Anda di halaman 1dari 6

4:

2.0 MATLAMAT, OBJEKTIF DAN CIRI-CIRI KBSR DAN KSSR.


2.1 MATLAMAT, OBJEKTIF DAN CIRI-CIRI KBSR.
2.1.1 MATLAMAT KBSR.

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan


perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani
bagi

melahirkan

insan

yang

seimbang,

harmonis,

berakhlak

mulia,

mengamalkan nilai-nilai murni serta mampu menjaga kesihatan serta


mengekalkan kesihatan tubuh badan.

2.1.2 OBJEKTIF KBSR

Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah


bertujuan untuk membolehkan untuk membolehkan murid:

i.

menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya


sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;

ii.

menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca


dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah;

iii.

menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan


menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian;

iv.

menguasai kemahiran belajar;

EDU3101 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : KBSR DAN KSSR

5:
v.

vi.

menguasai kemahiran berfikir;

bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris


selaras dengan

kedudukannya sebagai bahasa kedua;

vii.

memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;

viii.

membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;

ix.

mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan


terhadap manusia dan alam sekitar;

x.

menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;

xi.

memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti


amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan
nasional;

xii.

menjaga kesihatan dan kecergasan diri;

xiii.

menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang


positif terhadap keusahawanan dan produktiviti;

xiv.

menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami


pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;

xv.

menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan


mengamalkan akhlak mulia;

EDU3101 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : KBSR DAN KSSR

6:
xvi.

membina semangat patriotisme;

xvii.

mengembangkan bakat dan kreativiti; dan

xviii.

mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni


yang menjadikannya asas bagi amalan hidup.

2.1.3 CIRI-CIRI KBSR

Terdapat beberapa perubahan yang dilakukan yang menjadikan


Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah berbeza dengan Kurikulum Baru
sekolah rendah.

Choong Lean Keow (2007) menulis dalam bukunya Falsafah Dan


Pendidikan Di Malaysia, perubahan tersebut merangkumi kurikulum dan juga
budaya sekolah.

Dalam kurikulum KBSR, terdapat 3 mata pelajaran baru telah


diperkenalkan antaranya mata pelajaran Kemahiran Hidup bagi menggantikan
mata pelajaran Amalan Perdagangan yang digunakan pada 1984. Selain itu,
subjek Sains dan Kajian Tempatan juga diperkenalkan bagi menggantikan
subjek Alam dan Manusia pada tahun 1994. Malah, subjek sedia ada juga
diperbaharui sebagaimana subjek Bahasa, Pendidikan Moral, Pendidikan
Islam dan Pendidikan Jasmani. Bagi meningkatkan kecekapan pelajar berfikir
dan mengira, sempoa diperkenalkan bagi pelajar tahap dua.

EDU3101 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : KBSR DAN KSSR

7:
Pengenalan kepada KBSR ini telah mengubah suasana dan budaya
sekolah kepada suasana yang jauh lebih kondusif, ceria dan mampu
meransang pembelajaran pelajar. Pelajar-pelajar juga diterapkan dengan
unsur patriotisme bagi semua mata pelajaran agar mampu mendidik jiwa
mereka untuk mencintai negara dan bangga menjadi warga negara Malaysia.

Selain itu, bentuk pengajaran dan pembelajaran juga turut berubah


menjadi pelbagai pendekatan P&P dan lebih berfokuskan kepada pemusatan
murid

berbanding

berpusatkan

guru.

Aktiviti

pembelajaran

yang

mengutamakan cara individu dan kumpulan secara tidak langsung meningkat


akauntabiliti para pelajar sepanjang proses P&P. Jadual ringkas ciri-ciri KBSR
boleh dirujuk di bahagian Lampiran 1.

2.2 MATLAMAT, OBJEKTIF DAN CIRI-CIRI KSSR.


2.2.1 MATLAMAT KSSR.
KSSR digubal berteraskan Falsafah pendidikan kebangsaan dan juga
berasaskan

Prinsip

KBSR

yang

mencakupi

pendekatan

bersepadu,

perkembangan individu secara menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan


yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. Ia menekankan
penguasaan literasi 4 M iaitu kemahiran Asas ICT, Perkembangan Fizikal,
Kognitif, Sikap dan Nilai serta penguasaan kemahiran yang lebih kompleks.

EDU3101 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : KBSR DAN KSSR

8:
2.2.2 OBJEKTIF KSSR.
Berbeza dengan KBSR, objektif

KSSR dirangka mengikut subjek

tertentu seperti subjek sains, subjek pendidikan Islam dan lain-lain. Secara
umumnya, objektif KSSR ialah melahirkan pelajar berminda kelas pertama
yang mempunyai keupayaan menaakul yang tinggi dan menguasai kemahiran
3M. Pada masa yang sama, pelajar yang diidamkan tersebut hendaklah
mempunyai perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan
nilai yang baik agar mampu merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari sudut
jasmani, emosi, rohani, intelek dan social (JERIS). Malah. Elemen-elemen
tambahan yang merentas kurikulum juga turut diterapkan antaranya elemen
Kreativiti dan Inovasi serta Keusahawanan.

2.2.3 CIRI-CIRI KSSR.


KSSR kali ini membawa nafas baru kepada sistem pendidikan yang
mana bentuk pendidikannya menumpukan 4 kemahiran asas. Penambahan
satu kemahiran baru tersebut ialah kemahiran menaakul. Menurut bahan
daripada Kursus Orientasi Jurulatih Utama KSSR Tahun 1 2010 yang saya
perolehi sepanjang melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang
lalu, menaakul merupakan suatu proses kognitif dalam memberi penerangan
munasabah untuk menyokong hujahan, tanggapan, rumusan atau keputusan
yang dibuat.

EDU3101 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : KBSR DAN KSSR

9:
KSSR juga dibentuk berteraskan pemikiran kritis dan kreatif dan tidak
hanya menumpukan

aspek komunikasi, manusia dengan alam sekeliling,

perkembangan diri individu. Aspek perkembangan diri individu menyentuh


perkembangan kerohanian, sikap dan nilai bersama keterampilan dan estetika
seseorang pelajar. Malah, pelajar turut diterapkan dengan kemahiran Sains
dan Teknologi sejajar dengan perkembangan dunia millennium kini.
Di samping itu, KSSR memupuk daya kreativiti dan kritis pelajar unutk
belajat menerusi kemahiran mereka tanpa hanya berpandukan sukatan yang
terhad. Malah, elemen Keusahawanan misalnya disediakan bagi mengasah
kemahiran dan semangat keusahawanan yang ada dalam diri pelajar untuk
dikembangkan lagi dalam sisitem pendidikan Negara. Sistem pendidikan
Negara pada kali ini serius untuk melahirkan generasi pelajar yang cukup
mantap dan mampu bersaing bagi memenuhi tuntutan dunia global ini.
Ringkasan mengenai ciri-ciri KSSR boleh dirujuk di Lampiran 2.

EDU3101 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : KBSR DAN KSSR

Anda mungkin juga menyukai