Anda di halaman 1dari 2

UMAIR FAWWAZ BIN BADRUL HISHAM GPI1083

RBT 2

SOALAN :
1. Solat bukanlah suatu ibadah yang wajib ditunaikan kepada Allah semata-
mata tetapi membawa kepada manfaat kesihatan. Jelaskan.

Manusia mencari pelbagai cara untuk hidup dengan sihat.Terdapat pepatah


mengatakan “ Mencegah lebih baik daripada merawat.” Tahukah anda ibadat ini
mampu mencegah pelbagai jenis penyakit sama ada dari sudut fizikal, mental dan
sosial. Melalui fizikal, sudah terbukti secara ilmiah dari sudut perubatan. Dalam
kajian pensyarah Universiti Malaya, Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim yang juga
penulis buku Solat Dari Perspektif Sains mendapati ada kesan pergerakan solat
terhadap komposisi badan, denyutan jantung dan rawatan mati pucuk. Ternyata,
manusia memerlukan solat untuk hidup lebih sihat. Ia merupakan keperluan bukan
beban. Dengan solat, seseorang dapat kerehatan dan menjadi tempat mereka
memohon pertolongan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dijadikan penyejuk mataku ada di


dalam solat. Wahai Bilal rehatkan kami dengan solat.” (Riwayat Ahmad dan al-
Nasa’i)

Melalui kesihatan mental, solat ini mampu mencegah diri dariapada melakukan
perbuatan keji yang merosakkan jiwa dan mental seseorang. Hal Ini kerana solat itu
sendiri dapat mencegah sesorang daripada melakukan perkara-perkara yang keji
dan mungkar. Firman Allah SWT; “Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan
apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan
tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan
mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan
kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Al-
Angkabut, 29: 45)

Berdasarkan ayat ini, Allah SWT memberikan satu jaminan kepada orang yang
melakukan solat dengan tekun, bersungguh-sungguh dan khusyuk bahawa dia tidak
akan terjerumus kepada perbuatan yang keji dan mungkar. Jika dikaitan dengan
kesihatan jiwa, mereka yang sedang mengalami sakit jiwa seperti kemurungan dan
tekanan adalah golongan yang terdedah kepada perlakuan negatif seperti
mencederakan diri dan bunuh diri. Melalui amalan ibadah solat, perbuatan buruk ini
dapat dihalang dengan melakukan solat yang khusyuk dan bersungguh-sungguh
serta melakukannya dengan penuh keikhlasan.
UMAIR FAWWAZ BIN BADRUL HISHAM GPI1083
RBT 2

2. Bagaimanakah solat mampu membina asas kepimpinan?

Pemimpin lahir melalui didikan. Dalam hal ini, Abuya Ashaari At-Tamimi lebih
menekankan didikan tidak formal daripada didikan formal. Hal demikian kerana
menurut beliau, didikan formal sekadar untuk memberi ilmu dan kelayakan asas tapi
ia tidak mencukupi. Untuk benar-benar mendidik dan menyuburkan potensi sifat
kepimpinan yang ada pada seseorang, didikan tidak formal adalah yang paling
berkesan. Antara cara yang dilakukan oleh Abuya Ashaari At Tamimi untuk
melahirkan barisan pemimpin ialah dengan disiplin solat berjamaah.

Solat atau sembahyang merupakan satu modul yang Iengkap untuk mendidik
hati dan jiwa manusia. Dalam solat terdapat ubat yang menyembuhkan penyakit
rohani dan membina peribadi yang kuat, gagah dan agung yang penting dalam
melahirkan seorang pemimpin yang hebat. Boleh timbul berbagai kekuatan bagi
individu atau sesuatu bangsa hasil dari solat dengan syarat ada ilmunya, faham dan
solat itu benar-benar dijiwai dan dihayati.

Firman Allah: َ‫صلَ ٰو ِة ۚ َوإِنَّهَا لَ َكبِي َرةٌ إِاَّل َعلَى ْٱل ٰخَ ِش ِعين‬
َّ ‫صب ِْر َوٱل‬ ۟ ُ‫ َوٱ ْستَ ِعين‬.
َّ ‫وا بِٱل‬

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk” (Al-Baqarah,2:45).

Oleh itu, sudah jelas solat ini mampu melahirkan pemimpin yang mempunyai
kekuatan dari sudut rohani dan intelek sebagai khalifah di muka bumi ini.

Anda mungkin juga menyukai