Anda di halaman 1dari 5

UMAIR FAWWAZ BIN BADRUL HISHAM EDUP3023

RBT 2

EDUP3023 –PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

TARIKH: 23 JULAI 2021


KELAS: 1PISMP RBT1, RBT2 & RBT3

TUTORIAL 6
Perkembangan Kognitif: Vygotsky

Arahan: Jawab semua soalan.


1. Tugasan dilakukan secara individu.
2. Sila baca dan fahami isi kandungan yang terkandung dalam bahan sokongan
yang disertakan.
3. Jawab soalan-soalan berikut:
4. Huraikan apakah yang anda faham tentang scaffolding dan Zon
Perkembangan Proksimal (ZPD). Berikan contoh-contoh yang relevan
terhadap hujah anda tersebut.
5. Jelaskan peranan guru dalam meningkatkan perkembangan kognitif kanak-
kanak dari aspek scaffolding dan Zon Perkembangan Proksimal (ZPD). 
6. Cadangkan aktiviti-aktiviti pengajaran yang boleh dilaksanakan oleh guru di
dalam kelas berpandukan teori perkembangan kognitif Vygotsky. 
7. Huraikan implikasi teori ini terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran
guru.
8. Sila hantar Tugasan anda dalam bentuk softcopy dalam GC sebelum
JAM 12.00 TGH MLM 30 JULAI 2021 (JUMAAT).

4. Huraikan apakah yang anda faham tentang scaffolding dan Zon Perkembangan Proksimal
(ZPD). Berikan contoh-contoh yang relevan terhadap hujah anda tersebut.
UMAIR FAWWAZ BIN BADRUL HISHAM EDUP3023
RBT 2

Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan dan berkait rapat
dengan zon perkembangan proksimal. Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa
proses perancah untuk mendapat konsep-konsep baru dan lebih sistematik. Scaffolding adalah
memberikan kepada seorang anak sejumlah besar bantuan selama tahap-tahap awal pembelajaran
dan kemudian mengurangi bantuan tersebut serta memberikan kesempatan kepada anak untuk
mengambil alih tanggung jawab yang semakin besar segera setelah ia mampu mengerjakan sendiri.
Bantuan yang diberikan guru dapat berupa petunjuk, peringatan, dorongan, serta menguraikan
masalah. Bantuan perancah yang diberikan kepada seseorang kanak-kanak sepanjang peringkat awal
pembelajaran adalah luas dan padat seperti :
 Mengarahkan perhatian / pemikiran kanak-kanak kepada fakta-fakta penting.
 Memberi klu-klu yang penting dalam satu-satu masalah atau memberi alternatif / strategi.
Kemudian kanak-kanak akan mencontohi cara / proses /bentuk pemikiran yang digunakan
oleh orang yang membantunya. (internalize / adopt the proses/ technique)

Zon perkembangan proksimal pula menerangkan mengenai bagaimana kemahiran-kemahiran


yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang
dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir. Zon perkembangan proksimal ini bertujuan untuk
menolong kanak-kanak berkembang dari tahap sosial kepada tahap peribadi. Terdapat dua tahap
iaitu:
 Tahap perkembangan sebenar: Penyelesaian masalah secara bersendirian oleh kanak-
kanak tanpa sebarangbantuan.
 Tahap perkembangan potensi: Apa yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak dengan
bimbingan orang dewasa

Dalam kata lain, zon perkembangan proksimal merujuk kepada jarak antara perkembangan
sebenar dan tahap perkembangan berpotensi, ringkasnya boleh dikatakan rakan yang mempunyai
lebih ilmu akan berkongsi pengetahuan dengan murid yang berkenaan bertujuan untuk merapatkan
jurang antara apa yang dia ketahui dan apa yang belum diketahui. Apabila ilmu itu telah meningkat,
maka perubahan terhadap Zon Perkembangan Proksimal telah berlaku dan bertambah luas. Sebagai
contoh :
 Had Atas: Boleh membuat penambahan angka 1-1000 sendiri
 Zon Perkembangan Proksimal: Membuat penambahan angka 1-1000 dengan bantuan.
 Had Bawah: Kanak-kanak sudah mahir menambah angka 1-100.

5. Jelaskan peranan guru dalam meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak dari aspek
scaffolding dan Zon Perkembangan Proksimal (ZPD).
UMAIR FAWWAZ BIN BADRUL HISHAM EDUP3023
RBT 2

 Guru perlulah memberi bimbingan terarah pada peringkat awal pembelajaran sesuatu konsep
atau topik.
 Guru haruslah menggunakan strategi pembelajaran koperatif kumpulan kecil pelbagai
kebolehan.
 Wujudkan situasi pembelajaran kearah penerokaan maklumat dan penyelesaian masalah.
 Guru juga perlulah menggalakkan sesi-sesi perbincangan, berdialog, bersoal jawab dan
perbualan bagi percambahan minda dan berlakunya proses pemikiran .
 Guru perlulah memberi peluang kepada murid untuk memanipulasi, menguji dan meneroka
sendiri objek-objek yang diajar.
 Guru perlulah membentangkan pelajaran yang diajar dengan ayat yang ringkas dan tersusun.
 Guru semestinya peka kepada kesesuaian persekitaran pembelajaran terutama dalam bilik
darjah supaya dapat mendorong atau memotivasikan murid untuk terlibat dalam aktiviti
pembelajaran.

6. Cadangkan aktiviti-aktiviti pengajaran yang boleh dilaksanakan oleh guru di dalam kelas
berpandukan teori perkembangan kognitif Vygotsky.

Modeling
 Murid memerhatikan satu contoh atau model perkara yang harus dicapai. Ini memberikan
gambaran yang lebih jelas akan sasaran yang harus dicapai murid.

Pengetahuan sedia ada


 Murid digalakkan untuk berkongsi pengetahuan dan ilmu mereka yang berkaitan dengan
projek yang ingin diselesaikan. Dengan ini kaitan pengalaman yang sedia ada ini dapat
meneguhkan lagi pemahaman dan membantu dalam menyelesaian masalah baru.

Chunking (Beri masa untuk bercakap)


 Murid memerlukan masa untuk menyusun dan mengatur pemahaman mereka. Oleh itu
mereka digalakkan untuk menerangkan secara lisan masalah dan perkara yang dipelajari
kepada rakan mereka. Secara tidak langsung, proses penerangan secara lisan ini memaksa
murid untuk mengatur pemahaman mereka dalam bentuk yang lebih mudah.

Pra ajaran perkataan


 Guru tidak harus terus memberikan definisi perkataan baru kepada murid. Sepatutnya guru
memberikan konteks perkataan yang akan dipelajari dan membiarkan murid membina
pemahaman mereka sendiri di bawah bimbingan guru.

Graphics Organizer
UMAIR FAWWAZ BIN BADRUL HISHAM EDUP3023
RBT 2

 Rajah, gambar atau carta merupakan bahan bantu yang sangat penting bukan sahaja untuk
murid tetapi untuk orang dewasa juga. Penggunaan rajah dapat membantu dalam
pemahaman murid.

Penyoalan
 Kaedah ini amat penting untuk mendapatkan maklum balas daripada murid untuk mengetahui
sejauh mana pemahaman mereka. Dari situ guru boleh mengetahui tindakan seterusnya yang
boleh diambil bagi membantu murid tersebut.

7. Huraikan implikasi teori ini terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran guru.

a) Penilaian perlu difokuskan untuk menentukan zon perkembangan proksimal setiap murid
 Guru memberi latihan yang berbeza kesukaran untuk menentukan tahap bimbingan yang
sepatutnya diberikan.
 Contoh: Menggunakan pelbagai aras soalan (senang, sederhana dan susah) untuk melihat
keupayaan murid dan seterusnya menentukan tahap bimbingan yang sepatutnya diberikan.

b) Galakan bercakap sendiri (self talk/private speech)


 Guru kawal dan menggalakkan murid untuk bercakap cakap sendiri semasa menyelesaikan
sesuatu masalah. Disamping membimbing murid untuk merealisasikan idea semasa bercakap
sendiri dalam situasi yang memerlukan penyelesaian.
 Contoh: Guru meminta murid menulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sepasang Kasut”.
Murid akan bercakap sendiri untuk mendapatkan idea dengan membayangkan dirinya sebagai
sepasang kasut dalam usaha menyelesaikan karangan tersebut.

3) Pengaplikasian zon perkembangan proksimal dalam pengajaran dan pembelajaran


 Guru memberi bantuan pada peringkat permulaan, kurangkan bantuan apabila murid sudah
mula menguasai kemahiran atau objektif yang hendak dicapai. Beri galakan dan semangat
kepada murid untuk mencuba dan mengaplikasikan kemahiran supaya mencapai objektif.
 Contoh: Guru mengajar murid menulis pantun dua kerat dengan bimbingan. Kemudian,
birakan murid menulis pantun dua kerat dengan sendiri berdasarkan kefahaman yang
diberikan.

4) Arahan bermakna
 Guru berikan arahan yang bermakna seboleh-bolehnya kaitkan pengajaran dengan kehidupan
seharian. Kurangkan penghafalan, bimbing pelajar mengaplikasikan pengetahuan kepada
pengalaman sebenar.
 Contoh: Guru memberi panduan mengenai cara menunaikan solat yang betul dan murid akan
mengaplikasikan cara tersebut ketika solat.
UMAIR FAWWAZ BIN BADRUL HISHAM EDUP3023
RBT 2

5) Memberi galakan
 Guru memberi galakan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir. Guru
menggunakan strategi pengajaran koperatif dan kolaborasi serta pengajaran secara
berkumpulan. Bentukkan kumpulan heterogenus di mana murid dengan tahap kemahiran
yang pelbagai diletkkan dalam satu kumpulan. Murid boleh mendapatkan bantuan dan
sokongandaripada rakan-rakan yang sudah memahami konsep diajar.
 Contoh: Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Untuk menjalankan
tugasan tersebut, murid yang mahir akan membantu murid yang kurang mahir dalam
kumpulan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai