Anda di halaman 1dari 6

Doa banyak kelebihan

Oleh: Ramlah
Saturday, 20 April 2013 06:00
Saiz fon
Cetak
E-mel
MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh
keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-
Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat
di akhirat.
Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Ghaafir ayat 60 tafsirnya:
"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan
kamu."
Doa merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan seorang Muslim. Berdoa juga merupakan
pengakuan seseorang hamba terhadap kekuasaan Allah Subhanahu Wata'ala dan suatu tanda
keyakinan bahawa tiada tempat meminta tolong melainkan kepada Allah Subhanahu Wata'ala.
Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala menyukai orang-orang yang berdoa kepada-Nya. Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam sering kali berpesan supaya kita memperbanyakkan berdoa dan
mengingatkan kita betapa doa itu mempunyai banyak kelebihan.
Ketahuilah bahawa doa adalah penggerak dalaman yang memberikan kekuatan, keyakinan, harapan dan
keberkatan dalam apa jua amal perbuatan. Oleh itu di dalam Islam pada setiap amal dan perbuatan yang
dilakukan terdapat doa-doa tertentu yang baik untuk diamalkan sama ada sebelum melakukan sesuatu
perbuatan atau selepas melakukannya. Ini jelas menunjukkan betapa berdoa itu adalah salah satu
daripada keperluan yang penting di dalam mencari keberkatan, keredaan dan perlindungan Allah
SubhanahuWata'ala dalam mencapai segala yang dilakukannya.
Doa itu sangat mulia dan tinggi nilainya. Untuk mendapatkan doa yang mustajab, umat Islam dituntut
membacanya dengan beradab. Di antara adab tersebut ialah orang yang berdoa hendaklah dalam
keadaan berwuduk, mengadap kiblat, memulakan dan mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji
nama Allah Subhanahu Wata'ala serta memberi selawat dan salam kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam. Berdoalah dengan rendah hati, khusyuk dan tawaduk kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Dan
adalah lebih afdal diulang-ulang doa tersebut sebanyak tiga kali.
Perlu diingat juga bahawa kita tidaklah boleh berdoa dengan suatu yang tidak munasabah dan mustahil
ataupun mendoakan keburukan dan kecelakaan kepada orang lain. Dalam kita berdoa, adalah lebih elok
jika turut berdoa untuk kebaikan dan kesejahteraan umat Islam seluruhnya, dan lebih utama lagi kita
turut mendoakan untuk ibu bapa dan anak-anak kita. Doa anak-anak kepada kedua ibu bapanya adalah
besar manfaatnya, lebih-lebih lagi apabila keduanya telah meninggal dunia. Oleh itu adalah wajar bagi
kita sentias berdoa untuk ibu bapa kita kerana mereka merupakan orang yang sangat berjasa dalam
kehidupan kita, insan yang telah memelihara dan mendidik kita dari kecil hingga dewasa, yang sanggup
berkorban apa saja demi anak-anak yang dikasihi. Begitulah juga halnya dengan ibu bapa, digalakkan
supaya mendoakan anak-anak mereka seperti mana Nabi Ibrahim Alaihissalam mendoakan anaknya
sebagimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ash-Shaaffat ayat 100 tafsirnya:
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang tergolong dari orang-orang yang soleh."
Perlulah diketahui bahawa terdapat banyak waktu jika kita berdoa di dalamnya, doa akan mudah dan
cepat dimakbulkan, di antaranya ialah malam Jumaat dan hari Jumaat, waktu di antara azan dan
'iqamah, ketika khatib duduk di antara dua khutbah, ketika sujud di dalam sembahyang, setelah
sembahyang fardu, di bulan Ramadan, pada malam Al-Qadar, hari Arafah, ketika minum Air Zam-Zam,
ketika membaca Al-Qur'an terutama apabila khatam dan banyak lagi.
Sebagai orang Islam, kita hendaklah memperbanyakkan doa, kerana doa itu menunjukkan kita
merendahkan diri, taat dan ingat kepada Allah Subhanahu Wata'ala, sama ada ketika senang mahupun
susah. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh dan yakin bahawa doa tersebut akan diperkenankan dan
dimakbulkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Janganlah mudah berputus asa jika doa belum
dimakbulkan ataupun terburu-buru mengharapkan supaya doanya cepat dimakbulkan.
Namun perlu juga diingat bahawa terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan doa tidak
dimakbulkan Allah Subhanahu Wata'ala, antaranya ialah orang yang berdoa itu tidak dicintai Allah
