Anda di halaman 1dari 5

ASBABUN NUZUL (‫ُّز ْو ِل‬

ُ ‫الن‬ ‫اب‬
ُ َ‫َأسب‬
ْ )
(Sebab-sebab Penurunan Ayat al-Quran)

1.0 Pendahuluan

al-Quran telah diturunkan oleh Allah SWT sebagai memberi petunjuk kepada umat manusia
ke arah jalan yang terang dan lurus dengan menegakkan asas-asas kehidupan, ia
bertunjangkan kepada keimanan terhadap perkara-perkara yang wajib diimani oleh manusia,
al-Quran juga memuatkan hukum-hakam taklif ke atas masusia mukallaf untuk diamalkan
agar mendapat keredhoan Allah SWT di dunia dan akhirat. Juga terdapat kisah-kisah
tauladan untuk diambil pengajaran oleh manusia agar tidak mengulangi kesilapan dan
kederhakaan yang pernah dilakukan oleh umat terdahulu.

Kehidupan Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya telah menjadi saksi sejarah di atas
semua fenomena yang berkaitan dengan turunkannya wahyu Ilahi (al-Quran), bahkan kajian
mendalam terhadap sebab turun al-Quran pada generasi awal Islam akan terbukti bahwa
terdapat peristiwa khusus yang memerlukan penjelasan hukum daripada Allah SWT.

2.0 Pengertian Asbabun Nuzul

2.1 Menurut bahasa, perkataan “Asbab” ialah jamak (banyak-ramai) daripada perkataan
“Sababun” yang bererti “sebab”, menurut Kamus Dewan perkataan sebab bermakna:
1- Kerana. 2- Punca. 3. Yang Mengakibatkan Sesuatu.
Manakala “Sababun” menurut Kamus al-Ma’ani: ‫غ ريه‬ ‫يتوص ل ب ه إىل‬
ّ ‫ك ّل ش يء‬: setiap
sesuatu yang menghubungkan dengannya kepada yang lainnya.

2.2 Perkataan “Nuzul” adalah daripada Bahasa Arab berbentuk Isim Masdar (Kata
Terbitan), bermakna “Penurunan”.

2.3 Asbabun Nuzul membawa makna:

a. Menurut Az-Zarqani:
“Asbabun Nuzul adalah hal khusus atau sesuatu yang terjadi serta hubungan
dengan turunnya ayat al-Quran yang berfungsi sebagai penjelas hukum pada saat
peristiwa itu terjadi”.
b. Ash-Shabuni
            “Asbabun Nuzul adalah peristiwa atau kejadian yang menyebabkan turunnya
satu atau beberapa ayat mulia yang berhubungan dengan peristiwa dan kejadian
tersebut, baik berbentuk pertanyaan yang diajukan kepada Nabi SAW atau kejadian
yang berkaitan dengan urusan agama”.

1
c. Manna’ al-Qathan
‫ما نزل قرآن بشأنه وقت وقوعه كحادثة أو سؤال‬
“Asbabun Nuzul adalah peristiwa yang menyebabkan turunnya al-Quran
berkenaan dengannya waktu peristiwa itu terjadi, baik berbentuk satu kejadian atau
pertanyaan yang diajukan kepada Nabi”.

3.0 Pembahagian Asbabun Nuzul

Asbabun Nuzul boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:

3.1 Sebab-sebab Penurunan al-Quran Secara Keseluruhannya:


Firman Allah SWT:
ٍ َ‫َّاس وبِّين‬
ِ َ‫ات ِّمن اهْل َد ٰى والْ ُفرق‬ ِِ ِ
)185 :‫ان (البقرة‬ ْ َ ُ َ َ َ ِ ‫ضا َن الَّذي ُأن ِز َل فيه الْ ُق ْرآ ُن ُه ًدى لِّلن‬
َ ‫َش ْه ُر َر َم‬
Maksudnya: bulan Ramadan padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk sekalian
manusia, menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan
antara yang benar dan yang salah.

1- Petunjuk untuk manusia dengan jalan yang selamat, keluar dari kegelapan, dan
jalan yang lurus.

2- Rahmat Allah untuk manusia.

3- Peringatan dan pengajaran.

4- Ubat dan penawar.

5- Pembeza dan pemisah antara iman dan kufur.

6- Penyempurna kepada kitab-kitab terdahulu.

3.2 Sebab-sebab Umum Setiap Surah:

Contoh: sebab umum diturunkan surah Ali Imran (3) ialah kerana orang-orang Nasrani
Najran datang berdebat dengan Nabi SAW berkaitan Nabi Isa AS.

Contoh: Sebab umum diturunkan surah An-Nur (24) ialah kerana berlaku kisah
Hadisul Ifki (tuduhan palsu) ke atas Saiyidah Aisyah RA yang berlaku dalam tahun
keenam Hijrah.

2
3.3 Sebab-sebab Khusus Pada Ayat-ayat Tertentu:

Dinyatakan oleh syeikh Muqbil Bin Hadi al-Wadi’ie Rahimahullah (meninggal tahun
1422H = 2001M), bahawa bilangan sebab-sebab khusus pada ayat-ayat al-Quran
adalah kurang daripada 200 sebab berdasarkan Riwayat Maqbulah (yang diterima).

Contoh: Firman Allah SWT:


)2 :‫َوآتُوا الْيَتَ َام ٰى َْأم َواهَلُ ْم (النساء‬
Bermaksud: “dan berikanlah anak-anak yatim itu akan harta mereka”.

Diriwayatkan daripada Muqatil dan al-Kalbi: terdapat seorang lelaki daripada Ghatafan
yang mempunyai seorang anak saudara yang yatim, ayah kanak-kanak itu telah
meninggal dunia dan meninggalkan harta untuknya, lalu harta itu telah diambil oleh
lelaki Ghatafan tersebut, apabila anak saudaranya telah cukup umur, maka anak
saudara itu meminta hartanya, akan tetapi bapa saudara itu enggan memberikan
harta kepada anak saudara tersebut, lalu Allah SWT menurunkan ayat kedua surah
An-Nisa’ sebagai arahan agar anak yatim mesti diberikan harta peninggalan kepada
mereka apabila sudah cukup umur. Nabi SAW membacakan ayat tersebut kepada
para sahabat, maka lelaki Ghatafan tadi berkata: “Kami taat kepada Allah dan
Rasulnya, kami berlindung daripada cinta kepada dunia”, lalu ia menyerahkan harta
kepada anak saudaranya. (Asbabun Nuzul, Abul Hasan Ali Bin Ahmad Bin
Muhammad Bin Ali al-Wahidi, W: 468H).

4.0 Bentuk-bentuk Asbabun Nuzul:

Berdasarkan kepada pengertian Asbabun Nuzul, maka dapat difahami bahawa bentuk-
bentuk Asbabun Nuzul terbahagi kepada dua, iaitu: 1- Berlaku peristiwa yang memerlukan
kepada huraian hukum hakam. 2- Pertanyaan sahabat yang memerlukan kepada jawapan.

4.1 Peristiwa:
Berdasarkan peristiwa dibahagikan kepada 3 jenis peristiwa:

1) Pertengkaran atau perbalahan: contoh: turun ayat 100-103 dari surah Ali Imran,
kerana seorang Yahudi bernama Syash Bin Qais cuba menyalakan kembali api
permusuhan antara puak Aus dan Khazraj yang pernah berlaku dalam peperangan
Bua’ts, lalu puak Aus dan Khazraj masing-masing mengeluarkan pedang masing-
masing untuk melawan puak yang satu lagi, lalu Allah SWT menurunkan ayat 100-103
surah Ali Imran.

3
2) Kesilapan yang berat: contoh: seorang sahabat menjadi imam telah membaca di
dalam solatnya dan tersalah bacaan kerana ia mabuk, maka diturunkan ayat 43 surah
An-Nisa’ yang melarang daripada solat dalam keadaan mabuk.

3) cita-cita atau keinginan: contoh: Umar al-Khattab bercita-cita agar Maqam Ibrahim
dijadikan tempat sembahyang, lalu Allah SWT menurunkan ayat 125 surah al-
Baqarah yang membenarkan untuk sembahyang di Maqam Ibrahim.

4.2 Persoalan atau pertanyaan:


3 bentuk soalan atau pertanyaan:

1) Pertanyaan tentang masa lalu: contoh: orang-orang kafir bertanyakan tentang kisah
Zul Qarnain kepada Nabi SAW, maka turun ayat 83 surah al-Kahfi.

2) Pertanyaan tentang masa akan datang: contoh: orang-orang kafir bertanya Nabi
SAW tentang bilakah berlakunya hari kiamat, maka turun ayat 187 surah al-A’araf.

3) Pertanyaan tentang perkara ghaib pada masa itu: contoh: orang Yahudi Madinah
bertanya kepada Nabi SAW tentang roh, maka Allah SWT menurunkan ayat 85 surah
al-Isra’.

5.0 Sighah Asbabun Nuzul:

Dalam usaha untuk mengetahui lebih mendalam tentang  Asbabun Nuzul, perlu juga
diketahui lafaz-lafaz atau ungkapan yang menerangkan Asbabun Nuzul. Ungkapan tersebut
dapat dilihat dalam dua bentuk iaitu ungkapan yang tegas (Sorih) dan ungkapan yang tidak
tegas (Ghairu Sorih).

5.1 Ungkapan Yang Tegas Atau Sighah Sorihah:

adalah dalam bentuk pernyataan yang tegas mengenai sebabnya. Jika seseorang
periwayat itu mengungkapkan perkataan sebab, contohnya perawi berkata sebab turun
ayat ini adalah begini atau menyatakan ungkapan yang menunjukkan urutan peristiwa,
seperti menggunakan huruf fa al-ta’qibiah yang bermaksud maka. Dan dirangkaikan
dengan lafaz turunlah ayat ini. Contohnya : Rasulullah telah ditanya sesuatu perkara,
maka turunlah ayat ini.

5.2 Ungkapan Yang Tidak Tegas Atau Sighah Muhtamalah:

Terdapat pernyataan tentang sebab turun yang menggunakan ungkapan berbentuk


kemungkinan mengenainya, tidak dalam bentuk pernyataan yang jelas. Perawi tidak
mengungkapkan dengan jelas adanya sesuatu kejadian atau peristiwa di sebalik
penurunan ayat tersebut.

4
6.0 Bahagian Ayat-ayat Dan Sebab-sebab Turun:

Ayat- ayat yang mempunyai sebab nuzul ini dapat dikelaskan kepada:

1) Satu ayat satu sebab turun. Contoh: turun surah al-Masad ayat 1-5 kerana Abu
Lahab telah berkata kepada Nabi SAW dengan perkataan celaka.

2) Satu ayat banyak sebab turun: contoh: turun ayat 126 surah an-Nahlu yang
bermaksud: “jika kamu membalas kejahatan pihak lawan, maka hendaklah kamu
membalas dengan kejahatan sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu”,
terdapat beberapa sebab turun ayat ini, 1- Nabi berada di samping Hamzah RA yang
telah gugur syahid dan dirosakkan tubuh badannya, lalu Nabi bersabda: aku akan
membalas kepada pihak kafir seperti yang diperlakukan kepada Hamzah seramai 70
orang, maka turun ayat. (al-Baihaqi dan al-Bazzar). 2- orang-orang Ansar berkata ketika
Pembukaan Makkah, bahawa kami akan melakukan kepada orang Quraisy
sebagaimana mereka lakukan kepada saudara kami di dalam peperangan Uhud yang
telah gugur seramai 64 orang Ansar, maka turun ayat ini (al-Tirmizi dan al-Hakim).

2) Satu sebab banyak ayat turun: contoh: Ummu Salamah RA berkata kepada Nabi
SAW bahawa kaum wanita tidak disebutkan lansung oleh Allah Taala di dalam al-
Quran, maka turun ayat 195 surah Ali Imran, turun juga ayat 35 surah al-Ahzab, dan
turun juga ayat 32 surah An-Nisa’.

3) Banyak ayat turun kepada seorang sahaja: Contoh: berkata Saad Bin Abi Waqqas
RA: telah turun tentang aku sebanyak 4 ayat al-Quran”.

7.0 Adakah Ayat Yang Turun Hanya Khas Kepada Sebab Atau Umum Kepada
Semua?

Pengamalan ayat bukan hanya pada sebab sahaja, tetapi ia adalah umum kepada
semua mukallaf.
‫العبرة بعموم اللفظ ال بخصوص السبب‬
8.0 Faedah Mempelajari Asbabun Nuzul:

8.1 Mengetahui hikmah di sebalik penurunan sesuatu hukum.

8.2 Mengetahui sasaran objektif dari ayat al-Quran.

8.3 Memudahkan dalam mempelajari al-Quran.

8.4 Memudahkan penafsiran.

8.5 Membantu dalam menghafaz al-Quran.

8.6 Menghilangkan kesamaran.

Anda mungkin juga menyukai