Anda di halaman 1dari 5

Bab 3 - Ancaman Parti Komunis Malaya Dan Darurat

Penubuhan Parti Komunis Malaya. Cara penyusupan dan kegiatan. *Diasaskan Oleh Karl Marx pd pertengahan abad ke 19. *Suatu fahaman menentang golongan feudal (sistem kemasyarakatan yg diketuai oleh golongan bangsawan)dan Imperialis(Negara yg menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas Negara lain)secara kekerasan. *Komunisme memperjuangkan masyarakat golongan tanpa kelas,memiliknegarakan tanah dan perindustrian.dianuti oleh beberapa negaa seperti Rusia dan China. *Julai 1919, Communist International (comintern)atau Pertubuhan Komunis Antarabangsa mengarahkan parti2 komunis di Eropah supaya menyebarkan ideologi komunis. *Di tanah melayu,ideology komunis disebarkan melalui Parti Kuomintang(KMT) Dan Parti Komunis Nanyang.Di kalangan orang melayu,fahaman komunis disebarkan melaui Parti Komunis Indonesia(PKI) pd thn 1924 - 1930 *Menyebarkan dakyah komunis di kalangan orang cina melalui kesatuan sekerja, persatuan2 kelas2 malam dan penerbitan. *Fahaman komunis ditolak oleh orang melayu kerana bertentangan dgn Agama Islam dan adat resam orang melayu. Tujuan penubuhan *Ditubuhkan pd 1930, dan bertujuan menubuhkan Republik Komunis Malaya. *Chin Peng/Ong Boon Hua (Setiausaha PKM,berasai dari Sitiawan, Perak). Langkah Kerajaan membanteras Ancaman Komunis 1. Pengisytiharaan Darurat *Pada bulan Jun 1948, Pesuruhjaya Tinggi British,Sir Edward Gent telah mengisytiharkan darurat di seluruh tanah melayu disebabkan peristiwa pembunuhan 3 org pengurus British bangsa Eropah di Sungai Siput,Perak oleh pengganas komunis. *Undang undang darurat 1948 dikuatkuasakan oleh kerajaan. -Membolehkan kerajan menahan sesiapa shj yg disyaki terlibat dlm kegiatan komunis. -Membenarkan pasukan keselamatan menggeledah rumah kediaman. -Memindahkan penduduk ke penempatan baru.

-Memagar kawasan kampong yg disyaki penduduknya membantu pengganas komunis. 2. Pengharaman Parti Komunis Malaya dan parti berhaluan kiri. *Kerajaan telah mengharamkan PKM pd 23 Julai 1948. *Parti2 politik berhaluan kiri spt Angkatan Wanita Sedar(AWAS),Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu(PETA),Pemuda Radikal Melayu(PERAM),Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) dan Hizbul Muslimin turut diharamkann oleh British. 3. Memperbesarkan Pasukan Keselamatan. *Kerajan bertindak memperbesar pasukan tentera dan polis dgn membawa masuk tentera2 dari negara2 komanwel spt Australia,New Zealand,Afrika Timur dan Fiji. *Menubuhkan pasukan Home Guard di peringkat kampung bagi membantu polis dan tentera menjaga keselamatan. 4. Rancangan Briggs *Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney thn 1950.Pengarah Operasi Sir Harold Rowdon Briggs. *Rancangan ini melibatkan penempatan semula penduduk di kawasan pinggir hutan ke kawasan penempatan baru yg digelar Kampung baru. *Bertujuan menyekat bekalan makanan,wang,bekalan makanan dan ubat ubatan kpd pihak komunis.Ia sangat berkesan utk melumpuhkan gerakan Min Yuen.(ditubuhkan oleh PKM utk memberi maklumat,bekalan makanan dan ubat ubatan kpd pengganas komunis.kebanyakkan mereka adalah pekerja lombong dan ladang). *Kampung baru dilengkapi dgn kemudahan asas spt tempat tinggal,sekolah,kemudahan kesihatan,bekalan elektrik dan air paip.Dan dipagari dgn kawat berduri dan dikawal oleh Special constable(SC) *Di KB,setiap ketua keluarga diberi kad catuan bekalan makanan supaya setiap ahli keluarga mendapat makanan yg cukup. *Pergerakkan keluar masuk dikawal selia pada setiap masa dgn megadakan sekatan jln raya. *Kerajaan melaksanakan program Gerakan Kelaparan.Program ini bertujuan utk memastikan pihak komunis tidak mendapat sebarang bekalan makanan,senjata,maklumat dan ubat ubatan. *Malayan Chinese Association (MCA) ditubuhkan utk membantu setinggan cina menjalani kehidupan di kawasan kampung baru. MCA menjalankan kutipan dema melalui jualan loteri kebajikan dan kutipan derma tersebut didermakan kpd penduduk setinggan cina di kampung baru.

*Kerajaan juga memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan bagi mengawal pergerakkan penduduk di mana penduduk berusia 12 thn atau lebih mesti didaftarkan dan diberi kad pengenalan utk membezakan dgn pengganas komunis. *Rancangan Briggs telah dpt melumpuhkan PKM, dlm Mesyuarat Jawatankuasa Pusat di Pahang,PKM mengambil keputusan utk mengurang kekejaman terhadap orang awam dan berundur ke selatan Thailand. 5. Perang Saraf *Rancangan yg dilaksanakan oleh pentadbiran British utk menghapuskan pengganas komunis melaui kempen memenangi hati dan fikiran rakyat.Berjaya memujuk rakyat berbilang kaum supaya bersatu dan menghapuskan perasaan perkauman. *1952, Sir Gerald Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British dan pengarah gerakan bagi menggantikan Sir Henry Gurney yg mati dibunuh dlm satu serangan hendap ketika dlm perjanan ke Bukit Fraser. *Kempen Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunistelah dilaksanakan dgn jayanya. *Risalah menentang komunis diedarkan ke seluruh tanah melayu. *Templer memperkenalkan konsep kawasan hitam(kawasan yg terdapat kegiatan komunis) dan mengenakan perintah berkurung(undang2 yg melarang seseorang keluar dari rumah kediaman masing2 dlm tempoh tertentu) dan kawasan putih(kawasan yg bebas drpd ancaman komunis). Sehingga thn 1954, Melaka, Terengganu, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan diisytiharkan sebagai kawasan putih. *Templer juga melonggarkan syarat kewarganegaraan pd thn 1952 bagi menarik sokongan org cina menyokong usaha perang saraf ini. *Templer menaikkan jumlah hadiah yg ditawarkan kpd penduduk yg dpt menangkap atau memberi maklumat tentang gerila komunis. *Sultan dan Menteri Besar juga berperanan utk menguar uarkan langkah kerajaan menentang komunis. *Orang melayu yg membantu pengganas komunis dianggap sebagai pengkhianat negara. Peraturan catuan bekalan makanan juga dikuatkuasakan oleh kerajaan. 6. Pengampunan Beramai ramai *kerajaan telah menawarkan pengampunan bagi menggalakkan pengganas komunis menyerah diri. *Sebanyak 40 juta risalah diedarkan dlm bhs cina,melayu dan tamil, radio Malaya juga menyiarkan syarat tawaran itu setiap hari,poster juga ditampal,iklan & wayang gambar juga telah digunakan utk membantu penduduk memujuk pengganas itu menyerah diri.

7. Pertemuan Baling. *Chin Peng telah menulis sepucuk surat kpd TAR utk mengadakan rundingan. Satu pertemuan telah diadakan di Baling,Kedah pada 28 & 29 Disember 1955. *Dlm pertemuan tersebut TAR meminta supaya Chin Peng membubarkan PKM,meletak senjata dan menyerah diri. *Chin Peng pula mengenakan syarat iaitu PKM hanya akan meletakkan senjata dan menyerah diri sekiranya kerajaan bersetuju mengakui PKM sebagai parti politik yg sah. *TAR enggan bertolak ansur dgn syarat yg dikemukakan oleh Chin Peng. Walau bagaimanapun beliau bersedia berunding dgn PKM pd bila2 masa shj jika PKM berubah fikiran. *Tanah Melayu mencapai kemerdekaan semasa undang2 darurat belum ditamatkan dan pengaruh komunis semakin lemah. Kerajaan mengisytiharkan darurat tamat pd 31 Julai 1960. Kesan Darurat Politik *Kesan drpd darurat,kerajaan telah melonggarkan syarat kerakyatan kpd orang bukan melayu pd 1952 bertujuan utk menarik minat mereka supaya tidak memihak kpd komunis. *Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA).Usaha ini telah berjaya mengikis pandangan negatif penduduk tempatan terhadap orang cina. *Melalui perjanjian pemberian kemerdekaan oleh pihak British,PKM tidak mempunyai alasan utk meneruskan perjuangan mereka. Ekonomi *Keganasan komunis menyebabkan rakyat tidak dpt menjalankan kegiatan harian secara aman. *Kerajaan membelanjakan sebanyak $250 000 hingga $300 000 sehari semasa darurat.Dan $721.9 juta bagi membeli peralatan ketenteraan utk mengukuhkan sistem pertahanan. *Kerajaan juga terpaksa memperbesar pasukan Home Guard utk melindungi dan menjamin keselamatan rakyat. *Akibatnya kerajaan kurang memberi tumpuan utk membangunkan kawasan luar bandar. Sosial *Meyebabkan ramai anggota pasukan keselamatan,pengganas komunis terkorban termasuk orang awam.

*Penduduk juga mengalami kesukaran utk bergerakdan memperoleh makanan. *Catuan bekalan makanan oleh kerajaan menyebabkan mereka terpaksa bergantung kpd makanan spt ubi & keledek. *Usaha ke arah kerjasama antara kaum telah diadakan dgn penubuhan Community Liason Committee (CLC) atau Jawatankuasa Antara Kaum pd 1949. *Kerajaan telah melaksanakan dasar pelajaran kebangsaan yg berorientasikan Tanah Melayu.

Anda mungkin juga menyukai