Anda di halaman 1dari 2

Terdapat 5 jenis pengurusan grafik iaitu : 

1. Pengurusan Grafik Membanding dan Membeza 


 Pengurusan grafik ini amat berguna untuk mendapatkan penjelasan dan
pemahaman bagi konsep-konsep yang sukar dan mengelirukan.  Ia boleh
digunakan untuk semua mata pelajaran bagi melihat persamaan dan
perbezaan di antara dua konsep atau tajuk.

2. Pengurusan Grafik Membuat Kategori 


 Dengan berpandukan pengurusan grafik ini pelajar akan dapat analisis dan
klasifikasi serta menerangkan ciri-ciri sesuatu objek atau item untuk
menunjukkan hubung kait antara objek-obejk dalam dalam kelas yang sama.

3. Pengurusan Grafik Meneliti Bahagian Kecil dan Keseluruhan


 Kemahiran ini dapat membantu kita melihat dengan jelas bahagian-bahagian
kecil dalam suatu benda atau organisme atau sistem serta fungsinya dan
kaitan bahagian-bahagian kecil itu dengan keseluruhan.  Setiap bahagian
kecil memberi sumbangan kepada keseluruhan atau bagaimana setiap
bahagian itu berfungsi, oleh itu, ia akan membantu kita memahami dengan
lebih jelas akan dunia sekeliling kita.

4. Pengurusan Grafik Meramal Kesan dan Akibat 


 Dengan berpandukan pengurusan grafik membuat ramalan, pelajar akan
membiasakan diri untuk membuat ramalan yang bijak, iaitu berdasarkan
bukti-bukti sokongan yang kukuh.  Kemahiran berfikir ini membuat ramalan
yang boleh digunakan untuk isu-isu tertentu bagi semua mata pelajaran.

5. Pengurusan Grafik Mengusul Periksa Andaian 


 Memeriksa sesuatu andaian, sebelum bertindak. Hal ini bertujuan
mengelakkan daripada membuat keputusan yang merugikan. Kemahiran ini
boleh dilakukan dengan cara pengurusan iisan atau pengurusan grafik

Kepentingan pengurusan grafik ini ialah:


i. Untuk mempelajari sesuatu kandungan pelajaran dengan lebih jelas
ii. Dapat memudahkan tugasan yang rumit menjadi lebih mudah untuk difahami dan
dilakukan
iii. Dapat digunakan sebagai alat mencetus idea dan menyusun maklumat untuk
penulisan dan lisan
iv. Dapat memupuk pemikiran analitis, kritis dan kreatif
v. Menjadikan kandungan pelajaran lebih bermakna
vi. Pelajar dapat terlibat secara aktif dalam mengemukakan cadangan dan menguji
hubungkait antara maklumat
vii. Untuk mengawal proses pemikiran yang bersesuaian dengan pengurusan grafik
yang menggambarkan proses pemikiran
2) Bincangkan CoRT 1diikuti dengan satu aktiviti untuk meluaskan persepsi dalam bentuk
peta minda (kumpulan berdua).

PENINGKATAN KADAR PENDERAAN


KANAK-KANAK

Guru meminta pelajar untuk menyenaraikan semua faktor berkaitan pertimbangan setiap
faktor, apakah keputusan selepas pertimbangan sewajarnya dibuat

FAKTOR :

1. PENGAWASAN IBU
BAPA YANG TIDAK PELAJAR MENCADANGKAN
KETAT KEPADA PIHAK SEKOLAH
KEPUTUSAN UNTUK MENDEDAHKAN
2. KANAK-KANAK BEBAS
UNTUK BERGERAK ASPEK-ASPEK KESELAMATAN
3. KANAK-KANAK MASIH UNTUK KES DERA SECARA
TIDAK DIDEDAHKAN TERPERINCI
DENGAN ASPEK-
ASPEK KESELAMATAN

Anda mungkin juga menyukai