Anda di halaman 1dari 22

1.

3 NASIONALISME DI ASIA TENGGARA


1.3.1 Maksud Nasionalisme
Perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan
membebaskan negara
Pembebasan kuasa politik
Pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing

1.3.1 Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme


a) Dasar Penjajahan Barat
Sistem tanaman paksa di Indonesia
Sistem Polo di Filipina
Penduduk tempatan dipaksa menjadi buruh bagi menjayakan aktiviti pertanian.
Penjajah barat hanya bergaul dengan golongan elit tempatan.
Dasar keterbukaan penjajah kemasukan imigran dari luar telah menguasai
ekonomi

b) Pengaruh Agama
Gerakan islah di tanah melayu dan Indonesia penyatuan dunia Islam
menentang penjajahan.
Persatuan Belia Buddha di Burma.
Di Sepanyol -pengnut Kristian tempatan di anggap kelas kedua berbanding
penganut Kristian berbangsa Sepanyol

c) Karya Kesusasteraan
Jose Rizal- Novel Noli Me Tangere
Chairil Anuar- Kerikil-kerikil tajam & Ke Makam Bonda
Menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan

d) Sistem Pendidikan
Di Indonesia anak golongan priyai diberikan pendidikan tersendiri
Di Burma pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh di perkenalkan.
Di tanah melayu lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan.
Sikap pilih kasih dalam memberikan pendidikan menimbulkan rasa tidak puas
hati
e) Kemunculan golongan intelektual
Mereka berpeluang belajar di barat dan Asia barat.
Mereka menjadi pemimpin gerakan nasionalisme.
Peringkat awal hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka di bela.
Peringkat akhir - meminta penjajah membebaskan negara mereka.

f) Pengaruh Media Massa


Vietnam- Tribune Indigine
Tanah Melayu al-Ikhwan, Saudara dan majlis
Menyebarkan idea-idea nasionalis
Menanam perasaan anti penjajah.

g) Sistem pengangkutan dan perhubungan


Perkhidmatan telefon dan telegraf
Memudahkan hunungan kalangan nasionalis
Jalanraya dan jalan kereta api
Memudahkan pertemuan dan idea-idea nasionalisme.

h) Pengaruh Luar
Kejayaan Jepun menewaskan Russia dan China.
Keupayaan negara kecil menewaskan negara lebih besar.
Perjuangan Mahatma Gandhi di India.
Menggunakan strategi enggan bekerjasama dengan penjajah secara mogok
lapar

1.3.2 Perkembangan Nasionalisme


a) Ciri-ciri nasionalisme tahap pertama
Penentangan secara terbuka tetapi bersifat setempat
Penentangan tidak berorganisasi
Isu-isu kebudayaan/agama/hak peribumi menjadi faktor pencetus
Dipimpin oleh golongan pertengahan berpendidikan Barat/Asia Barat
Menekankan kesedaran politik
Menuntut hak-hak dikembalikan
Menuntut taraf hidup mereka dibaiki

b) Ciri-ciri nasionalisme tahap kedua


Pihak penjajah gagal memenuhi tuntutan yang dibuat.
Tindakan kekerasan yang dilakukan oleh penjajah
Gerakan nasionalisme tahap pertama gagal
Pemimpin ingin menuntut kemerdekaan
Pemimpin ingin membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat
Berasaskan gerakan yang lebih radikal akan berjaya

c) Nasionalisme di Filipina
Tahap pertama:

Dipimpin Jose Rizal


bersifat sederhana
Bergerak cergas dalam politik melalui gerakan dakyah semasa di Sepanyol
Berjuang melalui akhbar La Solidaridad & Novel Noli Me tangere & El
Filibusterismo
Berjuang melalui liga Filipina pada tahun 1892.
Penyokong : golongan pertengahan yang berpendidikan barat.
Matlamat perjuangan :
Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah sepanyol.
Menuntut supaya bangsa Filipina diberikan hak yg sama seperti bangsa
Sepanyol.
Menuntut supaya bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.
Tuntutan mereka kurang mendapat tindak balas sepanyol.
Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pd 1892.
Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan Mindanao.
Jose Rizal akhirnya dihukum bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan
pemberontakan.

Tahap Kedua

Penentangan secara radikal


Pertubuhan Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio
Matlamat katipunan
menyatukan bangsa Filipina
mencapai kemerdekaan melalui revolui
Media cetak iaitu akhbar Kalayan
Katipunan melancarkan revolusi bersenjata tetapi gagal.
Katipunan semakin lemah selepas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo.
Aguinaldo berjaya mengusir Sepanyol dengan bantuan Amerika Syarikat.
1899 Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Amerika Syarikat.
Tetapi tidak disahkan oleh Amerika Syarikat.
Aguinaldo meneruskan gerakan revolusi.
Aguinaldo ditangkap.
Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan parti politik sederhana.
Parti nasional pimpinan Sergio Osmena menang dalam pilihanraya.
Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan.
1930an nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui
perlembagaan setelah pucuk pimpinan Amerika Syarikat bertukar kepda yang lebih
liberal.

e) Nasionalisme di Indonesia
Tahap Pertama

Tumpuan isu pendidikan.


Untuk mengubah nasib penduduk Indonesia
Raden Adjeng kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita
Karyanya : habis gelap terbitlah Terang & Penulisan Seorang Puteri Jawa telah
mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan Belanda.
Pertubuhan penting : Muhammadiyah
Matlamat Muhammadiyah
Menyebar Iislam sebenar
Menghindari ancaman sekualrisme barat
Menghindari ancaman agama kristian
Membina sekolah, klinik & masjid

Tahap Kedua

Perjuangan Parti politik radikal.


Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia (PNI).
Matlamat : menuntut kemerdekaan secara kekerasan.
PNI pimpinan Soekarno paling popular.
Perjuangan beliau dapat mempengaruhi rakyat.
Kerajaan belanda telah menangkap pemimpin radikal termasuk Soekarno.
PNI turut di haramkan.
f) Perkembangan Nasionalisme di Thailand
Tahap Pertama

Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja.


Penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
Faktor: Pendidikan barat mendedahkan fahaman liberal, sistem demokrasi dan
sistem raja berperlembagaan kepada golongan intelek Thailand.
Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros raja Vajiravudh menyebabkan
rakyat tidak puas hati.
1932 Parti rakyat ditubuhkan oleh Nai Pridi Panomyong & Field marshall Phibul
Songram
Parti rakyat melancarkan revolusi Thai.
Sistem raja berkuasa mutlak tamat
Diganti dengan sistem raja berperlembagaan.

Tahap Kedua

Rakyat tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis barat dan
orang Cina.
Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-
undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina.
Sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan.
Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi.
Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha.
1939 Phibul Songram menukar nama negara Siam kepada Thailand yang
bermaksud Tanah Bebas.
Hasil daripada kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand
berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di Indocina dan di Tanah Melayu

g) Perkembangan Nasionalisme di IndoChina

Tahap pertama

Lebih tertumpu di Vietnam .


Di pelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin.
Memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja.
Golongan menengah berpendidikan Barat memperjuangkan pendidikan Barat di
kalangan rakyat.
Ketua gerakan ialah Phan boi Chau memimpin gerakan revolusi tetapi gagal.
Kemudian menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) dan melancarkan
pemberontakan di Tangkin dan gerakan dakyah di Vietnam.
Phan Boi Chau dipenjarakan dan VNQPH diharamkan oleh Perancis

Tahap Kedua

Gerakan lebih radikal kerana gagal mendapat kerjasama daripada Perancis.


Gerakan tahap memperlihatkan perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang
(VNQDD) dan Parti Komunis Vietnam (PKV).
Perancis bertindak menangkap pemimpin -pemimpin VNQDD termasuklah
membunuh Nguyen Thai Hoc.
Ho Chi Minh pemimpin PKV melarikan diri ke Hong Kong.
Sikap keras Perancis menyebabkan gerakan nasionalisme kembali bercorak
sederhana di bawah pimpinan Maharaja Bao Dai.
Usaha-usaha pembaharuan Maharaja Bao Dai bukan sahaja di sekat, malah
baginda dilarang melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme

h) Perkembangan Nasionalisme di Burma

Tahap pertama

Memperlihatkan perjuangan golongan sami Buddha dan golongan elit


bependidikan Barat.
Golongan sami Buddha menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906.
Penubuhan ini bertujuan untuk:-
mengekalkan tradisi Burma
memajukan pendidikan rakyat Burma.
Pertubuhan ini menggunakan isu kasut untuk membangkit semangat
nasionalisme rakyat
Tahun 1916, Persatuan Belia Buddha dipimpin oleh nasionalis yang lebih radikal
seperti U Ba Pe dengan menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-Kesatuan Burma
pada tahun 1920.

Tahap Kedua
Muncul apabila Laporan Montagu-Chelsfor menyatakan Burma belum bersedia
untuk memerintah sendiri.
1920, tercetus Revolusi Pelajar yang menuntut penubuhan sebuah universiti
untuk mereka.
Gerakan juga dilakukan oleh golongan sami Buddha melalui Majlis Am Songha
Sametggi yang mencetuskan Pemberontakan Saya San yang diketui oleh Saya San
iaitu bekas pongyi dan pemimpin di Tarawaddy.
Kemudian muncul Liga Anti Pemisahan yang menganggap pemisahan dengan
India akan melewatkan kemerdekaan Burma.
Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 memberi peluang ke arah berkerajaan
sendiri.
Golongan Thakin (siswazah universiti ) menubuhkan Parti Dobama Asiayone
untuk menuntut kemerdekaan.
Pemimpin terdiri daripada Aung San, Kyaw Nein dan U Nu mengelarkan diri
mereka sebagai Tuan.
Dr. Ba mau menang pilihanraya dan dilantik sebagai Perdana Menteri yang
pertama.

i) Cara kuasa Barat menangani gerakan nasionalisme radikal di Asia Tenggara


Menangkap pemimpin radikal seperti Soekarno di Indonesia dan Jose Rizal di
Filipina.
Membuang negeri penentang seperti Jose Rizal
Dikenakan hukuman mati seperti Jose Rizal dan Emilio Aguilnaldo di Filipina
Mengharamkan parti-parti politik radikal seperti Parti Nasional Indonesia di
Indonesia dan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) di Indochina
Membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana seperti tindakan Amerika
di Filipina
Di penjarakan seperti Soekarno dipenjarakan oleh Belanda pada tahun 1929
-1931
2.2 FAKTOR FAKTOR PEMANGKIN

1. Pengenalan Sistem Politik Barat


British telah meletakkan seorang Residen yang mengambil alih pentadbiran
negeri daripada pembesar tempatan.
Para pembesar diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh pegawai
British.
Perubahan ini mencabar sistem atau amalan tradisi mereka serta menjatuhkan
maruah mereka.

2. Perkembangan Sistem Pendidikan.


Muncul golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan
bangsanya.
Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk
menyedarkan bangsa Melayu.

3. Dasar British.
British telah menggalakkan sesiapa sahaja datang untuk melabur, berniaga,
berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu.
Kemasukan org asing telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu.
Keadaan ini menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan.
British juga membuka bandar baru sebagai pusat pentadbirannya sedangkan
orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan serba kekurangan.
Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar
bandar dengan imigran dan penduduk lain di bandar.
4. Pendudukan Jepun
Jepun dengan konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan
kebebasan negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan masing-masing dan
meningkatkan persaudaraan di kalangan negara tersebut.
Jepun menggalakkan org tempatan bekerjasama dengannya dan berjanji akan
memerdekakan mereka.
Bagaimanapun, kesengsaraan dan kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan
penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur.

5. Penguasaan Parti Komunis Malaya


PKM telah menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam.
Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai
penyokong Jepun.
Ramai orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota PKM.

6. Kemunculan Mesin Cetak


Memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong
penentangan terhadap British.
Buku-buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain idea menentang penjajah
dapat disebarkan.

7. Gerakan Pan-Islamisme Sedunia


Gerakan Pan-Islamisme Gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk
membangkitkan pemahaman yg lebih progresif terhadap Islam untuk menentang
penjajahan.
Gerakan ini didokong oleh pelajar Islam di seluruh dunia.
Dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar,
Mesir.
Dalam tulisannya, beliau telah memberi kupasan bahawa Islam ialah cara hidup
yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat, di samping mendorong umatnya
menuju kejayaan.
Gerakan Wahabi di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama.
8. Kesedaran politik Serantau
Indonesia yg amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan budaya
telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
Hasil karya penulis dari Indonesia berkaitan nasionalisme telah menjadi bacaan
masyarakat di Tanah Melayu terutama yang berpendidikan vernakular Melayu.
Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan dalam tulisan
mereka dapat dihayati oleh masyarakat tempatan.

2.2.2 GERAKAN ISLAH

Gerakan Islah Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya


membetulkan pandangan mereka terhadap Islam.
Tokoh pendorong gerakan ini Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Syeikh al-Hadi dan
Dr. Burhanuddin al-Helmy.
Golongan ini dikenali sbg Kaum Muda.
Akhbar dan majalah seperti al-Imam, Neracha, Idaran Zaman dan Pengasuh
menjadi medium untuk menyalurkan maklumat gerakan ini.

MATLAMAT PERJUANGAN GERAKAN ISLAH.

Menyampaikan idea dan menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia.
Gesaan untuk memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.
Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Islam.
Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan penting dalam
memajukan orang Melayu.

PERKEMBANGAN GERAKAN ISLAH


Gerakan Kaum Muda ditentang oleh Kaum Tua yang terdiri daripada golongan
alim ulama.
Gerakan Islah oleh kaum Muda bergerak dengan baik di Negeri-Negeri Selat
sahaja.
Di negeri-negeri Melayu terdapat Undang-Undang yang menghalang pengaruh
Kaum Muda.
Undang-undang ini tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah tanpa
kebenaran Sultan.
Undang-undang juga tidak membenarkan risalah dan buku Kaum Muda di bawa
masuk ke Negeri-Negeri Melayu.
Gerakan kaum Muda telah menubuhkan beberapa buah madrasah.
Di Madrasah diajar Pendidikan Fardu ain, Ilmu Hisab dan Bahasa Inggeris.
Madrasah memberi peluang pelajar perempuan untuk mendapat pendidikan.

2.2.3 AKHBAR MAJALAH DAN NOVEL : PENGERAK KESEDARAN KEBANGSAAN.

1. Nama-nama Akhbar

Warta Malaya
Lembaga Malaya
Majlis
Utusan Melayu
Warta Negara
Fajar Sarawak

2. Persoalan tentang Sosial/Pendidikan,


ekonomi dan Politik yang di bangkitkan.

SOSIAL/PENDIDIKAN

Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu.


Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan.
Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap negatif seperti memilih kerja.
Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak.
Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan
kerja tangan.
Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu.
Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi.
Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British.
Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam.
Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu.

EKONOMI

Menggalakkan syarikat kerjasama.


Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana mengancam
ekonomi tempatan.
Menggalakkan perniagaan dalam kalangan orang melayu.
Melarang orang Melayu daripada menjual tanah mereka.
Menyeru orang Melayu supaya berjimat cermat.
Meminta British mewujudkan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur.

POLITIK

Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.


Mengkritik para pembesar dan Raja-Raja Melayu kerana tidak melaksanakan
kepimpinan yang sewajarnya.
Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran.
Menuntut diadakan Malay Administrative Service (M.A.S) utk melindungi orang
Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.
Menyeru orang Melayu bersatu dalam satu pertubuhan kebangsaan.
Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan.
3. Nama-Nama Majalah

Majalah Pengarang
Muhammad Dato Muda
Linggi.
Majalah Guru
Yusuf Ahmad
Mohd. Sidin Rashid
Pengasuh Dato Nik Mohamad
Bulan Melayu Zainon Sulaiman

4. Persoalan yang dibangkitkan.

MAJALAH GURU
Pendidikan anak-anak Melayu.
Perpaduan di kalangan org Melayu.
Semangat cinta akan negara dan menentang penjajahan.
Membaiki taraf hidup orang Melayu.
Memajukan bahasa dan sastera Melayu.
Perpaduan dikalangan guru sebagai pemimpin bahasa.

PENGASUH
Membincangkan soal pentafsiran Islam yg progresif bagi kemajuan ummah.
Menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu.
Memperluas ilmu dalam semua bidang.
Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam.
Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sikap buruk.

BULAN MELAYU
Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor.
Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan.
Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya
Timur.
Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa.

5. Nama-Nama Novel

Novel Pengarang
Keris Melaka Ahmad Bakhtiar
Anak Mat Lela Gila Ishak Haji Muhammad
Putera Gunung Tahan Ishak haji Muhammad
Melor Kuala Lumpur Harun Aminurrashid

6. Persoalan yang dibangkitkan.

Keris Melaka
Semangat perjuangan menentang penjajah Barat spt Portugis.
Menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka spt Hang Tuah.
Menggunakan sejarah sebagai inspirasi dan pedoman untuk mendorong
semangat perjuangan bangsa bagi generasi muda.

Anak Mat Lela Gila


Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan.
Menghargai warisan bangsa sendiri.
Mencintai tanah air.
Menolak kesenangan demi maruah bangsa.

Putera Gunung Tahan


Semangar wira pemuda tempatan dalam menjaga maruah bangsa.
Mencintai tanah air.
Berasa bangga dengan kebolehan sendiri.
Seorang gadis tempatan yg menolak cinta pegawai penjajah kerana tidak mahu
menjatuhkan maruah bangsa.

Melor Kuala Lumpur


Emansipasi atau kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupannya.
Wanita yang mementingkan pendidikan moden untuk kebaikan dirinya.
Membuang pandangan negatif yg boleh menghalang kemajuan bangsa.

2.2.4 PERJUANGAN NASIONALISME OLEH PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU

1. Kesatuan Melayu Singapura (KMS)


Pengasas Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Kadir Ali dan Embok Suloh.
Didokong oleh golongan berpendidikan Inggeris.
Tujuan menjaga kepentingan sosio ekonomi penduduk Melayu Singapura.
Mohammad Eunos Abdullah menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British.
Kejayaan beliau termasuklah memperoleh sebuah kawasan penenpatan khas
bagi org Melayu di Singapura.
Keberkesanan perjuangan KMS mendorong penubuhan cawangannya di Melaka,
Pulau Pinang dan negeri Melayu yg lain.

2. Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)


Dpimpin oleh cerdik pandai Pulau Pinang spt. S.M Zainal Abidin B.A.
Tujuan menggalakkan ahli-ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat
bagi memajukan diri sendiri dan bangsa.
Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu di
Semenanjung Tanah Melayu.

3. Persatuan Negeri
Ditubuhkan di negeri-negeri Melayu Bersekutu seperti di Perak (1937), Selangor
(1938), Negeri Sembilan (1938) dan Pahang (1938).
Objektif mengabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib
orang Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.
Menggalakkan perpaduan di kalangan orang Melayu.

4. Persatuan di Sarawak
Persatuan Melayu Miri (1936) dan Persatuan Melayu Sarawak (1939).
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (1939). Diketuai oleh Datu Patinggi
Abang Haji Abdillah.
Tujuan mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan, menjaga
budaya dan maruah bangsa serta menegakkan ajaran agama Islam.

5. Persatuan di Sabah
Terdapat cawangan Persatuan Sahabat Pena di Jesselton ( Kota Kinabalu),
Labuan dan Tawau.
Anggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai kerajaan dan guru sekolah
Melayu.
6. Kesatuan Melayu Muda (KMM)
Ditubuhkan pada 1939.
Pemimpinnya Ibrahim Haji Yaakob merupakan wartawan akhbar Majlis di Kuala
Lumpur.
Objektif menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu dan
meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.
Tujuan penubuhan KMM sebenarnya lebih bersifat politik.

PERKEMBANGAN KMM

KMM bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu.
Menjadi propaganda Jepun dengan membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat
propaganda anti-British.
Mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan.
Maahad II Ihya Assyariff di Gunung Semanggol Perak menjadi penyokong KMM
dengan menyediakan kader-kader yg dikenali sebagai tentera semut untuk menentang
British.
Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan lebih kurang 150 orang
penyokong KMM ditangkap oleh British pada 1941 dan mereka di penjarakan di Changi
Singapura.

7. Kongres Melayu 1939 dan 1940.


Membincang kemunduran orang Melayu dalam Pendidikan dan layanan pilih
kasih British terhadap anak negeri.
Disokong oleh golongan intelek dan akhbar-akhbar Melayu.
Resolusi kongres mengambarkan perpaduan Melayu untuk mengatasi
permasalahan sosio ekonomi dan politik mereka yg lemah.
Akhirnya org Melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian yg memisahkan
mereka selama ini.

GERAKAN NASIONALISME SEMASA PENDUDUKAN JEPUN

Jepun menjalankan dasar pemerintahan ketenteraan.


Menyekat kebebasan bersuara penduduk Tanah Melayu.
Hanya memberi kebebasan kepada pertubuhan yg menyokongnya.

Dasar Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.


Mengharamkan penerbitan semua akhbar.
Menukar nama akhbar tempatan kepada nama Jepun. Cth Malai Shimbun untuk
Utusan Melayu.
Semua Sekolah menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar.
Nilai budaya Jepun diperkenalkan.

Pertubuhan-Pertubuhan yg Muncul semasa Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu


1. Barisan Pemuda di Perak
Ditubuhkan oleh Ahmad Boestamam
Menyatukan pemuda-pemuda Melayu
Mereka dilatih sebagai tentera sukarela Jepun.

2. Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA)


Ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) utk menentang Jepun.
Disokong oleh British dengan memberi bantuan senjata.
Pasukan Bintang Tiga juga ditubuhkan dengan ahlinya terdiri daripada org
Melayu, Cina dan India.

3. Force 136
Terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu yg bekerjasama dengan British.
Bergerak secara gerila di hutan dan aktif di Kedah, Johor dan Pahang.

4. Pasukan Wataniah Pahang


Pasukan sukarela menentang Jepun
Terdiri daripada guru, pegawai tadbir kerajaan dan org kampung.

5. Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS)


Ibrahim Yaakob meminta Jepun memberi kemerdekaan kepada Tanah melayu
bersama-sama Indonesia.
Sesuai dgn matlamat asal KMM utk menubuhkan Melayu Raya atau Indonesia
Raya.
KRIS ditubuhkan sebagai badan utk melaksanakan tugas tersebut. Kongres
pemuda KRIS di Kuala Lumpur diadakan bagi membincangkan kemerdekaan dengan
Indonesia.
Indonesia mengisytiharkan kemerdekaan pada 17 Ogos 1945 tetapi kerana
kekalahan Jepun yg mendadak menyebabkan Presiden Soekarno telah
mengisytiharkan kemerdekannya lebih awal pada 15 Ogos 1945.
Dengan itu kemerdekaan di bawah Indonesia dalam gagasan Melayu Raya atau
Indonesia Raya telah gagal.
British kembali menguasai Tanah Melayu pada September 1945.
3.1 LATAR BELAKANG PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA:

3.1la) Terangkan konsep negara dalam masyarakat Melayu tradisional.
a. Kerajaan: Kewujudan kerajaan atau negara disebabkan oleh adanya raja tanpa raja
sesebuah kerajaan tidak akan wujud.
b. Tinggi: Kedudukan raja begitu tinggi dan istimewa dalam sesebuah kerajaan.
c. Perlindungan: Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan menjamin
keselamatan rakyat yang mendiami wilayah kekuasaannya.
d. Mengakui: Rakyat yang mendiami wilayah yang diperintah oleh raja akan menerima
dan mengakui kekuasaan raja.
e. Sempadan: Kesetiaan rakyat terhadap rajanya inilah yang menentukan sempadan
kerajaan atau wilayah yang diperintah oleh raja tersebut.
f. Empayar: Kerajaan yang kuat akan menakluk atau menaungi kerajaan yang lemah
untuk mengembangkan empayar seperti Kesultanan Melayu Melaka.
g. Melaka: Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak negeri taklukan dan naungan.
h. Negeri: Negeri bererti kawasan, misalnya negeri Larut, negeri Bemam dan negeri
Krian.
i. Perjanjian: Apabila membuat perjanjian antara Kerajaan Melayu dengan kuasa asing
keseluruhan kerajaan disebut negeri dan jajahan takluknya

