Anda di halaman 1dari 3

Soalan Kuliah 1

1. Jelaskan perbezaan di antara al-Quran dengan kitab suci yang lain.

Semua ummat islam mengetahui terdapat empat kitab samawi yang diturunkan
allah ke bumi. Empat kitab tersebut ialah Al-Quran diturunkan kepada Nabi
Muhammad, Taurat diturunkan kepada Nabi Musa, Zabur diturunkan kepada Nabi
Daud dan Injil kepada Nabi Isa. Kitab-kitab ini diturunkan Allah kepada nabi-nabi
yang berkenaan dan mempunyai pertalian antara satu sama lain. Namun terdapat
perbezaan diantara al-Quran dengan kitab samawi yang lain. Antaranya ialah al-
quran mempunyai kandungan yang memenuhi seluruh aspek akidah, syariah dan
akhlak manakala kitab samawi yang lain tidak meliputi seluruh aspek kehidupan. Al-
quran juga diriwayatkan secara mutawatir dan selamat dari kesilapan berbanding
dengan kitab samawi yang lain. Hal ini terbukti Al-Quran diturunkan kepada Nabi
Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun. Dalam salah satu ayat
yang terdapat di dalam Al-Quran Allah berfirman: "Sesungguhnya Kamilah yang
menurunkan Adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan Kamilah yang akan menjaganya". (Al-Hijr
15:9). Firman ini menguatkan lagi penyataan berikut. Al-quran juga dikumpulkan
dalam satu mushaf sejak dulu berbanding dengan kitab lain yang mempunyai
pelbagai naskah dan jilid misalnya kitab Injil yang mempunyai Injil Barnaba dan
Yuhana. Seterusnya, Al-Quran diturunkan dalam bahasa arab yang merupakan
bahasa syurga manakala kitab lain menggunakan bahasa kuno yang telah pupus
seperti Bahasa Syriani dalam kitab Zabur. Akhir sekali, Al-quraan sehingga sekarang
masih terpelihara seperti asal tanpa ada sebarang pengubah suaian walaupun satu
huruf.

2. Jelaskan peranan al-hadis sebagai rujukan selepas al-Quran.

Al Hadis dari segi bahasa Arab bermakna cerita, berita, keterangan, penjelasan
dan baharu. Dari segi istilahnya bermakna segala perkataan, perbuatan, pengakuan
dan sifat-sifat Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya Allah s.w.t telah menutup
semua risalah Samayyiah dengan risalah Islam dengan mengutus Nabi Muhammad
s.a.w sebagai Rasul akhir zaman dan diturunkan kepadanya al-Qur'an sebagai
mukjizat yang paling besar yang pemah diturunkan-Nya. Kemudian Allah S.W.T
memerintah untuk menyampai dan menjelaskannya kepada seluruh manusia. Maka
al-Qur'an merupakan asas utama kepada syari'at Islam. Setiap apa yang datang dari
Rasulullah s.a.w selain dari al-Qur'an, sama ada untuk menjelaskan hukum-hukum
syara' atau mentafsir dan melaksanakan apa yang terkandung dalam al-Qur'an
dinamakan al-Hadith al-Nabawiy. Hadis ini sama ada bersumberkan wahyu dari Allah
s.w.t atau ijtihad dari Rasulullah s.a.w yang mana ijtihad ini tidak berlaku melainkan
berdasarkan kebenaran semata-mata, dengan itu semuanya adalah berdasarkan
wahyu daripada Allah s.w.t. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t dalam Surah an-Najm
ayat 4: "Tidaklah ia (Rasulullah) bercakap mengikut hawa nafsunya, ia tidak lain
melainkan wahyu yang diwahyukan (kepadanya) ". Hadis ini juga merupakan
komponen wahyu yang telah diturunkan oleh allah dan telah dijelaskan kepada kita
bahawa Al-Quran merupakan komponen utama. Namun apabila kita menelitinya dan
apabila kita menelitinya, kita perintahkan untuk taat segala apa yang diperintah oleh
Rasulullah s.a.w, di mana Allah s.w.t berfirman dalam Surah an-Najm ayat 4, yang
bermaksud: "Rasulullah tidak bercakap mengikut hawa nafsunya, dan tidaklah ia
melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya." Firman ini mengaskan lagi bahawa
sumber asas kepada syari'at Islam ialah al-Qur'an dan al-Hadis.

3. Islam menyediakan peraturan yang lengkap untuk menjamin pembentukan


sebuah masyarakat yang aman dan sejahtera. Huraikan pernyataan ini beserta
contoh.

Sistem kehidupan dalam islam merupakan sistem terbaik bagi umat manusia.
Hal demikian kerana islam mempunyai banyak keistimewaan seperti Rabbani iaitu
merapatkan hubungan dengan Allah dan mendapat keredhaannya, Syumul
bermaksud menyeluruh seperti tidak terikat dengan bangsa, budaya, warna kulit dan
sebagainya. Sistem kehidupan islam juga merangkumi aspek sosial, ekonomi dan
politik. Dari segi sosial manusia diajar untuk beradab seperti adab pemakaian dan
pergaulan antara lelaki dan perempuan. Dari segi ekonomi pula manusia ditegaskan
untuk berniaga mengikut landasan syariat islam dan sebagainya yang mana untuk
menjaga fitrah manusia, memelihara norma, dan memenuhi kepentingan manusia.
Sebagai contohnya, islam mengharamkan riba di dalam pernaigaan yang seperti
mana kita tahu riba ini akan menjejaskan kepentingan seseorang dan justeru
menimbulkan ketidak adilan. Hal ini terbukti dari firman allah dalam surah al-Imran,
ayat 130 : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan
berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat
keberuntungan. Peliharalah dirimu dari api neraka, yang disediakan untuk orang-
orang yang kafir." . Firman ini menegaskan bahawa riba itu haram disisi syarak.
Seterusnya, aspek politik juga ditekankan dengan tiga prinsip iaitu Tauhid, Risalah
dan Khalifah yang mana manusia dapat dipraktikkan dalam kehidupannya. Sebagai
contohnya, pemimpin perlulah tergolong dari orang yang amanah . Seperti firman
allah dalam surah An-Nissa 4: 48, “Sesungguhnya allah menyuruh kamu
menyampaikan amanat kepada orang yang berhak menerimanya” . Firman ini
menegaskan bahawa pemilihan pemimpin bagi sesuatu negara negara perlulah
bersifat demkian kerana ia akan mengelakkan terjadinya tindakan keji seperti rasuah,
ciplak dan sebagainya yang mana perkara ini akan menjejaskan keamaanan kepada
masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai