Anda di halaman 1dari 5

2.

0 SEJARAH DAN ASAL USUL SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal
dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pe1ajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada
pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran, tingkah laku, dan akhlak
yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran
awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan
perburuan.

Pada peringkat lebih teratur terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut ‘sekolah
pondok ‘ yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar-
pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di bina di sekelilingnya.

Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah melayu berlaku semasa
zaman penjajahan Inggeris ( 1824-1957 ). Pada peringkat ini pendidikan di Tanah melayu
telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa
mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan.

Pentadbiran pendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu
“pecah dan perintah ” serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan
vernacular. Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi
pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi
keperluan tenaga dan ekonomi. Dengan itu, Inggeris mula memberi tumpuan besar kepada
pelajaran Inggeris 1816.

Walau bagaimanapun perhatian kepada pelajar melayu hanya sekadar melepas ditangga
sahaja, iaitu menunaikan kewajipan kepada anak watan sesuai dengan perjanjian Inggeris
dengan pembesar – pembesar tempatan. Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan secara
ad hoc tanpa dibendung oleh satu garis panduan atau batasan-batasan yang konkrit. Ini adalah
kerana pemerintah Inggeris tidak menggangap pendidikan sebagai satu pelaburan di
‘periphery’nya untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi mencapai
kemajuan. Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar kebajikan
benevolen (benovelent welfare policy).

Oleh itu objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak mengubah atau memajukan
struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit
efisien sahaja.Tegasnya, pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenang-
wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur
kebangsaan di kalangan rakyat. Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem
pendidikan plural (plural educatin al system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat
majmuk

Terdapat lima aliran bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu, Arab dan Tamil. Sistem pendidikan
plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat Kebangsaan dikalangan penduduk
yang berbilang kaum. Orientasi pendidikan yang Sumbang ini telah menekan dan
mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka.

Pendidikan Awal

 
Pendidikan Melayu

Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas
membaca, menulis dan mengira(3M). Pendidikan Melayu diadakan hanya diperingkat rendah
sahaja. Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran terpaksa
memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar.

Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah
untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga.
Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada empat
tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad.

Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau menyumbangkan
kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat melayu. Pada awal abad ke 20), bagi
menampung permintaan yang bertambah terhadap Pendidikan menengah, Maktab Melayu
Kuala Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar School pada tahun 1905. Akan
tetapi, sekolah ini adalah khas untuk golongan bangsawan sahaja. Latihan guru-guru melayu
dimulakan pada tahun 1984 di Teluk Belanga, Singapura.

Pada tahun 1922, bagi memenuhi permintaan yang bertambah terhadap guru-guru sekolah
melayu yang berkelayakan, Maktab Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan. Kemudian
penubuhan terhadap Maktab Perguruan Perempuan Melayu di Melaka pad a tahun 1935.
Jelaslah di sini ,dasar pentadbiran Inggeris ialah untuk menjaga kepentingan mereka sendiri.
Orang-orang Melayu tidak digalakkan ke Bandar, cuba memisahkan orang melayu daripada
kemajuan perbandaran dan perindustrian.

Pendidikan Arab Dan Agama

Satu lagi jurusan persekolahan untuk menampung persekolahan anak-anak melayu ialah
sekolah Arab dan Agama. Sekolah ini dikendalikan secara tidak formal dan kurikulumnya
menekankan pengajaranQuran serta pendidikan moral dan kerohanian. Selepas perang Dunia
Pertama, sekolah-sekolah Arab dan Agama telah muncul di merata-rata tempat di
semenanjung Tanah Melayu terutama di negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.

Pendidikan Cina

Dasar terbuka dan tidak campurtangan Inggeris dalam hal ehwal social kaum pendatang
menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah cina dan tamil. Sekolah-sekolah ini dikendalikan
oleh masyarakat masing.masing tanpa bantuan daripada lnggeris hinggalah tahun 1920-an
se1aras dengan tradisi mengutamakan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identiti
bangsa masyarakat Cina mula bergiat menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke 19.
Keadaan ini serupa di Sabah dan Serawak.

Dasar tidak campur tangan lnggeris dalam pendidikan vernakular menyebabkan


perkembangan politik dan ekonomi negeri Cina mempengaruhi sistem pendidikan
masyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah Dan Sarawak. Kurikulumnya
berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks serta guru-guru juga dibawa masuk dari
sana. Isi kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam bidanrg 3M iaitu membaca, mengira
dan menulis serta lukisan, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah, Kraftangan dan pengetahuan
am.
Pada tahun 1920-an pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan Kerajaan Inggeris
tentang bahaya pertumbuhan sekolah Cina tanpa kawalan. Oleh itu pentadbiran lnggeris mula
memperkenalkan satu undang- undang pada tahun 1920 iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah
diwujudkan. Tujuannya untuk mengelakkan sekolah ini daripada terasing serta mengawal
aktiviti sekolah ini.

Bermula tahun 1924, sebahagian sekolah-sekolah cina ini menerima bantuan kewangan
daripada kerajaan. Pada amnya, guru-ruru di sekolah ini tidak ada latihan formal sehinggalah
selepas perang Dunia Kedua apabila program latihan kelas formal telah diadakan. Dasar
pentadbiran Inggeris ini secara langsung atau tidak langsung mewujudkan jurang pendidikan
di antara anak-anak Melayu dan Cina.

Pendidikan Tamil

Sekolah-sekolah Tamil didirikan di lading-ladang getah yang sebahagian besar kaum


keturunan India ditempatkan, seperti sekolah- sekolah Cina, sekolah Tamil juga didirikan dan
dikelolakan oleh masyarakat India sendiri. Pihak Kerajaan atau majikan ladang getah tidak
memberi bantuan sama ada dari segi fizikal, kewangan dan pedagogi.

Oleh itu sekolah – sekolah Tamil yang didirikan di ladang – ladang getah menghadapi
beberapa kekurangan dari segi isi kandungan kurikulum, tenaga pengajar dan pedagogi.
Sekolah ini adalah tidak berfungsi dan bersifat cul- de- suc iaitu sebahagian besar pelajarnya
akan kekal di ladang getah menjadi buruh kasar.

Pada tahun 1923, negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan satu rang undang-
undang. Satu peruntukan telah dimasukkan ke dalam ordinan ini iaitu majikan ladang getah
diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerja mereka. Mubaligh kristian juga banyak
memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan Tamil. Kurikulum di sekolah-sekolah
Tamil ini disesuaikan mengikut negeri India, begitu juga kebanyakan guru serta buku -buku
teks telah dibawa masuk dari India. Kurikulumnya nya menegaskan pengetahuan dalam
kemahiran asas 3 M membaca, mengira,dan menulis karangan,ilmu alam dan kebersihan diri
(personal hygiene)sebelum perang dunia kedua, program latihan guru kelas normal, selama 3
tahun telah dimulakan untuk guru-guru sekolah Tamil.

Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad di peringkat rendah sahaja.. Dasar pemerintahan
Inggeris terhadap perkembangan pembangunan sekolah Tamil terus menambahkan lagi
jurang pendidikan di antara tiga kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina,dan India.

Pendidikan Inggeris

Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di tanah Melayu apabila penang Free School
ditubuhkan pada tahun 1816 . Pada pertengahan abad ke 19, mubaligh kristian membantu
menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris. Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan di
kawasan – kawasan bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris. Kurikulumnya bercorak
Kurikulum ber grammar School of Great Britain dengan tujuan mengeluarkan pegawai –
pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan kuasa, metropolitan British.

Pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan menengah. Bagi
memenuhi keperluan guru pelatih, program latihan guru kelas normal dimulakan di Kuala
Lumpur pada tahun 1905 dan di Pulau Pinang pada tahun I907. Kursus-kursus pendidikan
peringkat diploma kemudiannya ditawarkan di Raffles College, Singapura. Manakala
pembelajaran tinggi bermula dengan penubuhan Medical School di Singapura pada tahun
1905, dan pada tahun 1912, namanya telah ditukar menjadi King Edward VII Medical
College. Raffles College yang ditubuhkan pada tahun 1928, menawarkan kursus-kursus
dalam bidang Sastera dan Sains.

Pendidikan Zaman Jepun.

Semasa perang Dunia Kedua (l941-1945), negeri-negeri yang menganggotai Malaysia telah
diduduki oleh tentera Jepun. Perkembangan ini memberi perubahan kepada sistem
pendidikan di Semenanjung Malaysia.

Dasar pelajaran di bawah pemerintahan tentera Jepun, ialah sekolah-sekolah venakular


Melayu dan Tamil diteruskan seperti sebelumnya tetapi menambahkan bahasa Jepun dalam
kokurikulum serta berorientasikan negeri Jepun. Pemerintahan Jepun juga menubuhkan
Sekolah Nippon-Go bagi mengantikan sekolah-sekolah Cina dan Inggeris. Pengajaran
Nippon-Go, lagu rakyat Jepun dan cara hidup mereka ditekankan di dalam kurikulum sekolah
rendah. Pendidikan menengah telah diberhentikan dan sebagai gantinya telah ditubuhkan
beberapa sekolah teknik dan maktab teknik untuk pengajian telekomunikasi, “maritim”,
perikanan, pertanian dan pembinaan.

Beberapa bangunan sekolah di Bandar-bandar digunakan sebagai berek, setor, pusat


perniagaan dan ibu pejabat pentadbiran tentera Jepun. Guru-guru tempatan diberi latihan
tambahan untuk mengajar bahasa Jepun.Kelas-kelas bahasa Jepun juga diadakan untuk orang
dewasa di beberapa tempat seperti di kelab dan persatuan. Suratkhabar juga mempunyai
ruangan khas bagi pengajaran Bahasa Jepun. Pendidikan pactazaman pemerintahan Jepun
tidak mempunyai satu falsafah untuk tujuan perpaduan rakyat dan membentuk identiti
Kebangsaan.

Perkembangan pembangunan pendidikan awal merdeka

Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara jiran
banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat
kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah
kerumitan kaum tentang pendidikan.

Orang Melayu mula mendesak ,supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan di sekolah –
sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran, Sebuah jawatan
kuasa ditubuhkan iaitu sebuahjawatankuasa Barnes, Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal
tahun 1951,dan mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa
berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai
pengantar utamanya. Sekolah cina dan Tamil akan ditukar secara beransur- ansur kepada
sekolah Kebangsaan dengan memperkenalkan aliran Kebangsaan.

Cadangan tersebu ditentang hebat oleh orang Cina.Laporan Fenn Wu, memperakukan untuk
mengekalkan serta pembaikan Sekolah Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat
tentang pendidikan di Tanah Melayu , Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan
cadangan-cadangan yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu
bahasa melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar.

Anda mungkin juga menyukai