3.1b) Terangkan konsep negara yang diperkenalkan oleh pihak British di Tanah Melayu.

a. Sempadan: Setiap kerajaan Melayu disebut negeri dengan menetapkan sempadan
setiap negeri dan konsep kerajaan beransur luput.
b. MU: Membina sebuah negara dan bangsa dengan memperkenalkan gagasan Malayan
Union pada tahun 1946.
c. PTM: Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 telah menggabungkan
semua Negeri Melayu dalam sebuah pentadbiran pusat.
d. Merdeka: British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu
menjadikan negara yang merdeka pada tahun 1957.
e. Malaysia: Persetujuan negeri Sarawak dan Sabah bergabung dengan Persekutuan
Tanah Melayu mewujudkan negara Malaysia yang
berdaulat.

3.1c) Apakah yang anda faham dengan konsep bangsa dalam konteks negara Malaysia.

a. W/negara: Konsep bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia dalam satu ikatan
ketatanegaraan atau warganegara sesebuah negara.
b. Negara bangsa: Apabila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan merdeka pada tahun
31 Ogos 1957 dan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, maka, lahirlah negara dan
bangsa Malaysia
c. Berbilang: Konsep bangsa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang
berlainan bangsa, budaya, kepercayaan dan pendapat terhadap keduniaan.
d. Bahasa: Bangsa Malaysia dibentuk melalui penggunaan satu bahasa iaitu bahasa
kebangsaan serta pengamalan kebudayaan kebangsaan.
e. Rukun: Mengamalkan RukunNegara dalam setiap bidang kehidupan.
f. Kemerdekaan: Pembentukan bangsa Malaysia merupakan hasil perjuangan
kemerdekaan, pengisian kemerdekaan dan pengekalan kemerdekaan.

3.1.1 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA:

3.1.1a) Apakah yang dimaksudkan negara bangsa di Eropah?

Rumpun: Konsep negara bangsa moden di Eropah berasaskan sempadan rumpun


bangsa dan persamaan bahasa.

3.1.1b) Terangkan perkembangan yang membawa pembentukan negara bangsa


di Barat.

a. Revolusi: Idea negara bangsa bermula di Barat pada penghujung abad ke 18 dan ke-19
ekoran tercetusnya Revolusi Inggeris 1688, Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan
Revolusi Perancis 1789, menggantikan bentuk negara feudal
b. Idea: Idea konsep negara bangsa muncul untuk memperjuangkan tentang hak rakyat,
kerajaan berperlembagaan dan negara bangsa moden.
c. Nasionalisme: Pertumbuhan nasionalisme ketika itu memperlihatkan bibit-bibit
kelunturan entiti politik berasaskan keagamaan dan kemunculan idea negara bangsa.
d. Mengancam: Kebangkitan nasionalisme telah mengancam empayar Austria,Rusia dan
Turki yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.
e. Persamaan: Para nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa
untuk penyatuan serta pembentukan negara bangsa masing-masing.
f. Kesepakatan: Kekalahan Jerman dan sekutunya dan Perang Dunia Pertama dan
Persidangan Damai Paris telah mencapai kesepakatan melalui Deklarasi Empat Belas
Perkara Woodrow Wilson.
g. Mencadangkan: Deklarasi ini telah mencadangkan dua prinsip, iaitu penentuan nasib
negara oleh rakyat sendiri dan prinsip sempadan negara berasaskan bangsa.
h. Kemerdekaan: Empayar Aurtsia-Hungary dan Turki yang mengalami kekalahan telah
dibahagi-bahagikan berdasarkan etnik dan bangsa membentuk negara bangsa yang
merdeka
i.Baru: Tujuh negara bangsa baru yang muncul di Eropah ialah Chechoslavakia, Estonia,
Finland, Latvia, Lithuania, Poland dan Yugoslavia.

3.1.1c) Bagaimanakah Count Camillo Benso di Cavour membentuk negara


bangsa Itali pada abad ke 19?

a. Menghalau: Itali menyatukan wilayah-wilayah di bahagian utara seperti Venetia dan


Lombardy dengan menghalau orang Austria unruk membentuk sebuah pemerintahan.
b. Realpolitik: Count Camillo Benso di Cavour menyatukan Itali menjadi sebuah negara
dengan menggunakan amalan realpolitik.
c. Kerjasama: Beliau sangat menyanjung pemerintahan monarki mewujudkan kerjasama
dengan Napoleon Ill pemerintah Perancis bagi menentang Austria pada tahun 1860.
d. Bantuan: Hasil bantuan tentera Napoleon III, Itali berjaya menewaskan Austria.
e. Pungutan: Melalui pungutan suara yang diadakan, Count Camillo Benso di Cavour
memperoleh sokongan majoriti rakyat untuk menyatukan Itali.
f. Balasan: Wilayah Venetia dipulangkan kepada ltali pada tahun 1866 oleh Perancis
sebagai balasan terhadap kerjasama Itali membantu Prussia menewaskan Austria..
g. Undur: Pada tahun 1870, Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom, dan Camillo
mengambil peluang ini menyatukan Rom dan Itali membentuk sebuah negara bangsa ltali
.
3.1.1d) Terangkan usaha-usaha yang dilakukan Otto Eduard Von Bismarck
untuk membentuk negara Jerman.

a. Realpolitik: Otto Eduard Von Bismarck mengamalkan realpolitik dan politik darah dan
besi untuk menyatukan negara Jerman.
b. Taktik: Bismarck menggunakan pelbagai taktik seperti tipu helah, pemalsuan
dokumen, provokasi, penipuan dan ugutan untuk mencetuskan peperangan.
c. Diktator: Bismarck menganjurkan sistem kediktatoran yang diterima oleh rakyat untuk
penyatuan Jerman.
d. Benci: Beliau menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan
membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan tempur.
e. Perang: Bismarck melancarkan tiga peperangan menentang musuh iaitu Denmark,
Austria dan Perancis.

3.1.1e) Mengapakah usaha pembinaan negara Islam di Madinah berbeza


daripada pembina an negara bangsa di Eropah?

a. Prinsip: Pembentukan kerajaan Islam di Madinah merupakan satu contoh penyatuan


melalui prinsip Islam.
b. Perlembagaan: Nabi Muhammad s.a.w. menyusun perlembagaan terlebih dahulu
sebelum mengasaskan kerajaan Islam di Madinah.
c. Menyatukan: Perlembagaan atau Piagam Madinah berjaya menyatukan penduduknya
yang berbilang kaum, iaitu orang Yahudi, orang Kristian dan orang Arab dalam sebuah
negara.
d. Bentuk: Baginda berjaya membentuk kerajaan Islam di Madinah dengan cara
diplomasi, musyawarah dan permuafakatan.
e. Kerjasama: Pembentukan kerajaan Islam di Madinah kerana wujudnya amalan
kerjasama dan permuafakatan antara pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin
dengan rakyat.
3.1.2 CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA

3.1.2a) Huraikan ciri-ciri negara dan bangsa Malaysia

i. Negara.

a. Wilayah: Wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintah yang


berwibawa.
b. Malaysia: Negara Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan
Sabah.
c. Tanggungjawab: Negara merujuk kepada institusi pemerintahan yang tersusun
bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan
undang-undang dan peraturan kerajaan.

ii. Bangsa

Persamaan: Sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah serta yang


mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian, dan pengalaman sejarah.

iii. Kerajaan

a. Pemerintah: Kerajaan ialah institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan


melaksanakan dasar sesebuah negara.
b. Badan: Kerajaan merangkumi semua badan yang membuat, mentafsirkan dan melaksanakan
dasar-dasar negara.
c. Pengaman: Kerajaan bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat
sesebuah negara.
d. Tiga: Kerajaan di negara terdiri daripada tiga badan dalam pemerintahan, iaitu Badan
Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.

iv. Perlembagaan

a. Perlembagaan: Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi sarna ada bertulis atau tidak
bertulis yang menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir dan memerintah sebuah negara.
b. Rujukan: Di Malaysia, perlembagaan merupakan peraturan bertulis tertinggi yang
didokumenkan dan dijadikan rujukan untuk mentadbir negara.
c. Jaminan: Perlembagaan bertujuan memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat negara
ini.

Anda mungkin juga menyukai