Anda di halaman 1dari 2

Kepentingan pengurusan pembelajaran pada pelajar yang

pertama ialah mampu menguruskan diri dan ilmu . Pelajar akan


dapat menguruskan tekanan ,mendisiplinkan diri untuk menghadkan
masa lapang ,memotivasi diri sendiri ,menetapkan dan berusaha ke
arah tujuan peribadi dan akedemik .Hal ini kerana ,pelajar yang
mempunyai kemahiran pengurusan diri yang baik akan tiba di kelas
pada masa yang tepat ,memberi perhatian ,mengikut arahan
,membenarkan orang lain bercakap tanpa gangguan dan bekerja
secara berdikari dengan penuh tumpuan .Ilmu tersebut juga dapat
membolehkan kita mengetahui gaya pembelajaran yang bersesuaian
dengan kita .
Kepentingan yang kedua pula ialah supaya pelajar dapat
menetapkan matlamat diri dan akademik .Mereka akan dapat
melaksanakan tugasan dan aktiviti harian ,kemudian memberi
tumpuan dalam peningkatan sahsiah diri ke arah lebih baik dan
berusaha mencapai matlamat ,tujuan dan objektif dalam
kehidupan .Penetapan matlamat diri dan akademik ini boleh
dilakukan dengan mengikut panduan SMART iaitu ;
Spesific,Measurable,Attainable,Realistic dan Timely .
Selain itu ,kepentingannya ialah pengurusan masa terjamin
.Hal ini kerana kejayaan dicapai apabila seseorang pelajar dapat
menggunakan masa yang ada dengan menjalankan aktiviti berfaedah
kepada diri dan masyarakat . Pengurusan masa yang baik membantu
pelajar menyiapkan tugasan mengikut tarikh yang ditetapkan .Pelajar
akan dapat mengawal diri dan stress ,serta menyelesaikan masalah
yang dihadapi ketika menyiapkan apa-apa tugasan .
Seterusnya,kepentingannya ialah pelajar dapat mengenali
gaya pembelajaran kendiri .Setiap pelajar belajar dengan cara dan
gaya pembelajaran yang berbeza antara satu sama lain .Contohnya
,pelajar akan mengetahui gaya pembelajaran mereka sama ada
melalui persekitaran,emosi,sosiologi,fizikal dan psikologikal .Oleh
itu ,gaya pembelajaran dapat ditentukan oleh pelajar sendiri agar
mereka mudah menguruskan pembelajaran mereka dengan
berkesan .
Di samping itu , pelajar dapat meningkatkan daya ingatan
melalui pelbagai stategi .Ingatan merujuk kepada kepelbagaian
proses dan struktur yang melibatkan penerimaan,penyimpanan dan
penggunaan maklumat ke dalam otak .Oleh itu ,pelajar harus
memasang strategi seperti menggunakan kaedah Mnemonik
.Terdapat beberapa jenis kaedah ini iaitu ,mnemonik chunking
,mnemonik imej,mnemonik nama dan mnemonik hubungan .Jadi
,pelajar akan lebih yakin menjawab peperiksaan kerana segala isi
penting ada dalam ingatan mereka.
Akhir sekali , pelajar dapat merancang jadual belajar supaya
sentiasa melakukan aktiviti yang berfaedah,cekap dan berkesan
.Terdapat beberapa kepentingannya iaitu pelajar dapat menguruskan
masa dengan cara yang berkesan dan memberikan faedah yang
optimum .Kedua,pelajar dapat menjalankan banyak aktiviti yang
dirancang serta melatih mendisiplinkan dalam menepati masa .

Anda mungkin juga menyukai