Anda di halaman 1dari 11

SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN PROGRAM DPLI UKM

1. Apakah maksud program DPLI ?


Program DPLI ini merupakan salah satu sijil sebagai lesen untuk mengajar di sekolah
kerajaan mahupun swasta. Program ini juga merupakan kursus yang melibatkan pengajian
selama satu tahun setengah yang dijalankan pada waktu cuti sekolah. Demikian, jadual
pembelajaran adalah mengikut masa yang fleksibel. Peluang melanjutkan pendidikan
bukan sahaja terhad kepada golongan pendidik malah kepada semua orang awam yang
berminat melanjutkan pengajian tanpa menganggu kerja hakiki masing-masing.

2. Kursus apa yang ditawarkan?

Program DPLI ini adalah terbuka kepada semua bidang/kursus. Program Diploma
Pendidikan Lepasan Ijazah ni ialah program untuk membina kemahiran profesional dalam
pengajaran & pembelajaran murid-murid di sekolah atau di mana-mana institusi pendidikan
dalam bidang yang berkaitan dengan ijazah pertama atau yang berkaitan dengan mata
pelajaran/subjek yang sedang diajar disekolah/di mana2 institusi pendidikan.

3. Berapakah yuran pengajian?

Yuran Pengajian adalah sebanyak RM 10 200 dan setiap semester di bayar seperti
berikut:

STRUKTUR BAYARAN YURAN PENGAJIAN

1st SEMESTER (RM 3500)

RM 1500 sebelum 25 Februari 2022


RM 1000 sebelum 25 Mac 2022
RM 1000 sebelum 25 April 2022

2nd SEMESTER (RM 3500)

RM 1500 sebelum 25 Ogos 2022


RM 1000 sebelum 25 September 2022
RM 1000 sebelum 25 Oktober 2022

3rd SEMESTER (RM 3200)

RM 1200 sebelum 25 Februari 2023


RM 1000 sebelum 25 Mac 2023
RM 1000 sebelum 25 April 2023
4. DPLI ini untuk sekolah menengah atau sekolah rendah.?

DPLI ini adalah untuk sekolah menengah dan sekolah rendah.

5. Intake bulan berapa?

Intake Mac 2022, dan tarikh tutup permohonan adalah pada 31/12/2021.

6. Macam mana nak tahu pilihan program yang ditawarkan dan pilihan pusat kuliah
yang disediakan?

Pilihan kursus/pilihan program adalah sama, iaitu Program DPLI UKM Eksekutif mod
cuti sekolah dan subjek yang perlu di ambil adalah seperti berikut:

STRUKTUR PROGRAM

SEMESTER 1

Asas Pendidikan

1. GGGA5032: Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia


2. GGGB5222: Psikologi Pendidikan
3. GGGE5013: Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan
4. GGGA5022: Pentaksiran Pembelajaran
5. GGGD5022: Sekolah dan Masyarakat

Persediaan Profesional

1. GGGE5014: Kaedah Mengajar *Fokus kepada kaedah Pengajaran & Perancangan PdP

SEMESTER 2

Asas Pendidikan

1. GGGB5023: Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Persediaan Profesional

1. GGGE5042: Pengajaran Mikro dan Makro

Pakej DPLI Umum

1. GGGB5432: Kemahiran Berkomunikasi dan Berfikir dalam Pendidikan


2. GGGB5682: Asas Kaunseling & Pengurusan Bakat
3. GGGS5132: Keusahawanan dalam Pendidikan
SEMESTER 3

1. GGGE5016: Praktikum (Latihan mengajar boleh dijalankan di sekolah masing-


masing/ sekolah pilihan sendiri)

7. Ada sebarang had umur?

Tiada sebarang had umur.

8. Tarikh tutup permohonan?

Pada 31 Disember 2021.

9. Adakah diiktiraf MQA?

Untuk DPLI ini telah memperolehi pengiktirafan MQA.

10. Adakah yuran ada pinjaman di sediakan ke atau sendiri?

Yuran pengajian dibayar sendiri oleh pemohon dan sekiranya pemohon ingin membuat
pinjaman bagi pembayaran yuran juga boleh dan diuruskan sendiri oleh pemohon.

11. Adakah Program ini mempunyai pratikal?

Ada, selama 3 bulan dan praktikum boleh dijalankan di sekolah masing-masing/ sekolah
pilihan sendiri.

12. Program DPLI ini secara umum dan selepas itu nanti kita mengajar subjek apa di
sekolah?
Subjek bidang pengkhususan first degree atau subjek yang sedang mengajar di sekolah.
Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ni ialah program untuk membina kemahiran
profesional dalam pengajaran & pembelajaran murid2 di sekolah atau di mana2 institusi
pendidikan dalam bidang yang berkaitan dengan ijazah pertama atau yang berkaitan
dengan mata pelajaran/subjek yang sedang diajar disekolah/di mana2 institusi pendidikan.
13. Kalau lihat kepada sijil MQA tu belajar sepenuh masa? Bagaimana pula dengan
kaedah bayaran yuran?

Ia sepenuh masa dan kuliah sepenuhnya dijalankan semasa cuti sekolah.

KAEDAH BAYARAN YURAN PENGAJIAN

Pembayaran yuran pengajian boleh dilakukan dengan cara:

1. BANK DRAF dari mana-mana bank atau CEK PERSENDIRIAN atas nama:
KOPERASI SISWAZAH BANGI BERHAD
Sila HANTARKAN BANK DRAF atau CEK PERSENDIRIAN ASAL kepada:
KOPERASI SISWAZAH BANGI BERHAD

PERHATIAN! MOHON MAKLUMKAN KEPADA PIHAK KEWANGAN


sekiranya pihak Tuan/Puan telah menghantar BANK DRAF atau CEK
PERSENDIRIAN beserta BUKTI PEMBAYARAN tersebut.

ATAU;

2. ATM Transfer atau Online Transfer ke akaun bank: KOPERASI SISWAZAH


BANGI BERHAD (CIMB – 8602852918)
Pembayaran secara CASH DEPOSIT @ CDM adalah TIDAK DIBENARKAN!

ATAU;

3. PENGELUARAN KWSP: rujuk Portal KWSP (LINK:


https://www.kwsp.gov.my/member/withdrawals/partial/education)

PERHATIAN KEPADA PELAJAR YANG MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN


MELALUI BANK DRAF, CEK PERSENDIRIAN, TRANSFER atau KWSP!!!
BUKTI PEMBAYARAN beserta maklumat diri (NAMA, NO. MATRIK, BIDANG
PENGAJIAN & PUSAT PENGAJIAN) perlu EMAIL ke: diplomaukm@gmail.com

14. Adakah 3 bulan praktikum ni selepas tamat pembelajaran ke?

Ya betul, selepas habis semua subjek yg diambil semasa semester 1 dan 2. Pelajar perlu
mengambil praktikum semasa semester 3.

15. Semester 1 di UKM Bangi semua ke? kalau saya pilih IPG Kota Bharu?

Betul, semester 1 adalah di UKM Bangi, Sekiranya pilih IPG Kota Bharu, kuliah
dijalankan di UKM Bangi. Perkara ini juga tertakluk kpd perubahan semasa dan pihak
Fakulti Pendidikan.

16. Pengambilan setahun sekali sahaja ke?

Ya, pengambilan hanya setahun sekali sahaja. Contohnya pengambilan Mac 2022 akan
dibuka permohonannya sekarang sehingga tarikh tutup permohonan 31 Disember 2021.

17. Apakah bidang DPLI yg ditawarkan oleh UKM?

Untuk makluman, tiada dikhususkan kepada mana mana bidang dan ia terbuka kepada
semua bidang.
18. Selepas tamat pengajian akan diberi penempatan di sekolah ke?

Untuk penempatan, pihak pelajar sendiri perlu memohon melalui SPP, SPA, guru MARA
atau di sekolah2 swasta.

19. Adakah akan diadakan sesi interview dulu sebelum layak dipilih masuk

Tiada sesi interview, setiap permohonan yg dihantar akan diserahkan kepada pihak
Fakulti Pendidikan UKM bagi proses pemilihan permohonan.

20. Di mana saya boleh tengok kalendar akademik utk DPLI?

Program ini dilaksanakan pada cuti sekolah seperti bulan Mac, Mei-Jun, September dan
Disember.

21. Pengesahan majikan wajib ke?

Ya, perlu mendapatkan pengesahan majikan.

22. Syarat kursus ni wajib ada ijazah ke?

Ya, betul. Syaratnya perlu ada Ijazah Sarjana Muda/yang setaraf dengannya.

23. Adakah program ini kali pertama UKM menganjurkan DPLI mod cuti sekolah?

Untuk DPLI di bawah UKM pernah di laksanakan pihak Fakulti Pendidikan UKM dan
bagi Mod Cuti Sekolah adalah pertama kali dianjurkan.

24. Sekiranya ingin mengisi SPP, tetapi program ini tiada bidang pengkhususan,
adakah sijil ini laku?

Berkenaan perkara ini pihak Encik boleh merujuk kepada subjek bidang pengkhususan
first degree atau subjek yang sedang mengajar di sekolah. Progam Diploma Pendidikan
lepasan ijazah ni ialah progam untuk membina kemahiran profesional dalam pengajaran
& pembelajaran murid2 di sekolah atau di mana2 institusi pendidikan dalam bidang yang
berkaitan dengan ijazah pertama atau yang berkaitan dengan mata pelajaran/subjek yang
sedang diajar disekolah/di mana2 institusi pendidikan.

25. Ada Ujian Medsi ke sekiranya mohon DPLI UKM ini?

Tiada ujian medsi bagi permohonan DPLI UKM ini.


26. Adakah program DPLI dibenarkan Pjj?

Untuk DPLI ini adalah mod cuti sekolah di mana kuliah akan dijalankan pada cuti
sekolah bulan Mac, Mei-Jun, September, Disember.

27. Adakah kuliah akan dijalankan seperti kelas biasa, ataupun kelas online?

Kelas akan dilaksanakan secara bersemuka pada tahun hadapan. Ia tertakluk kepada
perubahan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Yang dinyatakan online adalah
seperti tugasan, kuiz atau lain2 perkara yg dilaksanakan diluar waktu kelas. Ia juga
tertakluk kepada sebarang perubahan dari semasa ke semasa.

28. Bagaimana saya perlu isi dalam borang untuk bahagian 3 pilihan?

Pilihan program boleh letak Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM. Program ini
terbuka kepada semua bidang.

29. Jadi pihak UKM sendiri yg akan memberi opsyen apa yg sesuai berdasarkan bidang
ijazah kan?

Untuk program DPLI ini tidak dikhususkan kepada mana-mana bidang. Semua pelajar yg
memohon dan diterima masuk akan mempelajari semua subjek yang sama.

30. Adakah sem 1 & sem 2 di jalankan pada waktu cuti sekolah, sem 3 praktikum
sewaktu persekolahan. Begitu?

Ya, betul. Praktikum dilaksanakan semasa persekolahan dijalankan.

31. Bolehkah sekiranya saya memilih kuliah bagi semester 1 dan 2 dijalankan di UKM
sahaja walaupun pusat pengajian ada berdekatan dengan kawasan tempat tinggal?

Boleh tiada masalah. Pemohon boleh untuk meletakkan mana-mana diantara 4 pusat yang
dinyatakan. Untuk kuliah bagi semester 1 akan dijalankan di UKM Bangi dan tertakluk
kepada sebarang perubahan dan pihak kami akan maklumkan dari semasa ke semasa.

32. Adakah pihak UKM ada menyediakan penempatan kolej untuk pelajar DPLI?

Untuk penempatan kolej, ia ada disediakan dan akan dibuka permohonan penginapan
kolej satu bulan sebelum kuliah akan dijalankan. Bayaran bagi penginapan adalah
ditanggung sendiri oleh pelajar.

33. Ada sebarang had umur?

Tiada had umur, yang penting perlu ada Ijazah Sarjana Muda.
34. Cawangan di UKM Bangi sahaja?

Kita buka di 4 pusat pengajian iaitu di UKM Bangi; IPTAR Kota Samarahan; UCSF,
Sabah dan IPG Kota Bharu dan kuliah dijalankan di UKM Bangi bagi semester 1 dan
tertakluk kepada sebarang perubahan semasa.

35. Semester 1 di UKM Bangi semua ke? Sekiranya saya pilih IPG Kota Bharu?

Betul, Semester 1 adalah di UKM Bangi. Sekiranya pilih IPG Kota Bharu, kuliah
dijalankan di UKM Bangi. Perkara ini juga tertakluk kpd perubahan semasa dan pihak
Fakulti Pendidikan.

36. Bagaimana dengan kaedah permohonan?

KAEDAH PERMOHONAN:

BORANG PERMOHONAN boleh dimuat turun dengan klik link yang disertakan di
bawah:

https://bit.ly/3loPWRW

Kaedah Bayaran Wang Pemprosesan


Bayaran proses permohonan sebanyak RM50.00 boleh dilakukan dengan cara
1. Bankdraft atas nama PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN
ATAU
2. Pindahan Wang ke akaun MAYBANK – Koperasi Siswazah Bangi Berhad –
562263524364

3. Maklumat Penghantaran Borang. Borang Permohonan dihantar secara EMAIL :


Kepilkan SLIP BAYARAN wang pemprosesan bersama dokumen yang diperlukan
(WAJIB) di EMAIL:

Borang permohonan berserta dokumen (rujuk senarai semakan) dalam BENTUK


PDF perlu diemailkan ke: diplomaukm@gmail.com

37. Saya ingin bertanya, dalam struktur program adakah pelajar perlu menjalani
praktikal, publication dan Desertasi ringkas?

Tidak perlu. Pelajar perlu menjalani praktikal selama 3 bulan.


38. Lepasan SPM ada ditawarkan tak?

Untuk pihak kami hanya menguruskan lepasan ijazah. Bagi lepasan SPM boleh rujuk di
universiti lain seperti UPSI, UITM dll.

39. Apakah syarat kemasukan DPLI?

Syarat kemasukan adalah

Ijazah Sarjana Muda atau setara denggannya, dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.50,
seperti yang diterima oleh senat PPT,

ATAU

Ijazah Sarjana Muda atau setara dengannya, yang tidak mencapai PNGK 2.50, boleh
diterima masuk tertakhluk kepada sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman kerja
dalam bidang yang berkaitan

40. Adakah program ni separa kerajaan atau separa swasta

Program DPLI ini adalah bawa Fakulti Pendidikan, UKM dan bawah kerajaan. Program
ini juga mempunyai MQA. Boleh rujuk dokumen telegram DPLI.

41. Sekiranya masa kuliah tu, saya ada urusan yang tidak boleh dielakkan, adakah
boleh buat penangguhan semester?

Kalau boleh dielakkan utk penangguhan, sekiranya perlu penangguhan perlu maklumkan
kepada pihak koperasi dan UKMShape.

42. Kenapa mesti belajar masa cuti sekolah? Sedangkan yang akan join program tiada
ikhtisas pendidikan atau pun seorang guru

Kelas diadakan masa cuti sekolah adalah untuk memberi peluang seluas-luasnya kepada
semua melanjutkan pengajian diploma pendidikan lepasan ijazah termasuk ramai guru-
guru yang sedang berkhidmat seperti guru sementara, sandaran & guru-guru yang sedang
berkhidmat di sekolah-sekolah swasta seluruh negara.

43. Sekiranya bukan warga pendidik boleh mohon?

Program ini diwujudkan tidak terikat kepada guru-guru yang mengajar di sekolah
kerajaan. Program ini terbuka kepada semua sama ada di sekolah swasta, antarabangsa
atau sekolah kerajaan.
44. Kenapa nama Program DPLI Eksekutif UKM?

Program pengajian ini tidak berbeza dari segi kandungan kursus dan akreditasi Agensi
Kelayakan Malaysia (MQA). Nama "eksekutif" dan "mod cuti sekolah" adalah bertujuan
membezakan pelaksanaan program ini dengan program pengajian arus perdana. Program
pengajian eksekutif adalah lebih fleksibel dari segi jadual waktu kuliah supaya lebih
sesuai diikuti oleh golongan berkerjaya. Berbeza dengan program eksekutif mod hujung
minggu, program pengajian ini hanya dijalankan semasa cuti sekolah seperti yang
ditetapkan dalam takwim persekolahan.

45. Sekiranya pengajian Ijazah Sarjana Muda (Degree) habis tahun hadapan, adakah
saya boleh memohon awal program DPLI ni?

Boleh memohon, Sekiranya sudah habis pengajian pembelajaran secara bersemuka, hanya
tunggu untuk konvo sahaja. Dapatkan surat pengesahan tamat pengajian dan transkrip
sementara dari bahagian hal ehwal pelajar universiti cik/puan.

46. Pilihan program dan pusat kuliah pula bagaimana ya?

Pilihan program diletak DPLI UKM Eksekutif, dan pusat kuliah atas pilihan anda diantara
4 pusat yg dinyatakan iaitu antaranya UKM Bangi, IPTAR, IPGKB dan UCSF Sabah.

47. Bagaimana pula dengan penginapan kolej?

Penginapan di UKM Bangi bermula dengan harga sewa RM16 untuk satu orang per malam.
Kadar sewa adalah berbeza bergantung kepada fasiliti bilik penginapan.

Lazimnya pihak koperasi akan berkolaborasi dengan 4 kolej kediaman di UKM Bangi, iaitu
Kolej Keris Mas, Kolej Rahim Kajai, Kolej Burhanuddin Helmi, dan Kolej Pendeta Za'ba
untuk menempatkan pelajar sarjana dan diploma eksekutif yang datang berkuliah di UKM
Bangi untuk tempoh kuliah tersebut.

Maklumat terperinci berkenaan penginapan pelajar, termasuk kadar sewa, lokasi, jenis
bilik, fasiliti bilik, dan cara memohon akan dimaklumkan di dalam group Telegram sekitar
sebulan sebelum tarikh kuliah bermula.

Penginapan semasa kuliah adalah atas pilihan sendiri ( optional ), pelajar boleh
menghubungi mana-mana kolej kediaman di dalam UKM jika inginkan kolej kediaman
selain daripada yang berkolaborasi dengan pihak koperasi, ataupun memilih untuk
menginap di luar UKM (hotel, AirBnB, dsb), malah boleh berulang-alik jika tempat tinggal
adalah berdekatan UKM.
48. Bagaimana dengan pelajar yang berada di semester akhir, adakah layak memohon
dpli?

Hanya pemohon yang sudah tamat pengajian peringkat ijazah sarjana muda akan diterima
untuk DPLI ini. Jika masih di semester terakhir, habiskan pengajian itu dahulu, dan
dapatkan pengesahan tamat pengajian daripada senat universiti sebelum membuat
permohonan kepada kami. InsyaAllah, akan ada pengambilan untuk tahun seterusnya.

49. Saya tidak pernah menjadi guru interim, boleh kah saya memohon?

Program DPLI ini terbuka kepada semua orang yang sudah tamat pengajian di peringkat
ijazah sarjana muda, tidak kira baru habis pengajian (tanpa pengalaman kerja), guru
tuisyen, tutor, guru interim, guru sandaran, pesara, atau sesiapa sahaja, asalkan tamat
pengajian sekurang-kurangnya di peringkat ijazah sarjana muda dengan PNGK sekurang-
kurangnya 2.50, dan jika kurang daripada itu, pengalaman kerja sebagai pendidik sekurang-
kurangnya 5 tahun diperlukan sebagai sokongan permohonan.

50. Saya belum graduate lagi tapi dah habis belajar, jadi saya tiada transkrip berserta
pengesahan & pengesahan tamat pengajian. Tapi transkrip sementara ada. Masih
boleh apply ke?

Boleh apply dan dapatkan juga pengesahan tamat pengajian daripada senat universiti
sebelum membuat permohonan kepada kami. Transkrip sementara boleh digunakan. terima
kasih

51. Adakah keputusan Muet diambil kira?

MUET adalah syarat kemasukan ke peringkat ijazah pertama sahaja. Untuk DPLI ini,
keputusan MUET bukan syarat kemasukan. Permohonan DPLI ini melihat kepada
keputusan ijazah pertama. Hantarkan saja permohonan jika berminat untuk mengambil
DPLI di UKM

52. Program DPLI ni tiada pengkhususan. Jadi, utk praktikum/posting nanti, adakah
boleh untuk mengajar subjek yg bukan bidang ijazah kita?

Boleh. Nanti boleh dibincangkan dengan penyelaras program DPLI sebelum praktikum &
juga semasa kelas pengajaran mikro/micro teaching.

53. Mod Cuti Sekolah tu maksudnya cuti Penggal Persekolahan ke?

Ya,kuliah pengajian mod cuti sekolah dijalankan semasa cuti penggal sekolah (pertengahan
& akhir penggal I dan II) - 4 kali setahun, yang mana tempoh cutinya seminggu atau lebih.
54. Adakah berpotensi untuk saya belajar di pusat IPGKB ?

Untuk penubuhan pusat pengajian di luar UKM, iaitu sama ada di Kota Bharu, Kota
Samarahan, ataupun di Kota Kinabalu, pihak UKM akan lihat pada bilangan pelajar yang
menerima tawaran di lokasi tersebut. Bilangan ini bukanlah bilangan pemohon yang
memohon, mahupun bilangan pemohon yang ditawarkan.

Contohnya, terdapat 50 pemohon pilih KK, dan 48 orang ditawarkan, tapi daripada jumlah
ini, hanya 20 pemohon menerima tawaran daripada UKM. Mengikut ketetapan, UKM tidak
dapat membuka satu pusat pengajian di KK, kerana hanya 20 orang yang terima tawaran di
KK.

Jadi, jika berminat untuk menyambung pengajian DPLI UKM ini di mana-mana lokasi
(UKM Bangi, KB, K. Samarahan, atau KK), hantarlah permohonan beramai-ramai dahulu,
dan jika ditawarkan, ambillah tawaran itu supaya cerahlah peluang untuk UKM buka pusat
pengajian di 3 lokasi yang dirancangkan itu.

55. Bagaimana untuk wanita yang bersalin, boleh tangguh pengajian ke?

Program DPLI ini tidak digalakkan untuk membuat penangguhan. sekiranya tidak dapat
dielakkan perlu berbincang dengan pihak pengurusan koperasi, UKMShape dan Fakulti
Pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai