Anda di halaman 1dari 26

ANCAMAN KOMUNIS DAN

PERISYTIHARAN DARURAT
• Kemasukan Pengaruh Komunis di Negara Kita
• Kemasukan Pengaruh Komunis dari China
• Ideologi komunis mula dibawa masuk oleh Parti
Kuomintang (KMT) dari China
• Cawangan KMT ditubuhkan di negeri Melayu untuk
menyebarkan pengaruh komunis
• The Communist International (Comintern) dari Moscow
juga mengarahkan penubuhan Parti Komunis Nanyang
(PKN) di sini
• Comintern mengarahkan penubuhan parti baharu iaitu
Parti Komunis Malaya (PKM) kerana PKN tidak berjaya
Kemasukan Pengaruh Komunis
dari Indonesia
• Parti Komunis Indonesia (PKI)
membuka cawangan di Tanah
Melayu setelah gagal menguasai
Pulau Jawa
• Tidak mendapat sambutan orang
Melayu kerana mereka
menggunakan kekerasan
Penubuhan Parti Komunis
Malaya
• PKM semasa zaman pendudukan Jepun:
• Bekerjasama dengan British untuk memerangi Jepun
• Membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) dan Bintang
Tiga
• Menerima bantuan senjata dan perubatan daripada British
• PKM mengambil peluang selepas Jepun menyerah kalah disebabkan
kelewatan British kembali ke Tanah Melayu
• Mereka melakukan kekejaman terhadap orang Melayu, Cina dan India yang
didakwa pernah bersuhabat dengan Jepun
• Apabila British Military Administration (BMA) mengambil alih pentadbiran,
MPAJA dibuburkan tetapi PKM masih dibenarkan bergerak
• Pergerakan komunis mengancam ekonomi dan keselamatan negara
• Justeru British meluluskan Trade Union Ordinance No. 9 of 1948 untuk
menyekat komunis dan akhirnya mengharamkan PKM
Ancaman Komunis di Negara
Kita
• Perisytiharan Darurat
• PKM melancarkan perjuangan bersenjata
untuk menubuhkan Republik Komunis di
Tanah Melayu
• Komunis membunuh tiga orang pengurus
ladang Eropah di Perak
• Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat
di Tanah Melayu
• Tindakan Komunis
• Melumpuhkan Ekonomi

• Komunis menyerang lombong bijih timah dan ladang getah untuk


melemahkan ekonomi British
• Merosakkan Infrastruktur

• Komunis merosakkan kemudahan asas seperti:


• Landasan kereta api
• Kemudahan telefon dan telegraf
• Mereka juga menyerang pekerja awam yang membaiki jalan raya
dan sistem perairan
• Mengancam Keselamatan Rakyat

• Komunis menganiaya dan membunuh penduduk yang


tidak mahu bekerjasama
• Komunis mencampakkan bom tangan di Kampar, Perak
• Menyebabkan 46 kecederaan parah dan 4 kematian
• Mengancam Pasukan Keselamatan

• Komunis menyerang balai polis


• Untuk mencetuskan huru-hara dan menunjukkan kerajaan
tidak berupaya melindungi rakyat
• Usaha Menangani Ancaman Komunis
• Penguatkuasaan Undang-Undang Darurat
• Menahan sesiapa yang disyaki terlibat dalam komunis
tanpa perbicaraan
• Hukuman berat terhadap yang membantu komunis
• Hukuman mati terhadap yang membawa senjata api
• Memeriksa rumah kediaman dan memagar kampung
• Mengharamkan PKM dan parti politik radikal
• Menangkap pemimpin gerakan radikal
• Pemerkasaan Pasukan Keselamatan
• Polis

• Cawangan Khas
• Ditubuhi oleh Guy C. Madoc sebagai badan perisikan
• Anggota menyamar sebagai komunis untuk mendapatkan
maklumat

• Special Constables (SC)


• Barisan hadapan menghadapi komunis
• Mengawal ladang dan kawasan lombong
• polis Hutan
• Memburu komunis dan meronda di hutan

• Polis Wanita
• Barbara D.R. Wentworth (polis wanita pertama) dilantik untuk melatih dan menyusun
pasukan polis wanita

• Senoi Praaq (Urang Perang)


• Dikenali sebagai Urang Perang dalam bahasa Semai
• Dianggotai oleh Orang Asli suku Senoi, Semai dan Temuan
• Tugasnya mengesan tempat persembunyian komunis di dalam hutan

• Auxiliary Police (AP)


• Tugasnya menbantu polis menentang komunis
• Mereka mempertahankan bandar dan kampung
• Tentera
• Pasukan Askar Melayu
• Melawan gerila komunis di dalam hutan
• Berjaya memusnahkan kubu komunis

• Pasukan Askar Komanwel


• Kerajaan membawa masuk askar dari negara-negara
Komanwel
• Seperti dari Britain, Australis, New Zealand dan India
• Sarawak Rangers
• Terdiri daripada orang Iban
• Mahir dalam selok-belok hutan
• Cogan kata “Agi Idup Agi Ngelaban”
(bermaksud “Selagi hidup selagi
melawan”)
• Sukarelawan
• Home Guard
• Tugasnya melindungi kampung dan
pekerja lombong bijih timah
• Mereka juga membantu menyekat
pergerakan makanan dan ubatan komunis
Pendaftaran Kebangsaan dan
Kad Pengenalan
• Sistem pendaftaran kebangsaan dan
penggunaan kad pengenalan diperkenalkan
• Semua yang berumur 12 tahun ke atas
dikehendaki mendaftarkan diri
• Kad pengenalan diwajibkan dibawa bersama di
mana-mana
• Memudahkan proses membezakan orang awam
dengan komunis
Rancangan Briggs
• Diketuai oleh Leftenan Jeneral Sir Harold
Rowdon Briggs
• Untuk memutuskan hungan PKM dengan
Min Yuen
• Min Yuen ialah satu pertubuhan yang
membekalkan makanan dan senjata
kepada PKM
Tawaran Pengampunan
• Sir Henry Gurney mengisytiharkan
pengampunan kepada komunis supaya
menyerah diri
• Cara pengisytiharan disiarkan:
• Melalui penyiaran Radio Malaya
• Risalah dalam bahasa Cina, Melayu dan
Tamil
• Iklan dan wayang gambar
• Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat
• Dimulakan oleh Majlis Perundangan
Persekutuan
• Penduduk berbilang kaum diseru
menyertai secara sukarela
• Kempen ini mengeratkan hubungan antara
kaum
• Perintah Berkurung
• Penduduk dilarang keluar dari rumah
dalam tempoh tertentu
• Memudahkan operasi memburu komunis
• Perang Saraf
• Templer melaksanakan perang saraf untuk memenangi
hati rakyat dalam usaha menghapuskan komunis. Cara-
caranya termasuklah:

• Mengadakan lawatan
• Templer melawat ke kampung, pondok polis dan lombong
untuk mendengari masalah rakyat
• Melonggarkan syarat kewarganegaraan
• Menarik bukan Melayu untuk menjadi rakyat Tanah Melayu
• Untuk mewujudkan bangsa yang bersatu
• Mengadakan pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala
Lumpur
• Menggalakan penglibatan bukan Melayu dalam politik
untuk mendapat sokongan mereka
• Menawarkan hadiah wang tunai
• Kepada penduduk yang menangkap atau memberikan
maklumat gerila komunis
• Memenangi kepercayaan Orang Asli
• Mendirikan 14 kubu untuk Orang Asli
• Kubu tersebut mempunyai kemudahan perubatan,
pendidikan dan perlindungan
• Memajukan perkhidmatan penerangan
• Jabatan Penerangan dan Perkhidmatan Radio
Malaya menyerbarkan risalah antikomunis
• Memperkenalkan kawasan hitam dan kawasan
putih
• Kawasan hitam: Kawasan kegiatan komunis
masih aktif
• Kawasan putih: Kawasan bebas ancaman
komunis
Rundingan Baling
• Tunku Abdul Rahman bertemu dengan Chin
Peng (pemimpin PKM) di Baling, Kedah
• Tunku meminta PKM meletakkan senjata dan
menyerah diri
• Chin Peng menetapkan syarat PKM diakui
sebagai sebuah parti politik yang sah
• Tunku enggan dan rundingan tersebut gagal
Kesan Zaman Darurat terhadap
Negara Kita
• Aspek Politik
• Meningkatan jumlah warganegara
• Disebabkan syarat kewarganegaraan dilonggarkan
• Malayan Chinese Association (MCA) ditubuhkan
• Penubuhan MCA menyakinkan British bukan semua
orang Cina menyokong komunis
• Mempercepat kemerdekaan
• Kemerdekaan sebagai jalan keluar selepas darurat
• Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum
menyakinkan British
Aspek Sosioekonomi
• Meningkatkan kos perbelanjaan British
• Perbelanjaan yang memerlukan kos yang
tinggi semasa darurat:
• – Perbelanjaan membanteras komunis
• – Menyelesaikan masalah penempatan
semula penduduk di pinggir hutan
• – Pembangunan Kampung Baru
• Menyebabkan penderitaan dan
kesengsaraan kepada rakyat
• Pengeluaran makanan berkurang
• Pelombong menjadi sasaran komunis
• Terpaksa mematuhi peraturan yang
dikenakan oleh kerajaan
• Merenggangkan hubungan kaum
• Setiap kaum ditempatkan di penempatan
yang berbeza
• Kawalan ketat menyebabkan penduduk
berbilang kaum sukar untuk berinteraksi
• Pengorbanan
• Termasuk pasukan keselamatan, komunis
dan orang awam
Penamatan Darurat
• Darurat ditamatkan pada 31 Julai 1960
selepas berlangsung selama 12 tahun

Anda mungkin juga menyukai