Anda di halaman 1dari 17

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DENGAN

KEPUJIAN

SEPTEMBER/ 2019

HBEC3503

PENDIDIK EFEKTIF DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

NO. MATRIKULASI : 900113137163001


NO. KAD PENGNEALAN : 900113137163
NO. TELEFON : 0137863167
E-MEL : chelwin@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA KINABALU LEARNING


CENTRE
ISI KANDUNGAN MUKASURAT

1.0 PENGENALAN 2
2.0 DEFINISI KURIKULUM 2-4
3.0 PERBINCANGAN KURIKULUM EMERGENT 5-9
4.0 KESIMPULAN 10
RUJUKAN/ REFRENSI

1
1.0 PENGENALAN
Kurikulum Pendidikan merupakan satu wadah yang penting dalam pengajaran
dan pemberlajaran. Ia merupakan suatu anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan
memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua
aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008). Pendidikan selalu dikaitkan dengan proses
pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran , penyampaian ilmu dan juga penerapan
nilai. Hasil Pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasikan
ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan
seharian.
Dalam konteks kanak-kanak pula, Pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses
kognitif yang berterusan dan berkembang serentak dengan perkembangan individu
seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran. Dengan
adanya ilmu atau kemahiran yang diperoleh, ia akan diaplikasikan dalam konteks
persekitaran yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun
sebagai persediaan untuk kehidupanya di masa akan datang (Department of Education
and Science, 1990).
2.0 DEFINISI KURIKULUM
Menurut kementerian Pendidikan Malaysia, kurikulum adalah merupakan segala
rancangan Pendidikan yang dikendalikan oleh sebuah sekolah atau institusi Pendidikan
untuk mencapai matlamat Pendidikan. Ia merupakan suatu rancangan yang meliputi
segala ilmu pengetahuan, kemahiran , nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan
kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Semua pengalaman
yang dirancang dan dikemukakanoleh pihak sekolah (Neagley & Evans, 1992). Manakala
terdapat juga pakar yang menyatakan bahawa kurikulum sebagai usaha. Usaha
menyeluruh yang dirancang oleh pihak sekolah untuk membimbing murid memperoleh
hasil pembelajaran yang telah ditentukan ( Inlow, 1976). Menyampaikan prinsip dan
unsur utama sesuatu usul Pendidikan dalam keadaan yang terbuka kepada penelitian
kritis dan boleh dikemukakan dengan berkesan secara praktik, (Stenhouse, 1975). Semua
pengalaman pembelajaran yang diorganisasikan untuk pelajar-pelajar pada setiap
peringkat dalam institusi Pendidikan. (Abdullah Mohd Noor & Ahmad Jaffin Hassan,
1992 dalam Zaini B Abdullah, Falsafah dan Kurikulum Pendidikan).

2
Kurikulum Daud Hamzah (1993), menyatakan perkataan ‘kurikulum’ dalam
Bahasa Latin mempunyai kata akar ‘curere’. Ia bermaksud ‘laluan’ atau ‘jejak’.
Perkataan ‘kurikulum’ dalam Bahasa Inggeris mengandungi pengertian ‘jelmaan’ atau
‘metamorfosis’. Paduan kedua-dua bahasa ini member makna ‘kurikulum’ sebagai
‘laluan dari satu peringkat ke satu peringat yang lain’ Perluasan makna ini, memberikan
pengertian ‘kurikulum’ dalam perbendaharaan kata pendidikan Bahasa Inggeris sebagai
‘jurusan pengajian yang diikuti di sekolah’ (Kliebard, 1982). Kurikulum merupakan satu
cabang bidang pendidikan yang sangat luas..Terdapat banyak definisi yang ditulis oleh
penulis-penulis inggeris. Antaranya ialah Neagley & Evans (1967), mendefinisikan
kurikulum sebagai semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak
sekolah. Selain daripada itu, Saylor & Alexander, (1974) mendefinisikan kurikulum
sebagai suatu rancangan yang menyediakan kesempatan pembelajaran bagi memperoleh
pelbagai tujuan menyeluruh dan objektif spesifik yang berkait dengannya, dan rancangan
ini dibina oleh pusat persekolahan untuk sesuatu populasi murid sekolah.
Kurikulum juga boleh ditafsirkan dalam dua cara yang berbeza, iaitu tafsiran
secara umum dan spesifik. Kurikulum secara umumnya boleh didefinisikan sebagai
aktiviti-aktiviti yang dialami oleh seseorang individu dari peringkat kematangan kanak-
kanak ke peringkat kematangan orang dewasa. Jika didefinisikan secara spesifik pula, ia
membawa maksud pelbagai aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam dan di luar
bilik darjah. Selain itu, kurikulum juga boleh merujuk kepada bidang-bidang mata
pelajaran yang diajar di sekolah. Razali Arof (1991), pula membuat pengertian kurikulum
kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama, secara amnya mendefinisikan kurikulum itu
sebagai segala jenis pengalaman dan pembelajaran yang dipelajari oleh pelajar sama ada
yang telah dirancang atau ditentukan oleh pihak sekolah ataupun tidak, dan sama ada
pembelajaran dan pengalaman yang telah dipelajari itu positif ataupun negatif. Kumpulan
kedua, mendefinisikan kurikulum sebagai segala jenis pembelajaran (konsep, kemahiran
dan lain-lain lain) yang telah dirancang oleh pihak sekolah dan dipelajari oleh pelajar.
Takrif yang diberikan oleh kumpulan ketiga adalah lebih sempit, dengan mendefinisikan
kurikulum sebagai segala jenis pembelajaran yang telah dirancang atau ditentukan yang
perlu dipelajari oleh pelajar di dalam suasana dan lokasi yang formal.

3
Seorang pemikir pendidikan British, iaitu Lawrence Stenhouse, beliau
mengatakan bahawa kurikulum merupakan suatu perantaraan untuk murid mendapatkan
pengalaman pembelajaran yang menyeluruh. Model kurikulum ini menekankan proses
perkembangan, di mana pendidikan sebagai pengalaman yang berkembang dan hasil
dilihat dari segi perkembangan intelek atau kognitif. Model ini juga mementingkan
kebijaksanaan dan intervensi guru untuk kemajuan pelajar. Stenhouse telah
membahagikan pembentukan kurikulum kepada tiga bahagian, iaitu perancangan
kurikulum, pembelajaran empirical dan pembelajaran proses. Model kurikulum yang
keempat ialah kurikulum Trend Terkini (Emergent Curriculum). Teori yang terkandung
dalam model ini ialah kurikulum terpaksa diwujudkan mengikut kehendak, kuasa dan
trend semasa dalam sistem pendidikan sesebuah Negara.
Kurikulum ini dipanggil “emergent” kerana ia sentiasa berubah dan sentiasa
terbuka untuk kemungkinan-kemungkinan baru. Idea-idea dalam kurikulum ini berasal
daripada minat, persoalan-persoalan dan isu-isu semasa dalam persekitaran dan daripada
satu kumpulan manusia. Terdapat empat komponen penting dalam model ini, iaitu
objektif kurikulum, pengetahuan, pengalaman pembelajaran dan penilaian kurikulum.
Dalam model ini, guru berperanan sebagai pemerhati dan mesti menilai kebolehan murid
dan merancang aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan pemikiran kritis mereka.
Terdapat beberapa teori yang asas kepada pembentukan kurikulum. Menurut
Tyler (1949), kurikulum ialah segala pembelajaran yang diarah, dirancang, dikelola dan
dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan.
kurikulum merangkumi objektif pendidikan, segala pengalaman yang dirancang dan
penilaian pelajar. Teori ini menegaskan penggunaan objektif dalam perkembangan
kurikulum dan pendidikan dianggap sebagai alat untuk mencapai suatu tujuan. Mengikut
Tyler lagi, tujuan sebenar pendidikan ialah untuk membawa perubahan dalam tingkah
laku murid-murid. Mengikut Taba (1962) pula, teorinya juga turut menekankan objektif
sebagai platform untuk aktiviti di sekolah yang dikenali sebagai kurikulum. Objektif ini
memandu keputusan kurikulum seperti apa yang disampaikan, apa yang perlu ditekankan,
apa jenis isi kandungan yang perlu dipilih dan apa jenis pengalaman pembelajaran yang
perlu dititikberatkan. Model yang terhasil daripada teori ini digunakan dalam
perkembangan kurikulum dan kajian akademik pendidikan.

