Anda di halaman 1dari 21

KURSUS

GGGD6273 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

TUGASAN
Penulisan Individu

TAJUK
Modal Sosial dalam Pendidikan

NAMA
Alya Nadhirah binti Abdul Wahid (P107219)

PENSYARAH
Encik Anuar Ahmad

Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
1.0 PENGENALAN

Murid di kawasan luar bandar begitu sinonim dengan kemiskinan kerana pada mulanya, sumber
utama ekonomi di luar bandar adalah agrikultur. Namun begitu, konsep luar bandar pada abad ke-21
telah berubah sepenuhnya. Menurut McAreavey (2009), pendekatan yang digunakan kini adalah
pembangunan luar bandar secara integrasi (integrated rural development), kepelbagaian fungsi (multi-
functionality) dan struktur bawah ke atas (bottom-up). Maka, kewujudan konsep luar bandar yang baru
ini seharusnya membantu meningkatkan ekonomi masyarakat setempat. Hal ini kerana teori sistem
ekologi (ecological systems theory) oleh Bronfenbrenner (1992) mengatakan terdapat kaitan antara
murid, sekolah dan masyarakat setempat. Dalam usaha untuk meningkatkan modal sosial murid luar
bandar, masyarakat juga perlu terlibat kerana murid dan masyarakat terletak dalam satu ekologi yang
sama. Hal ini disebabkan oleh golongan ibu bapa adalah sebahagian daripada kelompok masyarakat.
Modal sosial adalah salah satu strategi untuk mengatasi kemiskinan (Roslan et. Al, 2010; Islam
and Alam, 2018). Ia adalah suatu konsep yang membina hubungan sosial yang kuat antara ibu bapa
dengan institusi pendidikan, menjangkaui institusi keluarga (Coleman and Hoffer, 1987). Konsep modal
sosial mempunyai ciri-ciri seperti jaringan sosial (social networking), kebolehpercayaan (trustworthy)
dan norma hidup (norms). Di samping itu, modal sosial boleh membantu dari sudut kemenjadian insan
dalam masyarakat.
Maka, teori modal sosial dan aplikasinya dalam pendidikan serta isu-isu pendidikan dalam
negara yang berkait dengan modal sosial akan dikupas dengan lebih lanjut. Selain itu, untuk melihat
keberkesanan teori modal sosial, beberapa kerangka konsep kajian lepas disertakan untuk lebih
memahami mekanisme pelaksanaan yang boleh dibuat dan diadaptasi dalam lanskap pendidikan negara.

2.0 DEFINISI MODAL SOSIAL

Modal sosial mengandungi dua konsep yang menjadi dasar kepada pelaksanaannya iaitu
kosnsep menghubungkan (bridging) dan mengikat (bonding). Kedua-duanya membawa maksud yang
berbeza. Maka, apabila kedua-dua konsep itu digabungkan, ia menghasilkan satu definisi yang berbeza.

2.1 KONSEP BRIDGING

Konsep bridging mempunyai pelbagai definisi dan ia dihasilkan berdasarkan kesesuaian


konteks perbincangan. Dalam penulisan ini akan memfokuskan aspek sosioekonomi dalam pendidikan,
maka definisi bridging difahami sebagai suatu proses yang pelaku sosial cipta dan mereka
menggerakkan hubungan jaringan dalaman dan antara organisasi untuk mendapat akses kepada sumber
pelaku sosial lain (Knoke, 1999). Konsep ini sesuai diguna pakai dalam konteks masyarakat yang

2
kekurangan sumber dan memerlukan suatu organisasi lain membantu mereka untuk mendapatkan akses
sumber daripada pelbagai pihak. Perkara ini hanya dapat direalisasikan apabila hubungan yang baik
dapat dibina dan komunikasi berlaku.

2.2 KONSEP BONDING

Konsep bonding pula membawa maksud entiti berbeza yang mempunyai dua ciri yang sama.
Entiti tersebut juga mempunyai aspek struktur sosial dan memudahkan tindakan individu dalam struktur
tersebut (Coleman, 1990). Putnam (1995) pula berpendapat bahawa bonding bermaksud ciri-ciri dalam
organisasi sosial seperti jaringan, norma dan kepercayaan sosial yang memudahkan koordinasi dan
kerjasama untuk manfaat bersama. Kedua-dua pendapat ini adalah selari dengan meletakkan kewujudan
organisasi atau struktur sosial sebagai pemudahcara kepada suatu kerjasama atau tindakan.

2.3 KONSEP BRIDGING AND BONDING

Bridging dan bonding apabila digabungkan konsepnya menghasilkan suatu definisi yang baru.
Pennar (1997) membincangkan dari aspek ekonomi, yang menjadikan bridging dan bonding bermaksud
jaringan hubungan sosial yang mempengaruhi sikap individu lalu memberi kesan kepada perkembangan
ekonomi. Pandangan Pennar boleh difahami dalam konteks masyarakat yang saling berkerjasama, yang
menghasilkan suatu pengaruh dalam kalangan ahli masyarakat. Ia bukan sebarang pengaruh, tetapi
pengaruh sikap kepada individu dalam masyarakat. Maka, apabila masyarakat yang baik sikapnya dapat
dibentuk, maka hampir setiap individu dalam masyarakat itu akan turut mempunyai sikap yang baik.
Sebagai contoh, sekiranya dalam satu masyarakat itu mempunyai budaya sikap bertanggungjawab yang
tinggi dan ia digunakan untuk berganding bahu menjalankan suatu aktiviti ekonomi, maka ia boleh
direalisasikan dan memberi manfaat kembali kepada masyarakat.

