Anda di halaman 1dari 24

Ahli Kumpulan 5

Idawati binti Suliman Sathiaraj A/L Annamalai Sathuruba Jnaniee Ngo Yee Pyng Madeline Yap Jia Hui Barathy A/P R.Rangaraju Valliammai Veerappan

(SX101484PHJ04) (SX101385PHJ04) (SX101384PHJ04) (SX101382PHJ04) (SX101378PHJ04) (SX101372PHJ04) (SX105198CJD04)

Nama Pensyarah : Pn Hamidah binti Abdul Rahman

Malaysia

Definisi
Kata lawan
Dilihat dari tuntutan Islam

Padu ( mampat ), Pejal , Padat Penggabungan = bergabung menjadi satu persatuan Permusuhan , Kehancuran , Perpecahan

Perpaduan = Perkara yang baik iaitu marof Perpecahan = Perkara yang keji iaitu mungkar
Hendaklah kamu bertolong menolong, berbaik dan bekerjasama dalam perkara yang membawa kepada kebaikan, kebajikan dan ketaqwaan kepada Tuhan. Dan janganlah kamu bekerjasama, tolong menolong dalam perkara yang mengikut dosa dan permusuhan. Prof. Mohd Kamal Hasan, Timbalan Rektor ,UIA

Dan hendaklah ada dari kalangan kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian adalah orang-orang yang berjaya. Surah Ali Imran : 104

Sejarah Awal

Malaysia

Sebelum Malaysia dibentuk Dikenali sebagai Tanah Melayu

Pendidikan di Tanah Melayu Pendidikan agama di masjid, surau dan pondok Dengan bimbingan tok guru seperti Sharif Muhammad, Syeikh Daud bin Abdullah, Syeikh Abdul Kadir, Tuk Kecil, Hj Muhammad, Salleh Penaga dan Hj Muhamad Tamiri. Pendidikan tidak Formal Daripada ibu bapa dan keluarga seperti bertani, menangkap ikan , menjahit, melakukan kerja-kerja rumah, menjaga adik dan lain-lain agar mereka dapat meneruskannya apabila dewasa.

Mengamalkan dasar Pecah dan Perintah Mewujudkan sekolah-sekolah vernakular Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.

Sekolah Vernakular Melayu


Pihak British kurang mengambil berat kerana bimbang kedudukan mereka tergugat jika rakyat tempatan mendapat pendidikan tinggi. Pendidikan ini diwujudkan hanya untuk memenuhi keperluan politik penjajah di samping mengambil hati pembesar melayu. Pendidikan melayu hanya sekadar untuk menjadi tenaga buruh atau petani.

Antara matapelajaran yang di ajar ialah bacaan, mengarang, ejaan, menulis, ilmu hisab latihan jasmani dan ilmu alam. Pemilihan bahan kurikulum adalah tidak penting terutamanya buku. Kebanyakannya buku dongeng yang melalaikan dan melekakan orang melayu. Bersekolah setakat Darjah 4 sahaja pada ketika itu.

Pada mulanya, penerimaan orang melayu terhadap sekolah vernakular adalah dingin.

Tetapi, pihak British telah mengambil langkah memberi arahan memaksa anak-anak melayu ke sekolahberdekatan, mewujudkan jawatan guru pelawat bumiputera bagi kepentingan kemaj sekolah melayu,mengenakan denda kepada ibubapa yang tidak menghantar anak ke sekolah, mendapatkan bantuan ketua-ketua masyarakat dan memberi hadiah kepada murid yang rajin ke sekolah

Sekolah Vernakular Cina


Dibuka oleh mubaligh, individu cina, persatuan cina ataupun persatuan suku kaum . mengimport guru-guru mereka dari negara China . menggunakan bahasa mandarin sebagai bahasa pengantar Kurikulum yang dijalankan di sekolah vernakular cina ialah hafalan klasik lama, bahasa, ilmu hisab, lukisan, nyanyian, latihan jasmani, sejarah, ilmu alam dan moral. Kerajaan Manchu mula memberi bantuan kewangan kepada pendidikan orang cina di Tanah Melayu mulai tahun 1901.

Kerajaan China mengambil kesempatan itu untuk menyebarkan ideologi kepada pelajar-pela

. Pada tahun 1919, telah berlaku reformasi kebudayaan yang dikenali dengan pergerakkan 4 Mei. Reformasi tersebut telah memberi pengaruh terhadap pentadbiran sekolah-sekolah vernakular Cina Pelajarnya telah di ajar matapelajaran etika, lukisan, geografi, sejarah, sains, matematik, nyanyian dan pendidikan jasmani .

Tahap persekolahan dibahagikan kepada 3 iaitu: sekolah rendah (6 tahun) junior middle (3 tahun) senior middle (3 tahun)

Sekolah Vernakular India


Dibina di estet-estet oleh mubaligh dan orang perseorangan. Setiap estet yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang kanakkanak yang berusia di antara 7 hingga 10 tahun. Mendapat kurikulum dan guru dari India. Menggunakan bahasa tamil, gurjesat, hindi dan malayalam. Pihak British telah mengarahkan seorang nazir sekolah tamil yang berbangsa Eropah telah dilantik pada tahun 1930 untuk mengendalikan pengurusan sekolah.

Kaedah ini telah dimansuhkan pada tahun 1932 tetapi diwujudkan semula pada tahun 1938

Sekolah Vernakular Inggeris


Mempunyai 2 jenis iaitu free school dan sekolah Inggeris separa bantuan. mempunyai kemudahan yang lebih baik kerana mendapat sokongan kewangan daripada pihak gereja dan bantuan pemerintah. Tidak ramai anak Melayu yang berkesempatan untuk belajar di sekolah Inggeris kerana sekolah ini hanya terletak di bandar sahaja .

pada penghujung tahun 1930an, peluang untuk anak-anak melayu mula terbuka luas dengan adanya Special Malay Class.

Tamat darjah 4, anak-anak melayu yang lulus peperiksaan khas boleh melanjutkan pelajaran selama 2 tahun di Special Malay Class dan seterusnya darjah 4 sekolah Inggeris .
Amat mementingkan akademik dan menyediakan pelajarnya untuk peperiksaan Cambridge Overseas School Certificate.

Menawarkan matapelajaran Sains, Ilmu Alam, Pendidikan Jasmani, Lukisan, Bahasa Ingger Sejarah Eropah, dan Matematik.

Sebenarnya, Apa tujuan British memberikan Pendidikan ?...


Memastikan penjajahan Inggeris berterusan. Mengekalkan eksploitasi ekonomi negara. Memastikan bekalan tenaga buruh untuk memenuhi keperluan penjajah. Mengawal semangat nasionalisme di kalangan penduduk tempatan.
Antara sedar atau tidak

Sekolah vernakular telah banyak menjejaskan perpaduan rakyat Kerana setiap sekolah adakah khusus untuk satu-satu kaum sahaja.

Tiada interaksi antara melayu, cina dan tamil.


Bahasa, lokasi dan kurikulum juga adalah berbeza antara satu sama lain .

Laporan dan Akta dalam Pendidikan.


Laporan Cheseeman 1946 Laporan Barnes pada 1949 Laporan Razak pada 1956
diperkenalkan oleh British setelah pemerintahan Jepun mencadangkan penubuhan dua jenis sekolah iaitu sekolah Melayu dan Inggeris menekankan pencapaian perpaduan politik, pembangunan ekonomi dan integrasi sosial mengkaji laporan Razak

Laporan Rahman Talib pada 1960 Akta Pelajaran 1961

mempromosikan pembangunan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik memperkukuhkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979


kesinambungan Akta Pelajaran 1961 iaitu pendidikan berfungsi untuk menyatukan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik.

Integrasi

Asimilasi
Satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar.
(kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama)

Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

Cara-cara mencapai perpaduan


Politik Sosial Ekonomi

Integrasi politik

Integrasi kebudayaan

Integrasi wilayah

Integrasi sosial
Integrasi pendidikan

Integrasi ekonomi

Bagaimana pendidikan
boleh membentuk perpaduan

dengan kaedah-kaedah yang praktikal, wajar dan dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini melalui :

Asas-asas perpaduan sistem pendidikan

Sistem persekolahan yang sama bagi semua


Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan: Sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
penghantar.
Sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan. Walaupun pada peringkat rendah ini sekolah-sekolah diasingkan oleh bahasa pengantar yang berbeza namun Sukatan pelajaran dan sistem persekolahan disamakan. Pada peringkat menengah pula ditubuhkan Sekolah Menengah Kebangsaan dengan pengantar bahasa Melayu. Semua kanak-kanak akan memasuki sama ada Sekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Inggeris tanpa mengira bahasa pengantar yang dilaluinya pada peringkat rendah.

Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa penghantar utama

Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.

Kurikulum yang sama


Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi.

Dalam konteks negara Malaysia, kurikilum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara.

Sukatan Pelajaran yang seragam


Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak.

Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan .

Dalam mata pelajaran sejarah diharap dapat memupuk semangat perpaduan dan perasaan hormat- menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam.

Peperiksaan yang seragam

Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah .

Mata Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.

Dalam mata pelajaran sejarah diharap dapat memupuk semangat perpaduan dan perasaan hormat- menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam.

Contoh aktiviti

Melalui pertandingan mewarna yang bertemakan 1 Malaysia,Murid dapat mengetahui kepentingan perpaduan antara kaum.

Kesimpulan
Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan penekanan yang menyeluruh oleh semua pihak. Generasi awal terutamanya para pelajar sekolah rendah perlu didedahkan betapa pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang besifat majmuk ini selaras dengan pepatah Melayu iaitu melentur buluh birlah dari rebungnya . Sebagai seorang pendidik, ilmu kandungan kurikulum harus dikuasai dan dilaksanakan. Perkembangan dunia kian semakin pesat. Bidang pendidikan perlu sentiasa membuat enviromental scanning bagi mengenalpasti keperluan-keperluan negara semasa. Tanpa perpaduan nasional, wawasan 2020 akan menghadapi risiko yang berat dan mungkin gagal. Jadi, tanamkan pada jiwa anak-anak muda kita dan tiupkan semangat perpaduan nasional. Sesungguhpun, memupuk perpaduan adalah satu usaha yang begitu komplaks yang boleh membangkitkan perasaan dan emosi. Namun dengan adanya kefahaman, penjelasan, dan persetujuan semua pihak terhadap konsep, rasional dan langkah-langkah tindakan yang dimajukan. Satu Negara Satu Bangsa (Malaysia) bukan sesuatu impian yang mustahil.

Anda mungkin juga menyukai