Anda di halaman 1dari 20

KURSUS: KPF3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR PENDIDIKAN

TUGASAN 1 : Penterjemahan kurikulum kebangsaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran opsyen.

KUMPULAN EL A19(A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH :

NAMA MOHD NOOR AZAM BIN AYUB

NO. MATRIK D20112055134

NO. TELEFON 0165426462

TUTOR E-LEARNING TARIKH HANTAR

: :

Dr. Rosma binti Osman 18 OKTOBER 2012

Apabila berbicara tentang kurikulum pelbagai perkara akan terlintas di fikiran kita. Ada yang berpendapat bahawa ianya adalah sukatan mata pelajaran, huraian sukatan matapelajaran dan rancangan pengajaran harian. Namun adakah apa yang disenaraikan tersebut adalah definisi kurikulum yang sebenar? Jadi mari kita lihat apakah itu definisi kurikulum. Definisi kurikulum dapat diterangkan dalam pelbagai perspektif. Tiga perspektif yang ingin dibincangkan adalah dari segi bahasa, sejarah dan juga pendapat pakar-pakar pendidikan. Tiga perspektif ini dipilih agar kita dapat melihat definisi kurikulum secara mendalam dalam pelbagai sudut dan tidak hanya membataskan definisi tersebut dari segi bahasa semata-semata. Dari segi bahasa, kurikulum merupakan kata pinjam dari bahasa Inggeris iaitu curriculum yang membawa maksud bidang pengajaran di sekolah berdasarkan kamus dwibahasa (1922). Sekiranya kita lihat maksud tersebut ia merangkumi semua bidang pengajaran di sekolah tanpa menghadkan mana-mana bidang tertentu sahaja. Dari segi sejarah pula, curriculum berasal daripada Latin. Perkataan ini mula digunakan sekitar tahun 400 SM, ketika zaman Plato di mana ia membawa maksud ruang sesi pembelajaran berlansung. Ketika itu, kanak-kanak di Bandar Athens telah mengikuti satu bentuk kurikulum pendidikan di mana ketika mereka berpeluang belajar pelbagai jenis ilmu ketika di sekolah. Dari segi pendapat pakar pendapat pendidikan, pelbagai pendapat yang berbeza dapat dilihat apabila kita mencari definisi kurikulum. Antara yang dipetik adalah menurut Hirst(1975) dalam Pengurusan Kurikulum, beliau mendefiniskan kurikulum sebagai satu program yang mengandungi aktiviti pembelajaran dan disusun oleh guru untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif yang ditentukan. Berdasarkan penulisan Ishak Ramly (2003), kurikulum merangkumi semua pengalaman yang didapati di dalam dan luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan bilik darjah. Beliau turut mengelaskan kurikulum kepada tiga bahagian iaitu:

Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas

Kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan pengalaman individu ataupun berkumpulan. Yusuf Hashim (2000) pula menganggap kurikulum sebagai laluan atau balapan

bagi sesuatu pertandingan perlumbaan kereta kuda berdasarkan maksud perkataan kurikulum yang berasal daripada perkataan Latin iaitu Curere yang bermaksud laluan. Manakala dalam Bahasa Inggeris, kurikulum bermaksud jelmaan. Secara ringkas, kurikulum adalah bidang pengajian di sekolah. Kurikulum berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak disampaikan. Ini bermaksud bahawa maklumat-maklumat akan disampaikan mengikut peringkat yang tertentu. Kurikulum di sekolah perlu sentiasa relevan dengan keperluan dan kehendak semasa. Pusat Perkembangan Kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa mengikut aliran tinggi. Kurikulum perlu diubahsuai mengikut keperluan supaya murid-murid sentiasa bergerak seiring dengan pengetahuan semasa.

Selain daripada itu, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum telah menitikberatkan aspek kepemimpinan murid-murid melalui ko kurikulum. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk menguatkan hubungan sosial antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kurikulum yang seragam dan adil dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum.

