RENDAH
(PENDIDIKAN KHAS)
~MASALAH PEMBELAJARAN~
PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan
prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh,
peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan
pendidikan seumur hidup. KSSR PendidikanKhas Masalah Pembelajaran adalah
bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid, ini selaras
dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
Bagi memenuhi keperluan individu proses pengajaran dan pembelajaran di
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel
dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997,
yang menyatakan
“ ….guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau
pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan
bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.
KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina supaya pembelajaran yang
diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid
bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan
berjaya dalam kehidupan.
OBJEKTIF
Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR)Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh,
seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid.
Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi
melahirkan insan yang seimbang,harmonis dan berakhlak mulia. KSSR Pendidikan
Khas Masalah Pembelajaran membolehkan murid:
i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan
seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna
ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan
seharian
iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan bekerjaya
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan
bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan
perkembangan semasa
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang
berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang
saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:
KSSR(PEND. KHAS-MASALAH PEMBELAJARAN)
Digubal dalam dua bentuk pernyataan iaitu:
1. Standard Kandungan
- iaitu merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang murid
patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan
yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai hidup.
2. Standard Pembelajaran
- iaitu merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh di ukur bagi Standard
Kandungan.
TERDAPAT BEBERAPA PECAHAN
MATAPELAJARAN YANG DIFOKUSKAN DI
DALAM KSSR- PKBP
1. ASAS 3M
2. PENDIDIKAN ISLAM
3. PENDIDIKAN JASMANI
4. PENDIDIKAN MORAL
5. PENGURUSAN KEHIDUPAN
6. SENI KREATIF
ASAS 3M
MATA PELAJARAN ASAS 3M
Terdapat 3 komponen utama iaitu:
1. Bahasa Melayu
-terdiri daripada disiplin:
i/ mendengar dan memberi respon kepada pelbagai sumber
ii/ bertutur dengan sebutan yang betul dan bertatasusila
iii/ membaca dan memahami isi bacaan yang sesuai mengikut perkembangan dan kebolehan murid
iv/ menulis perkataan dan ayat mudah dengan betul
v/ melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, permainan, dan penulisan
untuk menjalin dan mengeratkan hubungan serta berurusan untuk mendapatkan
perkhidmatan
2. Bahasa Inggeris
-terdiri daripada disiplin:
i/ mendengar, mengulang dan memahami bahasa pertuturan yang mudah
ii/ bertutur dan memberikan respon secara jelas mengikut situasi
iii/ membaca dan memahami mesej yang ringkas
iv/ menulis maklumat menggunakan bahasa yang mudah
v/ menggunakan kemahiran berbahasa di dalam kehidupan harian
3. Matematik
-terdiri daripada disiplin:
i/ mengetahui dan memahami konsep nombor
ii/ menguasai dan mengaplikasikan kemahiran tambah dan tolak
iii/ mengenali bentuk-bentuk asas dan ciri-cirinya yag terdapat di alam sekeliling
iv/ menguasai kemahiran penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian
* Diingatkan bahawa perlu ada penggabung jalinan isi kandungan dalam menyampaikan setiap matapelajaran.
PERLAKSANAAN MODUL ASAS 3M
1. Modul Pengajaran Asas 3M
Disediakan untuk membantu guru menjalankan
engajaran dengan lebih berkesan. Guru juga boleh
membina modul yang bersesuaian mengikut
keperluan murid. Penglibatan murid yang aktif
dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.
Pengajaran bertema
Multi sensori
Pembelajaran kontekstual
Pembelajaran interaktif
Pembelajaran koperatif
Simulasi
Pembelajaran masteri
Pembelajaran pengalaman (experiential learning)
PENTAKSIRAN
Dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai dijalankan
berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran.
Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk
sumatif atau formatif.
Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid,
pemerhatian dan ujian lisan boleh digunakan sebagai bahan
pentaksiran.
Pentaksiran yang dijalankan secara pemerhatian hendaklah
disertakan dengan senarai semak.
Diingatkan!!!!! Segala perancangan pengajaran dan
pembelajaran hendaklah di buat bersama Rancangan Pengajaran
Individu (RPI).
PENDIDIKAN ISLAM
MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran dan
penghayatan Islam berdasarkan kepada al-Quran dan As-
Sunnah.
Mata pelajaran Pendidikan Islam ini memberi pendedahan
kepada murid tentang ilmu pengetahuan,kemahiran serta
nilai yang merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan dan
ketatanegaraan.
Mata pelajaran ini dibahagikan kepada tiga tajuk utama iaitu
I. Asuhan Tilawah al-Quran,
II. Asas Ulum Syariah
III. Asas Akhlak Islamiah.
PERLAKSANAAN MATAPELAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM
Terdiri daripada
Modul Pengajaran
Berpandukan kepada standard Kurikulum Asas Pendidikan Islam untuk
membantu guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan.
Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian
mengikut keperluan.
Penglibatan aktif murid, dapat mendorong pencapaian prestasi mereka.
Modul Pembelajaran
Disediakan untuk kegunaan murid.
Modul ini mengadungi lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan
penguasaan murid untuk mencapai Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran.
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran, bagi mencapai kehendak Standard Kandungan
dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah:
Kaedah Hafazan
Kaedah Amali
Pembelajaran masteri
Simulasi
Kaedah perbincangan
Pendekatan permainan
Pembelajaran interaktif
Pembelajaran koperatif
keperluan.
Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.
Analisis Tugasan
Belajar Melalui Bermain
Pengajaran Bertema
Konstruktivisme
Multi Sensori
Pembelajaran Kontesktual
Pembelajaran Interaktif
Pembelajaran Koperatif
Simulasi
Pembelajaran Masteri
diri sendiri
ii. menyediakan diri menghadapi situasi sebenar
iii. mengamalkan kebersihan dan kesihatan yang baik untuk dirinya serta
persekitaran
iv. mengaplikasi pengetahuan di dalam bilik darjah ke dalam kehidupan
sebenar
2. Komponen: Pengurusan Tingkah Laku
Komponen ini bertujuan untuk memberi penekanan dalam mengurangkan
masalah tingkah laku negatif murid dan seterusnya memberi pengukuhan
kepada tingkah laku positif yang sedia ada.
Ia juga bertujuan melatih murid mengurus emosi dan membina keyakinan
i. mengamal dan mengekalkan tingkah laku baik yang sedia ada dan yang
baru
ii. mengurus dan mengawal emosi untuk memahami diri dan orang lain
masyarakat
iv. menjaga keselamatan dan kesihatan diri, keluarga, rakan dan masyarakat
pengamatan
ii. menggunakan peralatan dengan teknik yang betul
bahan
PERLAKSANAAN MODUL PENGURUSAN KEHIDUPAN
Modul Pengajaran Pengurusan Kehidupan
Modul pengajaran mata pelajaran Pengurusan Kehidupan
disediakan untuk membantu guru menjalankan pengajaran
dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau
membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan.
Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian
prestasi murid.