Anda di halaman 1dari 16

BAB 2 KEBANGKITAN NASIONALISME

2.1 Maksud Nasionalisme


Maksud
 Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara
 Semangat kebangsaan untuk menentang penjajahan serta membela
bangsa dan negara
 Gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada
kuasa asing
Pendapat Tokoh
Hans Kohn
 Gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau
bangsanya
Profesor William R. Roff
 Nasionalisme Melayu lebih kepada kesedaran dan ketegasan diri
 Disebabkan oleh ancaman terhadap hak kepentingan orang Melayu dan
faktor ekonomi
 Kebimbangan terhadap sekularisme dan imperialisme Barat
Dato’ Onn Jaafar
 Kita hendak menzahirkan bangsa yang lebih tegap dan kuat
 Boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri
 Mengambil tempat kita yang sebenar
Dr. Burhanuddin al-Helmi
 Perjuangan menentang penjajahan hendaklah ada persatuan yang kuat,
iaitu National Fronts
 Usaha untuk mencapai kemerdekaan hendak berpegang pada tatatertib
dan adab sopan bangsa Melayu dan Islam
Dr. R. Suntharalingam
 Hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negara sendiri
 Memindahkan kedaulatan kepada rakyat
 Kesetiaan ulung individu kepada negara bangsa

1
Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid
 Wujud sejak zaman Kesultanan Melaka
 Kesetiaan kepada raja
 Berpegang pada “Tanah Melayuan”
Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
 Perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul
dan negara sendiri sebelum merdeka
2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat
Revolusi Keagungan (1688) – England
 Keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat
 Tercetus kerana Raja James II membelakangkan parlimen
 Ahli parlimen bangkit menentang dengan sokongan Mary II dan
suaminya, Raja William of Orange dari Belanda
 Raja James II melarikan diri ke Perancis
 Berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah
 Konsep kedaulatan parlimen dan sistem raja berperlembagaan
dimantapkan semasa pemerintahan Mary II dan William of Orange
 Bill of Rights digubal
Revolusi Amerika (1766)
 Menentang penjajahan British
 Disebabkan British tidak melindungi hak penduduk Amerika
 Terdapat 13 buah tanah jajahan British di Amerika
 Penduduk Amerika menentang Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dan
Akta Teh yang mengenakan cukai di tanah jajahan tersebut
 Menggunakan slogan “tiada cukai tanpa perwakilan” kerana tiada wakil
Amerika dalam parlimen
 Kongres yang diketuai George Washington mengisytiharkan perang
terhadap British demi kemerdekaan
 Kongres meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh
Thomas Jefferson

2
 Perisytiharan tersebut menegaskan sekiranya kerajaan tidak dapat
menjamin hak kehidupan, kebebasan dan kebahagiaan, penduduk berhak
untuk membentuk kerajaan baharu
 Amerika Syarikat yang mengamalkan demokrasi ditubuhkan
Revolusi Perancis (1789)
 Tercetus daripada idea nasionalisme oleh golongan pemikir Perancis
 Memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan
 Jean Jacques Rousseau
o Menulis The Social Contract
 – Keunggulan suara rakyat menjamin kesejahteraan rakyat
 – Suara rakyat digelar sebagai “hasrat umum”
 – Kedaulatan suara rakyat lebih tinggi darapada institusi raja dan
birokrasi
 Golongan revolusi
o Menentang pemerintahan autokratik Raja Louis XVI dan golongan
bangsawan
o Menggempur penjara Bastile untuk membebaskan tahanan politik
o Menggulingkan Raja Louis XVI
 Republik Perancis muncul dan pemerintahan beraja berakhir
2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia
Nasionalisme di India
 Reaksi penduduk terhadap dasar imperialisme British
 Titik tolak: Dahagi India 1857
 Awal:
o Bercorak gerakan yang mengutamakan isu sosioagama
o Pertubuhan penting: Brahmo Samaj dan Arya Samaj
 Menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya tempatan
 Penghujung abad ke-19:
o Kemunculan golongan intelektual
o Lebih tersusun

