuat kerja di balai
dan juga membuat pekerjaan-pekerjaan biasa.

AA: Boleh Tuan Haji ceritakan pasukan polis di Gambang ketika dahulu dan
pasukan polis sekarang.
AH: Kalau saya difahamkan polis dulu dengan sekarangjaulibeza. Dulu,

pakaian dia lain, pakai baju kemeja, seluar pendek pakai but, songkok pun
songkok bulat. Jadi pekerjaan lebih kurang sama tugas polis mengikut
undang-undang yang ada dan masa sekarang polis pakaian dia berlain
pakaian dia memang berlain baju hitam, seluar kasut biasa.Pekerjaan sama
meronda, petrol sekarang ada petrol car [kereta] maknanya petrol car [kereta]
ni (ini) meronda dengan kenderaan dan gunakan sistem apa nama radio,
telefon dan se~Yata-senjata pun banyak senjata moden automatik semua.

AA: .Bolehkah Tuan Haji ceritakan secara peribadi pandangan Tuan ~ji terhadap
polis sekarang?
AH: Pada pandangan saya polis sekarang jauh bezanya dengan cara
menjalankan tugas sebab sekarang lebih banyak jenayah yang difahamkan
banyakjenayah bunuh dan rogol dan rompak-rompak di tiap-tiap Bandar.

AA: Saya difahamkan Tuan Haji menerima sijil kepujian. Bilakah Tuan Haji
menerima sijil tersebut?
AH: Sijil surat kepujian ini saya dapat pada akhir-ak.hir saya bersara
dalam polis daripada Kementerian Dalam Negeri.

14

AA: Dalam pasukan polis, siapakah idola Tuan Haji?


AH: Dalam pasukan polis yang saya dapat ketua saya iaitu
Koperal Din. Tu Ia (itulah) yang ido1a saya masa dalam pasukan polis.

AA: Bagaimana zaman darurat boleh terjadi?


AH: Zaman darurat ni (ini) yang saya tabu masa itu parti komunis Malaysia yang
bangsa-bangsa di Malaysia cuba merampas dan menyahut mengambil alih
tugas pemerintahan di Malaysia iaitu British.

AA: Mengapa zaman itu dipanggil zaman darurat?


AH: Masa itu darurat daripada Komunis Parti Malaysia cuba mengganas setiaptiap kawasan, tiap-tiap jajahan dia membakar dan membunuh orang-orang
awam dan juga balai-balai polis.

AA: Pihak manakah yang terlibat dalam zaman darurat?


AH: Pihak yang terlibat dalam darurat yang banyak bangsa Cina
danMelayu.

AA: Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pihak komunis me~entang


Kerajaan British?
AH: Faktor-faktor komunis parti Malaysia menentang British adalah yang
saya faham pihak British membuat petjanjian semasa Jepun. Apabila Jepun
meyerah diri dia akan menyerahkan kerajaan itu kepada Malaysia

AA: Berapa lamakah zaman darurat terjadi di Tanah Melayu?


AH: Yang saya fahamkan darurat di Tanah Melayu dari mula 1948 akhimya
Malaysia merdeka sampa~ 1963\

15

AA: Adakah pihak lain selain komunis yang menentang kerajaan British?
AH: Masa itu pihak lain selain dari parti komunis Malaya, tak ade (tiada).

AA: Boleh Tuan Haji ceritakao keadaao Negara kita pada masa

d~rurat?

AH: Pada masa darurat daripadfi 194".8, memang Malaysia sudah mula huru-hura
dan rakyat-ral.)'at Malaysia semua diugut oleh Parti Komunis Malaysia
supaya masuk dengan parti dia.

AA: Siapakah pemimpio komunis yang paling berpengaruh ketika zaman darurat
berlangsung?
AH: Pada zaman darurat pengaruh yang paling yang di Tanah Melayu masa
itu nama dia bangsa Cina nama Chin Peng dan Melayu dia Rashid Maidin.
Dan yang saya tahu lagi Melayu Mat lndera.

AA: Siapakah pula pemimpin British yang paling berpengaruh ketika zaman
darurat berlangsung?
AH: Masa zaman darurat bangsa British yang terpengaruh ialah Jeneral Templer.