Subhanahu Wata'ala kerana mengabaikan perintah dan larangan-Nya. Oleh itu jika mahu menjadi hamba
yang dicintai Allah, kita hendaklah mentaati segala perintah Allah Subhanahu Wata'ala dan menjauhi
larangan-Nya supaya menjadi Muslim yang beriman dan dicintai Allah, dengan demikian barulah doa
yang dipohonkan akan dimakbulkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala sebagimana disebutkan dalam
Surah Al Baqarah ayat 186 tafsirnya:
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka katakan kepada mereka:
Sesungguhnya Aku sentiasa hamper kepada mereka. Aku perkenankan permohonan orang-orang yang
berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu menyahut seruan-Ku dengan
mematuhi perintah-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka sentiasa berada
dalam kebenaran."
Selain itu, jika kita tidak mahu doa kita ditolak, kita hendaklah memastikan makanan, minuman dan
pakaian adalah daripada sumber yang halal. Dalam sebuah kisah, Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam
menceritakan tentang seorang lelaki yang telah melalui suatu perjalanan yang jauh, lelaki tersebut dalam
keadaan kusut-masai dan berdebu rambutnya, menadahkan kedua-dua tangannya ke arah langit untuk
berdoa: "Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!" Padahal makanan lelaki itu dari sumber yang haram,
minuman dari sumber yang haram, pakaiannya dari sumber yang haram dan ia makan makanan yang
haram, lalu bagaimanakah doanya akan diterima?
Sudah menjadi kelaziman orang-orang Brunei apabila mengadakan majlis-majlis perayaan atau
perhimpunan, majlis suka dan duka, tidak kira majlis kecil atau besar, sudah pastinya tidak akan
meninggalkan amalan doa. Amalan tersebut sangat baik lagi terpuji. Amalan tersebut adalah sebagai
tanda syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala di atas limpahan nikmat kurnia-Nya serta bagi
memohon keberkatan dan rahmat Allah Subhanahu Wata'ala jua. Tapi apa yang mendukacitakan ialah
terdapat segelintir orang yang tidak mengambil berat akan amalan berdoa. Ini dapat kita lihat apabila doa
dibacakan di dalam sesuatu majlis atau yang seumpamanya, terdapat orang yang tidak mengendahkan
untuk mendengar doa yang dibacakan. Begitu juga akan halnya setelah selesai mengerjakan
sembahyang, termasuklah ketika mengerjakan sembahyang berjemaah di masjid, didapati terdapat orang
yang terus bangkit tanpa berdoa terlebih dahulu.
Alangkah ruginya mereka yang tidak ikut serta berdoa kerana pada doa yang dibacakan dalam suatu
majlis, atau selepas sembahyang dan seumpamanya lazimnya mengandungi permohonan untuk
mendapatkan keampunan, rahmat, keberkatan, kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan serta
memohon perlindungan diri dan keluarga dari mara bahaya, bencana dan sebagainya. Sepatutnya doa
yang dibacakan itu kita dengar dengan khusyuk dan tawaduk serta turut mengaminkan agar kita turut
sama mendapat keberkatan dari doa tersebut. Dan ingatlah bahawa orang yang tidak mahu berdoa
dianggap sebagai orang yang sombong kepada Allah Subhanahu Wata'ala, bahkan mereka juga akan
mendapat kemurkaan dari Allah Subhanahu Wata'ala sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam maksudnya:
"Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu katanya: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: orang yang
tidak meminta (berdoa) kepada Allah, Allah murka kepadanya."
Sesungguhnya setiap doa yang dipanjatkan yang disertakan dengan keikhlasan kepada Allah
SubhanahuWata'ala, tidak kira cepat atau lambat, doa itu pasti akan dimakbulkan. Apa yang penting kita
telah berusaha dan yakin apa yang dipohonkan dan dihajati akan diterima Allah Subhanahu Wata'ala.
Oleh itu perbanyakkanlah doa sepanjang masa. Ingatlah bahawa doa itu senjata orang mukmin, di mana
melalui doa, keampunan dan rahmat akan diperolehi, manakala musibah dan kesusahan terhindar
kerana jika Allah Subhanahu Wata'ala menghendaki dan memperkenankan doa hamba-Nya, tidak ada
suatu pun yang dapat menghalang kerana Allah Subhanahu Wata'ala tidak akan mensia-siakan doa
hamba-Nya yang penuh dengan keikhlasan.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ghaafir ayat 60 tafsirnya:
"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan
kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku,
akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina."

Islam galakkan doa kebaikan untuk orang lain
Posted on April 6, 2011 by albakriah


Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar
DOA adalah cabang ibadah yang penting dalam Islam dan melambangkan sikap kehambaan terhadap Allah.
Biasanya kita hanya memanjatkan doa memohon sesuatu hajat tatkala berhadapan dengan permasalahan hidup.


Berdoa sebenarnya adalah satu rutin yang seharusnya dijadikan acara wajib dalam diri
setiap mukmin. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Doa itu adalah otaknya
ibadah. (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Kenyataan Rasulullah SAW ini merujuk hakikat doa sebagai ibadah yang jelas memperlihatkan unsur perhambaan
kepada Allah.
Ada satu kehebatan dalam ibadah berdoa itu ialah bagaimana Islam menganjurkan umatnya sentiasa berdoa untuk
orang lain. Ini bermakna doa tidak terhad kepada diri sendiri dan ahli keluarga kerana Islam melebarkan anjuran
berdoa untuk kebaikan semua.
Apabila kita berdoa untuk orang lain, doa akan diaminkan oleh malaikat dan sangat mustajab dikabulkan seperti doa
untuk kedua ibu bapa, teman, guru dan saudara muslim lain yang berada jauh dari kita.
Mereka tidak tahu pun kita mendoakan untuk mereka, namun doa dalam kategori ini sangat mustajab dan cepat
dimakbulkan Allah. Contohnya, apabila mendapat tahu ada teman ditimpa kesusahan atau penyakit, maka sangat
afdal untuk kita mendoakan teman itu.
Berdoa untuk orang lain melambangkan ikatan silaturahim yang kuat dan mantapnya roh kasih sayang dalam jiwa
seseorang mukmin. Bayangkan bagaimana harmoni dan indahnya kehidupan masyarakat dan negara, jika semua
mukmin saling berdoa untuk kesejahteraan saudara yang lain.
Ini sekali gus menghakis rasa dengki dan menghidupkan kehidupan ukhuwah. Berdoa untuk insan lain juga satu
manifestasi iman dan takwa, lambang keprihatinan dalam hubungan sosial yang perlu ditonjolkan umat Islam.
Umat Islam diingatkan supaya berlumba melakukan kebaikan dan satu cara mudah untuk membuat kebaikan ialah
mendoakan orang lain. Doa ada tautan kasih sayang kerana apabila berdoa kita akan terbayang wajah pihak yang
didoakan.
Bagaimanapun, janganlah pula mendoakan sesuatu yang buruk terutama apabila berlaku salah faham atau atas
dasar kepentingan tertentu kerana bercanggah dengan suruhan Allah.
Jangan kita memperlekehkan kepentingan berdoa dalam usaha meringankan penderitaan orang lain kerana doa
adalah senjata ampuh yang bermustajab selain mampu membina nilai kasih sayang sesama mukmin.

Nabi saw bersabda, "Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya, setiap kebaikan digandakan
dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali ganda. Allah berfirman; kecuali puasa; ia adalah
untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya
dan juga minumnya demi Aku. Untuk setiap orang yang puasa ada dua kegembiran; kegembiraan ketika
berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah. Perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik
bagi Allah di bandingkan wangian kasturi". (HR Bukhari dan Muslim).

Nabi saw bersabda, "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan
orang yang musafir". (HR Bukhari)

"Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." (HR Ibn Majah)

"Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti
pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit".(HR at-
Tirmizi)

"Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang sebenar
adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha (sia-sia) dan tidak bercakap
perkataan yang keji." (HR Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Nabi saw bersabda, "Apabila seseorang berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang
kotor dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak bergaduh maka
hendaklah dia berkata: "Sesungguhnya saya sedang berpuasa." (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw bersabda, Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap bohong dan berkelakuan buruk ketika
berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah, baginya hanya lapar dan dahaga sahaja.
(HR Bukhari)

Nabi saw bersabda,, "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan
ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu".(HR Bukhari)

Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut Pintu Rayyan.
Semua orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat dan tidak dibenarkan sesiapa pun
selain daripada mereka memasukinya. Lalu dikatakan: "Di manakah orang yang berpuasa?" Lantas
mereka pun berdiri dan tidak ada seorang pun yang dapat masuk selain orang yang berpuasa. Apabila
sekalian orang berpuasa telah masuk, maka ditutuplah dan tiada seorang pun yang dapat
memasukinya." (HR Bukhari dan Muslim)

"Tunjukkan aku satu amalan yang membolehkan aku masuk syurga". Rasulullah saw bersabda:
Hendaklah kamu berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya. (HR Ibn Hibban)

Puasa adalah perisai yang akan melindungi seseorang daripada api neraka. (HR Ahmad)

Nabi saw bersabda, Tidak ada seorang hamba yang berpuasa sehari di jalan Allah kecuali Allah akan
menjauhkan dia dengan api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun perjalanan. (HR Bukhari dan
Muslim)

Wallahu a'lam.

Anda mungkin juga menyukai