3
o Pertubuhan politik: Kongres Kebangsaan India (INC) dan Liga Muslim
 Awal abad ke-20:
o Gerakan bersifat keras
o Diketuai nasionalis radikal seperti Bal Gangadhar Tilak dan Bipin
Chandra Pal
o Secara militan
 Selepas Perang Dunia Pertama:
o INC memperlihatkan dasar tidak bekerjasama dengan British
o Diterajui Mahatma Gandhi yang memupuk pegangan satyagraha
 Selepas Perang Dunia Kedua:
o INC dan Liga Muslim merancang pembahagian India kepada negara
India dan Pakistan
o Pakistan diumumkan merdeka dengan Muhammad Ali Jinnah sebagai
Gabenor Jeneral
o India diumumkan merdeka dengan Jawaharlal Nehru sebagai Perdana
Menteri
Nasionalisme di China
 Bertujuan mengukuhkan peradaban China daripada penguasaan oleh
kuasa asing
 Bercorak anti-Barat
 Bermula dengan penentangan terhadap kelemahan pemerintahan Dinasti
Manchu
o Kerajaan Manchuria dianggap sebagai orang luar dan kehilangan
mandat
o Gagal menghalang kemasukan pengaruh dan campur tangan Barat
 Dr. Sun Yat Sen mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i)
o Asas gerakan Revolusi China pada 1911 yang berjaya menumbangkan
Dinasti Manchu dan kemunculan pemerintahan republik di China

4
Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir
i) Gerakan Islah
 Gerakan pemulihan Islam
 Dipelopori oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad
Abduh
 Disebabkan oleh imperialisme Barat mengubah budaya dan tradisi
kepercayaan masyarakat tempatan
 Tujuan:
o Memupuk ajaran Islam sebenar yang berpandukan al-Quran dan Hadis
o Memperbaik kehidupan masyarakat supaya bebas daripada penjajahan
ii) Gerakan Pan-Islamisme
 Kumpulan al-Urwah al-Wuthqa (Ikatan yang Kuat):
o Ditubuhkan oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani
o Untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat Islam
kepada kemajuan
o Menerbitkan akhbar al-Urwah al-Wuthqa untuk menyebarkan idea
Pan-Islamisme
 Empayar Uthmaniyah:
o Khalifah Abdul Hamid II menggerakkan idea Pan-Islamisme
o Mendapat sokongan umat Islam di seluruh dunia
 Contoh: Kebangkitan Tok Janggut menentang British di Kelantan
Nasionalisme di Jepun
 Disebabkan oleh kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan
ancaman imperialisme Barat
 Maharaja Mikado Meiji melancarkan pemulihan Jepun
o Menekankan pemodenan mengikut model Barat supaya dihormati
kuasa Barat
 Semangat bushido menjadi asas nasionalisme Jepun
 Pemulihan Meiji menjadikan Jepun negara perindustrian dan kuasa
tentera yang kuat

5
 Nasionalisme melampau oleh golongan tentera menjadikan Jepun sebagai
kuasa inperialisme di Asia
2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
Nasionalisme di Filipina
 Peringkat awal:
o Gerakan Propaganda yang dipimpin oleh Jose Rizal
o Menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada Sepanyol
o Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina untuk mendesak kerajaan
Sepanyol
 Selepas kegagalan Gerakan Propaganda:
o Lebih radikal
o Andres Bonifacio menubuhkan Katipunan untuk memperoleh
kemerdekaan Filipina
o Katipunan menerbitkan akhbar Kalayan untuk menyebarkan idea
revolusi kepada rakyat Filipina
o Bonifacio melancarkan Revolusi Filipina bersama Emilio Aguinaldo
 Selepas kegagalan Revolusi Filipina:
o Anguinaldo berjaya mengusir Sepanyol dari Filipina dengan
bekerjasama dengan Amerika Syarikat
o Namun Perisyitiharan Kemerdekaan Filipina oleh Anguinaldo tidak
diiktiraf oleh Amerika Syarikat
o Amerika Syarikat sebaliknya meletakkan Filipina di bawah penjajahan
o Golongan nasionalis bertukar menggunakan saluran diplomasi melalui
parti politik sederhana
o Sergio Osmena, pemimpin Parti Nasionalis berjaya dilantik
menganggotai Dewan Perhimpunan Filipina
o Gerakan menuntut kemerdekaan ini diteruskan sehingga Perang Dunia
Kedua

6
Nasionalisme di Burma (Myanmar)
 Menentang imperialisme dan pengaruh British mengancam agama
Buddha
 Persatuan Belia Buddha
o Ditubuhkan ntuk mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan dan
kebudayaan Burma
o Isu kasut digunakan
o Diambil alih oleh U Ba Pe dan ditukar nama kepada Majlis Persatuan
Am Kesatuan Burma
o Isu bangsa Burma mula diperjuangkan
 Revolusi Pelajar menuntut penubuhan universiti
 Golongan sami Buddha menubuhkan Majlis Am Sangha Samagyi
o Mencetuskan Pemberontakan Saya San (diketuai oleh Saya San)
o Disokong golongan petani yang terbeban dengan cukai
 Selepas pengenalan Perlembagaan Burma 1935:
o Perlembagaan tersebut memisahkan Burma dengan India
o Mulanya perjuangan berkerajaan sendiri
o Golongan Thakin menubuhkan Parti Do Bama Asiayone (Kami Orang
Burma
 – Pemimpin menggelar diri sebagai “Thaikin” yang bermaksud tuan
 – Menegaskan orang Burma mesti bertuankan orang Burma
 – Pemimpin: Aung San, Kyaw Nein dan U Nu
o Dr. Ba Maw memenangi pilihan raya dan dilantik sebagai Perdana
Menteri pertama
Nasionalisme di Vietnam
 Gerakan nasionalisme oleh golongan Mandarin:
o Memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja
 Kemunculan golongan intelektual:
o Kesedaran politik dan gerakan anti-Perancis ditingkatkan
o Akhbar Tribune Indige dan Cloche Felee diterbitkan

7
 – Mengkritik penindasan Perancis dan menuntut hak rakyat
Vietnam
 Selepas Perang Dunia Kedua:
o Bercorak revolusi dan mempunyai dua aliran iaitu nasionalisme dan
komunisme
o Parti nasionalisme: Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) pimpinan
Nguyen Thai Hoc
o Parti komunisme: Parti Komunis Vietnam (PKV) pimpinan Ho Chi Minh
o VNQDD melancarkan pemberontakan untuk mengusir Perancis
 – Perancis menangkap pemimpin VNQDD dan menghukum bunuh
Nguyen Thai Hoc
o Gerakan revolusi diteruskan oleh Ho Chi Minh
o Ho Chi Minh berjaya mengisyitiharkan kemerdekaan Republik
Demokratik Vietnam di Vietnam Utara
o Vietnam Selatan berada di bawah pengaruh Perancis dan Amerika
Syarikat
o Gerakan nasionalisme diteruskan sehingga Republik Vietnam
terbentuk
Nasionalisme di Indonesia
 Awal:
o Berkisarkan isu pendidikan untuk megubah nasib rakyat
o Raden Adjeng Kartini
 – Memperjuangkan pendidikan kaum wanita
 – Karyanya Hilang Gelap Terbitlah Terang mendedahkan dasar
diskriminasi Belanda yang memundurkan bangsa Indonesia
 Kemunculan pertubuhan yang lebih tersusun:
o Muhammadiyah
 – Mempertahankan Islam daripada ancaman sekularisme Barat
o Sarekat Islam (SI), Partai Komunis Indonesia (PKI) dan Partai Nasionalis
Indonesia (PNI)