2.4 RUMUSAN

Oleh itu, dalam menggunakan teori modal sosial, tidak cukup dengan hanya mengambil konsep
bridging tanpa bonding dan sebaliknya. Konsep bridging dan bonding perlu diguna seiring dalam
masyarakat supaya masyarakat yang baik dapat dihasilkan. Maka, ia akan menjadikan teori modal sosial
sebagai satu teori yang dapat memperkasakan sebuah kelompok masyarakat dari pelbagai aspek seperti
sosioekonomi dan pendidikan.

3
3.0 MODAL SOSIAL VS MODAL INSAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menggariskan lima aspirasi


murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan
kerohanian serta identiti nasional. Kelima-lima aspek ini terdapat dalam ciri-ciri modal insan.
Walaubagaimanapun, pembangunan modal insan merupakan suatu usaha jangka masa panjang kerana
konsep modal insan adalah untuk melahirkan insan yang boleh memenuhi pasaran kerja yang
bersesuaian dengan peredaran zaman. Maka, kita akan lihat perbezaan antara kedua-dua teori ini untuk
lebih memahami kenapa modal sosial perlu diaplikasikan dalam pembangunan diri murid serta
memastikan kedua-dua modal insan dan modal sosial adalah seimbang.

3.1 MODAL INSAN DALAM PENDIDIKAN

Modal insan berdasarkan pendapat Mincer (1958, 1974), Becker (1964) dan Schultz (1960,
1981) boleh didefinisikan sebagai tenaga kerja dan modal fizikal digabungkan dalam proses penjanaan
ekonomi. Dalam konteks pendidikan, konsep modal insan dapat dilihat apabila ibu bapa dari kelas sosial
yang lebih tinggi membuat keputusan dengan menggunakan sumber yang mereka ada untuk melabur
dalam modal insan (kemahiran kognitif dan sikap) anak-anak yang boleh menjurus kepada peningkatan
prestasi akademik mereka (Farkas, 2018). Daripada definisi tersebut, modal insan juga adalah
sebahagian daripada reproduksi sosial tetapi ia boleh jadi hanya murid-murid yang bertuah, yang
dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai kemampuan kewangan yang baik dapat menjadi murid
yang cemerlang dan akhirnya berpeluang untuk mendapat pekerjaan yang mempunyai pendapatan yang
baik. Walaubagaimanapun, ia tidak dapat membantu murid yang kurang bernasib baik sepenuhnya.
Maka, terdapat teori lain yang dirasakan sesuai untuk diaplikasikan terutamanya dalam kalangan
masyarakat luar bandar atau kaum minoriti.
Model modal insan boleh dilihat dalam Rajah 1 iaitu sebuah model yang diperkenalkan oleh
Swanson dan Holton (2001). Dalam konteks menyelesaikan masalah kemiskinan, modal insan akan
mengambil masa yang lama untuk mengatasi masalah ini kerana proses pembangunan modal insan
memerlukan murid itu menimba ilmu di peringkat pengajian tinggi dan kemudian bekerja untuk
menyumbang kepada ekonomi masyarakat. Sekiranya individu itu tidak dapat menyambung ke
peringkat pengajian tinggi dan bekerja, maka kitaran modal insan itu terputus dan ia masih tidak
membantu untuk meningkatkan ekonomi masyarakat.

4
Rajah 1. Model modal insan oleh Swanson dan Holton

3.2 TEORI MODAL SOSIAL DALAM PENDIDIKAN

Teori modal sosial pula adalah seperi yang telah diterangkan dalam bahagian 2.0, yang
berpegang kepada konsep bridging dan bonding. Ia masih belum dikenali dengan meluas dalam
Malaysia. Namun begitu, aspek yang terdapat dalam teori modal sosial boleh membantu murid luar
bandar dengan fokus yang berbeza daripada lima aspirasi murid yang terdapat dalam PPPM 2013-2025.
Teori modal sosial yang diketengahkan oleh Razzaque (2019), terdapat tiga faktor penting
dalam teori modal sosial (seperti dalam Jadual 1) iaitu dimensi struktur (Structural Dimension), dimensi
berhubungan (Relational Dimension) dan dimensi kognitif (Cognitive Dimension). Aspek-aspek yang
ditekankan dalam ketiga-tiga faktor tersebut adalah seperti dalam Jadual 1. Kajian oleh Allan dan
Persson (2018) mendapati bahawa murid sekolah mampu memahami dan mengaplikasi modal sosial
untuk mempertingkatkan kebolehan diri.

Jadual 1. Aspek-aspek dalam teori modal sosial

Dimensi Struktur Dimensi Berhubungan Dimensi Kognitif


Ikatan interaksi sosial Kepercayaan Bahasa yang dikongsi
(Social interaction ties) (Trust) (Shared language)
Identifikasi Visi yang dikongsi
(Identification) (Shared vision)
Norma timbal balas
(Norms of reciprocity)

5
Aspek-aspek dalam teori modal sosial yang diketengahkan oleh Razzaque (2019) akan
dihuraikan dengan lebih lanjut dan ia boleh disesuaikan dengan sistem pendidikan di Malaysia yang
masih mempunyai jurang ekuiti dan masalah kemiskinan di luar bandar masih berlaku.

3.3 RUMUSAN

Usaha untuk menghasilkan murid yang mempunyai ciri-ciri yang ideal untuk mengatasi
masalah kemiskinan dalam kelompok masyarakat yang mereka berada adalah sangat perlu dan
pendekatan berbeza perlu diambil. Dengan adanya teori modal sosial, ia boleh menjadi satu alternatif
yang baik untuk diadaptasi oleh murid.

4.0 MURID LUAR BANDAR DAN KEMISKINAN

Murid luar bandar dan kaum minoriti sentiasa dikaitkan dengan kemiskinan kerana pendapatan
keluarga yang rendah akibat daripada aktiviti ekonomi yang terhad di luar bandar. Selain itu, sokongan
kepada institusi pendidikan di luar bandar juga lemah, menyebabkan pendidikan tidak menjadi
kepentingan dan akhirnya kitaran kemiskinan terus berlaku. Cabaran ini menyebabkan suatu tindakan
perlu dibuat dalam masyarakat supaya masyarakat itu dapat diperkasakan. Selain itu, terdapat juga
cabaran yang datang daripada sistem pendidikan itu sendiri, yang menyebabkan pengurangan jurang
pendapatan menjadi lebih sukar. Kita akan melihat cabaran-cabaran yang wujud supaya suatu
mekanisme solusi dapat dihasilkan.

4.1 JURANG TAHAP MODAL SOSIAL

Kajian oleh Rahmah dan Noorasiah (2016) bertujuan untuk menentukan tahap dan mengenal
pasti penentu indeks modal sosial di Malaysia. Memandangkan modal sosial boleh memberi kesan
kepada ekonomi penduduk setempat, maka kajian ini meletakkan tahap ekonomi responden sebagai
kayu ukur kepada kejayaan mereka mendapatkan akses kepada sumber pendapatan untuk meningkatkan
sosioekonomi melalui dasar-dasar kerajaan.
Dalam konteks Malaysia, masih terdapat jurang tahap modal sosial antara setiap negeri
sepertimana ditulis dalam kajian oleh Rahmah dan Noorasiah (2016). Salah satu daripada lima negeri
dan wilayah yang dipilih iaitu Johor melibatkan penduduk luar bandar yang lebih ramai, lalu
mencatatkan indeks tahap sosial di bawah 0.5 adalah lebih daripada 50% responden. Data ini boleh lihat
sepertimana dalam Jadual 2 yang menunjukkan tahap modal sosial beberapa negeri dalam Malaysia.

6
Jadual 2. Tahap modal sosial beberapa negeri dalam Malaysia

4.2 SEKOLAH DAIF DI LUAR BANDAR

Sekolah daif menjadi satu kayu ukur bahawa masih ada murid yang belum menikmati prasarana
pendidikan yang baik. Keadaan sekolah yang kurang kondusif dan using menyebabkan murid tidak
selesa untuk belajar dan berisiko kepada keselamatan mereka. Selain itu, sekolah daif juga menjadi
kayu ukur bahawa sekolah tersebut masih tidak menerima bantuan kewangan yang mencukupi. Hal ini
kerana, sekolah tidak hanya mengharapkan sumber kewangan dari kementerian, tetapi mereka juga ada
alternatif lain untuk meningkatkan dana seperti sumbangan kewangan daripada masyarakat setempat.
Usaha sebegini jika dapat direalisasikan, ia menunjukkan bahawa modal sosial dalam masyarakat itu
terdapat peningkatan dan mampu untuk meningkatkan ekonomi setempat.
Sumber data dari Jabatan Perangkaan Malaysia (2019) menunjukkan terdapat 633 sekolah daif
setakat tahun 2019. Sarawak mempunyai bilangan sekolah daif tertinggi iaitu 235 buah sekolah dan
diikuti oleh Sabah iaitu 172 buah sekolah. Bilangan sekolah daif ini agak membimbangkan. Oleh itu,
usaha untuk mengatasi masalah ini perlu dilakukan oleh masyarakat sekiranya modal sosial murid di
luar bandar ingin dibangunkan. Dengan usaha kerajaan yang hanya memfokuskan kepada pembangunan
modal insan, ia akan menyukarkan usaha untuk mewujudkan kesamarataan dalam kalangan murid
bandar dengan luar bandar. Maka, peranan ini boleh diambil alih oleh masyarakat untuk
membangunkan modal sosial murid di luar bandar.

7
4.3 RUMUSAN

Kedua-dua konsep modal sosial dengan kemiskinan amat berkait rapat. Hal ini kerana
kemiskinan dapat dibasmi melalui aspek-aspek modal sosial yang berfungsi untuk meningkatkan akses
masyarakat kepada sumber-sumber yang boleh membantu mereka meningkatkan tahap sosioekonomi.
Dalam konteks pendidikan, isu prasarana sekolah yang daif boleh diselesaikan sekiranya modal sosial
dapat diimplementasi dengan sebaiknya.

5.0 ELEMEN-ELEMEN DALAM MODAL SOSIAL

Berdasarkan aspek-aspek dalam teori modal sosial, masyarakat boleh mengambil langkah
proaktif untuk membantu membangunkan modal sosial murid luar bandar. Aspek-aspek ini boleh
diterjemahkan dalam bentuk aktiviti masa lapang seperti selepas waktu persekolahan atau ketika di
rumah bersama ibu bapa. Beberapa cadangan akan dihuraikan dengan lebih lanjut dengan menjadikan
aspek-aspek teori modal sosial seperti ikatan interaksi sosial, kepercayaan dan visi yang dikongsi
sebagai teras kepada penyelesaian masalah.

5.1 IKATAN INTERAKSI SOSIAL

Ikatan interaksi sosial adalah tunggak utama dalam modal sosial kerana modal sosial
memerlukan hubungan yang baik dalam komuniti. Hubungan yang baik dalam komuniti pula akan
mewujudkan sifat kerjasama antara ahli masyarakat. Menurut Ghahtarani et al. (2020), untuk
mendapatkan akses maklumat, kerjasama adalah perlu dan ia dapat dicapai melalui interaksi sosial.
Mereka juga berpendapat bahawa modal struktur antara pelbagai pihak dapat dicapai apabila interaksi
sosial dipertingkatkan dan menjurus kepada peningkatan penerimaan antara satu sama lain. Pelbagai
aktiviti yang boleh dilakukan untuk memperkasakan ikatan interaksi sosial seperti melibatkan diri
secara proaktif dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), mengadakan gotong-royong sekolah dan
sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan guru untuk mengikuti perkembangan murid dan
memahami masalah yang berlaku di sekolah.

5.2 KEPERCAYAAN

Aspek kepercayaan pula datang selepas ikatan interaksi sosial terjalin. Hubungan antara ahli
masyarakat menjadi semakin kukuh kerana adanya kepercayaan antara satu sama yang lain. Masyarakat
dapat mengetahui siapa yang harus dipercayakan, bagaimana cara untuk megurus untuk mendapat

8
manfaat dan mengelakkan ancaman apabila mereka berkomunikasi dan berinteraksi berulang kali
(Schauppenlehner-Kloyber and Penker, 2016). Maka, di sini masyarakat berperanan untuk mewujudkan
usaha-usaha yang boleh mendatangkan manfaat seperti menggiatkan aktiviti ekonomi yang melibatkan
budaya setempat dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan supaya murid sekolah tidak akan
menganggur pada masa hadapan. Di samping itu, menjaga kesejahteraan penempatan dan
mengurangkan kes jenayah juga penting supaya masyarakat itu mendapat kepercayaan dari orang luar
dan lambat laun akan menarik orang luar untuk melabur atau merancakkan ekonomi setempat.

5.3 PERKONGSIAN VISI YANG SAMA

Untuk memastikan suatu inisiatif yang dijalankan oleh masyarakat dapat bertahan lama, aspek
perkongsian visi yang sama perlu ada. Harjanti (2019) berpendapat bahawa perkongsian visi dapat
diwujudkan melalui interaksi sosial dan pengalaman. Masyarakat perlu mempunyai pemikiran yang
sama untuk mewujudkan visi yang sama. Kesatuan pemikiran akan membolehkan perancangan
pembangunan masyarakat dalam jangka masa lama berjaya kerana setiap ahli masyarakat jelas dengan
apa yang mereka perlu capai suatu masa nanti. Apabila kegiatan ekonomi semakin berkembang,
masyarakat perlu mewujudkan satu visi yang dipersetujui bersama supaya kegiatan ekonomi yang
diwujudkan mampu bertahan lama dan seterusnya menjadi lebih maju. Hal ini akan menyebabkan
ekonomi setempat meningkat dan ia dapat membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat.
Akhir sekali, hasil pendapatan itu disalurkan kepada sekolah supaya murid sekolah itu dapat belajar
dalam suasana yang kondusif dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran.

5.4 IDENTIFIKASI

Dari sudut identifikasi, terdapat beberapa teori yang boleh dikaitkan dengan modal sosial.
Antaranya ialah:
• Teori identiti sosial (Brewer & Gardner, 1996; Brewer & Kramer, 1986; Kramer & Brewer,
1984; Hogg & Terry, 2001; Sedikides & Brewer, 2001; Tyler & Blader, 2000)
• Model Common Ingroup Identity (Dovidio et al., 1998)
• Teori pengkategorian kendiri (self-categorization theory) oleh Turner (1987)
• Teori-teori lain yang berkaitan dengan sifat sosial semula jadi manusia (Sedikides & Brewer
2001; Tyler et al., 1998).

Kramer (2006) telah membuat satu kesimpulan bahawa teori-teori identifikasi ini melalui
proses kognitif, motivasi dan afektif dapat memupuk kesanggupan individu yang boleh menyumbang
kepada penghasilan dan pengekalan modal sosial dalam suatu institusi. Dalam erti kata lain, seseorang

9
individu memainkan peranan penting dalam memastikan diri mereka dapat menyumbang sesuatu yang
baik kepada masyarakat. Sikap individu adalah tanggungjawab individu untuk dibentuk dan ia juga
boleh dilakukan dengan sokongan individu lain dalam masyarakat. Proses mengenal diri sendiri dan
menyesuaikan diri dengan orang lain melalui ciri yang sama dapat meghasilkan kesefahaman dan
akhirnya membentuk satu modal sosial.
Contoh situasi yang boleh digunakan dalam sekolah ialah apabila seorang murid kenal diri
mereka dan tahu apa yang mereka mahukan atau impikan dalam hidup. Sekolah dan ibu bapa menjadi
agen kepada pembentukan minda anak-anak dan memastikan mereka sedar dengan tanggungjawab
mereka selaku seorang murid dan anak. Proses identifikasi ini boleh juga diaplikasi oleh murid yang
bermasalah dengan wujudnya rakan sebaya yang mempunyai persamaan dari sudut masalah, personaliti
dan sebagainya tetapi pandangan negatif dalam individu tersebut dalam dimurnikan melalui pengaruh
rakan sebaya. Usaha seperti ini akan dapat mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan murid dan
budaya positif dapat diwujudkan. Justeru, ia akan menyebabkan masyarakat itu kekal mempunyai
budaya yang baik.

