Anda di halaman 1dari 6

1.

Maksud nasionalisme
• Perasaan cinta akan negara dan bangsa

• Gerakan membebaskan tanah air daripada penjajahan politik, ekonomi dan


kebudayaan asing.

2.Faktor-faktor kemunculan nasionalisme


1 .Dasar penjajah barat

o Menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat

o Sistem birokrasi barat tidak beri peluang kepada rakyat tempatan dalam pentadbiran
moden

o Rakyat kekal dalam ekonomi tradisional

o Dasar ekonomi penjajah seperti tanaman paksa dan sistem polo menindas
penduduk pribumi

o Penjajah mewujudkan jurang sosial dengan menganggap mereka dalam kelas


tersendiri

o Penjajah hanya layak bergaul sesama mereka dan elit tempatan

o Dasar keterbukaan penjajah terhadap kemasukan imigran

o Penguasaan imigran dalam ekonomi

2. Pengaruh Agama

o Dapat menyatukan rakyat tempatan

o Kemunculan Gerakan Islah di Indonesia dan Tanah Melayu

o Penubuhan persatuan Belia Buddha

o Golongan agama pencetus nasionalisme

o Gerakan Islah memperjuangkan pan Islamisme iaitu penyatuan dunia Islam


menentang penjajah

o Agama Kristian menyatukan penduduk Filipina menentang penjajah

o Penganut Kristian dianggap kelas kedua


3. Karya Kesusasteraan

o Media untuk menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan akibat


penindasan

o Di Filipina, novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal

o Di Indonesia, cerpen Kerikil-kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda karya Chairil


Anuar

o Di Tanah Melayu, novel Putera Gunung Tahan karya Pak Sako

4. Sistem Pendidikan

o Sikap pilih kasih penjajah

o Mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah

o Memberikan pendidikan pada peringkat rendah, terhad kepada golongan elit dan
penduduk Bandar

o Bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat

o Di Burma ,pendidikan sekular dan mubaligh ancaman kepada sekolah Buddha

o Di Tanah Melayu, lepasan sekolah vernacular sukar mendapat pekerjaan

5. Kemunculan golongan intelektual

Ø Berpeluang melanjutkan pelajaran di barat dan Asia barat terdedah kepada idea
falsafah barat dan Islam

Ø Mereka sedar penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti mentadbir negara
mereka sendiri

Ø Mereka memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air

Ø Menuntut taraf hidup dibela dan meminta penjajah membebaskan Negara


6. Pengaruh Media massa

Ø Akhbar dan majalah menyebarkan idea nasionalis dan menanam perasaan anti
penjajah

Ø Di Vietnam. akhbar Tribune Indigene dan Cloche Felee

Ø Di Tanah Melayu, AlIkhwan, Saudara dan Warta Malaya

7. Sistem Pengangkutan dan perhubungan

Ø Kewujudan telefon dan telegraf memudahkan hubungan nasionalis

Ø Pembinaan jalanraya dan keretapi menghubungkan kawasan yang terpisah

Ø Memudahkan rakyat dan pemimpin bertemu dan berbincang idea nasionalisme

8. Pengaruh luar

Ø Kejayaan Jepun menewaskan China 1895 dan Rusia 1905

Ø Membuktikan Negara kecil dapat menewaskan Negara besar

Ø Perjuangan Mahatma Ghandi India

Ø Memberi inspirasi kepada nasionalis di Asia Tenggara

3.Perkembangan Nasionalisme di Thailand

Tahap 1

Ø Bersifat anti penjajah

Ø Merupakan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik kerabat diraja

Ø Penentangan terhadap raja berkuasa mutlak

Ø Perkembangan sistem pendidikan barat

Ø Pendedahan fahaman liberal , sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan


Ø Kelemahan sistem pentadbiran

Ø Sikap boros raja

Ø Membawa kepada penubuhan Parti Rakyat 1932 oleh Nai Pridi Panomyong dan Field
Marshall Phibul Songgram

Ø Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thai 1932

Ø Menamatkan sistem raja berkuasa mutlak

Tahap 2

Ø Disebabkan rasa tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat
dan orang Cina

Ø Phibul Songram meluluskan undang-undang menyekat kebebasan dan penguasaan


ekonomi oleh orang Cina

Ø Sekolah Cina dibubarkan

Ø Akhbar Cina diharamkan

Ø Penduduk pribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi

Ø Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha

Ø Menukar nama Siam kepada Thailand bermaksud tanah Bebas

Ø Bekerjasama dengan Jepun

Ø Berjaya mendapatkan semula wilayah di Indochina dan di Tanah Melayu

4.Mengapakah semangat nasionalisme luntur di kalangan remaja


Semangat nasionalisme semakin luntur dalam kalangan generasi muda hari ini adalah
disebabkan generasi muda kini tidak mempunyai semangat cinta akan tanah air. Selain
itu, generasi muda juga mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang negatif dari
media massa ataupun internet.

Generasi muda juga terlalu leka dengan lambakan hiburan yang menyeronokkan. Di
saming itu, generasi muda turut terpengaruh dengan budaya asing yang kini semakin
berleluasa di negara kita. Seterusnya, kurang didikan agama dan kesedaran sivik juga
menyebabkan semangat nasionalisme semakin luntur dalam jiwa generasi muda.
Selain itu, sikap suka mementingkan diri sendiri juga antara sebabnya. Tidak dapat
dinafikan bahawa semangat nasionalisme juga semakin luntur kerana generasi muda
kini tidak memahami konsep Rukun Negara. Generasi muda juga kurang menghayati
perjuangan tokoh-tokoh tempatan. Seterusnya, kurang ilmu pengetahuan turut
menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme dalam diri generasi muda kini.

5.Peranan pemimpin dalam meningkatkan semangat nasionalisme


* Perkembangan semangat nasionalisme di Malaysia juga telah berkembang dengan
adanya pemimpin yang bertanggungjawab serta mementingkan rakyat.

*Dengan adanya pemimpin sedemikian, pemimpin teesebut akan di jadikan contoh dan
teladan kepada semua rakyat dan perkara ini dapat meningkatkan lagi semangat
nasionalisme rakyat.

*Pemimpin-pemimpin terdahulu juga boleh dijadikan contoh dan teladan kepada rakyat
untuk menghayati jasa pengorbanan mereka dalam mengekalkan kemerdekaan
Negara.

*Contohnya perdana menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman atau
lebih dikenali sebagai bapa kemerdekaan yang telah menuntut kemerdekaan daripada
pihak british.

*Setiap rakyat mampu mencontohi pemimpin ini serta pemimpin setempat untuk
memelihara keamanan nagara agar setiap rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan
tenteram.

*Semangat nasionalisme adalah penting dalam usaha pembentukan Negara bangsa.

*Nasionalisme adalah bertujuan untuk membebaskan diri daripada cengkaman kuasa


asing dan melahirkan perasaan bersatu padu di antara rakyat yang dijajah.

*Namun, pengertian nasionalisme selepas merdeka adalah lebih kepada


mempertahankan kemerdekaan Negara agar tidak dijajah semula oleh kuasa asing dan
mampu membangunkan Negara tanpa campur tangan kuasa asing.

8.Iktibar/Pengajaran
-Pentadbiran kerajaan penjajah mengamalkan diskriminasi dan penindasan. Semua
perkara yang tidak disenangi oleh rakyat tempatan ini telah mencetuskan gerakan
nasionalisme yang menuntut pembaikan terhadap taraf hidup dan seterusnya menuntut
kemerdekaan daripada kuasa penjajah.
-Perjuangan para nasionalis telah memperlihatkan semangat juang yang
kental,keberanian serta pengorbanan yang tinggi.

-Di samping itu,perpaduan, kepimpinan dan kebijaksanaan dilihat sebagai faktor


penting sesuatu perjuangan.

-Oleh itu, sebagai generasi selepas merdeka,kita seharusnya menghargai perjuangan


nasionalis silam dengan berusaha untuk mempertahankan dan mengekalkan
kemerdekaan negara serta mengisi kemerdekaan tersebut dengan kemajuan.

Anda mungkin juga menyukai