Anda di halaman 1dari 12

China dan India Kuasa Ekonomi Baru Dunia

China Kuasa Ekonomi Baru

·         China bangkit sebagai kuasa baru ekonomi dunia yang menjana dagangan global dan secara
langsung menyemarakkan pertumbuhan ekonomi rakan-rakan dagangannya

·         China merupakan kuasa ekonomi keempat terbesar di dunia yang dianggarkan bernilai RM48
trilion.

·         Kadar pertumbuhan ekonomi yang melonjak pada kadar 10.2 peratus, ia telah meletakkan China
di landasan yang kukuh untuk muncul sebagai kuasa ekonomi baru dunia.

·         Kekuatan China pada masa ini adalah tenaga kerjanya yang murah dan terlatih, di samping
potensi pasaran domestik yang besar.

·         Kelebihan ini membolehkan mereka menghasilkan barangan pada skala besar dengan harga yang
murah dan berdaya saing.

·         Dengan kemampuan China yang berupaya menyediakan pasaran yang luas, buruh yang banyak
dan murah, tanah dan sumber ekonomi yang makmur, ia telah menjadikan China sebagai destinasi
pelaburan kepada para pelabur asing.

India Kuasa Ekonomi Baru

·         India dilengkapi tenaga kerja sebanyak 509.3 juta, 60% daripadanya bekerja dalam bidang
pertanian dan industri-industri berkaitan; 28% dalam bidang perkhidmatan dan industri-industri
berkaitan; dan 12% dalam perindustrian.

·         Tanaman-tanaman pertanian utama termasuklah beras, gandum, biji minyak, kapas, rami, tah,
tebu, dan ubi kentang.

·         Sektor pertanian membentuk 28% KDNK; sektor perkhidmatan dan perindustrian pula masing-
masing membentuk 54% dan 18% KDNK.

·         Perindustrian utama termasuk pembuatan kereta, simen, kimia, perkakas elektronik pengguna,
pemprosesan makanan, jentera,

·         Tekstil, barang kemas, hasil kejuruteraan dan perisian merupakan komoditi-komoditi eksport
yang utama. Minyak mentah, jentera, baja, dan kimia pula merupakan import utama.

·         India telah mengambil kesempatan terhadap sekumpulan besar orangorang berpendidikan tinggi
dan fasih berbahasa Inggeris, serta pakarpakar terlatih untuk dijadikan destinasi penyumberan
penting untuk korporasi multinasional dan juga destinasi popular untuk pelancongan

·         India juga telah menjadi pengeksport utama perisian dan juga perkhidmatan kewangan,
penyelidikan, dan teknologi. *Sumber alam semulajadinya termasuk tanah tanaman, bauksit,
kromit, arang, intan, bijih besi, batu kapur, mangan, mika, gas asli, petroleum, dan bijih titanium
- July 15, 2019 1 comment: 
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
TUESDAY, JULY 9, 2019

KRISIS KEWANGAN GLOBAL


Krisis Kewangan Global

•       Andrew Crockett(1997)  mentakrifkan ketidakstabilan kewangan atau krisis kewangan sebagai


keadaan yang prestasi ekonomi boleh dilemahkan oleh turun naik harga aset kewangan atau
kemampuan pengantara kewangan untuk memenuhi obligasi berkontrak .

•       Kehadiran krisis kewangan di Malaysia pada 1998 akibat krisis kewangan Asia pada 1997.

Punca-Punca Krisis Kewangan 1997-1998

•       Penarikan balik dana secara mendadak oleh pengurus dana asing dan kemudian, diburukkan lagi
oleh kekurangan penyertaan pedagang saham tempatan.

•       Pedagang mata wang merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap penurunan nilai mata
wang. Merekalah punca kegawatan mata wang. Merekalah punca kegawatan mata wang dan
sedang berusaha mengakibatkan kemelesetan di seluruh dunia. ( Mahathir Mohamad,2003.

•       Kegawatan Ekonomi: Bagaimana Kedudukan BSKL? Khususnya serangan mata wang yang
dilakukan oleh penyangak mata wang ,George Soros pada pertengahan tahun 1997.Ketika itu,
Indeks Komposit(IK) yang pernah mencecah paras tertinggi melebihi 1300 mata pada awal tahun
1994, telah mengalami kejatuhan yang berterusan hingga mencecah paras 262.7 mata pada 1
September 1998.(Dewan Ekonomi ,Kegawatan Ekonomi: Bagaimana Kedudukan BSKL?
Februari2002).

•       Krisis kewangan berlaku kerana penurunan matawang

•       Ini menyebabkan status negara berubah menjadi negara dengan pendapatan yang kurang

•       Sesebuah negara yang kaya akan mungkin berubah menjadi negara yang miskin kerana penurunan
nilai matawang mereka

•       Apabila mata wang diturun nilai, kos untuk membeli mata wang asing bagi membayar hutang atau
untuk membeli bahan mentah, barang komponen atau perkhidmatan tidak mampu dibayar oleh
negara-negara yang dilanda krisis kewangan

•       Serangan terhadap pasaran saham menyebabkan syarikat  tidak mampu membayar hutang


mereka apabila bank menuntut bayaran.
•       Pinjaman tidak berbayar (NPL) meningkat dengan banyaknya

•       Pihak yang penting penting dalam menurunkan matawang ialah pedagang matawang

•       Pedagang matawang merupakan peniaga yang boleh mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang
sesebuah negara.

•       Mereka membeli dan menjual mata wang sesebuah negara dengan tujuan untuk mendapatkan
keuntungan segera

•       Mereka melakukan kemusnahan kepada negara

•       Berlaku keruntuhan ekonomi yang sihat dan makmur, tamak haloba yang berkembang di atas
penderitaan orang lain

•       Pedagang mata wang ini menguasai dan menguruskan dana yang amat besar yang dilaburkan  oleh
mereka yang kaya raya di negara yang juga kaya raya.

•       Mereka boleh menimbulkan kegawatan ekonomi, memapakan negara dan rakyatnya, menjadikan
berjuta-juta orang hilang pekerjaan dan merampas makanan dan perubatan

•       Kegawatan ekonomi boleh menyebabkan rakyat merusuh dan menggoncang kerajaan yang
dahulunya stabil

•       Terdapat beberapa kerajaan yang tumbang akibat tindakan ini

•       Satu demi satu ekonomi Asia mengalami penurunan nilai matawang akibat tindakan pedagang
mata wang

•       Pada tahun 2008, suatu krisis ekonomi sedunia dikatakan terjadi melihat dari beberapa peristiwa
hingga berlakunya kegawatan ekonomi di seluruh dunia. Ini merangkumi harga minyak tinggi yang
menyebabkan harga makanan tinggi (akibat pergantungan penghasilan makanan pada petroleum,
di samping menggunakan hasil tanaman makanan seperti etanol dan biodiesel sebagai alternatif
kepada petroleum) dan inflasi sedunia;

•       Krisis kredit teruk yang mengakibatkan lingkupnya bank-bank pelaburan dan komersil yang besar
dan ternama di merata dunia; pengangguran makin menjadi-jadi; dan kemungkinan kemelesetan
sejagat.

•       Harga-harga kebanyakan komoditi, khususnya minyak dan makanan, melambung begitu tinggi
sampai betul-betul menjejaskan ekonomi, membawa ancaman stagflasi dan pengunduran
globalisasi
•       Pada bulan Januari 2008, harga minyak mencecah $100 setong buat julung kalinya dalam apa yang
disifatkan antara peristiwa penting terawal yang berlaku sepanjang tahun ini.[2] Pada bulan Julai,
harga minyak mencapai tahap $147 setong, namun selepas itu kembali menjunam
Dari segi Indeks Komposit BSKL berada pada paras 300 mata pada Ogos 1998 berbanding Indeks
Komposit Kuala Lumpur pada 1,237.96 mata pada Disember 1996.Manakala Ringgit dinilai pada
RM4.20 berbanding dengan dolar Amerika ,iaitu penurunan melebihi 40 peratus daripada tahun
sebelumnya.
- July 09, 2019 14 comments: 
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
WEDNESDAY, JULY 3, 2019

ISU PULAU BATU PUTEH


ISU PULAU BATU PUTEH
Keputusan ICJ Jadi Iktibar Isu Tuntutan Kedaulatan Wilayah Negara

PENANTIAN selama hampir 28 tahun akhirnya sampai ke penghujung. Isu yang sudah lama menjadi
'duri dalam daging' dalam hubungan diplomatik antara dua negara berjiran ini berjaya diselesaikan
melalui proses undang-undang antarabangsa.

Semalam, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda, memutuskan bahawa
kedaulatan Pulau Batu Puteh yang terletak di perairan luar pantai Johor adalah milik Singapura dengan
keputusan majoriti 12:4.
Batuan Tengah (Middle Rocks) pula diputuskan sah milik Malaysia dengan keputusan majoriti 15:1.
Bagi Tubir Selatan (South Ledge), keputusan yang diberikan adalah agak kompleks iaitu kedaulatannya
terletak di bawah wilayah di mana ia terletak. Apakah implikasi yang akan dibawa oleh keputusan ICJ
ini?

Pada 17 April 2008, Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan rakan sejawatnya dari
Singapura, George Yeo, bersetuju untuk menerima apa saja keputusan ICJ tanpa menjejaskan
hubungan dua hala kedua-dua negara.

Persetujuan juga dicapai untuk menubuhkan satu jawatankuasa teknikal di antara Malaysia dan
Singapura bagi menentukan langkah yang perlu diambil hasil daripada keputusan itu. Ini kerana
keputusan ICJ ini akan menyebabkan beberapa perubahan, termasuk dari segi sempadan perairan,
pelantar benua dan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.

Ini bukan kali pertama Malaysia berurusan dengan ICJ untuk menyelesaikan isu pertelingkahan
kedaulatan wilayah. Tuntutan bertindih antara Malaysia dan Indonesia terhadap Pulau Ligitan dan
Sipadan di bawa ke ICJ dan pada 2002, ICJ membuat keputusan berpihak kepada Malaysia.

Selain itu, Malaysia juga membawa isu penambakan tanah oleh Singapura ke Tribunal Antarabangsa
Undang-Undang Laut (ITLOS). Pada 2003 tribunal itu mengarahkan Singapura untuk berhenti
daripada melakukan aktiviti yang boleh memberi kesan kepada kedaulatan wilayah Malaysia dan
merosakkan kehidupan marin di kawasan terbabit.

Keputusan kedua-dua prosiding di atas berpihak kepada Malaysia hasil persediaan rapi pasukan
undang-undang Malaysia dengan mengemukakan hujah yang bernas, kuat dan meyakinkan.

Persiapan Malaysia untuk kes tuntutan Pulau Batu Puteh bermula sejak hampir 30 tahun dulu.
Penyelidikan berhubung kedaulatan Malaysia ke atas pulau itu mula dilaksanakan ketika persediaan
Peta Baru Malaysia 1979.
Kerja penyelidikan dilakukan di Malaysia dan di serata dunia, termasuk beberapa tempat di Kuala
Lumpur, Johor, Melaka, Perak, Singapura, Indonesia, India, United Kingdom, Amerika Syarikat,
Australia, New Zealand, Portugal dan Belanda.

Usaha penyelidikan dan pengumpulan bahan bukti dilakukan berterusan oleh kira-kira 55 pegawai
daripada 24 agensi kerajaan seperti Kementerian Luar Negeri, Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar, Kementerian Pertahanan dan Pejabat Peguam Negara, penyelidik yang dilantik dan pakar
dalam bidang tertentu dari tiga institusi pengajian tinggi tempatan seperti Universiti Teknologi Mara,
Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Khidmat penasihat undang-undang antarabangsa yang terkemuka seperti Sir Datuk Elihu Lauterpacht
QC dan Datuk James Crawford dari Universiti Cambridge dan Datuk Nicolaas Jan Schrijver dari
Universiti Leiden juga di gunakan.

Ketiga-tiga individu ini juga terbabit dalam prosiding kes negara di ICJ untuk Sipadan dan Ligitan dan
juga di ITLOS bagi kes Penambakan Tanah Singapura.

Dalam kes Pulau Batu Puteh, delegasi Malaysia diketuai Tan Sri Abdul Kadir Mohamad dan pasukan
undang-undang Malaysia yang diketuai Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, mempamerkan
komitmen tinggi dan prestasi membanggakan.

Mereka memastikan hujahan kes negara adalah sentiasa teratur dan padat, mudah difahami oleh hakim
dan sejauh mana yang mungkin memastikan tiada ruang langsung bagi Singapura untuk menyangkal
apa yang dihujahkan oleh Malaysia sepanjang berlangsungnya perbicaraan iaitu daripada 6 hingga 23
November 2007.

Di bawah undang-undang antarabangsa, isu kedaulatan wilayah adalah satu isu kompleks dan
membabitkan pemakaian pelbagai prinsip undang-undang. Singapura menyandarkan tuntutan mereka
kepada pendudukan secara sah oleh pihak British apabila mereka membina rumah api Horsburgh di
atas Pulau Batu Puteh yang di katakan terra nullius (tidak bertuan) sebelum 1847.

Malaysia dikatakan gagal mengemukakan bukti kukuh yang menunjukkan kedaulatan Johor ke atas
Pulau Batu Puteh. Kegagalan Malaysia dalam mengemukakan surat meminta kebenaran daripada pihak
British kepada kerajaan Johor juga dibangkitkan oleh Singapura dalam hujah mereka.

Singapura juga mengemukakan bukti bagi menunjukkan kuasa pentadbiran dan undang-undangnya di
Pulau Batu Puteh dan perairan sekitarnya melalui pelbagai aktiviti seperti kawalan akses dan lawatan ke
Pulau Batu Puteh.

Sementara itu, Tentera Laut Singapura juga kerap melakukan rondaan di kawasan perairan Pulau Batu
Puteh. Singapura juga mendakwa Malaysia tidak menjalankan aktiviti pentadbiran dan undang-undang
ke atas Pulau Batu Puteh dan tidak pernah membantah aktiviti pentadbiran dan undang-undang yang
dilakukan oleh Singapura.

Singapura membandingkan tindakan Malaysia di Pulau Pisang di mana Singapura diminta menurunkan
benderanya di Pulau Pisang, tetapi tidak berbuat demikian di Pulau Batu Puteh. Tegas Singapura ini
membawa makna Malaysia tidak pernah mengambil kira Pulau Batu Puteh sebagai sebahagian daripada
wilayahnya.

Mereka juga menegaskan bahawa Surat Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang menyatakan
Johor tidak menuntut hak milik Pedra Branca (bahasa Portugal untuk 'Batu Puteh), adalah sah
memandangkan ia di tulis dalam kapasiti rasminya dan Johor pada ketika itu adalah sebuah negeri yang
berdaulat.
Keputusan ICJ mengesahkan Pulau Batu Puteh milik Kerajaan Johor jika dilihat dari aspek sejarahnya
dan juga pemakaian undang-undang antarabangsa berdasarkan kepada kes seperti Eastern Greenland
dan juga kes Island of Palmas.

