Anda di halaman 1dari 2

MTE 3107 PPG AMBILAN JUN 2011 2014

JUSTIFIKASI TENTANG KAITAN ANTARA TUGASAN PROJEK DENGAN PEMBELAJARAN


MURID
Kaedah pengajaran berasaskan projek merupakan strategi pembelajaran berpusatkan
murid di mana murid menerbitkan atau membangunkan produk dan mempersembahkannya
kepada guru, murid dan pihak lain. Melalui kaedah ini, murid berpeluang mengalami dan
melakukan sendiri aktiviti-aktiviti pembelajaran. Kaedah ini berkait rapat dengan kaedah lain
seperti kaedah permainan, kerja praktikal, penyelesaian masalah dan aktiviti di luar kelas.
Melalui kaedah ini, guru berupaya menimbulkan minat di kalangan murid bagi melaksanakan
sendiri aktiviti-aktiviti dalam bentuk dan situasi yang sebenar. Kaedah ini boleh dilakukan sama
ada secara individu ataupun berkumpulan.
Tujuan menggunakan kaedah projek dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk
menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar
agar mencapai objektif pengajaran pembelajaran. Projek ini menepati keperluan murid. Ia dapat
memenuhi naluri ingin tahu murid dengan menerokai objek-objek yang terdapat di alam
sekelilingnya.
Para murid terlibat secara aktif melalui kerja projek sebegini . Ini secara tidak langsung
dapat mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan sedia ada murid mengenai bentuk !.
"elain itu, projek tersebut dijalankan secara kolaboratif dan dapat memupuk semangat
bekerjasama dan kekitaan di kalangan murid.
#alaupun projek ini agak mencabar bagi murid tetapi ia masih dalam tahap kemampuan
murid disebabkan para murid telah menguasai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan.
Tugasan menangkap gambar merupakan satu tugas yang tidak membebankan murid-murid
.$al ini disebabkan dunia teknologi yang semakin maju membolehkan murid menangkap
gambar dengan mudah menggunakan alat-alat teknologi tinggi seperti telefon bimbit, i-pad dan
kamera.
Tambahan pula, guru dapat menilai murid melalui pemerhatian. Pemerhatian mengenai
pelbagai aspek seperti kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan dan kebolehan
membuat tugasan bersama orang lain sepanjang mereka menyiapkan tugasan ini
membolehkan guru membuat penilaian formatif terhadap murid di mana aspek ini tidak dapat
dinilai melalui penilaian sumatif.
MTE 3107 PPG AMBILAN JUN 2011 2014
Melalui proses pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek, kesemua kumpulan
perlu membentangkan hasil dapatan kajian mereka di hadapan guru dan rakan-rakan. Markah
akan diberi oleh guru melalui pembentangan ini. Markah dinilai berdasarkan kerjasama dalam
kumpulan dan hasil dapatan kajian yang diperoleh. Murid-murid berpeluang mempertingkatkan
kemahiran berkomunikasi mereka. %uru pula akan menegur kesilapan yang dilakukan agar
murid dapat membuat penambahbaikan terhadap projek yang mereka lakukan. %uru akan
memberikan markah berdasarkan kekemasan dan daya kreativiti pelajar dalam menghasilkan
poster.
"ebagai kesimpulan, tugasan projek ini memberi manfaat jangka panjang kepada murid-
murid.

Anda mungkin juga menyukai