Anda di halaman 1dari 1

Teknik Pemerhatian Pemerhatian merupakan salah satu teknik yang boleh digunakan untuk memudahkan murid-murid dapat belajar

dengan lebih berkesan.

Pemerhatian boleh didefinisikan sebagai memberi perhatian dalam penelitian sesuatu untuk jangka masa panjang atau pendek untuk mengumpul data yang diperlukan. Dalam pemerhatian, murid-murid telah diberi peluang untuk melihat, mendengar, memerhati dan bertanya untuk mendapatkan dan memahami isi kandungan yang ingin disampaikan oleh guru.

Murid-murid dapat melibatkan diri dengan giat dalam aktivti pengajaran dan pembelajaran iaitu mengalaminya diri sendiri. Ini merupakan satu pengalaman yang amat baik bagi murid untuk belajar dan meneroka sesuatu. Ia akan merangsangkan minat dan sifat ingin tahu murid-murid untuk belajar sedangkan mereka beranggapan bahawa pembelajaran melalui teknik pemerhatian adalah satu cara yang seronok untuk belajar.

Guru boleh melakukan pemerhatian ini secara tidak langsung di bilik darjah masing. Melalui cara ini, guru akan mengetahui perubahan yang mungkin jelas kelihatan misalnya dari aspek emosi, ketegangan murid, kedudukan tubuh badan yang tidak semula jadi dan perubahan tingkah laku. Murid-murid akan menjalankan pemerhatian di bawah bimbingan guru. Guru pula dapat memerhatikan tingkah laku murid-murid dan membuat penilaian secara tidak langsung.

Lazimnya, murid-murid akan memerhatikan sesuatu dan mencatatkan hasil pemerhatian dalam buku catatan atau memerhatinya dengan senarai semak yang telah disediakan secara individu atau dalam kumpulan. Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian akan dijalankan. Pada akhir sekali, rumusan dan penilaian akan dijalankan untuk penambahbaikan bagi aktiviti yang seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai