Anda di halaman 1dari 18

KAJIAN

KURIKULUM
BAHASA MELAYU
SEKOLAH
BERDASARKAN KSSR, BINCANGKAN MENGENAI

KONSEP DAN KONSEP

2.1 2.2
CIRI-CIRI STANDARD
KSSR KANDUNGAN

KEMAHIR PENDEKATAN

2.3
AN
BAHASA
2.4 MODULAR

MATLAMAT DAN
2.5 SISTEM BAHASA
2.6 KEPENTINGAN SP
KEPADA GURU
KONSEP KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula
dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta
menghadapi cabaran abad ke-21.Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari 2011, bertujuan meningkatkan minat
murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang,
berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi,
perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan
nilai.
CIRI-CIRI KSSR 5.KEROHANIAN, SIKAP
1. KOMUNIKASI DAN NILAI
3. KEMANUSIAAN Kemanusiaan Tunjang Kerohanian,
Tunjang Komunikasi
memberi penekanan kepada Sikap dan Nilai memberi
memberi penekanan
penguasaan ilmu dan amalan penekanan kepada
kepada proses
tentang kemasyarakatan dan bidang pembelajaran
menggabung jalin
alam sekitar setempat, negara yang berfokus kepada
kemahiran berbahasa
dan global, serta penghayatan penghayatan amalan
dalam bentuk lisan dan
semangat patriotisme dan agama, kepercayaan,
bukan lisan semasa
perpaduan. sikap dan nilai
berinteraksi.

2. PERKEMBANGAN FIZIKAL 4. KETERAMPILAN DIRI 6.SAINS DAN TEKNOLOGI


DAN ESTETIKA Tunjang Keterampilan diri A) Penguasaan pengetahuan
Tunjang Perkembangan Fizikal memberi penekanan sains, kemahiran dan sikap
dan Estetika memberi kepada pemupukan saintifik
penekanan kepada kepimpinan dan sahsiah B) Penguasaan pengetahuan
perkembangan jasmani dan diri melalui aktiviti dan kemahiran matematik
kesihatan untuk kesejahteraan kurikulum dan Penguasaan pengetahuan
diri dan pemupukan daya kokurikulum dan kemahiran berasaskan
imaginasi, kreativiti, bakat dan teknologi
apresiasi
KONSEP STANDARD KANDUNGAN

Standard Kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid


patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Kandungan yang terkandung di dalam Dokumen Standard


Kurikulum adalah bersifat jangka masa panjang. Standard ini menekankan
aspek yang menyeluruh untuk mencapai objektif pembelajaran matapelajaran
tersebut. Contoh Standard Kandungan yang terkandung di dalam
matapelajaran Matematik Tahun Dua ialah:
1. Murid dibimbing untuk menama dan menentukan nilai nombor.
2. Murid dibimbing untuk menulis nombor.
3. Murid dibimbing untuk melengkapkan sebarang rangkaian nombor.

Daripada contoh yang dikemukan diatas, dapat disimpulkan bahawa Standard


Kandungan lebih menjurus kepada peranan guru dalam mengelola murid-
murid agar mencapai objektif yang ditentukan oleh Standard Kandungan .
KEMAHIRAN BAHASA
 Kemahiran berbahasa merupakan teras kepada penguasaan bahasa
baku.
 Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses
pengajaran dan pempelajaran supaya berjalan dengan lancar dan
berkesan.
 Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur,
membaca, dan menulis.
 Kemahiran bahasa yang berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan
dua komponen asas, iaitu mendengar dan bertutur.
 Kedua-dua komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi. Kemahiran
membaca dan menulis pula merupakan kemahiran bukan lisan.
 Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur,
membaca, dan menulis.
KEMAHIRAN MENDENGAR
 Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan
teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan
seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan.
 Kemahiran mendengar ini adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia
berlaku pada peringkat penerimaan.
 Menurut Yahya Othman dalam buku ‘Pedagogi Bahasa’ pula menyatakan
bahawa mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari
secara intensif terutama semasa belajar di sekolah rendah dan menengah
seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran.
 Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana penggunaannya begitu
meluas dalam kehidupan seharian.
 Kemahiran mendengar ini merupakan sebahagian daripada proses komunikasi
antara manusia. Mendengar adalah aktiviti aktif dari segi mental kerana
kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang
didengar.
KEMAHIRAN BERTUTUR
 Kemahiran bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang
dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) manusia.
 Kemahiran tersebut merupakan kemahiran berinteraksi menggunakan
bahasa.
 Kemahiran bertutur berlaku pada peringkat pelahiran yang tidak boleh
dicipta oleh pelajar, tetapi mesti ditiru dan diajuk.
 Model pertuturan yang lemah akan menghasilkan ajukan yang lemah.
Sementara model yang baik belum tentu dapat menjamin ajukan yang
baik. Namun begitu, model yang baik itu sangat diperlukan kerana
model tersebut mungkin akan menghasilkan tindak balas yang baik
juga.
 Bertutur merupakan suatu kemahiran bahasa. Dalam komunikasi lisan
terdapat dua pihak, iaitu penutur sebagai penghantar komunikasi lisan
dan pendengar sebagai penerima komunikasi lisan.
KEMAHIRAN MEMBACA
 Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.
 Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti
mendengar dan bertutur.
 Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat
diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain.
 Kemahiran membaca merupakan proses yang dinamik tetapi kompleks. Ia meliputi
keupayaan membaca dengan pantas, memahami fakta, kebolehan mengingati fakta
serta membuat interpretasi secara bijak dan analisis.
 Pumfrey (1977) berpendapat membaca bukanlah hanya setakat bersifat mekanik, iaitu
membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang apa
yang dibaca, tetapi membaca adalah lebih jauh daripada itu. Membaca adalah satu
proses pemikiran yang membina. Maksud beliau, dengan membaca, seseorang itu harus
dapat membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan
tepat, memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekeliling, membina sikap
dan cita-cita serta fikiran yang terbuka dan positif.
KEMAHIRAN MENULIS
o Kamus Dewan Edisi Keempat, menulis ialah mencatat kata-kata dengan huruf dan
memakai pena seperti kalam,kapur, pensel dan lain-lain.
o Menulis juga bermaksud melahirkan perasaan dengan catatan yang memakai huruf,
membuat surat atau mengarang.
o Menurut Paul Jennings pula dalam The Reading Bug, Menulis adalah keperluan
peribadi bukan kerana tugas di dalamnya tetapi ada kesenangan dan ada manfaat
untuk kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang tak ternilai dalam kegiatan ini.
o Konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu, idea atau
maklumat secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan
bahasa, audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan, alam
dan kehidupan secara lebih menyeluruh.
PENDEKATAN MODULAR

