Anda di halaman 1dari 3

Sejauhmanakah Perang Dunia 1 menjadi titik tolak kepada kemerosotan dan kejatuhan

kerajaan turki uthmaniyah pada abad ke 20 masihi.

Pengenalan

Perang Dunia Pertama berlaku antara blok kuasa besar iaitu Pakatan Bertiga iaitu
Britain, Peranchis dan Rusia yang digelar Tentera Bersekutu menentang Perikatan
Kuasa Tengah iaitu Jerman dan Austria-Hungary yang digelar Kuasa-kuasa Pusat.
Setelah perang berterusan, negara-negara lain menyertai Pakatan Bertiga (Tentera
Bersekutu), manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Perikatan Kuasa
Tengah.

Isi-isi :

Kesan Perang Dunia Pertama

Kehilangan wilayah

Kerajaan Turki Uthmaniyah kehilangan wilayah yang luas termasuklah Palestin.


Britain dan Peranchis mula menjalankan dasar kolonisasi di tanah-tanah jajahannya.
Dari situ munculnya Negara bangsa apabila sempadan-sempadan telah digariskan
dengan memisahkan penduduk mengikut negara masing-masing walaupun mereka
satu agama. Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan
Turki Uthmaniyah iaitu Istanbul.

Gencatan Senjatan Mudros

Ekoran Gencatan Senjata Mudros pada 30 Oktober 1918, Tentera Bersekutu selaku
pemenang memecahkan negara Uthmaniyah melalui Perjanjian Sevres 1920.
Pendudukan Tentera Bersekutu ke atas Constantinople dan Smyrna telah
mencetuskan penubuhan Gerakan Kebangsaan Turki. Di bawah kepimpinan Mustafa
Kemal Pasha /Atartuk (seorang komander tentera yang tersohor ketika Pertempuran
Gallipoli) melancarkan Perang Kemerdekaan Turki yang menarik balik terma-terma
Perjanjian Sevres.

Pada 18 September 1922, tentera-tentera kolonial diusir dan tertubuh sebuah negara
Turki yang baharu. Pada 1 November, parlimen yang baharu ditubuhkan dan secara
rasminya membubarkan sistem kesultanan, maka berakhirnya era kesultanan selama
623 tahun di bawah pemerintahan Uthmaniyah.

Perjanjian Lausanne

Perjanjian Lausanne pada 24 Julai 1923 membawa kepada pengiktirafan antrabangsa


terhadap `Republik Turki` yang baharu dibentuk sebagai negara pewaris empayar
Uthmaniyah. Perjanjian Lausanne menggariskan beberapa tuntutan, iaitu; Sistem
khalifah ditamatkan, Khalifah dibuang negeri, Harta khalifah dirampas dan Kerajaan
Turki baharu akan ditubuhkan atas dasar sekular.
Persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan negara Turki. Republik tersebut
diisytiharkan secara rasmi pada 29 Oktober 1923 di ibu negara baharu iaitu Ankara.

Kebangkitan Mustafa Kamal Atartuk

Beliau telah mengeluarkan ugutan ke atas kabinet Turki ketika itu lalu merombak
parlimen yang sedia ada yang tidk bersetuju dengan resolusi persidangan tersebut.
Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan resolusi persidangan
tersebut. Akhirnya Kemal Atartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas
tampuk pemerintahan
Pada 3 Mac 1924, sistem pemerintahan Khilafah secara rasminya ditamatkan .
Khalifah Abdul MejidII diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kemal Atartuk
mengambil alih tahta .

Pembentukan negara sekular Turki

Mustafa Kemal Atartuk menjadi Presiden Turki yang pertama dan memperkenalkan
banyak pembaharuan radikal yang bertujuan menubuhkan sebuah republik sekular
baharu dengan prinsip memisahkan agama daripada politik.
Kementerian Wakaf dihapuskan dan asetnya dibekukan, Jawatan Syeikhul Islam
dimansuhkan, Pentadbdiran sekolah agama dipindahkan dipindahkan ke Jabatan Sivil
yang bertanggungjawwb terhadap pendidikan umum, Mahkamah Syariah dihapuskan
dan bidang kuasanya dipindahkan ke Mahkamah Sivil. Penulisan dengan huruf Arab
juga diubah kepada huruf Latin. Gelaran Arab dihapuskan dan rakyat diwajibkan
menggunakan gelaran keluarga mengikut budaya Barat.

Perpecahan Wilayah Umat Islam

Kelemahan Turki menyebabkan negara di bawah naunganya telah membebaskan diri


dan ditakluk oleh pihak Eropah. Pemberontakan oleh negara seperti Montenegro,
Bosnia, Balkan, Prins Milaan, Serbia dan Herzegovina menyebabkan perpecahan
negara umat Islam.
Hal ini diparahkan dengan kejatuhan negara-negara Arab ke tangan musuh dan
sebahagiannya mahu membebaskan diri daripada naungan Kerajaan Uthmaniyah
selepas kekalahan dalam perang ini.

Ekonomi

Kemerosotan ekonomi

Negara-negara Islam turut mendapat kesan akibat daripada kejatuhan empayar Turki
Uthmaniyah. Kemerosotan ekonomi Turki akibat perang menyebabkan negara
tersebut membuat perbelanjaan yang besar untuk membiayai peperangan. Hal ini
menyebabkan negara Islam di bawah pengaruh Turki seperti Timur Tengah dan
Afrika Utara mengalami kemerosotan ekonomi.
Kesan Persetujuan Sykes Picot 1916

Wilayah Turki Uthmaniyah telah dibahagikan kepada Peranchis, Inggeris, Rusia dan
Itali. Akibat penguasaan kuasa-kuasa Eropah , ekonomi negara Islam yang
dibahagikan telah terjejas.

Perdagangan negara Islam merosot

Perdagangan negara Islam merosot kerana masyarakat Eropah telah menguasai


perdagangan di Laut Hindi, Laut Mediteranean, Terusan Suez dan jalan perdagangan
yang lain. Situasi ini menyebabkan Eropah semakin menguasai ekonomi negara
Islam. Sebagai contoh , Peranchis dan Inggeris telah mengawal syarikat Terusan
Suez dan orang yahudi di Mesir memiliki hampir seluruh gedung besar perniagaan
dan mereka banyak melibatkan diri dalam pasaran saham. Contoh Peranchis dan
Inggeris telah mengawal syarikat Terusan Suez dan orang Yahudi di Mesir memiliki
hampir seluruh gedung besar perniagaan dan mereka banyak melibatkan diri dalam
pasaran saham
Soviet Union menguasai sekitar satu pertiga daripada jumlah perniagaan asing Iran.
Penguasaan ekonomi oleh masyarakat Eropah di negara Islam telah melemahkan
ekonomi negara Islam.

Sosial

Kemerosotan Akhlak dan Moral

Pemodenan Turki telah menjadi ikutan negara Islam yang lain. Kebudayaan Barat ini
telah menyebabkan keruntuhan akhlak masyarakat di negara-negara Islam
Kejatuhan Turki Uthmaniyah telah memberi kesan terhadap negara Islam dan
rakyatnya yang membawa kepada perpecahan umat Islam.

Kesimpulan

Perang Dunia Pertama telah mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara


yang terlibat. Kekalahan Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama telah
menyebabkan berakhirnya sistem pemerintahan khalifah dan bermulanya proses
pengsekularan Turki yang diterajui oleh Mustafa Kemal Atartuk.
Negara-negara Islam juga mengalami kesan kemerosotan ekonomi dan kemerosotan
akhlak dan moral yang akhirnya menyebabkan dunia Islam berpecah-belah.

Anda mungkin juga menyukai