Anda di halaman 1dari 5

Pengertian Sosiologi

Sosiologi adalah pengetahuan atau ilmu tentang sifat, perilaku, dan


perkembangan masyarakat; ilmu tentang struktur social, proses sosial, dan
perubahannya. Sosiologi juga diartikan sebagai sebuah ilmu kemasyarakatan
atau ilmu masyarakat yaitu ilmu pengetahuan yang mempelajari hubungan
antara manusia bersama dengan sesamanya dalam masyarakat. Dalam
kaitannya dengan pendidikan dikenal istilah sosiologi pendidikan, yaitu ilmu yang
berusaha untuk mengetahui cara-cara mengendalikan proses pendidikan untuk
mengembangkan kepribadian individu agar lebih baik.
Pada dasarnya, sosiologi dapat dibedakan menjadi dua, yaitu sosiologi umum
dan sosiologi khusus. Sosiologi umum menyelidiki gejala sosio-kultural secara
umum. Sedangkan Sosiologi khusus, yaitu pengkhususan dari sosiologi umum,
yaitu menyelidiki suatu aspek kehidupan sosio kultural secara mendalam.
Misalnya: sosiologi masayarakat desa, sosiologi masyarakat kota, sosiologi
agama, sosiolog hukum, sosiologi pendidikan dan sebagainya.Jadi sosiologi
pendidikan merupakan salah satu sosiologi khusus.
Implikasi sosiologi dalam pendidikan
1. Konsep-konsep sosiologi tentang manusia menjadi dasar penyelenggaraan
pendidikan.
2. Masyarakat sebagai ekologi pendidikan atau sebagai lingkungan tempat
berlangsungnya pendidikan.
3. Pendidikan merupakan sosialisasi atau proses menjadi anggota masyarakat
yang diharapkan.
4. Implikasi sosilogi dalam pengembangan Teori pendidikan
1. Mendorong lahir dan berkembangnya sosiologi pendidikan
2. Mendorong lahir dan berkembangnya ilmu pendidikan kependudukan
3. Mendorong lahir dan berkembangnya aliran sosiologisme pendidikan

Psikologi Pendidikan

Psikologi pendidikan adalah gabungan dua bidang yang berbeza iaitu bidang
psikologi dan pendidikan. Walaupun kedua-kedua bidang ini jauh berbeza, namun
ianya sering dikaitkan dalam membina individu dalam proses pembelajaran di

sekolah. Ia mengkaji semua aspek proses pendidikan seperti pengajaran,


pembelajaran, suasana bilik darjah, penyusunan kerusi dan meja, kurikulum
sekolah. Justeru, ia merupakan cabang psikologi yang menekankan penggunaan
serta penyerapan teori dan kaedah psikologi terhadap permasalahan dalam
pendidikan.
Pada asasnya, psikologi pendidikan adalah sebuah disiplin psikologi yang khusus
mempelajari, meneliti, dan membahas seluruh tingkah laku manusia yang
terlibat dalam proses pendidikan yang meliputi tingkah laku belajar (oleh siswa),
tingkah laku mengajar (oleh guru), dan tingkah laku belajar mengajar (interaksi
guru dan murid). Psikologi pendidikan menurut sebahagian ahli psikologi
merupakan sub disiplin psikologi dan bukannya psikologi itu sendiri.

Membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku


sedemikian. Membantu pelajar memahami diri mereka. Membantu guru
merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai dengan
pelajar. Merumuskan langkah supaya pelajar dapat mencapai matlamat
dan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.

Membantu guru memahami ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan


kanak-kanak serta menghubungkaitkan dengan proses pengajaran dan
pembelejaran dalam bilik darjah. Guru dapat merancang strategi
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk kumpulan
kanak-kanak yang berlainan. Guru boleh menggunakan teknik-teknik
pengajaran dan pembelajaran yang sejajar dengan kognitif kanak-kanak.

Membolehkan guru mengetahui tahap perkembangan pelajar dari


segifizikal, kognitif, sosial dan emosi, Merancang pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan mereka.

Membolehkan guru merekacipta soal selidik untuk mengenalpasti tahap


perkembangan pelajar dan menyediakan program yang sesuai untuk
meningkatkan prestasi.

Memahami tingkah laku murid melalui pemahaman teori dan prinsip


psikologi pendidikan. Guru dapat meramal, menelah dan mengawal
tingkah laku murid. Memotivasi murid-murid dalam proses pembelajaran.

Memahami perbezaan individu murid dari segi kognitif, bakat, minat dan
keperluan Menyelesaikan masalah murid yang menunjukkan tingkahlaku
yang bermasalah di dalam bilik darjah.
Psikologi Pendidikan dan Guru
Psikologi Pendidikan ialah penggabungan bidang psikologi dan pendidikan,
iaitu kajian saintifik terhadap tingkah laku murid dalam situasi
pendidikan .aspek aspek psikologi dalam kajian meliputi tingkahlaku murid
terhadap segala aktiviti pengajaran pembelajaran dalam situasi bilik
darjah.
Atan Long (1976) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang
mengkaji tingkahlaku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik
darjah. Smith (1978) menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian
saintifik terhadap tingkahlaku dalam pendidikan, termasuk prinsip-prinsip
dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk
mrnyelesaikan masalah pendidikan. Slavin (1991) menyatakan psikologi
pendidikan ialah kajian tentang murid, pengajaran dan pembelajaran yang
mengfokus proses-proses pengetahuan kemahiran nilai dan sikap
dialihkan daripada guru kepada murid dalam bilik darjah termasuk aplikasi
prinsip-prinsip psikologi dalam pengajaran. lmu psikologi merangkumi
pelbagai topik yang boleh diaplikasikan didalam berbagai-bagai bidang
khasnya bidang pendidikan seperti pemikiran dan tingkahlaku manusia
terhadap pembelajaran.

Menurut R.M.Gagne guru dapat mempraktikkan ilmu psikologi dalam tiga


perkara iaitu ilmu strategik, ilmu proses dan ilmu bahasa. Ilmu stategik
merupakan ilmu yang berkaitan dengan kaedah belajar, mengingat dan
penyelesaian masalah termasuklah penggunaan strategic yang berkesan.
Ilmu proses pula merupakan ilmu yang berkaitan dengan menggunakan
ilmu pengiraan atau amalan (praktikal). Ia dikenali melalui kemahiran
dalam membeza, mentafsir dan merumus. Kebanyakan ilmu jenis ini
didapati dengan menggunakan soalan bagaimana. Ilmu yang terakhir
ialah ilmu bahasa. Ilmu jenis ini berkaitan dengan ilmu alam sekitardan
menggunakan soalan Apa itu. Guru memerlukan pelbagai prinsip dan
teori psikologi pendidikan yang telah dihasilkan. Hal ini kerana pelbagai
hujah dan penjelasan dari perspektif yang berbeza telah diberikan oleh
ahli psikologi pendidikan untuk sesuatu isu.

Pengaruh Sosiologi Dalam Pendidikan


Sistem pendidikan yang dilaksanakan di kebanyakkan Negara sehingga ke hari
ini adalah lahir daripada aspirasi sosial dan Negara.

Golongan social mempunyai peranan tinggi bagi memajukan pelajar. Lantaran


itu, hubungan sosial dengan pendidikan sangat rapat dan mempunyai pengaruh
yang besar.

Kesannya, wujud satu bidang yang sangat penting dalam dunia pendidikan iaitu
sosiologi pendidikan. Kini, ramai ahli sosiologi yang mengkaji dan memahami
berbagai-bagai keperluan social.

Kajian-kajian mereka biasanya menggunakan kaedah saintifik. Pendekatan ini


mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kemajuan perkembangan pendidikan.

Antara pengaruh-pengaruh yang dimaksudkan itu ialah:

1. Pendekatan sosiologi dapat diseragamkan dengan pendekatan pendidikan.


2. Ahli sosiologi yang menganalisis sesebuah masyarakat akan dapat
mewujudkan suatu program pendidikan yang lebih baik, iaitu sesuai digunakan
oleh segenap lapisan masyarakat.
3. Hasil penyelidikan sosiologi akan menjadi asas kepada objektif dan juga
pembentukan sesuatu kurikulum pendidikan.
4. Sosiologi pendidikan adalah agen kepada perubahan dan kemajuan sesebuah
masyarakat.
5. Proses social adalah sebahagian daripada proses untuk memikirkan masa
keperluan pendidikan.
6. Teknik-teknik yang digunakan dalam penyelidikan sosiologi boleh membantu
guru-guru memperkembangkan ilmu dan kaedah pengajaran.
7. Cara pentadbiran institusi pendidikan juga dipengaruhi oleh kajian-kajian
sosiologi.
8. Pendekatan sosiologi boleh membantu guru-guru menjalankan tugas dengan
cekap bagi membantu perkembangan dan dasar-dasar Negara.

Antara Kepentingan Sosiologi Pendidikan:

1. Mengkaji bagaimana pendidikan dapat digunakan untuk membantu individuindividu dan masyarakat.
2. Mengkaji kesamaan dan ketidaksamaan dalam pendidikan supaya polisi yang
bersesuaian dapat dipraktikkan.
3. Memberi gambaran yang jelas kepada semua pihak yang terlibat mengenai
organisasi sekolah dan persekitarannya.
4. Meningkatkan penguasaan konsep dan kemahiran para pendidik untuk
berhadapan dengan para pelajar yang mempunyai latar belakang yang berlainan
seperti berbeza dari segi jantina, etnik dan kelas sosial.
5. Supaya guru mempunyai keseimbangan ilmu mengenai manusia.
6. Untuk menguasai bentuk-bentuk interaksi murid dalam bilik darjah yang
seterusnya membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai