Anda di halaman 1dari 5

NAMA: ENY NURINI BT CHE MAT NO MATRIK: L20111006635 KUMPULAN: D RUMUSAN: Teori Perkembangan Robert Havighurst Teori perkembangan

Robert Havighurst menerangkan terdapat tugas-tugas tertentu yang harus dicapai oleh kanak-kanak mengikut peringkat umurnya. Setiap individu normal perlu membesar dan berkembang dengan melalui sebanyak 10 peringkat yang bermula dari peringkat bayi sehinggalah ke peringkat tua seterusnya meninggal dunia. Jika seseorang individu itu tidak dapat mencapai tugas-tugas dalam setiap peringkat, maka individu tersebut akan berasa sedih dan kecewa. Keadaan ini mengakibatkan perkembangan seseorang itu menjadi lewat dan tidak setaraf dengan kanak-kanak normal dan seterusnya memberi impak negatif kepada kehidupan kanak-kanak tersebut. Perkembangan kanak-kanak tidak boleh dipelajari secara paksaan tetapi boleh diransang oleh aktiviti yang bersesuaian. Ini bermakna setiap perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak perlulah dengan kerelaan kanak-kanak itu sendiri, bukan dengan paksaan yang diberikan oleh ibu bapa atau orang lain. Sesuatu yang dipelajari dengan paksaan akan membuatkan kanak-kanak itu tidak berupaya untuk berdikari sendiri dan akan memberi kesan yang dalam terhadap perkembangan mereka. Havighurst menyatakan bahawa tugas-tugas tertentu dalam perkembangan kanak-kanak hanya perlu dipelajari sekali sahaja contohnya seperti berjalan, berlari, perbezaan jantina dan sebagainya. Kanakkanak perlu mempunyai kesediaan untuk mempelajari sesuatu perkembangan dengan atau tanpa bantuan ransangan. Contohnya untuk belajar berjalan, kanak-kanak perlu mempunyai ciri-ciri fizikal yang bersesuaian dengan perkembangan yang pelajari. Untuk membantu kanak-kanak berjalan, ibu bapa boleh meransang perkembangan tersebut dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian. Havighurst merumuskan peringkat perkembangan seseorang individu normal di bahagikan kepada 10 peringkat. Perkembangan pada setiap peringkat dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu yang ada dalam persekitarannya. Ini adalah merupakan satu ransangan penting yang berperanan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Havighurst memfokuskan ransangan perkembangan kepada keadaaan sekeliling atau persekitaran dimana tempat seseorang kanak-kanak itu membesar. Persekitaran memberi

dan meninggalkan impak samaada positif atau negatif bergantung kepada cara ibu bapa mencorakkan mereka. Menurut Robert Havighurst di dalam buku psikologi perkembangan halaman 19 - 25 menyatakan bahawa contoh persekitaran yang mempengaruhi kanakkanak dapat dilihat dari segi pemakanan, rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan media elektronik ( internet ). Bagi faktor pemakanan ianya dapat dilihat jika makanan yang diambil oleh ibu semasa mengandung adalah seimbang dan berzat maka, bayi di dalam kandungan akan membesar dengan sempurna dan sihat. Jika sebaliknya, berkemungkinan bayi akan mendapat penyakit seperti Phenylketonuria (PKU) sejenis penyakit yang disebabkan oleh kegagalan tubuh untuk memproses bahan substrak asas. Apabila kanak-kanak mula makan makanan pejal, kanak-kanak perlu diberi dengan makanan yang seimbang berdasarkan piramid makanan untuk membantu kanak-kanak membesar dengan sihat dan cergas. Di samping itu, ianya dapat membantu dalam perkembangan kanak-kanak ke arah yang positif. Bagi faktor persekitaran seperti rakan sebaya pula, jika seseorang kanak-kanak itu berkawan dengan rakan yang manja, maka kanak-kanak itu akan sedikit sebanyak cenderung untuk menjadi manja dan inginkan belaian, perhatian dan kasih sayang dari ibunya. Jika dia tidak mendapat apa yang diinginkan seperti apa yang diperoleh olah rakannya, maka kanak-kanak itu akan cuba untuk memberontak. Ini terbukti bahawa pengaruh rakan juga adalah faktor persekitaran memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan seseorang kanak-kanak. Faktor persekitaran yang lain seperti bahan bacaan dan media elektronik (internet) adalah sangat penting kerana ianya akan memberi pengaruh yang besar kepada kanakkanak. Jika bahan yang dibaca berfaedah dan bermanfaat maka kanak-kanak tersebut akan mendapat impak yang positif. Sekiranya sebaliknya, ianya akan mempengaruhi perkembangan seseorang kanak-kanak ke arah negatif seperti berkemungkinan lambat bertutur dan sebagainya. Menurut Havighurst, ibu bapa mahupun guru terutamanya perlulah menyediakan persekitaran yang kondusif dan selamat untuk kanak-kanak membesar dengan sempurna. Ini akan membantu kanak-kanak untuk mencapai perkembangan dengan baik dan mengikut tahap yang bersesuaian. Berikut adalah 10 peringkat perkembangan yang