8
 – Memperjuangkan kemerdekaan
 – PNI menjadi berpengaruh di bawah pimpinan Soekarno
o Kongres Pemuda Indonesia
 – Melahirkan ikrar “Sumpah Pemuda“
o Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI)
 – Dibentuk Soekarno
 – Merupakan gabungan organisasi Indonesia yang
memperjuangkan kemerdekaan
Nasionalisme di Thailand
 Thailand tidak dijajah oleh negara Barat
 Nasionalisme bertujuan mempertahankan kedaulatan negara dan
menuntut penglibatan rakyat
 Langkah pemodenan oleh Raja Mongkut:
o Membina hubungan baik dengan kuasa Barat
o Melaksanakan birokrasi Barat
o Penasihat Barat dibawa masuk untuk melatih pegawai tempatan
o Pemodenan diteruskan oleh Raja Chulalongkorn
 Rakyat mementang Raja Vajiravudh:
o Disebabkan oleh kelemahan pentadbiran Raja Vajiravudh dan
penguasaan politik oleh kerabat raja
o Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshall Phibulsongkram
menubuhkan Parti Rakyat dan melancarkan Revolusi Thai
o Pemerintahan raja berperlembagaan diperkenalkan
o Raja diletakkan pada kedudukan tertinggi tetapi tidak mencampuri
pentadbiran kerajaan
 Rakyat menentang penguasaan ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang
Cina :
o Perdana Menteri, Phibulsongkram meluluskan undang-undang
 – Menyekat penguasaan ekonomi orang Cina
 – Menggalakkan penglibatan peribumi dalam kegiatan ekonomi

9
 Dasar bekerjasama dengan Jepun menyebabkan Thailand tidak dijajah
Jepun
2.5 Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita
Zaman Kesultanan Melayu Melaka
 Sultan Mahmud Shah berusaha mendapatkan Melaka kembali daripada
Portugis
 Melakukan tiga kali serangan tetapi menemui kegagalan
Perjuangan Sultan Kedah
 Sultan Abdullah Mukarram Shah menentang Syarikat Hindia Timur
Inggeris (SHTI)
 Baginda berusaha mendapatkan Pulau Pinang kembali
Perjuangan setempat
 Tokoh: Penghulu Dol Said, Dato’ Bahaman, Rentap, Tok Janggut dan Haji
Abdul Rahman Limbong
 Menuntut kebebasan daripada ancaman luar
 Mendapat reaksi yang keras daripada penjajah
 Masyarakat terpaksa bergerak secara sederhana
Perjuangan tokoh agama
 Dibawa oleh gerakan Islah
 Dipelopori oleh Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Mohd
Taha dan Syed Sheikh al-Hadi
 Diteruskan melalui penulisan kreatif dan akhbar
o Tokoh: Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Muhammad Rakawi Yusuf, Abdul
Rahim Kajai, Hajah Zainon Munshi Sulaiman (Ibu Zain) dan Fatimah
Yaakub
Perjuangan melalui pertubuhan sosioekonomi
 Dipelopori oleh golongan berpendidikan Inggeris dan Melayu
 Tokoh: Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestanam
dan Burhanuddin al-Helmi

10
 Perjuangan mengkritik dan menyedarkan masyarakat diteruskan walaupun
menghadapi pelbagai kekangan
2.6 Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme
Peranan Agama
 Gerakan Islah
 Pemimpin Gerakan Islah
Peranan Kreatif
 Hasil kesusasteraan seperti novel, cerpen dan puisi
 Mengungkap keperitan hidup dijajah
Contoh
Media Cetak
 Akhbar dan majalah
Contoh
Sistem Pendidikan
 Penubuhan madrasah
o Pendidikan moden Islam
o Menerima idea nasionalisme dari Sumatera Barat dan pelajar pulangan
dari Mesir
 Pelajar didedahkan idea falsafah Islam dan Barat
Contoh Madrasah
 Contoh Institusi Pendidikan
Kemunculan Golongan Intelektual
 Hasil perkembangan sistem pendidikan
 Lepasan pendidikan Timur Tengah, Inggeris dan Melayu
Contoh golongan intelektual

Pengaruh Luar dan Serantau


 Kebangkitan Pan-Islamisme menyedarkan umat Islam
 Gerakan Islah menggesa umat Islam melakukan pembaharuan
 Kejayaan Jepun menewaskan Rusia membuka mata penduduk tempatan

11
 Revolusi China menimbulkan kesedaran nasionalisme
 Perjuangan Mahatma Gandhi di India tanpa kekerasan
2.7 Perkembangan Nasionalisme
Perkembangan Golongan Intelektual
Intelektual Berpendidikan Agama
 Digerakkan oleh Kaum Muda
 Melalui gerakan Islah
 Agama Islam sebagai asas kemajuan untuk dunia dan akhirat
 Penubuhan madrasah
 Idea disebar melalui akhbar
 Tokoh Kaum Muda
Intelektual Berpendidikan Inggeris
 Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
 Asalnya untuk melatih anak bangsawan bagi diserap dalam kerajaan
British
 Ada lepasan yang bertugas sebagai pegawai kerajaan
 Mereka menuntut British dengan cara berbaik-baik supaya:
o Memperbaik taraf hidup orang Melayu
o Membuka lebih banyak peluang perkerjaan kepada orang Melayu
dalam jabatan kerajaan
Intelektual Berpendidikan Melayu
 Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) melahirkan semangat kesedaran
bangsa melalui:
o Peranan guru
o Kewujudan Pejabat Karang Mengarang
o Kemasukan bahan bacaan dari Timur dan Indonesia
o Kurikulum yang menitikberatkan mata pelajaran Sejarah dan
keagungan empayar Melayu di Alam Melayu
o Mata pelajaran Anyaman, Kesihatan dan Sukan
o Pertubuhan Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung Boineo
12
 – Membawa kepada kelahiran persatuan radikal Kesatuan Melayu
Muda
Perjuangan Melalui Penulisan
Akhbar dan Majalah
 Mengetengahkan isu-isu
 Seperti isu hak dan masa depan bangsa serta polemik Kaum Muda
dengan Kaum Tua
 Syarikat Jelutong Press menyuburkan kegiatan penerbitan akhbar
Akhbar Melayu
Akhbar Masyarakat Cina dan India
 Akhbar Cina merangsang pemikiran masyarakat HuaChiao (kaum Cina
seberang laut)
 Untuk mengekalkan identiti, memperjuangkan nasib wanita
 Menyemai perasaan cinta akan negara China
Contoh akhbar Cina
 Akhbar India memperjuangkan kepentingan politik dan sosial masyarakat
India di negara ini
Contoh akhbar India
Karya Kreatif
 Novel, puisi dan cerpen
 Bertemakan semangat pejuang, nasib bangsa dan cinta akan tanah air
Contoh karya kreatif
Perjuangan Melalui Persatuan
Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
 Ditubuhkan oleh Mohammad Eunos Abdullah
 Menggalakkan ahli bergerak aktif dalam pentadbiran
 Memperjuangkan kepentingan orang Melayu dalam politik dan
pendidikan
 Mementingkan pelajaran teknik dan pengajian tinggi
 Kejayaan KMS mendoring penubuhan persatuan lain

13
 Mereka berkerjasama dengan British dan meminta peluang diberikan
kepada orang Melayu dalam pentadbiran
Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM)
 Menggalakkan ahli untuk bersatu dan bertukar pendapat
 Berusaha menyatukan pergerakan orang Melayu melalui kongres atau
persidangan
 Mengadakan perhimpunan tahunan seluruh Tanah Melayu
 Menghimpunkan wakil persatuan Melayu untuk mengutarakan isu
kebangsaan
 Kebanyakan ahli di Sabah terdiri daripada guru sekolah Melayu, pengawai
rendah kerajaan dan peniaga
Kesatuan Melayu Muda (KMM)
 Ditubuhkan oleh Ibrahim Haji Yaakob
 Berjuang melalui akhbar Majlis
 Menentang British dengan gagasan Melayu Raya
 Dianggap radikal oleh British
Persatuan Masyarakat Cina dan India
 Awalnya masyarakat Cina masih menumpukan perhatian kepada keadaan
di China
 Pemimpin revolusi China, Dr. Sun Yat Sen melawat pemimpin Cina di
negara kita
 Untuk mendapatkan sokongan menentang kerajaan Manchuria
 Terdapat juga masyarakat Cina yang memberi perhatian kepada kebajikan
dan perkembangan politik tempatan seperti Cina Peranakan
 Tan Jiak Kim yang berpendidikan Inggeris menubuhkan Persatuan Orang
Cina Peranakan British (SCBA)
 SCBA menggalakan pelajaran tinggi dan teknikal dalam masyarakat Cina
 Tan Cheng Lock berusaha SCBA di Melaka dan menuntut peluang dalam
perkhidmatan kerajaan

14
 Persatuan India ditubuhkan untuk menjaga kepentingan masyarakat India
di Tanah Melayu
 Persidangan India Se-Melayu diadakan untuk membincangkan isu
masyarakat India
 G.V. Thaver menubuhkan Malayan Indian Association (MIA)
 Dr. A.M. Soosay menubuhkan Central India Association of Malaya (CIAM)
 CIAM berjaya mengembangkan idea nasionalisme masyarakat India di
Tanah Melayu
 Masyarakat Sikh terlibat sebagai pasukan keselamatan
 Mereka menjalankan aktiviti sosial dan keagamaan di kuarters kerajaan
dan gurdwara
 Persatuan Khalsa Diwan Malaya ditubuhkan
 Masyarakat India Muslim ramai melibatkan diri dalam perniagaan dan
pentadbiran
2.8 Kesan Perkembangsan Nasionalisme
Politik
 Bilangan orang Melayu dalam Malayan Civil Service (MCS) bertambah
 Dasar desentralisasi oleh British cuba mengembalikan kuasa sultan,
residen dan Majlis Mesyuarat Negeri
 Orang Melayu mula mementingkan bersuara melalui persatuan
 Masyarakat Cina menubuhkan kelab bacaan dan pasukan drama untuk
membaca berita dari China
 Sekolah Cina di Tanah Melayu menggunakan bahasa Mandarin bagi
menggantikan dialek
 Masyarakat India di Tanah Melayu membentuk identiti tersendiri dan
semakin mementingkan perkembangan politik tempatan
 Nasionalisme juga menyebabkan British berhati-hati dan membuat
sekatan
Ekonomi
 Membangkitkan semangat berniaga masyarakat Melayu

15
 Persatuan kebajikan al-Jamiah al-Khairiah ditubuhkan di Singapura
 Za’ba menyedarkan guru akan pentingnya pendidikan tinggi dan Inggeris
 Akhbar berbahasa Inggeris The Malay Mail dan The Malaya
Tribune mengasaskan dana untuk membantu orang Melayu melanjutkan
pelajaran di luar negara
Sosial
 Orang Melayu menulis majalah sendiri untuk mendapat peluang
pendidikan
 Penggerak majalah Bulan Melayu, Ibu Zain mengingatkan tentang
kepentingan kepentingan ilmu untuk mengangkat martabat wanita
 Masyarakat India menubuhkan persatuan untuk menjaga kebajikan
mereka
 Presiden persatuan Malayan Rubber Estata Owner, E.E.C Thuraisingham
membantu perusahaan getah semasa kemelesetan ekonomi
 Masyarakat Cina mula meminta kerajaan British menimbangkan
penglibatan mereka dalam jawatankuasa kerajaan
 Tan Cheng Lock menuntut British menjaga kebajikan dan menyediakan
dana belajar untuk masyarakat Cina

16

Anda mungkin juga menyukai