Anda di halaman 1dari 8

Kebangkitan Nasionalisme

 
Maksud Nasionalisme
 
Perasaan cinta pada bangsa dan negara
Gerakan membebaskan tanah air, kuasa politik, budaya asing dan ekonomi dan sosial.

 
Tafsiran tokoh dan sejarawan mengenai nasionalisme

Hans Kohn
Gerakan seseorang yang setia pada negara dan bangsanya.
 Professor William R. Roff
Kesedaran masyarakat sebelum Perang Dunia Kedua.
Berpunca daripada:
faktor ekonomi.
gertakan terhadap hak kepentingan orang Melayu.
Sekularisme dan imperialisme Barat.
Dato' Onn Jaafar
Perlu melahirkan lebih ramai masyarakat yang tegap, berdikari dan kuat.
Dr. Burhanuddin al-Helmi
Mempunyai persatuan dan perpaduan yang utuh seperti National Fronts.
Memegang pada tatatertib, adab sopan dan agama Islam.
Dr. R. Suntharalingam
Individu dituntut untuk menyalurkan kesetiaannya kepada negara bangsa.
Professor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid
Nasionalisme telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Orang melayu memegang kepada fahaman "Tanah Melayuan".
Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
Perjuangan orang Melayu untuk merebut kedudukan mereka kembali dalam negara sendiri. 

 
Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat
 
Berkembang akibat tentangan terhadap pemerintahan beraja.
Simbol penindasan dan ancaman hak dan kebebasan rakyat.
Idea nasionalisme juga berhubung dengan pergelutan untuk mendapat kemerdekaan seperti Revolusi Amerika.

Revolusi Keagungan (1688) - England

Nama lainnya adalah Glorious Revolution.


Berlaku akibat ingin menengakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat.
Raja James II membelakangkan parlimen.
Mary II dan suaminya, Raja William of Orange dari Belanda disokong oleh ahli parlimen.
Raja James II lari ke Perancis.
Revolusi berjaya kerana tiada pertumpahan darah berlaku.
Mary II  dan William of Orange menjadi pemerintah.
Kedaulatan parlimen dan sisten raja berperlembagaan dimantapkan.
Bill of Rights digubal - parlimen mempunyai hak untuk menggubal undang-undang dan mengutip cukai.
Pemikiran John Locke (Two Treatises of Goverment ) - menolak konsep raja berkuasa mutlak dan menegaskan pemerintah membuat
persetujuan dengan rakyat. Undang-undang perlu digubal.

 
Revolusi Amerika (1776)

Rakyat Amerika menentang penjajahan British.


British tidak melindungi hak rakyat Amerika.
Rakyat Amerika menentang Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dan Akta Teh yang digunakan untuk menuntut cukai.
Slogan "Tiada Cukai Tanpa Perwakilan" - tiada wakil Amerika dalam Parlimen British.
George Washington mengetuai kongres dan isytiharkan perang demi kemerdekaan Amerika.
Kongres meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh Thomas Jefforson.
Pengisytiharan menegaskan jika kerajaan gagal menjamin hak kehidupan, kebebasan dan kebahagiaan - menjadi hak penduduk untuk
membentuk kerajaan baharu.
Revolusi tamat pada 1783 - 13 buah bekas tanah jajahan digabungkan, diberi nama baharu iaitu Amerika Syarikat dan sistem
pemerintahan demokrasi digunakan.

 
Revolusi Perancis (1789)

Idea nasionalisme oleh golongan pemikir Perancis (Jean Jacques Rousseau dan Voltaire).
Perjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan.
Jean Jacques Rousseau (the Social Contract) 
Suara rakyat merupakan "hasrat umum".
Kedaulatan suara rakyat lebih tinggi daripada institusi raja dan birokrasi.
Golongan revolusi
Menentang pemerintahan autokratik Raja Louis XVI (1774-1792) dan golongan bangsawan - memonopoli banyak keistimewaan,
rakyat dibebani dengan pelbagai cukai.
Menggempur penjara Bastile, bebaskan tahanan politik
Menggulingkan Raja Louis XVI
Kemunculan Republik Perancis dan mengakhiri sistem pemerintahan beraja.

 
Perkembangan Idea Nasionalisme di Asia
 
Kesan daripada kedatangan dan penjajahan kuasa Eropah di Asia.
Untuk menamatkan penjajahan kuasa asing, pembinaan negara bangsa dan menuntut perubahan politik.
Kebangkitan nasionalisme di India, China, Mesir, empayar Uthmaniyah dan Jepun.

 
Nasionalisme di India

Reaksi penduduk tempatan terhadap imperialisme British.


Dahagi India 1857- pemberontakan oleh sepoi/ askar upahan British berbangsa India terhadap ancaman Brtish kepada adat, budaya
dan agama masyarakat setempat.
Nasionalisme awal
Isu sosioagama
Brahmo Samaj dan Arya Samaj - Suatu pertubuhan meningkatkan rasa cinta kepada budaya tempatan.
Penghujung abad ke-19
 Kemunculan golongan intelektual - mulakan gerakan nasionalisme lebih tersusun.
Kongres Kebangsaan India (Indian National Congress, INC) 1885 dan Liga Muslim 1906 ditubuhkan - untuk menyuarakan pendapat.
Awal abad ke-20
Nasionalis radikal (Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal) mengetuai gerakan bersifat keras - menggerakkan semangat
penentangan secara militan.
Selepas Perang Dunia Pertama
INC tidak bekerjasama dengan British.
Diterajui oleh Mahatma Gandhi yang memengang pegangan satyagraha -  berpegang teguh kepada kebenaran tanpa
keganasan.
Selepas Perang Dunia Kedua
INC dan Liga Muslim - membuat rancangan pembahagian India kepada negara India dan Pakistan.
14 Ogos 1947 - Pakistan negara merdeka, Muhammad Ali Jinnah sebagai Gabenor Jeneral Pakistan.
15 Ogos 1947 - India negara merdeka, Jawaharlal Nehru sebagai Perdana Menteri pertama.

 
Nasionalisme di China

Pengukuhan peradaban China daripada ancaman penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing.
Menentang kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu (kerajaan Manchuria) - gagal menghalang kemasukan pengaruh dan campur
tangan Barat.
Anti-Barat.
Dr. Sun Yat Sen - Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i), ideologi perjuangan iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial.
Tahun 1911 - gerakan Revolusi China berjaya menumbangkan pemerintahan Dinasti Manchu dan diganti dengan pemerintahan republik
di China.

 
Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir

Mempertahankan pemerintahan Islam dan agama Islam daripada pemerintahan Barat pada abad ke-19 - tercetus gerakan Pan-
Islamisme dan gerakan Islah.
Gerakan Pan-Islamisme
Al-Urwah al-Wutqha (Ikatan yang Kuat) ditubuhkan oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani - untuk memperkuat rasa persaudaraan
dan membawa kemajuan.
Akhbar al-Urwah al-Wutqha - sebarkan idea Pan-Islamisme untuk bangkit menghalang peluasan kuasa Barat.
Tahun 1914 - empayar Uthmaniyah keluarkan fatwa untuk bersama-sama bangkit menentang dan berjuang.
Khalifah Abdul Hamid II - menggerakkan idea Pan-Islamisme.
mendapat sokongan di seluruh dunia - Kebangkitan Tok Janggut menentang British di Kelantan.
Gerakan Islah
Gerakan pemulihan Islam.
Dipimpin oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh.
Terjadi akibat imperialisme Barat yang mengubah budaya dan tradisi kepercayaan masyarakat tempatan.
Menyeru umat Islam berpegang dengan ajaran al-Quran dan Hadis - memperbaik kehidupan masyarakat untuk bebas daripada
penjajahan.

 
Nasionalisme di Jepun

Disebabkan oleh kesedaran untuk mengelakkan ancaman imperialisme Barat.


Maharaja Mikado Meiji (1868) - lancarkan pemulihan Jepun yang menekankan pemodenan mengikut model Barat.
Prinsip dan semangat bushido menjadi asas nasionalisme Jepun -  sikap sanggup menanggung risiko, bersungguh-sungguh mencapai
cita-cita dan berkorabn untuk ketua dan negara.
Pemulihan Meiji - menjadikan Jepun sebagai negara perindustrian dan kuasa tentera yang kuat pada awal abad ke-20.
Desakan ekonomi dan nasionalisme melampau oleh golongan tentera - Jepun menjadi kuasa imperialis di Asia.

 
Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

 
Bermula daripada gerakan membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Barat - berlaku di Filipina, Burma (Myanmar), Vietnam dan
Indonesia.
Thailand - gerakan nasionalisme menuntut pembaharuan dalam pentadbiran untuk mengekalkan kedaulatan negara daripada
ancaman imperialisme.

 
Nasionalisme di Filipina

Untuk menghapuskan penjajahan asing.


Jose Rizal, Andres Bonifacio (Bonifacio) dan Emilio Aguinaldo (Aguinaldo) - tokoh nasionalisme.
Jose Rizal
Memimpin Gerakan Propaganda untuk menuntut Filipina dijadikan sebahagian wilayah Sepanyol dan mempunyai hak yang sama
rata.
Menubuhkan Liga Sepanyol 1892 - mendesak Sepanyol lakukan perubahan politik, ekonomi dan sosial di Filipina.
Gerakan Propaganda gagal dan telah mencetuskan gerakan yang lebih radikal oleh Bonifacio.
Andres Bonifacio
Menubuhkan Katipunan - gerakan revolusioner - untuk memperoleh kemerdekaan melalui revolusi.
Menggunakan akhbar Kalayan - sebar idea revolusi kepada rakyat Filipina.
berkerjasama dengan Aguinaldo memimpin Katipunan lancarkan Revolusi Filipina pada 1896 - untuk singkirkan pemerintahan
Sepanyol - usaha gagal. 
Emilio Aguinaldo
Bekerjasama dengan Amerika Syarikat - berjaya mengusir Sepanyol.
Amerika Syarikat tidak iktiraf Penisytiharan Kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo pada 1899 - Filipina jatuh bawah penguasaan
Amerika Syarikat.
Golongan nasionalis mengubah strategi - menggunakan hubungan diplomasi melalui parti politik sederhana.
Sergio Osmena, pemimpin Parti Nasionalis dilantik menganggotai Dewan Perhimpunan Filipina tahun 1907 - gerakan ditersukan
sehingga Perang Dunia Kedua.

 
Nasionalisme di Burma (Myanmar)

Perjuangan oleh
Golongan kelas menengah. 
Sami Buddha (pongyi).
Thakin (siswazah universiti).
Menentang imperialisme dan pengaruh British yang mengancam agama Buddha.
Persatuan Belia Buddha 
 Mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan dan kebudayaan Burma.
Isu kasut digunakan - Orang British memakai kasut ketika memasuki kuil Buddha, dianggap mencemari kesucian agama Buddha.
Dinamakan Majlis Persatuan Am Kesatuan Burma selepas diambil alih oleh pemimpin yang lebih radikal (U Ba Pe) - Isu bangsa
Burma diperjuangkan.
Revolusi Pelajar (1920)
Menuntut penubuhan universiti.
Golongan sami Buddha 
Menubuhkan Majlis Am Sangha Samagyi.
Mencetuskan pemberontakan Saya San (1930-1932).
Diketuai oleh Saya San (bekas pongyi).
Disokong oleh golongan petani yang terbeban dengan cukai.
Pengenalan Perlembangaan Burma 1935
Memisahkan Burman dan India.
Merangsangkan perjuangan berkerajaan sendiri.
Golongan Thakin (siswazah universiti )
Menubuhkan Parti Do Bama Asiayone (Kami Orang Burma) untuk menuntut kemerdekaan.
Pemimpin parti
Aung San
Kyaw Nein
U Nu
Mengguna gelaran "Thakin" yang bermaksud tuan - menegaskan agar orang Burma mesti bertuankan orang Burma.
Dr. Ba Maw memenangi pilihan raya 1937 - dilantik sebagai Perdana Menteri pertama.

 
Nasionalisme di Vietnam

Kemunculan nasionalisme akibat perubahan sosiopolitik dan sosioekonomi setelah kedatangan Perancis.
Gerakan nasionalisme oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin.
Memperjuangkan pemulihan sisten pemerintahan beraja.
Golongan intelektual 
Tingkatkan kesedaran politik dan gerakan anti-Perancis.
Melalui akhbar Tribune Indige dan Cloche Felee.
Mengkritik penindasan Perancis dan menuntut hak rakyat Vietnam.
Selepas Perang Dunia Kedua
Gerakan revolusi dan mempunyai dua aliran ideologi iaitu nasionalisme dan komunisme.
Parti nasionalisme/ Parti Nasionalis Veitnam - Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD)
Pimpinan Nguyen Thai Hoc
Berteraskan demokrasi, nasionalisme dan sosiolisme.
Lancarkan pemberontakan terhadap Perancis pada 1930
Perancis menangkap dan membunuh pemimpin VNQDD, Nguyen Thai Hoc.
Parti Komunisme/ Parti Komunis Vietnam (PKV)
Pimpinan Ho Chi Minh
Meneruskan gerakan revolusi menentang Perancis selepas kematian Nguyen Thai Hoc.
Berjaya mengisytiharkan kemerdekaan Republik Demokratik Vietnam di Hanoi, Vietnam Utara pada 1945.
Ho Chi Minh dilantik sebagai presiden pertama.
Vietnam selatan (Saigon) - jatuh bawah pengaruh Perancis dan Amerika Syarikat.
Gerakan nasionalisme berterusan sehingga Republik Vietnam dibentuk pada tahun 1976.

 
Nasionalisme di Indonesia

Berkisarkan isu pendidikan yang boleh mengubah nasib rakyat akibat dasar penjajah Belanda.
Raden Adjeng Kartini
Memimpin perjuangan untuk memajukan pendidikan kaum wanita.
Karyanya, Hilang Gelap Terbitlah Terang  1911 telah dibukukan dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Letters of a Javanese
Princess - mendedahkan diskriminasi Belanda menindas dan membawa kemunduran bangsa Indonesia. 
Muhammadiyah
Gerakan yang lebih tersusun.
Mempertahankan agama Islam daripada sekularisme Barat.
Perjuangan parti politik radikal
Sarekat Islam (SI)
Partai Komunis Indonesia (PKI)
Partai Nasionalis Indonesia (PNI) - Soekarno sebagai pemimpin.
Kongres Pemuda Indonesia 
Melahirkan ikrar "Sumpah Pemuda".
Tiga asas dalam sumpah
Satu tanah air
Satu bangsa
Satu bahasa
Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI)
Diketuai oleh Soekarno
Gabungan organisasi dan parti politik Indonesia.
Memperjuangkan kemerdekaan.

 
Nasionalisme di Thailand

Berbeza daripada gerakan nasionalisme di negara Asia Tenggara.


Bertujuan mempertahankan kedaulatan negara.
Menuntut penglibatan rakyat dalam pemerintahan.
Dipelopori Raja Thailand - usaha diplomasi dan pemodenan.
Strategi pemodenan oleh Raja Mongkut
Membina hubungan baik dengan kuasa Barat seperti British, Amerika Syarikat dan Perancis.
Melaksanakan birokrasi Barat.
Membawa masuk 80 orang penasihat Barat.
Penasihat kewangan, pelabuhan dan polis dari Britain.
Penasihat kastam dari Amerika Syarikat.
Penasihat ketenteraan dari Perancis.
Guru dari British untuk melaksanakan pendidikan Barat.
Diteruskan oleh putera baginda, Raja Chulalongkorn - Thailand bebas daripada penjajah Barat.
Pemerintahan Raja Vajiravudh
Rakyat menentang pemerintahan kerana kelemahan pentadbiran dan penguasaan politik oleh kerabat raja.
Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshal Phibulsongkram - tubuhkan Parti Rakyat dan lancarkan Revolusi Thai 1932.
Pemerintahan raja berkuasa mutlak ditamatkan akibat revolusi tersebut - Pemerintahan raja berperlembangaan diperkenalkan.
Kedudukan raja tertinggi tetapi Perdana Menteri menjalankan urusan pentadbiran.
Rakyat menolak penguasaan ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina.
Perdana Menteri, Phibulsongkram meluluskan undang-undang:
Menyekat penguasaan ekonomi orang Cina.
Menggalakkan peribumi terlibat dalam ekonomi.
Semasa Perang Dunia Kedua
Dasar bekerjasama dengan Jepun menyebabkan Thailand tidak dijajah oleh Jepun.
Memperoleh hak semula wilayah di Indochina dan negeri utara Tanah Melayu.

 
Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita
 
Kesedaran meningkat semasa ancaman Siam dan British oleh tokoh pejuang tempatan.
 
Zaman Ksultanan Melayu Melaka

Sultan Mahmud Shah melakukan serangan terhadap Portugis sebanyak tiga kali namun gagal. 

 
Perjuangan Sultan Kedah, Sultan Abdullah Mukarram Shah

Penentangan ancaman luar, Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI).


Berusaha mendapatkan Pulau Pinang kembali.

 
Penghulu Dol Said, Dato' Maharaja Lela Pandak Lam, Dato' Bahaman, Rentap, Mat Salleh, Tok Janggut dan Haji Ahmad Limbong

Bersifat setempat.
Mendapat reaksi yang keras daripada penjajah - memaksa masyarakat bergerak secara sederhana.

 
Gerakan Islah

Dibawa oleh tokoh: Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Mohd Taha dan Syed Sheikh al-Hadi.
Penulisan akhbar oleh: Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Muhammad Rakawi Yusuf, Abdul Rahim Kajai, Hajah Zainon Munshi Sulaiman (Ibu
Zain) dan Fatimah Yaakub.

 
Pertubuhan sosioekonomi

oleh golongan berpendidikan Inggeris dan Melayu.


Tokoh: Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestanam dan Burhanuddin al-Helmi

 
Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme
 
Peranan agama

Kemunculan gerakan Islah memainkan peranan sebagai alat perpaduan dan pencetus nasionalisme.

 
Penulisan kreatif

karya-karya menjadi media untuk menyampaikan mesej keperitan dan penderitaan rakyat.
contoh karya
Novel Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid.
Cerpen Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai.
Karya Pak Sako - menyindir penjajah.

 
Media cetak

Akhbar dan majalah digunakan untuk menyebar berita dan maklumat.


Contoh akhbar dan majalah
Jawi Peranakan
Sekola Melayu
Al-Imam
Neracha
Pengasuh
Fajar Sarawak

 
Sistem pendidikan

Penubuhan madrasah - Madrasah al-Attas, Madrasah al-Masyhur, Madrasah al-Idrisiyah


Menerima idea nasionalisme dari Sumatera Barat dan pelajar yang pulang belajar dari Mesir.
Pelajar didedahkan idea tokoh falsafah Islam dan Barat.

 
Kemunculan golongan intelektual

Lepasan Timur Tengah - Syed Sheikh a-Hadi


Intelektual lepasan pendidikan Inggeris dan Melayu - Abdul Kadir Adabi, Dato' Undang Rembau Abdullah Haji Dahan, Mohammad Eunos
Abdullah, Ustaz Abu Bakar Mohd Said dan Ibrahim Haji Yaakob.

 
Pengaruh luar dan serantau

Kebangkitan Pan-Islamisme menyedarkan umat Islam.


Gerakan Islah menggesa umat Islam melakukan pembaharuan.
Kemenangan Jepun menewaskan Rusia membuka mata penduduk tempatan.
Gerakan Revolusi China menimbulkan kesedaran nasionalisme.
Perjuangan Mahatma Ghandi di India dan Jose Rizal di Filipina dan Soekarno di Indonesia menyemarakkan semangat menentang
penjajah di negara kita.

 
Perkembangan Nasionalisme
 
Mempunyai tiga aspek

Perkembangan nasionalisme yang dipimpin oleh golongan intelektual.


Ditinjau melalui penulisan - guru, penuli dan wartawan, hasilkan akhbar, majalah, novel, cerpen dan puisi.
Kewujudan pertubuhan dan persatuan.

 
Perjuangan Golongan Intelektual

Intelektual berpendidikan agama


Tokoh digelar sebagai Kaum Muda - salurkan idea melalui gerakan Islah.
Agama Islam sebagai asas kemajuan untuk dunia dan akhirat.
Penubuhan madrasah.
Wanita diberikan peluang belajar di madrasah.
Idea disebarkan melalui akhbar dan majalah.
Intelektual berpendidikan Inggeris
Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK).
Melatih bangsawan untuk menyuarakan hak mendapat pendidikan bagi orang Melayu.
Mereka salurkan idea dan tuntutan secara baik dengan British - menggunakan akhbar.
Intelektual berpendidikan Melayu
Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) 
Kewujudan Pejabat Karang Mengarang - hasilkan buku berkualiti, mengasah bakat pelajar.
Kemasukan bahan bacaan dari Timur Tengah dan Indonesia.
Menitikberatkan mata pelajaran Sejarah dan keagungan empayar Melayu di Alam Melayu.
Mata pelajaran Anyaman dan Kesihatan juga diangga penting.
Pertubuhan Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung Borneo ditubuhkan.

 
Perjuangan melalui penulisan

Akhbar dan Majalah


Digunakan untuk mengetengahkan isu hak dan masa depan bangsa, polemik Kaum Muda dengan Kaum Tua, isu pentadbiran,
ekonomi, dan sosial.
Syarikat Jelutong press menyuburkan kegiatan penerbitan akhbar.
Intelektual yang berpendidikan Melayu dan Inggeris juga terlibat dalam perkembangan persuratan.
Akhbar Masyarakat Cina dan India
Masyarakat Cina
Merangsang pemikiran masyarakat Huachiao (kaum Cina seberang laut) - perjuangkan nasib wanita dan menyemai
perasaan cinta akan negara China.
Contoh: Lat Pau dan Modern Daily News.
Pada tahun 1929, orientasi penulisan lebih kepada antiimperialisme.
tahun 1930-an, akhbar mula memperjuangkan soal kesatuan sekerja dan keadilan sosioekonomi bagi masyarakat kelas
bawahan.
Masyarakat India
Menerbitkan akhbar walaupun beroperasi dalam masi yang singkat.
Memperjuangkan kepentingan politik dan sosial masyarakat India di negara ini.
Contoh: Tamil Nesan dan Tamil Murasu.
Akhbar The Indian dan Indian Pioneer - memuatkan kepentingan perpaduan masyarakat kelas tengah.
Karya Kreatif
Kemunculan novel bertemakan semangat cinta akan negara dan perjuangan membela nasib bangsa.
Contoh: novel Mari Kita Berjuang oleh Abdullah Sidek - menyeru masyarakat memerdekakan diri dari aspek ekonomi.
Contoh puisi: "Angan-angan dengan Gurindam" oleh Omar Mustaffa, "Sedarlah" oleh Harun Aminurrashid dan "Serunai Pujangga"
oleh Abdul Samad Ahmad.
Cerpen pula banyak bertemakan semangat pejuang, nasib bangsa dan cinta akan tanah air.
Contoh: "Rumah Besar Tiang Sebatang" oleh Ishak Haji Muhammad, "Cerita Awang Putat" karya Abdul Rahim Kajai.

 
Perjuangan melalui persatuan

Kesatuan melayu Singapura (KMS) 1926


Ditubuhkan oleh Mohammad Eunos Abdullah.
Menggalakkan ahli aktif dalam pentadbiran.
Memperjuangkan kepentingan orang Melayu dalam politik dan pendidikan.
Mementingkan pelajran teknik dan pengajian tinggi.
Kejayaan KMS mendorong banyak penubuhan persatuan.
Berkerjasama dengan British - meminta supaya orang Melayu diberi peluang dalam pentadbiran.
Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM)
Menggalakkan ahli bersatu dan bertukar-tukar pendapat.
Bermula di Pulau Pinang tahun 1934 - mengadakan perhimpunan seluruh Tanah Melayu hingga tahun 1939.
Berusaha menyatukan pergerakan orang Melayu melalui kongres atau persidangan.
Menghimpunkan wakil persatuan Melayu dari Brunei, Labuan dan Sarawak untuk mengutarkan isu kebangsaan.
Di Sabah, ramai kalangan tokoh yang aktif dalam organisasi berbentuk penulisan.
Kebanyakkan ahli di Sabah terdiri daripada guru sekolah Melayu, pegawai rendah kerajaan dan peniaga.
Kesatuan Melayu Muda
Ditubuhkan oleh Ibrahim Haji Yaakob.
Berjuang melalui akhbar Majlis.
Menentang British dengan gagasan Melayu Raya.
Dianggap radikal oleh British kerana berani menentang kerajaan kolonial.
Membangkitkan perasaan anti-British melalui penulisan dalam Akhbar dan majalah.
Persatuan Masyarakat Cina dan India
Persatuan Cina
Sebelum Perang Dunia Kedua, masyarakat Cina masih menumpukan perhatian kepada negara China.
Pemimpin revolusi China, Dr. Sun Yat Sen melawat pemimpin Cina di negara kita sebanyak empat kali.
Untuk mendapat sokongan penentangan kerajaan Manchuria di China.
Masyarakat  Cina yang lahir di negeri-negeri Selat atau Cina Peranakan memberi perhatian kepada kebajikan dan
perkembangan politik tempatan.
Tan Jiak Kim berpendidikan Inggeris menubuhkan Persatuan Orang Cina Peranakan British (SCBA).
Menggalakkan pendidikan tinggi dan teknikal dalam kalangan masyarakat Cina.
Tan Cheng Lock berusaha SCBA di Melaka dan menuntut peluang perkhidmatan kerajaan.
Persatuan India
Ditubuhkan untuk menjaga kepentingan masyarakat India di Tanah Melayu - Persatuan India Taiping dan Persatuan India
Pulau Pinang.
Persidangan India Se-Malaya diadakan untuk membincangkan isu masyarakat India.
G.V Thaver menubuhkan Malayan Indian Associastion (MIA).
Dr. A.M. Soosay memimpin Central india Association of Malaya (CIAM) - gabungan 12 persatuan India dan empat dewan
perniagaan.
CIAM berjaya menaikkan idea nasionalisme masyarakat India di Tanah Melayu. 
Masyarakat Sikh
Terlibat dalam pasukan keselamatan.
Menjadikan berek polis atau kuarters kerajaan dan gurdwara sebagai tempat aktiviti sosial dan agama.
Menubuhkan Persatuan Khalsa Diwan Malaya. 
Masyarakat India Muslim melibatkan diri dalam perniagaan dan pentadbiran.
 
Kesan Perkembangan Nasionalisme
 
Politik

Golongan intelektual berpendidikan Inggeris dan KMS gesa kerajaan - meningkatkan peluang pekerjaan dalam pentadbiran British.
Bilangan orang Melayu bertambah dalam Malayan Civil Service (MCS).
British memperkenalkan dasar desentralisasi untuk mengembalikan kuasa sultan, residen dan Majlis Mesyuarat Negeri.
Orang Melayu mula menyuarakan kepentingan berpersatuan - membincangkan soal politik.
Menubuhkan Kelab bacaan dan pasukan drama agar masyarakat Cina dapat membaca berita dari China.
Tahun 1921 banyak sekolah yang menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar ditubuhkan bagi menggantik dialek.
Masyarakat India di Tanah Melayu membentuk identiti sendiri dan semakin memetingkan perkembangan politik tempatan.
Kemunculan nasionalisme menyebabkan British lebih berhati-hati dan bertindak mengadakan beberapa sekatan.

 
Ekonomi

Gesan Kaum Melayu membangkitkan semangat berniaga dalam kalangan masyarakat Melayu - persatuan kebajikan bernama al-
Jamiah al-Khairiah di Singapura ditbuhkan.
Za'ba memberi kesedaran kepada guru pelatih akan kepentingan pendidikan tinggi dan kurikulum bahasa Inggeris.
Akhbar berbahasa Inggeris The Malay Mail and The Malaya tribune mengasaskan dana bagi membantu orang Melayu melanjutkan
pelajaran ke luar negara.
Persatuan Guru-guru Melayu Selangor dan persatuan negeri menyokong usaha tersebut.

 
Sosial

Orang Melayu menulis dan menerajui majalah sendiri untuk mendapat peluang pendidikan.
Lepasan SITC menunjukkan peningkatan.
Kemunculan lebih ramai guru wanita menaikkan lagi semangat nasionalisme.
Penggerak utama Bulan Melayu, Ibu Zain mengingatkan tentang kepentingan ilmu untuk mengangkat martabat wanita.
Masyarakat India dan Ceylon menubuhkan persatuan untuk menjaga kebajikan.
Contoh: E.E.C. Thuraisingham, Presiden Malayan Rubber Estate Owner Association - berjaya meningkatkan perusahaan getah.
Menjelang Perang Dunia Kedua, masyarakat Cina meminta British menimbangkan penglibatan mereka dalam jawatankuasa kerajaan.
Tan Cheng Lock menganggotai Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat (SSLC). 
Menuntut kebajikan dan dana belajar untuk masyarakat Cina.

© 2022 Pandai.org Hakcipta Terpelihara Didikan penuh  dari Malaysia

Anda mungkin juga menyukai