Anda di halaman 1dari 23

FALSAFAH DAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA
EDUP3013
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA

 TUJUH KATEGORI
 Pengenalan ini merangkumi
i. Sistem pendidikan pondok
ii. Sistem pendidikan vernakular sekolah agama tradisional dan

iii. Laporan cheeseman perkembangan sistem sekolah

iv. Laporan Barnes sebelum merdeka (abad ke-14).

v. Laporan Fenn-Wu
vi. Ordinan pelajaran 1952
vii. Penyata Razak 1956

 SEJARAH AWAL  KEPENTINGAN PENDIDIKAN :


- Sebelum pembentukan Malaysia, negara ini dikenali
sebagai Tanah Melayu. Akan menimbulkan kesedaran dalam diri setiap
- Pendidikan di Tanah Melayu bermula dengan pendidikan agama orang serta membantu berkhidmat dengan penuh
di masjid, surau dan pondok dengan bimbingan tooth-tokoh
agama yang digelar sebagai tok guru. dedikasi dan bertanggungjawab.
I. SISTEM PENDIDIKAN PONDOK
 Sistem pendidikan tidak formal
 Institusi pengajian pondok adalah institusi pendidikan yang tertua
 Pedagang Arab dan India memulakan pendidikan tidak formal ini dengan menubuhkan sekolah-
sekolah pondok.
 Sekolah pondok dinamakan ‘pondok’ yang membawa makna rumah penginapan.
 Sistem pendidikan ini memulakan di beberapa buah negeri (Melaka, Terangganu, Kelantan, Brunei)
 Pengajaran dan pembelajaran di sekolah pondok dijalankan dengan kaedah yang lebih sistematik
berbanding dengan pengajian di surau atau madrasah.
 Waktu pembelajaran – selepas waktu subuh, petang dan malam
 Waktu pagi – kegiatan ekonomi (bertani, menangkap ikan, mencari kayu api)
 Tujuan : membantu para guru menyara hidup mereka
 Pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan akan membawa buah tangan (beras, pakaian
dan keperluan) dari rumah untuk guru
 Pelajar dari keluarga yang berkemampuan digalakkan untuk membantu dengan menderma
bagi memajukan infrastruktur sekolah.
 Tempoh pengajian bergantung kepada keupayaan pelajar itu sendiri.
 Pelajar terdiri daripad golongan dewasa, lelaki dan perempuan.
 Buku rujukan terdiri daripada al-Quran dan kitab-kitab (hadis, fiqah,
tauhid dan tasawuf)
 Kaedah pembelajaran – secara hafalan
 Seseorang pelajar dianggap tamat pengajian apabila sudah empat atau
lima kali khatam.
 Organisasi dan reka bentuk sekolah pondok adalah berlainan untuk setiap negeri.
II. SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR
 Dasar laissez-feire dalam pendidikan menyebabkan wujudnya 5 jenis sekolah (sekolah vernakular
Melayu, Cina, Tamil, Inggeris dan sekolah agama madrasah)
 Menimbulkan situasi yang rumit dalam sistem pendidikan.
 Pihak Inggeris tidak mahu membazir wang untuk memperkembangkan institusi pendidikan.
 Sekolah-sekolah hanya dibina untuk anak-anak bangsawan Melayu sahaja.
 Oleh itu sekolah-sekolah persendirian Inggeris didirikan oleh pendakwa Kristian, sekolah Cina
didirikan oleh masyarakat Cina dan masyarakat India yang tinggal di ladang kurang berminat
mendirikan sekolah.
 Sekolah-sekolah Tamil didirikan oleh pemilik ladang dengan harapan pekerja mereka akan di situ
bagi tempoh yang lama.
 Sekolah-sekolah agama madrasah pula didirikan oleh masyarakat Melayu.
 Tujuan penubuhan sekolah vernakular : supaya kaum Cina, India dan Melayu tidak bergaul antara
satu sama lain.
 Guru-guru bagi setiap sekolah dibawa dari negara masing-masing.
 Sekolah Melayu mengalami kekurangan guru dan pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk ke
sekolah.
 Hal ini menyebabkan kebanyakan sekolah Melayu ditutup.
 Bagi mengatasi masalah kekurangan guru, pihak Inggeris menubuhkan dua buah maktab perguruan
(Maktab Perguruan Sultan Idris & Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka)
 Dengan ini masalah kanak-kanak perempuan tidak ke sekolah dapat diatasi kerana guru-guru terdiri
daripada kaum wanita.
 Mayarakat Cina menubuhkan dan memajukan sekolah Cina untuk mengekalkan warisan budaya dan
bahasa mereka.
 Usaha ini dihalang oleh pihak Inggeris.
 Disebabkan bilangan pelajar yang berdaftar di sekolah vernakular Tamil sangat rendah, jadi 4 jenis
sekolah vernakular Tamil ditubuhkan. (sekolah kerajaan, sekolah estet, sekolah persendirian
masyarakat India dan sekolah persendirian pendakwa Kristian)
III. LAPORAN CHEESEMAN
 Laporan ini disediakan oleh Mr H.R Cheeseman,Timbalan Pengarah Pendidikan pada tahun 1946.
 Membuat laporan tentang kurikulum sekolah Inggeris dan vernakular.
 Membina semula sistem pendidikan selepas pendudukan Jepun.
 Pada masa pemerintahan Jepun,sekolah-sekolah Melayu dan Tamil diteruskan.
 Cadangan – cadangan dalam Laporan Cheeseman:
 Kanak-kanak tidak perlu membayar yuran jika mereka menghadiri sekolah
vernakular pada peringkat rendah.
 Pelajar di sekolah rendah berpeluang mempelajari Bahasa Inggeris
 Sekolah menengah terdiri daripada dua jenis sahaja.
 Pendidikan Vokasional seperti yangtermaktub dalam Laporan Pelajaran 1938
hendaklah dilaksanakan sepenuhnya.
 Tujuan laporan ini adalah untuk membina semula dan
mengembangkan setiap sistem pendidikan dan tidak menyentuh
tentang perpaduan kaum.

 Laporan Cheeseman tidak dilaksanakan semata-mata kerana


kerajaan terpaksa membina semula sekolah-sekolah yang telah
musnah semasa peperngan berlaku.
IV. LAPORAN BARNES
 Laporan Barnes 1950 penting dalam menentukan sistem pendidikan di Malaysia selepas
kemerdekaan 1957.
 Laporan Barnes diketuai oleh L J Barnes.
 Tujuannya untuk menyiasat dan memperbaiki pendidikan orang Melayu.
 Cadangan-cadangan laporan tersebut ialah :
 Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.
 Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa
pengantar.
 Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat 15
orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.
 Kanak-kanak berumur 6-12 tahun yang menerima pendidikan di sekolah
kebangsaan dan diberikan pendidikan secara percuma.
 Bahasa Melayu wajib diajar di Sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris wajib
diajar di Sekolah Melayu.
 Pembinaan sekolah vokasional yang moden.
 Kurikulum hendaklah menekankan mata pelajaran seperti Sains,Seni
Perusahaan dan Sains Rumah Tangga.
 Pentadbiran dan kewangan sekolah kebangsaan perlu ditanggung oleh
Penguasa Pelajaran Setempat dan kerajaan.
 Penubuhan Jemaah Nazir Perseketuan.
 Pembinaan Maktab Perguruan berasrama untuk Pemegang Sijil Persekolahan.

 Laporan Barnes ditentang hebat oleh kaum Cina dan India dan terbentuklah
Laporan Fenn-Wu 1951. Oleh itu, Ordinan Pelajaran 1952 dikuatkuasakan
selepas kajian terhadap Laporan Barnes 1950 dan Laporan Fenn-Wu 1951.
V. LAPORAN FENN-WU
 Laporan Fenn-Wu 1951 diadakan sebagai reaksi tidak puas hati masyarakat Cina
terhadap Laporan Barnes 1950.
 Laporan pendidikan Cina di Malaysia ini diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja
Bersekutu - Negara China) dan Profesor Dr. Wu Teh Yao ynag bekerja dengan
(Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).
 Laporan ini mengkaji dan menilai semula kewajaran Laporan Barnes 1950.
 Masyarakat Cina bandar ketika itu menganggap laporan tersebut bertujuan
menghapuskan bahasa Cina dan kebudayaan Cina. Pandangan dan kajian
laporan ini kemudian diserap dalam Ordinan Pelajaran 1952.
 Cadangan-cadangan laporan fenn-wu :
 Sekolah vernakular iaitu Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Melayu
dibenarkan beroperasi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu bahasa
Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil dan bahasa kebangsaan juga
diadakan.
 Guru terlatih bagi sekolah Cina tidak mencukupi.
 Bantuan kewangan untuk sekolah Cina perlu ditambah.
 Buku teks sekolah Cina,terutama dari negara China dan Hong Kong perlu
disemak dan dimasukkan unsur-unsur masyarakat tempatan.
 Dasar Pendidikan Negara hendaklah ke arah matlamat untuk membentuk
kewarganegaraan Melayu.
 Membina maktab perguruan Cina.

 Segala pernyataan cadangan bagi Laporan Fenn-WU 1951 tidak terima


terutama dari Malayan Union kerana mengaggap tidak memberikan
keuntungan kepada orang Melayu
VI. ORDINAN PELAJARAN 1952
Kerajaan Inggeris menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji kedua-dua
laporan tersebut.
Jawatankuasa ini mengemukakan cadangan seperti di bawah:
1 Mengadakan dua sistem persekolahan, iaitu sekolah yang menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dan satu lagi menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar.
2 Pelajaran bahasa Cina dan Tamil perlu disediakan sekiranya terdapat sekurang-
kurangnya 15 orang pelajar yang ingin belajar bahasa ibunda mereka.
3 Pelajaran bahasa Melayu diwajibkan di sekolah Inggeris, manakala bahasa Inggeris
diwajibkan di sekolah Melayu.
Laporan ini telah dibentangkan di Majlis Perundangan Persekutuan dan telah diluluskan
pada September 1951 dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1952.
Ordinan ini menetapkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan di
Persekutuan Tanah Melayu.
Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sebahagian daripada sistem
persekolahan kebangsaan.
Bahasa Cina dan bahasa Tamil dicadangkan diajar sebagai bahasa ketiga.
Namun cadangan-cadangan Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana
masalah kewangan.
Oleh itu, sebuah lagi jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji kaedah cadangan-
cadangan tersebut boleh dilaksanakan.
Antara cadangan tersebut adalah:
- penggunaan dua bahasa di sekolah Melayu dan tiga bahasa di sekolah Cina dan sekolah Tamil
- mengehadkan kemasukan pelajar ke sekolah Inggeris dan memulakan pendidikan menengah
vokasional.
Namun begitu, atas faktor kekurangan wang, maka cadangan-cadangan ini tidak dapat
dijalankan.
VII. Penyata Razak 1956

Laporan ini memberikan penekanan kepada dua perkara, iaitu perpaduan kaum dan penghasilan
tenaga kerja.
Tujuan utama laporan ini diadakan adalah untuk:
1 Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
2 Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan mengembangkan sistem pendidikan.
3 Melahirkan perpaduan antara kaum sebagai satu rumpun bangsa Tanah Melayu.
4 Merapatkan jurang perbezaan antara kaum di Tanah Melayu.
5 Mewujudkan satu sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan.
6 Menyediakan kemudahan pelajaran yang mencukupi.
7 Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, bertoleransi, liberal dan progresif.
Dengan adanya laporan ini, syor-syor yang berikut disediakan:
1 Dasar pelajaran ialah tanggungjawab Menteri Pelajaran yang juga bertanggungjawab atas
pelajaran menengah dan latihan guru.
2 Pihak Berkuasa Pelajaran Tempatan bertanggungjawab ke atas pelajaran sekolah rendah dan
pelajaran pertukangan.
3 Guru-guru akan menerima latihan yang serupa.
4 Penubuhan Jemaah Nazir-nazir Sekolah.
5 Penubuhan Lembaga Pengelola Sekolah di semua sekolah.
6 Penubuhan skim perkhidmatan yang sama bagi semua guru.
7 Dua jenis sekolah, iaitu sekolah rendah dan menengah persendirian, serta sekolah rendah dan
menengah yang menerima bantuan.
8 Sekolah rendah terdiri daripada sekolah umum (bahasa pengantar ialah bahasa Melayu) dan
sekolah jenis umum (bahasa pengantar ialah Mandarin, Tamil atau Inggeris).
9 Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menjadi bahasa wajib di seHua sekolah. Jika perlu,
bahasa pengantar dalam bahasa lain b^'eh digunakan.
10 Hanya satu jenis sekolah menengah. Sekolah ini terbuka kepada s£mua bangsa dan
menggunakan satu sukatan pelajaran dafj kurikM'um-Semua bahasa boleh dimasukkan yang
mengambil kira kebudayaan Tanah Melayu.
11 Calon dari semua sekolah menengah mula mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran
dan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu.
12 Dirancang juga pelajaran menengah lanjutan dan sambilan.
13 Penyusunan semula pelajaran teknik.
14 Pengawalan saiz sekolah dan bilik darjah.
15 Semua sekolah diorientasikan supaya bersifat kemelayuan dan memperkenalkan sukatan
pelajaran serta jadual waktu yang sama bagi semua sekolah.
16 Cadangan di atas telah diterima oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disahkan oleh
Ordinan Pelajaran Tahun 1957.
JELASKAN BAGAIMANA LIHAT PROSES INI KEPADA
PEMANTAPAN DUNIA PENDIDIKAN DI NEGARA INI

Proses ini membantu dalam pemantapan dunia pendidikan negara Malaysia dengan
menggalakkan pelajar-pelajar mendapat ilmu pendidikan sejak awal tahun. Ilmu pengajian ini
akan turut membawa pendidikan ke generasi seterusnya. Selain itu, juga dapat melahirkan
masyarakat yang menjiwai agama pada setiap masa dan aplikasinya dalam kehidupan seharian.
Mata pelajaran atau kemahiran asas seperti bacaan, mengarang, ejaan, menulis, ilmu hisab,
latihan jasmani dan ilmu alam telah dididik sejak awal supaya pelajar-pelajar dapat
memperoleh ilmu pendidikan yang lengkap.
Dengan pesatnya kemajuan teknologi maklumat pada dekad kebelakangan ini, pendidikan
negara juga menyediakan para pelajar yang bukan sahaja mempunyai ilmu
pengetahuan,malah mengaplikasikan teknologi maklumat bagi kemudahan umat sejagat.
Salah satu resolusi yang dibuat dalam pendidikan terkini ialah mewujudkan mata pelajaran
berkonsepkan teknologi maklumat, seperti pengenalan kepada komputer dan juga
pengaplikasian teknologi maklumat terhadap kehidupan. Kerajaan mendedahkan para pelajar
dengan aplikasi internet serta mel elektronik bagi membiasakan mereka menggunakan untuk
tujuan menghantar kerja sekolah dan membuat rujukan. Walaupun banyak revolusi berlaku
kerajaan tetap meletakkan aspek etika. Hal ini memastikan setiap pelajar bukan sahaja pakar
dalam bidang teknologi maklumat, malah mempunyai etika dan disiplin yang diperlukan
untuk menerajui negara pada masa akan datang.
Seterusnya, dasar pendidikan terkini berfokuskan kepada satu sistem pelajaran yang dapat
memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan,sosial,ekonomi
dan politik.Selain itu,dasar kesejagatan penyeragaman yang berfungsi untuk menggunakan
satu sukatan pelajaran dan peperiksaan yang sama untuk kepelbagaian
etnik,bahasa,budaya,agama dan latar belakang geografi. Salah satu tindakan yang diambil
ialah pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar agar memudahkan
perhubungaan antara masyarakat. Selain itu, membantu mengembangkan potensi individu
dengan memberi keutamaan kepada pelajar yang mempunyai kemajuan tanpa mengira latar
belakang,agama, bangsa dan bahasa
Di samping itu, proses ini juga dapat memantapkan sistem pendidikan kebangsaan tetapi
memperluas skop pendidikan di negara kita. Proses ini meliputi semua kategori sekolah
kecuali sekolah antarabangsa dalam sistem pendidikan kebangsaan. Semua sekolah
kebangsaan harus menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, satu kurikulum
dan peperiksaan awam yang sama. Seterusnya, proses ini juga menyediakan peluang untuk
peningkatan pendidikan prasekolah, pendidikan perguruan, pendidikan khas, pendidikan
swasta dan pendidikan teknikal. Pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua diteruskan
dan pengajaran bahasa asing turut digalakkan di samping memberi keutamaan kepada
pendidikan nilai-nilai murni.

Anda mungkin juga menyukai