Anda di halaman 1dari 24

Transkrip Temubual Dengan Special Constabel En Yusuf Bin Haji Hashim

Mengenai Peristiwa Pertempuran Dengan Komunis Di Bukit Belacan Pada


Tahun 1950

Muzalifah Hanim Bt Mohd Zakaria


2003322808
Norzehan Bt Talib
2003322886

Projek Dimajukan Kepada Fakulti Pengurusan Maklumat,


Universiti Teknologi Mara, Kampus Puncak Perdana,
Bagi Memenuhi Keperluan IMR 603- Sejarah Lisan,
Nov-Mac 2004/2005

IMR 603- Sejarah Lisan

1.0 PENGBARGAAN
Assalamualaikum W.B. T
Alhamdulillah,syukur kami kepada Tuhan kerana dengan limpah kumia-Nya,
akhimya kami dapat menyempurnakan tugasan bagi menyiapkan projek ini untuk
memenuhi keperluan subjek Sejarah Lisan, IMR 603 . Di kesempatan ini, kami juga
ingin merakam ucapan jutaan terima kasih buat pensyarah kami, iaitu Encik Mohd
Nazir bin Ahmad yang telah banyak membimbing dan memberikan panduan serta
tunjuk ajar kepada kami sepanjang tempoh menyiapkan projek ini.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat kedua ibu bapa kesayangan kami
yang telah banyak memberi dorongan dan semangat kepada karni agar terns tabah dan
sabar sepanjang menyiapkan projek ini. Walaupun sepanjang menyiapkan projek ini
kami terpaksa mengorbankan banyak masa, tenaga dan wang ringgit tetapi
pengalaman yang kami perolehi lebih berharga buat kami. Berkat kesabaran dan
ketabahanlah juga yang telah menguatkan lagi semangat kami untuk menyiapkan
projek ini.
Ribuan terima kasih buat tokoh yang telah dipilih untuk ditemubual, Encik
Yusuf Bin Haji Hashim yang telah sudi ditemuramah dalam memberi maklumat dan
pengalaman beliau dalam peristiwa tersebut. Ucapan terima kasih ini ditujukan khas
buat isteri beliau Puan Siti Soyah Bin Saad di atas segala layanan yang baik.
Akhir kata dari kami,semoga projek ini dapat memberikan panduan dan
kesedaran kepada generasi-generasi yang akan datang tentang betapa pentingnya
untuk kita menghayati ataupun mendalami tentang sejarah negara kita sendiri.

IMR 60.J - Sejarah liSillf

2.0ABSTRAK
Transkrip ini mengandungi temubual dengan Special Constabel (SC) Encik
Yusuf Bin Haji Hashim dari Batu Caves mengenai pengalaman beliau semasa
pertempuran dengan pengganas komunis pada zaman darurat di Bukit Belacan pada
tahun 1950. Beliau menceritakan dengan secara terperinci sekali mengenai kejadian
tersebut dimana kami seolah-olah dapat menggambarkan kejadian tersebut. 3elain
daipada itu Encik Yusuf juga menceritakan tentang kenangan-kenangan beliau semasa
bertempur dengan Bukit Belacan, harapan beliau pada masa akan datang dan lain-lain
lagi. Temubual ini dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu bahagian pertama soalan
orientasi, bahagian kedua soalan umum dan bahagian ketiga soalan khas. Rakaman
temubual ini memakan masa selama 2 jam. Log temubual ini disediakan bagi
memudahkan pembaca meneliti isi kandungan di dalam transkrip dan kaset. Lampiran
juga disediakan.Ia mengandungi senarai soalan, biodata tokoh, surat
perjanjian,gambar dan index transkrip.
Kata kunci : Special Constabel (SC), zaman darurat, Bukit Belacan, bertempur,

pengganas komunis,

11

IMR 603- Sejarah Listm

3.0 PENGENALAN
Sejarah zaman Darurat di Tanah Melayu 1948 - 1960
Zaman darurat merupakan satu titik hitam dalam sejarah Semenanjung Tanah
Melayu di mana berlakunya peperangan terbuka di antara pihak kerajaan dengan
PartiKomunis Malaya (PKM) yang turut melibatkan semua lapisan rakyat Tanah
Melayu. PKM ditubuhkan pada 30 April 1930. PKM ditubuhkan kerana ingin
menguasai Tanah Melayu.Secara rasminya, zaman darurat di Tanah Melayu bermula
pada tahun pertengahan 1948 dan berakhir pada tahun Julai 1960. Tetapi pada
hakikatnya, sebelum tahun 1948 beberapa peristiwa kacau-bilau telah pun dilancarkan
oleh pengganas-pengganas komunis.

Begitu juga, kekerapan dan ketegangan pertempuran kerajaan.;komunis


telahpun reda lebih kurang pada penghujung tahun 1954.Semasa darurat diisytiharkan
darurat, pasukan polis mengalami perubahan, perkembangan, pembesaran dan
permodenan yang begitu pesat. Pasukan polis diberi tugas menumpukan usaha
menghalang percubaan komunis untukmengembangkan pengaruh mereka.

Pembunuhan tiga orang Eropah di Sungai Siput, Perak oleh komunis pada 16
Jun 1948 telah membawa kepada pengisytiharan darurat oleh Pesuruhjaya Tinggi
British, Sir Edward Gent di beberapa kawasan di Perak dan Johor. Pada 18 Jun 1948,
setelah keganasan PKM menjadi-jadi, darurat telah diisytiharkan di seluruh Tanah
Melayu apabila PKM melancarkan pemberontakan bersenjata. Seterusnya, PKM
diharamkan secara rasmi pada 23 Julai 1948. Strategi-strategi Parti Komunis Malaya
(PKM) untuk menakluki Tanah Melayu diusahakan melalui tiga peringkat iaitu:

IMR 603 - Sejarah Lisan

Peringkat pertama ialah, PKM bergiat untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu
dengan memusnahkan estet-estet getah dan lombong-lombong bijih timah, dua
industri penting Tanah Melayu.

Peringkat kedua, menawan dan menguasai kawasan-kawasan dan bandar-bandar


terpencil bagi digunakan sebagai markas untuk menyerang pihak kerajaan.

Peringkat terakhir, .dari markas-markas tersebut PKM akan cuba menghalau serta
mengusir pihak British dari Tanah Melayu dan kemudiannya menguasai seluruh
Tanah Melayu.

Untuk memastikan strategi-strategi . ini berjaya, sebuah kerajaan Republik


Komunis Tanah .Melayu akan dibentukkan untuk memerintah Semenanjung Tanah
Melayu. Dalam pemberontakan bersenjatanya, PKM menggunakan taktik-taktik
perang gerila di mana pengganas-pengganas komunis beroperasi melalui unit-unit
yang kecil di antara 200 hingga 400 orang dengan menggunakan senjata-senjata yang
berjaya disorokkan semasa pendudukan Jepun yang telah dibekalkan oleh tentera
British.

PKM juga telah menubuhkan satu unit bekalan dan pengintipan awam iaitu
Min Yuen. Min Yuen memainkan dua peranan penting iaitu mendapatkan bekalan
makanan dan perubatan serta memperolehi maklumat-maklumat mengenai kegiatankegiatan kerajaan dalam usahanya menentang PKM. PKM telah melancarkan
serangan-serangan yang hebat ke atas estet-estet getah, lombong-lombong bijih timah,
balai-balai polis dan orang awam antara tahun-tahun 1948-1951. Kejayaan paling
besar PKM ialah pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney di jalan
ke Bukit Fraser pada 6 Oktober 1951 .

IMR 603- Sejlll'flh Lisan

Faktor yang mendorong oemberontakan Parti Komunis Malaya {PKM)


Terdapat banyak faktor yang mendorong PKM melancarkan pemberontakan
bersenjata pada tahun 1948. Salah satu faktor ialah kegagalan polisi perdamaian
Barisan Bersatu Ji mana PKM telah gagal mencapai cita-citanya melalui cara-cara
perlembagaan atau perdamaian di antara tahun-tahun 1945-1948. Dalam tempoh
tersebut, PKM melalui kesatuan-kesatuan sekerja yang dikuasainya telah melancarkan
pemogokan bagi melemahkan dan menjatuhkan kerajaan British di Tanah Melayu.

Menjelang tahun 194 7, pengaruh PKM ke atas gerakan buruh telah merosot
dan oleh yang demikian, PKM terpaksa menggunakan cara keKerasan untuk
menjatuhkan kerajaan British di Tanah Melayu. Seterusnya, perubahan pucuk
pimpinan dan krisis dalam PKM turut mengakibatkan pemberontakan komunis.
Setiausaha PKM, Lai Teck yang didapati menjadi ejen Jepun dan British telah
menghilangkan diri dengan wang parti pada bulan Mac 1947 menyebabkan ahli-ahli
PKM tergoncang keyakinan mereka. Untuk memulihkan semangat perjuangan
komunis, pemimpin baru, Chin Peng berpendapat perlunya dasar yang lebih aktif dan
dramatik untuk menggerakkan PKM ke hadapan supaya kerajaan British dapat
dijatuhkan dan kerajaan komunis ditubuhkan.

Selain itu, PKM juga dipengaruhi oleh pihak luar seperti Kongres Pemuda
Komunis Asia di Calcutta pada bulan Februari 1948 yang mengarahkan parti-parti
komunis untuk melancarkan pemberontakan bersenjata demi mencapai matlamat
masing-masing. Kemudiannya, PKM juga telah digesa oleh Parti Komunis China
untuk memulakan revolusi di Tanah Melayu. Seterusnya, kejayaan-kejayaan pihak
komunis di negara China, Greece dan Indo-China telah memberi inspirasi kepada

IMR 603 - Sejtll'tlh Lisan

PKM untuk melancarkan pemberontakan di Tanah Melayu yang pada pendapat


mereka akan berjaya.
Langkah..fangkah . untuk membanteras

pemberontakan

bersenjata Parti

Komunis Malaya (PKM)

Langkah pertama

Untuk mengatasi pemberontakan bersenjata PKM, kerajaan British di Tanah


Melayu telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya. Pertama, Darurat
telah diisytiharkan di seluruhTanah Melayu dan pertubuhan PKM telah diharamkan.
Di bawah Peraturan-peraturan Darurat 1949, kerajaanboleh menahansesiapa
yang disyaki terlibat dengan kegiatan komunis tanpa bicara. Selain itu, perintah
berkurung dan pemeriksaan tanpa waran serta pengawalan pergerakan lalulintas dan
makanan dijalankan untuk melemahkan PKM.
Kerajaan juga memperkenalkan Sistem Pendaftaran Kebangsaan di mana
semua penduduk Tanah Melayu yang berumur 12 tahun ke atas mesti mendaftarkan
diri dan membawa kad pengenalan untuk memudahkan pengesanan anasir-anasir
komunis. Ini menyebabkan ramai pemimpin komunis melarikan diri ke hutan akibat
takut diberkas oleh pihak kerajaan.
Langkah kedua

Rancangan Briggs telah dilaksanakan oleh Pengarah Gerakan yang barn iaitu
Leftenan-Jeneral Sir Harold Briggs di negeri Johor pada 1 Jun 1950 dan seterusnya di
seluruh Tanah Melayu.

IMR 603 - Sejartlh Li::an

Rancangan Briggs bertujuan menempatkan semula setinggan-setinggan Cina


dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan ke kampung-kampung baru untuk
melindungi mereka yang dipaksa membantu PKM dan lebih penting bagi
menghapuskan sistem bekalan komunis. Menjelang tahun 1952, seramai 400 000
orang setinggan Cina telah ditempatkan semula di lebih kurang 400 buah kampung
barn.

Penempatan semula ini telah berjaya melemahkan PKM yang terpaksa keluar
dari hutan dan bertempur dengan tentera kerajaan. Ini telah memudahkan usaha-usaha
kerajaan untuk menghapuskan pemberontakan komunis.

Langkah yang ketiga

Penubuhan Majlis Perang Persekutuan dan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja


Perang di peringkat daerah dan negeri melalui Arahan No. 1 bertarikh 16 April 1950.
Majlis Perang Persekutuan dianggotai pegawai-pegawai atasan, polis, tentera udara
dan darat bertujuan merancang dasar perang umum manakala Jawatankuasa Kerja
Perang peringkat negeri dan daerah berperanan mengkoordinasikan rancanganrancangan operasi dalam menentang pengganas-pengganas komunis.

Langkah keempat

Langkah kerajaan seterusnya ialah perluasan pasukan tentera di mana matamata khas Melayu seramai 24 000 orang telah dilatih dengan segera untuk mengawasi
ladang, lombong dan kawasan-kawasan terpencil. Pasukan Polis Persekutuan
diperbesarkan menjadi 67 000 orang menjelang tahun 1952. Antara tahun-tahun 195153, sejumlah 250 000 - 350 000 Pengawal Kampung (Home Guards) telah

IMR 603 - Sejtll'tlh lisan

diwujudkan untuk membantu memperkukuhk:an pertahanan menentang revolusi


bersenjata PKM.

Dalam pada itu, sebanyak 23 batalion askar telah dihantar dari Britain dan
negara-negara Komanwel untuk membantu dalam serangan yang lebih agresif
terhadap komunis di hutan. Dalam pada itu, pada tahun 1951, kerajaan Tanah Melayu
telah mengadakan langkah pengerahan masuk tentera ke atas rakyatnya yang sihat dan
kuat untuk bersama-sama berjuang menentang pengganas-pengganas komunis.

Menurut rancangan pengerahan, mereka yang dikerah diwajibkan melaporkan


diri di antara tujuh hingga sepuluh hari di kern latihan dan seterusnya akan dihantar ke
pusat latihan selama tiga bulan untuk latihan ketenteraan asas. Namun demikian,
rancangan pengerahan tidak berjaya kerana tidak mendapat sarnbutan baik rakyat
terutamanya kaum Cina. Tambahan dalam kekuatan tentera telah berjaya melemahkan

dan melumpuhkan .gerila-gerila komunis sama ada dalam bentuk serangbalas atau
mempertahankan keselamatan negara.

Langkab kelima dan yang terpenting

Perang saraf atau perang psikologi yang digunakan oleh Jeneral Sir Gerald
Templer yang menjadi Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu pada bulan
Januari 1952. Dalam menjalankan perang psikologi, Jeneral Templer berharap dapat
memenangi hati dan fikiran rakyat untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam
usahanya menghapuskan komunis-komunis.

Antara langkah-langkah perang psikologi yang telah dijalankan ialah pindaan


peraturan-peraturan kewarganegaraan yang membolehkan lebih ramai orang bukan
Melayu menjadi warganegara dan proses pilihanraya majlis-majlis tempatan bagi

IMR 603 - Sejarah Lisan

mewujudkan rasa tanggung-jawab rakyat terhadap negara mereka dan membawa


mereka ke arab berkerajaan sendiri. Dengan itu, rakyat digalakkan untuk memberi
maklumat-maklumat untuk membolehkan penangkapan gerila-gerila komunis selain
daripada mendapat hadiah wang t:mai yang diberikan kerajaan.

Hadiah wang tunai yang paling tinggi ditawarkan ialah $250 000 untuk
penangkapan Chin Peng. Gerila-gerila komunis juga digesa menyerah diri melalui
risalah-risalah yang digugurkan dari udara ke dalam hutan di mana mereka akan
diampunkan dan dibantu menyesuaikan diri semula dalam penghidupan baru mereka.

Kemudiannya, Jeneral Templer telah mewujudkan kawasan-kawasan putih


dan hitam di mana kawasan-kawasan putih yang bebas daripada kegiatan komunis

dilonggarkan peraturan-peraturan darurat manakala kawasan-kawasan hitam yang


masih aktif komunis diperketatkan lagi kawalannya. Dengan itu, berjayalah perang
psikologi Templer dalam menentang pemberontakan bersenjata komunis menjelang
tahun 1955.

Faktor-faktor kegagalan PKM merampas kuasa

Pada

31

Julai

1960,

kerajaan

Persekutuan

Tanah Melayu

telah

mengisytiharkan tamatnya Darurat yang membawa maksud kegagalan PKM dalam


pemberontakan bersenjatanya.

Kegagalan PKM dalam merampas kuasa disebabkan keberkesanan langkahlangkah offensif kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dalam menangani PKM seperti
perkembangan pasukan bersenjata, rancangan Briggs, Majlis Perang Persekutuan dan
perang psikologi Templer.

IMR 601- Sejarah lisan

Selain itu, PKM juga kekurangan sokongan meluas rakyat Tanah Melayu
terhadap cita-cita PKM terutamanya daripada kaum bukan Cina kerana ideologi
komunis yang anti-agama dan ketiadaan bantuan dari negara-negara komunis iain
seperti Russia dan negara China.

Seterusnya, taktik-taktik PKM dalam menggulingkan kerajaan seperti


serangan pukullari ke atas pelombong, peladang, balai polis, jalan keretapi dan orang
awam menyebabkan penderitaan dan kesusahan telah menimbulkan perasaan benci
terhadap PKM .

Dengan itu, menjelang tahun 1954 pemberontakan bersenjata PKM sudah


tertekan dart kelihatan kegagalan PKM yang mulai merosot dan lumpuh. Kegagalan
PKM ialah kemenangan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Kesan-kesan Pemberontakan Parti Komunus Malaya (PKM)


Terdapat

banyak

kesan

pembemberontakan

komunis

keatas

Tanah

Melayu.Kesan-kesannya dari segi politik,ekonomi,dan sosial.

Kesan pemberontakan PKM dari segi politik . ialah antaranya tertubuhnya


Malaya Chinese Association (MCA).MCA ditubuhksn atas cadangan Malcolm
MacDonald.Ditubuhkan pada 27 Februari 1949 dan presidennya ialah Tan Cheng
Lock. Ia sebagai pertubuhan yang memperjuangkan hak orang Cina.

Selain itu ialah tertubuhnya Parti Perikatan yang ditbuhkan pada tahun
1952.Dimana parti yang menggabungkan UMNO-MCA dan pada tahun 1954
bergabung pula dengan MIC.

IMR 603- Sejorah Usan

Kesan dari segi politik yang lain ialah mempercepatkan kemerdekaan . Pada
permulaan Pilihanraya Pulau Pinang diadakan pada 1 Disember 1951 dan Pilihanraya
Perbandaran Kuala Lumpur diadakan pada 16 Februari 1952. Selepas itu Pilihanraya
umum yang pertama diadakan pada 27 Ju!ai 1955. Selepas pilihanraya itu, Tanah
Melayu diberi berkerajaan sendiri dan seterusnya kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Selepas itu, pembesaran pasukan keselamatan dilakukan.la dilakukan untuk
menambah bilangan anggota keselamatan. Pemuda-pemuda Tanah Melayu digalakkan
untuk menyertainya dan diberi latihan singkat.
Undang~undang

Darurat

diperkenalkan

JUga

adalah

antara

kesan-

kesannya.Semasa pemberotakan komunis,tmdang-u..'ldang darurat diisytiharkan pada


23 Julai 1948 dan diperkenalkan pada Julai \949.
Kesan dari segi ekonomi pula ialah pembelanjaan yang banyak. Kerajaan
terpaksa membelanjakan satu jumlah wang yang banyak dalam usaha menghadapi
pemberontakan PKM.
Pembangunan negara diabaikan kerana kerajaan hanya menumpukan perhatian
mereka untuk mengatasi masalah pemberontakan. Pada masa yang sama juga,
kerajaan telah memperuntukan satu jumlah yang besar. Ini menyebabkan
pembangunan negeri diabaikan.

Selain daripada itu, ekonomi Tanah Melayu merosot. Sememangnya ekonomi


Tanah Melayu bergantung kepada bijih timah dan getah tetapi semasa pemberontakan
PKM telah memusnahkannya. Jadi, ekonomi negara lumpuh seketika

IMR 603- Sejara/c Lisan

Negara juga terpaksa meminjam wang yang besar dari number luar kerana
pemberotakan PKM. Hutang negara bertambah kepada $146 juta.

Kesan dari segi sosial pula ialah penubuhan kampung-kampung baru. Pada
1954,550 buah kampong baru yang menempatkan 550 ribu orang telah diwujudkan.
Pada tahun 1964,600 btL'lh kampong yang menempatkan 600 ribu orang penduduk
diwujudkan. Ia menempatkan orang Cina, India dan Melayu.

Syarat kewarganegaraan diwujudkan juga. Untuk menarik sokongan orang


Cina dan India kerajaan telah mengambil langkah melonggarkan syarat kerakyatan

pada Februari 1952.

Perpecahan kautn juga berlaku antara Melayu dan orang Cina. Orang melayu
menganggap.pemberontakan PKM merupakan percubaan orang cina merampas Tanah
Melayu. Orang melayu bermusuhan dengan orang Cina sementara.

Pemberontakan PKM menyebabkan rakyat Tanah Melayu menderita.


Keganasan PKM menyerang ladang dan lombong bijih timah memberi penderitaan
kepada rakyat dan juga negara.

Usaha mengeratkan hubungan antara kaum diwujudkan dan jawatankuasa


ditubuhkan.Ia dipelopori oleh Dato' Onn Bin Jaafar, Tan Cheng Lock dan
Thuraisingam. Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk mengeratkan hubungan antara
kaum di Tanah Melayu.

Sistem perhubungan termusnah.Jalan raya danJalan keretapi dimusnahkan


akibat keganasan yang dilakukan oleh PKM dalam tempoh pemberontakan mereka.
Akta Pendaftaran 1948 diperkenalkan di Tanah Melayu. Menurut akta ini,

10

IMR 603- Sejarah Lisan

penduduk yang berumur 12 tahun ke atas diwajibkan mendaftar untuk mendapatkan

kad pengenalan. Tujuannya untuk memudahkan usaha mengesan anggota PKM.


Kerajaan Tanah Melayu telah mengeluarkan amhan supaya pemimpin politik
tidak diberi peluang memegang jawatan dalam kesatuan sekerja. Ini bagi
mengelakkan pengaruh dan kawalan PKM di dalam kesatuan itu. Pada masa yang
sama, kerajaan juga dapat mengawal secara langsung kesatuan-kesatuan sekerja ini.
Guru-guru juga dihantar ke England untuk mendapat latihan. Latihan diambil
bagi mengelakkan guru-guru ini dipengaruhi oleh fahaman serta ideologi komunis.

11

IMR 603- Sejarah Lisan

4..0 TRANSKRIP
TAPE 1 SIDE A
Berikut adalah rakaman wawancara se1arah lisan mengenai peristiwa pertempuran
dengan komunis di Bukit Belacan pada tahun 1950 dengan yang berbahagiaEn Yusuf
Bin Hashim yang merupakan seorang pesara polis. Rakaman ini dijalankan di rumah
beliaudi alamat No 69, Jalan Samudera, Selatan 9, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan
pada 16 Januari 2005 jam 10 pagi. Wawancara ini dikendalikan oleh Muzalifah
Hanim Bt Mohd Zakaria dan dibantu oleh Norzehan Bt Talib. Dengan segala
hormatnya kita mulakan rakaman ini.
MHZ: Assalamualaikum Pakcik.

Pakcik: Waalaikummussalam.
MHZ: Siapakah nama pakcik?

Pakcik: Nama pakcik YusufBin Haji Hashim


MHZ: Apakah nama panggilan pakcik?

Pakcik: Panggilan tiada. Tiada panggilan tiada.


MHZ: Nama samaran?

Pakcik: Nama samaran tiada. Yusuf sahajalah begitulah. Yusuf Bin Haji
Hashim. Nama sebenarnya. Samaran tiada.
MHZ: Berapakah umur pakcik?

Pakcik: Umur pakcik dilahir, umur pakcik sekarang umur Iapan puluh
tahun. Lahir --MHZ: Bilakah tarikh pakcik dilahirkan?

Pakcik: Lahir sembilan betas dua puluh ernpat (1924).

12

JMR 603 - Sejarah Lisan

MHZ: Di manakah pakcik dilahirkan?


Pakcik: Dilahirkan Kampung Seberang Batu Hampar, Rembau, Negeri
Sembilan.

MHZ: Bolebkah pakcik ceritakan sejarah pendidikan pakcik?


Pakcik:

masa sekolah? Pakcik lahir tahun dua puluh empat, sembilan


tiga puluh satu ( 1931 ).

MHZ: Siapakan nama ibu dan bapa pakcik?


Pakcik: Nama pakcik ibu Bainun bin [binti] Haji Dollah. Bainun Binti Haji
Dollah.

MHZ: Bapa pakcik?


Pakcik: Bapa _ _ bapa saya Haji Hashim Bin Salleh.

MHZ: Pakcik mempunyai berapa orang adik beradik?


Pakcik: Adik beradik semuanya tujuh orang. Yang mati tiga orang. Yang
tinggallagi tinggal empat orang.

MHZ: Pakcik merupakan anak yang ke berapa?


Pakcik: Anak yang ketiga.

MHZ: Siapakab nama isteri pakcik?


Pakcik: Nama isteri pakcik Siti Soyah Binti Saad.

MHZ: Sudab berapa lamakab pakcik mendirikan rumahtangga?


Pakcik: Daripada tahun _ _ tahun enam puluh tujuh (1967) sampa1
sekarang. Sudah tiga puluh enam tahun.

MHZ: Anak pakcik ada berapa orang?

13

lMR 603 - Sejlll'tlh Lisan

Pakcik: Ada yang ada sini ernpat orang.

MHZ: Apakah pekerjaan pakcik sebelum terlibat sebagai anggota polis?


Pakcik: Dulu seribu sernbilan ratus ernpat puluh Iapan sarnpai seribu
sernbilan ratus enarn puluh {1948-B60), saya rnasuk sebagai
Konstabel sarnpai habis _ _ saya berhenti. Lepas itu saya rnasuk
penjaga sekolah sarnpai saya pencen. Sampai saya pencen, saya
pencen tahun Iapan puluh tiga (1983) saya pencen. Sekarang saya
tetap disinilah.

MBZ:.Berapakah umur pakcik ketika menjadi anggota polis?


Pakcik: Urnur pakcik rnasa itu tahun ernpat puluh Iapan (1948) urnur dua
puluh ernpat tahun. Urnur pakcik dua puluh ernpat tahun.

MHZ: Siapakah yang mendorong pakcik menganggotai pasukan polis?


Pakcik: Macarn mana?

MHZ: Siapakah yang mendorong pakcil'-?


Pakcik: Itu suka hati _ _

suka hati. Tiada siapa-siapa _ _. Suka hati.

MHZ: Pada masa itu, apakah kelayakan yang diperlukan untuk menjadi
anggota polis?
Pakcik: Masa itu apa ini, masa sckolah darjah lima saya jadi dipilih masuk
anggota polis.

MHZ: Apakah yang dimaksudkan dengan darurat?


Pakcik: Maksud darurat masa itu komunis banyak. Masa itu komunis
_ _tahun empat puluh Iapan (1948) komunis banyak sampai
tahun enam puluh (1960). Orang awam, orang penoreh getah dia
bunuh.

MHZ: Siapakah yang memerintah Tanah ~lelayu ketika darurat berlaku?

14

IMR 603- Sejarah Usan

Pakcik: Masa darurat itu British lah, orang putih.

MHZ: Pada tahun berapakah darurat di Tanah Melayu diisytiharkan?


Pakcik: Dia tahun lima puluh tujuh (1957), merdeka. _ _ tahun lima
puluh tujuh (1957).

MHZ: Siapakah yang telah mengisytiharkan darurat?


Pakcik: Yang mengisytihar itu, kerajaan British. Kerajaan British masa itu.

MHZ: Apakah langkah-langkah yang diambil oleh polis semasa darurat


diisytiharkan?
Pakcik: Langkah-langkah _ _ ketua polis masa itu kita hendak berjaga
sikitlah pasal buat masa ini sekali darurat komunis banyak. Dia
kacau-kacau orang kampung, dia minta beras, minta apa, minta
bantuan. Kalau tidak beri bantuan dia bunuh. Dia apanya, dia
bunuh, dia tembak dia. Itulah.

MHZ: Pada tahun berapakah komunis menyerang Tanah Melayu?


Pakcik: Tahun, tahun empat puluh lapanlah (1948). Tahun ernpat puluh
lapan sampai tahun enam puluh (1948-.1960) habis darurat

MHZ: Kenapa agaknya komunis menyerang Tanah Melayu?


Pakcik: Itulah dia menyerang Tanah Melayu ini _ _ dia hendak
rnemerintah Malaya ini. Tapi orang putih tak bagi [memberi].

MHZ: Di mana tempat komunis mula bertapak di Tanah Melayu?


Pakcik: Satu Malaysia komunis bertapak. Satu Malaysia ini semua ada
komunis.

MHZ: Mula-mula?
Pakcik: Mula-mula di Selangorlah. Di negeri Selangor.

15

IMR 603 - Sejarah USIUI

MHZ: Boleh pakcik ceritakan bagaimana keadaan di Tanah Melayu ketika itu?
Pakcik: Masa itu, - -_ darurat, masa itu ialah banyak kacau-kacau. Sana
kacau sini kacau, itulah.
MHZ: Siapakah yang menjadi ketua kerajaan di Tanah Melayu ketika itu?
Pakcik: Ketua kerajaan? Masa itu sudah merdekakan? Tahun lima puluh
tujuh (1957) sudah merdeka sudah. Itu ini masa itu ketua kerajaan
itu ketua melayulah. Masa jadi PM (Perdana Menteti) Tunku
Abdul Rahman, yang pertama sekali.
M!IZ: Pada pendapat pakcik, bagaimanakah cara komunis memasuki Tanah
Melayu ketika itu?
Pakcik: Masa itu, dia mula-mula komunis masuk dalam hutan tinggal
dalam

hutan. Kemudian, Tunku Abdul Rahman hendak, Tunku

Abdul Rahman hendak buat meeting [mesyuarat] di Baling _ _


Masa itu dia, Tunku Abdul Rahman kata, dia ajak komunis semua
keluar ke pekanlah. Tapi Chin Peng masa komunis jadi ketua
komunis, tahu tidak Chin Peng? Chin Peng masa _ _ Tunku
Abdul Rahman ini. Tapi Chin Peng tidak mahu keluar, duduk
dalam hutan. Dia kata hendak masuk dalam hutan juga.
~Z:

Apakah perbezaan Konstabel Khas dengan Home Guard [polis yang


menjaga kawasan kampung]?
Pakcik: Home Guard ini dia jaga [pengawal] kampung. Konstabel 1m
_ _ dia masuk hutan, keluar hutan.

MHZ: Konstabel K.has?


Pakcik: Konstabel ini konstabel khaslah. Special Constable [Konstabel
Khas] macam pakciklah. Masuk hutan keluar hutan mencari
komunis

16

TMR 603 - Se}arah Lisan

MHZ: Berapa lamakah komunis menjajah Tanah MeJayu?


Pakcik: Itu daripada tahun empat puluh Iapan sampai tahun enam puluh
(1948-1960). Dua belas tahun.

MHZ: Apakab tujuan komunis untuk menjajah Tanah Melayu?


Pakcik: Tujuan dia itu _ _ dia kata hendak ambil Malaya ini, dia hendak
memerintah sendiri. Tapi kita orang kenapa ini Tunku Abdul
Rahman tidak bagi.

MHZ: Di manakah kawasan yang menjadi tumpuan komunis untuk


bersembunyi?

Pakcik: Di Balinglah. Baling, Kedah.

MHZ: Adakah bilangan anggota polis mencukupi untuk menjaga keselamatan


pada masa ito?
Pakcik: Dia Special Constabel (SC), polis cukup masa itu. Daripada apa
ini, askar Golkar [pasukan tentera dari luar Negara]. Golkar tabu?
Pasukan Golkar ramai masa itu. Golkar ada Special Police [Polis
Khas] ada SC ada. Tiga bahagi ada. Golkar, polis dan Special
Constabel. Jaga Malaya. Golkar ini beranj punya orang.

MHZ: K.. munis ini terdiri dari kaum apa?


Pakcik: Kebanyakan kaum Cina. Melayu ada juga tapi tak ramai. India ada
juga tapi tak ramai tapi kebanyakan orang Cina.

MHZ: Adakab kesan darurat ke atas Tanah Melayu?


Pakcik: Kesan darurat itulah, komunis mengacau-ngacau, kacau penoreh
getah dia kacau-kacau, hila minta bantuan, minta duit, minta beras
tak bagi ditembaknya, dipukulnya. Itulah.

MHZ: Bilakah darurat berakhir?

17

!MR 60J- Sejat'llll Lisan

Pakcik: Darurat berakhir sampai tahun enam puluhlah (1960). Tahun empat
puluh lapan sampai enam puluh (1948-1960).

MHZ: Siapakah yang mengisytiharkan darurat berakhir?


Pakcik: Itu Tunku Abdul Rahman. Masa itu Tunku Abdul Rahman PM
[Perdana Menteri] masa itu.

MHZ: Siapakah ketua komunis masa ito?


Pakcik: Chin Peng.

MHZ: Adakah bekalan makanan mudah diperolehi oleh penduduk Tanah


Melayu ketika darurat berlaku?
Pakcik: Makanan? Makanan ok [mencukupi] cukup masa itu. Makanan
semua cukup. Makan cukup.

MHZ: Bagaimanakah layanan komunis terhadap masyarakat Tanab Melayu


ketika itu?
Pakcik: Layanannya tidak baiklah. Layanan memang tidak baik sebab
apabila minta barang, minta makan, minta duit tidak beri dia
marahlah. Layanan memang tak baik.

MHZ: Apakah bentuk kekejaman yang dilakukan oleh pihak komunis ke atas
penduduk Tanah Melayu ketika itu?
Pakcik: __ itulah dia kalau -

_ dia bunuh-bunuh kita, kalau

perempuan dia rogolnya kita. Yang boleh gertak itu dirogolnya,


dibunuhnya. Kemudian itu dia report polislah. Kita pergi
tengoklah. Tengok dah mati.

MHZ: Berbalik kepada soalan sebelum ini, apakah yang dimaksudkan dengan
Golkar?
Pakcik: Maksud apa?

18

TMR 603 - Sejarah Usan

MHZ: Golkar?
Pakcik: Golkar itu askar Golkar. Datang

Golkar itu. Apa ini,

kerajaan Malaysia minta orang Golkar sana tolong bantu polis sini.
Masa polis kurang masa itu.

MHZ: Golkar tu dari mana?


Pakcik: Dari Golkar lah.

NT: Berapakah umur pak.cik ketika menyerang komunis di Bukit Belacan?


Pakcik: Masa itu umur saya dua puluh empat tahun.

NT: Bilakah peristiwa pertempuran di Bukit Belacan?


Pakcik: Masa pertempuran itu, masa saya masuk hutan Bukit Belacan,
masa itu bertempur dengan komunis masa itu. Masa masuk dalam
hutan itu, jumpa komunis _ _ bertempurlah, tembak menembak.
Polis __ ada mati juga, komunis mati ada juga mati.

NT: Kenapakah Bukit Belacan menjadi tempat persembunyian komunis?


Pakcik: Itu tempat itu hutan banyak tebal. Hutan _ _ hutan ___ hutan
tebal sana. Hutan tebal. Di Bukit Belacan sampai Semenyih hutan
itu. _ _ hutan itu. Di situ tempat dia bersembunyi. Di situ tempat
dia komunis bersembunyi. Habis kita masuk: _ _

hutan sana cari

komunis. Cari sama dia.

NT: Adakah Bukit Belacan merupakan sarang komunis?

Pakcik: Memang sarang komunis tempat itu. Sebab apa sarang komunis
tempat itu hutan tebal. Hutan _ _ sana tahu. Hutan tebal.

NT: Bukit belacan ini terletak di Daerah mana?


Pakcik: Ampang.

19

IMR 603- Sejarah Listm

NT: Pada anggaran pakcik, berapakah bilangan anggota komunis yang


menyerang Bukit Belacan pada ketika itu?

Pakcik: Masa itu komunis lebih kurang tiga puluh orang. Masa komunis
lebih kurang tiga puluh orang. Masuk polis lima puluh orang.
NT: Bagaimana pihak polis tabu komunis sodah ada di Bukit Belacan?

Pakcik: Masa komunis tembak pasukan polis dahulu.


NT: Maksudnya komonis ito dia menyerang pihak polis baru pihak polis tabu
kehadiran komunis?

Pakcik: Ha [menganggukkan kepalanya], ya. Bila kita dia komunis tembak


sama kita serang kita kan itu jam kita tahulah.
NT:

Diman~~;kab

tempatnya komunis mula menyerang anggota polis pada ketika

itu?

Pakcik: Masa dia menyerang ini masa kita ikut dalam hutan, kiri kanan
bukit tabu. Dia atas bukit itu ada komunis. K.ita lalu bawah ini,
masa itu dia serang.
NT: Berapakab anggaran anggota komonis yang menyerang pihak polis pada
ketika ito?

Pakcik: Masa itu lebih kurang tiga puluh oranglah. Dia hila tembak - . _
dia lari. Dia tak tunggu.
NT: Adakah dia menembak dari jarak yang jaob ataopun -

Pakcik: Dari jauh pun ada dari dekat pun ada.


NT: Ketika operasi tersebot, berapa ramaikab anggota polis yang terlibat?

20

!MR 603- Sejwah Listur

Pakcik: Yang terlibat itu tak tentu ada _ _ dua ()rang tiga orang tapi
komunis banyak mati. Lima enam orang pun ada, masa bertempur
itu.

NT: Semasa komunis menyerang pihak polis pada ketika itu, adakah pihak polis
yang terbunuh?
Pakcik: Ada, ada dua orang. Ada dua orang pihak polis yang terbunuh.

NT: Adakah polis melakukan tindak balas terhadap serangan yang dilakukan?
Pakcik: - - tembak balaslah. Tembak-tembak Tembak menembak dia
ada mati semua orang mati masa itu.

NT: Apa yang pakcik lakukan pada ketika itu semasa komunis mati? Apa yang
pakcik lakukan terhadap komunis yang dah mati?
Pakcik: Bila dah mati itu kita bawa keluarlah. Kita angkat bawa keluar.
_ _ tembak menembak itu yang dah mati kita bawa keluar. Kita
bawa keluar Balai Polis Ampang. Dengan mayat dua orang anggota
polis itu di bawa keluar sekalilah.

NT: Siapakah yang memimpin platun pakcik ketika pihak polis ingin
mt-nyerang komunis di Bukit Belacan?
Pakcik: Masa itu pemimpinnya polis Preston bangsa orang putih Preston
[bangsa] masa itu.

NT: Siapa nama pemimpin -?


Pakcik: Namanya itu orang putih tak tahu nama lagilah.

NT: Dab tak ingatlah?


Pakcik: Tak ingat dah. Tak ingatlah. Masa itu platun [pasukan] saya kan
dia bawa___ komunis masuk hutan itu Preston orang putih,
orang putih bangsa Preston.

21

Anda mungkin juga menyukai