Anda di halaman 1dari 2

Analiskan perkembangan sistem pendidikan di negeri-negeri Melayu pada abad ke-19

hingga ke-20

Pendahuluan
Secara amnya, tidak terdapat sistem pendidikan kebagsaan ditanah melayu semasa
penjajahan british. Dasar british yang kurang memberi perhatian kepada bidang
pendidikan telah membawa kepada pengenalan sistem pendidikan vernakular.
Lima aliran sekolah yang berbeza telah wujud semasa penjajahan british, iaitu sekolah
agama islam, sekolah vernakular melayu, cina, tamil, dan aliran inggeris.
Isi-isi penting
1. Sekolah agama islam

Sebelum penjajahan british, kanak-kanak melayu mendapat pendidikan di surau, masjid, dan
sekolah pondok. Kurikulumnya ialah membaca dan memahami al-quran, mempelajari
bahasa arab, hukum-hukum agama serta kemahiran membaca, menulis dan mengira. Selepas
penjajahan british, sistem pendidikan pondok atau madrasah menyediakan kemudahan
pendidikan yang lebih teratur
Ciri-ciri pendidikan madrasah adalah Berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan,
Dilaksanakan secara kelas mengikut tahap, Tahap pengajian ialah tahap permulaan,
pertengahan, dan pengkhususan dan Mudir atau guru besar bertanggungjawab mengawasi
perjalanan sistem madrasah

2. Sekolah vernakular melayu

Semasa pentadbiran british, sekolah melayu didirikan untuk memberi pendidikan sekular
kepada anak-anak petani dan nelayan. Anak-anak melayu diajar menulis, membaca, dan
mengira serta sedikit ilmu geografi, seni pertukangan dan pekebunan. Sekolah melayu hanya
memberikan pendidikan rendah sehingga darjah enam
Pendidikan vernakular melayu adalah rendah mutunya. Tumpuan diberi hanya kepada asas-
asas seperti membaca, menulis, dan mempelajari asas kira-kira. Perkembangan sekolah
melayu hanya terhad kepada sekolah rendah sehingga darjah empat dan maktab perguruan

3. Sekolah vernakular cina

Pendidikan cina di tanah melayu sehingga abad ke-20 adalah berasaskan pengetahuan klasik
confucius. Sekolah-sekolah cina menekankan kaedah pembelajaran secara menghafal,
mendeklamasi teks confucius atau klasik cina tanpa memahami maknanya, penggunaan
sempoa adalah penting
Sekolah cina menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa pengantar. Guru, sukatan
pelajaran dan buku dibawa dari negara cina

4. Sekolah vernakular tamil

Pendidikan tamil secara formal di tanah melayu dimulakan oleh orang perseorangan dan
pertubuhan masyarakat india. Perkembangan sekolah vernakular tamildi pengaruhi oleh
perkembangan ekonomi di tanah melayu, orang india berhijrah secara beramai-ramai untuk

1
bekerja di ladang kopi, tebu, kelapa dan getah. Sekolah-sokolah tamil didirikan dikawasan
ladang di seberang perai, pulau pinang dan johor
Bahasa pengantar digunakan ialah bahasa tamil dan kadangkala bahasa telegu, malayalam,
punjabi atau hindi

5. Sekolah aliran inggeris

Sekolah inggeris menyediakan pelajaran bagi semua kaum di tanah melayu. Sekolah-sekolah
ini diusahakan oleh mubaligh kristian dan badan-badan awam
Sekolah inggeris dibahagikan kepada sekolah perempuan dan sekolah lelaki. Kelas yang
lebih tinggi akan mengajar kemahiran pertukangan seperti pertukangan kayu, membuat
kasut dan pakaian.

Penutup
Kesan daripada perubahan sistem pendidikan, wujud perbezaan politik, ekonomi dan sosial
sehingga perpaduan kaum terhalang. Setiap kaum terpisah mengikut kebudayaan masing-
masing. Tiada wujud satu bahasa kebangsaan yang boleh menyatukan semua kaum

Anda mungkin juga menyukai