Anda di halaman 1dari 7

Melaksanakan salat lima waktu merupakan sebuah kewajiban yang harus dipenuhi oleh muslim

sebagaimana diajarkan dalam agama Islam.

Barang siapa yang lalai atau sengaja meninggalkan salat, maka ia telah melaksanakan dosa besar.

Dosa meninggalkan salat pun tak main-main. Disebutkan bahwa dosanya lebih besar dari dosa
membunuh, merampas harta orang lain, berzina, mencuri, dan minum minuman keras.

Oleh karena itu, sebagai muslim, sangat tidak patut meninggalkan salat lima waktu.

KELEBIHAN MENDIRIKAN SEMBAHYANG


Muslimin yang dirahmati Allah,

Marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh
keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala
larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa serta selamat di
dunia dan selamat di akhirat.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Sembahyang adalah rukun Islam kedua yang wajib ditunaikan setelah mengucap dua kalimah
syahadah. Perintah mendirikan sembahyang ini telah pun bermula semenjak berlakunya satu
peristiwa besar di dalam Islam yang dilalui oleh baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu
peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Sesungguhnya kedudukan ibadah sembahyang adalah amat tinggi disisi aama Islam kerana
sembahyang merupakan tiang agama, maka sesiapa yang mengerjakan sembahyang bererti ia telah
menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya bererti ia telah merobohkan
agamanya. Sembahyang itu merupakan tiang agama Islam yang wajib ditegakkan.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Ketahuilah, ringan atau beratnya sembahyang itu bergantung kepada keimanan seseorang. Semakin
beriman seseorang itu bererti semakin mudahlah ia mengerjakan sembahyang tetapi jika kurangnya
iman seseorang itu terhadap Allah dan rasulNya maka akan berasa berat dan malaslah ia untuk
mengerjakannya. Sesungguhnya mengerjakan sembahyang itu amatlah besar ganjarannya. Di mana
ia dapat membantu menyelamatkan manusia daripada azab akhirat. Di samping itu sembahyang
juga dapat menghilangkan rasa resah gelisah dan boleh memberikan ketenteraman, ketenangan dan
kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Di dalam Al-Qur'an banyak sekali ayat yang menerangkan
tentang kepentingan dan kewajipan mendirikan sembahyang. Sebagaimana firman Allah Subhanahu
Wata'ala dalam surah Al-Ankabut ayat 45:

‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬


‫ۗ َو َأِقِم الَّص َلٰو َةۖ ِإَّن الَّص َلٰو َة َتْنَهٰى َع ِن اْلَفْح َشآِء َو اْلُم نَك ِر‬

‫صدق هللا العظيم‬

"Dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang
keji dan mungkar"

Memandangkan sembahyang itu boleh mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar maka ada
beberapa perkara yang perlu kita manfaatkan dalam kehidupan seharian tentang kelebihan dan
kebaikan mendirikan sembahyang seperti berikut:

 Sembahyang dapat membantu diri sendiri, keluarga dan masyarakat untuk membina
generasi yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti yang baik.
 Sembahyang juga dapat membantu dalam menangani pelbagai gejala sosial yang boleh
merosakkan kehidupan masyarakat seperti rasuah, membunuh, merompak, zina dan
perbuatan maksiat yang lain.
 Sembahyang adalah menjadi kunci utama untuk kita mendapatkan rezeki yang halal dan
diberkati oleh Allah Subhanahu Wata'ala.
 Sesungguhnya sembahyang dapat membersihkan dan mensucikan diri seseorang sama ada
rohani mahupun jasmani, ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alahi
Wassalam:

،‫ يغتسل فيه كل يوم خمسا‬،‫ أرأيتم لو أن نهرا بباب أحدكم‬:‫ أنه سمع رسول هللا صلى هللا عليه وسلم يقول‬:‫عن أبي هريرة رضى هللا عنه‬
‫ (رواه اإلمام‬.‫ يمحوهللا بها الخطايا‬،‫ فذلك مثل الصلوات الخمس‬:‫ قال‬،‫ اليبقى من درنه شيأ‬: ‫ قالوا‬.‫ ذلك يبقى من درنه‬: ‫ما تقول‬
)‫البخاري‬

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu: Bahawasanya dia pernah mendengar Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam bersabda: "Jika ada suatu sungai di depan rumah seorang yang di situ dia mandi
lima kali dalam sehari, masihkah ada kotoran pada dirinya?" Para sahabat menjawab: "Tidak ada
sedikit pun kotoran yang tersisa pada dirinya". Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
"Begitulah perumpamaan sembahyang fardhu lima waktu yang dengannya Allah menghapus dosa
orang yang mengerjakannya".

Muslimin yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya sembahyang itu diwajibkan kepada seluruh umat Islam yang telah baligh, berakal dan
suci daripada sebarang hadas. Walaupun sembahyang itu tidak diwajibkan kepada kanak-kanak yang
belum baligh, namun mereka perlu mendapat latihan awal daripada ibubapa atau penjaganya.
Kecuaian ibubapa atau penjaga dalam membimbing anak-anak untuk mengerjakan sembahyang
pada waktu umur tujuh tahun akan menyebabkan kesukaran untuk mendidik mereka apabila
dewasa kelak.

Adalah menjadi kewajipan kepada ibubapa atau penjaga memberi peringatan, tunjuk ajar dan
pukulan yang tidak menyakitkan terhadap anak-anak mereka yang telah mencapai umur sepuluh
tahun jika mereka masih enggan atau tidak mahu mengerjakan sembahyang. Ketahuilah kewajipan
mengerjakan sembahyang juga masih dituntut terhadap orang yang sakit atau orang yang kurang
upaya. Cuma cara mengerjakan sembahyangnya adalah berbeza mengikut keupayaan pesakit itu
sendiri sama ada secara berdiri, duduk atau berbaring.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Di zaman yang serba moden ini membuatkan manusia semakin sibuk dengan bermacam aktiviti
dalam kehidupan. Hal ini jika tidak ditangani dengan bijak menyebabkan kita lalai dan leka dengan
kesibukan tersebut. Dengan kesibukan ini, janganlah ia menjadi alasan utama bagi kita untuk
melalaikan dan meninggalkan sembahyang. Sembahyang tetap wajib ditunaikan pada waktunya.
Kesempurnaan ibadah sembahyang menentukan kesempurnaan ibadah yang lain. Sebaliknya
kecucaian mendirikan sembahyang boleh menjejaskan ibadah yang lain. Oleh yang demikian
pentingnya ibadah sembahyang ini kerana ia merupakan amalan yang pertama sekali dihisab oleh
Allah Subhanahu Wata'ala di akhirat nanti. Sebagaimana sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

‫ فإن‬،‫ إن أول يحاسب به العبد يوم القيامة من عمله صالته‬:‫ أن رسول هللا صلى هللا عليه وسلم يقول‬،‫عن أبى هريره رضى هللا عنه‬
)‫ وإن فسدت فقد خاب وخسر (رواه االمام الترمذي‬،‫صلحت فقد أفلح وأنجح‬

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Sesungguhnya perkara yang pertama sekali akan dihisab terhadap seorang hamba daripada
amalannya pada hari kiamat ialah sembahyang fardhunya. Jika baik cara mengerjakan
sembahyangnya, maka dia telah berjaya dan mendapat pahala, dan jika rosak sembahyangnya,
maka dia mendapat kerugian dan kebinasaan".

Muslimin yang dirahmati Allah,

Namun perlu diketahui bahawa sembahyang itu menuntut kepada keikhlasan dan ketakwaan
semasa menghadap Allah Subhanahu Wata'ala kerana jika ia dilakukan dengan penuh adab, khusyuk
dan istiqamah, maka diri kita akan menikmati kemanisan iman dalam bersembahyang dan
perubahan diri dari satu tahap yang baik kepada satu tahap yang lebih baik. Marilah kita sama-sama
mentaati perintah Allah Subhanahu Wata'ala dengan istiqamah mendirikan sembahyang agar
kehidupan kita akan sentiasa tenang, aman dan bahagia. Mudah-mudahan kita semua akan
mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wata'ala dan semoga kita
semua akan mendapat rahmat, keselamatan di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.

Surah Al-Baqarah ayat 238:

‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬

‫ٰح ِفُظو۟ا َع َلى الَّص َلٰو ِت َو الَّص َلٰو ِة اْلُو ْس َطٰى َو ُقوُم و۟ا ِلَّلـِه ٰق ِنِتيَن‬

‫صدق هللا العظيم‬

"Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang
fardhu, khasnya sembahyang wustaq (sembahyang asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam
sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk"
(Isi ceramah)

Shalat hukumnya wajib, bagi setiap orang islam yang telang memenuhi syarat, baik laki-laki
maupun perempuan, terkecuali orang gila, anak kecil yang belum baligh, dan

wanita yang sedang haid atau nifas. Shalat juga merupakan tugas bagi setiap umat islam yang
ada didunia ini, dan juga merupakan tiang agama, seperti rumah yang tidak ada tiangnya
maka rumah itu akan roboh.

Perintah shalat sendiri merupakan perintah yang disampaikan langsung dari Allah SWT
kepada Nabi Muhammad SAW. Hal ini seperti yang dituangkan dalam Al-Qur’an,

yang artinya: “Maka dirikanlah shalat, sesungguhnya shalat itu adalah kewajiban yang
ditentukan waktunya, atas orang-orang yang beriman” (QS.AN-NISA : 103).

Teman-temanku yang dirahmati oleh Allah SWT.

Begitu pentingnya Rasul menegaskan kalu pembeda antara muslim dan kafir adalah shalat.
Hal ini seperti yang tertuang dalam haditsnya, yang artinya: Dari Jabir RA.

Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Batasan antara seorang muslim dan kafir adalah
meninggalkan shalat”(HR Muslim).

Meninggalkan shalat fardhu itu hukumnya berdosa, Adapun dosa-dosa meninggalkan shalat.

"Ibnu Qayyim menyebutkan "kaum muslimin bersepakat bahwa meninggalkan shalat lima
waktu dengan sengaja adalah dosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar dari dosa
membunuh, merampas harta orang lain, berzina, mencuri, dan minum minuman keras."

Na’uzubillah min zalik.

Semoga kita semua selalu menjagaa shalat kita ya, aamiin.

SOLAT adalah ibadat yang menduduki tempat tertinggi. Seandainya seseorang Muslim itu
taat mendirikan solat fardu sebanyak lima kali dalam sehari bermakna dia seolah-olah
menegakkan agamanya.

Apabila meninggalkan solat, ia umpama seseorang itu tidak mahu berusaha membina
agamanya dengan sempurna. Terdapat tidak kurang 100 ayat dalam al-Quran membicarakan
mengenai solat.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Mukminun, ayat 1-2 yang bermaksud: “Benar-benar
sangat beruntung orang-orang beriman. Yakni mereka yang khusyuk dalam mengerjakan
sembahyang.”
Dalam satu lagi ayat, Allah SWT menegaskan yang bermaksud: “Benar-benar sangat
beruntung orang-orang yang membersihkan diri dengan beriman dan sentiasa berzikir
menyebut nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang.” (Surah Al-A’la, ayat 14-15)

Solat mengandungi falsafah atau hikmah tersendiri yang perlu kita hayati. Sangat daif
pemikiran jika ada yang menganggap solat mengganggu rutin tugasan seharian.

Ini kerana solat perlu ditafsirkan sebagai jalan petunjuk Allah SWT untuk membimbing
manusia supaya sentiasa menghargai dan menepati masa. Itu adalah falsafah ulung dalam
solat.

Cukup masa, setiap Muslim wajib menunaikan perintah Allah itu tanpa melengahkannya.
Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisa’, ayat 103 yang bermaksud: “Sesungguhnya
solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman dan ditentukan
waktunya.”

Lihat kronologi perjalanan mendirikan solat yang bermula dengan solat Subuh, diikuti solat
Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Apabila mendirikan solat di luar waktunya maka solatnya
tidak sah.

Solat ada had sempadan masa yang ditetapkan. Dalam hal ini, jelas solat membimbing kita
bagaimana menguruskan perjalanan waktu dengan sebaiknya.

Rasulullah SAW mengingatkan kita, ‘Solat pada awal waktu akan memperoleh keredaan
Allah dan di akhirnya mendapat keampunan-Nya.’ (Hadis riwayat Imam At-Tirmizi)

Malah, Rasulullah SAW pernah ditanya sahabatnya berkenaan masa mendirikan solat. Lantas
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Solat pada awal waktunya.” (Hadis riwayat
Imam At-Tirmizi dan Abu Daud)

Menerusi ibadat solat, ia mengajar kita supaya bijak menguruskan masa. Sebarang kecuaian
akan memberikan kesan buruk kepada catatan amal kita.

Selain itu, mendirikan solat juga memberi makna kita berusaha untuk menjadi mukmin yang
berpegang kepada amanah dan menepati janji kepada Allah SWT.

Fahami dan hayati sepenuhnya janji ikrar kita setiap kali mendirikan solat menerusi bacaan
ayat dalam doa iftitah yang bermaksud, “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan
matiku hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.”

Doa iftitah itu sebenarnya terkandung dalam ayat 162 Surah Al-An’ am. Berdasarkan
bacaan ikrar kita kepada Allah dalam doa iftitah itu, sewajarnya kita mampu memberikan
pedoman supaya setiap kerja harian yang dibuat sentiasa berpijak kepada lunas agama dan
tidak membiarkan diri terjebak dengan sebarang unsur yang bertentangan dengan agama.

Seandainya kita seorang bapa, maka ikrar janji dalam doa iftitah itu wajib dizahirkan dengan
menunaikan amanah memelihara serta menjaga anak dengan sebaiknya termasuk
memberikan mereka didikan agama serta beramal dengan akhlak yang mulia.
Bagi seorang pendidik pula, sekiranya dia cuai dan bersikap sambil lewa dalam menunaikan
tanggungjawabnya sebagai pendidik, itu bermakna dia seorang yang tidak beramanah dan
menepati janji kepada Allah sebagaimana setiap waktu solat dia membaca doa iftitah itu.

Solat juga sepatutnya meninggalkan impak positif dalam mendidik kita sentiasa fokus
terhadap tugasan harian. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah
orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah Al-Mukminun,
ayat 1-2)

Jelas kepada kita, mendirikan solat itu bukan seperti melepaskan batok di tangga sahaja,
sebaliknya Allah SWT arahkan kita khusyuk iaitu memberi sepenuh tumpuan terhadap ibadat
solat.

Kita juga dilatih dan diajar mengenai ketelitian dalam melakukan sesuatu kerja. Kita cuba
hayati bagaimana khusyuknya menantu Rasulullah SAW, Saidina Ali bin Abi Talib ketika
mendirikan solat.

Dikisahkan dalam satu pertempuran, beliau dipanah dan anak panah musuh itu terkena pada
tubuhnya. Anak panah itu cuba dicabut namun Saidina Ali berasa sangat sakit.

Kemudian ketika beliau sedang menunaikan solat sunat, sahabatnya sekali lagi cuba
mencabut anak panah itu dan ternyata kali ini mereka berjaya. Ini kerana Saidina Ali
langsung tidak menyedari sahabatnya sedang mencabut anak panah itu daripada tubuhnya.

Selesai solat, beliau bertanyakan sahabat jika tujuan mereka berhimpun itu untuk mencabut
anak panah daripada tubuhnya.

Maka jawab sahabatnya: “Anak panah itu sudah berjaya kami keluarkan daripada tubuhmu
ketika kamu sedang mendirikan solat.”

Akibat meninggalkan solat

Solat fardhu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari
pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun
Islam.

Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor,
asar, maghrib dan isyak. Solat adalah tiang agama. Jika tiada solat maka runtuhlah agama
ibarat rumah yang tidak bertiang.

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan
niat qada’. Bagi mereka yang musafir, ia merupakan rukhsah (keringanan) yang diberikan,
dan harus bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya. Ini berdasarkan hadis:-
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya
seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

Antara dosa meninggalkan solat fardhu :

 Solat Subuh : Sekali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30


tahun yang sama dengan 60,000 tahun di dunia.
 Solat Zuhur : Sekali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1,000 orang
umat islam.
 Solat Ashar : Sekali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan
kaabah.
 Solat Magrib : Sekali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orang tua.
 Solat Isya : Sekali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau
di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya

Azab-Azab bagi mereka yang meninggalkan solat antaranya :

1) Balasan di dunia

 Allah SWT akan menghilangkan berkat dan rahmat dari usaha dan rezekinya. Allah
juga akan mencabut Nur bagi orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
Selain itu, dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

2) Azab ketika sakaratul maut

 Bagi mereka yang meninggalkan solat, rohnya akan dicabut ketika ia berada dalam
keadaan yang sangat haus. Mereka juga akan merasa azab yang amat pedih ketika roh
dicabut keluar. Mereka juga akan merasa azab Su’ul Khatimah. Selain itu, mereka
juga akan dirisaukan akan hilang imannya.

3) Azab di alam barzakh

 Mereka akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan dari malaikat
Munkar dan Nakir yang sangat menggerunkan. Kubur mereka juga akan menjadi
gelap dan sempit. Kuburnya juga akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang
rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari). Akhirnya mereka akan diseksa dengan
binatang-binatang bias seperti ular, kala jengking dan lipan.

4) Azab di hari kiamat.

 Apabila berada di hari kiamat, hisab atau timbangan ke atas mereka yang
meninggalkan solat fardhu lima waktu akan menjadi sangat berat. Allah akan murka
kepadanya dan Allah SWT juga akan menyiksanya dengan api neraka yang sangat
panas.

Anda mungkin juga menyukai