Anda di halaman 1dari 21

PEMARKAHAN

RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013


KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

TAJUK ESEI ILMIAH

Penterjemahan Kurikulum Kebangsaan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran bagi Matapelajaran Bahasa Melayu Tahun Dua (KSSR)

DISEDIAKAN OLEH NAMA BUSI ANAK DUNDANG NO. MATRIK D 055842

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-_________

NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________

TARIKH SERAH: ________________

Isi Kandungan

Mukasurat

PENGENALAN

1. Konsep Kurikulum 2. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 3. Bahasa Melayu Tahun Dua (KSSR) 4. Kompenen Merentasi Kurikulum Bahasa Melayu Tahun 2 4.1.Pengetahuan 4.2.Kemahiran 4.3.Nilai-nilai Murni 4.4.Elemen Merentasi Kurikulum (EMK)

4 6 8 9 10 11 12 13

5. Pembangunan Modal Insan Merentasi Aplikasi Kompenen KSSR Bahasa Melayu Tahun 2 6. Penterjemahan Kesemua Komponen Merentasi Kurikulum dalam Proses Pengajaran dan pembelajaran

14

17

PENUTUP

20

SENARAI RUJUKAN Lampiran 1 Contoh Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Melayu Tahun Dua

22 25

PENGENALAN Mengikut Kim dan Kellough (1995) untuk menjadi seorang guru yang berkesan, seseorang itu mesti mahir di dalam membuat keputusan yang tepat pada sebarang keadaan. Keputusan yang tepat dapat dibuat sekiranya seseorang guru itu memiliki perkara-perkara berikut: (1) Akal budi (2) Kepintaran (3) Ilmu tentang kurikulum dan pedagogi (4) Kesanggupan untuk ditegur dan diperbetulkan kelemahannya dalam aspek pengajaran melalui refleksi diri supaya menjadi guru contoh. Oleh yang demikian, peranan guru di dalam pembangunan negara adalah amat penting dan tidak dapat diukur dengan nilai wang. Ini disebabkan peminpin negara yang ada sekarang ini dilahirkan oleh guru pada masa lepas dan peminpin masa depan akan dilahirkan oleh guru pada masa sekarang ini. Amalan pengajaran guru yang berkesan bermakna guru tersebut berupaya

memperbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan alat bantu mengajar (ABM), mendalami isi kandungan yang hendak diajar. Selain itu, guru juga perlu mengetahui akan kebolehan pelajar menerima pelajaran atau aras pelajaran, memberi motivasi kepada pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh, dapat mengawal kelakuan pelajar dan dapat memberi penilaian atau ujian yang kerap kepada pelajar. Mengikut Slavin (1994) terdapat empat faktor yang mempengaruhi pengajaran yang berkesan, iaitu kualiti pengajaran, kesesuian tahap pengajaran, insentif dan masa di peruntukan untuk pengajaran. Dalam tugasan ini, saya akan menjelaskan tentang penterjemahan Kurikulum

kebangsaan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran khasnya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Dua (KSSR). Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlmat pendidikan. Ia adalah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan maysarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Kurikulum ditentukan dan ditetapkan oleh sesebuah Negara itu melalui Kementerian Pendidikan (Wikipedia, ensiklopedia bebas). Kurikulum berasal daripada perkataan Latin currere maksud race course atau laluan/jejak/jurusan. Curriculum dalam bahasa Inggeris bermaksud jelmaan. Menurut Goodlad (1973). Kurikulum merupakan satu bidang yang sukar ditakrifkan. Menurut Smith et al (1957), Kurikulum merupakan satu urutan pengalaman yang disediakan di sekolah bagi tujuan mendisiplinkan pelajar dalam cara berfikir dan bertindak secara kumpulan. Di bawah konteks pendidikan Malaysia, kurikulum merupakan suatu

rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia. Peranan kurikulum pendidikan di Malaysia adalah bagi mengembangkan potensi pelajar-pelajar dari segi intelek, jasmani, rohani, dan sosial dengan seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang membawa kearah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara. Kandungan kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab, dan unit beruniform (Abdullah Sani, 2005:145-146). Semua sekolah yang terdapat dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan adalah wajib menggunakan Kurikulum Kebangsaan tersebut. Bagi sekolah swasta, mata pelajaran teras dalam Kurikulum Kebangsaan handaklah diajar di sekolah tersebut. Kurikulum Kebangsaan meliputi mata pelajaran yang dapat menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid selepas menamatkan persekolahan. Walau bagaimanapun, Menteri Pelajaran berhak melakukan penambahan, pegubahan atau pindaan ke atas Kurikulum Kebangsaan dari semasa ke semasa apabila merasakan perlu melakukan demikian. Setiap sekolah dikehendaki menyediakan murid-muridnya untuk menduduki peperiksaan yang telah ditetapkan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Dalam tugasan ini, saya akan menjelaskan Penterjemahan Kurikulum Kebangsaan (KSSR) dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran bagi Matapelajaran Bahasa Melayu Tahun Dua

1. KONSEP KURIKULUM

Kurikulum adalah satu dokumen standard yang dirancang dan dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia. Rajah 1 di bawah secara ringkas menerasngkan konsep Kurikulum. Dokumentasi Khas dan Panduan.

Konsep yang Tersirat

Tumpuan kepada Kaedah Penyampaian

Membentuk Pengalaman Pembelajaran Terancang Program Pengajian yang merujuk kepada Mata pelajaran
Rajah 1: Konsep Kurikulum

Berdasarkan rajah di atas, definisi kurikulum merujuk kepada semua pembelajaran yang dirancang dan yang dipandu oleh pihak sekolah, sama ada yang berlaku dalam kumpulan atau individu. Pengalaman-pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dipandu dan hasil pembelajaran yang dibentuk melalui rekonstruksi sistematik pengetahuan dan pengalaman di bawah naungan sekolah, untuk perkembangan optima murid -murid dalam aspek kompetensi kendiri dan sosial (Tanner, 1980). Satu siri arahan yang dirancang secara kordinasi dan teratur untuk menghasilkan pencapaian murid -murid dalam kemahiran dan ilmu spesifik serta menyenaraikan cara-cara untuk mengaplikasikan ilmu ini dalam kehidupan praktikal. Bahan-bahan pengajaran yang harus diliputi oleh murid-murid dan guru dalam proses pembelajaran. Kurikulum juga merangkumi cara-cara pentadbiran, struktur dan penyampaian bahan-bahan pembelajaran tersebut. (www.iteawww.org/ TAA/ Glossary.htm ) Kurikulum yang baik mengandungi skop yang luas dan pendedahan kepada pengetahuan, kefahaman dan kemahiran baru. Pembahagian masa bagi setiap bahagian

kurikulum yang seimbang dan mencukupi untuk mengajar pelbagai mata pelajaran dan kemahiran. Peranan guru ke arah keberkesanan kurikulum memilih pengalaman dalam kurikulum yang berkaitan dengan pengalaman praktikal dan eksplisit murid. Guru hendaklah bijak memilih metodologi pengajaran yang sesuai dengan kebolehan dan bakat murid. Kurikulum juga adalah sebagai satu badan ilmu yang perlu di edarkan bertujuan untuk mencapai matlamat hasil pembelajaran yang praksis sebagai satu konteks. Oleh yang

demikian, ianya merupakan satu bidang ilmu pengetahuan atau set dokumen yang digunakan untuk melaksanakan semua sukatan mata pelajaran yang telah ditetapkan. Sukatan mata pelajaran ini pula terdiri daripada penyataan khusus, isi kandunggan khususan, dan pelbagai topik spesifik yang perlu disampaikan kepada murid. Kurikulum adalah merupakan satu proses interaksi antara guru, murid dan ilmu dan ini merujuk merujuk kepada apa yang berlaku dalam bilik darjah serta apa yang dibuat dan dinilai oleh guru. Dalam kontek ini, guru sentiasa bersedia dengan rancangan pengajaran yang lengkap dan menyeluruh, dan guru sentiasa menilai proses pengajaran dan hasil pembelajaran. Dalam erti kata yang lain, Kurikulum merupakan proses yang melibatkan pengalaman murid dan guru dalam interaksi dan perbincangan yang berterusan bagi menyelesaikan masalah. Menurut Cornbleth (1990), kurikulum dibentuk mengikut konteks-konteks yang spesifik dan perlu dinilai dalam konteksnya kerana kurikulum berdasarkan apa yang sebenarnya berlaku di

dalam bilik darjah. Ringkasnya, Kurikulum merupakan satu proses sosial berterusan yang melibatkan interaksi antara murid, guru, ilmu, kemahiran dan sikap yang perlu disampaikan. Matlamat kurikulum adalah sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu, penyampaian maklumat ikut peringkat, relevan dan sesuai dengan kehendak semasa, dan membina modal insan abad ke 21. Objektifnya adalah melahirkan insan seimbang (J.E.R.I.S) melalui kurikulum yang sama ideologi masyarakat yang sekata dan bersatu demi melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah air. Manakala Falsafah Pendidikan Kurikulum adalah berlandaskan beberapa konsep Idealisme (Ilmu diperolehi dari kebolehan berfikir), Realisme (Kebenaran adalah apa yang dapat dilihat), Paramatisme (Idea yang dapat dipraktikkan adalah benar), Perianelisme (Pendidikan adalah berada dalam keadaan tetap), Essentialisme (Kurikulum dan guru adalah faktor penting dalam pembelajaran), Progressivesme (Pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan dan kemajuan), Rekonstrutionalisme (Penerapan tanggungjawab sosial dan lahir masyarakat berilmu), dan Eksistentialisme (Pendidikan melalui persekitaran. Guru bantu murid meneroka).

2. KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Pada umumnya, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris. KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri. KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi,

Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul) KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum lebih berkesan. Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai. Kememterian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru terbabit dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di KPM. KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran.

3. BAHASA MELAYU TAHUN DUA (KSSR)

Bagi menyempurnakan tugasan ini, saya memilih Bahasa Melayu Tahun Dua untuk diterjemahkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selaras dengan perubahan dunia pendidikan mengalami perkembangan yang sangat dinamik dalam arus globalisasi tersebut, kurikulum Bahasa Malaysia turut melalui proses semakan dan penambahbaikan dalam penggubalannya hingga terhasil Standard Kurikulum Bahasa Malaysia. Standard yang diketengahkan ini mengandungi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard

Kurikulum ini merupakan pernyataan yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yang mesti dipelajari dan dikuasai oleh murid di sekolah kebangsaan. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun Dua berpaksikan Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Standard ini menjujung peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan negara, bahasa ilmu dan bahasa pengantar di sekolah. Standard ini turut menitikberatkan penggabungjalinan kemahiran bahasa, penyerapan ilmu dan nilai murni. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia boleh dijadikan pemangkin untuk memahami akal budi, pemikiran dan sosiobudaya penuturnya ke arah melahirkan semangat cinta akan bahasa dan tanah air yang dikongsi bersama dalam satu wawasan demi memartabatkan bahasa Melayu. Pembinaan kerangka standard ini berdasarkan prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Standard ini mengetengahkan pendekatan berbentuk modular dan pembelajaran secara didik hibur bagi mencungkil potensi murid untuk meneroka pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Seterusnya, membolehkan murid memperkembangkan keupayaan dan penguasaan kemahiran bahasa, serta berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dan bertatasusila dalam semua urusan. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan mengambil kira pendekatan pengajaran bahasa Malaysia sebagai bahasa pertama. Kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid turut diberi penekanan. Selain itu, aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah turut dijadikan landasan bagi membina keyakinan diri, mengetengahkan bakat, memupuk sifat kepemimpinan, dan ketokohan murid dalam pelbagai bidang. Aktiviti kokurikulum juga berupaya memantapkan penguasaan berbahasa murid serta menyokong pelaksanaan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia. 4. KOMPONEN MERENTASI KURIKULUM BAHASA MELAYU TAHUN DUA (KSSR)

Dalam tugasan ini saya telah memilih tajuk Keluarga- [Keluarga Saya] (Lihat Rancangan
Pelajarian Harian Dilampirkan). Standard Pembelajaran ialah;

5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks. Pecahan Standard Pembelajaran adalah: 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia dengan betul mengikut Konteks, dan 8

5.1.2 Memahami dan menggunakan kata nama khas hidup manusia dengan betul mengikut konteks. Berdasarkan tajuk/tema di atas, saya telah menghubungkaitkan beberapa kompenen dalam pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada Pengetahuan, Kemahiran, Nilainilai Murni, dan Elemen Merentas Kurikulum (EMK). Rajah 2 di bawah menunjukkan hubungkaitan setiap komponen bagi tajuk pengajaran yang telah dijalankan.

Komunikasi, ICT dan Kemanusiaan Literasi: 1. Ayat permintaan 2. Kata panggilan

Elemen Merentasi Kurikulum [EMK]

Tajuk: Keluarga Saya

Pengetahuan

Nilai-nilai Murni Hormat-menghormati, Berbudi Bahasa, Peraturan Sosiobudaya, Kesantunan Berbahasa

Kemahiran

Mendengar, Bertutur, Membaca dan Menulis

Rajah 2: Hubungkait Kompenen Bagi Tajuk Keluarga Saya

4.1.Pengetahuan

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan enam tunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Literasi Sains dan Teknologi; Fizikal dan Estetika; dan Keterampilan Diri. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Oleh yang demikian, kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah Tahun Dua digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian. 9

Pada akhir pembelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah, murid dapat memperkaya kosa kata, mempertingkatkan pemahaman berbahasa dan menguasai bahasa serta berkomunikasi secara berkesan bagi menyampaikan pendapat, idea dan maklumat dalam pelbagai situasi pembelajaran, hubungan sosial dan kehidupan harian. Pengetahuan kandungan yang dipilih dalam tugasan ini adalah mengikut Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah Tahun Dua yang digubal dengan memberikan penekanan pada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukan oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran ini berpaksikan Kemahiran Bahasa dan Sistem Bahasa yang disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum. Penekanan yang diberi seperti dalam pengajaran dan pembelajaran adalah Kemahiran Bahasa yang meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku. Literasi pula merujuk kepada kebolehan membuat ayat permintaan dan kata panggilan dimana penekanan adalah membolehkan murid berkeupayaan untuk mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan teliti dan betul; mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa dan ayat dengan betul; mendengar, memahami dan memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul; bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal dengan betul secara bertatasusila.

4.2.Kemahiran

Kemahiran merujuk kepada Standard Pembelajaran iaitu pernyataan tentang penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian murid bagi setiap standard kandungan. Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku. Kemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan respons. Kemahiran bertutur merujuk keupayaan murid berkomunikasi

10

untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penekanan juga diberikan pada penggunaan tatabahasa yang betul. Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Di samping itu, murid juga berupaya menghayati teks yang dibaca. Kemahiran menulis merujuk keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.

4.3. Nilai-nilai Murni

Penyerapan nilai murni dalam kurikulum Bahasa Malaysia bertujuan melahirkan insan yang berketerampilan dan memiliki akhlak yang mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan murni dapat membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian luhur. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni dalam masyarakat Malaysia harus dipupuk secara langsung atau tidak langsung selaras dengan nilai-nilai sejagat. Penyerapan unsur patriotisme dan kewarganegaraan dalam pendidikan bahasa Malaysia Tahun Dua mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan negara. Di samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri, cinta akan bahasa dan bangsa serta meningkatkan komitmen individu terhadap negara. Peraturan sosiobudaya dalam kurikulum Bahasa Malaysia merangkumi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Peraturan sosiobudaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.

4.4. Elemen Merentasi Kurikulum (EMK)

Terdapat tiga komponen Elemen Merentasi Kurikulum (EMK) yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah saya pilih. 11

Pertama, Komunikasi merupakan suatu medium pengantara yang digunakan dalam perbualan seharian di sekolah sama ada di dalam kelas mahupun luar kelas. Perbezaan kumpulan umur dan tahap kefahaman murid-murid menyebabkan timbulnya pelbagai variasi bahasa pertuturan di sekolah. Hal ini memerlukan para guru untuk lebih memahami kepelbagaian cara berinteraksi dan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang sesuai dengan murid-murid mengikut tahap umur mereka supaya aktiviti pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan bersifat kondunsif. Selain itu, murid-murid juga dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dengan seronok dan tidak bosan kerana mereka berlaku satu proses komunikasi yang berkesan antara guru dan murid. Kedua, aspek Kemanusiaan menekankan tentang penguasaan ilmu dan amalan tentang nilai kemasyarakatan dan alam flora dan fauna setempat, negara dan global supaya murid dapat dilatih untuk sentiasa memulihara dan memelihara alam sekitar. Ini juga akan mewujudkan semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan murid sejak dari kecil lagi supaya mereka dapat menjadi individu yang bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar pada masa akan datang. Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah daripada rebungnya. Peribahasa ini haruslah lebih ditekankan dalam pengaplikasian kurikulum baru ini bagi memastikan setiap individu menerima pendidikan dan ilmu yang secukupnya sesuai dengan tahap kumpulan umur, kecerdasan emosi dan perkembangan fizikal murid itu sendiri. Nilai kemanusiaan yang sebati dengan jiwa seseorang individu juga haruslah disemai supaya segala ilmu yang telah dipelajari dan didapati dapat diaplikasikan melalui nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian seorang murid sama ada tanggungjawab sebagai seorang anak, seorang pelajar ataupun seorang warga masyarakat. Ketiga, Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merupakan komponen yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti mengaplikasikan perisian, menghantar dan menerima e-mel, mengakses, memproses, menyebar dan berkongsi maklumat serta berinteraksi sosial melalui internet untuk meluaskan penerokaan ilmu pengetahuan dan dalam urusan kehidupan.

5. Pembangunan Modal Insan Merentasi Aplikasi Komponen KSSR Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan untuk membangunkan modal insan. Faktor kepelbagaian murid merupakan pencetus kepada pengubahsuaian kurikulum dilaksanakan secara berpusat yang dilaksanakan oleh Kementerian

12

Pelajaran Malaysia. Justeru, beberapa aspek tranformasi dalam KSSR adalah mampu untuk mencapai objektif tersebut. Pertama, Komunikasi terbuka dapat mendorong perkembangan dan kemajuan organisasi pembelajaran. Komunikasi terbuka membolehkan maklumat diperoleh dengan mudah tanpa banyak halangan birokrasi. Maklumat yang diperoleh dari luar organisasi dapat digunakan untuk membantu perkembangan kreativiti dan inovasi serta meningkatkan produktiviti dan kreativiti di kalangan pelajar. Maklumat yang diperoleh bukan sahaja mengalir daripada atas ke bawah tetapi juga dari bawah ke atas. Ia juga dapat menggalakkan pencarian fakta dan maklumat terkini berhubung perkembangan organisasi. Maklumat yang pantas dan terkini boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat bagi menangani berbagai perkembangan organisasi pembelajaran. Kedua, aspek Kerohanian, Sikap Dan Nilai melibatkan perasaan dalaman atau naluri seseorang pelajar itu sendiri seperti penghayatan dalam melaksanakan amalan-amalan agama, kepercayaan kepada Tuhan dan dapat memupuk akhlak yang baik serta nilai-nilai murni di dalam diri setiap individu. Selain daripada itu, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum telah menitikberatkan aspek kepemimpinan murid-murid melalui ko kurikulum. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk menguatkan hubungan sosial antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kurikulum yang seragam dan adil dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum. Ketiga, aspek Kemanusiaan menekankan tentang penguasaan ilmu dan amalan tentang nilai kemasyarakatan dan alam flora dan fauna setempat, negara dan global supaya murid dapat dilatih untuk sentiasa memulihara dan memelihara alam sekitar. Ini juga akan mewujudkan semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan murid sejak dari kecil lagi supaya mereka dapat menjadi individu yang bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar pada masa akan datang. Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah daripada rebungnya. Peribahasa ini haruslah lebih ditekankan dalam pengaplikasian kurikulum baru ini bagi memastikan setiap individu menerima pendidikan dan ilmu yang secukupnya sesuai dengan tahap kumpulan umur, kecerdasan emosi dan perkembangan fizikal murid itu sendiri. Nilai kemanusiaan yang sebati dengan jiwa seseorang individu juga haruslah disemai supaya segala ilmu yang telah dipelajari dan didapati dapat diaplikasikan melalui nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian seorang murid sama ada tanggungjawab sebagai seorang anak, seorang pelajar ataupun seorang warga masyarakat. 13

Keempat, aspek Keterampilan murid yang berkepimpinan dan bersahsiah diri juga dapat dipupuk melalui pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah seperti yang telah termaktub dalam aktiviti sekolah. Penglibatan murid yang aktif dalam bepersatuan dan unit beruniform dapat melatih peribadi murid-murid menjadi lebih matang dan meningkatkan keyakinan diri murid serta dapat menjadi sebagai persediaan kepada mereka untuk menghadapi cabaran dalam proses pengajian ke tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang. Kaliber inilah yang perlu ada bagi seseorang pemimpin. Inilah juga yang dikatakan sebagai membina keterampilan diri yang berkesan. Seorang pemimpin haruslah sentiasa menonjolkan kebaikan dan melakukan perkara yang baik pada setiap masa. Ini kerana pemimpin adalah contoh teladan kepada setiap orang yang dipimpin. Kelima, aspek Fizikal dan Etestika tidak kurang pentingnya. Murid-murid di sekolah terbahagi kepada pelbagai peringkat umur yang mempunyai tahap daya kreativiti yang menunjukkan hasil yang berbeza setiap mereka. Kreativiti merupakan sesuatu proses tetapi bukanlah dilihat daripada penghasilannya. Oleh itu, setiap hasil karya yang dihasilkan oleh murid adalah berdasarkan tahap perkembangan fizikal dan nilai etestika murid itu sendiri yang meliputi perkembangan jasmani dan kesejahteraan diri. Kesihatan jasmani atau fizikal adalah amat penting untuk dititikberatkan dan diberi penekanan kerana menerusi badan yang cergas, kita dapat melahirkan minda yang cerdas, badan cergas, otak cerdas . Kecergasan tubuh badan juga amat penting kerana ianya akan dapat menyerapkan nilai-nilai positif dalam pemikiran seseorang individu dan ini secara tidak langsung akan dapat menjadikan seseorang murid itu sebagai individu yang sentiasa berfikiran positif dan bepengetahuan luas serta jauh. Keenam, aspek Literasi Sains Dan Teknologi. Pengetahuan dan penguasaan sains, kemahiran dan sikap saintifik serta pengetahuan dan kemahiran matematik merupakan pengetahuan dan kemahiran yang berasaskan kepada perkembangan teknologi yang wajib bagi murid-murid untuk menguasainya bagi mengembangkan pemikiran para murid mengenai ilmu-ilmu yang lebih luas supaya mereka dapat mengaplikasikan penggunaannya dalam kehidupan mereka pada zaman globalisasi yang jauh lebih mencabar.

6. Penterjemahan Kesemua Komponen Merentasi Kurikulum dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Sebagai guru, kita mestilah dapat menterjemahkan kesemua komponen tersebut di atas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada pandangan saya, pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun Dua (KSSR) adalah sangat bertepatan dan sesuai pada zaman era 14

globalisasi yang mencabar ini. Melalui pendekatan ini, teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia akan melibatkan penggunaan bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penterjemaahan kesemua kom ponen ini juga dapat membantu meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah khususnya dalam bahasa Melayu apabila mereka didedahkan secara langsung dan biasa dengan penggunaan dua bahasa utama negara ini di dalam proses pembelajaran mereka saban hari. Saya berpendapat bahawa KSSR adalah lebih baik dijalankan sejajar dengan perubahan arus dan permodenan zaman. Kita perlu bergerak maju ke hadapan dan tidak hanya bergantung pada kurikulum sedia ada kerana manusia pasti akan berubah dari segi pemikiran dan sosial. Lebih-lebih lagi pada zaman serba canggih ini, penggunaan bahasa Inggeris juga menjadi suatu bahasa komunikasi yang amat penting dalam setiap urusan seharian. Tambahan pula, segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen ini merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa dan turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. Walaupun ujian bertulis masih lagi dilaksanakan seperti dulu, proses penilaian KSSR amat mengambil kira kemahiran insaniah dan kebolehan bakat yang ditonjolkan murid dalam kelas. Oleh sebab sebahagian proses penilaian ini dilakukan oleh pihak sekolah, murid akan sentiasa berusaha untuk bersaing dengan rakan lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka. Mereka akan sentiasa berasa tercabar dengan kehebatan pencapaian rakan-rakan yang lain. Mereka akan bersaing dengan murid lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka. Murid-murid juga tidak akan menjadi terlalu tertekan sekiranya mereka kurang menguasai sesuatu teori atau fakta yang diberikan oleh guru mereka di dalam kelas, akan tetapi, mereka dapat menggunakan teori tersebut sebagai panduan dalam mengerjakan sesuatu amali berdasarkan kebolehan, kemampuan dan bakat mereka terhadap sesuatu perkara yang semulajadi ada dalam diri mereka. Murid-murid juga akan dapat mengeksploitasikan diri mereka menjadi lebih berdaya kritis dan kreatif kerana mereka dapat melakukan sesuatu yang mereka minati secara menyeluruh dan tidak tersekat dengan apa yang ditetapkan untuk mereka oleh guru sahaja. Setiap individu akan mempunyai minat dan penguasaan yang menyeluruh dan lebih terhadap sesuatu yang mereka sukai dan gemari dan ini akan

15

menjadikan murid lebih bertenaga dalam melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan yang diberikan. Hal ini dapat memberikan keupayaan kepada murid untuk melakukan sesuatu yang baru bagi mereka dari segi konsep dan pengetahuan sedia ada yang mana pada masa yang sama, secara tidak langsung, ianya juga memberi peluang yang luas buat murid-murid untuk memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam pelbagai bentuk yang boleh diukur melalui bahan standard pembelajaran yang telah ditetapkan. Salah satu cara penterjemaahan kesemua komponen tersebut dengan berkesan ialah dengan menerapkan Elemen Kreativiti Dan Inovasi. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu melancarkan "Malaysia Inovatif 2010" menyatakan bahawa; "kunci kejayaan kepada negara-negara maju adalah inovasi dan kreativiti, dan untuk itu Malaysia memerlukan rakyat yang berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif". Kenyataan tersebut menunjukkan bahawa keupayaan negara untuk bersaing di peringkat global dalam abad ke 21 kini memerlukan masyarakat yang berupaya berfikir secara kreatif dan inovatif agar dapat menghasilkan idea-idea atau penemuan-penemuan baru supaya berupaya berada dibarisan hadapan dalam perlumbaan mengejar kemajuan. Maka dalam usaha untuk "mengarusperdanakan" inovasi tersebut merentasi semua lapisan masyarakat, usaha ini perlulah di mulakan dari peringkat awal bermula dengan sistem pendidikan. Sekiranya guru tidak mengamalkan budaya inovasi dalam pengajarannya dan hanya mengamalkan strategi pengajaran tradisional yang sama sepertimana yang biasa terdapat di dalam buku teks atau buku latihan, maka pelajar juga akhirnya tidak akan terdorong untuk melakukan inovasi. Tetapi sekiranya pengajaran guru berbeza dari kebiasaan (ada elemen inovasi) maka pelajar akan melihat bahawa kaedah yang digunaka oleh guru berbeza dari apa yang biasa mereka ikuti, maka ini akan mendorong pelajar untuk turut melakukan inovasi dalam kehidupannya . Guru tersebut akan secara tidak langsung menjadi "role model" untuk mendorong pelajar melakukan inovasi dalam aktiviti sehariannya. Apabila seseorang guru itu inovatif, maka produktivitinya juga akan meningkat. Ini akhirnya akan memungkinkan seseorang guru itu meng"hasil"kan sesuatu yang luar dari kebiasaan. Dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berfikiran inovatif, elemen kreativiti dan inovasi perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains supaya proses pengajaran dan pembelajaran sains menjadi lebih dinamik dan menarik kepada pelajar. Sekiranya elemen inovasi ini tidak diterapkan atau terjelma dalam amalan pengajaran dan pembelajaran sains, maka sudah tentu pelajar akan mula hilang minat terhadap matapelajaran

16

tersebut. Pelajar masa kini di lihat sangat terdedah kepada maklumat berikutan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

PENUTUP Pada kesimpulannya, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa seta pihak berkepentingan. Hal ini kerana, kurikulum baru ini tidak akan memberi impak yang positif jika pihak-pihak tersebut tidak bekerjasama. Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan. Semoga bermula dari tahun 2012 ini, industri pendidikan akan menjanjikan perkembangan terbaru dalam bidang pendidikan di negara ini, khususnya bagi melahirkan contoh modal insan dalam kalangan masyarakat yang beriman, berakhlak dan mempunyai jati diri yang unggul. Hanya di bahu merekalah kepimpinan negara pada masa depan terpikul dengan penuh tanggungjawab dan bijaksana. Oleh itu, peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya haruslah diberi penekanan dalam bidang pendidikan negara bagi memastikan setiap individu mendapat taraf dan nilai pendidikan yang sama rata dan bersesuaian mengikut tahap umur dan fizikal mereka.

17

SENARAI RUJUKAN

Abdullah Sani Yahaya. 2005. Mengurus Sekolah., PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Atan Long (1981). Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Ee Ah Meng. 1996. Pendidikan Di Malaysia 1: Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah, Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng.2003. Ilmu Pendidikan: Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas (semester 1), Selangor: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Eugene, C. et al. (1994). The contribution of classroom observation to school effectiveness research. Dalam E. Reynolds (Ed.), Advances in school effectiveness research and practice (hlm. 133-149). London: Pergamon.

Kallison, (1986). Effect of lesson organization achievement . American Educational Research Journal, 23, 337-347.

King, D. & Menke, J. (1992). Providing the instructors note: An effective additional to student notetaking. Educational Psychologist, 20,33-39.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur; PPK

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (2011). Bahasa Malaysia Tahun Dua (SK). Huraian Sukatan Pelajaran. Bahagian perkembangan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (2011). Bahasa Malaysia Tahun Dua (SK). Panduan Guru. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Land, M. L. (1987), Vagueness and clarity. Dalam Dunkin (Ed.), International encyclopedia of teaching and teacher education. N.Y:Pergamon.

18

Laporan Jawatankuasa Kabinet. 1979. Mengkaji Pelaksanaan Dasar, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mohd Daud Hamzah, 1994. Reka Bentuk Kurikulum Sekolah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Parrot,

Elizabeth

(1986).

Effective

teaching.

London

&

New

York:

Longman, 7th ed.

Rashidi

Azizan

dan

Abdul

Razak

Habib

(1995).

Pengajaran

dalam

bilik

darjah, kaedah & strategi. Kajang: Masa Enterprise.

Sharifah

Alwiah

Alsagoff

(1986).

Ilmu

pendidikan:

pedagogi.

Kuala

Lumpur: Heinemann, ctk. 4.

S.Howard Nicholls dan Audrey Nicholls, 1987. Perkembangan Kurikulum: Satu Panduan Praktis (Terjemahan), Kuala Lumpur: Dewan Budaya dan Pustaka.

Slavin, R. (1987). A theory of school and classroom organization. Eduational Psychologist, 22, 89-108.

Slavin, R. (1994). A theory of school and classroom organization. Dalam R. Slavin, (Ed.), School and Classrooom Organization. Hillsdale, NJ:Erlbaun.

Stenhouse. (1975). An introduction to curriculum research and development. London; Heinemann.

Sumber Internet;

Wikipedia, Ensiklopedia Bebas.(2012) Definisi Kurikulum. Dalam Talian. Tarikh Muatturun: 20/10/2012. Sesawang: http://en.wikipedia.org/wiki/Main_

19

Lampiran 1 [Contoh Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Melayu Tahun Dua]

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN ( RPH) BAHASA MALAYSIA KSSR Tahun 2

Mata Pelajaran dan Bahasa Malaysia Tahun 2 Bestari Kelas Tema/Tajuk Masa Standard Pembelajaran Keluarga Keluarga Saya 7.30 8.30 pagi 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks. Pecahan Standard Pembelajaran adalah: 5.1.1. Memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia dengan betul mengikut Konteks, dan 5.1.2. Memahami dan menggunakan kata nama khas hidup manusia dengan betul mengikut konteks. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat; i. Memahami kata nama am hidup manusia dengan betul ii. Memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia dengan melengkapkan teks mengikut konteks. iii. Literasi; 1. Menyanyi lagu Keluarga 2. Mempamerkan gambar keluarga dan bersoal jawab tentang gambar. 3. Menyebut kata nama am hidup manusia berdasarkan gambar. ( bapa, ibu, kakak ) 4. Klik dan seret perkataan yang sesuai pada gambar yang ditayangkan melalui slaid. 5. Melengkapkan teks cerita keluarga saya dengan kata nama am hidup manusia yang betul. Aktiviti Literasi EMK Nilai Murni hormat-menghormati, kasih sayang 20

Aktiviti

TMK Bahan Bantu Belajar Gambar, kad perkataan, lembaran kerja, slaid powerpoint [ICT]

Penilaian Pengajaran Murid menggunakan kata nama am hidup manusia untuk dan Pembelajaran melengkapkan ayat. Refleksi 25 orang daripada 30 orang murid telah menguasai objektif pembelajaran dan pengajaran. Pengayaan: Murid membina ayat menggunakan kata nama am hidup manusia. Pemulihan : Memadankan perkataan dengan gambar.

21

Anda mungkin juga menyukai