dihuraikan oleh Havighurst dan cadangan aktiviti yang bersesuaian untuk meransang perkembangan kanak-kanak pada tahap-tahap tertentu. Peringkat pertama bayi dan awal kanak-kanak ( lahir 2 tahun). Pada peringkat ini, bayi menjalinkan kasih sayang dengan ibu bapa, adik beradik dan pengasuhnya. Sistem deria dan fungsi motor beransur-ansur matang. Pada tahap ini kanak-kanak sepatutnya mencapai kecerdasan deria dan memahami sifat objek. Sebagai contoh adik ketawa sebab suka. Cadangan aktiviti adalah aktiviti bersama keluarga. Kanak-kanak pada peringkat ini masih tidak boleh berdikari dan memerlukan perhatian, pertolongan dan bimbingan daripada keluarga. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak mereka seperti membantu mereka makan, bermain bersama dan membantu anak-anak mandi dengan betul. Sebagai contoh ibu makan bersama anak sambil mengajar anak mereka makan. Dalam aktiviti ini,anak-anak akan dapat belajar makan melalui ibu dengan memerhati ibu makan disamping ibu mengajar anak itu makan. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran motor kasar kanak-kanak melalui cara anak itu menyuap makanan ke dalam mulut. Peringkat kedua pertengahan kanak-kanak Toddlerhood (2-3 tahun). Kanakkanak boleh melakukan pergerakan yang pelbagai seperti turun naik tangga. Kanak-kanak juga boleh berkomunikasi dengan bahasa mudah. Penglibatan mereka dalam permainan fantasi mula mengawal pergerakan diri. Sebagai contoh menjadikan pisang sebagai telefon dan roda atau pelampung sebagai stereng kereta. Ini mendorong kepada pembentukan daya imaginasi kanak-kanak. Cadangan aktiviti adalah bermain kereta mainan,lego atau blok. Dari sini, alat permainan mampu meningkatkan kemahiran motor halus mahupun kasar kanak-kanak. Peringkat ketiga prasekolah (4 6 tahun ). Kanak-kanak mula belajar peranan mengikut jantina masing-masing .Misalnya kanak-kanak perempuan meniru peranan ibu seperti memasak, membasuh kain dan mengemas rumah. Kanak-kanak juga mula bermain dengan rakan di luar dan wujudnya perkembangan moral. Pada peringkat awal perkembangan moral, iaitu jika mereka nakal mereka akan didenda. Mereka mula bermain dalam kelompok atau kumpulan kanak-kanak yang lain. Cadangan aktiviti adalah melibatkan kanak-kanak dengan aktiviti seharian ibu bapa di rumah. Hal ini adalah bagi membantu perkembangan dan menambahkan pengetahuan mereka. Sebagai contoh, apabila ibu memasak anak akan datang membantu seperti membasuh sayur, mengupas

bawang dan meramas santan .Melalui aktiviti ini,kemahiran motor halus dan kasar dapat ditingkatkan. Peringkat keempat sekolah rendah ( 6 12 tahun ). Kanak-kanak mula belajar bersahabat. Dari segi kognitif,kanak-kanak ini berada pada tahap operasi konkrit iaitu mula menguasai 3M seperti membaca, menulis dan mengeja. Pada peringkat ini,kemahiran permainan dan kognitif terbentuk kerana perkembangan fizikal dan dengan adanya galakkan daripada ibubapa. Kanak-kanak turut mengalami perkembangan kendiri yang positif seperti menjaga kesihatan. Cadangan aktiviti adalah digalakkan mengikuti aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan di sekolah seperti kelab, persatuan, unit beruniform dan permainan. Dari sini, mereka dapat bersosial apabila melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum. Disamping itu, masa yang terluang dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah sebagai contoh, mereka bermain bola sepak dengan rakan yang lain. Ini dapat mengembangkan kemahiran motor kasar mereka melalui tendangan bola yang dilakukan. Peringkat kelima awal remaja ( 12 18 tahun ). Pada tahap ini, remaja akan mencapai tahap kematangan fizikal seperti tinggi yang maksimum. Dari segi kognitif pula, mereka berada pada peringkat operasi formal. Dari segi emosi, wujudnya berbagai emosi dalam diri remaja seperti ingin Berjaya dan mereka mampu untuk kawal emosi. Remaja pada peringkat ini akan membentuk kumpulan rakan sebaya dan mula tertarik pada lain jantina. Cadangan aktiviti adalah melibatkan diri dalam aktiviti yang lebih mencabar minda mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif . Terdapat pelbagai aktiviti yang berfaedah dan mencabar seperti reka bentuk,kesenian dan teknologi.Sebagai contoh melukis. Jadi, dari sini mereka boleh melukis sesuatu seperti potret yang nampak sama dengan gambar asal yang memerlukan daya imaginasi yang kuat. Hal ini telah meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus mereka. Sekaligus dapat mengasah bakat yang mereka miliki. Peringkat keenam akhir remaja (18 22 tahun). Remaja cuba mempengaruhi otonomi daripada ibu bapa. Remaja mula membentuk identiti mengikut jantina iaitu lelaki atau perempuan.Melalui pergaulan sosial, remaja akan mematuhi nilai moral masyarakat. Pada peringkat ini juga,mereka mula memilih kerjaya yang sesuai dengan diri mereka.

Peringkat ketujuh awal dewasa ( 22 34 tahun ). Pada peringkat ini,seseorang akan meneroka persahabatan intim yang berlainan jantina.Bagi pasangan yang telah berkahwin akan mengasuh dan mendidik anak- anak.Selain itu,individu berusaha memantapkan profesion serta wujud kehidupan sendiri. Peringkat kelapan pertengahan dewasa ( 34 60 tahun). Peringkat ini, individu mempunyai berkemahiran dalam pekerjaan dan menjadi ketua. Seseorang individu yang berjaya mampu memupuk kebahagiaan dalam rumahtangga, mengasihi keluarga dan mengumpul harta. Individu peringkat ini banyak terlibat dengan kerja amal. Peringkat kesembilan akhir dewasa ( 60 75 tahun ). Individu pada peringkat ini telah bersara dan lebih menumpukan masa kepada kerja-kerja amal dan ibadat. Individu turut menjalani kehidupan hari tua, mensyukuri nikmat dan takdir Allah. Selain itu,individu pada peringkat ini berfikir tentang perkara yang telah dilakukan semasa hidupnya. Peringkat kesepuluh tua ( 75 tahun meninggal dunia ). Pada peringkat ini mereka mula menangani masalah kesihatan seperti osteoporosis, nyanyuk dan menopaus. Mereka turut mengenang zaman muda dan dewasa. Bagi individu yang berjaya mereka akan berasa puas hati dan tenang sambil menanti saat untuk meninggal dunia. Dengan ini dapatlah dirumuskan bahawa mengikut teori perkembangan Havighurst, perkembangan meliputi peringkat pencapaian yang dilalui oleh individu normal dari awal kelahiran sehingga seseorang itu meninggal dunia. Pada setiap peringkat, seorang kanak-kanak atau individu akan mengalami perkembangan-perkembangan tertentu samada dibantu oleh ransangan yang ada dalam persekitarannya atau tidak. Hasil daripada setiap perkembangan itu berbeza mengikut individu itu walaupun ransangan persekitaran yang mempengaruhi adalah sama. Ini bergantung kepada penerimaan kanakkanak atau individu itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai