Anda di halaman 1dari 3

TAJUK PROJEK: PENGENALAN Setelah mencapai kata putus, kami semua bersepakat dan telah bersetuju untuk memilih

tajuk tugasan iaitu tranformasi (dulu dan kini). Tajuk ini adalah berkaitan dengan perubahan arus teknologi dari zaman dahulu sehingga sekarang. Video yang akan kami persembahkan adalah lebih kepada perbandingan teknologi dalam kegunaan seharian. Tajuk ini juga sangat berkaitan dengan kursus teknologi pendidikan ini yang juga berkait rapat dengan penggunaan teknologi. OBJEKTIF Antara objektif kami memilih tajuk ini adalah : a) Mengenalpasti dan menyedari perubahan teknologi mengikut peredaran zaman. b) Memberi galakan khususnya kepada generasi muda untuk mencipta teknologi yang lebih canggih untuk kegunaan pada masa hadapan. c) Memperlihatkan jurang antara teknologi di Malaysia berbanding teknologi pendidikan terkini (evolusi Web 1.0 hingga Web 4.0 termasuk Learning 3.0) METODOLOGI Dalam rakaman video ini, kebanyakannya akan di rakam di sekitar Bangi termasuklah kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kolej-kolej dan stesyen KTM Bangi. Rakaman video ini akan melibatkan semua ahli kumpulan seramai 15 orang. Rakaman video yang menjadi media utama akan diintegrasikan dengan objek-objek multimedia lain seperti animasi, grafik, teks, audio dan sebagainya samada diambil terus dari sumber yang akan dinyatakan secara spesifik mahupun sumber asli yang diedit mengikut kesesuaian mesej yang akan disampaikan. RINGKASAN CERITA Cerita ini akan menceritakan tentang perbandingan penggunaan teknologi dahulu dan sekarang. Penggunaan teknologi ini adalah tertumpu kepada kegunaan seharian pelajar di kampus. Antara perbandingan teknologi adalah penggunaan telefon,
1

kamera, pengangkutan, mesin basuh, komputer, emel, alat bantu mengajar dan lainlain. Di akhir cerita, senario penggunaan teknologi pendidikan terkini dari serata dunia akan di tunjukkan secara gabungan video klip sedia ada dengan teks-teks mesej yang memperlihatkan jurang penggunaan teknologi di UKM dan Malaysia amnya dengan aplikasi terkini oleh pengguna-pengguna lain di serata dunia. TUGAS DAN PEMBAHAGIAN TUGAS KEPERLUAN Pelakon : Semua ahli kumpulan terlibat Penyediaan Kamera dan Juru Kamera : Afiqah Bt Mohamad Hamzah : Elvent Taliban : Nurdiyana Bt Zainal Abidin : The Marhaini Bt Mohd Hassan Props dan Kostum : Rosliana Bt Khalit : Rosnani Bt Osman : Siti Rohayu Bt Che Hassan : Sakinah Bt Mohd Kama Skrip dan scene : Nik Fazrin Bt Wan Baharuddin : Nurul Ajiera Bt Zakaria : Nurul Huda Bt Md Sidik : Nur Ain Bt Mohd AKTIVITI 1. Menyediakan Imej : Nurdiyana Bt Zainal Abidin : Teh Marhaini Bt Mohd Hassan : Puspawati Madzlan : Mohd Hafizul Azrie B. Othman : Zubaidah Bt Abu

2. Menyediakan audio 3. Menyediakan video

4. Mencipta teks dalam persembahan : Afiqah Bt Mohamad Hamzah : Nur Ain Bt Mohd : Sakinah Bt Mohd Kama

5. Memasukkan grafik dalam persembahan : Rosliana Bt Khalit : Rosnani Bt Osman : Nurul Ajiera Bt Zakaria 6. Memasukkan animasi grafik dalam persembahan : Elvent Taliban : Mohd Hafizul Azrie B. Othman 7. Memasukkan objek audio dalam persembahan : Puspawati Madzlan : Zubaidah Bt. Abu 8. Memasukkan objek video dalam persembaan : Siti Rohayu Bt Che Hassan : Sakinah Bt Mohd Kama : Nik Fazrin Bt Wan Baharuddin

KESIMPULAN Secara kesimpulannya, diharap mesej yang akan disampaikan di dalam video ini dapat diterima dan mudah difahami oleh semua penonton. Semangat kerjasama dan tolong menolong dalam menghasilkan satu video dan jalan cerita yang menarik perlulah dipupuk dalam kumpulan supaya segalanya berjalan lancar dan video ini dapat disiapkan pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan.

RUJUKAN LAMPIRAN 1: Laporan Projek Pengenalan Masalah Kajian Kaedah Penyelesaian Laporan dan refleksi perlaksanaan projek Implikasi projek Cadangan untuk projek akan datang Kesimpulan LAMPIRAN 2: Artikel2 beserta URL bahan rujukan yang digunakan

Anda mungkin juga menyukai