5.5 NORMS OF RECIPROCITY

Norms of reciprocity atau difahami sebagai norma timbal balik adalah suatu norma yang datang
daripada kepercayaan, kerjasama dan komitmen kepada suatu objektif yang boleh menghasilkan
tindakan kolektif yang positif lalu menyebabkan masyarakat bertungkus lumus menghasilkan norma
sivik dan kejayaan kolektif untuk mempertingkatkan modal sosial (Sturtevant, 2006). Masyarakat yang
dapat mempraktikkan modal sosial dalam kehidupan seharian ialah masyarakat yang mempunyai sikap
yang positif dan saling menyokong antara satu sama lain untuk terus melakar kejayaan. Rajah 2
menunjukkan contoh-contoh tindakan kolektif atau tindakan yang boleh diamalkan bersama oleh
masyarakat supaya modal sosial dapat ditingkatkan.
Walaupun Rajah 2 tampak mudah tetapi ia menyatakan dengan jelas bahawa dalam apa jua
situasi yang berlaku ke atas masyarakat, suatu respon atau tindakan yang sama akan terhasil. Sebagai
contoh, apabila suatu dasar ingin diimplementasi dalam masyarakat, masyarakat dapat menerima
dengan baik dan menghasilkan tindakan demi memastikan masyarakat atau komuniti setempat
berterusan mendapat manfaat. Begitu juga dalam situasi sekolah dan masyarakat, sekolah perlu bersikap
proaktif dalam usaha meningkatkan modal sosial murid. Sekolah boleh bertindak mengeluarkan suatu
arahan atau membuat inisiatif yang boleh memberi manfaat kepada anak-anak dengan mengajak ibu
bapa serta masyarakat untuk turut serta. Kepatuhan masyarakat kepada undang-undang dan semangat
yang disemarakkan untuk memastikan masa depan murid luar bandar cerah, ibu bapa memainkan
peranan penting untuk memastikan usaha ini dapat direalisasikan

10
Rajah 2. Tindakan kolektif yang boleh meningkatkan modal sosial (Sturtevant, 2006)

5.7 RUMUSAN

Modal sosial dapat dicapai sekiranya masyarakat dapat mengaplikasikan elemen-elemen


interaksi sosial, kepercayaan, berkongsi visi yang sama, identifikasi dan norma timbal balik. Kesemua
elemen-elemen di atas adalah saling berkaitan dan menjadikan ia sebagai satu norma atau budaya dalam
masyarakat boleh menghasilkan sebuah masyarakat yang mempunyai modal sosial yang tinggi dan
akhirnya mampu untuk berjaya hatta hingga ke persada dunia.

6.0 BUKTI KEBERKESANAN MODAL SOSIAL DALAM KAJIAN-KAJIAN LEPAS

6.1 ASSESSING THE IMPACT OF ACADEMIC PREPARATION, FINANCES


AND SOCIAL CAPITAL ON POSTSECONDARY EDUCATION ENROLLMENT

Kajian oleh Puyosa (2009) ini bertujuan untuk membina dan menguji sebuah teori tentang
hubungan antara persiapan akademik, kewangan dan kesan modal sosial ke atas pemilihan kemasukan
ke institusi pendidikan pasca sekolah menengah. Antara perkara yang dibincangkan adalah bagaimana
hubungan antara murid dengan masyarakat sekitar memberi pengaruh kepada pilihan murid untuk
sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

11
Umum kita tahu bahawa remaja sentiasa mempunyai kecenderungan untuk membuat keputusan
sendiri yang dirasakan baik untuknya tetapi pilihan yang dibuat belum tentu adalah yang terbaik. Maka,
masyarakat perlu memainkan peranan untuk memastikan hubungan yang baik terjalin antara satu sama
lain dan akhirnya ia dapat memberi pengaruh yang baik kepada murid. Hasil dapatan kajian ini adalah
modal sosial memberi kesan kepada keputusan murid untuk sambung belajar selepas sekolah.

Rajah 3. Kerangka konseptual modal sosial oleh Puyosa (2009)

6.2 "WE'RE IN THIS TOGETHER": BRIDGING AND BONDING SOCIAL


CAPITAL IN ELEMENTARY SCHOOL PTOS

Murray et al. (2020) pula telah menjalankan sebuah kajian berkaitan kebersamaan
dalam usaha bridging dan bonding dalam sekolah rendah yang pelbagai kaum. Ia bertujuan untuk
meneliti bentuk modal sosial berbeza yang dihasilkan oleh ibu bapa dan bagaimana bentuk-bentuk
modal sosial ini berkait dengan ekuiti dalam pendidikan. Negara Amerika Syarikat juga mempunyai
jurang perkauman dan masih terdapat sekolah-sekolah yang mempunyai satu kaum atau warna kulit
yang majoriti. Antara ciri-ciri dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan bridging dan bonding adalah seperti
dalam Jadual 3.

12
Jadual 3. Pembentukan bridging dan bonding melalui aktiviti-aktiviti sekolah (Murray et al., 2020)

13
Hasil daripada kutipan data, pengkaji dapat merumuskan tahap modal sosial atau bridging dan
bonding dalam bentuk matriks seperti dalam Rajah 4. Pengkaji dapat merumuskan bahawa sekolah
sebagai konsep penting untuk memberi kefahaman tentang bagaimana modal sosial dapat meningkatkan
atau menurunkan ketaksamaan sosial. Di samping itu, kedua-dua aspek bonding dan bridging perlu ada
dalam pelaksanaan aktiviti sekolah kerana ia akan meningkatkan modal sosial dalam pendidikan.

Rajah 4. Matriks bridging dan bonding sekolah-sekolah yang dikaji (Murray et al., 2020)

6.3 DEVELOPING BEHAVIORAL THEORY WITH THE SYSTEMATIC


INTEGRATION OF COMMUNITY SOCIAL CAPITAL CONCEPTS

Kajian tentang membangunkan teori behavioral menggunakan integrasi sistematik konsep


modal sosial komuniti oleh Samuel et al. (2013) pula bertujuan untuk meninjau secara sistematik
kegunaan empirikal konsep modal sosial komuniti untuk mengenalpasti dan memberi definisi konsep
berkaitan dengan sikap dalam kesihatan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mencadangkan sebuah
kerangka konseptual yang boleh diuji, yang mengintegrasikan konsep dalam teori behavioral yang sedia
ada berdasarkan literatur empirikal dan teori.
Kajian ini bukan berada dalam bidang kajian pendidikan tetapi kerangka konseptual yang
dicadangkan boleh diaplikasikan dalam dunia pendidikan. Walaupun ia adalah kajian dalam bidang
perubatan tetapi konsep-konsep seperti modal sosial, faktor individu dan keberkesanan kebersamaan
masyarakat boleh diaplikasikan dalam konteks pendidikan iaitu antara murid, pihak sekolah dengan

14
masyarakat. Ketiga-tiga kelompok ini perlu bersama dalam memastikan suatu sikap atau budaya dapat
terhasil dengan menggunakan aspek-aspek yang digariskan dalam Rajah 5.

Rajah 5. Kerangka konseptual yang menggabungkan faktor individu, modal sosial dan keberkesanan
bersama untuk menghasilkan suatu sikap (Samuel et al., 2013)

6.4 SOCIAL CAPITAL AND EDUCATIONAL INEQUALITY OF MIGRANT


CHILDREN IN CONTEMPORARY CHINA: A MULTILEVEL MEDIATION
ANALYSIS

Masalah ketaksamarataan dalam pendidikan dalam kalangan kanak-kanak pendatang seperti di


China juga dikaji untuk melihat sejauh mana modal sosial dapat mengatasi masalah ini. Ma dan Wu
(2019) menjalankan kajian ini dengan tujuan untuk mendapatkan perspektif yang holistik, mengkaji
mekanisme sistem hukou dan modal sosial ke atas kanak-kanak pendatang kerana pendidikan mereka
terjejas.
Kaum minoriti dianggap lebih memerlukan penggunaan modal sosial berbanding penduduk
tempatan yang tinggal di luar bandar kerana mereka terganggu oleh proses migrasi (Coleman, 1988).
Hal ini adalah untuk memastikan pendidikan mereka terjamin dan keciciran dapat dikurangkan.
Pendatang asing sering dikaitkan dengan tahap pendidikan yang rendah lalu mengakibatkan kemiskinan

15
berlaku. Maka, sebuah kerangka konseptual telah dihasilkan untuk memastikan kanak-kanak pendatang
asing ini turut mendapat peluang yang sama dalam pendidikan melalui modal sosial.

Rajah 6. Kerangka konseptual berkaitan implementasi modal sosial dalam kalangan pendatang asing
di China (Ma & Wu, 2019)

Dapatan kajian tersebut mendapati hasil pendidikan kanak-kanak pendatang asing ini masih
ketinggalan kerana mereka mempunyai tahap modal sosial rendah. Hal ini diakibatkan oleh gangguan
terhadap keperluan pendidikan mereka seperti sokongan hubungan kekeluargaan dan jaringan komuniti
(Coleman, 1988). Ketiadaan sokongan keluarga dan komuniti menyukarkan kanak-kanak untuk
menyesuaikan diri mereka di sekolah dan akhirnya masih tidak berlaku peningkatan hasil dalam
pembelajaran mereka.

6.5 SOCIAL NETWORKS, SOCIAL CAPITAL, SOCIAL SUPPORT AND ACADEMIC


SUCCESS IN HIGHER EDUCATION: A SYSTEMATIC REVIEW WITH A
SPECIAL FOCUS ON ‘UNDERREPRESENTED’ STUDENTS

Dalam pendidikan tinggi juga memerlukan modal sosial untuk membantu meningkatkan
prestasi bukan sahaja untuk pelajar yang mempunyai kelebihan dari sudut pembelajaran dan kemahiran
diri tetapi ia juga untuk membantu pelajar yang datang dari keluarga berpendapatan rendah. Kajian oleh
Mishra (2020) cuba untuk melihat kesan aspek-aspek sosial terhadap diri pelajar yang mempunyai tahap
sosioekonomi yang rendah. Ia bertujuan untuk mengkaji peranan jaringan, modal sosial dan sokongan
sosial dalam membentuk kejayaan akademik, terutamanya untuk pelajar yang mempunyai latar
belakang sosioekonomi yang rendah.
Kerangka konseptual yang diketengahkan sepertimana dalam Rajah 7 dilihat praktikal juga
untuk murid sekolah kerana mereka juga mempunyai jaringan sosial antara rakan sebaya, keluarga,

16
sekolah dan masyarakat. Selain itu, mereka juga memerlukan modal sosial dari sudut sokongan sosial
dan informasi dalam memastikan mereka mencapai kejayaan akademik.

Rajah 7. Kerangka konseptual oleh Mishra (2020) yang melihat kepada hubungan antara jaringan
sosial, bentuk modal sosial dengan kejayaan akademik.

Hasil dapatan kajian ini ialah walaupun semakin ramai pelajar yang datang daripada keluarga
yang mempunyai sosioekonomi yang rendah berpeluang menyambung pelajar di universiti namun
faktor modal sosial dalam universiti itu sendiri amat penting untuk membantu mereka bertahan dalam
menuntut ilmu dengan mempertingkatkan sokongan sosial. Hal ini kerana, walaupun ada pelajar yang
berjaya mendapatkan akses dalam menuntut ilmu tetapi sokongan daripada orang sekeliling yang
kurang menyebabkan mereka berhenti belajar (Guiffrida & Douthit, 2010; Guillory & Wolverton,
2008). Oleh itu, dalam konteks sekolah dan masyarakat, sokongan orang sekeliling amat penting dalam
memastikan kejayaan individu atau masyarakat itu sendiri.

6.6 RUMUSAN

Modal sosial tidak dapat disangkal lagi kemampuannya menjadi satu alat untuk mencapai
kejayaan. Elemen-elemen yang ada dalam modal sosial amat diperlukan dalam memastikan sekumpulan
individu dapat saling menyokong dan memastikan kejayaan dapat dicapai bersama.

17
7.0 IMPLEMENTASI MODAL SOSIAL DALAM PENDIDIKAN MALAYSIA

Berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dijalankan, ternyata modal sosial perlu diadaptasi
dan diimplementasi dalam sistem pendidikan kebangsaan supaya ia dapat menyokong kejayaan murid
tanpa mengira latar belakang sosioekonomi atau tahap pendidikan ibu bapa atau keluarga. Elemen-
elemen yang kerap dilihat dalam kajian-kajian lepas seperti norma timbal balas, bridging, bonding,
kepercayaan dan interaksi sosial amat membantu murid untuk mendapat akses pendidikan dan
mengurangkan jurang ekuiti terutamanya dari sudut sosioekonomi.
Isu seperti sekolah daif dan kemiskinan dalam kalangan murid dapat diselesaikan sekiranya
masyarakat setempat menggunakan modal sosial untuk memperkasakan kemahiran sedia ada dan
meningkatkan pengetahuan supaya dapat membantu masyarakat keluar dari zon selesa. Pengetahuan
yang meningkat dapat membantu masyarakat menyelesaikan masalah dengan kemahiran berinteraksi
terutamanya dengan pihak yang dapat memberi bantuan dari sudut infrastruktur dan kemahiran supaya
mereka dapat menambahbaik prasarana sekolah, demi masa depan anak-anak.
Banyak perkara yang dapat dicontohi dan dipelajari daripada kajian-kajian yang telah
dilakukan. Kesemuanya mencakupi pelbagai aspek dalam pendidikan, termasuk penghasilan polisi,
pengurusan sekolah dan pengurusan masyarakat melalui agen pendidikan. Maka, tidak salah untuk
memperbanyakkan kajian-kajian berkaitan modal sosial dalam pendidikan kebangsaan demi kebaikan
masa hadapan generasi akan datang.

8.0 KESIMPULAN

Masyarakat memainkan peranan penting dalam meningkatkan modal sosial melalui pelbagai
aspek. Hampir kesemua aspek modal sosial telah dihuraikan dan ia telah terbukti dalam beberapa kajian
bahawa ia adalah kunci kepada pembangunan modal sosial. Murid sekolah tidak berupaya untuk
meningkatkan ekonomi keluarga secara sendirian tetapi ia memerlukan kerjasama sekolah dan
masyarakat. Masyarakat juga tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada kerajaan kerana mereka juga
ada kekurangan yang perlu diperbaiki. Murid sekolah luar bandar akan mendapat manfaat hasil daripada
usaha masyarakat untuk mengeluarkan diri mereka dari kepompong kemiskinan. Sudah tiba masanya
untuk masyarakat luar bandar berubah sepertimana disebut dalam teori pembangunan luar bandar dan
menjadikan diri mereka setaraf masyarakat bandar.

18
8.0 RUJUKAN

Abdul Hakim, R., Abdul Razak, N. A., & Ismail, R. (2010). Does social capital reduce poverty? A case
study of rural households in Terengganu, Malaysia. European Journal of Social Sciences,
14(4), 556–566.
Allan, J., & Persson, E. (2020). Social capital and trust for inclusion in school and society. Education,
Citizenship and Social Justice, 15(2), 151–161. https://doi.org/10.1177/1746197918801001
Becker, G. (1964). Human capital. New York: National Bureau of Economic Research.
Brewer, M. B. & Gardner, W. (1996). Who is This ‘We’? Levels of Collective Identity and Self
Representations. Journal of Personality and Social Psychology, 71: 83–93.
Brewer, M. B. & Kramer, R. M. (1986). Choice Behavior in Social Dilemmas: Effects of Social
Identity, Group Size, and Decision Framing. Journal of Personality and Social Psychology.
50: 543–549.
Bronfenbrenner, U. (1992). Ecological systems theory. In R. Vasta (Ed.), Six theories of child
development: Revised formulations and current issues (pp. 187–249). Jessica Kingsley
Publishers.
Coleman, J. S. (1990). Foundations of social theory. Cambridge: Harvard University Press.
Coleman, J. S. (1988). Social capital in the creation of human capital. American Journal of Sociology,
94(1988): 95–120. https://doi.org/10.1086/228943.
Coleman, J., & Hoffer, T. (1987). Public and private high schools: The impact of communities. New
York: Basic Books.
Dovidio, J. F., et al. (1998). Positive Affect, Cognition, and the Reduction of Intergroup Bias. In C.
Sedikides, J. Schopler, and C. A. Insko (Eds). Intergroup Cognition and Intergroup Behavior,
pp. 337–366. Mahwah: Erlbaum.
Farkas, G. (2018). Family, Schooling, and Cultural Capital. In. Schneider, B. (Ed.), Handbook of the
Sociology of Education in the 21st Century, Handbooks of Sociology and Social Research.
Cham: Springer International Publishing AG. https://doi.org/10.1007/978-3-319-76694-2_1
Ghahtarani, A., Sheikhmohammady, M., & Rostami, M. (2020). The impact of social capital and social
interaction on customers’ purchase intention, considering knowledge sharing in social
commerce context. Journal of Innovation and Knowledge, 5(3), 191–199.
https://doi.org/10.1016/j.jik.2019.08.004
Guiffrida, D. A., & Douthit, K. Z. (2010). The Black student experience at predominantly white
colleges: Implications for school and college counselors. Journal of Counseling and
Development, 88(3), 311–318.
Guillory, R. M., & Wolverton, M. (2008). It's about family: Native American students’ persistence in
higher education. The Journal of Higher Education, 79 (1), 58–87.

19
Harjanti, D. (2019). Burnout and Employee Performance in Hospitality Industry: The Role of Social
Capital. Jurnal Teknik Industri, 21(1), 15–24.
Hogg, M. A. and Terry, D. T. (Eds.) (2001). Social Identity Processes in Organizational Contexts.
Philadelphia: Psychology Press.
Islam, M.S. and K. Alam, 2018. Does social capital reduce poverty? A cross-sectional study of rural
household in Bangladesh. Inter. J. Soc. Econ., 45(11): 1515-1532.
Ismail, R., Mahfodz, N. D., & Sulaiman, N. (2016). Tahap dan penentu indeks modal sosial di
Malaysia. Kajian Malaysia, 34(2), 101–121. http://dx.doi.org/10.21315/km2016.34.2.5
Kementerian Pelajaran Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Knoke, D (1999). Organizational networks and corporate social capital. In Gabbay, S. M. (Ed.),
Corporate Social Capital and Liability, pp. 17 – 42. Boston: Kluwer.
Kramer, R. M. (2006). Social Identity and Social Capital: The Collective Self at Work. International
Public Management Journal, 9(1), 25-45.
Kramer, R. M. and Brewer, M. B. (1984). Effects of Group Identity on Resource Use in a Simulated
Commons Dilemma. Journal of Personality and Social Psychology, 46: 1044–1057.
Ma, G. & Wu, Q. (2019). Social capital and educational inequality of migrant children in contemporary
China: A multilevel mediation analysis. Children and Youth Services Review, 99: 165-171.
McAreavey, R. (2009). Rural development theory and practice. New York: Routledge.
Mincer, J. (1958). Investment in human capital and personal income distribution. Journal of Political
Economy, 66, 281–302.
Mincer, J. (1974). Schooling, experience, and earnings. New York: National Bureau of Economic
Research.
Mishra, S. (2020). Social networks, social capital, social support and academic success in higher
education: A systematic review with a special focus on ‘underrepresented’ students.
Educational Research Review, 29.
Murray, B. et al. (2020). "We're in This Together": Bridging and Bonding Social Capital in Elementary
School PTOs. American Educational Research Journal, 57 (5), 2210–2244.
Pennar, K. (1997). The tie that leads to prosperity: The economic value of social bonds is only beginning
to be measured. Business Weekly. 153 – 155.
Portal Data Terbuka Malaysia (2019). Senarai Sekolah Daif 2016-2019.
https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/senarai-sekolah-daif-2016-2019
Putnam, R. D. (1995). Bowling alone: America’s declining social capital. Journal of Democracy 6:
65-78.
Puyosa, I. (2009). Assessing the Impact of Academic Preparation, Finances and Social Capital on
Postsecondary Education Enrolment: Unpublished Doctoral Dissertation. Michigan:
University of Michigan.

20
Razzaque, A. (2019). Through Technology and Shared Knowledge Social Capital of Resources
Inspire Innovation. International Journal of Innovation, Creativity and Change, 10 (9), 55-69.
Samuel, L. J., Himmelfarb, C. R. D., & Commodore-Mensah, Y. (2014). Developing Behavioral Theory
With the Systematic Integration of Community Social Capital Concepts. Health Education &
Behavior, Vol. 41 (4), 359–375.
Schauppenlehner-Kloyber E, Penker M. (2016). Between participation and collective action-from
occasional liaisons towards long-term co-management for urban resilience. Sustainability 8
(664), 1-18.
Schultz, T. W. (1960). Capital formation by education. Journal of Political Economy, 68, 571–583.
Schultz, T. W. (1981). Investing in people. Berkeley: University of California Press.
Sedikides, C. & Brewer, M. B. (2001). Individual Self, Relational Self, and Collective Self.
Philadelphia: Psychology Press.
Sturtevent, V. (2006). Reciprocity of Social Capital and Collective Action. Community Development:
Journal of the Community Development Society, 37 (1), 52 - 64.
Swanson, R.A., & Holton, E.F. (2001). Foundations of human resource development. San Francisco:
Berrett-Koehler Publishers.
Turner, J. C. (1987). Rediscovering the Social Group: A Self-Categorization Theory. Oxford: Basil
Blackwell.
Tyler, T. R. & Blader, S. L. (2000). Cooperation in Groups: Procedural Justice, Social Identity,
and Behavioral Engagement. Philadelphia: Psychology Press.
Tyler, T., Kramer, R. M. & Oliver, J. (1998). The Psychology of the Social Self. Englewood Cliffs:
Erlbaum.

21

Anda mungkin juga menyukai