Kedaulatan Pulau Batu Puteh pada asalnya terletak pada kerajaan Johor. Di samping itu, ICJ juga
mengiktiraf dan mengambil kira peranan orang laut yang menggunakan pulau berkenaan untuk aktiviti
ekonomi mereka serta pertalian mereka dengan Sultan Johor. Mereka dilihat sebagai rakyat naungan
kerajaan Sultan Johor. ICJ menolak dakwaan Singapura yang mengatakan Pulau Batu Puteh adalah
terra nullius (wilayah tidak bertuan).

Bagaimanapun, ICJ mengambil kira dan memberikan fokus utama di dalam penghakiman mereka
kepada surat daripada Pemangku Setiausaha Kerajaan Johor bertarikh 21 September 1953. Surat yang
mengatakan Johor tidak menuntut hak milik Pedra Branca dilihat oleh ICJ sebagai Johor melepaskan
kedaulatannya ke atas Pulau Batu Puteh kepada kerajaan British. Ini bermakna sejak 1953 Johor sudah
kehilangan Pulau Batu Puteh.

Penghakiman ICJ juga menyentuh isu enam peta rasmi diterbitkan Malaysia sekitar 1962 hingga 1974
dengan Pulau Batu Puteh dilabel sebagai milik Singapura. Mengikut ICJ, ini secara langsung
memperkukuhkan tuntutan Singapura terhadap Pulau Batu Puteh kerana Singapura sendiri tidak
pernah menerbitkan sebarang peta yang merujuk Pulau Batu Puteh sebagai wilayah Malaysia.

Di samping itu, penghakiman ICJ juga memberi penekanan kepada pelbagai aktiviti yang menunjukkan
kuasa pentadbiran dan undang-undang Singapura di Pulau Batu Puteh dan ia adalah antara faktor
penting mengapa penghakiman ICJ terhadap Pulau Batu Puteh berpihak kepada Singapura.

Penguatkuasaan Tentera Laut Singapura di kawasan perairan Pulau Batu Puteh dan siasatan yang
dijalankan oleh Kerajaan Singapura ke atas insiden kemalangan kapal laut adalah antara aktiviti yang
menunjukkan kawalan eksklusif dan juga kedaulatan Singapura ke atas Pulau Batu Puteh.

Bagaimanapun, penghakiman ICJ terhadap Pulau Batu Puteh yang berpihak kepada Singapura ini tidak
meliputi Batuan Tengah dan Tubir Selatan kerana aktiviti Singapura hanya terhad kepada Pulau Batu
Puteh. Status Batuan Tengah kekal mengikut sejarah bersama dengan Kerajaan Johor.

Daripada perspektif undang-undang antarabangsa, penghakiman ICJ adalah muktamad dan mengikat
kedua-dua Malaysia dan Singapura. Malaysia perlulah akur dengan keputusan ICJ yang memihak
kepada Singapura selaras dengan Perjanjian Khas ditandatangani pada 6 Februari 2003 oleh Menteri
Luar masing-masing dan juga Artikel 60 Statut ICJ.

Keperluan Malaysia menghormati penghakiman ICJ juga dituntut oleh Artikel 94 Piagam Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegagalan Malaysia untuk akur kepada keputusan ICJ akan
membolehkan Singapura membawa perkara ini ke Majlis Keselamatan PBB untuk tindakan selajutnya.

Bagaimanapun, menurut Artikel 61 Statut ICJ jika berlaku penemuan fakta yang boleh menjadi faktor
penentu, ketika penghakiman dibuat, ia tidak diketahui oleh mahkamah, permohonan untuk semakan
semula kes itu boleh dilakukan.

Syarat untuk mengguna pakai Artikel 61 ini adalah ketidaktahuan fakta itu tidak berpunca daripada
kecuaian dan ia tidak diketahui oleh pihak yang memohon semakan semula itu. Permohonan ini juga
perlulah dibuat dalam masa enam bulan daripada penemuan fakta baru itu dan dalam tempoh 10 tahun
mulai tarikh penghakiman.

Walau apa juga keputusan ICJ, perlulah diingati bahawa ia berdasarkan lunas undang-undang
antarabangsa yang dipersetujui kedua belah pihak. Ia adalah satu contoh yang baik bagaimana
pertelingkahan antara dua negara boleh diselesaikan secara aman melalui proses perundangan apabila
segala usaha untuk menyelesaikan isu ini melalui rundingan gagal dan buntu.
Rakyat amnya dan Kerajaan Malaysia khususnya perlu menerima keputusan ini dengan positif dan
mengambil iktibar daripada pengalaman tuntutan Pulau Batu Puteh ini supaya kedaulatan wilayah
negara terus terpelihara.

Prof Dr Rahmat Mohamad ialah Timbalan Naib Canselor, Universiti Teknologi Mara

Pulau Batu Puteh: Usah Salahkan Sesiapa 

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kelmarin yang memberi hak
kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, tidak harus dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata semua pihak juga diminta tidak menyalahkan
sesiapa atas keputusan itu dan menerimanya dengan hati terbuka walaupun ia mengecewakan.

"Saya tidak rasa kita menyalahkan sesiapa... ia sudah diputuskan mahkamah tetapi kita akan pastikan
sebarang keputusan yang dilakukan negara jiran kelak tidak akan menggugat kepentingan rakyat kita
terutama di Johor," katanya kepada pemberita selepas Majlis Taklimat Tertutup "Tata Etika Ahli
Umno" dengan Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, Singapura juga harus
mengambil kira bahawa kawasan itu sudah sebati dengan rakyat negara ini terutama di Johor.

"Kita harap mereka mempertimbangkan dan tidak mengancam rakyat kita kerana ia pernah menjadi
sebahagian wilayah Malaysia," katanya.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata walaupun kecewa dengan keputusan
ICJ itu, rakyat Johor khususnya, harus bertenang dan menerima hakikat keputusan itu muktamad dan
tiada rayuan.

"Kita sudah pun bersetuju dengan keputusan muktamad mahkamah itu dan kita mahukan kestabilan
serantau terutama di kawasan tanah selatan ini berkekalan.

"Saya harap Pemuda Umno Johor melihat secara positif pembentukan jawatankuasa dua negara
mengenai isu ini tetapi pada masa sama saya mahu juga mereka memantau pelaksanaan kerjasama
jawatankuasa yang ditubuhkan itu supaya ia dapat memberi kebaikan kepada semua pihak," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berjanji memantau secara dekat kaedah yang dilaksanakan
jawatankuasa teknikal bersama Malaysia-Singapura untuk menangani isu perairan sekitar Pulau Batu
Puteh dalam memastikan ia bukan saja menjaga hubungan kedua-dua negara tetapi kepentingan rakyat
Johor terutama nelayan.

Selain itu, beliau berkata, jawatankuasa terbabit juga harus memberi perhatian khusus isu laluan kapal
serta ruang udara yang selama ini membelenggu kedua-dua negara kerana ia belum mencapai keputusan
di mahkamah.

Kita Terlepas Batu Puteh Kerana Cuai

PELBAGAI reaksi diberikan banyak pihak selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The
Hague, Belanda, memutuskan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu
Puteh (Pedra Branca), manakala Malaysia berhak terhadap Batuan Tengah (Middle Rocks). Kedudukan
Tubir Selatan (South Ledge) pula bergantung kepada persempadanan perairan negara yang
menguasainya. Ada pihak melihat keputusan ICJ lebih menyebelahi Singapura dan merugikan Malaysia.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat negara tidak tewas sepenuhnya. Bagi menilai keputusan di ICJ
secara menyeluruh, wartawan Berita Minggu, Ziauddin Sharuddin dan Rohaniza Idris, mendapatkan
penjelasan pakar sejarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Nik Anuar Nik
Mahmud, yang menganggotai pasukan Malaysia di The Hague dan penganalisis politik, Dr Ahmad
Nidzammuddin Sulaiman, juga dari UKM.

Adakah keputusan ICJ berhubung hak kedaulatan Pulau Batu Puteh yang memihak kepada Singapura
sudah dijangka berdasarkan bukti dan penghujahan?

Dalam kes Pulau Batu Puteh, saya sudah menjangka kita akan menghadapi masalah untuk
mempertahankannya sejak awal lagi.
Pertama sekali kerana ialah kelemahan kita dari segi pentadbiran dan surat Setiausaha Kerajaan Negeri
pada 1953. Dari segi sejarah, pulau itu dan pulau lain sebenarnya adalah milik Johor. Mahkamah
memperakui hak itu bersandarkan Perjanjian 1819, Mac 1824, Perjanjian Ogos 1824, Perjanjian 1927
dan sebagainya.

Bagaimanapun pada 1953, kerajaan Johor apabila ditanya oleh pihak Singapura mengenai status pulau
itu menjawab bahawa pulau itu bukan milik negeri itu. Ini yang menyebabkan mahkamah menjadikan
surat itu sebagai hujah untuk mengesahkan bahawa Johor sudah menyerahkan hak kedaulatan pulau itu
kepada Singapura.

Adakah penghakiman ini adalah keputusan sama menang atau hanya menguntungkan sebelah pihak?

Keputusan itu adalah sesuatu yang tidak dijangka. Boleh saya katakan bahawa keputusan itu sebagai
'Blessing in Disguise' (perkara baik yang pada awalnya tidak diketahui). Kita kehilangan Pulau Batu
Puteh, tetapi menang di Batuan Tengah.

Ia membolehkan nelayan Johor menangkap ikan di kawasan sekitar pulau itu yang sebelum ini adalah
kawasan non grata (tidak diterima atau dialu-alukan) kepada nelayan kita.

Apakah faktor penting dalam penghakiman ICJ?

Mahkamah mengiktiraf Pulau Batu Puteh dan semua pulau di sini sebagai milik Johor. Dalam kes Pulau
Batu Puteh, kita kalah kerana kecuaian kerajaan Johor dulu yang membiarkan Singapura mengurus
rumah api dan pulau itu.

Kemudian pada 1953, tanpa berfikir panjang, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor mengesahkan kepada
Singapura bahawa Pulau Batu Puteh bukan milik Johor. Pengesahan itu dibuat secara hitam putih.

Kecuaian ini menyebabkan kita kehilangan pulau itu. Pengajaran penting daripada penghakiman ini
kepada setiap pihak ialah belajarlah daripada sejarah. Kita perlu berhati-hati apabila membuat
keputusan agar generasi akan datang tidak menanggung kerugian penderitaan.

Siasat betul-betul asal-usul sesuatu perkara dan tidak membuat keputusan dalam keadaan tergesa-gesa.

Prof sebagai sebahagian anggota pasukan Malaysia. Bagaimana situasi di kalangan anggota pasukan
selepas ICJ membuat keputusan?

Saya nampak semua anggota delegasi Malaysia gembira dengan keputusan itu. Sebab itu, saya katakan
keputusan mahkamah adalah `Blessing in Disguise'.

Apakah kesan penghakiman kes ini terhadap pelbagai aspek membabitkan kedua-dua negara seperti
persempadanan?

Seperti saya katakan, keputusan ini adalah kejayaan yang besar ertinya kepada kita. Singapura terpaksa
mengakui bahawa kawasan yang dipertikaikan itu juga hak Malaysia. Nelayan kita bebas untuk
menangkap ikan di kawasan itu. Dulu nelayan dihalang dan diugut, malah ditangkap.

Sekarang mahkamah membebaskan kepungan itu. Sudah tentu isu sempadan antara Malaysia dan
Singapura berikutan keputusan itu akan dikaji oleh Jawatankuasa Teknikal kedua-dua kerajaan.
Adakah sebarang pulau atau wilayah lain yang berpotensi menimbulkan pertikaian hak kedaulatan
antara Malaysia dan negara jiran pada masa depan?

Pertikaian di Kepulauan Spratly masih belum selesai. Saya percaya negara yang terbabit dalam
pertikaian gugusan pulau ini akan menyelesaikannya secara damai melalui proses undang-undang dan
tolak ansur demi kestabilan serantau dan kesejahteraan penduduk di rantau ini.

Apakah merujuk pertikaian membabitkan wilayah atau sempadan ke ICJ adalah suatu perkembangan
yang positif atau sebaliknya dalam soal perhubungan antara Malaysia dan negara jiran?

Ini adalah suatu tindakan bijak oleh pemimpin kedua-dua negara untuk mengelakkan berlaku
konfrontasi bersenjata yang boleh menjejaskan keselamatan serantau.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan syabas kepada pasukan Malaysia atas kejayaan di ICJ. Kita
terlepas Pulau Batu Puteh, tetapi mendapat Batuan Tengah (Middle Rocks). Sesungguhnya keputusan itu
suatu 'Blessing in Disguise'.

Apakah kesan penghakiman ICJ yang memberikan Pulau Batu Puteh kepada Singapura dan Batuan
Tengah kepada Malaysia, manakala Tubir Selatan kepada negara yang memiliki perairannya kepada
hubungan antara Malaysia dan Singapura?

Kesan hubungan antara dua negara adalah tidak ketara. Hubungan Malaysia dan Singapura selama ini
pun selalu pasang surut. Ada masa panas dan ada masa sangat harmoni. Isu ini akan termasuk dalam
pelbagai isu yang membuatkan hubungan pasang surut itu seperti isu bekalan air, Tabung Simpanan
Pekerja (CPF), Jambatan Indah dan Tanjung Pagar.

Bagaimanapun, jika dilihat dari aspek persempadanan negara dan hak perairan, ia sudah tentu sedikit
sebanyak kesan yang tidak memihak kepada Malaysia atau kita tidak begitu senang. Pulau Batu Puteh
kini menjadi milik Singapura sepenuhnya.

Sempadan perairan keliling pulau itu juga menjadi milik republik itu. Jika membuat penambakan tanah,
pulau sebesar dua padang bola boleh menjadi 20 padang bola dan sudah tentu boleh digunakan untuk
pelbagai tujuan seperti pangkalan polis marin atau tentera dan sebagainya mengikut kehendak dan
kepentingan mereka.

Benarkah keputusan itu adalah sama menang, sedangkan tumpuan utama dalam kes ini ialah Pulau Batu
Puteh dan bukan dua pulau lain yang lebih kecil?

Pandangan sama menang dinyatakan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Saya fikir
kenyataan diplomatik ini mudah difahami kerana beliau mengucapkannya sebagai Menteri Luar dan
bukan sebagai Dr Rais Yatim.

Beliau memiliki tanggungjawab moral dan diplomatik serta mewakili rasmi negara ini vis a vis
(berdepan secara langsung) rakan sejawat dari Singapura. Bagaimanapun, sudah tentu pandangan ini
tidak dapat dikongsi sepenuhnya rakyat Malaysia. Sekurang-kurangnya dari sudut sentimennya.

Pada saya sama menang hanya berlaku jika Malaysia dan Singapura berebut pulau yang tidak menjadi
milik mana-mana pihak. Apabila ada dua dan diagih, setiap pihak dapat satu, barulah dianggap sebagai
sama menang, tetapi semua tahu bahawa pulau itu milik Malaysia (dulu Johor) dan semua dokumen
lengkap, sejarah juga membuktikannya.

Malaysia tidak membuat tuntutan, tetapi berusaha mengekalkan haknya. Singapura kemudian membuat
'tuntutan’ hasil usaha, perbelanjaan, komitmen dan sebagainya yang diberikan terhadap pulau itu
selama ini.

Tiba-tiba keputusan memihak kepada Singapura dengan kelebihan ia menguruskan dan mengendalikan
pelbagai alat yang ada di pulau itu dan dibenarkan oleh Malaysia. Tuntutannya berjaya. Ini yang
menyebabkan saya berpandangan ia bukan keadaan sama menang, tetapi terlepas sebuah pulau milik
kita akibat kealpaan sendiri.

Kita lihat juga analogi ini, umpama seorang ibu bapa yang ada banyak anak. Seorang anaknya diberi
kepada seorang lain untuk dipelihara walaupun dia menyatakan bukan untuk selama-lama. Apabila
sudah sampai satu peringkat umur, penjaga itu membawa ke mahkamah menuntut hak penjagaan kekal
terhadap anak itu.

Sudah tentu ia menjadi satu kes yang panas. Ibu bapa asal akan kecewa dan berusaha untuk
mengekalkan haknya. Ia memberi semua dokumen bahawa itu adalah anaknya seperti surat kelahiran,
laporan hospital, bukti DNA, saksi bidan yang menyambut anaknya dulu dan sebagainya.

Penjaga pula akan memberi bukti seperti dia yang membesarkan anak itu. Surat tadika dan sekolah, kos
penjagaan, semua bil yang sudah dijelaskan bagi pemeliharaan, kesihatan dan sebagainya. Mahkamah
sudah tentu membuat keputusan demi kepentingan kanak-kanak.

Apa lagi kalau dokumen bapa asal memberi hak penjagaan itu wujud dan dapat ditunjuk di mahkamah.
Dalam kes seperti ini, saya berpendapat penjaga itu yang boleh menang. Apa lagi kalau ibu bapa asal ada
ramai anak dan tidak terpelihara dengan baik.

Demikianlah kes Pulau Batu Puteh itu, kita ada 10 peta bersejarah pun, ia hanya menjelaskan
keadaannya dulu. Sekarang tidak lagi. Ia dipelihara oleh siapa dan komitmen yang ditunjukkan itu nyata
dan tidak dapat dipersoalkan.

Malaysia sebagai sebuah negara maritim mempunyai beberapa isu pertindihan tuntutan dengan negara
jiran seperti kepulauan Spratly di Laut China Selatan dan perairan Ambalat di Laut Sulawesi.
Bagaimana Dr melihat setiap kes tuntutan berkenaan? Persaingan merebut sumber ekonomi, terutama
minyak dan menguasai jalan laut serta ketenteraan.

Dalam kes Spratly, Malaysia memang membuat tuntutan. Saya tidak fikir (pendapat peribadi) kita
pernah mendudukinya atau ada kampung lama milik rakyat Malaysia di situ. Cuma kita berasakan
kepulauan itu berada dalam zon kita dan berhak membuat tuntutan.

Perairan Ambalat memang seperti berada antara Malaysia dan Indonesia. Ia juga perlu dibawa ke
pengadilan. Sudah tentu semua pulau ini penting bagi kita, sekurang-kurangnya dari sudut kedaulatan,
maruah dan sempadan kita. Selain itu, dari sudut keluasan sempadan, sumber alam, perikanan dan
sebagainya.

Ia menyulitkan apabila kita berdepan jiran tetangga, bukan pihak lain yang asing. Apabila ia juga
menjadi tuntutan dengan jiran ini, kita terpaksa menghadapinya. Seharusnya Batu Puteh menjadi
pengajaran untuk tuntutan ini. Tidak semestinya bertindak agresif seperti negara lain.

Apakah keputusan penghakiman kes ini akan mendorong Malaysia atau negara lain terus menggunakan
pendekatan undang-undang untuk menyelesaikan isu persempadanan?

Malaysia bukan negara yang mengamalkan dasar konfrontasi atau kekerasan. Sejak zaman konfrontasi
dengan Indonesia dulu, masalah pengganas komunis di sempadan Thailand, isu Sabah dengan Filipina,
Pulau Batu Puteh dan lain-lain, semuanya dilalui dengan cara diplomatik dan perundangan.

Saya percaya Malaysia akan menggunakan cara ini seterusnya kelak. Berdasarkan pengalaman kes Batu
Puteh dan Sipadan-Ligitan, saya percaya negara jiran juga akan menggunakan kaedah ini. Cuma cara
mendekatinya berbeza.

Ada negara yang bertindak agresif dulu, meletakkan tentera, menghalau rakyat lain mendekatinya dan
kemudian baru bersetuju pergi ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Pendekatan Machiavellian
seperti ini nampaknya membuahkan hasil kepadanya dengan penggunaan tenteranya.
Apakah yang mungkin berlaku jika negara yang terbabit dalam tuntutan bertindih tidak memilih pergi
ke ICJ?

Jika sesebuah negara kuat dari segi ketenteraan dan mendapat sokongan kuasa besar, negara begini
akan mempunyai kelebihan. Negara ini akan mengekalkan dan sanggup bertindak secara ketenteraan
sekali gus merugikan negara yang lebih lemah dan enggan bertindak cara ini.

Negara lain akan terus mengecam, menggesa dan mendesak, tetapi sudah tentu ia tidak menyelesaikan
masalah. Banyak negara besar yang menguasai pulau kecil menggunakan kekuatan tentera untuk
mengekalkan pulau seperti Pulau Falklands.

Di kawasan tuntutan bertindih yang berpotensi memiliki banyak sumber minyak, bolehkah negara yang
bersaing bekerjasama?

Idealnya begitulah. Berkongsi usaha dan hasil, tetapi kita tidak hidup dalam dunia yang ideal seperti itu.
Apabila berada dalam kedudukan bertindih dan mengetahui sumbernya lumayan, sudah tentu ia direbut
oleh pihak yang mendekatinya.

Cuma kerjasama yang diharapkan ialah untuk bersetuju menyelesaikan secara rundingan atau
membawa ke pengadilan antarabangsa. Kalau dapat berunding secara aman dan mengambil keputusan
secara sama menang, ini adalah lebih baik berbanding ke mahkamah. Belanja pun banyak dapat
dijimatkan dan hubungan dua hala dengan negara berkenaan juga terus harmoni.

Pulau Batu Puteh Sah Milik Singapura  

KUALA LUMPUR: Pulau Batu Puteh yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura selama
28 tahun hari ini kini disahkan milik Singapura selepas ia diputuskan Mahkamah Keadilan
Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda.

Keputusan ICJ itu akan disampaikan oleh Naib Presiden Mahkamah itu, Hakim Awn Shawkat Al
Khasawneh yang juga Pemangku Presiden, tepat jam 5.50 petang.

Keputusan itu disiarkan secara langsung oleh RTM1, mulai kira jam 4 petang ini.

Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca (bahasa Portugal untuk "Batu Putih") adalah sebuah pulau
tunggul sebesar dua padang bola sepak, yang terletak di luar pantai tenggara Pengerang, Johor,
Malaysia.

Luasnya 0.2 hektar, berbatu-batu dan kira-kira 12.8 km dari Pengerang dan 64 km ke timur Singapura
dan hanya 20 minit dengan bot laju dari Teluk Ramunia, Pengerang, Johor.

Pertikaian kedaulatan pulau itu antara isu kedua-dua negara yang berlarutan hampir 28 tahun.

Singapura mendakwa Pulau Batu Puteh miliknya selepas pemetaan wilayah dibuat Malaysia pada 1979.

Pada 24 Julai 2003, Malaysia dan Singapura secara bersama memulakan proses perundangan bagi
menyelesaikan tuntutan Singapura melalui penyampaian secara rasmi kepada ICJ.

Malaysia Dan Singapura Janji Tidak Timbulkan Masalah Hasil Keputusan Batu Puteh

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura bersetuju untuk tidak menimbulkan sebarang angkara
atau masalah hubungan dua hala dalam menerima penghakiman Mahkamah Keadilaan Antarabangsa
pada Jumaat ini berhubung isu tuntutan Pulau Batu Puteh.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini berkata ini bermakna sekiranya keputusan memihak
kepada Malaysia, Singapura akan terus berbaik sangka dan tidak menimbulkan sebarang prejudis atau
prasangka dan begitu juga sebaliknya.
"Kita akan menghormati keputusan dan terus menjelmakan bibit persahabatan antarabangsa dan
kejiranan. Kita harus menerima ia sebagai satu yang biasa dan dalam keadaan terbuka.

"Sehubungan itu satu jawatankuasa teknikal sudah dipersetujui untuk diwujudkan dan jawatankuasa
itu akan merumus, mentadbir dan melaksanakan keputusan mengikut lunas pentadbiran antarabangsa,”
katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Rais berkata, jawatankuasa berkenaan akan menentukan antara lainnya hal berkenaan siapa yang harus
berada di pulau itu selepas keputusan diambil dan juga soal kawasan perikanan.

Sebelum itu Rais memberi taklimat ringkas mengenai kes itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi dan Anggota Parlimen.

"Perdana Menteri merasakan bahawa sebagai satu kes biasa, jika doa dan harapan negara tak
menjelma, ia seharusnya dihadapi dengan baik,” katanya.

Rais menasihatkan rakyat menerima keputusan dengan baik dan tidak menimbulkan huru hara atau
mempengaruhi mana-mana pihak supaya tidak berbaik dengan Singapura.

Delegasi Malaysia akan berlepas ke The Hague, Belanda, malam ini.

Pada jam 4 petang (waktu Malaysia) Jumaat ini, ICJ akan mengumumkan keputusannya siapakah yang
mempunyai hak kedaulatan terhadap pulau itu yang terletak 7.7 batu nautika dari perairan Johor.

Perbicaraan berlangsung dari 6 hingga 23 Nov tahun lalu.

Malaysia dan Singapura sudah berikrar mematuhi keputusan ICJ itu dan keputusan mahkamah itu
adalah muktamad dan tidak ada rayuan boleh dibuat.

Anda mungkin juga menyukai