4
3.0 PERBINCANGAN KURIKULUM “EMERGENT”
Kurikulum merupakan dokumen bertulis yang melakarkan isi mata pelajaran yang
diajar. Apa sahaja yang diajar di sekolah merupakan kandungan mata pelajaran yang
diajar menerusi pelbagai mata pelajaran , pelbagai pilihan disiplin ilmu pengetahuan,
pelbagai rumusan masalah berkaitan kehidupan seharian , dan pelbagai cara penyusunan
yang lain. Isi pelajaran tetap merupakan teras kurikulum walaupun disusun dalam
pelbagai cara dalam kurikulum sebagai mata pelajaran (Beuchamp 1968 dalam
Kamarudin & Siti hajar 2004).
Di Malaysia , beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan
berdasarkan perubahan-perubahan dan penggubalan kurikulum. Berdasarkan syor-syor
yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanan Dasar
Pelajaran (1979), Kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua
sekolahrendah mulai tahun 1983. Berikutan itu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) turut dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah mulai tahun 1989. Dalam Akta
Pelajaran (1961), menyatakan pada peringkat KBSR dan KBSM ada mata pelajaran
tambahan yang terdiri daripada bahasa cina, Tami, Arab dan yang terbaru Bahasa Iban.
Hal ini penting bagi memupuk semangat cintakan bahasa ibunda agar ianya tak lekang
dek panas tak lapuk dek hujan. Maka itu KBSR dan KBSM telah digubal berasaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK pula memberi penekanan terhadap
perkembangan indvidu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang
baik berdasarkan kepercayaan , keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Selain itu FPK
adalah merupakan aspirasi negara. Jika semua pihak bertanggungjawab memainkan
peranan masing-masing FPK sudah pasti memberi kesan yang positif.
Bermula pada tahun 1970-an, perkembangan pesat pendidikan prasekolah di
Malaysia tampak pesat, yang pada ketika itu lebih dikenali sebagai kindergarten atau
tadika yang dilaksanakan secara lebih teratur dari tahun-tahun sebelumnya yang pada
ketika itu diceburi oleh agensiagensi kerajaan seperti KEMAS, NGO’s dan pihak swasta.
Pada tahun 2003 , surat pekeliling ikhtisas : Bil : 15/2002, kementerian pelajaran
Malaysia menetapkan bahawa kurikulum prasekolah kebangsaan hendaklah digunakan

5
oleh semua tadika kerajaan , bantuan kerajaan, NGO’s dan swasta mulai 1 januari 2003
( Laman sesawang Prasekolah Baling Sik, 2009).
Pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) di Malaysia telah menjadi satu industry
yang bercambah dengan pesatnya sejak kebekalangan ini namun inisiatif kementerian
pelajaran Malaysia (KPM) untuk menginstitusikan PAKK hanya bermula pada sekitar
tahun 1990-an.Kementerian pelajaran Malaysia telah berinisiatif dengan membangunkan
panduan kurikulum prasekolah kebangsaan (KPK) pada tahun 2003 yang kemudiannya
disemak dan dikemaskini pada tahun 2010 untuk menghasilkan kurikulum standard
prasekolah kebangsaan (KSPK). Pembaharuan dalam kurikulum prasekolah kebangsaan
ini diadakan bagi menangani masalah yang dihadapi oleh para pendidik dalam
menterjemahkan teori ke dalam dunia praktikal (Farida Yunus & Hasnah Toran , 2010 ).
Pada tahun 1973 hingga 1983, Garis panduan Kurikulum Prasekolah merupakan
salah satu kurikulum yang terdapat di Malaysia, ia tleh digubal buat pertama kalinya
semasa projek imbuhan pada ketika itu. Dengan pelaksanan program Pendidikan
prasekolah “annex’ iaitu penubuhan tadika di sekolah rendah seluruh negara maka garis
panduan yang sedia ada telah disemak semula mengikut perkembangan semasa dan
keperluan agensi-agensi yang menjalankan Pendidikan prasekolah. Dengan adanya akta
Pendidikan 1996, ia jtelah memartabatkan Pendidikan prasekolah ke dalam sistem
Pendidikan Kebangsaan. Hal ini bertujuan untuk menyuburkan petensi murid dalam
semua aspek perkembangan , menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif
sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah (Garis Panduan Pendidikan Prasekolah di
Malaysia 1993). Komponen yang terdapat dalam garis panduan ini ialah komponen
Bahasa dan komunikasi , komponen perkembangan kognitif, komponen kerohanian dan
moral, komponen perkembangan sosioekonomi, komponen perkembangan fizikal , serta
komponen kreativiti dan estetika (IPGM Kampus Dato’ Razali Ismail, 2009).
Kurikulum PERMATA juga merupakan kurikulum yang sangat digunapakai
dalam rujukan pengajaran di prasekolah yang telah dibentuk oleh pakar-pakar kanak-
kanak dari kalangan-kalangan pensyarah-pensyarah di universiti. Kurikulum ini
mencakupi aspek-aspek kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak yang boleh memberikan
pengalaman pemebelajaran yang maksimum, kaedah pengasuhan secara holistic,
disamping panduan merancang aktiviti untuk menaksir perkembangan kanak-kanak,