Kerr J.K (1968) mentakrifkan kurikulum sebagai semua pelajaran yang dirancangkan dan dibimbing oleh sekolah, sama ada dilaksanakan secara individu atau kelompok, baik di dalam mahupun di luar sekolah.

Secara spesifik kurikulum kebangsaan merujuk kepada pelbagai aktiviti pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Manakala, kurikulum secara umum merujuk kepada proses aktiviti yang dialami oleh seseorang individu dari peringkat kematangan mentah kanak-kanak ke peringkat kematangan orang dewasa. Justeru, kurikulum kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kurikulum dan ko-kurikulum yang merangkumi pengetahuan, kemahiran nilai, unsur kebudayaan yang dapat membantu memperkembangkan seseorang pelajar secars menyeluruh dari aspek intelek, rohani, emosi, dan jasmani.

Kurikulum kebangsaan juga dikenali sebagai kurikulum ideal memandangkan ianya telah sempurna dibentuk dan diseragamkan untuk semua sekolah di seluruh Malaysia.Kurikulum mengandungi ciri-ciri dari aspek matlamat,pelaksanaan dan penilaian. Kurikulum juga dibahagikan kepada kurikulum formal dan kurikulum tidak formal.

Kurikulum formal juga dinamakan sebagai kurikulum akdemik yang terdiri daripada matapelajaran dari 4 komponen iaitu Bahasa, kemanusiaan sains dan vokasional. Kurikulum tidak formal mengandungi aktiviti ko-kurikulum dan kurikulum tersembunyi. Justeru, menjadi wajib bagi pelajar untuk menganggotai kelab,persatuan atau unit uniform. Pelajar sekurang-kurangnya menyertai satu jenis sukan seperti yang ditetapkan oleh dasar 1 murid 1 sukan. Kurikulum sekolah didefinasikan sebagai segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :

I. II.

Bahagian yang meliputi sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala kegiatan pengajaran dan pembelajaran. Bahagian yang meliputi kegiatan luar bilik darjah seperti kegiatan sukan ,persatuan,pasukan pakaian seragam dan lain-lain.

Matlamat kurikulum adalah seperti berikut: I. II. Memperkembangkan potensi pelajar Asas untuk pengetahuan lanjutan

III. IV. V.

Melahirkan insan yang sempurna dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Membentuk warganegara yang dapat memberi sumbangan kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Menjadikan pelajar yang boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah harian.

Sekiranya kita lihat definisi kurikulum dari perspektif di atas, dapat kita rumuskan kurikulum merupakan suatu perkara yang luas dalam pendidikan dimana ia melibatkan perancangan bagaimana pengajaran dan pembelajaran harus dilaksanakan dan mempunyai objektif tertentu yang harus dicapai semasa sesi pelaksanaannya berlangsung. Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah bertujuan untuk memenuhi hasrat falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tabahasa secara betul dan tepat. Murid mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi tiga bidang penggunaan bahasa, iaitu Bidang Interpersonal, Bidang Maklumat, dan Bidang Estetik. Penumpuan pada bidang-bidang ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang pekerjaan, dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Di samping itu, komponen kesusasteraan Melayu diharapkan akan dapat memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu juga memberikan pertimbangan pada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan untuk mengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa murid. Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh mengenai kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah. Sukatan Pelajaran ini mengandungi Matlamat, Objektif, dan Organisasi Kandungan. Organisasi Kandungan merangkumi Penggunaan Bahasa,

Kemahiran Bahasa, Sistem Bahasa, Hasil Pembelajaran, dan Pengisian Kurikulum. Terdapat lima dokumen sampingan yang dikenali sebagai Huraian Sukatan Pelajaran yang berfungsi sebagai panduan untuk guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiap tingkatan, iaitu dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah digubal bersesuaian dengan bahasa Melayu yang digunakan dalam kehidupan harian semasa berinteraksi dengan orang lain, mengakses maklumat, dan untuk memahami bahan bacaan. Penggunaan bahasa ini dinyatakan dalam bentuk Hasil Pembelajaran. Hasil Pembelajaran berteraskan Kemahiran Bahasa, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis yang digabungkan dengan peraturan dalam Sistem Bahasa, dan disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum. Pernyataan Hasil Pembelajaran adalah dalam bentuk fungsian yang mencerminkan amalan harian dalam kehidupan sebenar masyarakat Malaysia. a) Standard Kandungan Pernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai murni. b) Standard Pembelajaran Pernyataan tentang penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian murid bagi setiap standard kandungan. Kemahiran Bahasa Kemahiran bahasa merupakan teras kepada Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dan pendekatan modular. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran seperti berikut: Kemahiran Mendengar Kemahiran Bertutur Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia distrukturkan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran kemahiran Mendengar dan Bertutur. Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan: i. mendengar, memahami, menyebut frasa dan ayat dengan struktur yang betul dan tepat; ii. mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku terhadap arahanberdasarkan ayat perintah jenis ayat permintaan dan ayat perintah jenis ayat suruhan dengan betul; iii. mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan berdasarkan soalan yang mengandungi kata tanya dan menyampaikan pesanan dengan betul; iv. berbual tentang sesuatu perkara menggunakan pelbagai ayat, kata panggilan sesuai dalam kalangan bukan ahli keluarga dan kata ganti nama diri yang betul dalam pelbagai situasi secara bertatasusila v. bertutur, berbual dan menyatakan permintaan menggunakan perkataan dan ayat yang sesuaidalam situasi tidak formal secara bertatasusila; vi. bercerita dan menceritakan sesuatu perkara yang dibaca dengan tepat menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; vii. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat menggunakan ayat yang mengandungi frasa yang sesuai secara bertatasusila;dan viii. berbincang dan mengemukakan pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber menggunakan perkataan, frasa dan ayat yang betul secara bertatasusila. Pengajaran dan pembelajaran bertema.

Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia diajarkan berdasarkan tema. Melalui pengajaran dan pembelajaran bertema kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan pengembangan kosa data dapat disepadukan dan dikukuhkan. Bagi tujuan ini, perancangan dan penentuan tema pengajaran meliputi pelbagai bidang

ilmu ,hal persendirian dan isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mencungkil daya kreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-isu semasa.

Cakupan tema yang ditekankan di sini adalah Jati diri, patriotism dan kewarganegaraan.

Tema jati diri, patriotism dan kewarganegaraan merujuk keupayaan murid menzahirkan keperibadian insan yang seimbang dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani serta mempunyai semangat juang dan sanggup berkorban demi negara. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid untuk melahirkan masyarakat madani yang mempunyai semangat kekitaan dan taat setia kepada raja dan negara.

Tema: Negaraku Tema ini menghuraikan aspek identiti Negara , sistem kerajaan negara Malaysia, kepimpinan negara dan tanggungjawab rakyat untuk mengekalkan kemerdekaan negara Salah satu topik dalam tema ini ialah tanggungjawab rakyat.

Topik : Negara Gemilang Tanggungjawab Rakyat Tajuk: Malaysiaku Gemilang

Di akhir pelajaran, murid dapat: 1. Kognitif Moral o Menerangkan tanggungjawab pelbagai pihak dalam menjayakan kempen-kempen untuk pembangunan negara 2. Perasaan Moral o Memahami perasaan dan keperluan diri dan orang lain dalam pembangunan negara 3. Perlakuan Moral o Menyertai kempen-kempen pembangunan di peringkat sekolah. a) Pengetahuan - pengetahuan yang terkandung dalam mata pelajaran, berikut adalah isi-isi utamanya : o Tanggungjawab kepada Negara o Memahami perasaan dan keperluan diri dan orang lain dalam pembangunan Negara.

o Di manakah tempat bendera pertama kali dinaikkan. o Cara-cara menghormati bendera Malaysia o Sejarah bendera Malaysia o Langkah-langkah memupuk perpaduan kaum

Hal yang demikian, pengetahuan kandungan Pendidikan Moral turut yang diserap semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Justeru, nilai-nilai murni seperti, menghormati negara , cinta akan negara. Dalam bidang pengajaran 4.1 Cinta akan negara dalam Pendidikan Moral tingkatan 3 jelas menyatakan perassan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. Antara isi kandungannya yang tersirat adalah memelihara dan cara-cara menghormati bendera kita. Selain itu, pengetahuan yang diserap dari matapelajaran Muzik pelajar dapat mengetahui pencipta lirik lagu kebangsaan iaitu Syed Indera bin Syed Omar dan pencipta lagu pula ialah Suhaimi bin Mohd . Zain.

Di samping itu, kemahiran spesifik yang hendak dicapai ialah kemahiran membaca. Kemahiaran yang diterapakan ialah mengikut aras yang dipilih oleh guru. Contohnya : 10.1 Menceritakan semula sesebuah karya secara menyeluruh (Aras 1) 7.0 Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca dan ditonton(Aras 1) 8.0 Memproses maklumat untuk keperluan tertentu (Aras 1)

Dalam kemahiran bertutur pula pelajar dapat member pendapat yang bernas sebagai sumabangan dalam perbincangan (HPU 2.0, Aras 2). Justeru, murid dapat bertutur tentang Jalur Gemilang menggunakan pelbagai jenis ayat tunggal dan ayat majmuk yang betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

Kemahiran mendengar, pelajar dapat mengenalpasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea utama, isi penting dan isi relevan tentang bahan yang didengar, dibaca dan ditonton(HPU 7.1;Aras 1).

Titik tolak daripada perbincangan ini, dalam kemahiran menulis 12.0 pelajar dapat mengahsilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif dan kemahiran menulis 12.3 pelajar dapat membina ayat topik dan ayat huraian untuk menghasilkan perenggan yang kohesif. Oleh hal yang demikian kemahiran lain turut digabungjalinkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Maksud penggabungjalinan ialah suatu proses yang mengintegrasikan pelbagai kemahiran melalui strategi penggabungjalinan dalam suatu pelajaran yang disampaikan secara bersepadu. Melalui kemahiran ini dapat beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Dengan ini dapat melahirkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan .Murid dapat menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan secara bersepadu. Contoh seperti kemahiran dari aspek muzik, pelajar dapat menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur dan menyebut senikata lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik hibur.

Penterjemahan kurikulum kebangsaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dapat menerap nilai nilai murni unggul dalam diri murid. Penerapan nilai murni dalam kurikulum Bahasa Malaysia bertujuan melahirkan insan yang berketerampilan dan memiliki akhlak yang mulia. Dijangkakan melalui penghayatan dan amalan nilai murni dapat membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian yang luhur. Antara nilai murni yang diserapkan dalam topik pengajaran ini ialah hormat-menghormati, patriotisme, bersyukur, kebanggan, setia kepada pemimpin, raja dan negara, semangat kekitaan , kerjasama, dan berkeyakinan. Justeru, melalui topik pengajaran ini diharap dapat melahirkan individu yangb ersemangat patriotik, boleh bekerjasama dengan orang lain, menyelesaikan konflik tanpa menggunakan keganasan , berbangga dengan kemerdekaan Malaysia, lahir perasaan bersyukur dan berterimakasih kepada tanah air yang tercinta, menyanjungi tokoh-tokoh negara dan menghargai peranan pemimpin negara.

Elemen Merentas Kurikulum(EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Penerapan EMK bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menghadapi cabaran semasa dan masa depan.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) ialah kemahiran yang dapat digunakan dalam setiap sesi pengajaran. Kemahiran ini dapat membantu guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan melaksanakan aktiviti pengajaran secara berkesan.Jenis-jenis kemahiran bernilai tambah dalam topik ini ialah pembelajaran kontekstual, kreativiti dan inovasi, menjanakan idea, menghubungkaitkan, mereka cipta, dan kemahiran berfikir.

Kemahiran berfikir sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Pergerakan minda berlaku secara aktif apabila soalan dikemukakan. Dalam proses mencari dan menilai jawapan melibatkan kemahiran berfikiran kreatif ,kritis dan menaakul .

Dengan kemahiran mendengar, murid dapat memahami dan mencatat maklumat yang didengar lalu berkongsi maklumat tersebut dengan memberikan pandangan. Manakala kemahiran membaca antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membaca secara luncuran (skimming) iaitu membaca petikan dalam buku teks secara intensif, terperinci. Kemahiran menulis antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menulis atau mencatat cepat, membuat ringkasan, membuat peta minda, mencatat isi penting dan sebagainya.

Kemahiran Pembelajaran Kontekstual merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan atau menghubungkaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan persekitaran, dan alam pekerjaan. Pembelajaran berlaku apabila murid dapat memproses maklumat dengan cara menggabungkan atau menghubungkaitkan pengalaman sedia ada dengan pengetahuan baharu secara bermakna. Pengalaman sedia ada murid itu melibatkan peraturan bahasa, adat budaya, persekitaran sosial, psikologi, alam fizikal, amalan kehidupan, sekolah, tempat kerja atau tempat tinggal, pelbagai bidang ilmu, dan sebagainya. Kemahiran kreativiti dan inovasi diintegrasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran bagi membangun dan mengembangkan tahap potensi dan keupayaan murid .

Kreativiti merujuk kepada penghasilan idea atau tindakan baharu manakala untuk inovasi pula ialah proses menjana idea dan mengaplikasikan idea. Kedua-dua bermatlamat untuk membangunkan modal insan yang menyeluruh. Muridmurid menjalankan aktiviti membina ayat , menulis karangan tentang langkah-langakah memupuk perpaduan kaum di Malaysia serta sesi soal jawab, kemahiran kreativiti dan inovasi akan diintegrasikan dalam pengajaran daan pembelajaran.

mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat. me

ngaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna. menterjemmeng

aitkanndengan apa yang sedia ada di kepa

PETA

MINDA-HUBUNGKAITAN

SETIAP

KOMPONEN

BAGI

TAJUK

PENGAJARAN

KEFAHAMAN

TENTANG

APLIKASI

KOMPONEN

PENGETAHUAN,

KEMAHIRAN, NILAI-NILAI MURNI DAN EMK DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sebagai seorang guru jangkaan saya terhadap pembangunan modal insan. Daripada pengetahuan dari isi kandungan pelajaran, murid-murid dapat mempelajari peranan dan tanggungjawab dirinya terhadap masyarakat dan negara. Dia akan dipupuk dengan suatu ajaran dan didikan bahawa selaku rakyat Malaysia dia perlu mencintain negara sendiri dengan melakukan kegiatan yang mulia dan patut dimana dapat mengharumkan nama negara sendiri.

Dari isi pelajaran yang disampaikan semoga murid dapat

memahami dan

menyedari kepentingan hidup bersama secara harmoni. Aktiviti lagu Negaraku dinyanyikan beramai-ramai dan aktiviti warna-mewarna khasnya warna biru , muridmurid ditekankan sekali lagi tentang betapanya penting perpaduan di antara kaum dalam Negara.Semangat kekitaan dan berharmoni akan berbangkit dan meluap-luap dalam hati murid-murid semasa lagu berunsur patriotik dinyanyikan beramai- ramai .