 Standard Kurikulum Bahasa Malaysia di negara kita digubal dengan menggunakan


pendekatan modular.
 TUJUAN: untuk memastikan penguasaan kecekapan berbahasa yang baik secara
lebih bersistematik.
 Pendekatan modular bermaksud memecahkan kemahiran kepada unit-unit kecil
yang dikenali sebagai modul.
 Pendekatan modular juga boleh dilaksanakan secara berurutan (linear) atau tidak
berurutan (non-linear).
 Walau bagaimanapun, pendekatan modular dilaksanakan secara berpusatkan
murid dan berfokus iaitu guru akan mengajar hanya satu kemahiran dalam satu
sesi PdP di dalam bilik darjah.
 Pentaksiran dalam pendekatan modular dijalankan secara berterusan iaitu secara
formatif dan sumatif untuk mengukur perkembangan murid.
MODULAR
MENULIS
MODULAR MODULAR
MEMBACA SENI
BAHASA

MODULAR
MODULAR
MENDENGAR DAN
TATABAHASA
BERTUTUR

Pendekatan modular
SISTEM BAHASA

• Salah satu komponen yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran

Bahasa Melayu sekolah rendah

• Fokus – pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, sistem ejaan,

sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa.

• Sistem Bahasa Melayu terdiri daripada binaan ayat, frasa dan bunyi bahasa.

• Sistem Bahasa Melayu merangkumi empat bidang iaitu fonologi,

morfologi, sintaksis dan semantik.


STANDARD
PEMBELAJARAN
 Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan

pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan

 Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yang

mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah

dikenalpasti perlu dikuasai oleh murid.

 Elemen – kreativiti & inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat & komunikasi


CONTOH STANDARD PEMBELAJARAN

 BAHASA MALAYSIA

Mendengar, memahami, dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan
bercapah.

BAHASA INGGERIS
Able to respond to : book covers, pictures in books, characters with guidance

MATEMATIK
Menamakan nombor hingga 100 :
a. membilang objek dalam kumpulan
b. Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.1. Memahami dan menggunakan kata


nama am konkrit dan penjodoh
bilangan dengan betul mengikut
konteks

1.2. Memahami dan menggunkan kata


1.0. Memahami dan menggunakan
nama khas tak hidup dengan betul
golongan kata dengan betul
mengikut konteks
mengikut konteks

1.3. Memahami dan menggunkan kata


ganti nama tunjuk dengan betul
mengikut konteks
 Dapat merancang pengajaran dengan teratur

 Boleh melaksanakan aktiviti pdp dengan berkesan

 Dapat gambaran apa yang hendak dipelajari

MATLAMAT DAN  Menggunakan pendekatan bersesuaian


KEPENTINGAN STANDARD
PEMBELAJARAN KEPADA  Kandungan dan pengetahuan yang ingin
GURU disampaikan atau digunakan bagi
mengajar, menaksir berdasarkan DSKP untuk
memastikan murid jelas apa tahap pengetahuan
atau pencapaian yang ingin dicapai.
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai