Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Definisi Kurikulum
Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Kurikulum juga
merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan
ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua
aspek kehidupan. (Tyler, 1962). Secara praktikalnya, hasil pendidikan seharusnya dapat
melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran
yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak pula, pendidikan perlu
dilihat sebagai satu proses kognitif yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan
individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran. Dengan
adanya ilmu atau kemahiran yang diperoleh, ia akan diaplikasikan dalam konteks persekitaran
yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya pada ketika ini ataupun sebagai persediaan
untuk kehidupannya di masa akan datang.
Kurikulum pada dasarnya berasal daripada perkataan curere yang merupakan perkataan
latin yang membawa maksud jejak atau laluan. Selain itu, kurikulum dalam bahasa Inggeris
memberi maksud jelmaan. Kurikulum dapat didefinisikan sebagai skop dan isi pelajaran sesuatu
subjek yang diajar di sekolah, kolej atau universiti. Kurikulum juga boleh membawa maksud isi
kandungan pelajaran yang disampaikan di sekolah atau institusi pengajian (Kamus Oxford,
2006). Menurut Ornstein dan Hunkins (1993), kurikulum didefinisikan sebagai satu pelan atau
rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk
mencapai matlamat yang diingini. Manakala menurut Mohd Daud (1995) dalam Mohd Salleh
Lebar (1998), kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru
mengajar sekumpulan murid. Kerr.J.F (1968) pula mentakrifkan kurikulum sebagai semua
pembelajaran yang dirancang dan dilaksanakan secara individu ataupun berkelompok baik di
sekolah mahupun di luar sekolah. Pengertian kurikulum menurut Inlow (1966) ialah usaha yang
menyeluruh yang rirancang khusus oleh pihak sekolah bagi membimbing murid untuk
memperoleh hasil pembelajaran yang dirancang.
Definisi kurikulum mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, ialah semua mata
pelajaran yang diajar di sekolah, kolej dan lain-lain institusi pendidikan. Merujuk kepada definisi
tersebut, jika sesuatu program pendidikan hendak dirancang dan bertujuan untuk mendapatkan
kemajuan yang berterusan diperlukan, maka konsep tentang sesuatu kurikulum adalah amat
penting untuk dijadikan landasan kepada perlaksanaan sesuatu kurikulum tersebut (Ralph W.
Tyler 1990).
Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pendidikan Kebangsaan pada
tahun 1979 mentakrifkan kurikulum sebagai; Sesuatu program pendidikan yang merangkumi
semua pengetahuan dan kemahiran, nilai dan norma, unsur-unsur budaya dan kepercayaan yang
terpilih untuk diwariskan kepada ahli-ahli masyarakat.
Manakala Akta Pendidikan 1996 mencatatkan definisi Kurikulum Kebangsaan sebagai;
... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan
untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan
untuk menyampaikan pengetahuan.
Melalui perbincangan mengenai definisi kurikulum menjelaskan bahawa kurikulum
merupakan aspek penting yang merangkumi keseluruhan program pendidikan yang bertujuan
membantu perkembangan manusia dari segi intelek dan fizikal seterusnya membentuk sahsiah
1

dan moral yang tinggi sepertimana yang terkandung dalam kurikulum yang ingin disampaikan.
Kurikulum juga dijadikan sebagai bahan utama dalam menyampaikan maksud pendidikan iaitu
proses pemindahan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai kepada orang lain. Dalam sistem
pendidikan formal di sekolah mahupun institusi pengajian, kurikulum dijadikan panduan untuk
menyampaikan ilmu atau isi pelajaran kepada para pelajar dalam bentuk yang lebih terancang.
Sekiranya kurikulum tidak dibentuk dengan baik, sistem pendidikan akan menjadi tidak
terancang dan teratur.
2.0 Fungsi Kurikulum
Fungsi kurikulum sudah semestinya sebagai alat untuk mencapai tujuan pendidikan bagi
mengembangkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Dengan kata lain, kurikulum adalah
berfungsi sebagai alat bagi membantu manusia mencapai tujuan mereka dalam pendidikan.
Pendidikan bagi satu bangsa dengan bangsa yang lain tidak akan sama kerana setiap bangsa dan
negara mempunyai falsafah dan tujuan pendidikan yang tertentu yang biasanya dipengaruhi oleh
pelbagai aspek seperti agama, ideologi, kebudayaan mahupun kepentingan negara itu sendiri.
Secara ringkasnya kurikulum boleh berfungsi sebagai alat untuk mencapai matlamat pendidikan
nasional. Kurikulum juga berfungsi sebagai program yang harus dilaksanakan oleh guru dan
murid dalam proses belajar serta mengajar. Kurikulum juga boleh dijadikan panduan bagi guru
dan pelajar agar proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik seterusnya dapat mencapai
matlamat pendidikan.
Di Malaysia, kurikulum berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu
yang hendak disampaikan. Selain itu, kurikulum juga berfungsi untuk menyampaikan maklumat
mengikut peringkat tertentu. Kurikulum di sekolah perlu sentiasa relevan dengan kehendak
semasa. Pusat perkembangan kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia
dari semasa ke semasa mengikut aliran tinggi. Kurikulum perlu diubahsuai mengikut keperluan
supaya pelajar sentiasa belajar mengikut trend pengetahuan terkini.
Kurikulum pendidikan dibina bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek,
jasmani, rohani dan emosi serta berketerampilan dan mampu berfikir. Selain daripada intelek,
kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi
kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum telah mengutamakan kepimpinan pelajar melalui
kokurikulum. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk
menguatkan hubungan kekeluargaan antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kurikulum
pendidikan yang sama membentuk masyarakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap
prejudis antara kaum. Kurikulum juga diharap dapat melahirkan insan yang sayang dan cintakan
tanah air.
3.0 Pendekatan dalam Kurikulum
Menurut Ornstein dan Hunkins (2009) enam pendekatan kurikulum adalah Pendekatan
Behavior, Pendekatan Pengurusan, Pendekatan Sistem, Pendekatan Akademik, Pendekatan
Reconceptualist, dan Pendekatan Humanistik. Setiap satu adalah penting untuk mendefinisikan
perkataan kurikulum. Di samping itu, enam pendekatan boleh diklasifikasikan sebagai teknikal
/saintifik atau bukan teknikal/bukan saintifik. Ornstein dan Hunkins (2009) menambah setiap
daripada enam pendekatan tersebut dapat membentuk dasar kurikulum yang tertumpu kepada
keperluan murid, guru, pentadbir dan semua kakitangan sokongan. Kejayaan kurikulum juga
bergantung kepada kejayaan pelaksanaan kurikulum dan pengajaran dalam kelas dan kejayaan
2

pelajar secara keseluruhan. Pendekatan behavior mentakrifkan kurikulum dari segi logik,
preskriptif, dan teknikal dan kaedah saintifik dan model. Rancangan kurikulum melibatkan
pengajaran yang memberi tumpuan kepada keperluan belajar dan matlamat dan objektif
pembelajaran memberi tumpuan kepada tingkah laku pelajar. Pendekatan Pengurusan pula
mentakrifkan kurikulum sebagai keperluan bagi pekerja yang terlibat seperti pakar kurikulum,
penyelia dan kakitangan pentadbiran. Melalui pendekatan ini pendidik dapat merancang dan
menumpukan kurikulum untuk program-program tertentu, jadual, ruang, sumber dan peralatan.
Pendekatan kurikulum ketiga adalah pendekatan system yang mentakrifkan kurikulum
dari segi mengatur rakyat dan dasar dengan mengaitkan semua bahagian secara keseluruhan.
Lima perkara utama dalam pendekatan pendidikan ini ialah pentadbiran, kaunseling, kurikulum,
pengajaran, dan penilaian. Pelan kurikulum menggunakan pendekatan ini menekankan
penggunaan gambar rajah organisasi, carta aliran, dan struktur jawatankuasa termasuk mata
pelajaran, kursus, rancangan unit, dan rancangan pelajaran. Pendekatan keempat ialah
pendekatan akademik. Kebanyakan sekolah mengambil pendekatan akademik begi menarik
minat pelajar terhadap subjek seperti sejarah, falsafah, sossial dan politik.
Pendekatan kurikulum kelima adalah pendekatan Humanistik, iaitu berasaskan
penggunaan strategi pengajaran seperti pembelajaran koperatif, pembelajaran kendiri,
pembelajaran kumpulan kecil, dan aktiviti-aktiviti sosial dan bukan kompetitif, penguasaan guru
dan pembelajaran dalam kumpulan besar. Sekolah-sekolah yang menggunakan pendekatan ini
menekankan penglibatan pelajar aktif dalam dalam konteks pembelajaran. Pendekatan keenam
adalah pendekatan Reconceptualist, yang member tumpuan kepada setiap perubahan yang
berlaku. Dianggap sebagai lanjutan daripada pendekatan humanistik, sasaran pembelajaran
melalui usaha politik, ekonomi, sosial, moral, dan seni. Sekolah yang menggunakan pendekatan
ini melihat kurikulum sebagai satu cara untuk membantu sekolah menjadi lanjutan daripada
komuniti dan masyarakat, banyak memberi manfaat kepada diri pelajar dan kuasa sosial dalam
dan di luar bilik darjah.
4.0 Kesimpulan
Sebagai pendidik, menyedari apa yang pelajar-pelajar perlukan dan bagaimana untuk
mengajar merupakan salah satu aspek untuk mengetahui pelajar dan cara terbaik untuk
menggunakan kurikulum. Guru yang baik perlu dapat memahami kurikulum pengetahuan dan
kemahiran pelajar, minat dan latar belakang untuk kejayaan semua pelajar. Pendekatan
kurikulum akademik menganggap pelajar yang berubah-ubah dan peranan pentadbir dan semua
peserta juga termasuk kurikulum yang pelbagai dalam perkara seperti agama, psikoterapi,
kritikan sastera dan linguistik. Dalam proses pembelajaran, pelajar perlu menguasai cara yang
berkesan untuk menguasai bahan dan belajar daripada satu sama lain. Berdasarkan teori-teori
tradisional organisasi sosial peranan guru dalam proses kurikulum adalah penting untuk
keberkesanan kurikulum itu sendiri.

Rujukan
Mohd Salleh Lebar (1998). Pengenalan Ringkas, Sosiologi Sekolah dan Pendidikan. Batu Caves:
Thinkers Library Sdn Bhd.
Ornstein, A. C., & Hunkins, F. P. (2009). Curriculum: Foundations, principles, and
issues, http://www.coursesmart.com/9780132074117/firstsection#
Taba (1962), Curriculum Development, Theory and Practice. New York: Harcourt Brace
Tyler (1949), Basic Principles of Curriculum and Instruction. Chicago: University of Chicago
Press.
Kamus Oxford (2006), Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Wikipedia Ensiklopedia Bebas, http://ms.wikipedia.org/wiki/Kurikulum

Anda mungkin juga menyukai