Dalam menjalaankan pengajaran tentang topik ini di peringkat set induksi muridmurid disemaikan dengan nilai-nilai Murni seperti, menghormati ,bersyukur ,patriotisme , cintakan akan Negara. Murid- murid diajar memberikan penghormatan kepada bendera Malaysia dengan berdiri tegak semasa bendera dinaikkan.Apabila Lagu Negaraku dinyanyikan atau dimainkan mesti berdiri tegak juga sebagai tanda penghormatan kepada negara kita.Murid-murid diberikan latihan juga untuk menyanyikan Lagu Jalur Gemilang dan Lagu Negaraku dengan sebutan yang betul dan irama muzik yang tepat Dengan adanya aktiviti tersebut, diharapkan unsur-unsur yang murni seperti, rasa hormat ,rasa Cintaterhadap Negara akan dilahirkan lalu diserapkan pada murid-murid. Seterusnya suatu kesedaran komitmen untuk taat dan setia kepada Negara juga akan dibangkitkan dalam hati murid-murid .

Daripada nilai murni menghormati , murid dididik bukan sahaja menghormati bendera Malaysia dan pemimpin Negara bahkan juga menghormati kaum dan budaya kaum yang lain.Justeru itu ,semangat perpaduan dan kekitaan dapat dipupuk melalui

didikan nilai murni menghormati kaum kaum yang lain. Kemahiran yang disampaikan ialah kemahiran bernilai tambah- menghubungkait. Ini terbukti apabila hormat menghormati dan patriotisme. saya telah menghubung kaitkan isi yang tersurat dalam topik ini dengan nilai-nilai murni seperti

Kemahiran pembelajaran kontekstual dan konstruktivisme yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman sedia ada harian individu juga diserapkan apabila lagu Jalur gemilang dinyanyikan bersama-sama dalam kelas. Murid disoal tentang warna yang ada di bendera serta maknanya bagi setiap jenis warna. Bilakah negara mencapai kemerdekaan. Pembelajaran berlaku di sini apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru dalam kehidupan mereka berdasarkan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham dan seronok untuk belajar.

Kesimpulannya, melalui pengajaran topik ini diharapkan keperibadian murid dapat berkembang dengan seimbang dan memberi sumbangan dalam kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara. Dengan penyerapan kemahiran dan nilai murni dapat melahirkan generasi yang peka tentang hak dan tanggungjawab sebagai warganegara .Murid-murid dididik agar menghargai perpaduan ,menghayati pelbagai budaya masyarakat Malaysia seterusnya dapat melahirkan modal insane dalam masyarakat yang dicita-citakan oleh pihak kerajaan.

PENTERJEMAHAN KESEMUA KOMPONEN TERSEBUT DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sebagai guru mata pelajaran dapat menterjemahkan kesemua komponen tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran, salah satunya pada permulaan pengajaran iaitu peringkat set induksi murid-murid akan berdiri tegak sebaik sahaja guru masuk ke dalam kelas dan lirik lagu Jalur Gemilang dimainkan. Murid-murid menyanyikan lagu ini dengan sebutan dan irama muzik yang betul sambil mengibarkan bendera kecil di tangan masingmasing semasa bendera Malaysia dikibarkan. Dengan ini, saya dapat menarik dan menumpukan perhatian murid terhadap topik yang hendak diajar. Saya menggalakan mereka agar nyanyi dengan penuh semangat sebagai tanda hormat dan cinta akan Negara.

Dengan aktiviti ini kemahiran kinestetik verbal diserapkan ,pada masa yang sama nilai menghormati dan cinta Negara juga dapat disemaikan.

Kemahiran bahasa yang diserap ialah kemahiran 10.1 . Kemahiran ini adalah memahami dan memberikan respon peribadi tentang karya sastera. Murid-murid dikehendaki menyebut senikata lagu dengan jelas lagu ini. melalui nyanyian. Di samping itu, murid-murid sepatutnya memahami dan menyatakan maksud perkataan dalam seni kata

Dalam membaca dan menghuraikan senikata lagu Negaraku ,penyerapan nilai murni Patriotisme , kewarganegaraan dapat disalurkan pada murid-murid. Di samping itu , unsur pemupukan semangat cinta dan taat akan negara juga diserapkan dalam pengajaran ini . Dengan ini diharap dapat melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri, cinta akan bahasa dan bangsa serta meningkatkan komitmen individu terhadap negara. Sebaik sahaja tamatnya aktiviti ini, gambar lukisan Jalur Gemilang ditampalkan di papan hitam. Murid akan meneliti gambar yang dipaparkan itu. Murid-murid diminta menyatakan maklumat yang terdapat dalam gambar. Contohnya, Bangunan yang berada di sekitar Jalur Gemilangialah bangunan Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia selama ini. Seterusnya, murid-murid diajar tentang empat jenis warna yang ada pada Jalur Gemilang dan maksud lambang dan warnanya .Merah bererti keberanaian.Biru melambangkan perpaduan Negara . Kuning pula ialah melambangkan kedaulatan raja dan kerabat di raja.Putih pula melambangkan kesucian. Dalam sessi soal-menyoal ini kemahiran menjana idea dan kemahiran Mendengar dan Bertutur dapat diserapkan .

Dalam sesi perkembangan pengajaran yang pertama ,satu petikan yang bertajuk Sejarah Jalur Gemilang diedarkan , murid-murid diarahkan membaca teks sepintas lalu dengan mengikut cikgu. Murid dikehendaki membaca kuat dengan nada suara dan intonasi yang betul, bacaan mesti lancar, sebutan perkataan perlu jelas . Murid-murid mesti soalan berdasarkan petikan.Murida-murid meneliti teks yang dibaca itu untuk mencari jawapan untuk soalan yang akan ditanyakan kemudian. Seterusnya, guru menanya menyatakan jawapan secara lisan.

Teknik pengajaran yang dijalankan ialah perbincangan dimana guru bersoal jawab dengan murid tentang perasaan mereka apabila nyanyian lagu Jalur Gemilang .Guru juga bersoal jawab dengan murid tentang kepentingan menyanyi lagu Jalur Gemilangserta cara-cara pelaksanaan dalam mencintai Negara.

Kemahiran berfikir diajar kepada murid-murid apabila aktiviti dalam sessi soal jawab diadakan .Aktiviti ini memerlukan pemikiran kritis dan kreatif murid untuk menjanakan idea masing-masing.

Penggabungjalinan pengetahuan dari matapelajaran yang lain. Pengetahuan dari matapelajaran Sivik dan Moral dihubungkaitkan di sini. Lagu Jalur Gemilang penting untuk memupuk perasaan cinta akan Negara. Perasaan cinta Negara menjadikan kita bangga kerana menjadi rakyat Malaysia. Lagu Negaraku pula dapat mengeratkan perpaduan di antara rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum apabila kita menyanyikannya beramai-ramai.

Dalam sesi perkembangan yang kedua Murid-murid akan membaca lirik lagu Jalur Gemilang bagi setiap rangkap lalu diterangkan cikgu maksud setiap rangkap dalam lagu ini.Guru bersoal jawab tentang seni kata lagu .contoh soalan: Apakah maksudnya gemilang dalam lagu ini? Manakah perkataan dalam seni kata lagu yang menampakkan satu Malaysia?Kemahiran Menjana idea telah diserapkan dalam aktiviti soal jawab ini.

Dalam sesi perkembangan yang ketiga Murid-murid melakukan aktiviti menyusun semula struktur frasa menjadi ayat yang lengkap. Seterusnya dapat juga murid-murid menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul serta tulisan yang kemas. Nilai murni :kerjasama diamalkan di sini dimana murid bergilir-gilir keluar untuk menampalkan kad struktur ayat pada papan untuk menjadikan ayat yang lengkap. Dalam sesi perkembangan yang keempat pula, murid-murid disuruh membina ayat berdasarkan kosakosa kata dalam petikan. Kemahiran yang diserapkan dalam bahagian perkembangan ini ialah kemahiran membina dan menulis jawapan dalam bentuk ayat mudah dengan betul berdasarkan soalan.Murid-murid membina ayat berdasarkan kosa kata dalam petikan. Sebanyak 5 kosa kata ditulis di papan hitam dan guru berbincang dengan murid isi kandungan dalam setiap ayat.teknik pengajaran digunakan ialah teknik

penyoalan.Kemahiran bernilai tambah yang digunakan ialah kemahiran memberi pendapat dan mencatat.Di peringkat pengajaran ini guru akan berbincang dengan murid dan murid akan mengemukakan pendapat tentang isi kandungan ayat untuk membentuk ayat yang lengkap .Dari sini idea-idea murid dapat dicungkilkan.Murid dilatih juga mencatat maklumat betul yang disampaikan bagi pembentukan yang logik dan berisi.Nilai murni yang diserap ialah menghormati. Nilai ini dapat diserap melalui aktivti pembentukan ayat daripada kosa kata rakyat,misalnya Rakyat Malaysia patut membeli barang buatan Malaysia sebagai tanda menghormat dan mencintai Negara. Rakyat Malaysia seharusnya berdiri Gemilang dinyanyikan tegak semasa Lagu Jalur

Dalam sesi penutup murid-murid diminta menjalankan projek mewarnakan mewarnanya

melukis dan

Jalur Gemilang . Kertas lukisan disediakan dan murid dikehendaki dengan betul dan jelas.Apabila proses warna-mewarna dijalankan

pengetahuan , kemahiran dan nilai-nilai murni dapat diaplikasikan dalam tugasan ini. Pemulihan aspek bahasa dijalankan dengan membuat lembaran kerja. Murid dikehendaki gariskan kata Tanya yang sesuai dipilih. Misalnya, 1. (Apa, Mengapa )kah nama bunga kebangsaan kita ? ( Bila, Apa)kah Negara Malaysia mencapai kemerdekaan ?Aktiviti ini untuk murid yang lembab sahaja .Manakala untuk yang cerdik pandai aktiviti pengayaan dijalankan dengan Bina ayat tanya berdasarkan gambar.

Tujuan : Menulis ayat huraian berdasarkan isi utama Teknik : Perbincangan Aktiviti yang dijalankan dalam perkembangan pengajaran . 1. Murid memahami tajuk karangan terlebih dahulu 2. Murid membina ayat huraian untuk mengembangkan isi utama 3. Murid menulis maklumat tentang cara-cara menghormati bendera. 4. Murid membacakan huraian maklumat tersebut.

Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan, warna biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala warna kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara.

Kesimpulannya, Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan untuk memenuhi hasrat Akta Pendidikan dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid untuk menghadapi cabaran pendidikan pada abad ke-21. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi, bahasa pengantar utama, bahasa perpaduan, dan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari pada peringkat sekolah menengah. Mata pelajaran Bahasa Melayu bertujuan untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranannya sebagai bahasa ilmu. Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah merangkumi penggunaan bahasa yang menekankan kemahiran bahasa serta berteraskan bahasa Melayu baku.

Bibliografi

Asas pendidikan III : perkembangan dan pelaksanaan kurikulum / Kamarudin Hj. Husin, Kamarul Azhar. Selangor : Longman Malaysia, 1994. Falsafah pendidikan dan kurikulum / Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. Tanjong Malim : Quantum Books, 2003 Huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 3 : kurikulum bersepadu sekolah menengah / Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.Kuala Lumpur : DBP, 2003. Kurikulum dan pendidikan guru / disunting oleh Muhamad Hamid Al-Afendi & Nabi Ahmad Baloch ; penterjemah, Ahmad Jaffri Hassan, Mohammad Nordin Zainuddin, Asiah Idris. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990. Perkembangan dan haluan kurikulum pendidikan Malaysia / Mohd Salleh Lebar. Kuala Lumpur : Utusan Pub., 1996

Anda mungkin juga menyukai