Anda di halaman 1dari 7

SEJARAH TINGKATAN 4 BERSAMA CIKGU FARRELL

BAB 6 ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT

6.1 KEMASUKAN PENGARUH KOMUNIS DI NEGARA KITA

• Komunisme ialah ideologi berasaskan daripada Karl Marx dan Freidrich Engels.
• Menulis karya Communist Manifesto dan Das Kapital.
• Fahaman politik yang menjadikan ekonomi dan barang pengguna sebagai milik negara.

KEMASUKAN PENGARUH KOMUNIS DARI CHINA


• Ideologi komunis dibawa pada awal tahun 1920-an.
• Melalui Parti Kuomintang (KMT).
• 1924 – cawangan KMT ditubuhkan di hampir setiap negeri di Melayu bagi menyebarkan
pengaruh komunis.
• Antaranya Muar, Melaka, Seremban, Klang, Kuala Lumpur dan Sungai Petani.
• Penubuhan Main School yang bergerak dalam kalangan Hailam di bawah Parti Komunis
China (PKC).
• 1927 – perpecahan antara Parti KMT dan PKC.
• Tertubuhnya The Communist International (Comintern) mengarahkan penubuhan Parti
Komunis Nanyang (PKN).
• PKN tidak mecapai matlamatnya.
• Mendorong Comintern menubuhkan parti baharu Parti Komunis Malaya (PKM).

KEMASUKAN PANGARUH KOMUNIS DARI INDONESIA


• 1920 – beberapa pemimpin komunis dari Indonesia seperti Tan Malaka, Alimin, Moeso,
Boediseojitro, Hasanoesi, Winanta, Soebakat, dan Sutan Perpateh.
• Kegagalan PKI menguasai Pulau Jawa menyebabkan PKI berusaha membuka cawangan
di Tanah Melayu.
• Tidak mendapat sokongan orang Melayu kerana komunis menggunakan kekerasan.

KELAS SEJARAH CIKGU FARRELL: TINGKATAN 4


NOTA LENGKAP BAB 6: ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT
PENUBUHAN PARTI KOMUNIS MALAYA
• 30 April 1930 – PKM ditubuhkan di Kuala Pilah.
• Bergerak secara kesatuan sekerja, pertubuhan, pentadbiran akhbar dan sekolah Cina.
• PKM mula menyusup ke Kesatuan Sekerja untuk kukuhkan pengaruh komunis.
o PKM bertindak:
1. Jalinkan hubungan Kerjasama dengan British untuk memerangi Jepun.
2. Bentuk MPAJA atau Bintang Tiga pada tahun 1942.
3. Terima bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan logistik dan perubatan drpd British.
o Selepas Jepun menyerah kalah. PKM meluaskan pengaruhnya:
▪ Bintang Tiga PKM melalui MPAJA keluar dari hutan dan melakukan kekacauan.
▪ Kejam dan membunuh orang Melayu, Cina dan India yang didakwa bersubahat dengan
Jepun.
▪ BMA ambil alih pentadbiran TM, PK dibenarkan bergerak sebagai pertubuhan sah di TM.
▪ PKM ada peluang untuk mempengaruhi pertubuhan tertentu dengan ideologi komunis.
▪ PKM menyusup dalam kesatuan sekerja iaitu Pan-Malayan Federation of Trade Unions
(PMFTU).
▪ 1947 – komunis berjaya kuasai 335 kesatuan sekerja.
▪ Pergerakan komunis mengancam ekonomi dan keselamatan negara. British meluluskan
Trade Union Ordinance No. 9 of 1948 bagi menyekat pengaruh komunis.

6.2 ANCAMAN KOMUNIS DI NEGARA KITA

PERSIDANGAN KOMUNIS ANTARABANGSA


• Gerakan Komunis Antarabangsa telah anjurkan 2 persidangan
1. Persidangan Kongres Belia Asia
2. Persidangan Parti Komunis India
• PKM hantar wakil.
• Pengikut komunis di kawasan yang dijajah digesa supaya memperhebat perjuangan
menentang imperialis di setiap negara Asia.
• Jawatankuasa Eksekutif Pusat PKM mengambil keputusan melancarkan perjuangan
bersenjata bagi menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu.
• Menyebabkan British isytihar darurat.

