Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN

Media sosial atau rangkaian sosial boleh dikatakan sebagai satu alat komunikasi
untuk menyampaikan atau menerima maklumat melalui sumber internet. Media sosial ini
sejenis media yang terus secara dalam talian dan membolehkan para pengguna mudah
untuk menyertai, berkongsi, dan berhubung. Andreas Kaplan dan Michael Haenlein
mendefinisikan media sosial sebagai “sebuah kumpulan aplikasi yang berasaskan internet
yang membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0 dan membolehkan ciptaan dan
tukaran”. Masyarakat pada masa kini semakin maju dan cepat mengikuti perkembangan
semasa melalui media sosial. Remaja sekarang juga memilih untuk mendapatkan maklumat
serta meluaskan interaksi melalui media sosial.

Antara media sosial yang banyak digunakan adalah Facebook, Whatsapp dan
Instagram. Namun, hari demi hari media sosial ini telah mendapat penerimaan yang tinggi
dan wujud permintaan yang berterusan. Disebabkan wujudnya perkara ini, pihak pengeluar
dari masa ke semasa telah menambah baik penggunaan media sosial yang tidak hanya
terhad bagi tujuan berhubung sahaja. Kebanyakan media soaial berkembang maju dengan
menggunakan kaedah pautan ke laman web lain, sumber lain dan khalayak yang berbeza-
beza. (Nick Winchester, 2008: 5)

Menurut berita harian pada 26 April 2017, hasil kajian mencatatkan negeri tertinggi
yang melayari internet adalah Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Putrajaya. Menurut Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia di dalam
berita harian, kalangan perempuan paling kerap menggunakan laman sosial iaitu 59.4
peratus berbanding lelaki iaitu 40.6 peratus.

2.0 GOLONGAN YANG TERPEDAYA DALAM MESIA SOSIAL

Dalam dunia digital berteknologi tinggi ini, remaja memilih untuk mendapatkan
maklumat serta meluaskan interaksi melalui media sosial. Remaja wanita lebih ramai yang
terpedaya dalam interaksi ini berbanding dengan remaja lelaki. Ini kerana naluri seorang
wanita mudah terpedaya dengan kata-kata orang dan juga apa yang mereka lihat seperti
pakaian dan sebagainya. Selain itu, remaja wanita juga banyak menghabiskan masa
mereka dengan melayari internet berbanding dengan remaja lelaki yang suka akan melepak
dengan rakan-rakan, bermain motor dan sebagainya. Wanita kebanyakannya hanya berada

1
dirumah dan tidak banyak aktiviti yang boleh dibuat selain melayari internet atau media
sosial sahaja. Perkara sebegini walaupun dilakukan selalu oleh wanita tetapi tidak
mendatangkan kebosanan malah dapat menghilangkan kebosanan berada di rumah. Oleh
itu, memang tidak dinafikan lagi bahawa remaja wanita lebih ramai terpedaya dengan
interaksi dalam media sosial berbanding remaja lelaki.

3.0 PUNCA DAN KESAN GOLONGAN WANITA MUDAH TERPEDAYA DALAM


MEDIA SOSIAL

Antara sebab atau punca golongan remaja wanita mudah terpedaya dalam interaksi
melalui media sosial ialah perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru seperti mempunyai
akaun laman sosial, contohnya facebook, whatsapp, instagram, blog dan sebagainya.
Laman sosial ini akan melalaikan dan menjadi ketagih kepada remaja kerana asyik
menghabiskan masa dengan melayarinya. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan
responden bersetuju menyatakan bahawa melayari laman sosial sesungguhnya melalaikan
pelajar dan menyebabkan ketagihan seperti ketagihan dadah. Mereka sanggup
menghabiskan masa dan wang untuk melayari internet. Tambahan pula apabila mereka
berkenalan dengan rakan baru yang menjadi tempat luahan segala perasaan, malah
rakannya itu pula hansome dan cantik, mereka akan sentiasa menghabiskan masa dengan
bersembang iaitu chatting. Selain itu, remaja wanita boleh update status atau upload
gambar di laman sosial mereka supaya dapat menarik minat pembaca terutamanya orang
yang disukainya. Jarang sekali pada masa kini dapat jumpa remaja yang tidak mempunyai
sebarang akaun di laman sosial kerana perkara ini sudah terpengaruh kepada seluruh
masyarakat di dunia ini tidak kira muda, tua atau kanak-kanak.

Punca yang seterusnya ialah dalam laman sosial ini, remaja wanita kurang
mengambil cakna mengenai batas pergaulan terutamanya dengan golongan lelaki. Mereka
hanya mementingkan keseronokan dan kepuasan berbanding dengan keagamaan.
Contohnya di facebook dan Instagram, ramai para remaja wanita membalas komen status
lelaki. Ada juga yang menggunakan kata-kata-kata yang kurang sedap didengari. Golongan
wanita juga banyak menaik gambar yang pelbagai gaya, dan ini akan menarik minat lelaki
untuk lebih rapat dengan wanita tersebut. Bukan itu sahaja, gambar-gambar yang dimuat
naik ini boleh dicetak dan disalahguna oleh pihak tertentu. Selain itu, remaja wanita terlalu
melayan golongan lelaki yang memberi komen di status laman sosial mereka dan juga
membalas sembang atau chatting. Ini membolehkan individu tersebut menjadi lalai dan

2
terpengaruh dengan apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut. Malahan ada juga yang
bergaul di dalam kumpulan yang dicipta melalui aplikasi whatsapp, wechat dan
seumpamanya. Kebanyakannya wanita yang terlalu mengabaikan batas-batas pergaulan ini
kerana mudah terpedaya dengan persekitaran.

Remaja wanita juga menggunakan laman sosial untuk mencari rakan baru, tetapi
mereka mudah terkena penipuan atau pemalsuan terutamanya oleh golongan lelaki.
Perkara ini disebabkan oleh mereka yang baru sahaja berkenalan melalui laman sosial
tetapi sudah bermesra-mesra dan terlalu rapat seperti sudah lama kenal. Mereka biasanya
akan mengikut semua kemahuan dan kehendak yang diminta oleh rakan dalam laman sosial
tersebut. Remaja wanita terlalu mudah percaya dengan kata-kata kenalan yang tidak
dikenali terutamanya lelaki yang hansem dan mempunyai ayat-ayat manis yang dilemparkan
kepada golongan wanita. Mereka terlalu mudah untuk mempercayai orang yang baru
dikenali walaupun hanya berkenalan di laman sosial sahaja dan tidak pernah berjumpa
sebelum ini. Banyak kes-kes yang telah berlaku sejak kebelakangan ini disebabkan masalah
sebegini seperti dirogol, rompak, cabul, bawak lari dan sebagainya. Sebagai contohnya,
perkara ini berlaku apabila teman tetapi mesra atau kawan rapat atau pasangan dalam
laman sosial menghantar mesej atau chatting untuk membuat temu janji dengan
menyatakan tempat dan masanya. Seterusnya, remaja wanita tersebut terus akan pergi ke
tempat yang telah ditetapkan tanpa berfikir panjang dan pergi dengan berseorangan tanpa
meminta rakan atau sesiapa sahaja untuk menemaninya. Namun demikian, setibanya di
tempat yang dinyatakan oleh kenalan laman sosial itu, mereka mungkin menipu dan ada
juga yang telah menjadi mangsa rogol atau rompak.

Selain itu, golongan wanita ini selalu menghabiskan masa dengan melihat barangan
online. Mata-mata wanita selalu tertumpu akan barangan online seperti pakaian, beg
tangan, alat solek dan sebagainya. Ramai penjual barangan sekarang berniaga melalui
online kerana ingin mendapat dapatan yang lebih dan dimana-mana sahaja atau bila-bila
sahaja dapat melakukan aktiviti jual beli. Oleh itu, ramai remaja wanita hanya membeli
barangan secara online dan membuatkan mereka terpedaya dalam media sosial. Tetapi
terdapat segelintir golongan yang tamak untuk memperoleh wang dengan cepat telah
menyalahgunakan kemudahan ini dan menyebabkan para peniaga terutamanya belia yang
ingin mencari pendapatan secara atas talian turut sukar untuk dipercayai lagi bak kata
pepatah ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’. Sehubungan dengan itu, pembeli
seharusnya berhati-hati ketika berjual beli atau berurusan di atas talian. Para pengguna
internet haruslah meningkatkan lagi pengetahuan dan perlu memahami cara si penyangak
siber ini beroperasi. Para pembeli juga hendaklah memeriksa dengan teliti terlebih dahulu
sebelum meneruskan langkah yang lain dalam berurusan jual beli. Oleh itu, tidak hairanlah

3
golongan wanita ini lebih ramai terpedaya dalam media sosial ini kerana mereka mempunyai
banyak perkara yang boleh dibuat dan tidak membosankan mereka berbanding lelaki yang
mudah bosan dengan melayari internet.

4.0 BAHAYA DALAM INTERAKSI MELALUI MEDIA SOSIAL

Sesuatu perkara yang negatif pasti ada bahayanya tersendiri kepada diri individu
tersebut. Oleh itu, pastinya akan ada bahaya yang akan menanti akibat interaksi melalui
media sosial. Antara bahaya kepada remaja wanita ialah pendedahan hal peribadi di dalam
laman sosial. Contohnya banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan orang lain akan
mendedahkan pelbagai kelemahan individu yang dibenci itu dengan tujuan untuk
memalukan dan membalas dendam kepada mereka. Ini akan menyebabkan individu
tersebut tidak selamat dan berasa terancam dengan masalah sebegini. Oleh itu, laman
social terutamanya golongan wanita perlulah diperibadikan supaya orang tertentu sahaja
dapat melihatnya.

Bahaya seterusnya ialah golongan wanita menjadi mangsa penipuan kepada rakan
yang baru dikenali di laman sosial. Remaja wanita sekarang menerima semua orang yang
diminta untuk menjadi rakan mereka di laman sosial dan selalu melayan orang yang tidak
dikenali walaupun ade pepatah yang berkata ‘tidak kenal, maka tidak cinta’. Tetapi di dalam
situasi sebegini pada zaman sekarang sudah menjadi keadaan yang buruk dan
membahayakan individu tersebut terutamanya wanita yang selalu menjadi mangsa. Contoh
situasi yang dapat dikatakan ialah rakan baru dikenali itu ajak berjumpa dan individu
tersebut hanya pergi seorang diri tanpa ditemani atau tanpa diketahui oleh sesiapa sahaja.
Ini akan berlakunya bahaya kepada individu tersebut kerana orang yang tidak dikenali itu
boleh berbuat apa sahaja kepadanya seperti menculik, mencuri, rogol, rompak dan
sebagainya.

Wanita pada masa kini juga aktif dalam pembelian online. Ini akan membahayakan
mereka kerana sering didengari sekarang bahawa penjual online kebanyakannya berlaku
penipuan keatas pelanggan. Contohnya, ada penjual yang akan berjumpa dengan pembeli
untuk memberi barang atau ingin memberi lihat dahulu barang yang hendak dijual, tetapi
berlaku penipuan bahaya penjual tersebut tidak membuat jualan malah menculik atau
membuat lari pembeli tersebut terutamanya wanita. Oleh itu, wanita yang sangat leka akan
media sosial boleh memberi impak negative keatas dirinya.

4
5.0 PERANAN BAPA SEBAGAI KETUA KELUARGA

Bapa sebagai ketua keluarga perlu memainkan peranan yang penting untuk
melindungi anaknya terutama sekali anak perempuan dalam terpengaruh dengan media
sosial. Bapa perlu sentiasa mengawasi apa yang dilakukan oleh anak wanitanya setiap hari
malah perlu mengetahui dengan siapa anaknya itu berkawan, dengan siapa anaknya itu
keluar dan sebagainya supaya anak wanitanya berada dalam keadaan terjaga dan selamat
daripada berbahaya. Peranan bapa amat penting kerana merupakan ketua keluarga yang
perlu menjaga dan membimbing anak-anaknya supaya berkelakuan baik dan tidak membuat
perkara yang dilarang.

Antara peranan bapa untuk menangani isu sebegini ialah bapa perlu bercakap dan
mengetahui apa anak perempuannya lakukan di internet. Bapa perlu berbincang dengan
anaknya tentang risiko di internet supaya anak tersebut mengetahu apa yang akan terjadi
dan akan terjaga-jaga dengan apa yang akan dilakukan oleh anaknya. Pada hari ini,
kebanyakan bapa sibuk dengan kerjaya tetapi mereka perlu juga meluangkan masa untuk
libatkan diri dalam aktiviti dalam talian anak-anak supaya segalanya tidak terlambat. Dengan
itu, mereka akan dapat bimbingan dan tunjuk ajar oleh bapa dalam menggunakan internet
yang semakin maju dari semasa ke semasa.

Peranan seterusnya ialah bapa perlu mengawal tabiat oversharing anak-anak di


internet supaya mereka tidak mendedahkan butiran peribadinya secara meluas dan terbuka
kepada semua orang. Bapa perlulah sentiasa memantau tentang apa yang mereka update,
upload atau memuat naik, dan seumpamanya setiap hari supaya bapa dapat mengetahui
apa yang dilakukan oleh anaknya di laman sosial. Bagi memudahkan bapa melihat aktiviti
anak-anak mereka, pastikan computer diletakkan di ruang terbuka di dalam rumah dan
bukannya di dalam bilik tidur anak-anak supaya mereka tidak membuat perkara-perkara
yang tidak elok. Malahan pada masa kini, telefon pintar boleh digunakan sama seperti
komputer. Oleh itu, bapa perlu sentiasa memeriksa atau membuat sport check terhadap
telefon pintar anak-anak supaya mereka berada dalam keadaan terjaga dan diketahui oleh
bapa.

Selain itu, bapa juga perlu berperanan menunjukkan contoh dan teladan yang baik
terlebih dahulu sebelum membetulkan anak-anak bak kata pepatah ketam mengajar

5
anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget kerana anak-anak mudah
terpengaruh dengan apa yang orang tua mereka lakukan. Bak kata peribahasa bagaimana
acuan begitulah kuihnya dan jika alur di hulunya bersih, pasti air di muaranya bersih. Hal ini
menunjukkan bahawa jika orang tuanya baik, maka anak-anaknya juga baik, kerana bapa
borek anak rintik. Oleh itu, bapa tidak boleh menunjukkan bahawa dia terlalu leka dan selalu
dengan internet atau laman sosial di hadapan anak-anak supaya anak-anak tidak
berkelakuan sedemikian. Hanya perkara yang betul-betul penting atau masa lapang sahaja
boleh ditunjukkan di hadapan anak-anak. Bapa perlulah menasihati anaknya apabila berlaku
kesalahan yang dibuat di dalam laman sosial. Ini kerana anak-anak mudah terpengaruh
dengan apa yang dilihat dan dibaca walaupun perkara tersebut salah. Bapa perlu
berbincang tentang waktu penggunaan internet yang dibolehkan kepada anaknya supaya
tidak terlalu asyik dengan dunia siber.

6.0 KESIMPULAN

Remaja wanita terutamanya perlu mengambil langkah berjaga-jaga dalam berurusan


mahupun berkenalan dengan seseorang yang baru dikenali di atas talian supaya tidak
berlaku sebarang penipuan dan perlulah segera bertindak apabila menyedari satu penipuan
telah berlaku. Selain itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mengawasi anak-anak
supaya mereka terhindar daripada melakukan perkara yang tidak diingini dan tidak menjadi
mangsa gejala sosial. Komitmen dan kerjasama daripada semua pihak, lebih-lebih lagi pihak
pemimpin dan agensi kerajaan diperlukan untuk membendung salah laku ini. Semua pihak
perlu memandang serius akan perkembangan masalah sosial ini kerana perkembangannya
dalam masyarakat boleh mempengaruhi aspirasi pembangunan negara pada masa
hadapan. Tanpa komitmen daripada semua pihak dan langkah pengguatkuasaan yang
tegas, golongan ini akan mudah hanyut dan terjerumus ke dalam kancah masalah yang lain
seterusnya boleh menggugat pencapaian pembangunan negara pada masa hadapan.
Sebagai manusia yang berakal pastinya seseorang akan menangkis setiap perkara yang
buruk. Pepatah ada mengatakan bahawa “mencegah itu lebih baik daripada mengubati”.

6
RUJUKAN

BUKU

Kaplan Andreas M., Haenlein Michael, (2010) Users of the world, unie! The challengers and

opportunities of social media, Business Horizons, Vol. 53, Issue 1 : Page 61

Nick Winchester, (2008), what is social media fornester research social computing.

INTERNET

Aiman Izzani, (2015), Rangkaian Sosial : Awasi Anak Anda. Diperoleh 20 Ogos 2018
daripada
https://mypositiveparenting.org/ms/2015/12/24/rangkaian-sosial-awasi-anak-anda/

Koh Abdullah, (2016), Peranan Ibu Bapa Kawal Anak-Anak Guna Internet. Diperoleh 20
Ogos
2018 daripada http://m.utusan.com.my/rencana/utama/peranan-ibu-bapa-kawal-
anak-anak-guna-internet-1.387101

Siti Khadijah, (2018), Penggunaan Media Sosial, Benarkah Wanita Mudah Terpengaruhi?
Diperoleh 19 Ogos 2018 daripada www.islamika.com.my/2018/02/23/penggunaan-
media-sosial-benarkah-wanita-mudah-dipengaruhi/

7
Siti Khairunnisa Rahman, (2016), Penipuan atas talian (SCAM). Diperoleh 19 Ogos 2018
daripada www.youth4malaysia.com/index.php/web-journalism-category/ekonomi-
webjurnalism/perniagaan-webjurnalism/274_scam

Anda mungkin juga menyukai