6
merefleks dan mengadakan kerjasama pintar dengan ibubapa dan ahli keluarga serta
masyarakat (Aminah Ayob et al. 2008). Kurikulum ini dibentuk bagi memeberi panduan
kepada pendidik- pendidik mengenai pengurusan taska atau pusat Anak Permata Negara
(PAPN) mengenai pedagogi Pendidikan kanak-kanak yang terbaik bagi meningkatkan
potensi kanak-kanak.
Secara umumnya, kurikulum PERMATA tidak sama dan berbeza kerana ianya
memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek
kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal. Ciri-ciri penting dalam
kurikulum PERMATA ialah skop kurikulum PERMATA meliputi perkembangan sosio-
emosi, sahsiah dan kerohanian, perkembangan Bahasa, komunikasi dan literasi awal,
perkembangan pra-matematik dan pemikiran logic, perkembangan deria dan pemahaman
dunia, perkembangan fizikal dan kemahiran mengurus diri, serta aspek asuhan melipitu
keselamatan, pemakanan seimbang, penjagaan dan amalan asuhan (PERMATA Negara ,
2010). Kurikulum PERMATA dirujuk daripada model Pen Green namun ia telah
diperkayakan dengan ciri kebudayaan Malaysia. Kurikulum PERMATA mempunyai
enam bidang pembelajran iaitu perkembangan emosi, rohani, dan social; perkebngan
Bahasa, komunikasi dan literasi awal; perkembangan pra matematik dan pemikiran
logik ; perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran ; perkembangan fizikal ,
koordinasi motor dan pengurusan diri; dan perkembangan daya kreativiti dan estetika.
Namun pada masa ini, dengan adanya Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) yang baru digubal, ia memberi penekanan kepada standard
kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh
kanak-kanak yang berumur antara emapat hingga enam tahun. Ia berfokuskan kepada
proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak dan menekankan
kepada inkuiri pembelajaran bersepadu, bertema , belajar melalui bermain , pembelajaran
konstektual dan pembelajaran berasaskan projek. Ia meliputi komunikasi,sikap dan nilai ,
kemanusiaan , ketrampilan diri, fizikal dan estetika , serta lestari dan sains teknologi
(Bahagian Pembangunan Komuniti 2009).
Sebagai usaha untuk menyelaras dan meningkatkan kualiti Pendidikan prasekolah
bagi kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun , kurikukulum Prasekolah telah
digubal. Ianya menjadi satu dokumen rujukan standard bagi kesemua pengusaha tadika