AA: Di Tanah Melayu, terdapat beberapa buah negeri. Adakah setiap negeri

.ditempatkan seorang ketua untuk mengawal keadaa_n pada zaman darurat?


AH: Ada. Yang dibagi (diberi) kuasa t1ap-tiap negeri ialah ban gsa British.

AA: Boleh Tuan Haji sebutkan antara pemimpin yang Tuan Haji ingat yang
mengawal setiap negeri semasa zaman darurat berlaku?
AH: Tidak ingat tapi satu dapat in gat masa saya bertugas di Pahang iaitu jajahan
Raub namanya Ospedi J. Crosly.

16

AA: Negeri manakah yang mengalami penentangan yang teruk oleh pihak komunis
ketika zaman darurat?
AH: Negeri-negeri yang teruk sekali itu Perak, Pahang, Negeri Sembilan
dan Johor.

AA: Bagaimanakab negeri itu mendapat bekalan makanan untuk menampung


kehidupan ketika zaman darurat?
AH: Makanan-makanan yang masa itu cukup dan tidak ada berkurangan sama
JUga.

AA: Adakab negeri itu mendapat bekalan yang sama seperti di negeri-negeri lain?
AH: Sarna.

AA: Di manakab Tuan Haji ketika zaman darurat?


AH: Masa zaman darurat terjadi saya masa itu ada di Selangor di Kampung Batu.

AA: Ketika itu Tuan Haji berkbidmat di mana?


AH: Masa itu darurat berkhidmat masuk dalam pasukan SC (Special Constabel)
di Kepong.

AA: Boleb Tuan Haji ceritakan peraturan- peraturan yang wajib dipatubi semasa
zaman darurat?
AH: Masa darurat peraturan-peraturannya di mana juga kawasan yang sering di
serang oleh Parti Komunis ternpat itu dikawai dan diberi kawasan hitam iaitu
black [hitam] area [kawasan]. Orang-orang awam tidak bebas pada waktu
yang ditetapkan dia akan dirnasukkan pada nama dia sector [sector] area
[kawasan] perkampungan. Jadi dikawal dia. Masa waktu pagi pukul enam
sampai pukul lima petang dia akan balik ke tempat dia.

17

AA: Bagaimana kalau ada di antara mereka yang melanggar peraturan-peraturan


ketika zaman darurat?
AH: Tiap-tiap orang yang melanggarkan masa darurat dia akan di ambil tindakan
undang-undang darurat iaitu satu pasukan polis juga yang dinamakan Special
Branch [Cawangan Khas ].

AA: Apakah bentuk hukuman yang dijalankan?


AH: Bentuk yang selalu bila orang yang tangk:ap masa darurat dia akan di
tetapkan satu tempat yang dinama Ditegen Camp. Ditegen Camp iaitu Ipoh,
Johor dan Selangor.

AA: Adakah kelonggaran yang dibCrikan bagi mereka yang melanggar p~raturan?
AH: Kalau sekali perkara yang dibuat dia boleh diberi kelonggaran dan lepas.

AA: Bolehkah mereka membuat rayuan bagi mengurangkan hukuman?


AH: Boleh

AA: Boleh Tuan Haji ceritakan bentuk rayuan yang dibuat.


AH: Kalau seorang itu membuat kesalahan masa zaman darurat dia mengaku
kesalahan dan dia tetap tidak akan membantu dalam pasukan Parti Komunis
. Malaysia.

AA: Boleh Tuan Haji ceritakan perbezaan kehidupan di antara orang Bandar dan
orang kampung ketika zaman darurat?
AH: Orang Bandar dia bebas kawasan itu bukan kawasan hitam dan orang
kampung masa terpaksa menggunakan waktu yang dia boleh bekerja dan
masa dia boleh memotong getah. Selain daripada itu orang kampung

terpaksa mengikut waktu yang ditetapkan pagi dia boleh pergi memotong
getah waktu pukul enam dan akan balik secepat mungk:in sampai pukullima.

18

Anda mungkin juga menyukai