Anda di halaman 1dari 4

2.

0 Jenis-Jenis pendidikan di Tanah Melayu

Pendidikan Masyarakat Melayu

Pendidikan Melayu awal lebih menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas iaitu
(3M) membaca, menulis dan mengira. Pendidikan Melayu dilaksanakan hanya diperingkat
rendah sahaja. Anak-anak Melayu yang mempunyai cita-cita tinggi dan ingin melanjutkan
pelajaran keperingkat lebih tinggi mereka terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di
bandar. Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu ditubuhkan pada abad ke 19 dan awal abad ke
20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di kampung, mewarisi
kemiskinan keluarga. Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu
dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad. Pendidikan
Melayu masih jauh ketinggalan dan tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau
memajukan kehidupan masyarakat Melayu.

Pendidikan Arab Dan Agama

Sekolah Arab dan Agama adalah satu lagi jurusan persekolahan untuk menampung
persekolahan anak-anak melayu. Sekolah ini dikendalikan secara tidak formal dan
kurikulumnya menekankan pengajaran Quran serta pendidikan moral dan kerohanian.
Selepas perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah Arab dan Agama telah muncul di merata-rata
tempat di semenanjung Tanah Melayu terutama di negeri Kelantan, Kedah dan Pulau
Pinang.1

Pendidikan Cina

Sekolah-sekolah cina dan tamil telah dikendalikan oleh masyarakat masing-masing tanpa
campur tangan inggeris dalam hal ehwal sosial. Sekolah-sekolah ini dikendalikan oleh
masyarakat masing.masing hinggalah tahun 1920-an se1aras dengan tradisi mengutamakan
pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa masyarakat Cina mula bergiat
menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke 19. Keadaan ini sama seperti di Sabah dan
Sarawak. Dasar tidak campur tangan lnggeris dalam pendidikan vernakular menyebabkan
1
Nur Atiqah Tang Abdullah & Ong Puay Liu, 2017, Latar Belakang Sejarah Sistem Pendidikan dan
Masyarakat Majoriti Minoriti di Malaysia, hlm 75
perkembangan politik dan ekonomi negeri Cina mempengaruhi sistem pendidikan
masyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah Dan Sarawak. Kurikulumnya
berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks serta guru-guru juga dibawa masuk dari
sana. Isi kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam bidanrg 3M iaitu membaca,
mengira ,menulis serta lukisan, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah, Kraftangan dan
pengetahuan am.

Pendidikan Tamil

Sekolah-sekolah Tamil didirikan di ladang-ladang getah yang sebahagian besar kaum


keturunan India ditempatkan, seperti sekolah- sekolah Cina, sekolah Tamil juga didirikan dan
dikendalikan oleh masyarakat India sendiri. Pihak Kerajaan atau majikan ladang getah tidak
memberi bantuan sama ada dari segi fizikal, kewangan dan pedagogi. Oleh itu sekolah –
sekolah Tamil yang didirikan di ladang – ladang getah menghadapi beberapa kekurangan dari
segi isi kandungan kurikulum, tenaga pengajar dan pedagogi. Kurikulum di sekolah-sekolah
Tamil ini disesuaikan mengikut negeri India, begitu juga kebanyakan guru serta buku -buku
teks telah dibawa masuk dari India. Kurikulumnya nya menegaskan pengetahuan dalam
kemahiran asas 3M membaca, mengira,dan menulis karangan,ilmu alam dan kebersihan diri
(personal hygiene)sebelum perang dunia kedua, program latihan guru kelas normal, selama 3
tahun telah dimulakan untuk guru-guru sekolah Tamil. Pendidikan di sekolah Tamil juga
terhad di peringkat rendah sahaja.. Dasar pemerintahan Inggeris terhadap perkembangan
pembangunan sekolah Tamil terus menambahkan lagi jurang pendidikan di antara tiga kaum
utama di negara kita iaitu Melayu, Cina,dan India. 1414

Pendidikan Inggeris

Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di tanah Melayu apabila penang Free School
ditubuhkan pada tahun 1816 . Pada pertengahan abad ke 19, mubaligh kristian membantu
menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris. Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan di
kawasan – kawasan bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris. Kurikulumnya bercorak
Kurikulum ber grammar School of Great Britain dengan tujuan mengeluarkan pegawai –

1414
Nur Atiqah Tang Abdullah & Ong Puay Liu, 2017, Latar Belakang Sejarah Sistem Pendidikan
dan Masyarakat Majoriti Minoriti di Malaysia, hlm 85
pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan kuasa, metropolitan British. Pendidikan di
sekolah-sekolah

Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan menengah. Bagi memenuhi keperluan guru
pelatih, program latihan guru kelas normal dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan
di Pulau Pinang pada tahun I907. Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma kemudiannya
ditawarkan di Raffles College, Singapura. Manakala pembelajaran tinggi bermula dengan
penubuhan Medical School di Singapura pada tahun 1905, dan pada tahun 1912, namanya
telah ditukar menjadi King Edward VII Medical College. Raffles College yang ditubuhkan
pada tahun 1928, menawarkan kursus-kursus dalam bidang Sastera dan Sains.

Pendidikan Zaman Jepun.

Semasa perang Dunia Kedua (l941-1945), negeri-negeri yang menganggotai Malaysia telah
diduduki oleh tentera Jepun. Perkembangan ini memberi perubahan kepada sistem
pendidikan di Semenanjung Malaysia. Dasar pelajaran di bawah pemerintahan tentera Jepun,
ialah sekolah-sekolah venakular Melayu dan Tamil diteruskan seperti sebelumnya tetapi
menambahkan bahasa Jepun dalam kokurikulum serta berorientasikan negeri Jepun.
Pemerintahan Jepun juga menubuhkan Sekolah Nippon-Go bagi mengantikan sekolah-
sekolah Cina dan Inggeris. Pengajaran Nippon-Go, lagu rakyat Jepun dan cara hidup mereka
ditekankan di dalam kurikulum sekolah rendah. Pendidikan menengah telah diberhentikan
dan sebagai gantinya telah ditubuhkan beberapa sekolah teknik dan maktab teknik untuk
pengajian telekomunikasi, “maritim”, perikanan, pertanian dan pembinaan. Beberapa
bangunan sekolah di Bandar-bandar digunakan sebagai berek, setor, pusat perniagaan dan ibu
pejabat pentadbiran tentera Jepun. Guru-guru tempatan diberi latihan tambahan untuk
mengajar bahasa Jepun.Kelas-kelas bahasa Jepun juga diadakan untuk orang dewasa di
beberapa tempat seperti di kelab dan persatuan.
Perkembangan pembangunan pendidikan awal merdeka

Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara jiran
banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat
kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihat tentang masalah kerumitan
kaum tentang pendidikan. Orang Melayu mula mendesak ,supaya Kerajaan membaiki mutu
pendidikan di sekolah – sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan
pelajaran, Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan iaitu sebuahjawatankuasa Barnes, Laporan
Barnes ini diterbitkan pada awal tahun 1951,dan mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-
sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau
bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah cina dan Tamil akan ditukar secara
beransur- ansur kepada sekolah Kebangsaan dengan memperkenalkan aliran Kebangsaan.
21
21

2121
Nur Atiqah Tang Abdullah & Ong Puay Liu, 2017, Latar Belakang Sejarah Sistem Pendidikan dan
Masyarakat Majoriti Minoriti di Malaysia, hlm 89

Anda mungkin juga menyukai