7
seperti yang terdapat dalam pindaan Akta Pendidikan 1996 (Pendidikan Prasekolah).
Kurikulum prasekolah kebangsaan merangkumi aspek-aspek yang diperlukan dalam
perkembangan kanak-kanak yang universal iaitu perkembangan Bahasa dan komunikasi ,
perkembangan kognitif, kerohanian dan moral, sosio-emosi , fzikal serta kreativiti dan
estetika. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan memberi penekanan kepada komponen
Bahasa dan Komunikasi sebagai usaha untuk meningkatkan literasi murid dalam Bahasa,
kemahiran berinteraksian berkomunikasi serta membina keyakinan muridmenghadapi
pelbagai cabaran dalam era globalisasi dunia.
Umumnya, kurikulum di Malaysia sentiasa mengalami pelabagai perubahan dan
perkembangan bagi menyelaras, membina dan meningkatkan kualiti kurikulum dalam
sistem Pendidikan negara. Kurikulum lazimnya sentiasa digubal untuk membentuk
kurikulum yang sesuai selaras dengan pembangunan negara. Penggubalan juga dilakukan
untuk menyeragamkan kurikulum yang di gunakan dalam system Pendidikan. Apabila
masyarakat mula menyedari tentang kepentingan sisitem Pendidikan masyarakat dan
negara khususnya. Kurikulum juga digubal agar bersesuaian dengan tahap perkembangan
individu supaya dapat meransang pemikiran , membina sikap positif, meningkatkan
kecerdasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi kanak-kanak secara optimum.
Kurikulum di malaysiaberlandaskan Rukun Negara dan falsafah Pendidikan kebangsaan
sebagai pendokong matlamat dan wawasan negara.
Oleh itu, kurikulum standard prasekolah kebangsaan merupakan kurikulum yang
terbaru digubal dengan memberi penekanan kepada standard kandungan dan standard
pembelajaran yang patut diketahui dan dipelajari oleh kanak-kanak berumur 4 hingga 6
tahun. Ia berfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar,
menekankan inkuiri penemuan dan menggunakan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran konstektual dan
pembelajaran berasaskan projek (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2009).
Menurut Bright Horizon (2019), Pendekatan kurikulum yang berkesan berlaku
apabila guru-guru merancang dengan teliti tentang persekitaran pembelajaran,
menyediakan banyak pilihan yang dapat dilihat, berdasarkan kemahiran dan keperluan
kanak-kanak. Guru juga menjalankan pemerhatian dan merancang berdasarkan
pemerhatian mereka terhadap kanak-kanak. Guru yang mengamalkan kurikulum juga

8
menggunakan amalan reflektif, mengambil masa untuk mencerminkan dan bertindak
pada pemerhatian mereka terhadap kanak-kanak.
Kadang-kadang sebagai ibubapa kanak-kanak yang menghadiri program-program
yang diadakan, kami khuatir bahawa kanak-kanak kami tidak dapat mempelajari dan
memahami apa yang sepatutnya mereka belajar dalam kumpulan usia itu.
Walaubagaimanapun, guru masih mampu merancang mengikut objektif kumpulan umur
dan kandungan yang sesuai termasuk kemahiran kesediaan sekolah seperti konsep huruf
dan nombor. Mereka juga merancang mengikut piawaian awal kanak-kanak di mana
boleh didapati dan boleh menggunakan sistem untuk mengesan kemajuan kanak-kanak
seperti “Teaching Strategies GOLD”. Jika anda masih mendapati diri anda bimbang,
ingatlah bahawa mengekalkan komunikasi guru ibu bapa yang positif dapat membantu
anda merasa yakin bahawa anak anda sedang mempelajari kemahiran yang diperlukan.
Kerja projek sering merupakan komponen program yang berjaya mempraktikkan
kurikulum yang muncul. Projek-projek membolehkan kanak-kanak mempelajari topik
dengan lebih mendalam selama tempoh hari atau minggu dan boleh melibatkan kumpulan
kecil atau seluruh kelas. Projek dalam kelas kurikulum yang muncul sering menumpukan
pada menjawab soalan kanak-kanak seperti "Di mana air pergi apabila anda menanam
tumbuhan?" atau "Mengapa benda-benda berbeza warna?" atau "Apakah jenis rumah
yang ada pada haiwan? Dan bagaimana pula dengan rumah orang?" Guru-guru yang
prihatin mengambil perhatian tentang soalan-soalan kanak-kanak (contohnya, sambil
membantu untuk menyiram bunga-bunga) dan jika sesuai, bina kerja projek untuk
membantu menjawab soalan-soalan tersebut. Kurikulum yang lumayan adalah
pendekatan yang sesuai untuk perancangan pembelajaran kanak-kanak dalam tetapan
awal kanak-kanak. Melalui pendekatan ini, guru memperoleh pemahaman yang lebih
besar tentang keperluan individu setiap kanak-kanak, yang membolehkan pengaturcaraan
yang bijak dan individual.

9
4.0 KESIMPULAN
Kurikulum di sekolah perlu dilaksanakan di semua sekolah. Jawatankuasa
kurikulum sekolah adalah sebuah jawatankuasa professional yang penting bagi
melaksanakan pencapaian matlamat kurikulum supaya selaras dengan falsafah dan
matlamat Pendidikan negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dan kehendak-
kehendak kurikulum kebangsaan tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya dan
menyeluruh kerana terdapat beberapa kekangan yang menjadi penghalang utama kepada
pelaksanaan ini. Memandangkan bukan sahaja penglibatan guru sebagai pihak nombor
satu atau pihak yang tertentu malah penglibatan ibubapa dianggap memang signifikan
dalam proses Pendidikan awal kanak-kanak. Maka kemeneterian pelajaran Malaysia
sebagai pihak bertanggungjawab perlu memasukkan elemen sesuai yang boleh memberi
sop yang lebih meluas untuk keberkesanan proses pembelajaran kanak-kanak di
prasekolah. Oleh itu kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan bagi mengatasi kekangan-
kekangan yang timbul, harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Perkara ini
perlu diberi perhatian yang sewajarnya, memandangkan trend yang wujud dan banyak isu
yang sentiasa menjadi bualan dalam sistem pendidikan prasekolah di Malaysia.

10
RUJUKAN / REFERENSI

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan- peraturan Terpilih. International
Law Book Services, 2001 (ms 1-98 dan 129- 1440)
Akta Pelajaran ( 1961), Diperolehi pada 11 November 2019 daripada
http://www.scribd.com/doc/18935544/penyata-Razak
Aminah Ayob, Mastura Badzis,Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin dan Mahani
Razali (2008)Kurikulum Permata.Tanjong malim. Penerbit Universiti Pendidikan
Sultan Idris
Bahagian Pembangunan Kurikulum 2009 : Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur

Curriculum Emergant. Diperoleh pada 15 November 2019 daripada


https://www.brighthorizons.com/family-resources/emergent-curriculum-early-
education-approach
Department Of Education and Sciences (DES) (1990), Startingwith Quality,
London, HMSO
Faridah Yunus & Hasnah Toran (2010) , Kajian Awal Adaptasi Silang Budaya Ke Atas
Instrumen Penaksiran Autentik Untuk Kanak-kanak Beruur 3 Hingga 6 tahun. Diperolehi
pada 8 November 2019
daripadahttp://pkukmweb.ukm.my/~fpendidikan/siswazah/prosiding/jilid
%202%202010/bil%207%20kajian%20adaptasi.pdf
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Abd Aziz. (2004) Pedagogi Asas Pendidikan.
Kuala Lumpur : Karyazano Enterprise
Kurikulum. Slideshare. Diperoleh pada 16 November 2019 daripada
https://www.slideshare.net/MohdNorrazliMdRasdi/kurikulum-12577038
Open University Malaysia(OUM), Ogos 2016, HBEC3503 Pengamal
Berkesan Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak, OUM.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Reka Bentuk kurikulum. Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia
Laman Sesawang Prasekolah BalingSik. 2009. Pengurusan Kurikulum. Diperolehi
pada 14 November 2019 daripada http://saabd.net/pra/news.php
Laporan Jawatankuasa Kabinet. (1979). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Kuala
Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia
Mastura Badzis (2008), Pendidikan Awal Kanak-kanak di Peringkat Awal

11
Umur Berasaskan Binaan Kurikulum yang Intergratif. Jurnal Pusat Penyelidikan
Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC). Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Malaysia.
Mohd Daud Hamzah (1994). Reka Bentuk Kurikulum Sekolah, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Neagley, R.L Dan N.D Evans. (1967). Handbook For Effective Curiculum
Development, Englewood Cliffs : Prentice Hall.
Razali Arof. (1995). Pengantar Kurikulum, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Taba, Hilda. (1962). Curriculum Development : Theory and Practice. Harcourt
Tyler R. W. (1949). Basic Principles of Curriculum and Instruction.University of
Chicago Pr

12
LESSON PLAN

Date : 5 November 2019


Time : 11.00 am – 11.30 AM
Duration : 30 minutes
Children’s Age Group : 6 Years
Title / Activity : Fruit Flashcard / Video / ICT- Information and Communication
Technology
Learning Area : Tunjang Komunikasi – English Language
No Content Learning Content
BI 2.4 Develop interest in reading independently for information and
1 Content Standard
enjoyment
2 Learning Standard BI 2.4.1 Recognise and name objects or people in pictures
SA 3.4.2 Membandingkan bahagian tumbuhan berdasarkan ciri : (i)
warna
Integrated Learning
3
Standard (ii) saiz (iii) bentuk

KE 1.1.4 Menyanyikan lagu dengan : (i) sebutan yang betul dan jelas
At the end of this lesson, children will be able to:

1)  Children able to name and recognize the characteristics of


the fruits based

on their : (i) colours (ii) size (iii) shape


4 Learning Objectives
2)  Children able to identify the fruits based on :

(i) Seedling fruits


(ii) Non-seedling fruits

3) Children able to understand the video


5 Teaching Aids Laptop, fruit flashcards, video of fruits, speaker, fruit toys
6 Skills Self Positive Social
(i) Communication
(ii) Social Involvement
(iii) Problem solving
(i)  Confident

(ii)  Problem solving

13
(iii)  Initiative

(iv)  Expressing opinions /

ideas

Teacher Children
7 Teaching Strategy
Induction Set
STEP:
1. 1)  Teacher make an action
of peeling a banana skin
and let children to guess
STEP:
the action :
o   Peel banana skin
1) Children guess teacher’s
o   Eat banana action :
2. 2)  Teacher shows fruits
flashcard and ask children
   Peel banana skin
about the fruits their know
based on their general    Eat banana
knowledge
2) Children will listen to
and participatory respond
Teacher’s Questions:
in naming favourite fruits
based on characteristics
1) What is your favourite fruit?

2) What is the taste of your


favourite fruit?
Teaching Strategy: Step 1
Learning Strategy : Step 1
1) Teacher introduce the picture of
1) Children listen and identify
six (6) fruits to children :
each of fruits shown in the
flashcard :
a) Watermelon b) Grape
c) Orange
a) Watermelon b) Grape
d) Durians
c) Orange
d) Durians
e) Cempedak f) Pineapple
e) Cempedak f) Pineapple
2) Teacher asks children to name
and pronounce the fruits in
2) Children listen, recognise and
appropriate way with teacher’s
name fruits in pictures
guide

14
Step 2

1) Teacher asks children to Step 2


identify the characteristic of fruits
shown in the flashcards such as : 1) Children respond to and
recognise the characteristic of
(i) colours (ii) size (iii) shape fruits shown in the flashcards
based on their :
 Teacher’s Questions:
(i) colours (ii) size (iii) shape
a)  What is the fruit with
 Children’s Prediction
yellow colour? Answers:

b)  Where do you see a) Lemon, pineapple, banana


fruits?
b) At supermarket – Mydin, Giant,
c)  What is the size of Tesco, market
watermelon?
c) Big, small
d)  Can you tell me how d) Circle, round, oval
the shape of watermelon
is?
Step 3

Step 3 1) Children respond to and


recognise the characteristic of
1) Teacher asks children to fruits shown in the flashcards
identify the characteristic of fruits based on :
shown in the flashcards based on : (i) Seedling fruits
(ii) Non-seedling fruits
(i) Seedling fruits
(ii) Non-seedling fruits  Children Prediction Answers:

 Teacher’s Questions: a) Grape, watermelon, orange

a)  What is the seedling b) No, because the seed is too


small
fruits that you know?
c) Banana, pineapple
b)  Do you like to eat seedling
fruits and why? d) Sweet, yummy

c)  What is the non- seedling fruits


that you know?

15
d)  Can you tell me how is the
taste of durian is?
e) Is durian have seed? How is the e) Yes. Round, circle, oval, small,
shape of durian’s seed? big
Closing
1. 1)  Teacher will make
1) Children respond to and listen
some flashback of the
to teacher explanation
lesson for today
2) Children sing the song of “Eat
2. 2)  Teacher sing the song
Banana” with teacher’s guide
of “Eat Banana” together
with action

Teacher : Children :
1) Teacher guide the children
accordingly 1)Children participate and
understanding well along the
8 Reflection 2) Teacher need to focus back lesson period.
on 2/6 Children needs
more explanation and 2) 2/ 6 Children need supported
guidance. dan repeatation

(3561 words)

16

Anda mungkin juga menyukai