Anda di halaman 1dari 14

A B O U T M E

W E N W I N K
K I D U . D U K I
Follow
34
Panda Montel is my Blog. I am just change the name of it since i found one
of my follower were using the exactly blogs name. so now its was
Pandamontel. do visit and hit if u free
V I E W M Y C O M P L E T E P R O F I L E
T H U R S D A Y , D E C E M B E R 2 9 , 2 0 1 1
SOSIOEMOSI KANAK-KANAK
(I like to tell all of you readers, please do not copy the text here)
Senario:
Hafzan merupakan seorang kanak-kanak yang bijak dan comel.
Hafzan adalah anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik.
Hafzan berumur 6 tahun dan bersekolah di prasekolah Sekolah
Kebangsaan Bingkor, Keningau, Sabah. Menurut gurunya,
Hafzan sangat cergas dan pintar dalam melakukan sebarang
aktiviti yang diberi. Walaubagaimanapun, gurunya melihat
bahawa Hafzan mempunyai sifat rendah diri dan pemalu. Hal ini
demikian kerana Hafzan selalunya tidak akan melakukan
sebarang aktiviti di dalam kelas jika tidak diminta oleh gurunya
terlebih dahulu. Sehubungan dengan iu, guru tadika Hafzan
tesebut menyelidiki punca yang menyumbang kepada sikap
Hafzan itu. Hasil daripada dapatan gurunya mendapati
bahawa Hafzan berasa dirinya terpingir berbanding kakak dan
abangnya. Keadaan ini berlaku disebabkan setiap perkara
membanggakan yang dilakukan oleh Hafzan tidak pernah
dihargai oleh kedua ibu bapanya. Berbanding dengan abang dan
kakaknya, kedua mereka itu sering diberi hadiah dan kata-kata
Wen is A Nuffies
My Blog List
P E N D I D I K A N A W A L K A N A K - K A N A K
S I V I K D A N K E W A R G A N E G A R A A N
F O L L O W E R S
converted by Web2PDFConvert.com
pujian, walhal Hafzan pula tidak pernah menerima sebarang kata-
kata pujian atau hadiah kerana ibu dan ayahnya beranggapan
bahawa Hafzan masih kecil dan tidak perlu menerima sebarang
penghargaan. Hal ini dapat dibuktikan gurunya apabila kedua ibu
bapa hafzan tidak hadir pada hari kecemerlangan pelajar di
prasekolah terbabit. Hal ini mnyebakan emosi Hafzan tergugat,
tambahan lagi apabila dia melihat ibu bapa rakannya yang lain
datang untuk sama-sama melihat kejayaan anak-anak mereka,
walaupun mereka hanya prasekolah.
Perincangan.
Konsep Kendiri atau perasaan harga diri seseorang adalah
hasil daripada gabungan pelbagai aspek pemikiran, perasaan,
pengalaman, pandangan dan penilaian seseorang mengenai diri
sendiri sepanjang umur hidup. Contohnya, seseorang akan
berasa tinggi konsep kendiri apabila hasil kerjanya selalu dipuji.
Konsep kendiri memberi kesan terhadap semua aspek
kehidupan. Mereka konsep kendiri yang tinggi, dapat
menghadapi dan menyelesaikan berbagai-bagai cabaran dan
tanggungjawab dalam hidup dengan baik dengan masa yang
teratur. Keadaan tersebut bergantung kepada emosi dalaman,
peristiwa, manusi, dan pengalaman yang mempengaruhi pada
masa tersebut. Antara faktor-faktor kanak-kanak tidak mendapat
penghargaan kendiri apabila kanak-kanak tersebut tidak
mendapat sokongan daripada ibu bapa mereka dan yang tidak
mengambil tahu dan tidak mengambil berat tentang pelajaran
mereka, kerana ibu bapa mereka menganggap mereka masih
terlalu kecil dan tidak memahami.Di samping itu, tidak terdapat
kemesraan fizikal dan keakraban di antara ibu bapa dengan
kanak-kanak tersebut. Kesan daripada hal tersebut kanak-kanak
terbabit akan mempunyai pandangan negatif atau rendah diri
terhadap diri mereka sendiri. Selain itu, kanak-kanak tersebut
juga akan menjadi seorang kanak-kanak yang tidak suka
menerima pendapat orang lain dan suka menyingung perasaan
orang lain disebabkan mereka merasakan tidak ada orang yang
menganggap diri mereka penting. Serta selalu rasa tidak puas
hati dengan apa yang diterimanya kerana kanak-kanak tersebut
selalu membandingkan apa yang di perolehi oleh mereka
dengan adik-beradik mereka.
1.0 Pendahuluan
Konsep kendiri merupakan salah satu komponen dibawah
topik persepsi kendiri seseorang individu. Sehubungan
dengan itu, konsep kendiri sangat berkait rapat dengan
self-estim. Konsep kendiri didefinisikan sebagai persepsi,
tanggapan, pandangan seseorang terhadap dirinya sendiri
yang akan merangkumi aspek kebolehan, perkara yang
disukai, personaliti, kemahiran dan lain-lain lagi tentang
dirinya sendiri. Contohnya, semasa menerima sesuatu
maklumat yang bertentangan dengan konsep kendiri anda,
Blog Archive
2014 (2)
2013 (1)
2012 (4)
2011 (22)
December (22)
Project Tahun Akhir (KAR) a.k.a
THESIS Pendidikan ...
KAJIAN-KAJIAN LEPAS
BERKAITAN PENDIDIKAN AWAL
KANA...
7 Kemahiran Proses Sains
Stop Child Abuse
Kanak-kanak Syndrom Down
Kod-Kod Estetika Dalam Kelas
Kanak-kanak
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI
MALAYSIA : FALSAFAH DAN...
Perkembangan dan Pertumbuhan
Kanak-kanak Sejak Dal...
Pic Dan Vokal Kanak-kanak
SOSIOEMOSI KANAK-KANAK
Penderaan wanita : Keganasan
Rumah Tangga
SISTEM PANGGILAN KELUARGA
MELAYU
1.0 KONSEP GIMNASTIK
2.0 SEJARAH & PERKEMBANGAN
AWAL GIMNASTIK
3.0 GIMNASTIK DI MALAYSIA
4.0 JENIS-JENIS GIMNASTIK
5.0 KEPENTINGAN GIMNASTIK
KEPADA KANAK KAN...
6.0 ALATAN GIMNASTIK YANG
SESUAI DIGUNAKAN O...
7.0 KOMPONEN-KOMPONEN
DALAM GIMNASTIK
8.0 PERKEMBANGAN MOTOR
KANAK-KANAK MELALUI ...
9.0 KEPENTINGAN PENDIDIKAN
JASMANI
10.0 APLIKASI PENDIDIKAN
GIMNASTIK DALAM PENGAJ...
2010 (1)
NetworkedBlogs
Followers (15)
Follow this blog
Powered by Blogger.
converted by Web2PDFConvert.com
anda menjadi cemas, bimbang, demikian juga dengan
orang lain yang menerima maklumat yang berlawanan
dengan konsep kendiri mereka. Dua indikator utama yang
akan membincangkan konsep kendiri ini ialah konsep
kendiri positif dan konsep kendiri negatif. Topik ini akan
membincangkan tentang konsep kendiri dalam seseorang
kanak-kanak. Dalam topik ini, beberapa pendekatan lain
akan dikupas ialah beberapa faktor yang mempengaruhi
konsep kendiri seorang kanak-kanak, antara masalah
popular yang memberikan impak nyata kepada konsep
kendiri, kesan-kesan konsep kendiri, cara-cara
meningkatkan dan mengekalkan konsep kendiri serta
beberapa aktiviti yang boleh meningkatkan konsep kendiri.
Asas konsep kendiri ialah semasa seseorang individu itu
masih kanak-kanak. Sebarang perkara yang mereka alami
semasa kanak-kanak akan memberikan dampak apabila
mereka dewasa ( Lewis dan Brooks-Gunn, 1979).
Sebagai contoh, kadangkala seorang kanak-kanak
mempunyai konsep kendiri yang lemah jika ibubapanya
tidak memberikan galakan yang sewajarnya kepada
mereka ataupun keterlaluan memekik kepada kanak-kanak
tersebut apabila mereka melakukan kesalahan. Selain itu,
konsep kendiri kanak-kanak juga boleh terganggu semasa
berada di dalam kelas. Guru yang mengajar mugkin
menyebabkan kanak-kanak tersebut berasa tidak selesa
ataupun terdapat perbuatan buliyang berlaku dalam
kalangan mereka melalui perkataan-perkataan yang
menyakitkan hati kanak-kanak tersebut.
Bagi sesetengah kanak-kanak pula, mereka boleh
cenderung menanggap kelas yang mereka hadiri di
sekolah sangat susah sehingga mereka berfikir bahawa hal
ini akan menyebabkan mereka tidak mampu mendapatkan
gred yang baik dalam persekolahannya. Hal ini akan
menyebabkan mereka merasa rendah diri dan hal ini
secara langsung mengganggu atau menggugat konsep
kendiri mereka.
2.0 Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri kanak-
kanak.
2.1 Keluarga (Ibu bapa)
Banyak kajian tentang konsep kendiri telah dibuat
dengan menggunakan zxdsxz pelbagai alat kajian.
Ramai pengkaji yang berusaha mengenal pasti
faktor-faktor yang memepengaruhi konsep kendiri
seseorang . Mengikut Samuel (1982) dan Schwartz
(1982), konsep kendiri kanak-kanak bagi ibu bapa
yang tinggi konsep kendirinya adalah lebih tinggi jika
dibandingkan dengan konsep kendiri kanak-kanak
bagi ibu bapa yang rendah konsep kendirinya.
converted by Web2PDFConvert.com
Ibubapa memainkan peranan yang amat penting
dalam membentuk harga diri ( self-estim ) kanak-
kanak. Self-estim adalah kunci yang sangat penting
untuk mereka berjaya dalam kehidupan pada masa
akan datang. Self esteem adalah bagaimana kita
memahami diri kita yang sebenarnya. Kanak-kanak
yang mempunyai self-esteem yang tinggi merupakan
kanak-kanak yang mampu melakukan / berkebolehan
memperlihatkan tanggungjawab, boleh mengurus
emosi yang positif & negatif dan juga boleh
menawakan bantuan kepada orang lain. Kanak-kanak
yang mempunyai self-esteem yang rendah pula akan
bertingkah laku contohnya kanak-kanak merasakan
diri tidak disayangi dan tidak diingini, merendah diri
terhadap kebolehan dan bakat yang dimiliki dan juga
kanak-kanak tersebut akan mengelak untuk
melakukan sesuatu yang baru. Kanak-kanakyang
mempunyai penghargaan kendiri yang rendah
keranamendapat sokonganyang
berkurangan daripada ibu bapa mereka iaitu ibu
bapa tidak mengambil tahu dan mengambil berat
tentang pelajaran mereka. Penghargaan
kendiri kanak-kanak berkait rapat dengan corak
perhubungan dalam keluarga dan juga korelasi yang
positif antara penghargaan kendiri yang tinggi
dengan gaya ibu bapa yang autoritatif.Kanak-
kanak merasakan perlakuan mereka dikawal oleh ibu
bapa, semakin rendah penghargaan kendiri
mereka. Manakala anak lelaki selalu menjadikan ayah
sebagai idola mereka.
2.2 Pengaruh sosio budaya
Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu
proses perkembangan yang membolehkan kanak-
kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara
yang diterima oleh masyarakat serta budaya. Pendek
kata perkembangan sosial melibatkan proses
sosiolisasi atau melakukan penyesuaian sosial dalam
sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. Dapat
dikaji melalui beberapa aspek sosiolisasi yang
penting seperti proses peniruan dan
identifaksi,aktiviti bermain, perkembangan kongnisi
sosial ,persahabatan dan pembahagian antara rakan
sebaya. Sepanjang proses sosialisasi sosial mereka.
Kanak-kanak mempelajari tradisi, kerpercayaan, nilai
dan cadangan yang dianut oleh kumpulan sosial
mereka. Mereka juga mempelajari peraturan sosiol
yang diamalkan oleh kumpulan social. Proses
sosialisasi ini pula ditentukan oleh konteks
converted by Web2PDFConvert.com
budaya.Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu
budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya
lain.Namun demikian banyak tingkah laku sosial yang
bersifat universal merentasi pelbagai kaum etnik dan
budaya.
2.3 Masyarakat sekeliling ( Persahabatan )
Kanak-kanak gemar meniru tingkah laku sahabatnya.
Biasanya kanak-kanak meniru tingkah laku kanak-
kanak yang popular dan sesiapa sahaja yang telah
membentuk hubungan yang rapat dengannya. Kanak-
kanak meniru orang yang sebaya dan lebih tua
daripadanya. Mereka akan meniru tingkah laku yang
positif ataupun negative. Sebaliknya mendapat
sahabat yang baik maka kanak-kanak akan belajar
berdikari lebih pandai berinteraksi dengan orang lain.
Sebaliknya, mungkin dipelajari ialah tingkah laku
agresif, tamak, tidak menghormati orang tua dan lain-
lain. Litman dan Bricker(1967)telah menjalankan
kajian tentang pengaruh sahabat terhadap tingkah
laku langsung kanak-kanak yang berumur antara 3
hingga 5 tahun. Mereka mendapati kanak-kanak yang
sering dibuli sering memberi peneguhan contoh
kepada si pembuli itu.
2.4 Pengamatan diri sendiri
Apabila kanak-kanak membesar, mereka berupaya
untuk meluahkan penerangan diri fizikal dan perasaan
mereka serta bercakap tentang diri mereka atau
Kendiri-saya . (Harter,1988). Apabila konsep
kendiri ini semakin berkembang, mereka akan
menumpu kepada pengetahuan tentang diri sendiri
dan penilaian sifat kendiri. Mereka akan mempunyai
konsep kendiri yang terdiri daripada kebolehan,
kelakuan ,sifat dan nilai yang memaparkan dirinya
sebagai seorang individu yang berlainan daripada
orang lain. Selepas memulakan persekolahan pada
peringkat rendah, konsep kendiri kanak- kanak
menjadi semakin abstrak. Salah satu daripada aspek
ini ialah gambaran kendiri yang menjadi lebih
signifikan. Misalnya,mereka melihat diri mereka tidak
hanya sebagai seorang yang pintar atau sebaliknya,
tetapi dengan membandingkan kebolehan diri sendiri
dengan orang lain. (Ruble & Dwek, 1995; Ruble &
Fluet, 1988 ; Pomerantz et al., 1955). Para
penyelidikan telah membuat kajian pada kanak-kanak
untuk mendapatkan 20 jawapan daripada soalan
tentang Siapa saya ? di kalangan kanak-kanak
yang berumur antara 9 hingga 18 tahun (Nottlelmann,
1987 ; Zimmerman et al, 1997. Kajian mereka
converted by Web2PDFConvert.com
mendapati bahawa kanak-kanak yang termuda (9
tahun) menghuraikan diri mereka seperti contoh yang
berikut : Nama saya Harun. Mata saya berwarna
coklat.Rambut saya berwarna hitam. Saya
berumur 9 tahun. Saya sukan bersukan. Saya ada
sembilan orang adik beradikKenyataan mereka
berbeza dengan kenyataan yang diberi oleh kanak-
kanak yang berumur 11 tahun yang menggambarkan
dirinya lebih terperinci : Nama saya Suria. Saya
adalah orang biasa. Saya seorang perempuan.
Saya boleh dipercayai. Saya tidak begitu cantik
Saya lebih tinggi jika dibandingkan dengan kanak-
kanak lain yang sama usia. Saya adalah perenang
yang baikMereka bukan hanya menggambarkan
dirinya secara luaran sahaja tetapi juga
mennghuraikan sikapnya, kebolehannya, jantinanya,
sifatnya dan lain-lain lagi.
2.5 Baka
Faktor baka berkaitan rapat dan mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak.Menurut ahli sosiologi,
faktor warisan secara biologi yang merangkumi faktor
biologi dan genetic merupakan faktor yang amat
berkait dengan perkembangan konsep
kendiri.Kanak-kanak akan mewarisi gen dari ibu
bapa.Dengan itu,pewarisan seperti emosi,keberanian
,jujuran dan sebagainya yang berkaitan akan
membentuk peribadi kanak-kanak.Secara
lansung,ianya mempengaruhi konsep kendiri kanak-
kanak.
3.0 Beberapa kaedah dan cara-cara mengatasi masalah konsep
kendiri.

3.1 Berikut merupakan beberapa saranan kepada para
ibubapa dan mereka yang terlibat dengan kanak-
kanak contohnya guru tadika dan pengasuh dalam
proses pembentukan konsep kendiri kanak-kanak.
3.2 Menjaga percakapan semasa bercakap. Kanak-
kanak amat sensitif terhadap apa yang dikatakan oleh
ibubapa mereka. Sentiasa ingat bahawa sangat perlu
memberi pujian bukan sahaja atas hasil kerjanya
malah dalam aspek usaha yang dilakukannya.
Contohnya, kalau anak tidak berjaya dipilih dalam
pasukan bola sepak, ibubapa perlu memeberitahu
anaknya bahawa kami bangga dengan usaha yang
kamu lakukan dalam pasukan bola sepak.
3.3 Menjadi contoh kepada kanak-kanak. Jika anda
secara melampau keras pada kanak-kanak,
pesimistik, atau tidak realistik tentang keupayaan
converted by Web2PDFConvert.com
ibubapa atau oang dewasa dan had-had, anak
mungkin akhirnya mencerminkan ibubapa khususnya.
Memupuk harga diri anda sendiri, dan anak anda
akan mempunyai satu model yang baik.
3.4 Mengenal pasti dan mengalihkan kepercayaan
kanak-kanak yang tidak tepat. Penting untuk
ibubapa mengenal pasti kepercayaan kanak-kanak
tentang diri mereka, sama ada tentang
kesempurnaan mereka, daya tarikan, keupayaan,
atau hal yang lain. Membantu kanak-kanak
menyediakan piawaian yang lebih tepat supaya
mereka menjadi lebih realistik dalam menilai diri
mereka selain membantu mereka membina satu
konsep diri yang sihat. Persepsi yang tidak tepat
tentang diri boleh berakar dan menjadi kenyataan
bagi kanak-kanak. Sebagai contoh, seorang kanak-
kanak yang begitu baik di sekolah tetapi bermasalah
dengan subjek matematik mungkin berkata, "Saya
tidak boleh melakukan subjek matematik. Saya
seorang pelajar bodoh." Hal ini bukan sahaja
merupakan satu pengitlakan palsu, malah juga
merupakan satu kepercayaan yang akan
menyediakan kanak-kanak itu kearah untuk
kegagalan. Kanak-kanak perlu diberikan galakkan
dalam situasi seperti ini. Satu pujukan mungkin
berguna kepada mereka: "Anda seorang pelajar
yang baik. Anda melakukan banyak perkara
dengan baik di sekolah. Matematik hanya satu
perkara yang anda kena belajar lebih masa. Kita
akan sama-sama melakukannya.
3.5 Membantu kanak-kanak membuat
pengelibatanyang positif. Aktiviti-aktiviti yang
menggalakkan kerjasama dalam pertandingan
terutamanya adalah berguna dalam memelihara
harga diri. Sebagai contoh, program-program
membimbing.Program ini akan melibatkan kanak-
kanakyanglebih tua membantu salah seorang kanak-
kanak yang lebih muda untuk belajar membaca.
Kerjasama secara langsung akan dapat dipupuk
antara kedua-dua orang kanak-kanak tersebut.
3.6 Mewujudkan sebuah suasana rumah yang
penyayang dan pengasih. Kanak-kanak yang
merasa tidak selamat ataurasa dianiayai semasa
berada di rumah akan menderita lebih teruk
berbanding dengan mereka yang rendah diri.
Seorang kanak-kanak yang telah berusaha untuk
menarik perhatian ibu bapa dan berusaha berulang
kali untuk membolehkan dirinya disayangi mungkin
converted by Web2PDFConvert.com
menjadi sedih dan akhirnya berputus asa. Selain itu,
mereka juga akan tertunggu-tunggu bentuk atau
tanda-tanda penderaan terhadap orang lain, masalah-
masalah di sekolah, bermasalah dengan rakan
sebaya, dan faktor-faktor lain yang mungkin
menjejaskan harga diri kanak-kanak. Sebagai orang
dewasa, adalah penting untuk sentiasa beringat
keperluan untuk menghormati kanak-kanak.
3.7 Memberi reaksi yang positif dan maklum balas
yang tepat. Ungkapan-ungkapan seperti "Kamu
hanya memikirkan diri kamu sendiri apabila kamu
marah kepada kepadaoang lain!" akan
membuatkan kanak-kanak rasa tidak terkawal
semasa mereka sedang marah. Satu ayat atau
teguran yang lebih baik ialah "Walaupun kamu
memang benar-benar marah terhadap abang
kamu, . tetapi saya sangat suka jika kamu tidak
menengking atau memukulnya." Hal seperti ini
akan meredakan perasaan seorang kanak-kanak,
dengan memberi pilihan tindakan kepada mereka
akan menggalakkan kanak-kanak tersebut untuk
membuat pilihan tepat ataupun yang paling hampir
dan sesuai.
3.8 Menjadi spontan dan penyayang. Kasih sayang
ibubapa dan orang dewasa akan banyak berfungsi
untuk membentuk dan membantu meningkatkan
harga diri seorang kanak-kanak. Berilah pelukan dan
beritahu kanak-kanak bahawa anda bangga mereka.
Contohnya, menyertakan satu nota dalam kotak
makanan tengahari anak-anak contohnya, "Saya rasa
anda hebat!" Memberi pujian sesering yang mungkin
dengan jujur, dan tidak membesar-besarkan. Hal ini
keranakanak-kanak juga boleh mengetahui samada
sesuatu itu ikhlas ataupun tidak.
4.0 Kesan-kesan positif dan negatif konsep kendiri.
4.1 Setiap kanak-kanak mempunyai konsep kendiri mereka
yang tersendiri. Konsep kendiri ini tidak dapat diukur
dengan seva=barang bentuk piawaian tetapi boleh
dilihat dengan jelas dalam diri seseorang kanak-
kanak. Hal ini adalah keadaan yang disebut sebagai
kesan konsep kendiri sama ada konsep positif
ataupun konsep negatif. Kanak-kanak yang
mempunyai konsep kendiri yang positif akan
mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi. Kanak-
kanak golongan ini akan berminat dan bermotivasi
untuk belajar serta mempunyai matlamat kerjaya
pada masa hadapan. Pelajar juga melihat diri mereka
sebagai orang yang
converted by Web2PDFConvert.com
berkebolehan dan mahukan kepuasan dalam
membuat keputusan kerjaya.
4.2 Kelebihan konsep kendiri tinggi atau positif ini
termasuklah dapat menilai diri mereka dengan positif
dan percaya bahawa mereka lebih cekap atau
berkebolehan; bertindak dengan positif; memikul
tanggungjawab; menahan perasaan kekecewaan
dengan baik; rasa dapat mempengaruhi persekitaran;
berasa bangga dengan perlakuan sendiri;
pencapaian gred yang tinggi; lebih bersedia
menerima risiko; menerima diri dengan lebih positif;
menghargai diri sendiri serta menyedari kekuatan &
kelemahan diri.
4.3 Kesan negatif konsep kendiri ataupun penghargaan
kendiri yang rendah dan negatif pula memperlihatkan
beberapa ciri seperti mereka cenderung untuk
merasa bersalah, takut kepada kegagalan, sering
merasa bimbang dan cepat berkecil hati, mempunyai
kaitan dengan pencapaian akademik yang
rendah,tidak gemar kerja yang mencabar, kurang
keyakinan dan kebolehan untuk membuat tugasan
yang lebih mencabar, kurang berminat untuk
mendapatkan maklumbalas dan melihat diri sebagai
orang yang kurang menarik dari segi personaliti.
4.4 Kesan konsep kendiri yang rendah dalam seseorang
kanak dapat dilihat dengan jelas. Kanak-kanak seperti
ini akan mudah cenderung berkelakuan seperti
mudah rasa kecewa, sering menyalahkan orang lain
kerana kesalahan diri, mengelak situasi yang sukar,
terdapat juga kajian yang mengtakan bahawa
gangguan dalam pemakanan mempunyai signifikan
dengan konsep kendiri yang rendah dan mudah
mengikut orang lain ataupun mudah terpengaruh dan
dipengaruhi.
4.5 Hubungan antara konsep kendiri dan penghargaan
kendiri dengan ibu bapa boleh diklasifikasikan dalam
banyak aspek. Contohnya, seorang kanak-kanak
yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi
selalunya mendapat sokongan daripada ibu bapa
mereka iaitu ibu bapa sentiasa mengambil tahu dan
mengambil berat tentang pelajaran mereka. Kanak-
kanak yang mempunyai hubungan yang rapat dengan
ibu bapa juga akan bertumbuh sebagai sebagai
seorang anak yang mempunyai penghargaan kendiri
tinggi.
4.6 Selain itu terdapat korelasi yang kukuh antara dimensi-
dimensi tingkah laku menyokong ibu bapa (seperti
kemesraan fizikal, sikap menyokong, keakraban,
converted by Web2PDFConvert.com
hubungan yang berkekalan) dengan penghargaan
kendiri seseorang kanak-kanak. Penghargaan kendiri
mereka juga berkait rapat dengan corak
perhubungan dalam keluarga dan juga korelasi yang
positif antara penghargaan kendiri yang tinggi
dengan gaya ibu bapa yang autoritatif. Minat, galakan
dan sokongan ibu bapa terhadap anak merupakan
penentu penting bagi penghargaan kendiri mereka.
Semakin remaja merasakan perlakuan mereka
dikawal oleh ibu bapa, semakin rendah penghargaan
kendiri mereka. Anak perempuan lebih bergantung
kepada ibu bapa dalam mengukuhkan penghargaan
kendiri.
5.0 Antara aktiviti yang boleh dilakukan bagi meningkatkan
konsep kendiri kanak-kanak.
5.1 MELAKAR POTRET SENDIRI
Menggunakan satu buah cermin kecil, biakan pelajar
melakar gambar rupa mereka sendiri. Para pelajar
boleh menggunakan pensel ataupun pensel warna.
Lukisan yang dihasilkan tidak perlu tepat, namun
perlu menggambarkan pelajar tersebut. Lakaran-
lakaran ini perlu dijurnalkan. Satu variasi pilihan
adalah dengan membahagikan bentuk muka pusat
yang membujur yang dibahagi dua. Separuh
daripada muka dilukis satu gambaran bagaimana
pelajar itu melihat dirinya sendiri, dan yang lain adalah
bagaimana beliau berfikir orang lain melihat dirinya.
Hal ini disertai dengan catatan jurnal yang dilakukan
yang menggambarkan bagaimana pelajar itu melihat
dirinya lawan bagaimana pelajar lain melihat dirinya.
5.2 EN SQUEAKER: ANDA YANG TIDAK
DISAKITI" PAKAR
Konsep Pembelajaran:
Interaksidengan dan sokongan emosi daripada
sebuah boneka
Umur sesuai:
Lencongan 1-6 tahun
Masa:
Berbeza-beza; selagi diperlukan sebelum dan
sepanjang proses rawatan
Objektif
Kanak-kanak akan:
- Mempunyai seorang rakan "sakti" yang beliau boleh
bercakap dan mendapatkan sokongan emosi.
- Tumpuan adalah pada boneka dan elakkan
converted by Web2PDFConvert.com
daripada kayu jarum sepanjang seduhan tersebut.
Keperluan:
- Seorang kanak-kanak, berpakaian boneka seperti
binatang yang mungkin dianimasikan oleh satu
anggota kakitangan atau ibu bapa mereka.
Arahan:
Persediaan Tambahan Guru:
1. Beli boneka tangan seperti binatang yang bersaiz
besarboneka. Beri satu nama setiap satunya. ( cth:
monyet dan satu lagi dinamakan Mr Squeaker).
2. Minta jabatan sumber manusia anda untuk
memberinya lencana pekerja dia yang sendiri. Beliau
akan bekerja untuk anda, akhirnya!
3. Letakkan boneka pada tangan anda dan amalan
berlatih menggunakannya di hadapan cermin. Cuba
lakukan pelbagai corak pergerakan mengikut kreativiti
anda sendiri selain itu anda juga perlu berlatih
menggunakan pelbagai suara.
4. Berlatih menggunakan / menggerakkan boneka
tersebut dengan bercakap dengan teman-teman
sekerja anda, berceritalah tentang apapun dan
fikirkan apa yang akan anda persembahkan.
Dengan Kanak-kanak:
1. Sebelum anda masuk kedalam bilik darjah
mereka, pakai boneka tersebut dan intai bilik darja
mereka menggunakan boneka tersebut sambil
berkata "helo."
2. Kemudian masuk ke dalam bilik darjah sambil
bercakap dengan boneka tersebut untuk menarik
perhatian kanak-kanak dan ibubapa yang ada dalam
perbualan.
3. Jika kanak-kanak tersebut takut kepada boneka,
sama ada anda menanggalkannya segera dan
menggantikan dengan sesuatu yang lain atau duduk
dan tanggal dan jauhkan boneka tersebut,tetapi tetap
masih dapat dilihat oleh kanak-kanak itu, dan berbual
dengan boneka tersebut tentang perkara yang
menarik dalam bilik itu. Mempunyai boneka
menyatakan kebimbangan si kanak-kanak.
Panduan bagi Mr. Squeaker..
Panduan:
Elakkan daripada bersikap terlalu kaku dengan
perlakuan anda mengikut keselesaan anda,
tingkatkan daya imaginasi dan kreativiti anda
untuk mengubah suara dan pergerakan untuk
menjadi boneka.
Buat suara dan personaliti boneka berbeza
daripada suara dan personaliti anda.
converted by Web2PDFConvert.com
Anda tidak perlu "berteriak" untuk membolehkan
anda berkata-kata sebagai boneka. Tumpuan
kanak-kanak akan tertumpu pada boneka
tersebut dan menjawab atau bercakap
dengannya secara spontan.
Kanak-kanak boleh berpegang tangan dengan
boneka semasa. Semasa berpegangan tangan
dengan boneka, anak-anak menemui bahawa
Mereka tidak akan terluka" kerana mereka
mempunyai seorang kawan yang mereka boleh
berkongsi isihati dan pendapat mereka.
Boneka juga boleh menunjukkan cara empati
kepada kanak-kanak dengan menunjukkan
tidakan terhadap seorang kanak-kanak lain
yyang mengalami pendarahan. Kadangkala,
rawatan" boneka lebih berkesan dan afdal.
Kaedah boneka disesuaikan sebagai skim
rawatan yang baik, seperti yang dapat dilihat
oleh kanak-kanak, didengar, dan dapat
berpegangan tangan dengan dia.
Lebih banyak anda menggunakan boneka anda
dan melihat sambutan yang baik daripada para
pelajar, anda akan menjadi lebih selesa.
5.2 APA YANG HILANG?
Konsep Pembelajaran : Penyahpekaan (bekalan perubatan)
Umur: Tiga tahun hingga lapan tahun
Masa: 5 atau lebih.
Objektif:
Kanak-kanak akan:
Menjadi lebih biasa dan akan mambantu mereka
mungurangi rasa takut dengan ubat-ubatan
selain cara-cara menggunkan ubat tersebut.
Tandakan bahan-bahan ubat dengan nama yang
jelas.
Bahan-bahan:
Talam
Selimut kecil
Bahan-bahan perubatan (cth: Picagari,
stettoskop, penukul refleks, kapas, kain kasa
dsb.) letakkan semuanya di atas talam.
Arahan:
1. Namakan dan bincangkan kegunaan dan
car penggunaan setiap objek tersebut
dengan kanak-kanak.
2. Tutup semua objek tersebut dengan
selimut kecil tadi.
3. minta semua kanak-kanak untuk menutup
mata mereka.
converted by Web2PDFConvert.com
4. Ambil salah satu objek daripada talam
tersebut dan sembunyikan.Buka selimut
yang menutumi objek perubatan itu.
5. Minta kanak-kanka membuka mata
mereka dan minta mereka teka apakah
alat atau objek yang hilanh atau tidak ada.
Panduan:
Nyanyikan sebuah lagu ketika kanak-kanak
sedang menutup mata. Contohnya, Apakah
yang hilang? dan Cuba teka
Jadikan aktiviti menjadi lebih sukar, buka lebih
daripada satu objek setiap kali.
Selepas kanak-kanak sudah biasa dan kenal
dengan permainan ini, biarkan kanak-kanak
bermain dengan objek-objek
perubatan tersebut dan selimut tadi dengan
cara mereka sendiri.
Permainan ini boleh juga dilakukan dalam
bidang lain selain bidang atau sesi perubatan.
Rumusan
Konsep kendiri adalah dinamik dan sentiasa berubah-ubah.
Konsep kendiri bergantung kepada interaksi sosial seseorang
yang mempengaruhi persekitaran. Dalam hal ini semakin banyak
seseorang bergaul, pengalamannya juga bertambah. Rogers
(1951) telah menyatakan bahawa manusia itu memang
mempunyai potensi untuk menuju ke arah kesempurnaan kendiri
dengan syarat seseorang itu harus mempunyai keyakinan
terhadap dirinya. Dengan ini adalah penting untuk seseorang
memiliki konsep kendiri yang baik yang akan membantunya
menuju ke arah kesempurnaan kendiri bagi menjamin kehidupan
yang lebih bermakna. Usaha meningkatkan konsep kendiri perlu
terus dijalankan agar pelajar dapat menempuh masa depan
dengan penuh cemerlang.
Bibliografi
Byrne, B. (1990). Self-concept and academic achievement:
Investigating their importance as discriminators of academic
track membership in high school. Canadian Journal of
Education, 15(2), 173-182.
David M. Newman ( 1995 ), Sosiology:Exploring the Architecture
of Everyday Life, United States Of America.
Gage, N., & Berliner, D. (1992). Educational psychology (5th
ed.). Boston: Houghton Mifflin.
Grace J. Craig (1996), Human Development, United States of
America.
http://kidshealth.org/parent/emotions/feelings/self_esteem.html(
David V. Sheslow, PhD,
November 2008)
http://pedagogi-islam.blogspot.com/2009/02/konsep-
converted by Web2PDFConvert.com
kendiri.html
http://psych.rochester.edu/SDT/measures/documents/2000Rya
nDeciSDT.pdf
http://www.thereforyou.com/caregivers/resources/education-
materials/management.html
P O S T E D B Y W E N W I N K K I D U . D U K I A T 7 : 0 1 A M
0 C O M M E N T S :
P O S T A C O M M E N T
Enter your comment...
Comment as: Select profile...
Publish Publish

Preview Preview
Subscribe to: Post Comments (Atom)

D O N ' T C O P Y
blog ini diedit oleh fiezah91
converted by Web2PDFConvert.com

Anda mungkin juga menyukai