Anda di halaman 1dari 10

Sejauhmanakah proses anti kolonialisme yang

dilancarkan oleh institute monarki pada penghujung


abad ke-19 merupakan gerakan nasionalisme?
AIL2016- NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
NUR QAMARINA BT MOHD RIDZUAN
AIL170030
NASIONALISME
 Nasionalism boleh dibahagikan kepada dua fahaman atau teori iaitu nasionalisme berasaskan
social dan nasionalisme berasaskan politik.
 Teori yang menggunakan pendekatan sosiologi mengenalpasti serta menerangkan akar sosial
yang menyebabkan manusia mengambil tindakan nasionalis. Teori yang menggunakan
pendekatan politik pula menerangkan bagaimana aliran nasionalisme yang berbeza dalam
sesuatu masyarakat mempunyai matlamat politik yang berbeza.
 Nasionalisme adalah satu fahaman politik di mana masyarakat moden mengesahkan tuntutan
mereka kepada pihak berkuasa dan mempunyai kesetiaan yang sangat tinggi kepada negara
bangsa yang sudah wujud atau yang diinginkan.(Hans Kohn)

ANTI KOLONIALISME
 Anti kolonialisme adalah satu bentuk penentangan yang dilakukan oleh nasionalis keatas
penjajahan yang dilakukan ke atas sesebuah Negara.
 Teori anti kolonial berfungsi dengan idea bahawa semua pengetahuan mesti bertujuan
untuk mencabar penjajahan.
KAITAN ANTARA ANTI KOLONIALISME
DENGAN NASIONALISME
 Adakah Anti kolonialisme berkaitan dengan Nasinalisme?
 Antara dua aspek ini kita boleh lihat nasionalisme terbahagi kepada dua teori iaitu
berasaskan social dan politik.
 Jadi sedikit sebanyak ianya mempengaruhi anti kolonialisme kerana ianya adalah proses
melawan penjajahan yang banyak memudaratkan rakyat bawahan kerana mereka tidak
mempunyai kepentingan yang besar kepada Negara.
 Boleh dikaji berdasarkan peristiwa penentangan yang berlaku di Asia Tenggara sama ada
anti kolonialisme berkait dengan nasionalisme.
VIETNAM
 Perancis telah melakukan penjajahan ke atas Vietnam pada awal abad ke 17.
 Van Cuong adalah pergerakan pemberontakan Vietnam berskala besar antara 1885 dan
1889 terhadap pemerintahan penjajah Perancis.
 Objektifnya adalah untuk mengusir Perancis dan meletakkan Maharaja Hàm Nghi sebagai
pemimpin Vietnam yang bebas.
 Pergerakan itu berjaya pada peringkat awal tetapi gagal setelah Perancis pulih dari kejutan
pemberontakan dan menghantar tentera ke Annam dari pangkalan di Tonkin dan
Cochinchina.
 Pada peringkat awal pemberontakan = anti kolonialisme kerana wujud penentangan
terhadap penjajahan asing.
 Peristiwa Can Vuong telah menjadi titik perubahan dalam perlawanan Vietnam terhadap
pemerintahan Perancis apabila kuasa raja dikekalkan tetap nasib rakyat tidak dipedulikan
maka wujudlah matlamat lain selain daripada untuk memperolehi kuasa politik shj.
 Maka dapat disimpulkan bahawa proses anti kolonialisme di Vietnam merupakan gerakan
nasionalisme.
FILIPINA
 Permulaan penjajahan Sepanyol ke atas Filipina adalah pada tahun 1565.
 Pada abad ke 19, perkembangann ekonomi di Filipina telah membuka jalan kepada
kemunculan idea nasionalisme.
 Insiden Cavite 1872 menjadi factor pemangkin kepada penyatuan orang Filipina dan
menjadi titik tolak kepada perkembangan idea nasionalisme.
 Pejuang Filipina yang menjalankan proses propaganda adalah Jose Rizal yang mana beliau
menerapkan istilah ‘motherland’ dalam diri masyarakat.
 Jose Rizal adalah seorang reformis yang berfikiran liberal, kebebasa, persamaan hak dll.
 Beliau percaya senjata yang paling tajam untuk menetang musuh adalah melalui penulisan
kerana banyak perkara yang boleh didedahkan melalui penulisan.
 Maka, nasionalisme di Filipina sangat berkait rapat dengan anti kolonialisme kerana
berlaku penindasan kepada rakyat oleh penjajah.
THAILAND
 Kemunculan nasionalisme di Thailand berbeza dengan nasionalisme di Asia Tenggara yang
lain.
 Terbahagi kepada dua tahap.
 Tahap yang pertama= rasa tidak puas hati rakyat tempatan terhadap penguasaan politik
oleh kerabat diraja dan penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
 Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros Raja Vajiravudh telah membuatkan rakyat
tidak berpuas hati.
  Tahap kedua =rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis
barat dan orang Cina. Semasa Phibul Shongram menjadi perdana menteri, beliau telah
meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan orang Cina.
 Melalui kedua tahap ini proses anti kolonialisme tidak jelas dilihat kerana tiada
penentangan keatas penjajah asing.
INDONESIA
 Munculnya nasionalisme di Indonesia adalah kerana sifat anti-kolonialisme terhadap penjajahan
Belanda.
 Pengeksploitasi ekonomi oleh Belanda telah merisaukan penduduk Indonesia
 Sarekat Islam yang merupakan satu organisasi bagi mengatasi maslah eksploitasi ekonomi pada
awalnya telah berkembang menjadi satu organisasi gerakan nasionalis apabila Belanda merasakan SI
adalah satu ancaman bagi mereka.
 Sewaktu pimpinan Tjokroaminoto, tujuan penubuhan SI telah diperluaskan dimana ia mengajak semua
umat Islam untuk sama-sama menentang penjajahan Belanda berlandaskan semangat Pan-Islamisme
 Dalam era Reformasi, gerakan nasionalisme Indonesia menjadi lebih radikal berikutan tragedi 12 Mei
1998 terjadi penembakan mahasiswa Trisakti.
 Perkara ini telah menimbulkan kemarahan penduduk menjadikan penentangan mereka terhadap
Belanda lebih radikal
 Oleh itu, anti-kolonialisme di Indonesia berkait rapat dengan nasionalisme kerana mereka mengimpikan
sebuah kerajaan Republik Indonesia yang bebas dari belenggu penjajahan.
TANAH MELAYU
 Kebangkitan awal semangat nasionalis telah digerakkan oleh Kaum Muda (1930-an) yang
dipelopori golongan intelektual Melayu yang mendapat pendidikan luar.
 Fokus perjuangan adalah menyedarkan masyarakat Melayu untuk memajukan diri dari
segi sosial, ekonomi dan politik.
 Kebanyakan idea disebarkan melalui penulisan dalam akhbar dan majalah.
 Gerakan nasionalis di Tanah Melayu adalah bersandarkan kuasa politik, ekonomi dan
sosial dimana kuasa pemerintahan beraja tidak diusik.
 Ini kerana British tetap mengekalkan pemerintahan beraja di Tanah Melayu bagi
mendapatkan sokongan rakyat.
 Maka, gerakan nasionalis di Tanah Melayu tidak berkait dengan anti-kolonialisme kerana
perjuangan yang dilakukan berdasarkan semangat untuk mewujudkan Negara yang
merdeka.
KESIMPULAN

 Bagi saya setiap proses anti kolonialisme yang dlakukan tidak semestinya mempunyai
kaitan dengan nasionalism tetapi ianya bergantung kepada peristiwa penentangan yang
terjadi dan apa tujuan penentangan itu dilakukan.
 Kedua-duanya berkait rapat kerana untuk mendapatkan Negara bangsa yang merdeka,
masyarakat perlu menghadapi kekejaman penjajah dan perkara itu akan tetap diingati.
RUJUKAN

 Chinnakannu Reday, Krishna Murthy (2002) Perkembangan idea nasionalisme di


Filipina sehingga pembentukan Republik Malolos : suatu perjuangan daripada
pasif kepada aktif / Krishna Murthy a/l Chinnakannu Reday. Masters thesis,
Universiti Malaya.
 Kahin, George McTuman. Nationalism and Revolution in Indonesia. Ithaca, New
York: Cornell University Press, 2003.
http://www.jstor.org/stable/10.7591/j.ctv3s8ndm.
 Kohn, H. "Nationalism."

Anda mungkin juga menyukai