Anda di halaman 1dari 73

FIQH SOLAT

FALSAFAH SOLAT
Allah s.w.t. menciptakan semua makhluk adalah bertujuan untuk menyembahNya.
Hakikat kejadian manusia dan seluruh makhluk di langit dan bumi seperti jin,
malaikat dan sebagainya adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Perkara
ini telah disebut didalam al-Quran iaitu:
DEFINISI SOLAT
Pengertian solat dalam bahasa Arab bermaksud doa atau doa ke arah
kebaikan. Maksud ini selaras dengan firman Allah s.w.t:
Maksudnya: Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah
(zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan
mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk); dan doakanlah untuk mereka,
kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan
(ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Surah al-Taubah (9): 103
Pengertian Solat
dari Istilah
• ahli-ahli fekah : solat ialah perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan
tertentu yang dimulai dengan takbir al-ihram dan diakhiri dengan salam.

• Ia juga bermaksud berhadapan hati kepada Allah s.w.t. dengan cara


mendatangkan rasa takut kepadaNya serta menumbuhkan di dalam jiwa,
rasa kebesaranNya dan kesempurnaan kekuasaanNya

• solat adalah menzahirkan hajat dan keperluan kita kepada Allah s.w.t.
melalui perkataan dan perbuatan atau kedua-duanya sekali. Dari segi roh
ialah keikhlasan menghadap Allah s.w.t. dengan kehadiran hati dalam
berzikir, berdoa dan memuji.
• Berdasarkan pengertian yang telah diberikan juga dapat dibuat kesimpulan
bahawa pengertian solat yang menyeluruh ialah ibadah yang dilaksanakan
dengan anggota zahir dan batin dengan mengarahkan sebulat hati kepada Allah
tanpa lalai sedikit pun.
• ianya perlu mendatangkan rasa takut kepada Allah s.w.t dan menumbuhkan rasa
keagungan dan KebesaranNya serta melaksanakan dengan penuh khusyuk dan
ikhlas.
• Ia juga merangkumi ucapan dan perbuatan yang akan menanam kekuatan
dalam diri manusia demi menyelamatkan mereka dari segala penderitaan yang
wujud dalam kehidupan.
Dalil-Dalil Kewajipan Solat
Dalil-dalil Pensyariatan Solat.

Perintah supaya mengerjakan solat diterima secara langsung oleh


Rasulullahs.a.w. pada malam Israk Mikraj pada 27 Rejab, satu setengah
tahun sebelum baginda berhijrah dari Mekkah ke Madinah. Solat
difardhukan berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah
Al-Quran

Maksudnya: Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut
dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. kemudian apabila
kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna
sebagaimana biasa).Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang
yang beriman, yang tertentu waktunya. (Al-Nisa' : 103)
Ketenangan

Kesan Pengabdian
Syukur Solat

Keharmonian
Rasulullah menjadikan solat sebagai perkara yang menyeronokkan
dan menenangkan hati.
Marilah mencari kerehatan dengan solat. Mudah-mudahan hati kita menjadi
tenang menghadapi ujian kehidupan. Solat ialah sebesar-besar dan seutama-
utama zikrullah. Firman Allah mafhumnya:
“Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”
(Taaha : 14)
Hati yang mengingati Allah akan mendapat ketenangan. Ini dapat dilihat
dalam firman Allah yang lain, mafhumnya:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.”
(Al-Ra’d 13: 28)
Ketenangan itulah kekuatan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam
hidup. Kita menghadapi ujian bukan dengan kekuatan otot dan fizikal, tetapi
dengan kekuatan hati

Hati yang tenang tidak akan mudah kecewa, bosan, putus asa dan marah
apabila berdepan dengan kegagalan, kesakitan, kekurangan dan kekalahan
dalam hidup.
Allah s.w.t. telah mengurniakan nikmatnya yang tidak terhingga kepada
manusia. Nikmat Allah swt tidak dapat dihitung oleh sesiapapun:
• Nikmat Allah s.w.t.
tidak terhitung itu
yang dikurniakan
kepada semua
manusia.
• Sesiapa yang
melakukan solat
adalah di antara
tanda-tanda
mensyukuri segala
• Solat adalah pengabdian seorang hamba kepada Allah S.W.T..

• Sekali gus solat juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang
hamba kepada Allah S.W.T

• Berdasarkan maksud ayat bi bawah solat adalah jalan bagaimana untuk


kita sentiasa mengingati Allah Ta’ala
• Solat berjemaah di masjid adalah mampu untuk melahirkan keharmonian.
Solat juga mampu membentuk ukhwah dan saling bertukar fikiran secara
rasional tanpa mengira latar belakang dan fahaman. Ini kerana setiap individu
menjaga adab ketika berada di rumah Allah s.w.t
• Apabila masyarakat mengerjakan solat berjemaah maka terhakislah rasa
sombong, dengki dan riya’ bahkan terhasil hidup dalam keadaan berdisiplin
dan mematuhi peraturan peraturan yang luhur. Begitu juga akan terjalin rasa
saling memahami, hidup tenang, bersopan santun dan penuh kemesraan.
KEPENTINGAN SOLAT

• Solat dilakukan bertujuan membenarkan pengakuan ucapan dua kalimah


syahadah.
• solat merupakan ibadah pokok yang paling utama dan tiang agama. Sabda
Rasulullah s.a.w.:
• Solat merupakan ibadah yang mula-mula sekali difardhukan kepada setiap
individu muslim.
• Rasulullah s.a.w. menerima perintah mendirikan solat sewaktu baginda
diundang oleh Allah s.w.t. pada malam Israk dan Mikraj secara langsung tanpa
perantaraan.
• Ini menunjukkan kepada manusia bahawa solat itu suatu tugas dan amanah
dari Allah yang mesti dilakukan dengan cara yang terbaik.
Orang-orang yang gagal mengerjakan solat adalah dianggap rugi. Sebaliknya
orang yang khusyuk dalam solat akan beroleh kemenangan dan kejayaan.
Allah s.w.t. telah berfirman
Mukmin yang berjaya apabila Allah s.w.t. telah meredhai amalannya yang khusyuk
di dalam solatnya dan mereka akan ditempatkan di dalam syurga Firdaus serta kekal
di dalamnya. Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam ayat berikut

Maksudnya: Dan orang-orang yang memelihara solatnya mereka itulah


orang yang akan mewarisi (iaitu) yang akan mewarisi Syurga Firdaus,
mereka kekal di dalamnya. (Al-Mukminun : 9-11
Pahala solat fardu lima kali sehari semalam adalah menyamai lima puluh kali solat
setiap hari. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya: Difardhukan solat ke alas Nabi Muhammad saw pada malam
Israk sebanyak lima puluh waklu kemudian dikurangkan hingga menjadi
lima waklu, lantas Nabi Muhammad diseru, Ya Muhammad: sesungguhnya
perkataan di sisiku tidak dapat diubah lagi dan sesungguhnya bagi engkau
dengan solat lima waklu ini (dinilai sama) dengan lima puluh waktu.
Ibadah solat merupakan ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah
Taala khususnya ketika sujud
• Solat itu adalah menyucikan jiwa dan akal individu muslim dari sebarang
perkara mungkar.
• Bersih dari sebarang unsur kesyirikan terhadap Allah s.w.t. dan segala sifat-
sifat buruk yang bertentangan dengan naluri manusia muslim. Ini dijelaskan
oleh Allah s.w.t. dalam firmanNya
Maksudnya: Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang
diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun);
Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar;
dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan
kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
(Al-Ankabut : 45)
• Solat adalah ibadat yang paling utama untuk membuktikan keislaman
seseorang.
• Keimanan dan keikhlasannya dapat kita lihat ketika seseorang mendirikan
dan mengerjakan solat. Firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang
apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan
kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhanlah
mereka bertawakkal. Iaitu mereka yang mendirikan solat dan menafkahkan
sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang
beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperolehi beberapa darjat
ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki yang mulia.
Kepentingan Solat

Bukti Penyucian jiwa Bina jiwa & Cegah keji dan Mendisiplinkan
Kehambaan dan rohani Iman Mungkar diri
• Fungsinya amat besar dalam kehidupan kerana ia merupakan pertalian terus
menerus di antara hamba dengan Allah s.w.t. tanpa sebarang perantaraan, samada orang biasa
atau golongan ulamak.

• Membuktikan tanda keimanan seseorang hamba. Tidak ada iman tanpa solat. Ini kerana
Iman dan Islam saling bertautan. Justeru itu, apabila seseorang mengaku beriman tetapi
tidak pernah melakukan solat maka perlakuannya tidak diterima oleh syarak.
• Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku,
maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat, Aku mengabulkan permohonan
orang yang mendoa apabila dia berdoa kepadaKu, maka hendaklah mereka itu
memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar
mereka selalu berada dalam kebenaran.
Surah al-Baqarah (2): 186
Maksudnya: Tiada seorang muslim yang menghadiri solat wajib lalu
disempurnakannya wudhuk, khusyuk dan rukuknya melainkan solat itu
menjadi penebus dosa yang terjadi sebelumnya selama tidak mengerjakan
dosa besar dan itu untuk selamanya.
Mengingati solat adalah perkara utama rukun Islam dan sekaligus merupakan
bukti keimanan seseorang. Firman Allah s.w.t.
Maksudnya:
Alif Lam Mini. Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya, menjadi
petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa iaitu orang-orang yang beriman
kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan solat serta
membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(Al-Baqarah : 1-3)

• apabila sempurna solat seseorang maka eloklah dalam segala amal ibadahnya
yang lain. Ia juga memberi kesan terhadap tingkahlaku dalam kehidupan
seharian
• Dengan solat, perkara keji dan mungkar dapat dihindari. Ini kerana solat itu
dapat mengawal nafsu seseorang
• Solat yang sempurna atau yang dibina atas dasar khusyuk dan rendah diri
kepada Allah s.w.t. dapat menyinari hati, membersihkan jiwa dan mengajar
seseorang hamba itu adab-adab pengabdian serta kewajipannya terhadap
Allah s.w.t
• Solat sememangnya mampu melahirkan individu yang berdisiplin dalam banyak
segi seperti kepatuhan kepada waktu. Solat melatih insan supaya sentiasa
bersedia dan berwaspada kepada waktu iaitu waktu menunaikan solat.
• Solat melatih untuk mematuhi setiap suruhan sebagaimana di dalam solat
untuk dipraktikkan di luar solat seperti menutup aurat, menjaga hati,
merendahkan pandangan, menepati janji dan seumpamanya
Solat berjamaah pula melatih umat Islam mentaati pemimpin, mengikuti
peraturan, mematuhi undang-undang dan menghormati ketua. Keadaan ini
dapat dilihat apabila imam mengangkat takbir, para makmun turut sama-sama
mengangkat takbir, apabila imam membaca al-Fatihah atau ayat al-Quran para
makmun mendengar dengan teliti dan tekun, apabila imam rukuk maka para
makmun turut rukuk begitu juga ketika imam sujud maka para makmun turut
sujud sehinggalah ketika imam memberi salam
Solat dari Perspektif Sains
Hikmah Berwuduk dari Aspek
Sains dan Kesihatan
BERKUMUR ✓ membersihkan mulut daripada sisa
makanan
✓ menggerakkan otot-otot dan urat pada
wajah melalui regangan untuk menguatkan
otot-otot pipi
✓ mengelakkan daripada berlaku radang
kerongkong, gusi dan paru-paru
✓ menghindarkan daripada penyakit selesema
dan demam.
MEMASUKKAN AIR ✓ kotoran yang ada di dalam udara yang disedut oleh
KE DALAM hidung akan dapat dibersihkan
HIDUNG ✓ membersihkan sebarang kuman yang terdapat di
dalam rongga hidung kerana udara yang kita sedut
mengandungi bahan debu, kotoran dan kuman
✓ menyegarkan pernafasan dan fikiran
✓ mengelakkan berlakunya tompokan bakteria di dalam
hidung
✓ menjauhkan penyakit resdung, sinus dan penyakit-
penyakit yang berkaitan dengannya
✓ titik-titik sensitif yang apabila dikenakan air ia akan
MEMBASUH
merangsang liang roma untuk mengaktifkan semula
MUKA
kawasan tersebut. Rongga kulit akan terbuka sambil
mengeluarkan kotoran yang terlekat di celah-celah rongga
✓ kulit muka disapu dengan air, ia dapat membantu
mengeluarkan kandungan minyak yang terdapat di
dalam kelenjar kulit. Kuman tersebut kalau tidak
dibersihkan boleh mendatangkan penyakit seperti
jerawat, kudis, gatal dan sebagainya
✓ Kajian telah membuktikan bahawa membasuh tangan hingga ke siku
melancarkan peredaran darah pada organ tangan di bahagian atas
dan lengan.
✓ Apabila kita membasuhnya serta menggosoknya, dengan cara ini
mampu merangsang saraf-saraf di bawah lengan untuk aktif dan
melancarkan pengaliran darah.
✓ Kedua-dua tangan ini juga yang sering digunakan oleh manusia untuk
menyentuh sesuatu yang mudah terjadi jangkitan kuman semasa
MEMBASUH memegang benda-benda seperti cacing pita di celah-celah kuku yang
TANGAN boleh membawa penyakit berbahaya di dalam perut dan usus
HINGGA KE
SIKU
MENYAPU
KEPALA ✓ mampu menghilangkan rasa pening dan menurunkan
✓ tekanan darah
Air akan segera meredakan kepanasan yang ada pada suhu
kepala dan seterusnya mengembalikan suhu normal kepala
✓ Air akan segera meredakan kepanasan yang ada pada suhu
kepala dan seterusnya mengembalikan suhu normal kepa
MEMBASUH
✓ Menjaga kebersihan telinga. telinga mudah dihinggapi kotoran
TELINGA
yang boleh menghalang gelombang bunyi masuk ke dalam
rongga telinga.

✓ Membasuh telinga mampu memulihkan sistem deria


dan tahap penerimaan getaran dapat diaktifkan.

✓ air boleh membantu memulihkan sistem daya imbangan di


dalam telinga.
MEMBASUH
TENGKOK
✓ Membasuh leher semasa berwuduk seperti
melakukan urutan terapi saraf

✓ Air yang terkena ke atas leher boleh menurunkan


suhu badan dan mengelakkan daripada demam
dan sakit kepala.
MEMBASUH
KEDUA KAKI ✓ membasuh kaki ianya dapat mengembalikan stamina
seseorang.

✓ membantu pertumbuhan sel-sel otak dan secara terus


mengalirkan darah ke seluruh badan.

✓ merehatkan otak dan mencapai tahap tenang dan


nyaman kerana semua urat yang berhubungan dengan
anggota badan terletak di kaki
Rumusan
✓ menghayati dengan memberi sepenuh perhatian dan
mengetahui hikmah di sebalik setiap sapuan air ke
anggota-anggota wuduk, nescaya kita mendapat
kesihatan yang sangat baik dalam kehidupan kita di
dunia.
✓ setiap sapuan air ke anggota wuduk itu akan
menggugurkan dosa-dosa kecil seperti dosa mendengar
perkara yang melalaikan dan sia-sia.
HIKMAH SOLAT DARI
PERSPEKTIF SAINS DAN KESIHATAN

https://youtu.be/eRm-ZK3AnBk
https://youtu.be/Gb_DP7tK0Gk
✓ niat merupakan kata kunci kepada setiap ibadah

Niat ✓ niat dilakukan betul hanya kerana Allah Taala, hati akan
menjadi tenang dan lapang serta menjadikan fikiran
sentiasa bersifat positif. Seseorang itu dibentuk oleh niat
dan pemikirannya.

✓ positif terbit daripada niat fikirannya maka positiflah


tindakan dan amalannya
Berdiri Tegak dan Takbiratul Ihram
• memberi kesihatan sangat banyak
• Ketika solat kita memuji, menyanjung, memohon, berdoa dan
bermunajat kepada Allah. Sudah pasti Allah akan
memperkenankan permintaan hamba-Nya yang tulus ikhlas.
• Bacaan wahyu dengan penuh perasaan akan menjadikan
fikiran, jiwa dan tubuh badan berinteraksi dan wujud
hubungan dengan Allah
• Solat membantu pertumbuhan antibodi dan membekal darah
serta oksigen ke seluruh badan. Antibodi yang dikeluarkan di
dalam badan akan mampu melawan sel-sel penyakit seperti
virus dan bakteria di dalam tubuh
sambungan rangkuman gerakan dan regangan badan seperti senaman
ringan yang dilakukan sebagai rutin pada setiap awal pagi,
menjelang tengah hari, petang, awal senja dan malam hari.

Regangan-regangan yang dilakukan di dalam solat adalah


merupakan kedudukan yang amat sempurna untuk menjaga
kesihatan tubuh badan.

kejadian tubuh badan di antara lelaki dan wanita mempunyai


gerakan dan kedudukan yang berbeza di beberapa tempat di
dalam solat mampu memulihkan seluruh anggota badan kita
yang mampu menghindarkan banyak penyakit
Mengangkat Takbir
mengangkat kedua-dua belah tangan secara tidak langsung
menegangkan otot dada dan bisep pada lengan. Diafragma udara
juga akan terbuka dan oksigen memasuki badan sebelum kita
memulakan solat.

Rongga dada seperti paru-paru mendapat bekalan udara


secukupnya dan membantu menyegarkan badan serta memulih
tenaga tubuh.

Semasa berdiri, seluruh kekuatan tulang akan dapat


diperkuatkan. Tulang kaki menjadi lebih stabil dan di posisi ini
Mengangkat Takbir
Sambungan
Semasa berdiri, seluruh kekuatan tulang akan dapat
diperkuatkan. Tulang kaki menjadi lebih stabil dan di posisi ini
tulang di dalam badan sedang dalam keadaan rehat.

Pergerakan di dalam solat merupakan latihan gerakan ringkas


bagi pembetulan kedudukan tulang serta melancarkan
pergerakan sendi.
✓ Semasa rukuk otot-otot betis dapat diregangkan serta
menjauhkan daripada penyakit kejang terutama di bahagian
Ketika Rukuk betis dan pangkal paha.

✓ Rukuk memberi tekanan kepada dinding pembuluh darah di


permukaan kedua-dua betis.

✓ Tekanan ini menggerakkannya untuk proses pengaliran


darah di urat betis bahagian sisi serta menguatkan dinding
urat-urat yang lemah
• Semasa rukuk juga dapat menggerakkan kedua-dua lutut dengan
menggerakkan tangan di atas tempurung lutut dan menekannya serta
Ketika Rukuk dapat mendorong kedua-dua tempurung itu ke belakang.

• Dengan cara ini peredaran darah akan lancar di dalam kedua-dua


tempurung ini.

• Semasa ditekan dengan tangan ke belakang, darah dan zat makanan


akan sampai ke bahagian tempurung.

• Kedudukan tulang belakang juga menjadi tegap dan membantu


proses pembetulan semula kedudukan tulang belakang.
Iktidal • Kedudukan iktidal adalah suatu posisi yang sangat baik untuk
otak.

• Pada masa iktidal otak akan mendapat oksigen secara cepat


setelah tunduk sedikit selepas rukuk.

• Pada masa ini tahap ketenangan adalah tinggi berlaku di dalam


otak.

• Badan menjadi normal setelah otak berfungsi secara maksimum


selepas itu
Sujud

• Solat membantu pertumbuhan antibodi dan membekal


darah serta oksigen ke seluruh badan.
• Kebiasaannya oksigen dan darah agak lambat sampai ke
bahagian atas tubuh badan disebabkan daya graviti bumi.
• Sujud dalam solat boleh mempercepatkan penghantaran
darah dan oksigen kepada bahagian dada, leher dan otak.
• fungsi jantung ialah bergerak mengepam darah ke seluruh badan.
Sujud • Tugas menggerakkan darah yang sukar ialah mengepam darah ke
kepala.
• Apabila sujud yang dilakukan semasa solat, jantung mudah
mengepam darah ke seluruh anggota di badan kerana tiada
halangan graviti bumi.
• Sujud yang lama dapat menenangkan jantung dan melancarkan
pergerakan darah.
• Sujud seperti ini dapat menjernihkan darah di paru-paru iaitu
dengan membuang karbon dioksida dengan cepat dan
menggantikannya dengan oksigen serta membuka jalan pengaliran
darah ke paru-paru.
• Sujud dapat merehatkan hati kerana darah dapat mengalir
Sujud lancar terus menerus. Keadaan ini dapat mengurangkan
penyakit jantung, lemah, pening, sesak dada, pengsan, sesak
nafas dan lain-lain.
• Gerakan kedua-dua tangan dan penekanan ke tanah dapat
menguatkan persendian tulang dan melancarkan peredaran
darah.
• Selain itu, dapat mewujudkan tekanan pada perut, kedua-dua
lutut dan kedua-dua kaki sehingga dapat menguatkan
persendian pada tulang tersebut sambil mengatasi daripada
reput.
• Bahagian atas punggung terasa ditarik dan diregang menjadikan
otot atas belakang anjal dan sihat
Sujud
• Semasa sujud, tekanan darah akan menjadi kuat di bahagian
kepala.
• Darah dialirkan dengan cepat ke bahagian otak. Pada masa ini
semua oksigen dan darah bertumpu di bahagian sel-sel otak.
• Cara ini menambah kecergasan otak dan berupaya memberi
isyarat kepada badan dengan lebih pantas. Degupan jantung juga
akan bertambah apabila jantung berkedudukan terbalik dan
melawan graviti bumi.
• Darah lebih cepat dipam ke otak dan seluruh badan. Semua saraf
kembali aktif dan mempunyai tenaga tambahan dengan bantuan
Memberi Salam
• Semasa memberi salam, berlaku regangan otot-otot di
bahagian kepala dan leher.
• Ia membantu pergerakan otot-otot leher secara sempurna.
Ia juga mampu menjadikan bahagian kepala dan leher lebih
ringan semasa pergerakan serta udara juga dapat
dibekalkan dengan jumlah yang lebih banyak.
• Secara khususnya juga penyakit yang berpunca di bahagian
kepala dapat dirawat dengan regangan urat leher semasa
memberi salam..
Tamat
Kesimpulan, solat bukan sahaja menjadi
kekuatan rohani malah terapi kesihatan
tubuh badan secara lahiriah yang
membuatkan diri kita sentiasa cergas dan
bahagia.

Anda mungkin juga menyukai