KELAS SEJARAH CIKGU FARRELL: TINGKATAN 4


NOTA LENGKAP BAB 6: ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT
• PKM meneruskan tindakan melumpuhkan ekonomi dan infrastruktur serta mengancam
keselamatan rakyat.

PENGISYTIHARAN DARURAT
• 16 Jun 1948
• Komunis bunuh 3 orang pengurus ladang
• Membanteras komunis di PTM di seluruh TM
• Undang-undang Darurat dilaksanakan
• Sir Edward Gent: isytihar darurat

TINDAKAN KOMUNIS
• Walaupun undang-undang darurat dilaksanakan, komunis tetap gugat keamanan dan
kestabilan negara.
• Komunis cetuskan huru-hara agar penduduk hilang keyakinan dengan British.
• Komunis rosakkan infrastruktur, ancam keselamatan penduduk dan ancam pasukan
keselamatan.
• Lombong bijih timah dan ladang getah jadi sasaran utama komunis.
• Komunis serang 80 lombong dan rosakkan pokok getah, kilang estet, rumah asap dan
lain-lain.
• Komunis sabotaj kemudahan asas seperti pengangkutan dan perhubungan.
• Komunis mengebom, merosakkan dan mengalih landasan kereta api.
• Kenderaan yang lalu di jalan raya akan ditembak.

6.3 USAHA MENANGANI ANCAMAN KOMUNIS

• Beberapa usaha telah diambil oleh penguatkuasaan Undang-undang Darurat.


• Pemerkasaan pasukan keselamatan.
• Pengenalan pendaftaran kebangsaan.
• Rancangan Briggs
• Tawaran pegampunan
• Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat
• Perintah berkurung
• Perang Saraf
• Rundingan Baling

KELAS SEJARAH CIKGU FARRELL: TINGKATAN 4


NOTA LENGKAP BAB 6: ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT
1. Penguatkuasaan Undang-Undang Darurat
• Menahan sesiapa yang disyaki terlibat dalam pergerakan komunis.
• Kenakan hukuman berat.
• Mengetatkan undang-undang senjata api dan kenakan hukuman mati.
• Geledah rumah kediaman, pagarkan kampung, adakan perintah berkurung.
• Haramkan PKM dan parti fahaman radikal. Contoh: AWAS, PETA, PERAM.
• Tangkap pemimpin gerakan radikal.

2. Pemerkasaan Pasukan Keselamatan


• Perkasakan pasukan keselamatan tempatan untuk banteras kegiatan komunis.
• Pasukan Keselamatan:
o POLIS
o TENTERA
o SUKARELAWAN

3. Pendaftaran Kebangsaan dan Kad Pengenalan


• Sistem pendaftaran kebangsaan diperkenalkan.
• Pengunaan kad pengenalan.
• Bagi mengawal pergerakkan penduduk.
• Mudah untuk bezakan antara penduduk awam dan komunis.
• Lelaki, wanita dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas dikehendaki untuk mendaftar
dengan pihak berkuasa.

4. Rancangan Briggs
• Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney.
• Untuk putuskan hubungan antara PKM dan Min Yuen yang membekalkan makanan,
senjata maklumat dan ubat kepada PKM.
• Untuk lemahkan pergerakan komunis.
• Penduduk diarahkan untuk pindah dari kampung halaman ke petempatan baru.
• Digelarkan sebagai “Kampung Baru”.

KELAS SEJARAH CIKGU FARRELL: TINGKATAN 4


NOTA LENGKAP BAB 6: ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT
5. Tawaran Pengampunan
• Sir Henry Gurney mengisytiharkan pegampunan kepada komunis untuk serah diri.
• Radio Malaya siarkan syarat tawaran pengampunan.
• Poster ditampal di merata tempat.

6. Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat


• Lancarkan kempen “Bulan Rakyat Melawan Penjahat”.
• Penduduk berbilang kaum diseru supaya daftarkan diri secara sukarela dengan pihak
berkuasa.
• Berjaya libatkan berbilang kaum untuk bekerjasama menentang komunis.
• Galakkan interaksi dan eratkan hubungan antara kaum.

7. Perintah Berkurung
• Tindakan yang melarang penduduk untuk keluar dari rumah dalam tempoh tertentu.
• Membolehkan pasukan keselamatan menjalankan operasi memburu komunis.
• Perintah berkurung turut dijalankan terhadap penduduk yang tidak mahu beri kerjasama
dengan pihak berkuasa.

8. Perang Saraf
• Rancangan yang dilaksanakan oleh British.
• Untuk hapuskan komunis melalui usaha memenangi hati dan fikiran rakyat.
• Templer dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.
• Templer jalinkan hubungan baik dengan penduduk tempatan.
• Perang saraf berjaya memujuk rakyat untuk bersatu dan banteras ancaman komunis.
Tindakan Templer:
o Mengadakan Lawatan
o Melonggarkan Syarat Kewarganegaraan
o Tawarkan Hadiah wang tunai
o Mengadakan Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
o Memenangi Kepercayaan Orang Asli
o Memperkenalkan Kawasan Hitam dan Putih
o Memajukan Perkhidmatan Penerangan

KELAS SEJARAH CIKGU FARRELL: TINGKATAN 4


NOTA LENGKAP BAB 6: ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT
9. Rundingan Baling
• Kerajaan PTM diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan David Marshall.
• PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien, dan Rashid Maidin.
• Syarat Tunku Abdul Rahman:
o Meminta Chin Peng bubarkan PKM.
o PKM letak senjata.
o Komunis perlu serah diri.
• Syarat Chin Peng:
o Meletakkan senjata dan penyerahan diri sekiranya kerajaan bersetuju mengakui PKM
sebagai parti politik yang sah.
• Tunku enggan terima syarat tersebut.

6.4 KESAN ZAMA DARURAT TERHADAP NEGARA KITA

• Memberi kesan kepada aspek politik dan aspek sosioekonomi.


I. ASPEK POLITIK
Peningkatan Jumlah Warganegara
• Kerajaan longgarkan syarat kewarganegaraan.
• Menunjukkan pengorbanan orang Melayu terhadap kaum lain bagi wujudkan perpaduan.

Penubuhan Malayan Chinese Association


• Tan Cheng Lock membentuk MCA di Kuala Lumpur, parti politik berorientasikan
tempatan.
• Membuktikan bukan semua orang Cina menyokong komunis.
• MCA bersedia memerangi komunis.
• MCA membantu kerajaan dari segi kewangan dan penempatan.
• Jalankan kutipan derma untuk didermakan.

Mempercepatkan Kemerdekaan
• British sedar bahawa tidak boleh tamatkan darurat dengan strategi ketenteraan
semata-mata.
• British bersedia untuk membantu mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu.

KELAS SEJARAH CIKGU FARRELL: TINGKATAN 4


NOTA LENGKAP BAB 6: ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT
II. ASPEK SOSIOEKONOMI
Meningkatkan Kos Perbelanjaan
• Menjejaskan perkembangan ekonomi.
• Tingkatkan kos perbelanjaan British untuk tangani ancaman British.

Penderitaan dan Kesengsaraan kepada Rakyat


• Rakyat hadapi kesengsaraan semasa darurat.
• Kawasan ladang menjadi sasaran komunis.
• Peniaga, pekedai, pengusaha kebun dan lain-lain mengalami kesukaran kerana mereka
menjadi sasaran peras ugut komunis,
• Penduduk alami kesukaran untuk bergerak dan peroleh bekalan makanan.
• Penduduk tidak dapat jalankan kehidupan harian.

Merenggangkan Hubungan Kaum


• Penempatan semula Kampung baru didominasi oleh kaum tertentu.
• Kaum Cina di petempatan sama, kaum lain di petempatan lain.
• Kawalan ketat pasukan keselamatan menyebabkan hubungan dengan kaum lain
terbatas.

Jumlah Korban Zaman Darurat


• Darurat menyebabkan banyak anggota keselamatan, komunis dan orang awam
terkorban.
• Darurat menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan kepada penduduk Persekutuan
Tanah Melayu.

KELAS SEJARAH CIKGU FARRELL: TINGKATAN 4


NOTA LENGKAP BAB 6: ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT

Anda mungkin juga menyukai