Anda di halaman 1dari 37

Disediakan oleh

Tak kenal maka tak cinta


Nama nya diambil daripada kalimat terujung dalam ayat pertama Surah yang ke 23 Mengandungi 118 ayat Diturunkan di Mekah Secara umumnya, Isinya lebih menekankan ke arah pembentukan Peribadi Muslim Isinya penuh dengan pengisian iman, juga kisah perjuangan Nabinabi. Diterangkan juga kebahagian di dunia dan di akhirat orang mukmin, dan kesensaraan bagi mereka yang memperserikatkan ALLAH..
Tafsir al azhar : Prof Dr Hamka

1.

Sesungguhnya berjayalah orangorang yang beriman,

2.

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

3 .

dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

4.

dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);

5.

dan mereka yang menjaga kehormatannya, -

6.

kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka Sesungguhnya mereka tidak tercela: -

7.

Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

8.

dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

9.

dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;

10.

mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -

11.

Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Diriwayatkan oleh al-Hakim daripada Abi Hurairah ;

Apabila Rasulullah s.a.w bersembahyang, Rasulullah memandang ke langit.

Maka turun ayat ini


-Hadis riwayat ini adalah mursal-

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim daripada Ibnu Sirin ;


Para sahabat bersembahyang dan mereka memandang ke langit. Turun ayat ini sebagai petunjuk bagaimana seharusnya menunaikan sembahyang
-Hadis riwayat ini adalah mursal-

HURAIAN AYAT

Ayat 1

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman


Tafsir Pimpinan Ar Rahman
Orang-orang yang beriman yang tetap berjaya mencapai keselamatan hidup di dunia dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak ialah orang-orang yang mengerjakan suruhan Allah dan menjauhi larangannya yang diterangkan dalam ayat-ayat yang berikutnya.

Tafsir Al-Azhar
Kalimat menang adalah bukti bahawasanya perjuangan telah dilalui menghadapi musuh atau pelbagai kesulitan. Kita tidak dikira menang kalau masih belum melalui dan mengatasi rintangan yang bertemu di tengan jalan. Rintangan yang dimaksudkan ialah rintangan dari kebodohan dan nafsu-nafsu jahat yang ada dalam diri sendiri. Maka didalam ayat ini, diberikan keterangan bahawa kemenangan pastilah diperoleh orang yang beriman. Maka ditunjukkan enam syarat yang wajib dipenuhi sebagai bukti Iman. Kalau enam syarat ini telah terisi, pastilah menang mengatasi kesulitan diri sendiri, menang dalam bernegara, dan lanjutan dari kemengan semuanya itu ialah syurga Jannatul Firdaus.

Ayat 2

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang


Tafsir Pimpinan Ar Rahman
sembahyang yang sempurna ialah yang dikerjakan dengan khusyuk yakni dengan sepenuh-penuh hormat dan ingatan meliputi anggota-anggota badan dan hati.

Tafsir Fi Zilalil Quran


Hati mereka gementar ketika berdiri menghadap Allah di dalam solat. Hati mereka tenang dan khusyuk hingga menjalar ke seluruh tubuh badan, rupa dan gerak geri. Jiwa mereka diselubungi kebesaran Allah yang dihadapi mereka, di mana segala ingatan yang lain hilang dalam ingatan mereka. Mereka tidak teringat kepada yang lain dari Allah dan seluruh perasaan mereka tertumpu kepada-Nya dan berbicara dengan-Nya. Di hadapan hadrat Ilahi yang suci itu lenyaplah segala yang ada di sekeliling mereka dan segala sesuatu yang lain yang ada di dalam hati mereka. Mereka tidak melihat melainkan Allah dan tidak merasa melainkan Allah.

HURAIAN MENGENAI KHUSYUK


Mengikut pendapat sebahagian ulama khusyuk ertinya menghadirkan sepenuh ingatan dan mendiamkan seluruh anggota badan. Ada pendapat lain mengatakan khusyuk ertinya tetapkan seluruh pancaindera tanpa menggerakkannya, inilah pendapat yang lebih jelas dan diterima. Ada sesetengah mengatakan khusyuk itu ialah menghadirkan sepenuh hati di samping memperlahankan bacaan (membaca dengan lambat dalam solat) Ibn Abbas r.a menyatakan bahawa maksud khusyuk itu ialah berasa takut dan merendah diri kepada Allah S.W.T dengan hati mereka yang penuh rasa hebat kepada Allah S.W.T.

Ayat 3

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia
Tafsir Pimpinan Ar Rahman
Orang-orang yang beriman ini akan sentiasa menjauhkan diri mereka dari melakukan perbuatan atau tindakan-tindakan dan mengeluarkan perkataan yang sia-sia

Tafsir Fi Zilalil Quran


Iaitu segala perkataan, perbuatan, perhatian dan perasaan yang sia-sia. Hati mumin itu sentiasa dipenuhi kegiatan-kegiatannya. Ia tidak mempunyai ruang untuk perkara yang sia-sia, main-main dan Cuma-Cuma. Ia dipenuhi kegiatan zikurullah, memikirkan kebesaran-Nya dan merenungi tanda-tanda kekuasaan dan kebijaksanaan-Nya pada kejadian diri manusia dan makhluk-makhluk yang lain. Bagi orang yang beriman dia tetap didorong oleh aqidahnya supaya menghabiskan daya tenaganya dalam kegiatankegiatan yang membangun, mengimarah dan mengislah

Tafsir Al-Azhar
Al-Laghwi dari kata laghaa ertinya perbuatan atau kata-kata yang tidak ada faedahnya, tidak ada nilainya. Baik senda gurau atau main-main yang tidak ada hujung pangkalnya. Diserahkan kepada setiap peribadi menimbang sendiri mana yang lagha, perbuatan atau kata-kata yang sia-sia dan mana yang erfaedah. Kekuatan ibadat kepada ilahi, kekhusyukan dalam sembahyang akan mengalirkan pembersihan jiwa. Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosakkan jiwa. Agama tidak menyuruh kalau suruhan itu tidak akan membawa selamat dan bahagia jiwa. Segala yang dinamai dosa atau lagha, segala perbuatan yang diluar dari kebenaran ertinya salah. Renungkanlah dan fikirkan betapa singkatnya kesempatan dalam dunia ini akan melukiskan nilai dari kehidupan itu. Ibn Kathir menyatakan perbuatan sia-sia itu ialah yang batil dan palsu, termasuk perbuatan syirik, maksiat serta perkataan juga perbuatan yang tidak memberi faedah.

Ayat 4

Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu
Tafsir Pimpinan Ar Rahman
Malah mereka juga tidak lupa untuk membersihkan harta mereka dengan melaksanakan kewajipan mengeluarkan zakat.

Tafsir Fi Zilalil Quran


Setelah menghadap Allah dengan khusyuk dan menghindarkan diri daripada segala perkara yang sia-sia dalam kehidupan, zakat merupakan pembersihan hati dan harta. Ia membersih hati dari sifat bakhil, mengatasi cinta terhadap diri sendiri dan menolak bisikan syaitan yang menaku-nakutkan seseorang menjadi miskin (kerana menderma harta), menanam kepercayaan kepada balasan dan ganjaran di sisi Allah. Zakat mempunyai matlamat untuk memelihara masyarakat islam daripada kerosakan-kerosakan akibat kemiskinan di satu segi dan akibat kemewahan dari satu segi yang lain.

Ayat 5

Dan mereka yang menjaga kehormatannya


Tafsir Pimpinan Ar Rahman Yakni yang menjaga nafsu syahwatnya dari perbuatan zina dan sebagainya. Tafsir Fi Zilalil Quran
Inilah langkah-langkah untuk melahirkan kebersihan jiwa, rumahtangga dan kelompok muslim. Inilah langkah melindungi kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat melalui usaha memelihara anggota-anggota kelamin dari persetubuhan yang tidak halal menjaga hati dari menaruh keinginan kepada pasangan yang tidak halal dan mengawal anggota masyarakat daripada menurut hawa nafsu. Masyarakat yang melepaskan hawa nafsu tanpa perhitungan adalah satu masyarakat yang kotor dan rendah martabat kemanusiaannya.

Ayat 6

Kecuali kepada isterinya atau hamba sahaya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela
Tafsir Pimpinan Ar Rahman
Yakni yang menjaga nafsu syahwatnya dari perbuatan zina dan sebagainya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya yakni hamba-hamba perempuan (gundik), yang berasal dari tawanan Perang Sabil yang berlaku di antara orangorang islam dan orang-orang kafir yang menceroboh

Tafsir Fi Zilalil Quran


Islam muncul ketika perhambaan menjadi peraturan antarabangsa, di mana peraturan memperhambakan orang-orang tawanan perang menjadi peraturan yang diiktirafkan oleh semua kerajaan. Oleh kerana itu, islam menghalalkan mencari kenikmatan dengan mereka sebagai gundik-gundik yang khusus untuk lelaki yang memiliki mereka kecuali mereka menjadi merdeka dengan salah satu dari berbagaibagai sebab yang banyak yang telah dijadikan oleh islam sebagai sarana untuk membebaskan hamba abdi.

Ayat 7

Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas
Tafsir Pimpinan Ar Rahman
Yakni sesiapa yang mengadakan hubungan (bersetubuh) dengan yang bukan isterinya atau hamba sahayanya, maka merekalah orang-orang yang melanggar larangan Allah

Tafsir Fi Zilalil Quran


Yakni mereka hanya dihalalkan mencari kenikmatan persetubuhan dengan para isteri dan hamba yang dimiliki mereka dan tidak boleh mencari kenikmatan persetubuhan dengan wanita-wanita lain dari mereka dengan cara apa sekalipun. Oleh sebab barang siapa yang mencari kenikmatan di luar dari itu bererti dia telah melampaui daerah yang halal dan menceroboh ke alam daerah yang haram.

Ayat 8

Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya


Tafsir Pimpinan Ar Rahman
Yakni orang-orang yang beriman yang berjaya itu ialah mereka yang apabila diberikan memegang amanah, mereka tidak mengkhianatinya, bahkan mereka akan menjaganya serta menyerahkannya kepada tuannya; dan apabila mereka berjanji, mereka tidak mencabulinya, bahkan mereka akan menepatinya; kerana perbuatan khianat dan mencabuli janji itu ialah sifat orang-orang munafik, sebagaimana yang tersebut di dalam hadis-hadis Nabi (s.a.w).

Tafsir Al-Azhar
Amanat terbahagi dua iaitu amanat raya dan amanat peribadi. Amanat raya ialah tugas yang dipikulkan Tuhan atas perikemanusiaan seluruhnya, menjadi khalifatullah fil-Ardhi. Amanat tidak terpikul oleh langit dan bumi tapi hanya hati mumin yang sanggup memikul amanat itu. Amanat peribadi ialah tugas kita masing-masing menurut kesanggupan diri, bakat dan nasib.

Ayat 9

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyang


Tafsir Pimpinan Ar Rahman
Yakni yang tetap mengerjakannya pada waktunya dengan cara yang sempurna iaitu 5 waktu bagi orang yang tetap dan 3 waktu bagi orang musafir (berjalan) begitu juga bagi orang yang sakit.

Tafsir Al-Azhar
Dapatlah keadaan ini dirumuskan dengan inti pati kata dari sembahyang kita mulai melangkah dengan khusyuk, kita jalan terus ke muka menghadapi masyarakat, menegakkan rumahtangga dan menegakkan negara. Dan setelah negara berdiriita bertekun lagi memelihara hubungan dengan ilahi, dengan sembahyang, moga-moga kita selalu diberi kekuatan untuk menghadapi soal-soal yang ada di hadapan kita nanti.

Ayat 10 dan 11

Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisiYang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya
Tafsir Pimpinan Ar Rahman
Oleh kerana balasan di akhirat ialah natijah dari amal usaha yang dikerjakan di dunia, lalu ditegaskan dalam ayat ini bahawa orang-orang yang beriman yang bersifat dengan sifat-sifat yang mulia itulah yang akan beroleh sebaik-baik balasan di dalam syurga Jannatul-Firdaus. Tafsir Fi Zilalil Quran

Itulah kemuncak keberuntungan yang telah ditetapkan Allah kepada para muminin, dan selepas kemuncak ini tiada lagi matlamat yang lain yang dipandang mata atau diangan-angankan khayal manusia.

Tafsir Al-Azhar
syurga firdaus, Jannatun Naim itulah tujuan di balik hidup sekarang ini. Hidupnya seorang Mumin adalah mengenangkan juga kebahagian Hari Esok. Kita menyelesaikan dunia untuk menentukan nasib di akhirat.

Orang yang memelihara sembahyangnya.

Khusyuk dalam solat

Menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia

Orang yang menepati janjinya.

Ciri-ciri yang terdapat pada setiap individu bagi orang yang beriman

Orang yang menunaikan zakat.

Orang yang menjaga amanah

Orang yang menjaga kehormatan nya.

Pengajaran ayat
kita haruslah mengerjakan sembahyang pada waktunya dengan cara yang sempurna dan khusyuk Sebagai seorang muslim kita dikehendaki menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan, tindakan dan perkataan yang tidak berfaedah atau sia-sia kerana perbuatan seperti ini tidak akan mendatangkan manafaat Kita juga diingatkan supaya menunaikan zakat kerana dengan berzakat ia boleh membersihkan harta benda yang diperolehi
kita mestilah menjaga kehormatan iaitu tidak melakukan perbuatan zina dan sebagainya kerana perbuatan ini akan menjadikan kita sebagai orangorang yang tercela, melampaui batas dan melanggar larangan Allah s.w.t. Setiap sesuatu yang diamanahkan, sebagai muslim kita mesti menjaganya dengan sebaik mungkin

Untuk mewarisi syurga jannatul Firdaus, kita harus menjadi orang yang beriman yang berjaya dan bersifat dengan sifat-sifat yang mulia dengan mematuhi perintah Allah s.w.t dan menjauhi laranganNya.

Ramai orang islam yang mengabaikan sifatsifat orang beriman (sepertimana yang dibahaskan pada hari ini ) Berlakunya masalah umat yang kronik
Pergaulan bebas > Zina > Anak luar nikah > pembuangan bayi Pecah Amanah > ekonomi islam mundur Kelalaian umat islam (taghut) > masjid-masjid dan surau-surau menyepi.

Video :
Tajuk : Geng Tidak Solat Penceramah : Ustaz Azhar Idrus Produksi : TH filem original production Sumber : You Tube

1. Tafsir Ibnu Abbas (jilid 2) 2. Tafsir Fi Zilalil Quran, dikarang oleh Sayyid Qutb 3. Tafsir Al-Azhar, dikarang oleh Prof Dr Hamka

Anda mungkin juga menyukai