Anda di halaman 1dari 5

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

BAB 9: GERAKAN KESEDARAN


SUB TAJUK : GOLONGAN INTELEKTUAL

BINCANGKAN PERANAN DAN SUMBANGAN GOLONGAN INTELEKTUAL


TERHADAP KEBANGKITAN DAN PERKEMBANGAN GERAKAN KESEDARAN
DI ASIA TENGGARA PADA AKHIR ABAD KE-19 DAN AWAL ABAD KE-20.

Golongan intelektual ataupun golongan terpelajar yang kebanyakannya terdedah kepada


pendidikan barat memainkan peranan penting dalam membangkitkan gerakan kesedaran,
menyatukan rakyat yang berpecah belah, dan berjaya membentuk satu gerakan kebangsaan
menuju ke arah pencapaian kemerdekaan negara masing-masing. Peranan mereka dalam
perkembangan dan pencapaian kemerdekaan tidak boleh disangsikan. Dalam perkataan lain,
golongan intelektual ini membekalkan kepimpinan bagi gerakan kesedaran negara masing--
masing.

Di Myanmar, hingga tahun 1920, persatuan yang memainkan peranan penting dalam
membangkitkan kesedaran rakyat ialah Persatuan Pemuda Buddha. Persatuan ini muncul
pada tahun 1906. Pemimpin-pemimpinnya ialah segolongan intelektual yang terdiri daripada
May Oung, U Kin, dan U Ba Pe. Golongan intelektual ini ingin menyatukan nilai-nilai dan
tradisitradisi agama Buddha dengan pendidikan dan cara-cara barat.

Mereka berjaya mendesak Kerajaan British meluluskan undang-undang melarang


pemakaian kasut di Pagoda. Golongan intelektual ini seterusnya membantah tindakan
Kerajaan British menyingkirkan Myanmar daripada pembaharuan politik India. Golongan
intelektual yang lebih agresif seperti U Ba Pe dan U Them Maung menubuhkan General
Council of Burmese Association (GCVA) yang merupakan pertubuhan kebangsaan yang
agresif. GCBA melancarkan pemulauan. Golongan intelektual ini dengan segera menghantar
rombongan ke London sebagai tanda bantahan terhadap penyingkiran dan mendesak supaya
Mynmar diberi pemerintahan sendiri. Sekali lagi golongan intelektual yang melampau ini
berjaya apabila British memperkenalkan Sistem Diarki di Myanmar.

Golongan intelektual ini juga menganjurkan satu pemogokan pelajar-pelajar sebagai


protes terhadap keputusan British untuk meninggikan taraf kelayakan kemasukan Universiti
Rangoon. Selain pelajar, boleh dikatakan bahawa hampir segenap masyarakat Myanmar
menyertai pemogokan ini. Akibat pemogokan ini, Pindaan Akta Universiti dikuatkuasakan
dan lebih banyak kuasa pentadbiran universiti berada dalam tangan orang Myanmar.

Golongan intelektual ini tidak begitu berpengaruh selepas 1920, malah perjuangan
kemerdekaan seterusnya dipelopori oleh golongan intelektual yang satu Iagi iaitu golongan
Thakin. Golongan Thakin ini menguasai arena gerakan kebangsaan antara tahun 1935 —
1948. Thakin telah membangkitkan semangat kebangsaan para pekerja telaga minyak dan
pengangkutan sungai supaya mogok demi menuntut kenaikan gaji dan keadaan-keadaan kerja
yang lebih baik. Seorang Thakin yang bernama Aung San menganjurkan pemogokan pelajar
untuk menamatkan diskriminasi sistem pendidikan asing. Pemogokan ini meninggalkan
kesan yang mendalam dalam gerakan kesedaran Myanmar. Ini adalah kerana sokongan moral
bukan sahaja datang daripada golongan pelajar, malah orang Myanmar yang lain turut
bersama.
Golongan Thakin menubuhkan Blok Kemerdekaan pada tahun 1939 untuk menuntut
pemerintahan sendiri. Golongan Thakin melalui Blok ini menyampaikan hasrat bahawa ia
akan bekerjasama dengan British jika Myanmar diberikan kemerdekaan tetapi British
menolaknya. Seterusnya Blok Kemerdekaan memihak kepada Jepun dan menentang Kuasa
Berikat. Golongan Thakin membantu Jepun menawan Myanmar dengan harapan Jepun akan
mengisytiharkan kemerdekaan bagi Myanmar.

Apabila golongan Thakin sedar akan muslihat Jepun, maka mereka menjalankan
gerakan bawah tanah. Apabila British kembali selepas Jepun menyerah kalah, Liga
Pembebasan Rakyat Anti-Fasis (LPRAF) di bawah pimpinan Aung San dan golongan
intelektual yang lain mengadakan satu pemogokan kebangsaan meminta kemerdekaaan.
Golongan Thakin dibawa berunding dengan British dalam Perjanjian Atlee-Aung San. Satu
pilihan raya umum dijalankan. LPRAF mendapat kejayaan yang menakjubkan. Akhirnya
Myanmar mencapai kemerdekaan pada tahun 1948.

Peranan golongan intelektual ini tidak dapat dipersoalkan. Hanya mereka saja yang
berjaya menyatukan dan memimpin segala lapisan masyarakat Myanmar ke arah
kemerdekaan. Seperti yang ditegaskan oleh R. J. Corinth, golongan Thakinlah yang berjaya
“convert nationalist sentiment into a major political force.” Hanya golongan ini yang
berjaya membebaskan Myanmar daripada belenggu penjajahan. Walau bagaimanapun,
peranan Persatuan Pemuda Buddha dalam kebangkitan kesedaran tentang kepentingan nilai-
nilai dan tradisi-tradisi agama Buddha juga penting.

Di Negara Thai, pengenalan sistem pendidikan barat oleh Raja Mongkut dan Raja
Chulalongkorn telah melahirkan satu golongan intelektual yang didedahkan kepada idea-idea
Barat seperti sistem pemerintahan sosialisme, liberalisme, demokrasi. Mereka yang
berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti Rusia, Amerika Syarikat, dan
Perancis akan lebih rapat dengan idea-idea demokrasi, penentuan kerajaan sendiri, dan
kerajaan berperlembagaan.

Golongan intelektual menganggap bahawa sistem pemerintahan monarki mutlak yang


masih diamalkan oleh Siam adalah penghalang utama kepada pemodenan dan kemerdekaan
Siam seterusnya. Yang lebih memuncakkan keazaman mereka untuk menghapuskan kuasa
mutlak raja ialah kelemahan-kelemahan Raja Vajiravudh dan Raja Prajadhipok yang ingin
mengukuhkan kuasa mutlak mereka. Golongan intelektual Siam yang dipimpin oleh Pridi
Phanamyong seorang profesor Undang-undang lulusan Universiti Paris berasa kecewa
dengan kepincangan pentadbiran monarki mutlak. Mereka inginkan pembaharuan dalam
struktur politik Siam. Mereka hendak satu sistem pemerintahan yang berdasarkan demokrasi
berperlembagaan.

Pada tahun 1932, golongan intelektual melancarkan Revolusi Siam bertujuan


menamatkan kuasa mutlak raja. Dalam hal ini mereka berjaya apabila Raja Prajadhipok
terpaksa menerima perlembagaan sementara yang digubal oleh Parti Rakyat. Golongan
intelektual ini memainkan peranan penting dalam menjayakan Revolusi dan mengambil alih
pucuk pimpinan kerajaan Siam.

Di Indonesia, golongan intelektual memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya


dengan golongan intelektual di negara-negara lain di Asia Tenggara. Golongan intelektual
tidak puas hati dengan pemerintahan Belanda yang mengamalkan dasar diskriminasi dalam
peluang pendidikan, pekerjaan, dan pentadbiran. Mereka juga ingin membela nasib golongan
bawahan yang tertindas dan diperas oleh golongan Belanda dan orang Cina. G. M. Kahin
pernah mengatakan bahawa golongan intelektual ini adalah golongan yang “acutely
dissatisfied, cramped dan frutsrated.” Intelektual Indonesia yang mula-mula membangkitkan
kesedaran tentang pentingnya pendidikan ialah Raden Adjeng Kartini. Bagi memajukan
kaum wanita, beliau telah menubuhkan sebuah sekolah bagi anak-anak perempuan pegawai
Indonesia. Beliau diikuti oleh Dr. Mas Wahidin Soediro Hoesoedo yang mengasaskan Budi
Utomo untuk mencapai kemajuan kebudayaan dan pendidikan orang Jawa.

Gerakan kesedaran seterusnya dipelopori oleh Omar Said Tjokroaminoto yang memimpin
Sarekat Islam. Sarekat Islam adalah sebuah parti massa politik pertama di Indonesia.
Perjuangannya mendapat sokongan segenap lapisan masyarakat. Ianya bertujuan untuk
memajukan kedudukan sosio-ekonomi dan kepentingan agama Islam masyarakat Indonesia.
Selepas tahun 1916 Sarekat Islam menuntut kerajaan sendiri melalui cara perlembagaan.
Intelektual Indonesia yang berjaya membawa Indonesia ke arah pencapaian kemerdekaan
ialah Sukarno. Sukarno, pemimpin utama Parti Nasionalis Indonesia mengamalkan cara tidak
bekerjasama dengan Belanda untuk mencapai kemerdekaan. Sukarno sedar bahawa Indonesia
tidak akan mencapai kemerdekaan secepat mungkin selagi tiadanya perpaduan di kalangan
parti-parti yang ada. Usaha beliau ke arah perpaduan rakyat telah membawa kepada
terbentuknya Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia, sebuah gabungan
yang terdiri daripada beberapa buah parti utama. Walaupun ianya merupakan satu pertubuhan
yang longgar, tetapi sekurang-kurangnya para nasionalis sedar akan pentingnya perpaduan
rakyat sebagai satu sokongan untuk menentang Belanda.

Perjuangan Sukarno yang radikal menyebabkan beliau ditangkap. Ini tidak sekalipun
melemahkan semangat perjuangannya. Apabila dibebaskan, beliau menyertai Partindo dan
membawanya ke arah perjuangan yang radikal. Sekali lagi Sukarno ditangkap. Dengan
penangkapan Sukarno gerakan kesedaran Indonesia beralih kepada sesuatu yang sederhana.

Apabila Jepun menawan Indonesia, Sukarno dan pemimpin-pemimpin lain dibebaskan.


Sukarno demi mencapai kemerdekaan dengan segera telah menyokong Jepun. Selepas Jepun
menyerah kalah, Sukarno dan pemimpin-pemimpin lain seperti Hatta dan Sjharir meneruskan
perjuangan kemerdekaan. Golongan intelektual ini mendesak Kerajaan Belanda supaya
memberi kemerdekaan. Akhirnya Belanda mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia selepas
berlakunya beberapa pemberontakan dan rusuhan. Sukarno dilantik sebagai Presiden yang
pertama sementara Mohamad Hatta menjadi Presiden Menteri yang pertama.

Peranan golongan intelektual di Filipina dalam perkembangan gerakan kesedaran


menonjol pada akhir abad ke-19. Kegagalan Pemberontakan Cavite (1872) menyebabkan
beberapa orang pemimpin tentera Filipina ditangkap dan dihukum bunuh. Tiga orang paderi
yang tidak bersalah turut dihukum bunuh. Peristiwa ini dan dasar Sepanyol yang menindas
menyebabkan sebilangan intelektual melarikan diri ke Eropah, Jepun, dan Hong Kong.
Mereka membangkitkan idea nasionalisme Filipina semasa di negara-negara itu. Intelektual
ini membentukkan satu kumpulan yang dapat menghasilkan akhbar La Solidaridad (1889).

Di kalangan intelektual yang terdapat Jose Rizallah yang memainkan peranan


terpenting. Perjuangannya adalah melalui dua buah novel iaitu Noli Me Tangere (1887) dan
El Filibusterismo (1891). Kedua-dua novel mendedahkan penindasan Sepanyol di Filipina.
Rizal menyeru supaya orang Filipina bangun sebagai satu bangsa yang bersatu padu
menentang penjajah Sepanyol. Ketiga-tiga cetakan ini dibawa masuk ke Filipina dengan
tujuan menyedarkan orang Filipina ke arah satu perjuangan menentang Sepanyol. Perjuangan
Rizal untuk kemajuan dan kepentingan masyarakat adalah melalui Liga Filipina yang
ditubuhkan pada tahun 1892. Malangnya, ianya gagal, menyebabkan Rizal ditangkap dan
Liga Filipina diharamkan.

Perjuangan Jose Rizal yang sederhana ini diteruskan oleh intelektual lain seperti Andres
Banifacio yang menubuhkan Katipunan, sebuah organisasi radikal dan revolusioner.
Katipunan ingin melancarkan revolusi menggulingkan rejim Sepanyol. Seperti Rizal,
Bonifacio juga memperjuangkan  ideanya melalui akhbar. Akhbar Kalayan yang diterbitkan
oleh Katipunan bertujuan menyebarkan fahaman revolusi menentang rejim Sepanyol melalui
revolusi.

Walau bagaimanapun, perjuangan kemerdekaan Filipina terus diperjuangkan oleh


intelektual seperti Manuel Quezon, Sergio Osmena, dan Manuel Roxas. Dalam pilihan raya
umum yang pertama dalam tahun 1907, Parti Nasionalis telah mendapat undi terbanyak.

Pemimpin-pemimpin utama Parti Nasionalis ini iaitu Manuel Quezon dilantik sebagai
Yang Dipertua Dewan Undangan manakala Sergio Osmena sebagai Speaker. Pada tahun
1916, atas desakan Quezon, Kongres Amerika Syarikat lebih banyak kuasa kepada Filipina
untuk memenuhi janji kemerdekaan. Malangnya Amerika Syarikat hanya bersetuju
memberikan kemerdekaan selepas 10 tahun Filipina menjadi Komanwel. Intelektual-
intelektual ini tidak berputus asa. Pada tahun 1933, intelektual Quezon mengetuai satu
rombongan ke Amerika Syarikat untuk berunding agar Undang-undang Kemerdekaan
Filipina diluluskan.

Selepas Perang Dunia II, intelektual-intelektual ini masih meneruskan perjuangan


kemerdekaan dan isu politik. Pada 4 Julai 1946, Republik Filipina ditubuhkan. Manuel Roxas
yang dapat menewaskan Osmena menjadi Presiden pertama.

Di Vietnam, dua orang intelektual Phan Boi Chau dan Phan Chu Trinh memainkan
peranan utama dalam gerakan kesedaran Vietnam. Phan Chu Trinh menuntut pemodenan
Vietnam melalui kerjasama dengan Perancis dan pembentukan kerajaan demokrasi. Beliau
percaya kepada cara aman. Beliau dibuang negeri berikutan protesnya ke atas dasar cukai.

Phan Boi Chau pula menyarankan kerajaan monarki berpelembagaan. Beliau banyak
berjuang melalui tulisannya seperti “Vietnam Vong Quoc Su” (Sejarah Jatuhnya Vietnam)
dan “Hau Cau Hayet Le Tan Thu” (Buku Seberang Laut ditulis dengan Darah).

Selepas Perang Rusia-Jepun 1905, kedua-dua inteletual ini bekerjasama meneruskan


perjuangan menentang Perancis. Phan Boi Cahu menubuhkan “Viet Nam Quang Phu Hoi”
(Persatuan Pemulihan Vietnam) di Canton. Ianya merupakan kumpulan politik yang pertama
dalam gerakan kesedaran Vietnam. Persatuan ini bertujuan membebaskan Vietnam daripada
penjajahan Perancis dan membentuk satu perlembagaan. Persatuan ini berjaya
membangkitkan beberapa rusuhan di Tongking tetapi ianya dapat dipatahkan oleh Perancis.

Golongan intelektual Vietnam sedar bahawa isu sosio-ekonomi juga penting dalam
perjuangan kemerdekaan. Oleh demikian, mereka menuntut supaya cukai diturunkan. Pada
tahun 1908 Raja Thanh Thai dipaksa turun dan takhta dan Perancis melantik anaknya yang
baru berumur tujuh tahun iaitu Duy Tan untuk menggantikannya.
Beberapa penentangan yang diketuai oleh intelektual seperti Phan Chu Trinh tercetus di
Annam dan Hanoi. Di Annam, golongan intelektual yang mempimpin kaum tani membantah
dasar cukai dan buruh paksa di lombong arang batu Nongson. Di Hanoi pula, orang Vietnam
cuba meracuni pegawai tentera Perancis. Phan Chu Trinh dan pemimpin-pemimpifl lain
ditangkap dan dibuang negeri.

Antara tahun 1925— 1930, Nguyen Thai Hoc yang mengasaskan Parti Nasional
Vietnam atau Vietnam Quoc Dan Dang (VQDD) menguasai arena gerakan kesedaran
Vietnam. VQDD menentang Perancis secara terbuka dan menggunakan cara militan.
Akibatnya ianya diharamkan dan Nguyen Thai Hoc ditangkap dan dihukum bunuh.
Perjuangan kemerdekaan Vietnam seterusnya dipimpin oleh Ho Chi Minh.

Peranan golongan intelektual dalam gerakan kesedaran di Asia Tenggara tidak boleh
dipersoalkan. Peranan mereka dalam membangkitkan dan memperjuangkan kemerdekaan
adalah besar dan bermakna. Golongan ini menggunakan beberapa cara dengan harapan
mencapai impian mereka. Ada yang mendedahkan kelemahan dan penindasan melalui bahan
media, ada yang ingin menggunakan cara perlembagaan, dan ada pula yang ingin
menggunakan cara revolusi dan militan. Dalam apa jua cara pun, kita boleh membuat
kesimpulan bahawa golongan intelektual ini membekalkan kepimpinan dan bertindak demi
kepentingan negara dan bangsa.

Anda mungkin juga menyukai