Anda di halaman 1dari 12

Pensyarah : Ustazah Siti

Fatimah Binti Ahmad


TAWAZUN
Pembentang :
Muhammad Zakwan (SEIMBANG
Hakim Bin Hassan Azhari
)
Kumpulan : Pismp
Sejarah Ambilan Jun
KEPERLUAN
2016 DUNIA
DAN
AKHIRAT.
ISI
KANDUNGAN.
 PENGENALAN
 ISI
 AYAT AL-QURAN
 HADIS NABI
 PENUTUP
 SENARAI
RUJUKAN
PENGENALAN.

 Tawazun menurut bahasa bermaksud keseimbangan


atau seimbang.

 Menurut istilah tawazun merupakan suatu sikap


seseorang untuk memilih sesuatu yang
seimbang atau adil dalam menjalani
kehidupan didunia ini, iaitu perlu ada
keseimbangan antara kehidupan dunia dan
akhirat.

 “Setiapmanusia perlu beriman bahawa adanya


hari akhirat dan perkara-perkara yang berkaitan
dengannya. Kiamat ialah hari terakhir dan
penghabisan bagi alam ini.”
Ahmad Mohd Salleh (2008)
ISI
. Dalam menjalani kehidupan di dunia ini kita

sebagai hamba Allah harus menyeimbangkan
antara urusan duniawi dan akhirat, dimana
kita perlu seimbangkan aktiviti harian kita
dengan ibadah kepada Allah.

 Namun dalam kehidupan ini, kadangkala ada


timbulnya persoalan apabila seseorang itu
tidak menyeimbangkan kehidupan dunianya
dengan akhirat seperti hanya mementingkan
urusan duniawi dan hanya mementingkan
kesenangan didunia sahaja tanpa
menghiraukan akhirat.
 Contoh aktiviti duniawi:

-Belajar
-Bekerja
-Bermain
-Berorganisasi
-Berjual beli

 Contoh amalan yang membawa kepada kesenangan akhirat:

-Solat
-Puasa
-Infaq
-Haji
-Berbuat kebaikan

 “Orang-orang beriman juga diminta membuktikan keimanannya dengan amalan.”


Mardzelah Makhsin (2003)

 Dalam menjalani kedua perkara ini kita harus menyeimbangkannya, kita tidak boleh
terlalu fokus pada satu hal saja tanpa memerhatikan aspek aspek yang lain. Dunia
ini adalah jalan kita menuju kehidupan yang sebenar benarnya, Dunia ini ibarat
sebuah jalan yang kita tempuh yang penuh dengan halangan dan rintangan
hingga kita mencapai satu titik tujuan (akhirat).
Contoh
Ketidakseimbangan.
 Dalam kehidupan ini, ramai orang Islam yang bekerja
dan tidak pandai untuk membahagikan masa untuk
menyeimbangkan kehidupan duniawi dan
akhiratnya. Contohnya, semasa bekerja, mereka
terlalu fokus sehingga melengah-lengahkan solat
malah ada yang meninggalkan solat.

 Dalam urusan jual beli juga ada berlaku


ketidakseimbangan. Contohnya, ahli bisnes hanya
memikirkan keuntungan sehingga sanggup untuk
menjatuhkan orang lain. Mereka hanya
memikirkan kesenangan dunia sehingga
melupakan kehidupan akhirat.
AYAT AL-
QURAN.
 Allah berfirman dalam Al-Qur`an Surah Al Qasas
(28): 77) :

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan


Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat,
dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari
(kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah
(kepada orang lain) sebagaimana Allah telah
berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu
berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat
kerosakan"
MAKSUD
AYAT.
Ayat ini menunjukkan bahwa kita diperintahkan
Allah untuk mencari kebahagiaan akhirat atau
mengerjakan amal Ibadah yang telah
diperintahkan Allah kepada kita dan dalam mencari
kebahagian akhirat tersebut kita juga jangan
melupakan bahagian dari kenikmatan duniawi.
Maksudnya perlu ada keseimbangan antara
keduanya. Dan Allah juga memerintahkan kita
untuk berbuat baik kepada orang lain
sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada
kita (amalan baik). Dan janganlah kita berbuat
kerosakan di bumi kerana sesungguhnya Allah
tidak suka dengan orang orang yang berbuat
kerosakan. Kita sebagai khalifah di muka bumi ini
perlulah menjaga alam dan memastikan
kesejahteraannya.
HADIS
NABI.
"Kalian yang tadi berkata begitu dan
begini. Adapun aku sesungguhnya orang
yang paling takut dan takwa kepada
Allah, namun aku kadangkala puasa dan
kadangkala berbuka. Aku kadangkala
solat (tahajjud) dan kadangkala tidur.
Dan aku menikahi wanita. Maka,
barangsiapa yang membenci sunnahku
maka bukanlah termasuk golonganku" (HR
Bukhari no.
5063).
SEBAB
HADIS
Dalam mengerjakan amal Ibadah kita juga tidak boleh
terlalu berlebih lebihan , seperti yang pernah terjadi ketika
masa Rasulullah dimana Rasulullah saw membetulkan
persepsi yang salah sebahagian sahabat, yang
telahbertemu dengan isteri Nabi S.A.W dan bertanya
tentang ibadah Nabi S.A.W. Setelah diberitahu selok belok
ibadah Nabi, mereka pun terpecah menjadi tiga
kelompok. Salah seorang di antara mereka berkata: Aku
akan solat malam selama-lamanya. Yang lain
mengatakan: Aku akan berpuasa sepanjang masa dan
tidak akan pernah berbuka. Sementara yang ketiga
berkata: Aku akan menjauhi wanita dan tidak akan
menikah untuk selama-lamanya. Lalu, datanglah
Rasulullah SAW yang mendengar kata-kata mereka.
PENUTU
P Fungsi utama manusia diatas muka bumi ini adalah bagi

beribadah kepada Allah S.W.T sebagai tanda kesyukuran
atas kurniaan rahmat Allah S.W.T yang tidak terhingga dan
ternilai.
Mardzelah Makhsin (2003)

 Begitulah keseimbangan antara hak-hak Allah swt seperti solat


dan puasa, dan keperluan fitrah manusia seperti mencari
rezeki, makan, tidur dan berpasangan. Ayat Al-quran dan
hadis tersebut juga memberikan pemahaman kepada kita,
bahwa kesempurnaan ibadah seseorang tergantung kepada
sejauh mana ibadahnya dapat menimbulkan impak sosial
positif bagi kehidupannya. Sejauh mana ibadahnya mampu
melahirkan kebaikan demi kebaikan yang dapat dirasai
orang sekelilingnya.
SENARAI
RUJUKAN
Abdullah Nasih ‘Ulwan. (1998). Pendidikan Anak-Anak Menurut Pandangan Islam. Kuala
Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Ahmad Mohd Salleh dan Mohd Farid Hafidz Ahmad. (2008). Islam Agama Rabbani:
Dasar Pendidikan Islam Teras. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mardzelah Makhsin. (2003). Pendidikan Islam Jilid 1. Pahang: PTS Publication & Distribution
Sdn.
Bhd.

Mardzelah Makhsin. (2003). Pendidikan Islam Jilid 2. Pahang: PTS Publication & Distribution
Sdn.
Bhd.

Mohd Nakhaie Ahmad. (2004). Masyarakat Islam Hadhari. Kuala Lumpur: Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai