Anda di halaman 1dari 1

Penggunaan kad imbasan bergambar membantu meningkatkan kemahiran membaca muridHasnurfarisha Hassan Kajian ini merupakan satu kajian

tindakan yang dijalankan di sebuah prasekolah di Kuala Lumpur. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauhmanakah penggunaan kad imbasan bergambar membantu meningkatkan kemahiran membaca murid. Kajian ini melibatkan seramai 5 orang murid yang terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan yang berumur lima hingga enam tahun. Objektif kajian ini ialah untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menyebut dan membunyikan suku kata KVKV dengan betul melalui penggunaan kad imbasan bergambar serta meningkatkan keupayaan murid dalam kemahiran membaca dengan menggunakan kad imbasan bergambar. Ujian dan pemerhatian berstruktur digunakan sebagai instrumen kajian. Instrumen ini digunakan bagi mengenalpasti peningkatan keupayaan kemahiran membaca murid. Data dianalisis dengan menggunakan analisis diskriptif iaitu menggunakan kekerapan dan peratusan. Hasil refleksi menunjukkan bahawa masalah menyebut dan membunyikan suku kata adalah kerana murid-murid tidak mengingati dengan betul bunyi suku kata dan tidak mahir dalam menggabungkan suku kata KV menjadi KVKV. Ia juga berlaku disebabkan oleh murid-murid menghafal bunyi-bunyi suku kata KV tersebut dan mengalami kekeliruan apabila mahu menyebut suku kata KVKV. Bagi mengatasi masalah ini, kad imbasan bergambar digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih baik dan bermakna kepada murid. Dalam kajian ini, murid diberikan intervensi secara berulang-ulang untuk membantu meningkatkan kemahiran menyebut dan membaca suku kata KVKV.

http://researchipbmm2008.blogspot.com/2011_12_01_archive.html

Anda mungkin juga menyukai